Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Belum Pun Apa-Apa.. Umno Dah Meracau Di Pengkalan Kubor

Belum Pun Apa-Apa.. Umno Dah Meracau Di Pengkalan Kubor


Belum Pun Apa-Apa.. Umno Dah Meracau Di Pengkalan Kubor

Posted: 10 Sep 2014 06:39 PM PDT


Addin

Belum Pun Apa-Apa.. Umno Dah Meracau Di Pengkalan Kubor


Belum pun tempoh berkempen dimulakan, ahli dan penyokong pembangkang dalam kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor telah mengisytiharkan 'perang'.

Mereka memulakan perbuatan khianat dengan menconteng muka beberapa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada kain-kain rentang yang dipasang penyokong lawan sebagai bahan kempen menghadapi PRK 25 September ini.

Naib Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Wan Hanapi Wan Yaakob ketika dihubungi Malaysiagazette berkata, beliau kesal dan kecewa dengan sikap tidak bertamadun ditunjukkan ahli serta penyokong pembangkang dalam berkempen.

Katanya, UMNO Bahagian itu akan membuat laporan di Balai Polis Tumpat bagi memastikan perbuatan khianat seperti itu tidak berulang lagi.

Lebih menyedihkan katanya, wajah Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar juga turut diconteng dengan cat oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang disedari jentera parti itu pagi ini.
"Menconteng muka pemimpin pada kain rentang adalah perbuatan jahat manusia yang pintu hatinya tertutup.

"Hanya kerana politik, mereka sanggup untuk tidak menjaga sensitiviti umat Islam yang lain terutama ahli keluarga Allahyarham (Noor Zahidi). Kita mengutuk perbuatan ini," katanya.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya dari UMNO dan BN, Noor Zahidi ketika menerima rawatan penyakit kanser hati di Hospital Guangzhao, China pada awal pagi 20 Ogos lalu.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan calon parti itu kira-kira jam 3.30 petang ini di Pusat Khidmat DUN Pengkalan Kubor.

Dalam PRK ini, UMNO dan BN dijangka berlawan dengan Pas berikutan keputusan yang dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri dari bertanding. ~malaysia gazzette




Iklan C (ii)







Ini Berduaan Bermaksiat Dalam Kereta, Ditangkap Polis Aceh...

Posted: 10 Sep 2014 04:40 PM PDT


Ibnu Hasyim

Ini Berduaan Bermaksiat Dalam Kereta, Ditangkap Polis Aceh...

Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Wanita yang dsyaki melakukan perbuatan maksiat di dalam kereta, sedang memasuki ruang tahanan perempuan polis syariah Bandar Kota Bharu, Aceh, Rabu (10/9).  Dia ditangkap basah tengah berduaan di dalam kereta dengan pasangan non-muhrimnya yang lebih muda darinya.

Ini berduaan dalam kereta, pasangan disyaki buat maksiat ditangkap polis syariat Aceh.
Pasangan non-muhrim itu sedang diperiksa oleh polis syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam kereta

Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil. 
Tertuduh semasa menjalani pemeriksaan oleh polis syariah Kota Banda Aceh, Aceh, Rabu (10/9). 
Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Juga semasa disoal-siasat.
Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Tertuduh hanya mengaku duduk berdua , tetapi tidak melakukan perbuatan sumbang apa pun.
Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Menurut maklumat warga sekitar, pasangan 'selingkuhan' tersebut, sama-sama sudah mempunyai suami dan isteri.
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia


Mahathir Dedah Tembelang Umno BN.. Amat Memalukan

Posted: 10 Sep 2014 04:33 PM PDT


Addin

Mahathir Dedah Tembelang Umno BN.. Amat Memalukan


PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas kenyataan sahabatnya, Salleh Said Keruak yang menyatakan bahawa 1MDB adalah bantuan yang diperuntukkan dalam bidang pelajaran.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui bahawa kegunaan wang 1MDB adalah untuk pelajaran.

"Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 orang rakyat setahun. Jika benar, alhamdulillah.

"Yang saya tahu 1MDB digunakan untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah Power Plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari RM4 billion," katanya dalam satu kenyataan di dalam blog miliknya www.chedet.cc.

