Datuk terlampau guna cucu umpan RM5 budak perempuan |
- Datuk terlampau guna cucu umpan RM5 budak perempuan
- Keputusan Muktamar Ini Bakal Menjahanamkan PAS?
- Konsert Shila Amzah: Mufti K'tan Sindir Siapa. Artis Atau K'jaan M'sia?
- PAS Memang Dalam Bahaya Jika Tuan Guru Presiden PAS Terus Berdolak Dalik Dalam Isu MB Selangor
- Ramai Setuju Zailah (D/Muslimat), Komen SU Wanita DAP & SIS
- Jangan Labelkan 'munafik', Amat Berat... -Perwakilan Johor.
- Pengundi P/Kubor, N/Aziz Rayu Pulang Tunai Tanggungjawab
- Tak Sebut Pun D/Ulamak Mahu Khalid Kekal Lagi. -Datuk Ahmad Yakob
- Lagi Bukti Wan Azizah Terlebih Layak Jadi MB Selangor
- Wajarkah M/Sabu Dikaitkan Dg Strategi Keluar Dewan Semasa Presiden Berucap?
- Punca sebenar kemalangan dahsyat lori terbalik di Lebuhraya Genting Highland-KL
- Muslimat, Jalinkan Jaringan Ukhuwah -DMP Siti Zailah
- Tan Sri Muhammad Muhd Taib Beri Amaran Kepada PAS
- Tiada Bukti Salah, Kekalkan MB S'ngor Sedia Ada -Ketua DUP
- Wanita tempatan terpikat lelaki Afrika kerana bau badan
- Punca Sebenar Tuan Guru Haji Hadi Berbeza Pendirian Dalam Isu MB Selangor Terbongkar
- Kelantan Akan Jatuh Ke Tangan BN Jika..
- PRK Pengkalan Kubor : W'pun Bukan Dilahirkan Di Kelantan Tetapi Wan Rosdi Asal Usul Kelantan.. Ini Buktinya
- Ziela Jalil dikecam kerana blur kan foto bahagian dada
- Najib Mungkin Menggelupur Selepas Baca Berita Ini
- Ziela Jalil dikecam kerana blur kan foto bahagian dada
Datuk terlampau guna cucu umpan RM5 budak perempuan Posted: 17 Sep 2014 06:39 PM PDT Tengok TV Online Datuk terlampau guna cucu umpan RM5 budak perempuan Kuala Lumpur: Datuk RM5. Mungkin itu gelaran yang sesuai buat seorang lelaki warga emas yang selera jijik iaitu melakukan s#ks oraI terhadap beberapa kanak-kanak perempuan di sekitar rumahnya dengan membayar RM5 kepada mangsa. Lelaki berusia 61 tahun itu dipercayai menggunakan cucu perempuannya sebagai umpan untuk mengajak rakan-rakannya berusia sembilan dan 10 tahun datang ke rumah suspek. Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak perempuan didakwa menjadi mangsa nafsu buas suspek yang menjadikan rumahnya di Pantai Dalam sebagai lokasi untuk melakukan perbuatan itu sejak 10 bulan lalu. Bagaimanapun, perbuatan itu diketahui ahli keluarga mangsa Isnin lalu yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai, Ahad lalu untuk tindakan lanjut. Sumber berkata, siasatan awal mendapati suspek mula melakukan perbuatan itu sejak penghujung tahun lalu bermula dengan cucunya sendiri. Gosip dan Kontroversi Hiburan Puteri Sarah Liyana, isteri Syamsul Yusof kemalangan teruk Isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana terselamat dalam satu kemalangan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini. Kejadian tersebut telah dikongsi oleh ibu mertuanya Datin Patimah Ismail di laman sosial beliau. "Alhamdulillah menantu saya Putri Sarah selamat dlm kemalangan kereta," kata Datin Patimah yang dipetik melalui FBnya. Bagaimanapun, tidak diketahui punca nahas tersebut dan seteruk mana kerosakan kenderaan yang dinaiki oleh Puteri Sarah. Namun apa yang pasti, rasa syukur Datin Patimah itu tentunya bersebab. |
Keputusan Muktamar Ini Bakal Menjahanamkan PAS? Posted: 17 Sep 2014 06:21 PM PDT Addin Keputusan Muktamar Ini Bakal Menjahanamkan PAS? Sayap konservatif Ulama PAS hari ini menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura, semasa krisis menteri besar Selangor yang semakin memuncak. Dewan Ulama juga mahu PAS mendapatkan jaminan daripada sekutu Pakatan Rakyat (PR) agar membolehkan parti itu melaksanakan agenda Islam seperti Undang-undang Syariah Kanun Keseksaan, hudud. Semua tuntutan itu adalah antara dua usul yang diterima pada muktamar Pemuda PAS ini. Usul mengenai disiplin juga dibangkitkan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang mengingkari keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor. Dua Adun berkenaan, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), mengatasi keputusan Jawatankuasa Pusat parti bulan lalu berhubung pendirian PAS mengenai status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Saari dan Hasnul menyertai 28 Adun Selangor lain bagi menyokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Khalid. Sebagai perbandingan, Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos memutuskan untuk mencalonkan Dr Wan Azizah danTimbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk menggantikan Khalid. Bagaimanapun, tidak mengikut keputusan parti, Hadi menghantar tiga nama lain kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar. Keputusan Hadi kemudiannya dikritik para pemimpin PAS yang lain kerana mengabaikan Jawatankuasa Pusat apatah beliau sendiri adalah sebahagian daripadanya. Dalam usul berkenaan disiplin hari ini yang dibentangkan perwakilan dari lima negeri, Dewan Ulama mahu tindakan terhadap pemimpin dan ahli yang mengkritik atau mempersoalkan keputusan unilateral Hadi. Sayap Ulama juga meluluskan usul yang berasingan menuntut PAS tidak membenarkan sekutu PR menghalang dasar dan inisiatif parti. "Kami mendengar rakan-rakan menghalang kita daripada melaksanakan hudud dan qisas," kata perwakilan Perak Suhaimi Wakir. "Tetapi ini adalah teras dan keutamaan kami. Kami tidak pernah menghalang sesiapa memberi keutamaan kepada teras mereka, justeru kita juga tidak mahu rakan-rakan menghalang kami," kata Suhaimi. ~tmi Addin: Presiden dan majlis syura bukannya maksum tidak boleh dikritik, sedangkan Rasulullah SAW pun menerima pandangan para sahabat. Tindakan ini betul-betul merugikan PAS.. wallahualam.. Iklan C (ii) |
