Lagi Pemikiran Sesat Artis, Toleransi Agama? |
- Lagi Pemikiran Sesat Artis, Toleransi Agama?
- 5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah
- 5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah
- Azmin Ali, MB S'gor Baru Angkat Sumpah Selasa Ini?
- Punca Sebenar Pelajar UiTM maut dirempuh Pensyarah (5 Gambar)
- Saya Yakin PAS Akan Kekal Dalam PR -Presiden PAS
- Azmin Mungkin MB Baru, Apakah Anwar Tetap Mahukan Iserinya?
- Anwar Punca Kemelut S'gor -Hasil Kaji Selidik,Prof Madya Dr Ismail Sualman
- Pemerhati Politik Jangkakan Menteri Besar Selangor Pilihan Sultan Adalah..
- Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus
- Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus
- Pemuda PAS Mungkin Cuak Dengar Berita Ini..
- PAS Lawan Umno Atau Pakatan Rakyat?.. Persoal MP PKR
- Punca sebenar Ziela Jalil kaburkan foto di bahagian dada
- Penjelasan Ziela Jalil kontroversi gambar bahagian dada dikaburkan
- Penjelasan Ziela Jalil kontroversi gambar bahagian dada dikaburkan
- Masjid Ini Untuk Kaum Gay, Tapi Ada Lambang PAS?
- Rupanya Mamat Ni Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17?
- Tiada Pemimpin Tertinggi DAP, PKR Hadir Muktamar Hari Ini, Mengapa?
- 6 Gambar wajah sebenar Syazwani, kakak Eina Azman
- 6 Gambar wajah sebenar Syazwani, kakak Eina Azman
- PAS Bergabung Dengan Umno 'api fitnah'
- Keputusan Besar Kena Buat Bersama - Presiden PAS
- Dr Mujahid: PAS Dalam Bahaya Bila A/Hadi Dolak-dalik Dalam...
- Puteri Sarah Liyana, isteri Syamsul Yusof kemalangan di Hulu Kelang, Selangor
Lagi Pemikiran Sesat Artis, Toleransi Agama? Posted: 18 Sep 2014 05:54 PM PDT Ibnu Hasyim Lagi Pemikiran Sesat Artis, Toleransi Agama? HALAMAN HIBURAN BERITA dari Indonesia ini melaporkan kisah-kisah artis negara tersebut yang tentunya ada kaitan dengan artis negara ini. Terutama dari sudut pemikiran, agama dan sebagainya. Apa lagi Indonesia telah diuar-uarkan sebagai negara umat Islam terbesar di dunia, di mana lebih kurng 90% penduduknya beragama Islam. Hal itu adalah suatu keruntungan atau nikmat Allah SWT kepada bumi Indonesia yang wajib dimanfaatkan. Ini beritanya.. Pacaran beda agama, Karina Nadila belajar toleransi Sudah dua tahun ini artis cantik Karina Nadila menjalin tali asmara dengan pria bernama Alfred. Hubungan tersebut dilatarbelakangi perbedaan keyakinan antara keduanya. Meski begitu, keduanya bisa saling melengkapi satu sama lain. Bahkan, mengingatkan untuk tidak lupa menjalankan ibadah masing-masing menjadi kebiasaan Karina dan kekasihnya. "Kita sama-sama saling mengingatkan. Aku ingetin dia untuk ibadah ke gereja, dia ingetin untuk shalat," kata Karina saat berkunjung ke kantor redaksi KapanLagi.com® di Tebet, Jakarta Selatan, Senin (15/9). Hingga saat ini pemeran Mona dalam AKU, KAU & KUA tersebut belum memikirkan untuk melangkah ke jenjang lebih serius seperti pernikahan. "Aku belum kepikir sampai ke sana. Jalanin aja lah ya," tambahnya. Menjalin hubungan asmara beda agama tentu tidaklah mudah. Artis kelahiran Jakarta ini pun sempat mempertanyakan hal tersebut meski pada akhirnya memilih untuk berpijak pada agama yang diyakini. Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat berita dan gambar pelakunya seperti di atas,boleh dibuat kesimpulan.. Artis wanita itu (Karina Nadila) beragama Islam dan lelaki pasangannya (Alfred) beragama Kristian.Mereka sudah terjebak dalam perangkap sistem pergaulan bebas (berpelukan bukan muhrim) yang dilarang oleh agama Islam.Mereka ber'pacaran' (bercinta-cintaan mengikut istilah anak muda kini) berbeda agama, yang biasanya akan berakhir dengan perkahwinan. Itu sebabnya Karina Nadila 'belajar toleransi', yakni ingin hidup bersuami isteri yang berlainan agama. Sebenarnya, dalam Islam tidak ada hukum yang membolehkan wanita Islam bersuamikan lelaki yang bukan Islam. Kalau perkahwinan sudah tidak sah, hubungan kelamin antara mereka adalah 'zina' yang dilarang agama.Jadi, wanita Islam ingin berkahwin dengan lelaki bukan Islan adalah satu pemikiran sesat ysng menyimpang dari agama Islam.Tugas sebagai Muslim antaranya ialah menjelaskan kenyataan ini, walaupun melampaui batasan negara.'Allahu'aklam. Lihat lagi.. E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis |
5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah Posted: 18 Sep 2014 05:28 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM dirempuh pensyarah - Seorang mahasiswi UiTM Shah Alam maut setelah dirempuh oleh kereta Volkswagen Passat dipandu pensyarah wanita dalam perjalann pulang dari kelas semalam. Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, dikatakan jatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan. Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang bergambar sebelum dirempuh kereta dipandu seorang pensyarah wanita berusia 58 tahun itu. Pelajar tahun dua diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang namun disahkan meninggal dunia pada 7.30 akibat mengalami pendarahan dalaman.Selain jalanraya di kawasan itu dikatakan berbahaya, terdapat sumber lain mendakwa pensyarah itu mengalami masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Kredit kepada blog tengoktvonline. |
5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah Posted: 18 Sep 2014 04:43 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM dirempuh pensyarah - Seorang mahasiswi UiTM Shah Alam maut setelah dirempuh oleh kereta Volkswagen Passat dipandu pensyarah wanita dalam perjalann pulang dari kelas semalam. Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, dikatakan jatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan. Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang bergambar sebelum dirempuh kereta dipandu seorang pensyarah wanita berusia 58 tahun itu. Pelajar tahun dua diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang namun disahkan meninggal dunia pada 7.30 akibat mengalami pendarahan dalaman.Selain jalanraya di kawasan itu dikatakan berbahaya, terdapat sumber lain mendakwa pensyarah itu mengalami masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Kredit kepada blog tengoktvonline. |
