Berita Gempar Pagi Ini.. |
- Berita Gempar Pagi Ini..
- Sayu - Luluh hati lihat anak kaku kebiruan di Taska Presint 11
- Bogel Kerana Gila Judi Taruhan..
- ISIS: Tentera Iraq Tak Boleh Buat Apa-apa. -Obama
- 'Langkah Kajang' Punca Banjir Kilat, Kata MCA
- Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa
- Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa
- Berita Ini Ditunggu-Tunggu Ahli Dan Penyokong PAS..
- Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa
- Nik Abduh: Pengkhianat, Telahan Nik Aziz Jadi Kenyataan
- Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati
- Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati
- Blogger Tersohor Umno Bakal Bankrap?
- Nasihat Untuk Azmin -Tulis Aspan Alias
- Pensyarah Tersohor Mangsa Terbaru Akta Hasutan
- Portfolio: PAS Beri Pandangan Pada Azmin.
- Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup mengejutkan
- Siapa sebenarnya Gadis terima Ph.D pada usia 24 Tahun
- Cerita Khalid Ibrahim Sebenarnya Baru Bermula -Yusmadi Yusoff
- IS Hampiri Kota Baghdad. Di Mana Kekuatannya?
- Luahan hati Aliff Aziz didapati bersalah curi 2 telefon bimbit
- Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman
- Jijik- Tikus ditemui dalam rak sayur di Aeon Big, Midvalley (2 Gambar)
- "Hidup lebih tenang tanpa Alvin" - Luahan hati Vivian
- Felixia Yeap dikecam lagi muatnaik gambar bersolat di Instagram
Posted: 30 Sep 2014 05:45 PM PDT Addin Berita Gempar Pagi Ini.. Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Sabah, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas untuk memberi keterangan berhubung satu kes. Namun beliau, yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan atas sebab apa beliau dipanggil memberi keterangan. "Saya mendapat panggilan telefon dari SPRM pada pagi Rabu lepas, namun ketika itu saya sedang berada di Kuala Lumpur bersama anak saya. Dan saya mendapat satu lagi panggilan telefon pada petang hari yang sama bertanyakan bila saya boleh hadir. "Dan pada hari Jumaat, saya secara sukarela pergi berjumpa dengan mereka (pegawai SPRM) di Kota Kinabalu (untuk memberi keterangan)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Hari ini, Daily Express di Sabah melaporkan seorang Ketua Umno bahagian di negeri itu ditangkap SPRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lepas berhubung kes pecah amanah (CBT) melibatkan wang berjumlah RM300 juta. Namun Abdul Ghani menafikan beliau ditangkap, sebaliknya beliau menekankan bahawa keterangan diberi secara sukarela dan kerjasama penuh diberikan kepada pegawai SPRM. Mengulas lanjut, beliau berkata, kes ini masih di peringkat awal, dan meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi liar kerana dikhuatiri mengganggu kelancaran siasatan. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi berhubung siasatan SPRM ke atas seorang ketua Umno bahagian di Sabah. Katanya untuk berlaku adil kepada individu berkenaan, sebarang spekulasi atau anggapan bahawa individu itu bersalah perlu dielak kerana perkara itu masih dalam siasatan. "Saya tidak mempunyai butiran lanjut berkenaan kes ini yang sedang dalam siasatan SPRM. Kita adalah kerajaan yang telus dan tiada apa yang perlu disembunyikan," kata Musa yang juga ketua perhubungan Umno Sabah dalam satu kenyataan hari ini. Justeru kata Musa biarlah SPRM menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. - Bernama Sementara itu, merujuk laporan media mengenai penahanan seorang ahli politik Sabah, SPRM mengesahkan penahanan individu berkenaan telah dibuat pada Jumaat, 26 September 2014, semasa beliau hadir ke ibu pejabat SPRM untuk diambil keterangan. "SPRM masih menjalankan siasatan ke atas individu ini di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam pembayaran pampasan tanah milik kerajaan," kata Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah. "Selepas diambil keterangan, individu ini telah dibebaskan," tambahnya. ~malaysiakini Iklan C (ii) | ||
Sayu - Luluh hati lihat anak kaku kebiruan di Taska Presint 11 Posted: 30 Sep 2014 05:24 PM PDT Tengok TV Online Sayu - Luluh hati lihat anak kaku kebiruan di Taska Presint 11 Namun Muhamad Zamri langsung tidak menduga kegembiraannya menerima Nur Imna Khalisa hanya bertahan tiga bulan apabila anaknya itu meninggal dunia di sebuah taska di Presint 11 di sini, semalam. Lebih menyedihkan Nur Imna Khalisa ditemuinya dan isteri sendiri dalam keadaan kaku dan kebiruan di premis tersebut ketika hendak menjemput pulang pada pukul 5.45 petang. Bahagian mata, belakang badan serta telinga pula mempunyai kesan gigitan semut. Difahamkan, bayi tersebut tidak meminum susu ketika ditinggalkan di dalam katil bayi kira-kira pukul 3 petang dan sepanjang tempoh itu, pengasuh didakwa langsung tidak menjenguk mangsa. Bapa mangsa yang merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) mendakwa, bayinya berada dalam keadaan sihat ketika isterinya, Nafisah Ahmad Jauhari, 32, menghantar anak mereka itu ke taska berkenaan pada pukul 7.05 pagi. "Ketika hendak ambil Nur Imna, Nafisah dan seorang lagi anak saya, Muhamad Zikri Rayyan, 5, pergi ke taska manakala saya dan anak perempuan, Nur Airis Khadijah, 4, tunggu di dalam kereta kira-kira 10 meter dari premis. Tidak lama kemudian, Nafisah bergegas ke arah saya mengatakan anak saya sudah tiada. Saya pula sangka anak saya diculik sebelum berlari ke taska berkenaan. "Sebaik sahaja masuk, luluh hati saya apabila lihat anak saya dalam keadaan terlentang di dalam tempat bayi dengan wajah dan badannya kebiruan, kaku. Semut juga ada di leher dan dadanya," dakwanya ketika ditemui di Hospital Putrajaya di sini hari ini. Muhamad Zamri mendakwa, pada ketika itu, terdapat dua pengasuh yang sedang menunggu kedatangan ibu bapa mengambil anak masing-masing dan mereka hanya menangis serta mengatakan tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Difahamkan, anaknya dihurung semut kerana telah meninggal dunia antara dan hingga tiga jam sebelum ditemui hingga mengakibatkan belakang telinga, mata dan belakang badan mempunyai kesan gigitan. "Saya reda dengan ketentuan Ilahi namun terkilan kerana pihak taska langsung tidak menghubungi saya antara pukul 3 hingga 5.45 petang itu," dakwanya. Dia berkata, biasanya Nur Imna Khalisa telah siap dimandikan pengasuh ketika dia datang untuk mengambilnya pada waktu berkenaan. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahman berkata, taska tersebut mempunyai lima pengasuh namun pada hari kejadian seorang daripadanya cuti sakit. "Taska itu menjaga 33 kanak-kanak termasuk sembilan bayi dan enam transit selepas sekolah. Taska itu telah beroperasi lebih dua tahun," katanya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, pihaknya telah mengambil keterangan pengasuh untuk membantu siasatan semalam. Jelasnya, kes tersebut masih belum diklasifikasikan kerana keputusan bedah siasat tidak dikeluarkan lagi. -Utusan | ||