Konsert Shila Amzah: Mufti K'tan Sindir Siapa. Artis Atau K'jaan M'sia? Posted: 17 Sep 2014 06:01 PM PDT Ibnu Hasyim Konsert Shila Amzah: Mufti K'tan Sindir Siapa. Artis Atau K'jaan M'sia? HALAMAN HIBURAN Konsert Artis Tajaan Syarikat Judi, Haram - Mufti Kelantan PETALING JAYA: Mana-mana acara kesenian yang ditaja oleh syarikat perjudian ataupun arak adalah aktiviti yang haram dan ditegah oleh agama Islam. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, setiap individu beragama Islam itu seharusnya sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang tidah sah dalam Islam sudah dikira salah dan dilarang. "Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil judi atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima. "Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram.) "Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian bogel, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu. Mohamad Shukri diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar pada Rabu yang melaporkan konsert seorang artis pada hujung minggu lalu mendapat tajaan sebuah syarikat perjudian. Dalam pada itu, Shukri turut menegaskan kepada semua penyanyi tempatan supaya berhati-hati apabila mendapatkan penaja untuk apa-apa acara sekalipun kerana jika ia daripada sumber yang salah, pendapatan yang diterima itu haram.| Sekiranya seeorang penyanyi itu mendapat tajaan daripada syarikat-syarikat perjudian atau minuman keras, mereka boleh menolak dengan cara yang baik. "Apa-apa perkara yang dilakukan pun, sebagai umat Islam, kita ambil yang asas, adakah benda yang ingin dilakukan itu dibolehkan dalam Islam atau tidak? "Dan seboleh-bolehnya, ambil pendekatan yang dibenarkan Islam sahaja. Jaga imej dan maruah agama. Kita yang mewakili Islam jangan sampai menghina Islam itu sendiri," tegasnya. (mStar) Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa sebenarnya yang disindir oleh Mufti Kelantan ini? Artis atau kerajaan Malaysia? Atau serampamg 2 mata? Lihat sebelum ini... Konsert Shila Amzah Gempar Kerana Tajaan Syarikat ...Hudud: Benarkah Ini Kata Mufti K'tan Seperti Lapor... |
PAS Memang Dalam Bahaya Jika Tuan Guru Presiden PAS Terus Berdolak Dalik Dalam Isu MB Selangor Posted: 17 Sep 2014 05:45 PM PDT Addin PAS Memang Dalam Bahaya Jika Tuan Guru Presiden PAS Terus Berdolak Dalik Dalam Isu MB Selangor Ketika PAS memulakan muktamar tahunannya hari ini, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kegagalan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan tahaluf siyasi PAS dalam Pakatan Rakyat, dengan mengiktiraf Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor, mungkin akan menikam dirinya sendiri. Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor. "Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar Pakatan terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jawapan itu penting bagi menentukan kayu piawaian masa depan PAS dan kriteria kepimpinan dalam menghadapi lanskap baru politik. Katanya, ujian kepimpinan akan berakhir apabila mereka mendapat jawapan sama ada mereka masih relevan atau tidak untuk mengemudi lanskap baru itu. "Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan," katanya. Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'. Katanya, ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika orang bukan Melayu tidak mengundi calon PAS, khususnya di Selangor. "PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya. "Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran Pakatan dan mengundi atas semangat Pakatan. "Baru setahun berlalu, dan keghairahan Pakatan bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya. Beliau berkata, PAS tidak harus berpatah balik ke belakang seolah-olah ia terpengaruh dengan dakyah Umno yang memainkan sentimen Melayu-Islam, yang pada hakikatnya ialah perkauman sempit, yang ditentang PAS sejak berdekad lamanya. "Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang. "Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya. Katanya, PAS bersama dengan rakannya dalam PR cuma perlu bersabar dan istiqamah dengan meminimakan langkah yang boleh menggagalkan matlamat mereka. Parti dalam PR juga perlu menahan diri dari terlibat dalam perkara remeh-temeh dan menyerang sesama sendiri. Katanya, PAS tidak boleh berfikir hanya untuk dirinya saja tetapi perlu memikirkan tentang kepentingan yang strategik dan harapan rakyat terhadap kepimpinan dalam mencapai agenda perubahan. "Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti. "Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," katanya. ~tmi Addin : Addin setuju dengan pandangan Dr. Mujahid, PAS perlu istiqomah dalam Pakatan dan perlu fahami permainan musuh untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Isu yang kecil akhirnya jadi besar kerana tiada pengurusan konflik yang cekap dalam parti. Musuh sebenar sekarang tengah menari dan bertepuk tangan. Mahukah kita melihat Pakatan Rakyat berpecah hanya kerana isu MB Selangor? Iklan C (ii) |