Jelasnya lagi, baru-baru ini 1MDB menyatakan akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dengan pihak lain. YTL telah menarik diri. Projek janakuasa ini telah mengundang banyak reaksi negatif berikutan tiada tawaran terbuka yang dilakukan oleh pihak berkaitan.

Bukan itu sahaja, pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di Jalan Tun Razak juga akan di laksanakan dengan dana 1MDB.

"Selain itu, berbillion dolar wang dana juga diurus melalui bank di sebuah Kepulauan Caribbean. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini 'berlagak' sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan negara.

"Banyak negara pengeluar minyak mewujudkan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang ada pada mereka," katanya.

Jelas Mahathir lagi, Malaysia hanya mengeluarkan 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada kerajaansementara yang lainnya dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.

"Sebenarnya perbelanjaan kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.

"Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan negara, ia hutang. Berbillion ringgit dihutang yang menjadi penyebab hutang negara menjadi amat tinggi. Hutang oleh negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah negara yang mengalami defisit setiap tahun tidak mungkin dapat membayar hutang sebesar ini.

"Biasanya dalam kerajaan ,kita mengadakan belanjawan iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat," katanya.

Selain itu, Mahathir turut menyatakan bahawa memang beliau tidak begitu memerhatikan dengan betul tetapi beliau tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.

"Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.

"Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran," ujarnya. ~tmi




Iklan C (ii)







Saksikanlah Kenyataan Najib Seperti Orang Hilang Akal..

Posted: 10 Sep 2014 09:21 AM PDT


Addin

Saksikanlah Kenyataan Najib Seperti Orang Hilang Akal..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjelang April 2015 bukan langkah yang popular, namun rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan selepas melihat hasil daripada sistem percukaian baru itu.

Najib ketika berucap dalam Majlis Penerangan Perdana GST di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur hari ini berkata melalui penggantian Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) kepada GST, ekonomi negara akan terus berkembang pesat dan mampan bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

"Tidak mengapa kata GST tidak popular, tetapi selepas ekonomi lebih kukuh, rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan.

"Kita akan buktikan kita terus membawa rakyat dan negara ke arah yang lebih maju lagi," kata Najib dalam ucapannya di hadapan anggota Kabinet dan kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN), termasuk orang awam.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Putrajaya tidak akan mengambil sebarang keputusan jika semata-mata membebankan rakyat kerana kerajaan hari ini dibentuk atas sokongan rakyat.

"Yakinlah, saya tidak akan susahkan rakyat Malaysia.

"Sebagai ketua kerajaan, pengerusi BN, saya tidak akan susahkan rakyat kerana kerajaan ini berdiri atas sokongan rakyat," katanya, dan menambah, keputusan itu diambil disebabkan kerajaan tidak mempunyai pilihan lain.

GST diumumkan Najib ketika pembentangan Bajet 2013 di Parlimen dengan kadar 6% menggantikan SST yang kini dikenakan pada kadar 16%.

Sistem percukaian baru itu dipercayai dapat mengurangkan kebergantungan kerajaan kepada petroleumm, sekaligus menyaksikan Putrajaya melaksanakan program rasionalisasi subsidi bahan api yang menarik subsidi RM0.20 untuk kadar bahan api RON95 dan diesel. 

"Saya percaya kalau kita perkenalkan GST, kita akan beri manfaat terbesar kepada rakyat," kata Najib.

Presiden Umno itu turut berkata, keputusan diambil Putrajaya adalah selepas tempoh masa 30 tahun pengenalan GST ingin dilaksanakan di negara ini.

"Saya ingin menyatakan setelah perjalanan 30 tahun lamanya, kerajaan yakin dan percaya GST baik untuk rakyat dan negara ketika ini.

"Saya bukan menteri kewangan pertama yang menyebut tentang GST, menteri kewangan pertama yang sebut hasrat kerajaan hendak laksanakan GST pada 1992 dalam ucapan bajetnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Najib merujuk kepada Ketua Pembangkang yang ketika itu berada dalam kabinet kerajaan.

"Pada 30 Oktober 1992, Anwar ketika itu menyebut GST akan dilaksanakan pada tahun hadapan, tetapi Anwar buat 'u-turn'," katanya.

Beliau berkata, sekiranya sistem percukaian baru itu tidak mendatangkan faedah kepada negara, tidak mungkin Anwar akan mengumumkannya.