Azmin Ali, MB S'gor Baru Angkat Sumpah Selasa Ini? Posted: 18 Sep 2014 03:54 PM PDT Ibnu Hasyim Azmin Ali, MB S'gor Baru Angkat Sumpah Selasa Ini? Beliau berkata perkara itu hanya akan diketahui pada hari mengangkat sumpah berkenaan. Bernama difahamkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali adalah calon yang bakal mengangkat sumpah jawatan tertinggi pentadbiran negeri Selangor itu. Namun, ketika diminta mengulas perkara itu, Mohamad Munir enggan mengesahkannya. Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai. PKR dan DAP bagaimanapun kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu. Tindakan kedua-dua parti berkenaan menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita. Susulan kemurkaan baginda itu, PKR dan DAP baru-baru ini menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor. Selain menghantar surat kedua yang tidak diketahui kandungannya itu, pada hari yang sama kedua-dua parti tersebut mengeluarkan kenyataan memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Selangor. Walaupun memohon ampun kepada Sultan Sharafuddin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor. Krisis politik Selangor tercetus selepas 'Langkah Kajang' yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas yang bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baharu. Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut selepas gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang apabila mahkamah mendapati beliau bersalah atas pertuduhan liwatnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR bertanding dan memenangi kerusi DUN itu. Pada 9 Ogos lepas, PKR memecat Abdul Khalid daripada parti itu dan merancang untuk mengangkat Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yangbaharu. (mStar) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? |
Punca Sebenar Pelajar UiTM maut dirempuh Pensyarah (5 Gambar) Posted: 18 Sep 2014 03:36 PM PDT Tengok TV Online Punca Sebenar Pelajar UiTM maut dirempuh Pensyarah (5 Gambar) Seorang mahasiswi UiTM Shah Alam maut setelah dirempuh oleh kereta Volkswagen Passat dipandu pensyarah wanita dalam perjalann pulang dari kelas semalam. Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, dikatakan jatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan. Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang bergambar sebelum dirempuh kereta dipandu seorang pensyarah wanita berusia 58 tahun itu. Selain jalanraya di kawasan itu dikatakan berbahaya, terdapat sumber lain mendakwa pensyarah itu mengalami masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Biodata Ringkas Mangsa Nama Penuh: Fatin Farah Faraddia Binti Yusof Umur: 20 Tahun Asal: Dungun Terengganu Fakulti: Sains Bidang: Diploma Sains Sukan Universiti: UITM Induk Shah Alam Semester: Tahun Kedua Punca kematian: Pendarahan dalaman akibat dirempuh kereta |
Saya Yakin PAS Akan Kekal Dalam PR -Presiden PAS Posted: 18 Sep 2014 02:48 PM PDT Ibnu Hasyim Saya Yakin PAS Akan Kekal Dalam PR -Presiden PAS BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin PAS akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dalam memperjuang hak keadilan untuk rakyat. Beliau berkata demikian pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat hari ini. Beliau memberitahu bahawa setiap parti pasti mempunyai masalah masing-masing dan setiap parti perlu faham serta menyelesaikannya. "Semua ada masalah sendiri, diri kita pun ada masalah jadi apa yang perlu kita lakukan adalah menyelesaikan dengan lebih baik. "Saya yakin PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat dalam membawa dasar-dasar yang telah kita persetujui," kata beliau. Menurut Ahli Parlimen Marang itu lagi, walaupun di dalam Pakatan Rakyat menpunyai syarat yang longgar dan masing-masing boleh menganuti idealogi parti tetapi ia perlu saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. "Masalah hanya kecil, rakan-rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat turut hadir dalam Muktamar kita kali ini dan ini menunjukkan kesefahaman kita masih kekal seperti dulu. "Selagi tidak berlaku perlanggaran syarat terhadap perkara-perkara dasar iaitu kita mendokong prinsip demokrasi, mendokong keadilan untuk semua," sambung beliau. Hadi ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku di Selangor membabitkan jawatan Menteri Besar, memberitahu setiap permasalah atau krisis tetap ada jalan keluar untuk menyelesaikannya. "Sudah tentu ada jalan keluar, kita kena ingat di dalam Perlembagaan Persekutuan bukan hanya parti politik yang mempunyai kerusi tetapi juga Raja mengikut perlembagaan. "Terpulang kepada Baginda Sultan Selangor untuk menbuat keputusan," katanya lagi. Hadi juga turut mengucapkan terima kasih kepada Badan Perhubungan PAS Johor kerana berjaya menganjurkan Muktamar PAS kali ke-60. "Pada PRU13 kita berjaya menampilkan jumlah wakil rakyat PAS seramai 4 orang dan ini tanda PAS mampu berkembang di Johor. "Dengan muktamar ini sekurang-kurangnya kita melatih jentera PAS Johor untuk mengendalikannya pada masa akan datang," sambungnya lagi. – HARAKAHDAILY 18/9/2014 |
Azmin Mungkin MB Baru, Apakah Anwar Tetap Mahukan Iserinya? Posted: 18 Sep 2014 12:45 PM PDT Ibnu Hasyim Azmin Mungkin MB Baru, Apakah Anwar Tetap Mahukan Iserinya? Semua petanda menunjukkan Azmin mungkin MB baru Minggu depan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor, menggantikan seteru politiknya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Semua petanda menunjukkan Azmin mungkin MB baru Apabila PAS mula-mula mencadangkan namanya, di tengah-tengah spekulasi yang bertiup kencang bahawa istana tidak bersetuju dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ada yang meramalkan yang tuah itu akan memihak kepada Azmin. Malah Bernama, dalam laporannya mengenai majlis angkat sumpah jawatan menteri besar baru Selasa depan, juga menyebut Azmin mungkin pilihan istana tetapi setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengesahkan perkara itu. Walaupun tidak mahu membuat spekulasi mengenai siapa