Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

13 Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra dan intim

13 Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra dan intim

13 Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra dan intim

Posted: 29 Sep 2014 07:27 PM PDT

Gosip dan Kontroversi Hiburan

13 Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra dan intim

Nampaknya demam drama Rindu Awak 200% masih belum tamat lagi. Baru-baru ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat dilihat telah hadir bersama-sama ke sebuah majlis yang berkaitan dengan kereta kebangsaan, Proton. 

Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.

Adakah mereka berdua masih menghayati watak masing-masing dalam drama Rindu Awak 200% atau sememangnya Zul dan Ayda mempunyai perasaan sayang sesama sendiri? Yang pasti, mereka berdua memang 'matching' yang amat. 

Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja.

Apa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta? Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu Awak 200% ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. 

Terima kasih kepada para peminat yang menjadi paparazi penuh gaya untuk menangkap aksi mereka berdua. - Blog beautifulnara

Cerita sebenar Ibu pukul anak sampai mati, buang dalam semak (3 Gambar)

Posted: 29 Sep 2014 06:31 PM PDT

Tengok TV Online

Cerita sebenar Ibu pukul anak sampai mati, buang dalam semak (3 Gambar)

Bukit Mertajam: Seorang ibu tergamak menghumban mayat anaknya ke dalam kawasan semak di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tongkang, Jalan Pematang Tinggi, di sini, bagi menyembunyikan perbuatannya yang dikatakan secara tidak sengaja memukul kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu sehingga meninggal dunia.

Berikutan panik dengan kejadian itu, wanita berusia 30 tahun itu dengan teman lelakinya berusia 24 tahun, bertindak membuang mayat kanak-kanak itu di kawasan berkenaan.

Ketika ditemui kira-kira jam 12 tengah hari semalam, mayat mangsa berada dalam keadaan masih lengkap berpakaian dan dibungkus menggunakan selimut.

"Polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada Sabtu lepas mendakwa anaknya hilang ketika mereka bersiar-siar di Padang Kota, George Town pada pukul 2.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Lokasi mayat kanak-kanak dibuang

Polis yang menjalankan siasatan mendapati keterangan yang diberi wanita berusia 30 tahun itu bercanggah dan mencurigakan menyebabkan wanita itu ditahan bagi membantu siasatan.

"Susulan penahanan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan di Klang, Selangor bagi membantu siasatan," katanya, dan menambah, lelaki berusia 24 tahun itu tidak bekerja.

Mazlan berkata hasil soal siasat yang dijalankan mendapati wanita yang tidak bekerja itu mengaku memukul anaknya hingga mati di rumah mereka di Kulim, Kedah.

Mangsa juga dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu selepas pemeriksaan dijalankan anggota forensik hanya menemui rangka kanak-kanak berkenaan.

"Wanita itu mendakwa anaknya telah mati kira-kira pukul 4.30 petang pada 20 September iaitu tiga hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Teman lelaki wanita terbabit dilihat dibawa sepasukan anggota polis untuk menunjukkan lokasi di mana mayat mangsa dibuang.

Selimut yang digunakan untuk membungkus mangsa juga dikatakan dipenuhi ulat berikutan keadaan mayat kanak-kanak itu yang sudah mereput.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sumber: HMetro, mStar

Gambar Mengejutkan Najib Dari Ibu Pejabat PBB.. Saksikanlah

Posted: 29 Sep 2014 05:30 PM PDT

Addin

Gambar Mengejutkan Najib Dari Ibu Pejabat PBB.. Saksikanlah

najib

Jikalau betul gambar yang ditunjukkan ini sungguh memalukan negara. Seolah-oleh pemimpin dunia luar tidak berminat mendengar ucapan Najib ataupun negara luar hanya memandang sebelah mata terhadap Malaysia. Sesiapa yang melihat berita ini, boleh sahkan gambar dan berita ini..

najib

najib

Ikuti berita tersebut sepertimana di laporkan oleh Omakkau..