"GST sejak itu lagi dalam perancangan kerajaan. Kalau GST tidak baik, masakan Anwar dalam kerajaan ketika itu sanggup umum GST akan dilaksanakan.

"Siapa lagi sebut, Tun Daim Zainuddin, Tun Abdullah Badawi," katanya, merujuk kepada bekas menteri kewangan sebelumnya.

Najib turut mengambil contoh pemberian bonus kepada penjawat awam dalam setiap kali pembentangan bajet yang menelan belanja kerajaan sehingga RM5.6 bilion untuk bonus sebulan.

Katanya, jumlah itu adalah hasil kerajaan dan sekiranya kerajaan mula melakukan pinjaman untuk melaksanakan pemberian bonus, ekonomi negara akan terkesan.

"Apabila bajet dibentangkan tiap-tiap tahun, kalau pada ayat terakhir tidak sebut bonus, bajet akan dikira tidak baik.

"Tahu atau tidak kalau sebulan bonus hampir RM5.6 bilion. Tuan-tuan suka dapat bonus.

"Kalau hendak bayar bonus hendak pinjam duit daripada institusi kewangan, apa jadi, 'mengkarak'", kata Najib yang juga ahli Parlimen Pekan, merujuk kepada perkataan "tersungkur" oleh masyarakat Pekan, Pahang.

"Ekonomi akan merudum sebab kita pinjam duit guna untuk perbelanjaan semasa. Tidak boleh," katanya. ~tmi



Iklan C (ii)







Hotel Bajet Tawar Seks Serendah RM50 Diserbu..

Posted: 10 Sep 2014 08:45 AM PDT


Ibnu Hasyim

Hotel Bajet Tawar Seks Serendah RM50 Diserbu..

Sebahagian barangan yang dirampas daripada hotel bajet berkenaan.
Sebahagian barangan yang dirampas daripada hotel bajet berkenaan.

KAJANG - Sebuah hotel bajet yang menawarkan perkhidmatan seks diserbu polis Jalan Pasar Baru, Semenyih, kira-kira jam 3.30 petang, Ahad lalu.

Ketua Cawangan D7 Kajang, Inspektor Shahril Affendi Shahar berkata, dua wanita dipercayai GRO ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan.

Menurutnya, hotel yang mempunyai 15 buah bilik ini dipercayai menawarkan perkhidmatan seks hanya kepada warga asing sahaja.

"Ini berdasarkan tangkapan GRO tersebut yang juga merupakan warga India. Hotel tersebut menawarkan perkhidmatan sepanjang 24 jam dan hanya terbuka kepada pelanggan warga asing sahaja, warga tempatan tidak dibenarkan," katanya.

Difahamkan, harga langganan adalah serendah RM50. Ini meliputi cas penginapan hotel dan harga perkhidmatan seks. Katanya, hasil risikan selama dua minggu ini mendapati gadis ini akan menanti pelanggan di luar premis.

Setelah mendapat tempahan daripada pelanggan yang hadir di hotel, gadis ini kemudian dihantar oleh 'runner'.
"Bagaimanapun, kita percaya masih ada saki-baki gadis pelayan pelanggan yang terlibat dalam aktiviti ini. Seorang lelaki yang merupakan pemilik hotel bersama dua pekerjanya serta tiga pelanggan warga Nepal dan Bangladesh turut ditahan.

"Sebanyak 152 keping kondom belum digunakan berserta wang tunai RM1,619 dan sebungkus plastik kondom sudah digunakan dirampas. Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 30 hingga 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut," katanya. (SH)


(Advertorial) Produk Vxgra

Posted: 10 Sep 2014 08:39 AM PDT


Addin

(Advertorial) Produk Vxgra


Produk VXGRA keluaran pengilang melayu bumiputra #1 jenama bertaraf antarabangsa mampu bersaing di pasaran global.

Dengan pengalaman lebih 15 tahun dalam mengeluarkan produk kesihatan & skincare, kini dengan kajian RND terhadap herba-herba khasiat lelaki maka hasilnya jenama VXGRA mengeluarkan 4 produk utama lelaki :

1. Vxgra Men Cream – Segar & Bertahan

2. Vxgra Men Attraction – Pewangi Rangsangan Wanita

3. Vxgra Men CafĂ© – Pembekal Mineral & Testerone.

4. Vxgra Men Booster – Penjana Ghairah Lelaki

Dengan kajian RND dan teknologi terkini digabungan dengan herba-herba terpilih kaya dengan mineral penjana rangsangan sexual lelaki mampu membantu meningkatkan daya kesihatan lelaki 100% .