yang akan bakal dilantik menerajui negeri ini, seorang pemerhati politik veteran yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana, bersetuju bahawa Azmin mungkin calon terbaik untuk tugas tersebut. "Satu perkara yang pasti, Wan Azizah tidak akan menjadi menteri Besar itu," katanya kepada Malaysiakini. Pendirian PKR dan Anwar Ibrahim yang tetap bertegas untuk mengemukakan hanya nama Wan Azizah, dengan memetik konvensyen, telah dua kali tidak disenangi pihak istana. Dalam teguran pertama, pihak istana menyifatkan PKR dan DAP sebagai engkar dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda. Parti-parti tersebut kemudiannya telah memohon maaf. Hari ini, istana sekali lagi menegur Anwar, dan mengingatkannya supaya tidak mencemarkan imej sultan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai isu yang menteri Besar. Hari ini, istana Selangor sekali lagi mengingatkan Anwar agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu. Dan hari ini Anwar sekali ini memohon ampun daripada Sultan Selangor sekiranya ada kekhilafan yang berlaku. Dengan dua teguran yang diikuti dengan pemohonan maaf kemudianya, ia dilihat 'berisiko' untuk Anwar menolak pilihan istana sekiranya sultan melantik Azmin. Kebuntuan berhubung isu jawatan menteri Besar itu turut menegangkan hubungan dan menyebabkan berlaku perpecahan dalaman PAS. (MK) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? |
Anwar Punca Kemelut S'gor -Hasil Kaji Selidik,Prof Madya Dr Ismail Sualman Posted: 18 Sep 2014 11:33 AM PDT Ibnu Hasyim Anwar Punca Kemelut S'gor -Hasil Kaji Selidik,Prof Madya Dr Ismail Sualman Rata-rata rakyat Selangor bersetuju krisis politik di Selangor ketika ini adalah berpunca daripada angkara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penganalisis Politik Prof Madya Dr Ismail Sualman berkata hasil kaji selidik pihaknya di 20 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, seramai 2,138 responden berpendapat pilihan raya kecil DUN Kajang pada Mac lepas, yang sengaja dicetuskan PKR, adalah punca berlakunya krisis itu. "Melalui kaji selidik responden di beberapa kawasan DUN termasuk di Semenyih, Damansara dan Sekinchan, sebanyak 44.5 peratus bersetuju bahawa Anwar mewujudkan satu keadaan iaitu menukar menteri besar Selangor melalui pilihan raya kecil Kajang atau 'Langkah Kajang'. "Bermula dengan Langkah Kajang, beliau digambarkan mempunyai kecenderungan untuk melebarkan kuasanya dengan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dengan cukup mudah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum 'Kemelut Politik Selangor: Angkara Siapa?' anjuran Majlis Perundingan Melayu di Shah Alam, hari ini. Ismail yang juga pensyarah kanan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, berkata selain Anwar, responden turut menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut politik itu. Beliau berkata rakyat Selangor berpendapat tindakan Abdul Hadi, yang sentiasa berdolak-dalik dalam membuat keputusan berhubung calon menteri besar baharu, menyebabkan kemelut tersebut berpanjangan. "Hasil kaji selidik menunjukkan sebanyak 17.9 peratus reponden mengakui tindakan Abdul Hadi yang lemah dalam membuat keputusan menyebabkan krisis ini berlaku, manakala 15.2 peratus bersetuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail patut dipersalahkan sementara selebihnya berpendapat Rafizi Ramli (Naib Presiden PKR) sebagai punca," katanya. Mengulas lanjut mengenai kemelut pertukaran menteri besar Selangor, Ismail berpendapat percaturan yang dibuat PKR untuk menukar menteri besar pada ketika ini adalah tidak tepat. Beliau berkata sekiranya Abdul Khalid dianggap lemah oleh PKR dalam menerajui Selangor, Abdul Khalid sepatutnya tidak dicalonkan menduduki kerusi menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun lepas. "PKR sendiri mendakwa Abdul Khalid lemah. Kalau Abdul Khalid lemah, kenapa calonkan beliau sebagai menteri dan Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Pelabuhan Klang. "Apa yang saya lihat, kaedah yang digunakan Anwar dan PKR untuk menukar menteri besar pada waktu ini adalah tindakan yang tidak tepat," katanya. - Bernama Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? |
Pemerhati Politik Jangkakan Menteri Besar Selangor Pilihan Sultan Adalah.. Posted: 18 Sep 2014 07:33 AM PDT Addin Pemerhati Politik Jangkakan Menteri Besar Selangor Pilihan Sultan Adalah.. Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan. Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu. Ada yang tetap memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pilihan dan ada pula yang merasakan Azmin Ali akan dilantik. Tidak kurang juga yang meramalkan Sultan akan melantik Adun Pas sebagai Menteri Besar kali ini setelah tiada kesepakatan yang jitu mengenainya di kalangan ketiga-tiga parti dalam PR. Adakah pilihan Sultan Selangor nanti ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah mendapat sokongan majoriti 30 Adun? Atau mungkinkah Azmin Ali atau lain-lain Adun daripada PKR? Mungkinkah juga Sultan Selangor akan melantik mana-mana Adun Pas, terutamanya Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad yang dicalonkan oleh Haji Hadi Awang sebelum ini? Menteri Besar Selangor Dalam masa yang sama, oleh kerana seiring dengan pengumuman tarikh majlis angkat sumpah ini terdapat pula teguran daripada Istana Selangor terhadap Anwar Ibrahim mengenai pencalonan hanya satu nama yang dianggap tidak tepat dan mengelirukan, ramai pula beranggapan ianya sebagai signal bahawa Dr Wan Azizah bukanlah pilihan untuk mengangkat sumpah Selasa ini. Teguran terhadap Anwar itu adalah tanda Sultan Selangor tidak memberi perkenan terhadap pencalonan Dr Wan Azizah, demikian tafsiran ramai pemerhati politik sama ada yang gemar melayan sembang di coffee house hotel, di kedai-kedai mamak mahupun sekadar di alam maya Facebook dan Twitter. Jika benar Dr Wan Azizah bukan pilihan Sultan, nama yang paling hampir tentulah Azmin Ali. Ini kerana Dr Wan Azizah Presiden PKR, Azmin pula timbalannya. Walaupun beliau sebelum ini menolak pencalonan