SEMALAM NAJIB MENYAMPAIKAN UCAPAN DI PERHIMPUNAN AGUNG PERTUBUHAN BANGSA BERSATU (PBB) DI NEW YORK DI HADAPAN SIAPA????? Terkejut juga apabila mendapat kiriman gambar yang diambil dari siaran Astro Awani dimana ketika Najib Razak menyampaikan ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat, semalam , beliau berucap dihadapan khalayak kosong .. Yang datang mendengar dari negara-negara luar boleh dibilang dengan jari.  Amat sedih sekali .. nasib baik rombongan Malaysia yang terdiri dari Rosmah Mansur dan Menteri Luar Anifah Aman serta beberapa pegawai dan diplomat hadir .. jika tidak dikira Najib berucap depan mahkluk halus dan bunian jer.  Kalau dengar media arus perdana punya kelentong seolah-olah digambarkan ucapan Najib Razak dinanti-nantikan oleh para perwakilan seluruh dunia.  Hakikatnya??????? .. Lihat sahaja gambar-gambar diatas .. seolah-olah macam kena pulau.  Para ulama dan ilmuan Islam Malaysia khususnya perlu bersikap pro aktif dengan memberikan respons segera mereka terhadap ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) semalam, 26hb September 2014.  Dalam ucapan tersebut, Najib menekankan tentang perlunya masyarakat dunia tidak hanya berpada dengan tindakan menumpaskan golongan ekstremis, sebaliknya dalam masa sama perlu bertindak 'menumpaskan' idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti. Bagi beliau, usaha membanteras keganasan yang hanya terhenti setakat menumpaskan kumpulan militan dan ekstremis, tetapi tidak turut berusaha mematikan idea-idea keganasan dan ideologi yang mereka anuti, adalah pendekatan lama.  Sehubungan itu, beliau menggesa pendekatan baru dan berbeza diambil, iaitu satu pendekatan yang turut menekankan aspek 'membunuh' idea-idea keganasan disamping tindakan pencegahan dan pengawalan terhadap aktiviti-aktiviti militan dan keganasan. ~omakkau

Iklan C (ii)

Wakil Negara Islam (?) M'sia, Bogel..

Posted: 29 Sep 2014 04:57 PM PDT

Ibnu Hasyim

Wakil Negara Islam (?) M'sia, Bogel..

Jun Hoong (kiri) dan Yan Yee meraih pingat perak dalam acara tiga meter papan anjal seirama di Pusat Akuatik Munhak, Isnin.

SUKAN

Acara Terjun Tambah Koleksi Perak, Gangsa
PENERJUN negara yang beraksi dengan semangat pada Isnin menyumbang dua lagi pingat, masing-masing perak dan gangsa untuk acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Munhak sebentar tadi.

Pada acara tiga meter papan anjal seirama, Cheong Jun Hoong-Wendy Ng Yan Yee mempamerkan gaya menarik  untuk membolehkan mereka meraih pingat perak Sukan Asia yang berlangsung di Incheon, Korea Selatan ini.

Susulan kejayaan rakan sepasukannya, dua lagi penerjun negara, Chew Yi Wei dan Ooi Tze Liang melakukan terjunan yang menyaksikan Malaysia menambah pingat gangsa menerusi acara 10 meter platform lelaki.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Acara Negara Islam (?) Malaysia, terjun bogel..
(IH)

Gambar Datuk K baring berbantalkan peha gebu Datuk Siti Nurhaliza

Posted: 29 Sep 2014 04:45 PM PDT

Gosip dan Kontroversi Hiburan

Gambar Datuk K baring berbantalkan peha gebu Datuk Siti Nurhaliza

Nampaknya jalinan cinta antara penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato' K memang tetap utuh seperti di awal perkahwinan mereka.

Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke-8 pada Ogos yang lalu, sekeping foto Dato' K bermanja dengan Dato' Siti jadi tumpuan peminat. Sila jangan jealous ya dengan keintiman pasangan favourite ramai ni.

Mana taknya, Dato' K siap baring berbantalkan peha Dato' Siti lagi tau! Sweet!Amboi! Bila tengok foto mereka berdua ni rasa macam lebih teruja pula nak kahwin cepat-cepat. Seronok bila ada tempat nak bermanja macam ni kan.

Bagaimanapun, ada juga yang tak berapa berkenan dengan foto yang dimuat naik oleh Dato' Siti tu. Katanya macam nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan pula.Ha.. dek kerana komen tersebut, peminat Dato' Siti pun apa lagi, teruslah berdebat mempertahankan idola mereka. 

Yelah, takkan nak share foto dengan suami pun salah kan? Bukannya censored part pun!Tak dapat dinafikan, semua orang ada pendapat masing-masing kan. Apapun kan lebih bagus jika kita doakan kebahagiaan pasangan ini daripada asyik mahu mencari salah mereka. Betul tak? - Ohbulan

Gambar Datuk K baring berbantalkan peha gebu Datuk Siti Nurhaliza

Posted: 29 Sep 2014 04:39 PM PDT

Bulan Haji, Menuai Kurma Merah Di Selatan Gaza..

