Ketua Menteri Sarawak 'Mengamuk'.. Ini Puncanya |
- Ketua Menteri Sarawak 'Mengamuk'.. Ini Puncanya
- Muktamar Pemuda Panas, Pengerusi Tetap Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sesak Nafas
- Konsert Shila Amzah Gempar Kerana Tajaan Syarikat Judi Nombor?
- Hijrah: TG Nik Aziz Harap Eja Terus Istiqamah
- Keluar Dewan Biasa, Bukan Protes - Mohamad Sabu
- Hebatnya Bahas Pemuda 'keras', Hingga Pengerusi Dikejar Ke Hospital
- Hilang Kawan, Merugikan Kita - Mohamad Sabu
- Punca keretakan rumahtangga Raja Azmi dan Eddie CRK?
- Punca keretakan rumahtangga Raja Azmi dan Eddie CRK?
- Misteri lirik lagu Al-Haq didedahkan
- Kertas UPSR Bocor : Jurutera Ditahan Di Kemaman
Ketua Menteri Sarawak 'Mengamuk'.. Ini Puncanya Posted: 16 Sep 2014 06:39 PM PDT Addin Ketua Menteri Sarawak 'Mengamuk'.. Ini Puncanya MIRI - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea bodoh. Beliau berkata selepas 51 tahun penubuhan Malaysia, adalah malang masih ada yang cuba membawa cadangan tersebut. "Mereka yang membawa idea tersebut adalah minoriti. Mereka bawa idea bodoh sedangkan majoriti rakyat mahu terus kekal. "Selepas 51 tahun menyertai Malaysia sebagai rakyat merdeka, penduduk negeri ini sudah maju, percaya kepada diri sendiri, bangga dengan negerinya, kembali memperoleh maruah yang hilang (akibat kolonialisasi)," katanya semasa berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kipas malam ini. Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir menyempurnakan majlis. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara kenamaan yang menghadiri majlis berkenaan. Adenan berkata dari segi perubahan, rakyat negeri ini juga sudah mengalami pelbagai perubahan sejak menyertai Malaysia dari segi sosial, ekonomi, politik dan kemudahan asas. "Melihat kepada kehadiran ribuan pengunjung yang memenuhi Dataran Kipas sempena sambutan perayaan Hari Malaysia, jelas menggambarkan betapa mereka cintakan Malaysia. "Dalam tempoh 70 tahun, saya tidak pernah melihat ramai orang berkumpul di satu tempat. Malam ini mungkin 30,000-40,000 orang hadir memeriahkan sambutan. Katanya, kehadiran beramai-ramai ini adalah cara mereka merakamkan rasa cinta kepada negara, bangsa dan semua rakyat Malaysia. ~bernama Iklan C (ii) |
Muktamar Pemuda Panas, Pengerusi Tetap Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sesak Nafas Posted: 16 Sep 2014 05:30 PM PDT Addin Muktamar Pemuda Panas, Pengerusi Tetap Dikejarkan Ke Hospital Kerana Sesak Nafas Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54. Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap."Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu. Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider."Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya. Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi. "Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama."Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya. Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu."Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti."Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat. Suhaizan ketika ditemui sejurus tamat muktamar Pemuda PAS sesi malam ini berkata, perkara itu adalah lumrah dan muktamar sememangnya medan untuk perwakilan meluahkan pandangan mereka. "Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda. "Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya. Beliau bagaimanapun mengakui menerima surat layang berhubung perkara itu beberapa bulan lepas, namun surat berkenaan tidak diendahkannya."Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas. "Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan," katanya.Beliau berkata, kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya hari ini adalah legasi yang diterima daripada kepimpinan sebelum pemilihan tahun lepas, dan tidak merasakan serangan itu ditujukan kepadanya."Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Konsert Shila Amzah Gempar Kerana Tajaan Syarikat Judi Nombor? Posted: 16 Sep 2014 04:36 PM PDT Ibnu Hasyim Konsert Shila Amzah Gempar Kerana Tajaan Syarikat Judi Nombor? HALAMAN HIBURAN GEMPAR! Kosmo! Online hari ini melaporkan.."Pada awalnya, artikel ini tidak akan menyentuh tentang cerita peribadi seorang penyanyi muda yang meraih sukses jauh sehingga ke negara China, Shila Amzah. "Ia sepatutnya hanya bercerita tentang bagaimana kami terpukau dengan kehebatan Shila menarik kelompok peminat Cina untuk hadir dan bergembira di konsert miliknya yang berlangsung pada Sabtu lalu di Dewan Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. "Konsert itu dinamakan Shila Amzah LOVE Live In Malaysia." Lapor wartawan yang ditugaskan, Mohd. Izuan Roseli menulis tentang dewan konsert dipenuhi dengan 80 peratus penonton yang terdiri dalam kalangan peminat Cina, yang dianggap sebagai satu fenomena luar biasa penangan Shila Amzah. Ia sekali gus menjadi satu pencapaian yang luar biasa buat penyanyi muda yang bergelumang dengan lagu-lagu Melayu sebelum ini. Tetapi, lapor Kosmo! lagi.. "Bagaimanapun, sebaik kisah konsert itu berakhir, pada Isnin lalu, Shila melalui akaun Instagram Shilaamzah_photography (sama ada atas pengetahuan dan persetujuan Shila atau tidak) dengan bangganya tanpa usul periksa telah memuat naik status yang berbunyi 'sungguh dangkal dan kurang sopan'. "Status itu memperlekeh media Melayu yang didakwa sebagai tidak menyokong kariernya. Lebih parah, status itu mendakwa, media Melayu tidak berminat untuk hadir membuat liputan di konsert tersebut, sebaliknya lebih senang membuat gosip. Lantas, meriahlah status tersebut dengan sokongan dan pelecehan terhadap media Melayu. "Shila sendiri dalam salah satu jawapannya kepada peminat di akaun peribadinya, ShahilaAzmah menyokong para peminatnya. Dia mahu bertindak untuk memanjangkan status tersebut, namun bimbang ia menjadi isu dalam kalangan media Melayu." Menurut Kosmo! lagi, "Komen sokongan tersebut bagaimanapun telah dipadamkan untuk menghapuskan bukti. Untuk pengetahuan Shila (atau anda buat-buat tidak tahu), pihak media Melayu tidak dijemput oleh pihak penganjur iaitu Mega Ultimate Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Bhd.. "Kosmo! menerima undangan liputan konsert tersebut pada saat akhir selepas meminta kebenaran daripada pihak penganjur untuk membuat liputan konsert tersebut. Itupun selepas meminta seperti pengemis, demi berasa bangga dengan pencapaian Shila Amzah." Yang lebih menarik lagi alasan yang diberi oleh Kosmo! ialah.. "Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor, satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya." Terima kasih kepada KOSMO! kerana mengutamakan dan memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya, walaupun suasana mungkin jadi gempar sikit. Al-hamdulillah. Tahniah wartawannya! (IH) |
Hijrah: TG Nik Aziz Harap Eja Terus Istiqamah Posted: 16 Sep 2014 02:33 PM PDT Ibnu Hasyim Hijrah: TG Nik Aziz Harap Eja Terus Istiqamah HALAMAN HIBURAN KOTA BHARU: Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali dengan Eja meluangkan masa kira-kira 15 minit bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Eja bersama suami Mohd Silahudin Jamaluddin bersama anak mereka, Nur Eishal tiba di Kota Bharu Khamis lalu bagi memenuhi program Bicara Selebriti Ke-8 di Balai Islam Lundang, di sini. Eja dan suaminya mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru selepas solat Asar semalam di Pulau Melaka sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Tuan Guru berharap Eja sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya yang kini telah menutup aurat. Menurut Tuan Guru, segala hasrat panjatkan doa pada Allah kerana manusia itu tidak bersendirian. "Kita ada Allah, Dia sentiasa mendengar hasrat kita, keinginan kita, jadi jangan lupakan Allah," ujarnya. Beliau berkata demikian bagi memenuhi hasrat Eja yang meminta supaya Tuan Guru mendoakannya agar sentiasa istiqamah dengan penghijrahannya itu. Bagi Eja sendiri hasrat kerajaan negeri yang mengundangnya memenuhi slot selebriti itu diharap dapat memberi ruang kepadanya bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah lama dihajatinya. Eja mula bertudung sekembalinya dari mengerjakan umrah kali keempat tahun ini ketika berusia 41 tahun. Turut menjayakan selebriti itu, artis Neelofa, Ustazah Fatimah Sharha yang dipengerusikan Amin Rais. - HARAKAHDAILY 15/9/2014 |