untuk jawatan itu, tetapi jika Sultan memilihnya, tentulah mustahil Azmin akan menolak. Apa yang ditolaknya selama ini hanyalah pencalonan parti, bukannya pemilihan oleh Istana Selangor. Bersama Azmin, nama lain yang turut disebut sebagai pengganti Khalid ialah Dr Idris Ahmad, Nik Nazmi dan Yaakob Sapari. Selain wakil daripada PKR, nama Adun daripada Pas juga turut disebut-sebut akan dilantik tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi jawatan ini kekal diserahkan kepada PKR. Istana juga tentunya sedia maklum bahawa semua parti dalam PR telah pun menyatakan secara jelas bahawa jawatan Menteri Besar adalah milik PKR. Melantik Adun Pas yang hanya mempunyai sokongan 13 Adun lebih memungkinkan berlakunya kemelut yang berpanjangan, bahkan tidak mustahil berlarutan sehingga berlakunya undi tidak percaya dalam DUN nanti. PKR dan DAP yang telah jelas mempunyai blok 30 Adun mustahil akan berdiam diri. Menteri Besar Selangor Lagi pula, jika Adun PKR juga yang dilantik sebagai Menteri Besar, kemelut yang sudah lama berlarutan ini lebih mudah didamaikan. Dr Wan Azizah yang tidak dipilih lebih mudah untuk dipujuk dan disejukkan hatinya jika yang dipilih itu daripada PKR juga, tak kiralah sama ada Azmin, Dr Idris atau sesiapa saja. Namun demikian, tidak mustahil juga sebenarnya Sultan Selangor akan bertindak memilih Dr Wan Azizah yang sudah mempunyai sokongan majoriti itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Jika ini dilakukan, ia pastilah lebih bertepatan dengan kehendak undang-undang dan perlembagaan yang mengatakan sokongan majoriti sebagai asasnya. Mungkin juga teguran Istana Selangor terhadap Anwar itu sekadar peringatan semata-mata dan tidak menjejaskan kedudukan Dr Wan Azizah yang sudah ada sokongan majoriti. Lagi pun, Anwar juga sudah meminta maaf sekali lagi kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya itu. Jika itu yang berlaku, suatu sejarah baru akan tercipta iaitu buat pertama kalinya seorang wanita dilantik sebagai ketua kerajaan negeri Selangor. Apa pun, bersabarlah menunggu detik yang ditunggu ini dan Adun-Adun yang disebut-sebut namanya ini janganlah ssmpai ada yang tak lena tidur dan hilang selera makan menanti ketibaan Selasa ini. ~shahbudin Iklan C (ii) |
Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus Posted: 18 Sep 2014 06:27 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus Berita kurang baik buat para gadis di luar sana yang menaruh hati pada Sharnaaz Ahmad. Hati pelakon kacak ini nampaknya sudah tertambat kepada seseorang. Gadis bertuah itu ialah Sharifah Anis Al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Anis Al-Idrus. Selain daripada berlakon, Anis juga dikenali di kalangan hijabsters kerana gaya tudungnya yang menarik. Desas-desus percintaan mereka telah mula bertiup pada Ramadhan lalu apabila Sharnaaz dan Anis kedua-duanya berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman. Ketika itu Sharnaaz enggan mengulas mengenai status mereka, namun kali ini, Sharnaaz mengakui yang dirinya dan Anis semakin rapat. Kata Sharnaaz:- "Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab." "Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila 'berkomplot' membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya." |
Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus Posted: 18 Sep 2014 06:18 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus Berita kurang baik buat para gadis di luar sana yang menaruh hati pada Sharnaaz Ahmad. Hati pelakon kacak ini nampaknya sudah tertambat kepada seseorang. Gadis bertuah itu ialah Sharifah Anis Al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Anis Al-Idrus. Selain daripada berlakon, Anis juga dikenali di kalangan hijabsters kerana gaya tudungnya yang menarik. Desas-desus percintaan mereka telah mula bertiup pada Ramadhan lalu apabila Sharnaaz dan Anis kedua-duanya berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman. Ketika itu Sharnaaz enggan mengulas mengenai status mereka, namun kali ini, Sharnaaz mengakui yang dirinya dan Anis semakin rapat. Kata Sharnaaz:- "Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab." "Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila 'berkomplot' membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya." |
Pemuda PAS Mungkin Cuak Dengar Berita Ini.. Posted: 18 Sep 2014 04:40 AM PDT Addin Pemuda PAS Mungkin Cuak Dengar Berita Ini.. Berbeza pendapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermakna ahli parti Islam itu ingin menjatuhkan beliau, kata perwakilan PAS Kuala Krai. Zulkifli Mohamad ketika meluluskan minit mesyuarat muktamar lepas di sesi Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini berkata, setiap lapisan kepimpinan seharusnya dihormati ahli PAS. "Adakah di kalangan kita yang berhasrat menjatuhkan presiden? Bangun! Ada atau tidak?" katanya. "Kalau tiada kenapa tulis di belakang, kami menyokong presiden, kami menyokong Majlis Syura Ulama?" katanya lagi mengulas dakwaan insiden keluar dewan ketika perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi pada Selasa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. "Berlainan pandangan dengan presiden bukan bermakna kita lawan presiden." Perwakilan itu berkata, insiden berkenaan harus disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS dan sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil. "Saya mahu Lembaga Pemerkasaan parti melihat adakah berlakunya sabotaj semasa muktamar pemuda. Kalau benar, kita ambil tindakan. "Ada kata nak pergi ambil wuduk, sembahyang. Ya Allah, alimnya. Ini jawapan politik. "Bukan saya nak sokong Mohamad Sabu, tapi hormatlah beliau. Banyak jasa dia. Siapa kamu nak dibandingkan dengan Mat Sabu?" katanya merujuk kepada panggilan mesra Mohamad. Zulkifli berkata, tanpa mengira kedudukan, kepimpinan PAS seharusnya dihormati. "Adakah sebab kesalahan sedikit jadi alasan untuk kita lakukan tindakan sedemikian?"Adab seperti ini hendaklah dibuang daripada adik-adik kita," katanya. Sementara itu, perwakilan PAS Perak Noh Ahmad turut membangkitkan