Bahan-bahan herba antaranya :

1. Catuaba – Pencetus Rasa Sexsual

2. Butea Superba – Tingkatkan Sperma

3. Panax Ginseng – Tenaga Batin

4. Tongkat Ali – Hormon Seksual

5. Maca – Rangsangan Sex

6. Tribulus – Booster Sexsual





Klik laman web rasmi Vxgra : www.vxgra.com

Tiada sebarang bahan terlarang racun atau sebagainya, pemgambilan yang berterusan akan meningkatkan prestasi kelakian dan kesihatan yang baik. Anda PASTI TERUJA !!

Pihak Vxgra menawarkan SATU peluang perniagaan kepada individu yang ingin menjadi ejen / stokis Vxgra bagi pasaran tempatan dan global.

Anda boleh layari laman web kami www.vxgra.com untuk peluang menjana pendapatan dan informasi lengkap.

VXGRA MEN HERBS TECHNOLOGY



Pengurusan Asia Pacific
Encik Fakhri Hashim
+60103235777





PKR Hentikan 'drama hindustan' . -Dr Zuhdi Marzuki

Posted: 10 Sep 2014 06:54 AM PDT


Ibnu Hasyim

PKR Hentikan 'drama hindustan' . -Dr Zuhdi Marzuki


PAS meminta PKR supaya menghentikan 'drama hindustan' dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.
 (MK)


Gambar penuntut perempuan UITM parah ditikam 5 kali oleh penyamun

Posted: 10 Sep 2014 05:24 AM PDT


Tengok TV Online

Gambar penuntut perempuan UITM parah ditikam 5 kali oleh penyamun

Alor Gajah: Seorang penuntut perempuan UiTM berusia 20 tahun parah ditikam penjenayah dalam kejadian samun di rumah sewanya di Lendu, Alor Gajah pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa yang menuntut di tahun akhir ditikam sebanyak lima kali di bahagian dada selepas berlaku pergelutan dengan suspek yang menceroboh masuk rumahnya di tingkat satu sebuah apartmen.

Difahamkan, gadis itu tidur bersendirian dalam sebuah bilik sebelum seorang lelaki tidak dikenali memanjat dari belakang bilik dan masuk ke dalam rumah sebelum disedari mangsa.

Berlaku pergelutan antara mangsa menyebabkan suspek berang sebelum menikamnya bertubi-tibu di dada sebelum melarikan diri bersama sejumlah wang dan kunci kereta.

MANGSA ditikam lima kali di bahagian dada selepas berlaku pergelutan dengan suspek.

Mangsa yang parah di dada sempat meminta pertolongan rakan sebilik sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Polis dikatakan sudah mengenalpasti suspek berdasarkan kepada penemuan kunci kereta yang dicuri di sebuah rumah berdekatan dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdulah mengesahkan kejadian. -Hmetro


Ini, Bayi Dilahirkan Dengan 4 Tangan & 4 Kaki.

Posted: 10 Sep 2014 03:33 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ini, Bayi Dilahirkan Dengan 4 Tangan & 4 Kaki.

Bayi Uganda lahir dengan empat tangan dan empat kaki
Paul Mukisa bayi lahir empat tangan empat kaki. © Daily Mail 


Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
Seorang bayi bernama Paul Mukisa dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki di sebuah desa kecil di sebelah timur Uganda tiga bulan lalu 

Ibu bapa bayi bernama Margaret Awino dan Boniface Okongo segera membawa bayi mereka ke hospital terdekat tapi pihak hospital mengatakan mereka tidak boleh berbuat apa pun.
 

Pihak hospital berkata, Mukisa perlu berusia tiga bulan dulu untuk menjalani pembedahan dalam keadaan aman, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Rabu (10/9).

Pada 18 Ogos lalu tiga doktor bedah membedah Mukisa di Hospital Uganda. Tiga jam kemudian doktor berjaya memisahkan dua kaki dan dua tangan parasit di tubuhnya.