Keluar Dewan Biasa, Bukan Protes - Mohamad Sabu Posted: 16 Sep 2014 02:02 PM PDT Ibnu Hasyim Keluar Dewan Biasa, Bukan Protes - Mohamad Sabu KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tindakan keluar dewan adalah perkara biasa dan bukan suatu protes. "Biasa je bila orang keluar dewan, lagi pun tadi sudah masuk waktu Asar dan mungkin mereka ingin ke tandas. "Saya tidak nampak ia sebagai protes," katanya sebagai respons kepada tindakan beberapa perwakilan pemuda yang keluar ketika beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 hari ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula menyifatkan tindakan itu tidak wajar. Beliau yang ketika ditemui di luar dewan muktamar akan mendengar laporan dari Pemuda PAS berhubung insiden tersebut. "Saya tidak pasti apa yang berlaku sebab saya duduk di bahagian hadapan sekali. "Tetapi dalam keadaan kita mendengar ucapan hangat dari Muktamar Pemuda, ia tidak sepatutnya berlaku. "Kita akan mendengar laporan dari muktamar pemuda atas apa yang berlaku hari ini," kata beliau. Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan tindakan tersebut adalah perkara biasa. Demikian menurut Harakahdaily. Sedangkan menurut Malaysiakini kira-kira 50 perwakilan Pemuda PAS keluar dewan muktamar ketika Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu menyampaikan ucapan perasmiannya. Mereka memakai jaket warna hitam bertulis 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura Ulamak.' |
Hebatnya Bahas Pemuda 'keras', Hingga Pengerusi Dikejar Ke Hospital Posted: 16 Sep 2014 12:54 PM PDT Ibnu Hasyim Hebatnya Bahas Pemuda 'keras', Hingga Pengerusi Dikejar Ke Hospital MUKTAMAR Pemuda PAS Malaysia bersambung selepas majlis perasmian yang 'agak sunyi' pada petang tadi. Suasana selepas perasmian sedikit kusam, malah tiada lagi denyut bentak yang biasanya kedengaran memencak alam. Namun, sebaik bermulanya pembukaan 'gelanggang sebenar' di sebelah malam, Dewan Choon Moi di Kota Tinggi ini bergegar dengan lontaran takbir memencak awan sunyi di kota Umno ini yang selama ini hanya mengaum dengan deruman kereta dan motor sahaja. Bermula dengan pembukaan bagi pengesahan berhubung Muktamar Pemuda ke-54 yang lalu, suasana senyap menjadi kecoh dengan laungan keinginan perwakilan agar keabsahan pemilihan yang berjalan pada tahun lalu disemak kembali. Beberapa perwakilan menarik fungi Pengerusi Tetap, Ustaz Kamal Ashaari dan Timbalannya, Dr Riduan Mohd Noor dalam mengepalai pentas utama.Dalam nada yang agak 'keras' dan 'bentak' beberapa perwakilan mencapai copong suara untuk mengempas ketidakpuasan hati mereka tentang keputusan untuk memulangkan semula soal penyiasatan keabsahan pemilihan lalu kepada pihak atasan. Namun, Ustaz Kamal Ashaari akhirnya berjaya mengendalikan berantakan awal walaupun beliau terpaksa berdepan dengan situasi cemas kekecohan sementara.Akhirnya Ustaz Kamal dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas menangis ketika menegur sikap beberapa perwakilan yang sedikit mengusik hatinya. Sebaik perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda dimulakan, perwakilan Johor, Zulhelmi Rohani membentak minda perwakilan agar lembali melihat kepada kewajiban seluruh pemuda PAS untuk melihat tanggungjawab menguruskan isu dengan lebih baik agar ianya mencerap minda rakyat bagi menyokong PAS. Dalam bingkisan awalnya juga, Zulhelmi sempat menyimpulkan agar setiap kepimpinan kembali melihat peri pentingnya krisis yang sedang melanda PAS ini diuruskan sebaiknya agar tidak lagi berlaku kegoncangan yang boleh meranapkan