Bogel Kerana Gila Judi Taruhan.. Posted: 30 Sep 2014 04:45 PM PDT Ibnu Hasyim Bogel Kerana Gila Judi Taruhan.. Seorang model 26 tahun nekad bogel sambil menari-nari di depan ribuan penonton apabila pasukan pujaannya menang dalam perlawanan final Liga Rugby Australia Sabtu minggu lalu. Heather McCartney langsung tampil polos setelah Hawthron menekuk Sydney Swans di Stadium the Melbourne Cricket Ground, seperti lapor the Daily Mail, Isnin (29/9). Kejadian itu berlangsung dalam tribun kotak khas penggede kelab. Polis langsung datang ke lokasi selepas menerima pelbagai aduan daripada tindakan asusila perempuan kelahiran Scotland itu. Namun heather melawan saat mahu ditangkap. Dia memaki, menendang, memukul, dan menggigit polis yang berusaha menangkapnya. Dia akhirnya ditahan semalam dan didenda US $300. Selepas menghadiri sidang kelmarin, Heather mengatakan tindakannya itu merupakan taruhan. Dia kemudian memuat naik foto telanjangnya di laman Facebooknya. "Saya katakan jika Hawthorn menang saya akan telanjang. Mereka menang dan saya telanjang," katanya kepada Herald Sun. "Itu benar-benar hari menyenangkan." Seorang lelaki mengaku satu tribun dengan Heather mendedahkan model itu memang disewa hari itu. Dia bakal dibayar dua kali ganda jika berani tampil bogel di depan puluhan ribu penonton. E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3) | ||
ISIS: Tentera Iraq Tak Boleh Buat Apa-apa. -Obama Posted: 30 Sep 2014 02:36 PM PDT Ibnu Hasyim ISIS: Tentera Iraq Tak Boleh Buat Apa-apa. -Obama Kenyataan ini jelas menampar muka Presiden Amerika Barack Hussein Obama yang sebelumnya memandang ISIS sebelah mata. Kini Obama mengatakan tentera Iraq tak boleh buat apa-apa. Kumpulan Negara Islam untuk Iraq dan Syam (ISIS) memang tengah digempur oleh Amerika Syarikat beserta sekutu mereka, Inggeris dan Arab Saudi melalui kekuatan udara. Mereka memang sibuk membalas namun di tengah-tengah persengitan, namun ISIS diam-diam menjalankan rancangan terbesar mereka. Menduduki Ibu Kota Baghdad, jantung Iraq. ISIS membelah diri mereka. Satu kekuatan berusaha menghalau pasukan Barat, di sisi lain mereka mendekati Baghdad dan bertempur dengan pasukan kerajaan Iraq. Perlawanan tak terhindar. Dianggarkan 1,000 tentera menjadi korban, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail (29/9). Pelampau paling menakutkan saat ini ternyata pelan-pelan telah menakluk sejumlah desa dan bandar di sempadan Baghdad. Hanya tinggal selemparan jemuran ISIS bakal mewujudkan mimpi mereka membentuk kekhalifahan. Laporan mengenai ISIS berada kurang dari dua kilometer dari Baghdad dilansir oleh Yayasan Bantuan dan Rekonsiliasi Timur Tengah, sebuah organisasi dibentuk oleh Gereja St George, satu-satunya gereja Anglikan di Iraq. "Mereka semakin mendekati ibu kota. Tinggal selangkah lagi dan kemungkinan besar berlaku," organisasi itu menuliskan status di jejaring sosial Facebook. Kenyataan inilah dikatakan jelas menampar Presiden Amerika Barack Hussein Obama sebelumnya memandang ISIS sebelah mata dan kini mengatakan tentera Iraq tak boleh buat apa-apa. Canon Andrew White pemimpin organisasi itu berkata memang benar tentera Baghdad lemah namun serangan udara juga tidak melakukan apa-apa. "Kami hanya memerlukan doa anda sekarang," ujar Canon White. Misi ketiga Angkatan Udara Inggeris mengalami kegagalan mencari sasaran pelampau. Obama sendiri akhirnya mengakui ini pertempuran rumit melibatkan tentera serta politik. Amerika Syarikat telah meremehkan perang saudara di Syria, cikal bakal peristiwa yang membentuk pelampau paling memusingkan sejagat, ISIS. Ramalan pemerhati pengganas juga benar. Beberapa kali kejadian penggorokan wartawan dan pegiat kemanusiaan merupakan kedok untuk gebrakan lebih besar lagi. Akan sangat sukar jika ISIS boleh merampas Baghdad dan menduduki sektor-sektor penting termasuk markas tentera dengan alutsista mumpuni. Mereka boleh lebih besar lagi dan mampu bertahan dari gempuran Barat. (IH) Lihat sebelum ini.. IS Hampiri Kota Baghdad. Di Mana Kekuatannya? | ||
'Langkah Kajang' Punca Banjir Kilat, Kata MCA Posted: 30 Sep 2014 12:45 PM PDT Ibnu Hasyim 'Langkah Kajang' Punca Banjir Kilat, Kata MCA MCA hari ini menyalahkan 'Langkah Kajang' sebagai antara penyebab banjir kilat di Kajang akibat hujan lebat berterusan dua jam semalam. "Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya," kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin. Ng (kanan) mempersoal pencapaian anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Dr Wan Azizah Wan Ismail, enam bulan setelah dipilih dalam pilihan raya kecil. "Saya sungguh-sungguh menggesa Wan Azizah mendedahkan rancangan masa depannya untuk pencegahan banjir, dan mendedahkan apa yang dicapainya setakat ini," kata Ng. Langkah Kajang direncanakan oleh PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor ketika itu Tan Sri Khalid Ibrahim. Ng juga berkata, Kajang pernah dilanda banjir kilat pada 2011 tetapi kerajaan nampaknya kerajaan negeri tidak mengambil pengajaran. Hujan lebat semalam mengakibatkan air Sungai Kajang dan Sungai Jelok melimpah ke jalan sehingga menyebabkan air naik setinggi 0.2 meter. Pengguna media sosial memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan kawasan di sekitar bandar itu, jalan pasar Kajang dan kawasan perniagaan sekitarnya. (MK) | ||
Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa Posted: 30 Sep 2014 09:45 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya - Satu lagi kematian melibatkan bayi berusia kira-kira tiga bulan dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Putrajaya. Mangsa yang dikenali Imna Khalisa meninggal dunia di Taska Permata Bonda Presint 11 dan didakwa hanya diketahui ibubapa mangsa selepas bapa mangsa pergi ke taska berkenaan. Punca kematian masih disiasat kerana pihak keluarga sedang menunggu keputusan autopsi. Berikut ialah luahan sedih dan marah abang kepada bapa mangsa menerusi akaun facebook peribadinya. Tulisan artikel milik penuh blog mymediahubonline. "Salam... Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan. Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala. Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa. Trust me. Someone will pay and heads will roll. Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi." | ||
Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa Posted: 30 Sep 2014 09:37 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya - Satu lagi kematian melibatkan bayi berusia kira-kira tiga bulan dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Putrajaya. Mangsa yang dikenali Imna Khalisa meninggal dunia di Taska Permata Bonda Presint 11 dan didakwa hanya diketahui ibubapa mangsa selepas bapa mangsa pergi ke taska berkenaan. Punca kematian masih disiasat kerana pihak keluarga sedang menunggu keputusan autopsi. Berikut ialah luahan sedih dan marah abang kepada bapa mangsa menerusi akaun facebook peribadinya. Tulisan artikel milik penuh blog mymediahubonline. "Salam... Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan. Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala. Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa. Trust me. Someone will pay and heads will roll. Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi." | ||
Berita Ini Ditunggu-Tunggu Ahli Dan Penyokong PAS.. Posted: 30 Sep 2014 09:36 AM PDT Addin Berita Ini Ditunggu-Tunggu Ahli Dan Penyokong PAS.. KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit. "Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak. "Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut. "Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan. "Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS. "Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi. Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini. Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan. ~astro awani Iklan C (ii) | ||
Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa Posted: 30 Sep 2014 09:36 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya - Satu lagi kematian melibatkan bayi berusia kira-kira tiga bulan dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Putrajaya. Mangsa yang dikenali Imna Khalisa meninggal dunia di Taska Permata Bonda Presint 11 dan didakwa hanya diketahui ibubapa mangsa selepas bapa mangsa pergi ke taska berkenaan. Punca kematian masih disiasat kerana pihak keluarga sedang menunggu keputusan autopsi. Berikut ialah luahan sedih dan marah abang kepada bapa mangsa menerusi akaun facebook peribadinya. Tulisan artikel milik penuh blog mymediahubonline. "Salam... Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan. Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala. Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa. Trust me. Someone will pay and heads will roll. Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi." | ||
Nik Abduh: Pengkhianat, Telahan Nik Aziz Jadi Kenyataan Posted: 30 Sep 2014 08:51 AM PDT Ibnu Hasyim Nik Abduh: Pengkhianat, Telahan Nik Aziz Jadi Kenyataan Nik Abduh Nik Abdul Aziz SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini menyifatkan telahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai dua Adun Pas, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), sebagai pengkhianat adalah benar. Nik Mohamad berkata, sebelum ini Nik Aziz ada memberitahunya bahawa dua Adun tersebut tidak lagi boleh dibenarkan bertanding atas tiket Pas kerana sikap pengkhianat mereka, semalam telahan itu 'disahkan' oleh salah seorang daripada mereka. "Seorang daripada mereka telah membenarkan apa yang ayahanda TGNA beritahu saya sebelum ini bahawa dua pengkhianat itu tidak boleh lagi dibenarkan bertanding atas tiket Pas. "Sekarang, dihiasi pengkhianatannya dengan rasa lapang dada dan kesediaan bertanding atas tiket DAP," tulisnya menerusi laman sosial Faceboknya. Dalam pada itu Mohamad Abduh berharap ahli Pas terus istiqamah bersama ulama. "Ya ALLAH, kekalkan kami berkelana di medan siasah bersama para ulama rabbaniyyin," tulisnya. Semalam dalam satu ceramah, Adun Morib, Hasnul Baharuddin menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP. Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan Pas Pusat. "Segala kemungkinan yang saya kira akan saya hadapi, saya bersedia... "... tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam anjuran DAP di sini, semalam. Pada 14 Ogos lalu, seluruh pimpinan Pas digemparkan dengan penglibatan dua ahli Pas, Hasnul dan Saari yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. Tindakan dua Adun tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai majoriti undi menentang kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kedua Adun, Hasnul dan Saari kini berdepan dengan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan terhadap mereka kerana didakwa membuat keputusan dengan membelakangkan parti Pas. (SH) | ||
Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati Posted: 30 Sep 2014 08:27 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati - Nur Fahtia kini semakin popular sejak membintangi drama Ariana Rose. Kecantikan dan bakat lakonan Nur Fathia kian terserlah setelah berjaya memikat hati ribuan penonton menerusi drama yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker. Nur Fathia yang memenangi watak utama wanita dalam Ariana Rose turut digandingkan dengan Keith Foo sebagai pelakon utama lelaki yang berbakat besar dalam dunia lakonan. Berikut ialah profil dan biodata penuh Nur Fathia Pelakon Drama Ariana Rose TV3, juga sekeping gambar beliau tanpa memakai sebarang mekap namun tampil cukup memikat hati. Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff Nama Popular: Nur Fathia Tarikh lahir: 1 September 1987 Umur: 27 tahun (2014) Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang Bangsa: Melayu Warganegara: Malaysia Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik Kerjaya: Pelakon dan Model Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profil Instagram: http://instagram.com/fatiyalatiff Profil Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff Drama dan telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose (2014). | ||
Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati Posted: 30 Sep 2014 08:27 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati - Nur Fahtia kini semakin popular sejak membintangi drama Ariana Rose. Kecantikan dan bakat lakonan Nur Fathia kian terserlah setelah berjaya memikat hati ribuan penonton menerusi drama yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker. Nur Fathia yang memenangi watak utama wanita dalam Ariana Rose turut digandingkan dengan Keith Foo sebagai pelakon utama lelaki yang berbakat besar dalam dunia lakonan. Berikut ialah profil dan biodata penuh Nur Fathia Pelakon Drama Ariana Rose TV3, juga sekeping gambar beliau tanpa memakai sebarang mekap namun tampil cukup memikat hati. Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff Nama Popular: Nur Fathia Tarikh lahir: 1 September 1987 Umur: 27 tahun (2014) Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang Bangsa: Melayu Warganegara: Malaysia Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik Kerjaya: Pelakon dan Model Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profil Instagram: http://instagram.com/fatiyalatiff Profil Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff Drama dan telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose (2014). Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun. A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian. Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online. A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa. Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan. Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan. Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya. Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka. Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka. Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun lalu. "Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul. "Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida. Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu. "Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya. Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik. Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun. A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian. Tulisan artikel milik penuh mStar. | ||
Blogger Tersohor Umno Bakal Bankrap? Posted: 30 Sep 2014 08:24 AM PDT Addin Blogger Tersohor Umno Bakal Bankrap? Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang dikenal pasti sebagai penulis blog Papagomo, hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuannya terhadap saman Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana dia diarah membayar RM800,000. Ini ekoran Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk memperkenal bukti baru, termasuk tulisan di blog itu yang ketika dia berada dalam tahanan pada 2012. Mahkamah juga menolak permohonan Wan Muhammad Azri untuk menerima bukti sama dalam saman lain yang difailkan oleh peguam Syukri Mohamed. Wan Muhammad Azri mahu menerima bukti itu bagi menunjukkan dia bukan Papagomo. ~malaysiakini Iklan C (ii) | ||
Nasihat Untuk Azmin -Tulis Aspan Alias Posted: 30 Sep 2014 08:02 AM PDT Ibnu Hasyim Nasihat Untuk Azmin -Tulis Aspan Alias KL: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diingatkan agar jangan menjadikan musuh orang lain sebagai musuhnya. Ini kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk mendapat sokongan dari semua pihak jika berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk berdendam kerana kuasa politik. Demikian tulis Aspan Alias menerusi blognya semalam. Baginya, Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk menjadi seorang pemimpin yang 'magnanimous'. Tambahnya, jika peluang itu tidak diambil kesempatan, maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepadanya. Menurutnya, yang penting Azmin perlu mengambil sikap sebagai bapa kepada semua dengan bertindak 'tampal segala yang koyak dan sambung segala yang putus'. "Akhirnya nanti semua yang berpecah akan bertaut dan itulah sebersih-bersih nama bagi Azmin tinggalkan dalam sejarah politik beliau," tulisnya lagi. Untuk itu, katanya Azmin perlu menyatukan semua pihak, yang terpenting sekali ialah untuk mentautkan tiga tonggak utama dalam mentadbir sesebuah negeri yang berdaulat, iaitu institusi Raja, institusi legislatif serta eksekutif. Bermaaf-maafan dengan pemimpin negeri yang lalu adalah sifat terpuji dan mereka yang tidak arif tentang ketuhanan seperti saya ini pun mengakui yang itu adalah tuntutan yang hak.- HARAKAHDAILY 30/9/2014 | ||
