Gosip Artis Malaysia | Abby Abadi: Saya memang sayangkan dia ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b> |
Abby Abadi: Saya memang sayangkan dia ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b> Posted: 27 Sep 2014 10:23 PM PDT SEBUT sahaja nama selebriti ini, pastinya ramai yang mengaitkan dirinya dengan kisah-kisah kontroversi berhubung konflik antara bekas suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar. Namun, di sebalik kisah penceraian dan tuntutan hutang, Abby Abadi tidak menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk mengecap kegembiraan. Malah, sejak akhir-akhir ini, Abby tidak keberatan untuk berkongsi wajah insan yang rapat dengannya termasuk di laman sosial. Walaupun sebelum ini, Abby pernah menegaskan bahawa kehadiran Ustaz Khairul Azli ini sekadar teman biasa, namun kemesraan mereka jelas terpancar. Menerusi beberapa foto yang dirakam ketika sambutan hari lahir temannya baru-baru ini, Abby turut memberi kejutan buat Khairul Azli. Melihat kepada belon-belon berbentuk love dengan tulisan u are my sunshine itu, pastinya ramai yang mengagak pasangan ini bukanlah sekadar kawan biasa. Pun begitu, Abby turut menjelaskan perkara ini di laman Instagram, agar ianya tidak membawa spekulasi liar di kalangan masyarakat mahupun peminat. "Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara. "Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman 'lagha' sehingga saya berhijrah. Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan. "Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat," katanya yang mengakui akan bercerita lebih lanjut sekiranya diizinkan ALLAH SWT satu hari nanti. Tambah Abby, berkenaan sambutan hari lahir itu, dia tidak merasakan ia sebagai satu kesilapan. "Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia. "Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT. "Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya. Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka Sebelum ini, Abby pernah memberitahu mereka sudah berkawan sejak empat tahun lalu di mana Khairul Azli merupakan tenaga pengajarnya dan anak-anak mengaji Al-Quran. |
"Abby Abadi Pernah Tolak Hutang Saya" - Bekas Suami - KakiGosip! Posted: 22 Sep 2014 01:41 PM PDT Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan dia pernah cuba untuk menjelaskan sebahagian hutangnya namun ditolak wanita itu. Muhammad Noor Farhan, 24, berkata, Abby enggan menerima wang berkenaan iaitu sebanyak RM5,000 kerana tidak bersetuju dengan jumlah tersebut sebaliknya menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus. "Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu," katanya. Muhammad Noor Farhan bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar hutangnya terhadap pelakon itu. Terdahulu, Abby dalam sebuah laporan akhbar mendedahkan, dia telah membuat satu laporan polis terhadap Muhammad Noor Farhan berikutan sikap lepas tangan bekas suaminya dalam soal hak milik kereta dan wang. Dakwa Abby, Muhammad Noor Farhan telah meminjam wangnya dipercayai berjumlah puluhan ribu ringgit bagi membeli sebuah kereta untuk adik pemuda itu. Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan berkata, tuduhan Abby adalah bersifat untuk mengaibkannya sedangkan jumlah hutang berkenaan tidak mencecah puluhan ribu ringgit. "Tidaklah sampai berpuluh ribu ringgit dan saya bukannya anak orang kaya sehingga sanggup berhutang dengan jumlah yang banyak tambahan pula gaji saya tidak tetap. Dakwaannya itu sengaja untuk merosakkan reputasi dan memalukan saya," katanya. Sementara itu, Muhammad Noor Farhan berkata, dia masih mampu bersabar dengan segala tuduhan dilemparkan Abby dan tidak mahu terlalu mengikut kata hati sebelum membuat sesuatu tindakan. Malah seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan diri daripada terus difitnah namun tidak mengetahui saluran yang betul untuk berbuat demikian. "Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. "Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad," katanya. Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Pasangan itu disahkan bercerai pada 9 Mei lalu. |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post