perkara sama dan menegur kepimpinan parti yang sering mendedahkan krisis dalaman kepada pihak luar. "Masing-masing tidak dapat kawal disiplin, pantang disua mikrofon. kami di bawah ini menjadi masalah dan susah hati. "Gajah sama gajah bergaduh, kami pelanduk di sini khuatir, bijak mana pun susah nak elak," katanya. "Kami sayang gajah-gajah ini," katanya merujuk kepada krisis dalaman berkenaan pertelingkahan kumpulan penyokong Hadi dan kumpulan penyokong professional PAS yang bersama Pakatan Rakyat (PR). "Kami menyokong penuh presiden dan ulama serta kesemua pimpinan PAS yang dipilih tahun lalu," tambahnya. ~tmi Addin: Sebagai sayap pemuda dan perwakilan walaupun tak dapat hadir kerana uzur syarie, Addin setuju tindakan tegas diambil terhadap perwakilan pemuda yang keluar dewan ketika ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda oleh Timbalan Presiden, Mat Sabu. Kita boleh berbeza pandangan tetapi kena jaga adab. JK Displin PAS perlu ambil tindakan tegas dan memainkan peranannya. Iklan C (ii) |
PAS Lawan Umno Atau Pakatan Rakyat?.. Persoal MP PKR Posted: 18 Sep 2014 03:39 AM PDT Addin PAS Lawan Umno Atau Pakatan Rakyat?.. Persoal MP PKR MP PKR Sin Tze Tzin menyelar para pemimpin PAS yang menyerang parti serta ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga sanggup menggelarkan golongan yang pro-Pakatan Rakyat sebagai "pengkhianat". Dalam siri tulisannya di Twitter, MP Bayan Baru itu mensasarkan sayap Pemuda PAS dan Dewan Ulama. Menurutnya, golongan itu boleh menang "pertarungan dalaman PAS tetapi mereka bakal kalah dalam perang pilihan raya umum akan datang". Beliau seterusnya mempersoalkan mengapa golongan dalam PAS sanggup menyokong usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno. "Sokong Pakatan dipanggil pengkhianat, sokong UG (kerajaan perpaduan dengan) Umno dipertahankan. Apa cerita ulama PAS?" tulisnya. Sim juga mengungkit bahawa PKR memberikan kerusi DUN Pengkalan Kubor untuk ditandingi PAS. "(Tetapi) mereka berterima kasih kepada kita dengan menyerang PKR dan Anwar Ibrahim," katanya yang turut menujukan tulisan tersebut kepada Anwar di Twitter. Tulisan tersebut yang turut menyebut nama Anwar dibalas oleh ketua pembangkang tersebut dengan sepatah perkataan nasihat, "sabar". Kenyataan tersebut timbul susulan keputusan Dewan Ulama PAS semalam memutuskan untuk mengenakan tindakan terhadap dua ADUN PAS Selangor yang menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB Selangor. Kritikan Sim ke atas Pemuda Umno pula susulan ucapan wakil sayap tersebut, Norazaliza Mohd Alawi, yang mendakwa Anwar tidak mendapatkan kesepakatan dari Pakatan Rakyat apabila melaksanakan 'Langkah Kajang'. Norazaliza mendakwa, Anwar tidak pernah berbincang tentang idea untuk melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam jika Pakatan memerintah. Dalam tulisan seterusnya, Sim turut mempersoalkan jika PAS sebenarnya sedang berjuang melawan Umno atau Pakatan Rakyat. "Nak tanya sikit, PAS lawan Umno atau Pakatan Rakyat? Pengkalan Kubor, PAS lawan Umno. Muktamar PAS, PAS lawan Pakatan. Mohon pencerahan para ulama (PAS)" tulis Sim lagi. ~mk Iklan C (ii) |
Punca sebenar Ziela Jalil kaburkan foto di bahagian dada Posted: 18 Sep 2014 02:30 AM PDT Tengok TV Online Punca sebenar Ziela Jalil kaburkan foto di bahagian dada Berikutan kontroversi yang timbul pada gambar yang dimuatnaik oleh pelakon Ziela Jalil di Instagram semalam, beliau hari ini melalui akhbar Harian Metro tampil menjawab perkara itu. Terdapat juga blog hiburan juga cuba menimbulkan kontroversi liar mengatakan Ziela Jalil sengaja mengkaburkan gambar tersebut kerana rekaan pakaian di bahagian itu diperbuat daripada material yang jarang. Namun, ini jawapan beliau: "Kalau orang muat naik gambar saja, sibuk nak tengok bahagian-bahagian yang tak perlu. Kalau gambar itu kecil pun sanggup ambil (screenshot) supaya boleh zoom dan jadikan isu. "Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muat naik gambar itu di Instagram. "Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini, petang semalam.Biasalah tu, bukan namanya artis kalau tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi. Sekecil zarah pun kesalahan yang dilakukan, pasti ada yang akan perasan... |
Penjelasan Ziela Jalil kontroversi gambar bahagian dada dikaburkan Posted: 18 Sep 2014 01:33 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Penjelasan Ziela Jalil kontroversi gambar bahagian dada dikaburkan Semalam, kecoh pulak laman Instagram bila penerbit terkenal, Ziela Jalil bertindak memuat naik foto dia memakai baju kurung yang telah di'blur' kan bahagian dadanya. Dek kerana itu, ramailah peminat-peminat Ziela yang bertanya mengapa dia bertindak sedemikian. Malah ada juga yang menyarankan daripada cover-cover baik tak payah muatnaik. Apapun, kami faham, mungkin bila bahagian itu dikaburkan, ia seperti mengundang perasaan ingin tahu, apa yang ada pada foto tersebut, tak gitu? Hari ini, menerusi laporan Harian Metro, Ziela berkata dia pelik dengan provokasi ditimbulkan pihak tertentu yang disifatkan untuk menimbulkan kontroversi. Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muatnaik gambar itu di Instagram. Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula. Hmm, pada kami adatlah menjadi selebriti, walau sekecil zarah pun kesilapan selebriti, pasti mereka akan nampak. Orang terkenal kan, mesti dapat perhatian. Kredit kepada ohbulan. |