Pensyarah Tersohor Mangsa Terbaru Akta Hasutan Posted: 30 Sep 2014 07:21 AM PDT Addin Pensyarah Tersohor Mangsa Terbaru Akta Hasutan Polis akan menyoal siasat pensyarah undang-undang Dr Abdul Aziz Bari esok, mangsa terbaru pendakwaan besar-besaran hasutan Putrajaya yang sebelum ini menyaksikan ahli politik pembangkang dan aktivis, disiasat mengikut akta kolonial itu. Polis memberitahu The Malaysian Insider, lebih 100 laporan polis dibuat terhadap pakar Perlembagaan itu di seluruh negara kerana dikatakan menghina Sultan Selangor. Seorang pegawai polis memberitahu Aziz akan disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948. Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan merangkumi mana-mana individu yang "melakukan atau cuba untuk melakukan, atau bersiap untuk melakukan, atau merancang untuk melakukan apa-apa tindakan yang mungkin, atau jika dilakukan, akan berbaur hasutan". "Beliau belum ditahan, tetapi akan datang untuk sesi soal siasat esok (Rabu) di balai polis," kata pegawai polis itu. Beliau berkata, laporan polis dibuat terhadap ahli akademik itu dari seluruh negara kerana kenyataan beliau dalam dua artikel diterbitkan The Malaysian Insider. Artikel tersebut adalah Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari pada 1 September dan Only God, not Sultan, has absolute powers. Dua wartawan The Malaysian Insider memberi kenyataan mereka kepada polis berkenaan artikel tersebut di pejabat portal berita itu di Bangsar, semalam. Dalam artikel "Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari", Aziz memberitahu The Malaysian Insider Sultan terikat dengan Deklarasi Prinsip Perlembagaan 1992 yang menetapkan peraturan bagi Sultan, termasuk menjelaskan peranan kerabat diraja dalam politik. Artikel kedua "Only God, not Sultan, has absolute powers" pula berdasarkan ucapan Aziz semasa forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) pada 8 September bertajuk "PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju". Beliau memberitahu hadirin mengikut Perlembagaan, kuasa budi bicara Sultan dalam melantik menteri besar terhad kepada kes Parlimen tergantung. Aziz berkata, ini tidak boleh diaplikasikan dalam kes Selangor kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Siasatan polis dijangka tamat hujung minggu ini selepas kenyataan pengadu dan Aziz direkodkan. Jika Aziz didakwa, beliau akan menjadi ahli akademik kedua yang termasuk perangkap Akta Hasutan selepas Prof Madya Dr Azmi Sharom dari Universiti Malaya. Beliau boleh dipenjarakan 3 tahun dan didenda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali. Azmi seorang undang-undang didakwa mengikut Akta Hasutan pada 2 September kerana kenyataannya dalam satu portal online tentang krisis Perlembagaan Perak. Aziz kini menyertai sekumpulan ahli politik pembangkang, aktivis sosial, pensyarah undang-undang, portal berita Malaysiakini dan wartawannya, seorang ustaz yang sama ada didakwa kerana menghasut, berdepan dengan perbicaraan atau sedang disiasat. Awal bulan ini aktivis Safwan Anang dan Adam Adli Abdul Halim dijatuhkan hukuman 10 bulan dan 12 bulan penjara, kerana kenyataan dibuat dalam sebuah forum pada 13 Mei tahun lepas yang menyeru orang ramai turun ke jalan raya jika tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Seorang lagi aktivis Ali Abd Jalil berdepan 3 dakwaan menghasut kerana dikatakan menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor di Facebook. Ali dibebaskan semalam selepas ditahan lebih 20 hari. Jumaat lepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dirakamkan kenyataan oleh polis berhubung laporan polis dilakukan terhadapnya pada 2011, di mana beliau didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung kes liwat keduanya. Bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Hussin didakwa pada 10 September kerana mengeluarkan kenyataan menghasut di Facebook berhubung peranan Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri. Pada 4 September, wartawan Susan Loone ditahan di Pulau Pinang berhubung artikelnya mengenai wawancara bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Phee Boon Poh dan penahanan besar-besaran Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada Hari Merdeka. Ahli politik pembangkang lain yang didakwa mengikut akta sama termasuk Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Bagan Serai N Surendran, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dan Adun Changkat Jering Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. ~malaysian insider Iklan C (ii) | ||
Portfolio: PAS Beri Pandangan Pada Azmin. Posted: 30 Sep 2014 06:45 AM PDT Ibnu Hasyim Portfolio: PAS Beri Pandangan Pada Azmin. KL: PAS Selangor telah menyatakan pandangan mereka kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung portfolio exco kerajaan negeri. Pesuruhjaya negeri, Iskandar Samad berkata, pandangan itu dinyatakan dalam pertemuan pihaknya dengan menteri besar, beberapa hari lalu. Menteri Besar juga katanya, membuat pertemuan serupa dengan exco PKR dan DAP. Bagaimanapun, Iskandar berkata pengesahan portfolio itu hanya akan dimaklumkan dalam mesyuarat exco, esok. "Untuk portfolio ini MB sudah berbincang dengan semua exco yang terlibat di kalangan tiga parti," katanya kepada Hararakahdaily. Menurutnya, mesyuarat exco esok akan menentukan portfolio bagi kesemua 10 exco yang dilantik dan satu sidang media dijangka diadakan selepas itu. Terdahulu, perbincangan telah dilakukan antara Menteri Besar dengan ketiga-tiga parti untuk membincangkan pembahagian portfolio yang akan dipegang oleh setiap exco di kalangan mereka. Selain Iskandar, dua lagi Adun PAS yang dilantik exco adalah Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib. Sebelum ini, Iskandar yang juga Adun Chempaka memegang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor ketika dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim. Manakala Ahmad Yunus memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. - HARAKAHDAILY 30/9/2014 | ||
Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup mengejutkan Posted: 30 Sep 2014 06:45 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup mengejutkan Nur Fahtia kini semakin popular sejak membintangi drama Ariana Rose. Kecantikan dan bakat lakonan Nur Fathia kian terserlah setelah berjaya memikat hati ribuan penonton menerusi drama yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker. Nur Fathia yang memenangi watak utama wanita dalam Ariana Rose turut digandingkan dengan Keith Foo sebagai pelakon utama lelaki yang berbakat besar dalam dunia lakonan. Berikut ialah profil dan biodata penuh Nur Fathia Pelakon Drama Ariana Rose TV3. Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff Nama Popular: Nur Fathia Tarikh lahir: 1 September 1987 Umur: 27 tahun (2014) Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang Bangsa: Melayu Warganegara: Malaysia Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik Kerjaya: Pelakon dan Model Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profil Instagram: http://instagram.com/fatiyalatiff Profil Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff Drama dan telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose (2014). | ||