"Bayi itu disuntik bius lalu parasit di belakang dan di depan perutnya yang mempunyai dua tangan tanpa hati, berjaya dilepaskan dari badannya," kata doktor Nasser Kakembo yang memimpin operasi itu.  


Kini tiga minggu selepas operasi, Mukisa tampah mulai pulih dan menyusu dari payudara ibunya.

Itu antara tanda-tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung. Allahu Akbar!

(IH)
Lihat sebelum ini,,,
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung


Anwar Buat Onar Lagi?

Posted: 10 Sep 2014 02:31 AM PDT


Addin

Anwar Buat Onar Lagi?


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan menghantar nama tambahan calon menteri besar Selangor kepada istana dalam mesyuarat biro politik semalam.

Adalah difahami Anwar mahu menunggu balasan surat terbaru mereka daripada sultan sebelum mengambil langkah lanjut.

Malaysiakini turut difahamkan isi kandungan sebenar surat itu hanya diketahui oleh Anwar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Kandungan surat itu boleh disimpulkan sebagai permohonan maaf yang diterbitkan Anwar semalam dan penjelasan bahawa PKR akan setia mengikut "konvensyen" dan menghantar satu nama sahaja.

Anwar, yang kini sedang menemui pimpinan PKR Selangor turut memohon untuk menghadap sultan.

Bagaimanapun semalam, Saifuddin menyatakan beliau turut tidak tahu menahu mengenai kandungan surat itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat malam semalam, beliau berkata:

"Surat telah dihantar hari ini (semalam). Ia ditandatangani presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail). Saya tak tahu apa isinya.

"Dalam mesyuarat semalam, presiden memberitahu surat telah dihantar dan diterima istana," kata beliau kepada media.

Semalam, Anwar dan DAP memohon ampun kepada istana yang mendakwa kedua mereka biadab dan derhaka kerana tidak menghantar lebih dari dua nama sebagai calon menteri besar.

PKR dan DAP hanya mahukan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. ~mk





Pendakwah Bebas Ditahan Bawah Akta Hasutan

Posted: 10 Sep 2014 02:01 AM PDT


Ibnu Hasyim

Pendakwah Bebas Ditahan Bawah Akta Hasutan




Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014. Bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menghasut. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 September, 2014
Pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin ditahan polis bawah Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi kerana didakwa menghina sultan.

Beliau dijangka dituduh di mahkamah hari ini. Menurut sumber, beliau ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.

Wan Ji seorang penulis blog terkenal menggunakan nama Al-Bakistani. Tahun lalu laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan mengkritik raja-raja Melayu. Anggota PAS itu juga terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap kumpulan proulama dalam parti Islam itu. 


Demikian lapor Malaysiakini.

 

Menurut The Malaysian Insider, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor atas tuduhan menghasut pada November 2012.

Hakim Slamat Yahya menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan disebut semula pada 10 Oktober 2014. Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Ji, 32, dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook pada jam 10 pagi menghina Sultan Selangor.
Hakim menetapkan pasport antarabangsa Wan Ji diserahkan kepada mahkamah namun peguamnya Mohd Razlan Jalal berkata pasport anak guamnya sudah hilang dan tamat tempoh.

Sehubungan itu, hakim mengarahkan timbalan pendakwaraya Mohd Azhari Harun memberi arahan kepada Jabatan Imigresen bagi menyekat Wan Ji keluar negara. Razlan semasa proses pembelaan hari ini memohon pengurangan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 ekoran tertuduh tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, namun ia ditolak mahkamah.

Wan Ji ditahan polis awal pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sebelum dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini. Beliau sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali. Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.
"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual Februari lalu. – 10 September, 2014.
(IH)


MB: Siapa Pengkhianat Sebenar Memulai Kerosakan? -Nik Abduh

Posted: 10 Sep 2014 12:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

MB: Siapa Pengkhianat Sebenar Memulai Kerosakan? -Nik Abduh


Dua Adun PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyertai sidang akhbar beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider. Dua Adun PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyertai sidang akhbar beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.
Anak kepada mursyidul am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kemelut isu menteri besar Selangor dan menyalahkan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib merupakan pengkhianat kerana memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.