Posted: 29 Sep 2014 02:02 PM PDT

Ibnu Hasyim

Bulan Haji, Menuai Kurma Merah Di Selatan Gaza..

Bulan haji merupakan waktu yang bertepatan dengan panennya pohon kurma di Khan Younis, selatan Gaza.
Seorang petani saat menuai kurma di ladang Khan Younis, selatan Gaza (29/9).
Musim menuai kurma merah di selatan Gaza  
Bulan haji merupakan waktu yang bertepatan dengan musim tuai buah kurma di Khan Younis, selatan Gaza.
Bulan haji merupakan waktu yang bertepatan dengan panennya pohon kurma di Khan Younis, selatan Gaza.
Seorang petani saat memanen kurma di perkebunan Khan Younis, selatan Gaza (29/9). 
Bulan haji merupakan waktu yang bertepatan dengan panennya pohon kurma di Khan Younis, selatan Gaza.
Bulan haji merupakan waktu yang bertepatan dengan panennya pohon kurma di Khan Younis, selatan Gaza.
Bulan haji merupakan waktu yang bertepatan dengan panennya pohon kurma di Khan Younis, selatan Gaza.
(IH)

Bajet 2015: Kerajaan Diberi Amanah, Jauhi Sifat Qarun

Posted: 29 Sep 2014 10:58 AM PDT

Ibnu Hasyim

Bajet 2015: Kerajaan Diberi Amanah, Jauhi Sifat Qarun

Oleh NASRUDIN HASSAN

1. Detik 10 Oktober ini pastinya perhatian seluruh rakyat Malaysia akan tertumpu kepada pembentangan Bajet 2015 yang akan dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia adalah belanjawan negara yang terakhir bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang telah dibentangkan pada hari Khamis, 10 Jun 2012.

2. Berikutan kemerosotan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada tahun lalu, Bajet 2015 mesti memiliki keistimewaan tertentu bagi memastikan ia berupaya untuk mengukuhkan kembali sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional. "Berita baik" dengan pemberian "ole-ole" kepada rakyat oleh Kerajaan dalam Bajet 2015 pasti akan diuar-uarkan dan dihebahkan secara luar biasa seperti biasa terjadi pada tahun-tahun lalu.

3. Keraguan terhadap jawapan munasabah yang boleh diberikan oleh kerajaan melalui pembentangan Bajet 2015 bagi persoalan adakah cukai pendapatan akan dikurangkan, adakah rebat cukai jalan akan dipanjangkan, adakah subsidi akan diteruskan, dan bermacam-macam lagi persoalan yang bermain di minda rakyat hari ini akan berjaya dijawab oleh Kerajaan hanya dengan pemberian "ole-ole" dan pemberian 'one-off' yang "wow" sehingga kesemua persoalan tadi - bagi sebilangan besar orang – sudah tidak penting lagi.

4. Hakikatnya, lebih ringgit yang diberikan secara "percuma" kepada rakyat bermakna lebih ringgit yang dipungut oleh kerajaan dari poket rakyat melalui kutipan cukai serta kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Ia dipanggil bajet kerana kerajaan memiliki suatu jumlah wang yang terhad dan tetap untuk dibelanjakan pada setiap tahun. Bajet yang dibentangkan adalah sekadar berkisar pilihan kerajaan untuk menambah atau mengurangkan nilaian 'RM' dalam apa-apa sektor.

5. Bajet yang dibentangkan mestilah mengutamakan golongan marhaen, bukannya melebihkan golongan bangsawan. Kerajaan selaku yang diberi amanah oleh Allah untuk mengurus hasil bumi mesti menjahuhi sifat Qarun yang merasakan bahawa kemewahan dan kemegahan yang dimiliki itu berpunca dari kebijaksanaan dan kepandaiannya. Allah merakamkan kata-kata Qarun di dalam al-Quran:

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي

maksudnya,
"Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku." (Surah Al-Qashah: 78)Kemewahan dan kemegahan yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya itu menyebabkan dia kemabukan dan kesombongan menggunakan sewenang-wenangnya harta yang dimilikinya untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai 'orang kaya baru'.

6. Selain itu, agar apa yang Allah sebutkan dalam firman-Nya

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ

Maksudnya
"...supaya harta-harta itu tidak beredar di antara orang-orang kaya dalam kalangan kamu...", (Surah Al Hasyr: 7)
dapat dicapai melalui pelaksanaan Bajet 2015, ia mesti diagih secara adil dan saksama kepada orang yang berhajat (sangat memerlukan) kepada harta itu serta menjauhi apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulullah termasuklah rasuah, riba dan monopoli. Apa yang disuruh oleh Allah dan Rasulullah seperti perintah memungut zakat, galakan infaq, menderma dan wakaf juga mesti diurus sesuai dengan tujuan pensyariatannya.