Penjelasan Ziela Jalil kontroversi gambar bahagian dada dikaburkan Posted: 18 Sep 2014 01:27 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Penjelasan Ziela Jalil kontroversi gambar bahagian dada dikaburkan Semalam, kecoh pulak laman Instagram bila penerbit terkenal, Ziela Jalil bertindak memuat naik foto dia memakai baju kurung yang telah di'blur' kan bahagian dadanya. Dek kerana itu, ramailah peminat-peminat Ziela yang bertanya mengapa dia bertindak sedemikian. Malah ada juga yang menyarankan daripada cover-cover baik tak payah muatnaik. Apapun, kami faham, mungkin bila bahagian itu dikaburkan, ia seperti mengundang perasaan ingin tahu, apa yang ada pada foto tersebut, tak gitu? Hari ini, menerusi laporan Harian Metro, Ziela berkata dia pelik dengan provokasi ditimbulkan pihak tertentu yang disifatkan untuk menimbulkan kontroversi. Baju jarang? Bukan jarang sebenarnya. Baju itu nampak dada jadi saya ambil tindakan untuk kaburkan bahagian dada sebelum muatnaik gambar itu di Instagram. Tapi nampaknya sesetengah orang kita ini memang suka tengok gambar yang tak dikaburkan itu. Selepas itu nak kritik dan hentam pula. Hmm, pada kami adatlah menjadi selebriti, walau sekecil zarah pun kesilapan selebriti, pasti mereka akan nampak. Orang terkenal kan, mesti dapat perhatian. Kredit kepada ohbulan. |
Masjid Ini Untuk Kaum Gay, Tapi Ada Lambang PAS? Posted: 18 Sep 2014 12:45 AM PDT Ibnu Hasyim Masjid Ini Untuk Kaum Gay, Tapi Ada Lambang PAS? Masjid itu juga bersedia menikahkan wanita muslim yang ingin menikah dengan non-muslim. LIHAT betul-betul gambar masjid ini, di menara atanya ada lambang bulan berlatar belakang hijau, lambang PAS ke? Tetapi sebenarnya... Digambarkan sebagai tempat ibadah non-sektarian pertama yang membenarkan toleransi dan kesaksamaan gender, sebuah masjid baru di Cape Town, Afrika Selain yang mengundang reaksi keras dan heboh di jejaring sosial. Masjid bernama Open Mosque yang sedianya akan dirasmikan saat salat Jumaat minggu ini (besok) dikatakan sebagai "Kuil Kaum Gay". "Saya kira para ulama tidak senang dengan masjid baru yang bebas akan mencabar pihak berkuasa mereka," kata Taj Hargey, seorang profesor Pengajian Islam dan sejarah Afrika di Universiti Oxford, kepada Cape Times. Hargey adalah salah satu pengasas masjid baru tersebut dan dijadualkan akan memberikan khutbah Jumaat pertama di masjid itu. Masjid baru itu digambarkan oleh pengasasnya sebagai masjid non-sektarian pertama yang mengakui kesaksamaan jantina dan bangsa di Afrika Selatan. Dalam pandangannya, Islam itu mencerahkan, ilmiah dan saksama. Untuk itu, Open Mosque akan menyambut baik Muslim Sunni dan Syiah dan mereka akan mendapat perkhidmatan yang sama. Selain itu, pengurus Open Mosque juga akan mengundang perempuan untuk memimpin salat Jumaat serta menerima gay dan non-muslim untuk hadir dalam masjid. "Saya tidak menyokong kehidupan homoseksual, tapi saya tidak mengutuk mereka sebagai manusia. Kami akan menyambut kaum gay dan mengajak berbincang soal seksualiti, politik dan lain-lain," katanya. Ditambah pula, masjid bersedia menikahkan wanita muslim yang ingin berkahwin dengan non-muslim. Terlepas dari itu, Hargey merasa Muslim Judicial Council (MJC) tidak mempunyai kuasa atas dirinya atau masjid yang didirikannya. "Saya kira reaksi keras terhadap masjid ini disebabkan para ulama seperti MJC tidak ingin monopoli mereka terhadap agama dicabar," katanya. "Anggota MJC tidak dipilih, tidak telus dan eksklusif. Mereka tidak mempunyai kuasa atas saya atau masjid." Selain mendapat kritikan pedas dari media sosial, masjid baru tersebut juga memancing emosi kumpulan-kumpulan Muslim Afrika Selatan. "Kami melihat dan merasakan kecemasan dalam komuniti kami. Alhamdulillah komuniti kami berusaha untuk melindungi integriti dan kemurnian iman kami." Riad Fataar, wakil presiden MJC, mengatakan kepada Voice of Cape hujung minggu lalu. Fataar menambah bahawa dewan MJC sedang menyiasat siapa di sebalik pembangunan masjid Open Mosque. "Apa pun yang bertentangan dengan iman kami dan yang menolak sumber utama seperti Al-Quran dan hadis akan dikutuk oleh MJC," katanya. Ditambahkannya, komuniti Muslim Afrika Selatan ingin melindungi keimanan warganya dan memastikan mereka tidak tertipu. Mansoora Afrika, ketua perempuan Islamic Unity Convention, menekankan bahawa seorang wanita baru boleh memimpin salat Jumaat hanya jika tidak ada "orang yang mampu" dalam majlis tersebut. Secara umum, saat solat, seorang perempuan tidak boleh mengimamkan lelaki kecuali perempuan lain seperti di masjid khusus perempuan di China. Menurut kesepakatan ulama seorang wanita dibenarkan untuk memimpin perempuan lain dalam salat berjamaah jika tidak ada lelaki yang mampu menjadi imam. Sementara hubungan sesama jenis, termasuk perkahwinannya, jelas-jelas dilarang dalam Islam, Kristian dan semua agama wahyu. Islam juga melarang muslim untuk berzina. Bukan kali ini saja ada masjid yang dinilai kebablasan. Aminah Wadud, mengimani sholat Jumaat termasuk lelaki di belakangnya. Satu lagi ajaran sesat dalam Islam. Pada November 2012, seorang homoseksual Perancis mendirikan sebuah masjid di Paris yang menerima kehadiran jamaah gay dan wanita yang tidak memakai hijab. Langkah tersebut mencetuskan kecaman dari Muslim Perancis. Mereka mengecam hal tersebut kerana mempromosikan tindakan tidak bermoral dan sombong. Satu lagi, umat Islam dicabar dengan ajaran sesat. (IH) |
Rupanya Mamat Ni Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17? Posted: 17 Sep 2014 10:46 PM PDT Addin Rupanya Mamat Ni Tawar AS$30 Juta Kepada Sesiapa Dedahkan Dalang Tragedi MH17? LONDON: Seorang penderma yang tidak dikenali telah mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk ditawarkan kepada mana-mana pihak yang dapat mengemukakan bukti siapakah yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di ruang udara Timur Ukraine. Ia adalah wang tawaran paling besar dalam sejarah dunia - mengatasi jumlah yang ditawarkan untuk menangkap Osama bin Laden.Tanggungjawab untuk memulakan penyiasatan persendirian itu diserahkan kepada Wifka, sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman. Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah media berbahasa Inggeris Jerman, The Local, menegaskan sejak kejadian pembunuhan itu yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, semua orang menyebut bahawa mangsa-mangsa itu memerlukan pembelaan dan sanak keluarga mereka serta masyarakat antarabangsa juga memerlukan jawapan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan. Malangnya, kata Wifta, belum ada satu pun daripada persoalan ini dijawab walaupun siasatan ke atasnya sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa. Kini, tanggungjawab untuk mencari jawapan tersebut telah diserahkan kepada seorang pakar penyiasat persendirian yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini iaitu Josef Resch. "Setiap orang ada harganya. Ia hanyalah persoalan berapa banyak," kata Resch yang yakin tawaran AS$30 juta itu akan membuka mata mereka yang ada harga. Resch juga mengesahkan yang dia telah pun menerima upah sebanyak Euro 40,000 untuk memulakan penyiasatannya dan dia tidak ragu-ragu akan menemui orang yang bersedia menerima wang sebanyak itu (AS$30 juta) untuk mendedahkan kebenaran di sebalik insiden itu. Wifka menegaskan, sesiapa sahaja yang dapat mendedahkan - siapakah yang bertanggungjawab dan terlibat dalam menembak pesawat MH17 itu, siapa yang menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian itu dan apa yang telah terjadi kepada senjata yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 - akan menerima hadiah wang tunai AS$30 juta yang ditawarkan itu. Malah Wifta juga memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan semua kebenaran ini akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan. Wang hadiah tersebut kini tersimpan di Zurich, tetapi Wifka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak tahu siapakah penderma nya. Identitinya menjadi rahsia. Satu-satunya maklumat yang mereka ada ialah, pihak yang menjadi orang tengah dalam rundingan ini bertutur dalam loghat Switzerland. Jumlah tawaran AS$30 juta itu melebihi jumlah wang yang ditawarkan kepada sesiapa yang dapat mendedahkan maklumat sehingga tertangkapnya Osama bin Laden iaitu sebanyak AS$25 juta (RM80.45 juta). ~mstar |
Tiada Pemimpin Tertinggi DAP, PKR Hadir Muktamar Hari Ini, Mengapa? Posted: 17 Sep 2014 10:42 PM PDT Ibnu Hasyim Tiada Pemimpin Tertinggi DAP, PKR Hadir Muktamar Hari Ini, Mengapa? Pemimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi tadi. Demikian lapor Th Malaysian Insider hari ini. Menurut injauannya, mendapati PKR menghantar wakil Naib Presiden mereka Chua Tian Chang dan Shamsul Iskandar Mat Akin, manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong. Kelibat Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun tidak kelihatan. Menurut sumber, tindakan itu dipercayai berpunca daripada kemelut krisis menteri besar Selangor yang melanda kerajaan PR Selangor sehingga menyebabkan rakan komponen pembangkang itu bertelagah. Awal tahun ini, PKR memulakan Langkah Kajang untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Anwar, walaupun masih belum jelas kesalahannya dari sudut perundangan. Sehingga PKR dikatakan menzalimi ahlinya sendiri. Khalid dipecat daripada partinya pada Ogos lalu. Anwar yang sepatutnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau bersalah dalam kes Liwat II melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. PR juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu itu apabila Presiden PAS, Abdul Hadi, mengemukan calon MB tambahan disamping calon satu-satunya pilihan PKR iaitu presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar sendiri. Abdul Hadi mengemukakan beberapa calon tambahan sebagai MB menepati saranan Sultan yang mahu lebih dari satu nama calon. Apakah kerana itu yang memberi kesan penyebab pemimpin tertinggi rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) dari DAP dan PKR tidak kelihatan ketika berlangsungnya perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor pagi tadi? Kalau sama-sama sanggup menghadapi 'musuh besar hantu BN', takkanlah perkara sekecil ini tidak dapat diselesaikan. Tinggalkan perjuangan peribati, tumpukan pakatan.. (IH) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? |
6 Gambar wajah sebenar Syazwani, kakak Eina Azman Posted: 17 Sep 2014 10:39 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 6 Gambar wajah sebenar Syazwani, kakak Eina Azman Masih belum terlambat kiranya untuk mengucapkan tahniah buat dua selebriti wanita tempatan, Atilia dan Eina Azman yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada 31 Ogos lalu. Seronok kan tengok orang lain bercinta sekian lama dan akhirnya naik pelamin dengan orang tersayang? Tapi apa yang tak best, ada pula suara-suara sumbang mengkritik majlis penyatuan hati Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina dan pasangannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. Bukan setakat wang hantaran sebanyak RM70,000 dan kereta Chevrolet Camaro yang dijadikan isu. Di Facebook pula, ramai mempersoalkan konsep majlis pernikahan Eina dan pasangannya apabila melihat pelakon itu cantik mengenakan busana perkahwinan budaya lain. Manakala di Twitter pula, gelaran Datin Paduka yang baru digalas Eina sejak mengahwini suaminya itu membuatkan ramai yang tak senang duduk. Siapa tak jealous, baru 19 tahun kot. Apa yang kelakar, rata-rata remaja perempuan di laman sosial tersebut mengatakan di usia Eina sekarang, mereka masih terkial-kial cari duit dan belum hidup sempurna. Untung sungguh jadi Eina Azman. Sekadar mengimbas kembali, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Eina, Azman Abdullah dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abdul Mutalib serta abangnya di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Di sini, penulis ingin berkongsi enam keping gambar sensasi Syazwani, kakak Eina Azman yang cun melecun. Eina Azman ialah anak bongsu di dalam keluarga. |