Ramai Setuju Zailah (D/Muslimat), Komen SU Wanita DAP & SIS Posted: 17 Sep 2014 03:36 PM PDT Ibnu Hasyim Ramai Setuju Zailah (D/Muslimat), Komen SU Wanita DAP & SIS JOHOR BAHARU: Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Siti Zailah Mohd Yusof disifatkan sangat memberi inspirasi kepada seluruh wanita untuk bergerak memajukan diri, keluarga dan juga masyarakat. Setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching berkata, ucapan Siti Zailah itu sangat sesuai untuk diaplikasikan untuk menarik golongan wanita menyokong Pakatan Rakyat. "Beberapa perkara penting telah disampaikan oleh beliau seperti bagaimana kita boleh menarik pengundi wanita kerana 50 peratus penduduk negara ini adalah wanita jadi kalau kita dapat menawan hati wanita kita lebih dekat dengan Putrajaya. "Saya rasa Dewan Muslimat buat ini adalah contoh yang cukup baik untuk wanita DAP bagaimana kita boleh gabungkan usaha-usaha tenaga wanita supaya kita boleh bantu Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," kata beliau ketika ditemui di Muktamar DMPM Ke-54 di Pulai Spring Resort, dekat sini, hari ini. Siti Zailah dalam ucaptamanya berkata, Muslimat PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk kaum wanita bergaul mesra sama ada melalui struktur formal atau tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kewanitaan. Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Ratna Osman sangat bersetuju dengan seruan Siti Zailah agar DMPM memberi tumpuan kepada pembangunan institusi keluarga dalam masyarakat. Beliau berkata, intipati ucapan Siti Zailah menggambarkan Islam yang penuh dengan keadilan dan tidak pernah mendiskriminasi goongan wanita. "Keluarga itu adalah binaan yang kuat untuk memastikan masyarakat yang bahagia dan sejahtera dan itu salah satu bahasa SIS juga kerana kita selalu sebut keluarga itu adalah kekuatan masyarakat. "Kehendak kita untuk melahirkan wanita yang tahu haknya dalam Islam sebab Islam tidak pernah mendiskriminasi wanita," katanya yang sangat teruja menerima undangan Muslimat PAS ke muktamar mereka. Beliau juga berharap SIS dapat bekerjasama dengan DMPM dalam melaksanakan program-program yang memberi nilai tambah kepda golongan wanita. "Saya harap SIS dapat terus berinteraksi dan bekerjasama dengan muslimat PAS dan undangan hari ini merupakan permulaan gerak kerja bersama dalam menangani isu-isu wanita," katanya. - HARAKAHDAILY 17/9/2014 |
Jangan Labelkan 'munafik', Amat Berat... -Perwakilan Johor. Posted: 17 Sep 2014 02:48 PM PDT Ibnu Hasyim Jangan Labelkan 'munafik', Amat Berat... -Perwakilan Johor. KULAIJAYA: Ahli-ahli PAS diingatkan agar jangan mudah melabelkan sesama ahli dengan label yang tidak baik seperti 'munafik', 'pengkhianat' dan lain-lain label tidak baik seperti yang berlaku sekarang. Wakil Johor, Mohamed Kassim berkata, melebalkan seseorang ahli PAS sebagai munafik adalah keterlaluan kerana munafik adalah label yang amat berat sehingga orang munafik akan ditempatkan di dasar neraka di akhirat nanti seperti yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran. Menurut beliau, tidak munasabah sama sekali ahli PAS memiliki sifat munafik seperti yang dilabelkan itu kerana setiap ahli PAS pasti faham dengan peranan mereka untuk berjuang menegakkan Islam dengan penuh kejujuran. Katanya, bagi mengelakkan salah tanggapan sehingga membawa kepada tindakan melabelkan munafik kepada sesama sendiri, setiap ahli PAS perlu bijak menilai berita yang diterima. "Takkan dalam PAS ada orang yang hina hingga ke peringkat itu? Jadi jangan terpengaruh dengan laporan akhbar yang tidak bertanggungjawab, kecuali yang disiarkan akhbar Harakah," katanya ketika berucap membahaskan ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar dewan itu ke-53 di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini hari ini. Beliau mengingatkan setiap ahli PAS supaya berhati-hati dengan tindakan seperti itu dengan lebih mementingkan kepada tindakan mengeratkan jalinan ukhwah dalam PAS, di samping berhati-hati agar tidak memberi ruang kepada pihak luar mengambi kesempatan untuk menjatuhkan parti Islam itu. "Setiap ahli PAS perlu patuh atau wala kepada pemimpin terutama Tuan Guru Presiden sendiri. Jika terdapat perkara yang tidak disenangi dengan pemimpin hendaklah dinyatakan mengikut salurannya yang betul secara beradab," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 17/9/2014 |
Pengundi P/Kubor, N/Aziz Rayu Pulang Tunai Tanggungjawab Posted: 17 Sep 2014 01:39 PM PDT Ibnu Hasyim Pengundi P/Kubor, N/Aziz Rayu Pulang Tunai Tanggungjawab TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu semua pengundi Pengkalan Kubor pulang menunaikan tanggungjawab mereka biar pun tinggal di Sabah dan Sarawak. "Saya walau pun tidak berapa sihat tetapi mengagahkan diri untuk turun berkempen di sini. Oleh itu saya berharap kepada semua pengundi keluar mengundi walau pun berada di tempat yang jauh. "Kalau tak boleh naik kereta, jalan kaki yang penting balik mengundi pada 25 September ini," katanya ditemui semasa melawat Markas Besar PAS Dun Pengkalan Kubor di sini, hari ini. Kedatangannya disambut Pengarah Operasi PAS Dun Pengkalan Kubor, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, anggota-anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Hanifa Ahmad dan petugas Markas Besar PAS. Beliau juga mendengar taklimat mengenai perkembangan kempen pilihan raya tersebut disampaikan Wan Abdul Rahim. Ujarnya lagi apabila balik mengundi nanti pastikan pengundi mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. "Sekarang sudah terbukti pengaruh gerakan Islam semakin kuat sehinggakan calon dari Umno turut memakai serban untuk menunjukan ciri-ciri keislamannya. "Kalau boleh biar calon Umno pun undi lambang bulan juga sebab dia nakkan politik Islam," ujarnya sambil berseloroh. - HARAKAHDAILY 17/9/2014 |