7. Unsur-unsur ini amatlah penting bagi memastikan keberkatan harta dan jaminan rezeki yang melimpah ruah bagi menampung kesemua keperluan. Harta adalah amanah Allah.

Penulis ialah Ahli Parlimen Temerloh.

Selangor Bakal Bergolak Semula Dengan Isu Ini?

Posted: 29 Sep 2014 09:45 AM PDT

Addin

Selangor Bakal Bergolak Semula Dengan Isu Ini?

PETALING JAYA: Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini bagi mengetahui portfolio yang bakal digalas oleh mereka. Menurut laporan yang dibuat oleh BN BBC, keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merupakan keputusan yang sukar dan kritikal kerana kedudukan Pakatan Rakyat kini dalam keadaan yang tidak menentu dengan tindakan PKR dan DAP bertindak menolak PAS.

PAS dikatakan bakal mendapat portfolio yang tidak penting.

Menurut Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga salah seorang Exco PAS, Azmin akan mengadakan perbincangan bagi menentukan portfolio Exco masing-masing hari ini tetapi belum mengetahui portfolio yang bakal dipegang.

Pada masa yang sama, AJK PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebelum ini mendakwa PKR dan DAP bertindak membuli Exco PAS.

Selain Nik Abduh, pemimpin kanan PAS juga pernah menyuarakan pendapat mereka mengenai perpecahan akan berlaku dalam PR sekiranya Azmin meminggirkan Exco daripada PAS.

Baru-baru in, Azmin hanya memberikan tiga jawatan Exco kepada PAS berbanding empat sebelumnya dan terdapat saranan dalam kalangan pemimpin kanan PAS agar mereka tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Exco PAS yang dikatakan bakal menerima portfolio tidak penting itu ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib. ~free malaysia today

Iklan C (ii)

Iszuree Patut Guna Saluran Betul -Anwar

Posted: 29 Sep 2014 08:54 AM PDT

Ibnu Hasyim

Iszuree Patut Guna Saluran Betul -Anwar

PKR tidak akan mempertahankan bendahari PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim yang digantung dari sebagai menyertai sebarang jawatankuasa kerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana mengkritik polisi setinggan kerajaan negeri.

Iszuree (bawah) yang juga ketua lajnah tanah PAS negeri bagaimanapun dikekalkan sebagai ahli majlis tetapi peruntukkan beliau dibekukan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Iszuree sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana beliau sebahagian Pakatan Rakyat.

"Kamu boleh kritik dari fakta yang kamu dapati, bukan dari apa yang didapati dari Umno.
"Jika kamu nak guna peruntukan negeri tetapi terus kritik – kamu tidak dapat memberi perkhidmatan dengan baik," kata beliau ketika ditanya wartawan selepas ceramah anti akta hasutan di Seberang Jaya semalam.

Ketika ditanya adakah tindakan negeri terlalu keras dan seoalah-olah tidak dapat menerimanya sebagai kritikan, Anwar menjawab:

"Sudah tentulah boleh kritik. Tetapi keadaan di sini mungkin berbeza," tambah beliau.
 
Sementara itu, lima belas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) siang tadi menandatangani petisyen menuntut penamatan khidmat ahli PAS, Iszuree Ibrahim sebagai ahli MPPP.

Ahli MPPP, Harvinder Singh, yang mengetuai kumpulan itu, berkata tuntutan itu dibuat ekoran tindakan Iszuree yang didakwa membuat dakwaan palsu mengenai kerajaan negeri. Harvinder berkata kini terpulang kepada kerajaan negeri, yang melantik ahli majlis, untuk bertindak sewajarn
ya.
(IH)

Exco PAS Bakal Dapat Portfolio Tidak Penting.. Ini Dalilnya?

Posted: 29 Sep 2014 08:24 AM PDT

Addin

Exco PAS Bakal Dapat Portfolio Tidak Penting.. Ini Dalilnya?

PETALING JAYA: Nasib tiga Exco PAS Selangor akan ditentukan hari ini bagi mengetahui portfolio yang bakal digalas oleh mereka. Menurut laporan yang dibuat oleh BN BBC, keputusan yang akan dibuat oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali merupakan keputusan yang sukar dan kritikal kerana kedudukan Pakatan Rakyat kini dalam keadaan yang tidak menentu dengan tindakan PKR dan DAP bertindak menolak PAS.