parti. "Jangan berbantah-bantah, kita akan kehilangan kekuatan andai kita berpecah belah," pesannya sinikal mengharapkan saf kembali bertaut dengan seluruh ahli meletakkan keyakinan kepada pucuk pimpinan parti. Mengambil peluang berucap, Perwakilan Kedah, Ustaz Ahmad Azam Abdul Samad yang juga Adun Sungai Limau membuka pencak silat dengan memugar semula jiwa pemuda agar kembali mencermin wajah sebenar PAS dalam massa hari ini. Meletakkan asas bahawa PAS adalah sebuah parti Islam, dan kekal sebagai sebuah parti Islam tanpa bertukar wajah samada adanya pujukan berwajah liberal, sosialis mahupun oriantalis, seluruh ahli PAS harus meletakkan 'Wala' kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai suatu yang besar. Dalam krisis Selangor, Pemuda Kedah meletakkan asas bahawa keputusan yang dibuat oleh Presiden PAS harus disokong dan diakui sebagai pemutus, kemudian penjelasan Majlis Shura Ulama (MSU) pula sebagai asas kepada pencerahan dalam isu terbabit. Kuasa pemutus yang ada pada Presiden PAS itu dilihat oleh Pemuda PAS Kedah sebagai suatu 'otoriti' yang tidak harus dilihat kecil kerana peruntukan jelas dalam perlembagaan PAS mengenai kuasa yang ada pada seorang ketua yang menerajui parti Islam ini. Pugaran semangat membentak ramai perwakilan untuk bertakbir,walaupun suara Ahmad Azam bernada lembut namun nahunya 'tegas' membedil setiap perkara yang disampaikan dengan bidikan yang mengena kepada semua perwakilan untuk bangkit melaungkan agenda Daulah Islamiyah. Perbahasan akan disambung esok, memandangkan banyak lagi isu yang belum terbahas maka dijangkakan hening pagi di Kota Tinggi esok bakal bertukar ganas dengan ucapan berapi beberapa perwakilan khususnya yang berbentuk sokongan kepada Presiden PAS.Sama-sama kita nantikan. - HARAKAHDAILY 16/9/2014 |
Hilang Kawan, Merugikan Kita - Mohamad Sabu Posted: 16 Sep 2014 11:57 AM PDT Ibnu Hasyim Hilang Kawan, Merugikan Kita - Mohamad Sabu KOTA TINGGI: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan Pemuda PAS Malaysia agar mengeratkan persahabatan di dalam Pakatan Rakyat dalam mewujudkan suasana politik yang baharu pada masa akan datang. Beliau yang berucap pada perasmian Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-55 di Dewan Choon Moi mengatakan bahawa kegagalan dalam mengawal hubungan persahabatan ini akan mengakibatkan impian untuk politik baru akan lenyap begitu sahaja. "Kritiklah kami, tegurlah kami tetapi jangan sampai merugikan perjuangan politik yang kita ada. "Kita sekarang berada dalam Pakatan Rakyat untuk menwujudkan suasana politik yang harmoni, kalau kita gagal, maka apa yang kita capai akan lenyap begitu sahaja. "Jangan kita rugikan apa yang kita buat selama ini, apabila kita hilang kawan undi kita akan merosot dan apabila kita ada kawan undi kita meningkat, ini yang kita perlu ingat serta perhatikan," ucap beliau di hadapan kira-kira 700 orang perwakilan pemuda. Mohamad yang turut mengingatkan bahawa Umno cukup bimbang dengan kekuatan PAS, PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat, mereka hanya ingin meleraikan persahabatan ini dan bukan bersimpati dengan PAS. "Semua yang berlaku adalah pengajaran untuk kita semua dalam membentuk sebuah parti yang kukuh. "Rakyat sekarang mula melihat kita bukan hanya sebagai sebuah parti politik tetapi atas prestasi dan hubungan yang wujud dalam pakatan itu sendiri. "Apa pun perbezaan pendapat, kita berbeza dalam sebuah keluarga yang kuat, sekarang kita fokus kepada menjatuhkan Umno dan bukannya untuk menjatuhkan rakan di dalam parti kita sendiri," kata beliau. Beliau yang turut menyambut baik sambutan Muktamar PAS tahun ini yang pertama kali dibuat di Johor dan dilihat sebagai usaha PAS terutamanya Pakatan Rakyat untuk merampas Johor pada pilihan raya akan datang. Mohamad turut menyampaikan anugerah Tokoh Pemuda kepada Almarhum Datuk Abu Bakar Chik yang diterima oleh anaknya, Fathi Aziz Abu Bakar. Anugerah lain yang turut disampaikan antaranya termasuklah Tokoh Perjuang Rakyat kepada Wahida Mohd Salleh bagi insiden Kampung Chubadak, Anugerah Tokoh Anak Muda Prihatin, Anugerah Tokoh Anak Muda Istimewa dan Anugerah Tokoh Perjuang Anak Muda. – HARAKAHDAILY 16/9/2014 |