Tak Sebut Pun D/Ulamak Mahu Khalid Kekal Lagi. -Datuk Ahmad Yakob Posted: 17 Sep 2014 08:48 AM PDT Ibnu Hasyim Tak Sebut Pun D/Ulamak Mahu Khalid Kekal Lagi. -Datuk Ahmad Yakob KULAIJAYA: Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Datuk Ahmad Yakob menegur sikap media yang memetik kononnya beliau bertegas mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Menafikan perkara itu, beliau berkata laporan itu bukan sahaja salah, malah beliau sendiri tidak menyebutnya ketika menyampaikan Ucaptama Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat pagi tadi seperti didakwa. "Saya tidak hilight pun tadi. Dia dah dipecat dari parti dia dan tak ada apa lagi kita nak kepada dia. "Saya hanya bagi contoh pendekatan (membuat keputusan) mengikut dasar hukum Islam, bukan Ulamak Pusat nak pada Khalid lagi. "Yang itu tak berbangkit, tak releven lagi," katanya pada sesi penggulungan perbahasan ucaptama petang ini. Beberapa media pagi tadi melaporkan kononnya Dewan Ulamak masih bertegas mahukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Sedangkan ianya hanya menyebut secara umum dalam konteks kaedah membuat keputusan yang digunapakai oleh Dewan Ulamak khususnya melibatkan pertukaran menteri besar. "Apa disebut di sini ialah sebagai sebuah sebuah parti Islam di mana sebarang keputusan politik sama ada atas kerangka Pakatan Rakyat atau lain-lain hendaklah sentiasa merujuk sumber-sumber Islam. "Jadi saya harap rakan media mengambil yang betul dalam buat laporan," tegasnya. - HARAKAHDAILY 17/9/2014 |
Lagi Bukti Wan Azizah Terlebih Layak Jadi MB Selangor Posted: 17 Sep 2014 08:39 AM PDT Addin Lagi Bukti Wan Azizah Terlebih Layak Jadi MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon paling layak menjadi menteri besar Selangor, bagaimanapun nama lain perlu diberikan selepas pihak istana memberi isyarat. Bekas menteri besar Selangor itu berkata, Dr Wan Azizah calon berkredibiliti berdasarkan pengalaman dan kepimpinan memimpin partinya sejak era reformasi lagi. "Wan Azizah calon terbaik untuk mentadbir negeri Selangor," kata Muhammad dalam wacana anjuran Sinar Harian bertajuk "Kerusi Panas MB Selangor". Bagaimanapun, Muhammad berkata senario ketika ini sudah berubah susulan beberapa perkembangan terkini khususnya daripada pihak Istana Selangor sendiri selepas nama Dr Wan Azizah dihantar. "Wan Azizah terlampau layak, tapi senario yang berlaku ini di mana istana sudah beri, isyarat beberapa perkara perlu dipertimbangkan," katanya. Pandangan Muhammad dilihat berbeza dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak untuk menggalas jawatan menteri besar Selangor. Muhammad bagaimanapun menggesa Pakatan Rakyat (PR) duduk semula dan berbincang bagi mencapai kesepakatan dalam nama calon menteri besar Selangor. "Kalau betul-betul duduk bersama balik dan calonkan satu calon yang berkaliber, takkan istana nak tolak." Menurut seorang lagi ahli panel Dr Abdul Aziz Bari, keputusan istana meminta lebih daripada dua nama sebagai sabotaj kepada kerajaan PR di Selangor. "Kalau Selangor ini di bawah Umno adakah perkara ini berlaku? Ini tidak berlaku, seperti di Terengganu, tidak berlaku. Di Sarawak, sama juga. "Tapi kalau PR, kita tidak boleh letak calon sendiri," katanya. Bagi Aziz, proses yang selama ini digunakan di mana majoriti memilih calon MB tidak berlaku dalam krisis di Selangor. Aziz berkata, sebarang perubahan politik dibuat oleh pihak parti dan bukan keputusan oleh Istana. "Pertukaran politik itu keputusan parti, bukan keputusan istana. Bukan suruh istana jadi 'Pak Turut', tapi kerana majoriti yang pilih," katanya. Aziz berkata, sepatutnya Dr Wan Azizah sudah dilantik menjadi menteri besar kerana disokong 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor. ~tmi Iklan C (ii) |
Wajarkah M/Sabu Dikaitkan Dg Strategi Keluar Dewan Semasa Presiden Berucap? Posted: 17 Sep 2014 06:36 AM PDT Ibnu Hasyim Wajarkah M/Sabu Dikaitkan Dg Strategi Keluar Dewan Semasa Presiden Berucap? MEMANG tidak wajar. Dikatakan tindakan sekumpulan perwakilan Pemuda PAS memboikot ucapan perasmian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bakal membuka jalan tindakan sama dilakukan dkepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok, kata pengguna media sosial. Manakala itu, laman Facebook El-Haraki mencabar mereka yang tidak menyokong ulama dan presiden PAS agar keluar semasa ucapan dasar Hadi dalam Muktamar penuh PAS ke 60 pagi esok. "Mendapat khabar berita, Mat Sabu and the geng sedang mengatur strategi pula untuk keluar dewan apabila Tuan Guru Presiden berucap di Muktamar penuh nanti. Keluarlah, tiada siapa yang bimbang dan takut," tulis laman Facebook anti kumpulan profesional PAS itu. Semalam media melaporkan minoriti 50 daripada 700 perwakilan Pemuda PAS bertindak meninggalkan dewan muktamar sebaik saja Mohamad yang mesra dengan panggilan Mat Sabu itu memulakan ucapan perasmian muktamar itu. Bagaimanapun Mohamad dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan perkara itu berlaku. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat turut menepis laporan media tentang perkara itu. Menurut laporan media semalam, perwakilan Pemuda PAS dari Terengganu yang memakai vest bertulis "Kami menyokong presiden dan Majlis Syura Ulama" keluar meninggalkan dewan muktamar dengan diikuti perwakilan dari beberapa negeri lain termasuk Pahang, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi, Kota Tinggi, Johor berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu penyokong presiden PAS meninggalkan muktamar. "Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan semalam. Tentang pakaian yang dipakai oleh mereka yang meninggalkan dewan itu, Mohamad berkata: "Pakaian itu biasa, kita tidak tentukan pakaian, ada yang pakai baju Unit Amal, bersama Pakatan." Tindakan 50 perwakilan itu diserang pengguna laman sosial dengan menyifatkan mereka tidak beradab dan mencatat sejarah tersendiri apabila ia berlaku dalam muktamar Pemuda PAS semalam. Terapi ada juga yang menyokong tindakan itu dan menyifatkannya sebagai wajar ekoran tindakan Mohamad yang kononnya tidak menyokong tindakan A/Hadi dan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini. Ekoran krisis di Selangor, kepimpinan utama PAS dilihat berbeza pendapat dengan A/Hadi dan Majlis Syura Ulama berada di satu pihak manakala sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat di pihak lain. Namun perbedaan pendapat bukan menjadi alasan untuk tidak taat kepada kepimpinan parti seperti yang digembar-gemburkan oleh musuh-musuh Pakatan. (IH) |
Punca sebenar kemalangan dahsyat lori terbalik di Lebuhraya Genting Highland-KL Posted: 17 Sep 2014 06:21 AM PDT Tengok TV Online Punca sebenar kemalangan dahsyat lori terbalik di Lebuhraya Genting Highland-KL Satu gambar tersebar di media sosial menunjukkan kemalangan dahsyat sebuah lori panjang terbalik di Lebuhraya Genting-Highland-KL. Kemalangan itu mengakibatkan jalan raya terhadang dan tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan. Kuala Lumpur: Seorang pemandu lori dikhuatiri maut dalam kemalangan di kilometer 14.2 Jalan Genting Highland-Kuala Lumpur kira-kira jam 6.30 petang tadi. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, lori yang dipandu mangsa terbabas sehingga merempuh pembahagi jalan. Menurutnya, penumpang lori itu berjaya keluar manakala pemandu lori terbabit tersepit. "Pihak bomba masih berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. "Setakat ini, polis masih belum memperolehi maklumat keadaan mangsa," katanya ketika dihubungi Harian Metro |
Muslimat, Jalinkan Jaringan Ukhuwah -DMP Siti Zailah Posted: 17 Sep 2014 03:57 AM PDT Ibnu Hasyim Muslimat, Jalinkan Jaringan Ukhuwah -DMP Siti Zailah SKUDAI: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof menasihati para perwakilan agar menjalinkan jaringan ukhuwah dengan rakan seperjuangan sebagai ikatan kekeluargaan. Jelasnya, muslimat digesa meninggalkan hal-hal remeh sebagai pencetus kepada perbalahan dan perseteruan, di samping menyuburkan budaya syura, wala' dan tsiqah dalam kehidupan berorganisasi (berjama'ah). "Muslimah perlu menghayati sifat dan sikap menghargai pihak lain. Ada juga dalam kalangan kita apabila memerlukan sumbangan kita sanggup berjumpa dengan siapa sahaja. "Tetapi dalam keadaan lain kadang-kadang kita buat-buat lupa dan seolah-olah tidak mengenali penyumbang tersebut. Perjuangan yang berkat hanya akan zahir jika para Muslimat berjaya memahami dan memenuhi segala hal tersebut," katanya. Tegasnya, Muslimat PAS yang memiliki akhlak Islam tidak melakukan perkara yang tidak layak bagi seorang pejuang terutama dalam usaha memenangi hati masyarakat. "Antaranya elakkan bercakap dan bertindak kasar serta kesat; Mencipta sengketa dan meramaikan musuh; Menghina dan mendedahkan keaiban peribadi orang; Sempit dada dan tidak mendengar pandangan orang lain; Mendedah dan menerima maklumat tanpa fakta; Melampau dan keterlaluan dalam tindakan. Islam; mengajar prinsip akhlak dalam perjuangan sekalipun di medan peperangan," katanya. Selain itu, katanya, Muslimat PAS mesti berani menerima kepelbagaian dalam pemikiran dan sikap wanita serta bersama memimpin atas kepercayaan yang sama demi kebaikan masa depan negara. Bahkan katanya, Muslimat PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk kaum wanita bergaul mesra sama ada melalui struktur formal atau tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kewanitaan. Bagaimanapun, beliau akui kepentingan tarbiyah dalam kalangan muslimat menjadi asas penting dalam jemaah dan proses ini perlu dilakukan secara konsistan dan berhemah sebagai objektif melahirkan ahli yang berkualiti. "Apabila sesekali kita diuji, sesekali kita dihina, sesekali kita difitnah, sesekali kita ditimpa duka, sesekali amanah perjuangan dan kepimpinan itu terasa begitu berat, meletihkan, menyesakkan maka marilah kita kembali kepada Allah," katanya. – HARAKAHDAILY 17/9/2014 |