6 Gambar wajah sebenar Syazwani, kakak Eina Azman Posted: 17 Sep 2014 10:27 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 6 Gambar wajah sebenar Syazwani, kakak Eina Azman Masih belum terlambat kiranya untuk mengucapkan tahniah buat dua selebriti wanita tempatan, Atilia dan Eina Azman yang telah melangsungkan pernikahan mereka pada 31 Ogos lalu. Seronok kan tengok orang lain bercinta sekian lama dan akhirnya naik pelamin dengan orang tersayang? Tapi apa yang tak best, ada pula suara-suara sumbang mengkritik majlis penyatuan hati Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina dan pasangannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. Bukan setakat wang hantaran sebanyak RM70,000 dan kereta Chevrolet Camaro yang dijadikan isu. Di Facebook pula, ramai mempersoalkan konsep majlis pernikahan Eina dan pasangannya apabila melihat pelakon itu cantik mengenakan busana perkahwinan budaya lain. Manakala di Twitter pula, gelaran Datin Paduka yang baru digalas Eina sejak mengahwini suaminya itu membuatkan ramai yang tak senang duduk. Siapa tak jealous, baru 19 tahun kot. Apa yang kelakar, rata-rata remaja perempuan di laman sosial tersebut mengatakan di usia Eina sekarang, mereka masih terkial-kial cari duit dan belum hidup sempurna. Untung sungguh jadi Eina Azman. Sekadar mengimbas kembali, pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Eina, Azman Abdullah dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abdul Mutalib serta abangnya di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Di sini, penulis ingin berkongsi enam keping gambar sensasi Syazwani, kakak Eina Azman yang cun melecun. Eina Azman ialah anak bongsu di dalam keluarga. |
PAS Bergabung Dengan Umno 'api fitnah' Posted: 17 Sep 2014 09:37 PM PDT Ibnu Hasyim PAS Bergabung Dengan Umno 'api fitnah' BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan menyertai atau bergabung dengan Umno sepertimana tohmahan sebelum ini. Tohmahan tersebut, kata beliau merupakan api fitnah yang dicetus mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita. "Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah. "PAS juga tetap menghubungkan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, saling bantu membantu dalam usaha menegakkan syariat," tegas beliau di hadapan para perwakilan ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros, dekat sini pagi ini. - HARAKAHDAILY 18/9/2014 |
Keputusan Besar Kena Buat Bersama - Presiden PAS Posted: 17 Sep 2014 08:36 PM PDT Ibnu Hasyim Keputusan Besar Kena Buat Bersama - Presiden PAS BATU PAHAT: PAS mengingatkan sebarang keputusan besar dalam Pakatan Rakyat perlu dibuat secara bersama melibatkan semua parti. Penegasan itu dibuat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-60 di sini hari ini. "Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya. Sebelum itu beliau memberi jaminan bahawa PAS akan terus istiqamah dalam tahaluf siasi (kerjasama politik) dalam Pakatan Rakyat selagi tidak berlaku perlanggaran syarat yang telah digariskan. "Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini," tegasnya lagi. Prinsip itu ujar Tuan Guru Abdul Hadi, diajar oleh Rasulullah SAW melalui satu hadis riwayat Muslim yang bermaksud; "Seorang muslim wajib menunaikan persyaratan yang telah disepakati kecuali persyaratan yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram." - HARAKAHDAILY 18/9/2014 |
Dr Mujahid: PAS Dalam Bahaya Bila A/Hadi Dolak-dalik Dalam... Posted: 17 Sep 2014 07:49 PM PDT Ibnu Hasyim Dr Mujahid: PAS Dalam Bahaya Bila A/Hadi Dolak-dalik Dalam... Mujahid berkata, tidak seperti mantan presiden terdahulu, Yusof Rawa dan Datuk Fadzil Mohd Noor, Hadi dilihat seolah-olah tidak berupaya mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani kemelut di Selangor. "Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah presiden PAS terlalu lemah," soalnya dalam tulisannya bertajuk Masa Depan PAS di Tangan Ahli PAS. Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, jawapan itu penting bagi menentukan kayu piawaian masa depan PAS dan kriteria kepimpinan dalam menghadapi lanskap baru politik. Katanya, ujian kepimpinan akan berakhir apabila mereka mendapat jawapan sama ada mereka masih relevan atau tidak untuk mengemudi lanskap baru itu. "Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan," katanya. Katanya, laluan politik yang diberikan masyarakat bukan Islam, khususnya pengundi Tiong Hua, seharusnya mendorong pimpinan PAS mengukuhkan PR, bukannya mengecewakan masyarakat dengan berdolak-dalik dalam komitmennya terhadap slogan 'PAS untuk semua'. Katanya, ahli PAS harus sedar dan akur kejayaannya tidak akan ke mana hari ini jika orang bukan Melayu tidak mengundi calon PAS, khususnya di Selangor. "PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya. "Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR. "Baru setahun berlalu, dan keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya. Beliau berkata, PAS tidak harus berpatah balik ke belakang seolah-olah ia terpengaruh dengan dakyah Umno yang memainkan sentimen Melayu-Islam, yang pada hakikatnya ialah perkauman sempit, yang ditentang PAS sejak berdekad lamanya. "Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang. "Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya. Katanya, PAS bersama dengan rakannya dalam PR cuma perlu bersabar dan istiqamah dengan meminimakan langkah yang boleh menggagalkan matlamat mereka. Parti dalam PR juga perlu menahan diri daripada terlibat dalam perkara remeh-temeh dan menyerang sesama sendiri. Katanya, PAS tidak boleh berfikir hanya untuk dirinya saja tetapi perlu memikirkan tentang kepentingan yang strategik dan harapan rakyat terhadap kepimpinan dalam mencapai agenda perubahan. "Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti. "Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," katanya. – 18 September, 2014. (TMI) |
Puteri Sarah Liyana, isteri Syamsul Yusof kemalangan di Hulu Kelang, Selangor Posted: 17 Sep 2014 07:33 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Puteri Sarah Liyana, isteri Syamsul Yusof kemalangan di Hulu Kelang, Selangor Isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana terselamat dalam satu kemalangan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini. Kejadian tersebut telah dikongsi oleh ibu mertuanya Datin Patimah Ismail di laman sosial beliau. "Alhamdulillah menantu saya Putri Sarah selamat dlm kemalangan kereta," kata Datin Patimah yang dipetik melalui FBnya. Bagaimanapun, tidak diketahui punca nahas tersebut dan seteruk mana kerosakan kenderaan yang dinaiki oleh Puteri Sarah. Namun apa yang pasti, rasa syukur Datin Patimah itu tentunya bersebab. Kredit kepada myartis. |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post