Punca keretakan rumahtangga Raja Azmi dan Eddie CRK? Posted: 16 Sep 2014 08:46 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Punca keretakan rumahtangga Raja Azmi dan Eddie CRK? Sekitar Oktober 2013 lalu, perkahwinan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali mendapat perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang tahun. Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang didengari. Bercakap kepada portal Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau dan suaminya itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri. "Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami. Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut." "Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing. Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT." Dalam temubual yang sama, Raja Azmi turut berkata yang beliau sedih dengan apa yang sedang berlaku kini dan sebolehnya tidak mahu penceraian terjadi namun jika ianya tidak dapat dielakkan, beliau reda dengan semua ketentuan Tuhan. "Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan kalau jodoh kami sudah cukup sampai di sini, saya reda." |
Punca keretakan rumahtangga Raja Azmi dan Eddie CRK? Posted: 16 Sep 2014 08:45 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Punca keretakan rumahtangga Raja Azmi dan Eddie CRK? Sekitar Oktober 2013 lalu, perkahwinan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali mendapat perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang tahun. Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang didengari. Bercakap kepada portal Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau dan suaminya itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri. "Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami. Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut." "Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing. Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT." Dalam temubual yang sama, Raja Azmi turut berkata yang beliau sedih dengan apa yang sedang berlaku kini dan sebolehnya tidak mahu penceraian terjadi namun jika ianya tidak dapat dielakkan, beliau reda dengan semua ketentuan Tuhan. "Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan kalau jodoh kami sudah cukup sampai di sini, saya reda." |
Misteri lirik lagu Al-Haq didedahkan Posted: 16 Sep 2014 07:31 AM PDT Tengok TV Online Misteri lirik lagu Al-Haq didedahkan Siapa tahu di sebalik lirik lagu Al-Haq nyanyian duet Mawi dan Dato AC Mizal yang kerap kali dimainkan di corong-corong radio rupanya mempunyai rahsia tersembunyi. Di dalam liriknya terdapat satu doa yang bagus untuk diamalkan. Jom lihat maksud beberapa rangkap lirik tersebut: MISTERI LAGU AL-HAQ (Mawi dan Dato AC Mizal) "Allahu ya hafizu nafsi wa ruhi" (Ya Allah, peliharalah diriku dan rohku) "Bismillahi Jibril" (Dengan nama Allah, Jibril) "Fi Yamini" (Pada kananku) "Bismillahi Mikail" (Dengan nama Allah, Mikail) "Fi Shimali" (Pada kiriku) "Bismillahi Israfil" (Dengan nama Allah, Israfil) "Fi Amami" (Pada hadapanku) "Bismillahi Izrail" (Dengan nama Allah, Izrail) *Ianya dikenali sebagai Hizib Al-Hafiz/Doa Bismillah. Antara kelebihannya adalah sebagai doa pelindung daripada syaitan dan hasad dengki. |
Kertas UPSR Bocor : Jurutera Ditahan Di Kemaman Posted: 15 Sep 2014 07:42 PM PDT Addin Kertas UPSR Bocor : Jurutera Ditahan Di Kemaman KUALA LUMPUR - Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan jam 1 tengah hari. "Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini. Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans. Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama. Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. ~bernama Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post