Tan Sri Muhammad Muhd Taib Beri Amaran Kepada PAS Posted: 17 Sep 2014 03:42 AM PDT Addin Tan Sri Muhammad Muhd Taib Beri Amaran Kepada PAS Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan PAS supaya jangan korbankan sokongan bukan Melayu dan terlalu bergantung kepada sokongan kaum Melayu beragama Islam. Bekas menteri besar Selangor itu berkata, parti Islam itu sudah mendapat kepercayaan bukan Melayu, khususnya Cina dan India tetapi tidak boleh mengambil ringan terhadap sokongan yang diberi kepada mereka. "Kita dalam pilihan raya, Cina yang pakai skirt pendek pun mengibarkan bendera PAS. Tahap sudah capai macam itu. "Kepercayaan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR), mereka menghormati Nik Aziz kerana seorang yang baik dan imej Islam yang adil," kata Muhammad semasa wacana Sinar Harian di Shah Alam hari ini merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Muhammad berkata, penting bagi PAS menjaga sokongan bukan Melayu serta membayangkan parti Islam itu akan tewas dalam pilihan raya umum nanti. "Kalau hilang sokongan mereka, PAS akan kalah kerana undi datang daripada Cina dan India," kata beliau yang juga ahli PAS. Menurutnya, PAS perlu menjadi praktikal kerana kejayaan mereka dalam dua pilihan raya umum lepas bukan semata-mata kerana pengundi Melayu-Islam. "Kita kena jadi praktikal, kalau sekali bukan Melayu buat keputusan lain, habis nanti," katanya. Malah Muhammad juga berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pun pernah tewas kerana hilang sokongan pengundi bukan Melayu. "Dr Mahathir pun pernah tewas pada tahun 1969 semasa bertanding di Kota Setar," kata Muhammad yang baru menyertai PAS sebelum Pilihan rRya Umum ke-13 (PRU13) lalu. ~tmi Iklan C (ii) |
Tiada Bukti Salah, Kekalkan MB S'ngor Sedia Ada -Ketua DUP Posted: 17 Sep 2014 02:39 AM PDT Ibnu Hasyim Tiada Bukti Salah, Kekalkan MB S'ngor Sedia Ada -Ketua DUP KULAIJAYA: Berasaskan hukum Islam, tiada bukti kesalahan maka perlu dikekalkan MB Selangor yang sedia ada. Begitulah kesimpulan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. "Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," tegas beliau. Justeru, katanya mengambil pelajaran dari isu perjawatan Menteri Besar di Selangor, Dewan Ulamak PAS ingin menarik perhatian kepada pertimbangan politik yang berasaskan hukum seperti di bawah. Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan. Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah. Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah. "Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini. Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS. (IH) Lihat kisah MB S'gor dari awal.. E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? |
Wanita tempatan terpikat lelaki Afrika kerana bau badan Posted: 17 Sep 2014 02:21 AM PDT Tengok TV Online Wanita tempatan terpikat lelaki Afrika kerana bau badan Kuala Lumpur: Faktor wanita tempatan terpikat dengan lelaki Afrika akibat bau badan hanyalah alasan, sebaliknya mereka sudah terpikat dengan kata-kata manis yang diluahkan lelaki terbabit. Perkara itu dinyatakan Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din yang turut menyatakan faktor bau badan lelaki Afrika adalah faktor sekunder berbanding percakapan lelaki berkenaan yang bijak memikat wanita. "Sebenarnya, 80 peratus lelaki Afrika yang datang ke negara ini mempunyai niat tidak baik iaitu menipu dan atas kepentingan sendiri," katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, sudah menjadi budaya dalam suku kaum masyarakat lelaki Afrika memenangi hati perempuan untuk menjadi terbaik dan berjaya dalam hidup. "Dalam budaya mereka, lelaki mesti memenangi hati perempuan dan apabila sudah menang, mereka akan mendapat segalanya," katanya. Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang wanita tempatan dikenali Maria, 40-an yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Afrika atas faktor bau badan dan hembusan nafas. Laporan itu juga menyatakan Maria seolah-olah ketagih dengan bau badan teman lelakinya selain mengakui lelaki berkenaan berbeza dengan lelaki tempatan apabila bersifat sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terhadap pasangan. |
Punca Sebenar Tuan Guru Haji Hadi Berbeza Pendirian Dalam Isu MB Selangor Terbongkar Posted: 17 Sep 2014 01:36 AM PDT Addin Punca Sebenar Tuan Guru Haji Hadi Berbeza Pendirian Dalam Isu MB Selangor Terbongkar Kecil hati dengan perlakuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil keputusan yang tidak selari dengan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), kata perwakilan Pemuda PAS. Perwakilan Pemuda PAS dari Kelantan Nur Azariza Mohd Alwi berkata, sebagai ahli, dan penyokong, keputusan Hadi itu seharusnya disokong kerana presiden PAS itu lebih mengenali Anwar. Nur Azariza berkata keputusan dibuat Hadi adalah disebabkan reaksi kepada beberapa keputusan Anwar yang membelakangkan konsensus PR. "Hadi kenal Anwar berpuluh tahun dulu, siapa kita hendak persoalkan," katanya, ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat di Kota Tinggi, Johor hari ini. "Hadi kecil hati banyak dengan Anwar apabila Anwar umum perkara yang tidak menerima konsensus PR. "Anwar lakukan beberapa keputusan seperti Langkah Kajang tanpa konsensus PR," katanya di depan perwakilan dan pemerhati muktamar tahunan ke-55 sayap parti Islam itu. "Reaksi Hadi adalah hasil perbuatan rakan kita," katanya. Beliau berkata, PAS Kelantan mempertahankan kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kini ditadbir PR. "Kelantan bersama presiden dan kepimpinan ulama," katanya. Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Terengganu, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Hishamuddin Abdul Karim menyuarakan kekecewaan kepada kepimpinan Suhaizan yang dilihat tidak menyatakan sokongan secara terbuka kepada Hadi. Polisi "politik budiman" yang dianjurkan Suhaizan juga turut dikritik apabila beliau sering bersama kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat (PR). "Kami setuju tetapi kami bimbang PAS saja yang budiman tetapi rakan kita yang lain tidak. "Ini terbukti apabila Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad langsung tidak budiman dengan Hadi," katanya. Beliau berkata, meskipun mengadakan pertemuan dengan Hadi baru-baru ini bersama Suhaizan dan Ketua Pemuda Sosialis Kebangsaan (Dapsy) Teo Kok Seong, pemimpin PKR itu masih lagi mengkritik Hadi. "Apa budi beliau buat bertemu dengan presiden sedangkan melontarkan kata-kata nista yang mengguris perasaan Pemuda," katanya. Beliau mengharapkan Suhaizan untuk melihat dengan lebih lanjut berhubung perkara itu kerana khuatir dalam mereka berbudiman bersama rakan dalam PR, mereka meminggirkan Hadi. "Saya harap ketua Pemuda PAS melihat ke depan, dalam keadaan kita fikir budiman ini, tiba-tiba kita tidak budiman dengan presiden sendiri. "Saya menunggu kenyataan rasmi ketua Pemuda untuk mendukung kenyataan presiden secara terbuka," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Kelantan Akan Jatuh Ke Tangan BN Jika.. Posted: 17 Sep 2014 12:43 AM PDT Addin Kelantan Akan Jatuh Ke Tangan BN Jika.. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat menyuarakan kebimbangannya terhadap kejatuhan kerajaan Kelantan yang dipimpin PAS sejak 1990 dalam pilihan raya umum akan datang, selepas era pentadbiran bekas menteri besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Suhaizan berkata hal itu disebabkan pilihan raya umum lalu menyaksikan sokongan rakyat Kelantan yang menetap di negeri itu, kepada PAS merosot bawah 50 peratus. Menurutnya, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum lalu dibantu oleh sokongan pengundi Kelantan yang berada di perantauan dan menggesa PAS tidak berharap kepada ketokohan dan pengaruh Nik Aziz semata-mata untuk mencapai kemenangan. "Ini adalah satu isyarat bahawa rakyat tempatan Kelantan tidak berpuashati dengan prestasi kepemimpinan kita. Kita juga bimbang sekiranya anak Kelantan di perantauan tidak lagi pulang mengundi di negeri kelahiran mereka sendiri atas pelbagai sebab. "Faktor ketokohan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sangat berpengaruh dalam membantu kemenangan PAS di Kelantan sebelum ini. Ada di kalangan rakyat Kelantan yang tidak bersetuju dengan PAS tetapi sayang dengan kepemimpinan Tok Guru, maka mereka mengundi PAS. "Bagi sesetengah pengundi, pengaruh Tok Guru lebih besar daripada pengaruh PAS itu sendiri. Kini Tok Guru tidak lagi menjadi menteri besar Kelantan dan PAS belum teruji kekuatannya dalam Pilihanraya Umum tanpa faktor Tok Guru. Keadaan ini sangat membimbangkan,"katanya. Beliau berkata demikian ketikan menyampaikan ucapan dasar bertajuk "memperkukuhkan Muafakat" dalam Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi, Johor petang ini. Suhaizan turut mengingatkan bahawa pemikiran rakyat Kelantan yang kritikal dan dinamik apabila mereka pernah menolak PAS jika mereka tidak berpuashati dengan prestasi kerajaan negeri yang ditadbir PAS. "Justeru perancangan rapi perlu dilaksanakan di Kelantan, masalah dalaman perlu segera diuruskan, perubahan kehendak rakyat perlu diteliti, nilai tambah kepada kerjaan Kelantan perlu dilaksana, janji pilihan raya wajib ditunai dan pemimpin mesti sentiasa bersama denyut nadi rakyat. "Pemuda PAS Malaysia bersama Pemuda PAS Kelantan berikrar untuk membantu sehabis baik untuk mengekalkan kemenangan PAS di Kelantan dalam Pilihan raya Umum akan datang, Insya-Allah!" katanya. Suhaizan berkata pihaknya tidak mahu pengalaman perit kejatuhan dua kerajaan yang dipimpin PAS - Kedah dan Terengganu - selama sepenggal pada pilihan raya umum 2004 dan 2013, berulang di negeri Pakatan Rakyat. "Hasil post-mortem parti mengenai prestasi PAS dalam PRU yang lepas mendapati punca utama kekalahan di Kedah adalah disebabkan masalah dalaman yang gagal diurus dengan baik. Akhirnya rakyat menghukum kita di Kedah. "Kekalahan ini bukan sahaja memberi imej tidak baik kepada PAS di Kedah malah seluruh negara," katanya sambil berharap Pakatan boleh mempertahankan kemenangan lebih daripada satu penggal di Selangor dan Pulau Pinang. ~mk Iklan C (ii) |
Posted: 16 Sep 2014 11:33 PM PDT Addin PRK Pengkalan Kubor : W'pun Bukan Dilahirkan Di Kelantan Tetapi Wan Rosdi Asal Usul Kelantan.. Ini Buktinya "Hanya dilahirkan di Kedah, saya dicop bukan anak jati Kelantan sedangkan kedua ibu bapa saya lahir di bumi Serambi Mekah ini. Malah saya yang hidup sejak kecil di negeri ini tak layak jadi anak Kelantan ke? "Tak payahlah nak mainkan isu ini sebab inilah tempat tumpah darah ibu dan bapa saya. Kebetulan mereka berhijrah ke Kedah untuk mencari rezeki, saya dilahirkan di sana," kata calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim kepada MalaysiaGazette. Isu Wan Rosdi bukan anak jati Kelantan mula tersebar dalam blog-blog tempatan bertujuan mempengaruhi pengundi agar menolak dirinya sebagai wakil rakyat. "Memang saya tidak nafikan kedua ibu bapa saya pernah tinggal di Kampung Lanar, Baling, Kedah tetapi ketika itu, ramai rakyat Kelantan berhijrah akibat kesempitan hidup. "Apa yang saya tahu, setelah beberapa tahun bekerja, mereka membeli tanah membina rumah di sana hinggalah lahirnya saya dan empat lagi adik saya," ceritanya. Namun jelasnya, ketika berusia enam tahun, bapanya telah menghantarnya pulang ke Tanah Merah , Kelantan untuk tinggal bersama datuknya. "Tak lama selepas itu, semua ahli keluarga saya termasuk mak dan ayah yang menjual tanah di Kedah dan pakat pulang semula ke Kelantan. "Saya hairan bagaimana boleh timbul isu ibu dan bapa saya bukan anak jati Kelantan. Tapi saya faham bahawa ini semua adalah provokasi politik," ujarnya. ~malaysia gazzete Iklan C (ii) |