PAS dikatakan bakal mendapat portfolio yang tidak penting.

Menurut Mohd Zaidy Abdul Talib yang juga salah seorang Exco PAS, Azmin akan mengadakan perbincangan bagi menentukan portfolio Exco masing-masing hari ini tetapi belum mengetahui portfolio yang bakal dipegang.

Pada masa yang sama, AJK PAS Pusat, Nik Mohd Abduh Nik Aziz sebelum ini mendakwa PKR dan DAP bertindak membuli Exco PAS.

Selain Nik Abduh, pemimpin kanan PAS juga pernah menyuarakan pendapat mereka mengenai perpecahan akan berlaku dalam PR sekiranya Azmin meminggirkan Exco daripada PAS.

Baru-baru in, Azmin hanya memberikan tiga jawatan Exco kepada PAS berbanding empat sebelumnya dan terdapat saranan dalam kalangan pemimpin kanan PAS agar mereka tidak mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Exco PAS yang dikatakan bakal menerima portfolio tidak penting itu ialah Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Mohd Zaidy Abdul Talib. ~free malaysia today

Iklan C (ii)

Anwar, Dedah Siapa Dapat Juta RM. Khalid Alu-alukan..

Posted: 29 Sep 2014 07:42 AM PDT

Ibnu Hasyim

Anwar, Dedah Siapa Dapat Juta RM. Khalid Alu-alukan..

Menteri besar baru Selangor Azmin Ali diminta mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani oleh pendahulunya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu.

Katanya, Azmin sudah diberitahu untuk menyenaraikan individu atau pemegang saham di balik syarikat-syarikat berkaitan.

"Saya tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah dariapda rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya?
"Rakyat Selangor," katanya ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi.

Sementara itu, Khalid berkata, beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatanganinya.

"Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan perjanjian pembangunan Canal City.
"Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,"tulisnya dalam Facebook sebentar tadi.  (MK)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hukum dulu baru nak tuduh.. ke adil?

Respon Lana Nordin isu gambar intim dengan lelaki bertatu

Posted: 29 Sep 2014 07:42 AM PDT

Gosip dan Kontroversi Hiburan

Respon Lana Nordin isu gambar intim dengan lelaki bertatu

Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Onlinemenerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.
Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelaki berkenaan mempunyai tatu dan tidak layak untuk menjadi kekasihnya. Bagaimanapun ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

Sementara itu, Lana berkata, dia enggan mendedahkan identiti lelaki itu memandangkan foto tersebut telah mengundang kekecohan.

Malah Lana terpaksa membuang foto tersebut daripada laman Instagram kerana dia risau kekecohan tersebut mungkin boleh mengundang perasaan kurang senang individu itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Ibadah ini berasa teruja apabila hasratnya mahu menyertai aktiviti terjun udara bakal tercapai.

Beritahu Lana, dia kini sedang menjalani latihan di terowong angin (wind tunnel) sebelum melakukan aktiviti terjun udara yang sebenar. - mStar

Saya Ahli PAS Sampai Mati. Saari Sungip Dah Bertaubat?

Posted: 29 Sep 2014 06:51 AM PDT

Ibnu Hasyim

Saya Ahli PAS Sampai Mati. Saari Sungip Dah Bertaubat?

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib berkata beliau akan tetap bersama PAS sehingga penghujung hayatnya.

Saari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bermesyuarat bersama bersama pemimpin PAS di ibu pejabat parti Islam itu di Kuala Lumpur.

"Saya tetap ahli PAS sehingga ajal," katanya tanpa menjelaskan secara langsung hasil pertemuan beliau dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin dengan pemimpin kanan PAS.

Saari, bersama Hasnul, sebelum ini didakwa mengetepikan parti apabila menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum PAS membuat keputusan. (MK)

4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling cantik

Posted: 29 Sep 2014 06:24 AM PDT

Gosip dan Kontroversi Hiburan

4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling cantik

Dalam sibuk menghitung hari untuk bersalin anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin, Rozita masih sempat menguruskan perjalanan Butik Padusinya yang beralamat di No 17, Level 1, Jalan USJ 10/1F, Subang Jaya, Selangor.

Biar sudah mempunyai pengalaman melahirkan dua anak sebelum ini menerusi perkahwinan pertamanya, Rozita mengakui debaran itu sesekali bertandang saat menunggu kelahiran bayi perempuannya.