Beliau menulis di dalam laman sosial Facebooknya malam tadi menjawab kritikan yang menuduh presiden PAS itu khianat kerana menamakan calon menteri besar daripada PAS dalam suratnya kepada istana.

Beliau yang juga merupakan ahli jawatankuasa PAS Pusat turut menggelar PKR pengkhianat kerana menerima sokongan dua Adun PAS itu walaupun PAS belum membuat keputusan rasmi pada waktu itu.

"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah apabila menerima pengkhianatan dua Adun PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
"Sebagaimana 2 Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS," katanya. – 10 September, 2014. (TMI)


Fakta Mengejutkan Ditemui Dalam Kes Tuduhan Menghasut Ustaz Wan Ji

Posted: 09 Sep 2014 11:45 PM PDT


Addin

Fakta Mengejutkan Ditemui Dalam Kes Tuduhan Menghasut Ustaz Wan Ji


Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS Selangor Wan Ji Wan Husin hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor atas tuduhan menghasut pada November 2012.

Hakim Slamat Yahya menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan disebut semula pada 10 Oktober 2014.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Ji, 32, dituduh mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Facebook pada jam 10 pagi menghina Sultan Selangor. ~tmi


Addin:

Tuduhan menghasut pada November 2012 tetapi 10 September 2014 baru didakwa.. betul-betul pelik. Namun di Malaysia apa pun boleh berlaku..





Iklan C (ii)







Kisah benar Ibu ini tidak marah anak darjah 3 dedah ditampar cikgu

Posted: 09 Sep 2014 11:21 PM PDT


Tengok TV Online

Kisah benar Ibu ini tidak marah anak darjah 3 dedah ditampar cikgu


Seorang pengguna Facebook, Puan Zeeda Aziz menceritakan kejadian yang menimpa anaknya ketika di sekolah rendah. Anak beliau yang baru darjah 3 mendedahkan bahawa pernah ditampar kuat oleh cikgunya dikelas setelah sekian lama dipendam dengan alasan takut dimarah oleh nya jika memberitahu kejadian itu.

Namun, ketika diceritakan, Puan Zeeda langsung tidak marah malah beliau bangga dengan anaknya itu kerana caranya menyediakan pendidikan untuk menghadapi zaman yang mencabar ini telah berkesan. Baca kisah benar beliau dibawah:





Kelakuan Pemandu Ambulans Hospital Kerajaan terlampau didedahkan!



Kuala Lumpur – Bayar RM250 jika mahu hantar pesakit ke hospital. Itu sogokan diminta seorang pemandu ambulans sebuah hospital milik kerajaan kepada seorang keluarga pesakit yang dalam kecemasan.

Kejadian yang berlaku pada 31 Ogos lalu itu turut tersebar di laman sosial Facebook hingga menyebabkan ramai pihak terkejut dan marah.

Berdasarkan rakaman video yang disebarkan melalui Rednews itu, seorang lelaki tempatan mendakwa dia menghubungi talian 999 selepas ibunya jatuh pengsan.

Bagaimanapun, anak mangsa terkejut apabila pemandu ambulans itu yang tiba di rumahnya meminta bayaran RM250. Berikutan tidak mempunyai wang, mangsa dengan bantuan rakannya menghantar mangsa ke hospital menaiki kereta.

Sebaik tiba di hospital, anak mangsa dikatakan terserempak dengan pemandu ambulans itu sebelum meminta penjelasan terhadap bayaran perkhidmatan untuk ambulans hospital kerajaan.

Pemandu ambulans itu kemudian menjawab, "awak nak tanya apa, kalau kita tak ambil, kita tak ada income (pendapatan), govt (kerajaan) bagi sikit satu bulan RM800. Anak nak minum susu.

"Kita driver je bukan doktor, saya ambil itu bukan untuk saya, duit saya kena bagi dalam itu ada empat nurse (jururawat) lagi, satu orang RM50 saja ma, empat orang baru RM200, tak mahal sebenarnya," katanya dalam rakaman itu.

Sementara itu jurucakap hospital berkenaan ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengetahui berhubung rakaman video yang sudah tersebar itu dan pihaknya sedang mengumpul maklumat lanjut.