Ziela Jalil dikecam kerana blur kan foto bahagian dada Posted: 16 Sep 2014 09:39 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Ziela Jalil dikecam kerana blur kan foto bahagian dada Layak bergelar pelakon senior, ternyata nama Ziela Jalil masih lagi gah berdiri sama tinggi bersama lambakan pelakon baru yang kini membanjiri industri hiburan tanah air. Malah, nama Ziela Jalil pun dianggap tak nak kalah dengan artis baru bila dia juga kerap kali dihambat dengan kontroversi panas. Sebelum ini wanita yang masih meletop ini pernah dikritik kerana dikatakan bergambar terlebih mesra dengan pelakon kacak, Keith Foo. Tapi, apa yang kami perolehi menerusi kiriman aplikasi whatsapp semalam pun boleh tahan panasnya. Foto tersebut dipercayai dimuat naik oleh Ziela di laman Instagramnya semalam. Ha.. siap 'blur' kan baju di bahagian dada pulak tu! Penulis pun kurang pasti apa yang mahu dikaburkan oleh Ziela Jalil di. Mungkin busana yang digayakan agak ketat di bahagian tersebut dan ia dikaburkan tersebut dilakukan demi mengelak kritikan orang ramai lagi. Tapi, apa yang diperkatakan oleh followersnya ini ada kebenarannya juga. Daripada dok 'blur' kan bahagian itu, baik terus jangan upload kan? Apapun, setelah kami tinjau Instagram Ziela, ternyata foto tersebut sudah dipada dan digantikan dengan foto di bawah. Tapi, ada pula yang mengatakan bahawa tangan dan kaki juga merupakan aurat wanita. Rujukan dari portal ohbulan. Tengok TV Online Ziela Jalil dikecam kerana 'blur'kan foto di bahagian dada Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah binti Abdul Jalil, 45, telah memuatnaik sekeping foto yang mengundang kontroversi di kalangan peminat hiburan di laman Instagram. Ziela Jalil walaupun pada usianya ketika ini masih dikategorikan sebagai pelakon yang masih popular bahkan ada sahaja gosip panas yang melanda dirinya. Sebelum ni, Ziela Jalil pernah dikritik hebat kerana dikatakan bergambar terlebih mesra dengan pelakon kacak, Keith Foo. Kredit Foto: Ohbulan |
Najib Mungkin Menggelupur Selepas Baca Berita Ini Posted: 16 Sep 2014 09:30 PM PDT Addin Najib Mungkin Menggelupur Selepas Baca Berita Ini Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia. "Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria yang jelas untuk hasutan," kata jurucakap itu Rupert Collvile dalam satu kenyataan. "Kami menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa." Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan. Colville menegaskan bahawa antara 19 orang yang berdepan tindakan di bawah akta tersebut sejak bulan Ogos termasuk anggota masyarakat sivil dan pemimpin agama. Beliau berkata antara kes-kes yang membimbangkan termasuk penangkapan wartawan Malaysiakini,Susan Loone atas dakwaan menghasut. Colville juga menimbulkan kebimbangan mengenai siasatan terhadap peguam Edmund Bon dan pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas berkata kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk menggantikan atau meminda akta tersebut. Beliau sebelum ini berjanji untuk memansuhkan akta era penjajah itu pada 2012. Berikutan protes yang meningkat, Peguam Negara Tan Abdul Gani Patail berkata pejabatnya sedang mengkaji tuduhan hasutan terhadap Azmi dan kes-kes lain. ~mk Iklan C (ii) |
Ziela Jalil dikecam kerana blur kan foto bahagian dada Posted: 16 Sep 2014 09:30 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Ziela Jalil dikecam kerana blur kan foto bahagian dada Layak bergelar pelakon senior, ternyata nama Ziela Jalil masih lagi gah berdiri sama tinggi bersama lambakan pelakon baru yang kini membanjiri industri hiburan tanah air. Malah, nama Ziela Jalil pun dianggap tak nak kalah dengan artis baru bila dia juga kerap kali dihambat dengan kontroversi panas. Sebelum ini wanita yang masih meletop ini pernah dikritik kerana dikatakan bergambar terlebih mesra dengan pelakon kacak, Keith Foo. Tapi, apa yang kami perolehi menerusi kiriman aplikasi whatsapp semalam pun boleh tahan panasnya. Foto tersebut dipercayai dimuat naik oleh Ziela di laman Instagramnya semalam. Ha.. siap 'blur' kan baju di bahagian dada pulak tu! Penulis pun kurang pasti apa yang mahu dikaburkan oleh Ziela Jalil di. Mungkin busana yang digayakan agak ketat di bahagian tersebut dan ia dikaburkan tersebut dilakukan demi mengelak kritikan orang ramai lagi. Tapi, apa yang diperkatakan oleh followersnya ini ada kebenarannya juga. Daripada dok 'blur' kan bahagian itu, baik terus jangan upload kan? Apapun, setelah kami tinjau Instagram Ziela, ternyata foto tersebut sudah dipada dan digantikan dengan foto di bawah. Tapi, ada pula yang mengatakan bahawa tangan dan kaki juga merupakan aurat wanita. Rujukan dari portal ohbulan. |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post