"Kalau nak kata tak berdebar, macam tipu juga. Bayangkan dulu saya beranak di usia 20 tahun. Ini selepas 16 tahun, nak rasai balik benda yang dulu, lain macam jugalah rasa berdebar itu."

Sementara itu, Rozita berkata butik Padusinya kini sedang rancak mempromosikan jubah wanita penuh glamor untuk digayakan pada sambutan Aidiladha yang jatuh 5 Oktober ini.

"Kalau siapa nak beli jubah ini boleh terus ke butik kami di Subang Jaya. Keindahan jubah ini kalau dipadankan dengan tudung pasti menambah seri di pagi raya. Jubah moden ini sarat dengan dengan perincian yang memberi suntikan segar. Boleh hubungi talian 03-80817988."

Berikut ialah tiga keping gambar Raudhah sudi menggayakan jubah berkenaan sebagai model yang paling cantik dan memikat hati.

4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling cantik

Posted: 29 Sep 2014 05:27 AM PDT

4 Gambar kahwin penyanyi kontroversi, Fiffy Natasya dan Muslim Azman

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, di sini jam 11 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.

Fiffy yang dihubungi memberitahu majlis sebentar tadi berjalan lancar seadanya.

"Saya gembira dan tenang melalui saat baru ini. Tak ada gementar sangat pun. Perasaan biasa-biasa saja."

Malam ini akan berlangsung persandingan kedua mempelai di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya. Pasangan ini bertunang pada 21 Disember tahun lalu.

"Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan."

Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

"Bab anak itu kalau ada rezeki cepat, kami terima. Insya-Allah."

Nik Abduh Teruk Kena Sekolah Dengan Pemuda PAS Kelantan

Posted: 29 Sep 2014 05:21 AM PDT

Addin

Nik Abduh Teruk Kena Sekolah Dengan Pemuda PAS Kelantan

Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.

Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri.

"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS."Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi." katanya.

Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu.

Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya."Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. 

Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen."Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka," katanya.

Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP.Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah.

"Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.

"Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu."Bukanlah berhemah namanya menyebut: 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS," katanya. ~malaysian insider

Nik Abduh Jaga Emosi! -Tegur Dr Rosli, K/Pemuda PAS K/Baru

Posted: 29 Sep 2014 04:45 AM PDT

Ibnu Hasyim

Nik Abduh Jaga Emosi! -Tegur Dr Rosli, K/Pemuda PAS K/Baru

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihati supaya lebih menumpukan perhatian kepada tugasnya daripada mengadu di laman sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2014.  
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz dinasihati supaya lebih menumpukan perhatian kepada tugasnya daripada mengadu di laman sosial. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 September, 2014.  

Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

"PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.
"Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri.

"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.
"Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi." katanya.

Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu. Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.

"Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.
"Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka," katanya.

Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP. Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah.

"Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat.
"Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu.
"Bukanlah berhemah namanya menyebut: 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS," katanya. – 29 September, 2014. (IMI)

Dulu Dibuli Umno, Kini Dibuli PKR-DAP. -Nik Abduh Nik Aziz

Posted: 29 Sep 2014 04:00 AM PDT

Ibnu Hasyim

Dulu Dibuli Umno, Kini Dibuli PKR-DAP. -Nik Abduh Nik Aziz

Anak Mursyidul Am PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata PAS sentiasa menjadi mangsa buli rakan parti, daripada Umno hingga kini, PKR dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 September, 2014.  

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui PAS mangsa buli rakan sendiri DAP dan PKR rentetan krisis di Selangor dan pemecatan ahli majlis di Pulau Pinang baru-baru ini.
Anak Mursyidul Am PAS itu berkata jika dahulu PAS mangsa buli Umno, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Hari ini, selain umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.
"Sehinggakan PAS kelihatan seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi," kata beliau dalam tulisan akaun Facebook miliknya.

Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata sudah menjadi lumrah PAS dibuli, ketika susah diminta tolong tetapi bila senang ditinggalkan.

"PAS daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dahulu teruk dibuli. Kini pun teruk PAS dibuli musuhnya tidak habis-habis lagi.
"Pembulinya kadang-kadang rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli," kata beliau.

Malah Nik Abduh berkata walaupun PAS dibuli, mereka masih lagi mengambil sikap pandang sebelah mata meskipun masih ada pihak dalam PR yang membakar agar membenci parti Islam tersebut.

"Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ini tidak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun buat muka selamba je. Melawan pun macam tidak melawan mana.
"Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Nik Abduh membangkitkan krisis menteri besar di Selangor apabila DAP mengatakan PAS akan dihukum, di samping kontroversi di Sarawak apabila DAP mengisytihar tidak mahu berkawan dengan PAS lagi.

"Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi. PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia.
"Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tidak mahu berkawan lagi dengan PAS," katanya.
Beliau kemudian menyamakan DAP dengan Umno yang hilang kawalan apabila mendapat kuasa.
"Macam Umno juga DAP ini.

Gembira dan megah sangat bila sudah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli sudah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu," katanya.

Selain DAP yang dituduh membuli PAS, Nik Abduh juga berkata PKR turut mengambil kesempatan apabila membuli PAS.

"PKR pun hendak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli.
"Nasib baik dalaman PKR tidak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka sesama mereka. Maka buli mereka, walaupun pedih, tetapi paling tidak menjadi. Tidak macam DAP, apatah Umno. Syukurlah," katanya.

Krisis di Selangor menyaksikan parti Islam tersebut berada dalam keadaan tidak selesa selepas pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar, malah PAS juga kehilangan satu kerusi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Selangor.

Sebelum itu DAP juga menggelar tiga exco PAS pengkhianat kerana kekal bersama pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Belum reda kemelut di Selangor, baru-baru ini PAS menerima berita tidak baik apabila bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu berikutan ucapan kritikal beliau pada Muktamar PAS minggu lepas.

Nik Abduh kemudian mengingatkan kedua-dua rakan mereka dalam Pakatan, PAS tidak mati kerana teras perjuangannya berteraskan Islam yang diperjuangkan selama ini.

"DAP perlu tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau Umno pun tidak mati lagi, macam mana PAS hendak mati? Kalau PAS mati, siapa akan perjuangkan Islam? Umno? PKR? DAP?
"PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuangkan DAP masih berada di lapis bumi yang ke-5, kalau pun tidak yang ke-7. Tiada orang lagi masa itu yang mahu gali dan berjuang untuk ideologi itu," katanya.

– 28 September, 2014. (TMI)

4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling mengancam

Posted: 29 Sep 2014 03:25 AM PDT

Gosip dan Kontroversi Hiburan

4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling mengancam

Dalam sibuk menghitung hari untuk bersalin anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin, Rozita masih sempat menguruskan perjalanan Butik Padusinya yang beralamat di No 17, Level 1, Jalan USJ 10/1F, Subang Jaya, Selangor.

Biar sudah mempunyai pengalaman melahirkan dua anak sebelum ini menerusi perkahwinan pertamanya, Rozita mengakui debaran itu sesekali bertandang saat menunggu kelahiran bayi perempuannya.

"Kalau nak kata tak berdebar, macam tipu juga. Bayangkan dulu saya beranak di usia 20 tahun. Ini selepas 16 tahun, nak rasai balik benda yang dulu, lain macam jugalah rasa berdebar itu."

Sementara itu, Rozita berkata butik Padusinya kini sedang rancak mempromosikan jubah wanita penuh glamor untuk digayakan pada sambutan Aidiladha yang jatuh 5 Oktober ini.

"Kalau siapa nak beli jubah ini boleh terus ke butik kami di Subang Jaya. Keindahan jubah ini kalau dipadankan dengan tudung pasti menambah seri di pagi raya. Jubah moden ini sarat dengan dengan perincian yang memberi suntikan segar. Boleh hubungi talian 03-80817988."

Berikut ialah tiga keping gambar Raudhah sudi menggayakan jubah berkenaan sebagai model yang paling mengancam dan memikat hati.

4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling mengancam

Posted: 29 Sep 2014 03:15 AM PDT

Akta Hasutan 1948: Khutbah 'menghasut', Ustaz Ditahan Di PP

Posted: 29 Sep 2014 02:36 AM PDT

Ibnu Hasyim

Akta Hasutan 1948: Khutbah 'menghasut', Ustaz Ditahan Di PP

Akta Hasutan 1948 terus digunakan, kini giliran ustaz PAS Abu Bakar Baikalani Abu Hassan pula ditahan polis.

Ketua Polis Daerah George Town Mior Faridalatrash Wahid berkata, guru agama itu ditahan ekoran terdapat laporan polis dibuat terhadapnya. Ia, menurut polis, berkaitan khutbah Jumaat yang disampaikannya di Masjid Acheh Lama, Jalan Terengganu minggu lepas.

Abu Bakar, 44, disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Timur Lait di Jalan Patani, Pulau Pinang sejam 10.30 pagi tadi. Difahamkan, laporan polis itu dibuat berhubung kata-katanya berkaitan unit kontroversi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diiyhtiharkan pertubuhan tidak sah sebelum ini.