Siapa sebenarnya Gadis terima Ph.D pada usia 24 Tahun Posted: 30 Sep 2014 06:27 AM PDT Tengok TV Online Siapa sebenarnya Gadis terima Ph.D pada usia 24 Tahun Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1. Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA. Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT. Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk "The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five" adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku "Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis" melalui dua bab bertajuk "The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups" serta "Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two". Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk "GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)". Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012). Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012). Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan. Sumber: News UTM Gosip dan Kontroversi Hiburan Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup mengejutkan Nur Fahtia kini semakin popular sejak membintangi drama Ariana Rose. Kecantikan dan bakat lakonan Nur Fathia kian terserlah setelah berjaya memikat hati ribuan penonton menerusi drama yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker. Nur Fathia yang memenangi watak utama wanita dalam Ariana Rose turut digandingkan dengan Keith Foo sebagai pelakon utama lelaki yang berbakat besar dalam dunia lakonan. Berikut ialah profil dan biodata penuh Nur Fathia Pelakon Drama Ariana Rose TV3. Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff Nama Popular: Nur Fathia Tarikh lahir: 1 September 1987 Umur: 27 tahun (2014) Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang Bangsa: Melayu Warganegara: Malaysia Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik Kerjaya: Pelakon dan Model Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profil Instagram: http://instagram.com/fatiyalatiff Profil Twitter: https://twitter.com/fatiyalatiff Drama dan telefilem: Diandra, Stanza Cinta, Hani, Joe & Faridah, Nur Kasih, Dunia Batinku, Di Bawah Ketiak Isteri dan Bila Musang Berjanggut, Ariana Rose (2014). | ||
Cerita Khalid Ibrahim Sebenarnya Baru Bermula -Yusmadi Yusoff Posted: 30 Sep 2014 04:45 AM PDT Ibnu Hasyim Cerita Khalid Ibrahim Sebenarnya Baru Bermula -Yusmadi Yusoff KETIKA krisis kepemimpinan Selangor kelihatan berakhir dengan upacara angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor oleh Mohamed Azmin Ali pada tanggal 23 September 2014, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, 'cerita' Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya belum berakhir, sebaliknya baru sahaja bermula. Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata , sangat menarik untuk memperhatikan apa yang akan berlaku kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu selepas berundur daripada jawatannya sebagai menteri besar. "Ada banyak kemungkinan boleh berlaku, termasuk membabitkan kontroversi tuduhan yang dilempar oleh pemimpin kanan PKR terhadapnya sebelum ini. "Beliau adalah tokoh tahan uji. Dengan pengalamannya sebagai tokoh korporat tidak mustahil Khalid dimanfaatkan oleh mana-mana pihak untuk mengelolakan sebarang syarikat di negara ini," katanya. Yusmadi yang mewakili kawasan Parlimen Balik Pulau bagi penggal 2008 – 2013 berkata, Selangor bertuah kerana mempunyai Khalid sebagai menteri besar. Katanya, dalam tempoh singkat Khalid berjaya mempamerkan prestasi terpuji ketika harapan masyarakat kepada Pakatan Rakyat (PR) begitu tinggi sejak lembaga tidak rasmi itu tertubuh beberapa tahun lalu. Kata Yusmadi, kewujudan PR menyebabkan harapan rakyat di negara ini terangkat begitu tinggi dan perlu ada seorang tokoh diyakini untuk membawa aspirasi itu. Justeru, katanya, gabungan pembangkang beruntung kerana kehadiran Khalid membantu meningkatkan keyakinan ramai, sekali gus menyumbang kepada kejayaan PR menawan Selangor serta beberapa negeri lain. Bagaimanapun, kata Yusmadi, Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai menteri besar kerana serangan berbentuk tuduhan yang tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak. "Dosa Khalid cuma satu. Dia gagal bertindak sebagai anggota pasukan seperti diharap PR. Misalnya, dia gagal hadir dalam mesyuarat dan bertindak membuat keputusan yang kadang-kadang secara sendirian, namun ia dilakukan selepas melalui pertimbangan teliti," katanya. Antara kejayaan Khalid, kata Yusmadi, ialah mengumpul rizab bernilai lebih RM3 bilion. Namun di sebalik dakwaan bahawa Khalid "kedekut", Yusmadi yakin tokoh yang mengejutkan dunia bisnes antarabangsa dengan langkah "Dawn Raid" bagi menguasai Guthrie pada 1981 itu mempunyai perancangan tersendiri. "Khalid bukan orang biasa. Dia ada perencanaan sendiri dengan wang itu yang boleh digunakan untuk menambah aset Selangor jika keadaan mengizinkan, namun ia tidak difahami kebanyakan orang," katanya. Sebenarnya, kata Yusmadi, Khalid sebagai menteri besar berjaya meletakkan penanda aras yang cukup tinggi sepanjang tempoh mengetuai kerajaan Selangor. "Dia masuk PKR sendirian. Dia tidak kenal sesiapa kecuali Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun berjaya mentadbir Selangor dengan baik," katanya. Bagaimanapun Yusmadi menyatakan keyakinannya bahawa Azmin mampu menyambung kecemerlangan rekod Khalid selepas ini berdasarkan pengalaman Timbalan Presiden PKR itu. Mengakui Azmin berdepan dengan persepsi yang pelbagai, Yusmadi berkata, orang ramai perlu menilai tokoh berkenaan secara objektif. "Jika tidak, persepsi buruk itu akan tinggal sebagai tuduhan membuta tuli," katanya. (mStar) | ||
IS Hampiri Kota Baghdad. Di Mana Kekuatannya? Posted: 30 Sep 2014 03:39 AM PDT Ibnu Hasyim IS Hampiri Kota Baghdad. Di Mana Kekuatannya?
