Banyak berita Gosip kedengaran mengenai kisah Percutian Rosyam Nor dan Keluarga kedengaran di kebanyakan blog. Apa yang kami dapat rasakan sekiranya kami berada diposisi ROSYAM NOR sudah pasti kami akan bengang. Segala gambar peribadi telah dipaparkan pada setiap blog.
Rasanya hak peribadi beliau seolah-olah diceroboh dan itu sesuatu yang amat mengecewakan. Beliau juga seperti manusia lain inginkan privasi terutama bila melibatkan kisah keluarga beliau. Cuba anda fikirkan kalau hak peribadi anda diganggu pasti anda tidak suka, begitu juga beliau.
Apa yang kami tahu ROSYAM NOR antara artis yang kurang memberi publisiti mengenai keluarga beliau dan kami tahu kenapa. Anda sendiri mungkin tahu. Dari kebanyakan blog yang ada gambar-gambar percutian bersama keluarga beliau ada komen yang kurang enak didengar.
Tak pasal-pasal Keluarga beliau yang tak bersalah menjadi mangsa. Mungkin sebab itu beliau lebih selesa sekiranya orang tak ambil tahu mengenai keluarga beliau. Bagi kami ada masanya anda perlu berhati-hati dengan perkara sebegini walaupun niat anda sekadar ingin berkongsi.
Namun kena lihat implikasi yang bakal dihadapi oleh ROSYAM NOR dan keluarga beliau terutama mereka-mereka yang dengki dengan kejayaan yang telah beliau kecapi dengan kesusahan beliau sebagai seorang pelakon yang mengambil kesempatan mengutuk beliau dan keluarga beliau.
Kami tahu kerana kami kenal keperibadian ROSYAM NOR sebab itu segala cerita mengenai Keluarga atau hal-hal peribadi beliau tidak akan dikeluar dalam blog ini kecuali setelah mendapat kebenaran dari beliau. Diharap sesiapa yang dengki dengan beliau tu cukuplah. Pergilah cari cerita lain.
@
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Rosyam Nor
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post