Mior memberitahu Malaysiakini, ustaz itu akan dibebaskan selepas kenyataannya selesai dirakamkan. Beliau disiasat bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan, berkaitan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan. (MK)

Tak Mahu Adun Disibukkan Tugas T/Speaker -Iskandar

Posted: 29 Sep 2014 01:42 AM PDT

Ibnu Hasyim

Tak Mahu Adun Disibukkan Tugas T/Speaker -Iskandar

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, jika PAS menolak kerusi Timbalan Speaker Selangor, ia adalah kerana tidak mahu Adun PAS yang tidak dilantik sebagai exco, disibukkan dengan tugas itu sehingga menjejaskan tugas asasi mereka.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini, PAS Selangor belum lagi membuat apa-apa keputusan berhubung tawaran itu dan akan memuktamadkan perkara tersebut sebelum Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November akan datang.

"Satu keputusan akan dibuat sebelum sidang DNS bermula.
"Jika PAS menolak adalah kerana PAS mahukan kesemua Adun PAS yang tidak dilantik menjadi Exco dapat berperanan sepenuhnya sebagai Adun di dalam DNS dan tidak disibukkan dengan tugas sebagai Timbalan Speaker," katanya dipetik Selangor Kini.

Semalam, Iskandar yang juga Adun Chempaka menulis di Facebokk bahawa PAS masih belum memutuskan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut. Beliau berkata, pertemuan exco dan mantan exco PAS dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang malam semalam juga tidak membuat keputusan berhubung perkara itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali mengumumkan tiga Adun PAS dilantik sebagai Exco iaitu kurang satu kerusi berbanding empat sebelum ini. Bagaimanapun menurut Azmin, PAS akan diberi jawatan Timbalan Speaker yang telah dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai salah seorang dari empat exco PKR.

Azmin membariskan pasukan exconya mengikut komposisi 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS. Dua exco dari PAS yang dikekalkan adalah Iskandar Abdul Samad (Chempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), manakala seorang lagi muka baru adalah Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.

Dua exco PAS sebelum ini pula iaitu Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Sallehen Mukhyi (Sabak) bagaimanapun tidak dikekalkan dalam kabinet baru Azmin.

- HARAKAHDAILY 29/9/2014

Wajah Pegawai Kastam Didakwa Rasuah RM39K Tersebar

Posted: 29 Sep 2014 01:39 AM PDT

Addin

Wajah Pegawai Kastam Didakwa Rasuah RM39K Tersebar

KUALA LUMPUR: 14 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk seorang pengarah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan Mahkamah Khas Rasuah, Shah Alam atas pertuduhan menerima suapan.

Daripada 14 pegawai Kastam yang dituduh enam orang yang dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah, Shah Alam, mengaku tidak bersalah terhadap 21 pertuduhan menerima suapan wang tunai sebanyak RM39,200.

Enam pegawai yang dituduh di hadapan Hakim Datuk Noradidah Ahmad iaitu Datuk Mohd Isa Endot, 55, Wan Azman Wan Ali, 47, Shamsul Anwar Mohd Radzi, 32, Mohamad Helmi Burhanudin, 37, dan Mohamad Fauzi Kamsar, 33. 

Mengikut pertuduhan, semua kesalahan dilakukan antara Februari hingga Ogos lalu dengan nilai suapan dari RM2,000 hingga RM14,000 untuk tujuan wang perlindungan.

Antara pegawai kastam yang didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah tiba di Mahkamah Jalan Duta
Hakim kemudian memutuskan kesemua tertuduh diikat jamin dengan nilai jaminan dari RM8,000 hingga RM25,000.

Manakala lapan lagi pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas 25 pertuduhan menerima suapan antara RM300 hingga RM1,000 berhubung penyeludupan keluar arak yang tidak dibayar cukai eksais. 

Mereka adalah Mahadir Mohamad, 37; Kamarul Asmady Ismail, 37; Mohd Rozlan Ibrahim, 57; Som Chit Tiang, 48; Sahbandi Abdul Manap @ Asly, 36; Jamaludin Zam Zam, 54, yang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin. 

Manakala Amran Ismail, 35, dan Abdul Rahman Ahmad, 35, mengaku tidak bersalah dihadapan Hakim Allaudeen Ismail. 

Mereka masing-masing dibenarkan ikat jamin antara RM25,000 hingga RM5,000 dengan seorang penjamin setiap seorang. ~mymetro

Iklan C (ii)

@

0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

13 Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra dan intim