BAGHDAD - Kumpulan militan Negara Islam (IS) kini semakin mara ke bandar ini apabila kumpulan itu dilaporkan berada kira-kira dua kilometer dari barat ibu kota Iraq tersebut, lapor akhbar The Guardian semalam. Pertempuran sengit tercetus kelmarin ketika tentera Iraq yang dibantu pejuang Kurdis cuba mengekang kemaraan militan IS ke bandar itu. Satu sumber berkata, seramai 1,000 askar Iraq dan pejuang Kurdis terkorban dalam pertempuran tersebut. Kekuatan IS dilihat tidak tergugat walaupun tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan kempen serangan udara terhadap kedudukan kumpulan berkenaan di Iraq dan Syria sejak beberapa hari lalu. Seorang jurucakap Yayasan Bantuan dan Perdamaian di Timur Tengah berkata, pada pagi semalam militan IS semakin menghampiri Baghdad dan tidak mustahil bandar itu jatuh ke tangan kumpulan berkenaan. "Anggota militan IS kini berada tidak sampai dua kilometer untuk memasuki kota Baghdad," kata jurucakap berkenaan. "Ramai pihak sebelum ini menganggap IS tidak mempunyai kemampuan dan kekuatan untuk menawan kota berkenaan tetapi kini mereka (IS) semakin hampir menawan Baghdad," katanya. Menurutnya, Presiden AS, Barack Obama sebelum ini memberitahu bahawa beliau percaya tentera Iraq mampu untuk menangani ancaman daripada kumpulan militan berkenaan tetapi ternyata beliau tersilap. "Kita tidak perlu masa yang terlalu lama untuk menilai mereka (tentera Iraq) dan kini kita tahu tidak banyak yang mereka boleh lakukan ketika ini," katanya. Sementara itu, kumpulan militan IS di Syria dilaporkan bersetuju untuk bekerjasama dengan sebuah lagi kumpulan penentang di negara itu yang dikenali sebagai Jabhat al-Nusra. Kumpulan Jabhat al-Nusra merupakan serpihan daripada rangkaian pengganas al-Qaeda dan mereka menentang pemerintahan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Kedua-dua kumpulan berkenaan sebelum ini sering berperang sesama sendiri tetapi mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama selepas tentera bersekutu yang diketuai AS melancarkan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan-kumpulan militan di Iraq dan Syria. Seorang jurucakap Jabhat al-Nusra, Abu Firas al-Suri pada Sabtu lalu mengecam serangan tentera bersekutu tersebut dan berikrar untuk bertindak balas. "Negara-negara ini (negara bersekutu) telah membuat satu kesilapan besar yang menyebabkan mereka akan menjadi sasaran pejuang di seluruh dunia. "Ini bukanlah peperangan menentang Jabhat al-Nusra tetapi peperangan menentang Islam," katanya. Satu sumber memberitahu The Guardian bahawa para pemimpin Jabhat al-Nusra dan IS telah mengadakan beberapa pertemuan bagi merancang taktik perang di Syria. Sebelum ini terdapat laporan bahawa sejumlah anggota militan daripada beberapa kumpulan kini berpaling tadah dan menyertai IS yang dilihat lebih tersusun dan mempunyai kelengkapan untuk menubuhkan negara Islam di Iraq dan Syria. - Agensi Tentera AS membedil pintu masuk Loji Coneco Gas di wilayah Deir Ezzor sebagai tanda amaran kepada tentera IS supaya berundur dari kawasan terbabit. Foto: AFP Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di mana kekuatannya? Lihat kata-kata ini, "Negara-negara ini (negara bersekutu) telah membuat satu kesilapan besar yang menyebabkan mereka akan menjadi sasaran pejuang di seluruh dunia. "Ini bukanlah peperangan menentang Jabhat al-Nusra tetapi peperangan menentang Islam," katanya. Itu sebabnya maka diuar-uarkan 'kepengganasan Islam' yang termasuk di dalamnya Hamas, Al-Qaeda dan lain-lain. Yang tidak pengganas ialah Israel, AS dan kuncu-kuncunya. Malaysia pun jadi alat dalam hal kepengganasan ini? Kalau mereka menentang Islam, Islam tidak akan kalah dan mati. Islam tetap hidup dan membebaskan dunia dari belenggu kejahatan, akhirnya. | ||
Luahan hati Aliff Aziz didapati bersalah curi 2 telefon bimbit Posted: 30 Sep 2014 02:24 AM PDT Tengok TV Online Luahan hati Aliff Aziz didapati bersalah curi 2 telefon bimbit Heboh dunia hiburan hari ini apabila rata-rata media melaporkan berita mengenai penyanyi kelahiran seberang, Aliff Aziz yang dijatuhkan hukuman denda $2,000 setelah didapati mencuri dua telefon bimbit. Ekoran tersebarnya berita tersebut, ramai yang ternanti-nanti ulasan daripada Aliff Aziz sendiri. Melalui Twitter rasmi @Aliffaziz, dia memuatnaik beberapa status seolah-olah tuduhan mencuri itu tidak betul dan media tidak mengetahui cerita sebenar. Kelab Penyokong Aliff Aziz (@aliffAziz_FC) juga turut mempertahankan artis tersebut melalui ruangan twitter. Mereka menyeru para peminat agar tidak mempercayai berita fitnah itu dan menunggu penjelasan sebenar yang akan dibuat oleh Aliff Aziz sendiri. Sebelum ini, desas desus kes kecurian ini dapat dihidu oleh media hiburan. Menurut sumber, Aliff berhadapan dengan tuduhan mencuri telefon bimbit, Tetapi bukanlah bermakna dia yang melakukan jenayah tersebut. Dengar cerita akibat terlalu percaya dengan rakan Aliff pula yang kena tuduh. Mungkin pada waktu pemeriksaan pihak berkuasa, barang bukti itu berada di badan Alif, mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia disiasat kini. Apapun, kita tunggu sahaja lah apakah penjelasan yang akan dibuat oleh Aliff Aziz dalam masa terdekat kerana kes seperti ini pasti akan menjatuhkan maruah beliau. Malah, karier sebagai artis juga mungkin akan berkubur. -Tengoktvonline Gosip dan Kontroversi Hiburan Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun. A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian. Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online. A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa. Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan. Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan. Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya. Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka. Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka. Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun lalu. "Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul. "Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida. Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu. "Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya. Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik. Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun. A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian. Tulisan artikel milik penuh mStar. | ||
Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman Posted: 30 Sep 2014 02:18 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun. A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian. Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online. A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa. Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1998 terhadap Suffian di kaunter mahkamah syariah di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Kes itu akan disebut pada 16 Oktober depan. Dalam pada itu, A.Aida menjelaskan selain tuntutan nafkah tertunggak yang mahu dituntutnya, ia termasuk juga yuran persekolahan Muhammad Rahul di sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berjumlah RM1,000 sebulan. Hanya dua perkara sahaja yang saya minta daripada dia dan itu pun semata-mata demi kepentingan anak, itu sahaja," katanya. Sementara itu, A.Aida berkata, pihak peguamnya pernah memaklumkan perkara tersebut kepada Suffian dan lelaki itu menjelaskan ada membuka akaun di atas namanya dan memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk anak mereka. Bagiamanapun A.Aida mempertikaikan tindakan bekas suaminya itu kerana wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepadanya untuk digunakan sebagai perbelanjaan anak mereka. Suffian ketika bertemu media selepas sah bercerai dengan A.Aida pada 2 Mei tahun lalu. "Peguam saya sudah minta dia membayar nafkah itu secara baik tetapi dia gagal berbuat demikian sebaliknya membuka akaun di atas namanya sendiri dan mendakwa memasukkan wang berjumlah RM100 setiap bulan untuk Rahul. "Bagaimana saya ingin ambil wang berkenaan jika akaun itu di atas namanya?," soal A. Aida. Dalam perkembangan sama, A.Aida turut mendedahkan sejak bercerai bekas suaminya itu melepaskan tanggungjawab anak mereka kepadanya dan hanya datang menjenguk kanak-kanak itu apabila dirasakan perlu. "Sejak bercerai datang jumpa anak pun ikut sedap dia itu pun tiga ke empat bulan sekali," ujarnya. Pasangan itu sah bercerai talak dua selepas konflik rumah tangga mereka tidak berkesudahan sehingga memaksa A.Aida memohon untuk bercerai secara fasakh sebelum Suffian bersetuju melepaskannya secara baik. Mereka berkahwin pada 20 April 2007 dan Suffian merupakan seorang duda sebelum ini turut mempunyai beberapa orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Sebelum berkahwin dengan Suffian, A. Aida juga pernah bernikah dengan bekas vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng pada tahun 1994 dan berpisah pada tahun 2003. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Wan Az Aleesa, 17, dan Wan Azevanatassha yang berusia 12 tahun. A.Aida juga pernah berkahwin dengan seorang anggota polis berpangkat biasa sebelum mengenali Suffian. Tulisan artikel milik penuh mStar. | ||
Jijik- Tikus ditemui dalam rak sayur di Aeon Big, Midvalley (2 Gambar) Posted: 30 Sep 2014 01:18 AM PDT Tengok TV Online Jijik- Tikus ditemui dalam rak sayur di Aeon Big, Midvalley (2 Gambar) Seorang pengguna media sosial, Chia Yoke Fong memuatnaik dua gambar jijik penemuan tikus dalam rak sayuran di Aeon Big, Midvalley. Masalah kebersihan ini suatu yang serius kerana ramai rakyat Malaysia maut akibat kencing tikus. Semoga ada tindakan pihak berkuasa bukan sahaja di premis-premis kecil malah di pasaraya-pasaray besar. -Tengoktvonline | ||
"Hidup lebih tenang tanpa Alvin" - Luahan hati Vivian Posted: 30 Sep 2014 12:35 AM PDT Tengok TV Online "Hidup lebih tenang tanpa Alvin" - Luahan hati Vivian Kehidupan Vivian Lee, bekas teman wanita kepada blogger s#ks Alvin Tan, sebenarnya 'lebih aman dan tenang' dalam tempoh tiga bulan sejak lelaki berusia 26 tahun itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS). "Kami banyak bergaduh. Kebanyakan pergaduhan berpunca daripada perkara-perkara kecil," kata Vivian, 25. Vivian, dalam mesej Facebook kepada The Star Online berkata dia kini menganggap hubungan mereka secara rasmi telah terputus sejak kehilangan Alvin yang melarikan diri ke AS. "Oleh kerana dia sah berada di Amerika Syarikat dan telah terputus semua komunikasi dengan saya, saya anggap kami telah putus secara rasmi. Saya masih rindukan dia sekali-sekala, tetapi saya fikir saya perlu melepaskannya," kata Vivian. Katanya, tidak dapat berpisah dengan Alvin dengan cara yang matang dan 'mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang baik' adalah salah satu daripada perkara yang dikesali, sambil menambah banyak yang telah dipelajari daripada Alvin yang dianggap 'seorang lelaki menawan'. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya untuk masa kami bersama, yang baik dan buruk. Saya bersyukur kerana orang ramai lebih berminat dengan dia, yang membolehkan saya meneruskan hidup tanpa perhatian yang amat nyata," kata Vivian. Dia berkata fokus semasa Alvin dalam membuat kenyataan politik dan mencabar pihak berkuasa telah membuatkan kerjasamanya dengan lelaki itu sebelum ini dalam blog s#ks 'Sumptuous Erotica' yang tidak lagi berfungsi dan saluran YouTUbe 'S#xcussions with Alvivi' 'seolah-olah tidak penting'. "Mereka membuatkan nama saya menjadi sebutan sebelum ini, tetapi sekarang saya berpuas hati menjalani kehidupan yang tenang dan mudah," kata Vivian yang bekerja di sebuah pejabat, namun enggan mengulas lanjut mengenainya. Alvin dan Vivian yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog s#ks mereka yang kini tidak lagi berfungsi menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana 'ucapan Ramadan' yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas. Alvin gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu. Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin dan tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000. Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. | ||
Felixia Yeap dikecam lagi muatnaik gambar bersolat di Instagram Posted: 29 Sep 2014 10:33 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Felixia Yeap dikecam lagi muatnaik gambar bersolat di Instagram Kadang-kadang kami pun tak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia. Setiap foto yang dimuatnaik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya. Terkini, foto Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu? Haih.. Perlu ke? Mungkin caption yang ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para netizen untuk membuat anggapan sedemikian rupa. Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah. Bagaimanapun, ada juga individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam. Kami turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yang masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim. Bukan apa, kita yang memang sejak azali dilahirkan sebagai umat Islam ni pun masih lagi banyak yang perlu diperbetulkan. Jadi, rasanya tak eloklah nak jadi judgmental begitu. Betul tak? Tulisan artikel milik penuh Portal Ohbulan. |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post