"Kami akan memberi kenyataan rasmi esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. -Hmetro


Jika Pemimpin Pakatan Rakyat Baca Artikel Ini Mungkin Tidak Jadi Bertelagah

Posted: 09 Sep 2014 10:39 PM PDT


Addin

Jika Pemimpin Pakatan Rakyat Baca Artikel Ini Mungkin Tidak Jadi Bertelagah


PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata rakyat akan bertambah bosan dan muak dengan PR sekiranya masih ada lagi pihak yang ingin terus memanjangkan krisis Menteri Besar (MB) Selangor.

Menurut Suhaizan, PKR dan DAP buat masa sekarang seharusnya akur sahaja dengan arahan pihak Istana dan menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Sultan untuk melantik MB baharu Selangor.

Jelasnya lagi, sudah tiba masanya semua ahli PR berdamai serta memulihkan kembali permuafakatan yang sedia ada di dalam PR.

Suhaizan juga menambah, semua parti dalam PR seharusnya balik ke meja rundingan dan menyusun kembali strategi untuk mengatasi masalah politik yang sedang memuncak ini agar kestabilan politik di Selangor dapat dipulihkan.

Masalah ini perlu diatasi segera supaya pihak lawan khasnya Umno tidak mengambil peluang untuk menjatuhkan PR dengan kemelut yang berlaku saat ini, ujar Suhaizan.

"Saya mengharapkan adanya cahaya dihujung terowong gelap ini," katanya.

Krisis di Selangor memuncak apabila pemimpin PKR dan DAP mengkritik Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang tidak sependapat dengan keputusan yang di buat PR dalam isu pencalonan MB Selangor. ~fmt




Iklan C (ii)







MB: Antara Azmin, Iskandar, W/Azizah, Azmin Hampir -Malaysiakini.

Posted: 09 Sep 2014 09:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

MB: Antara Azmin, Iskandar, W/Azizah, Azmin Hampir -Malaysiakini.



Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilihat agak diam dalam isu Selangor ini, namun beberapa kenyataan beliau seolah membawa maksud yang tersirat.

Dalam perutusan merdekanya 31 Ogos lalu, yang ditulis ketika krisis bilangan nama calon menteri besar antara Pakatan Rakyat dan Istana memuncak, Azmin menulis mengenai sejarah kesultanan Melaka.

Mengimbau kembali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2009, yang mengingatkan bahawa isu raja-raja Melayu perlu ditangani dengan sikap sederhana dan berhikmah tetapi tegas.

Azmin menyatakan tiga senario dalam konteks ini mengenai tiga sikap terhadap raja iaitu sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat tidak berdosa serta Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.

Beliau merujuk kepada kesetiaan serta kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang menjamin keutuhan institusi kenegaraan dan mengambil kira kebajikan rakyat negeri Melaka berbanding golongan pendekar yang tidak bertanggungjawab dan mengorbankan darah rakyat.

Tanpa mengambil kira siapa yang dimaksudkan beliau sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat, soalan yang timbul apakah Azmin dilihat sebagai Bendahara Paduka Raja dalam krisis antara kerajaan dan Istana Selangor ini.

Dengan mengambil langkah tenang dan betul sejak krisis ini bermula, adakah kita dapat melihat Azmin sebagai menteri besar baru Selangor?

Ketegaran PKR dan DAP dalam hanya menamakan satu calon iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dianggap satu "penderharkaan" dan mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor.

DAP hari ini tunduk pada tekanan sehingga Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng meminta ampun kepada sultan Selangor dan berjanji untuk kembali berbincang dan menghantar lebih banyak nama kepada istana.

Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan membincangkan situasi ini dan beberapa pengamat situasi meramalkan nama Azmin hampir pasti berada dalam senarai baru.

Bagaimanapun sekiranya Anwar berdegil dan hanya mahu nama isterinya sahaja, ia hampir pasti menambah pergeseran dengan istana dan tidak dapat diramalkan adakah pemimpin parti lain mahu bersama beliau dalam hal itu.

Dengan kemelut yang berlanjutan beberapa bulan, ramai yang berada dalam PKR dan barisan pembangkang turut letih dan risau dengan keretakan hubungan, terutamanya dengan PAS, bakal membayangkan "pengakhiran" kepada Pakatan Rakyat.

Satu lagi nama yang diwar-warkan sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kanan Khalid, Iskandar Samad.

Bagaimanapun, sekiranya Iskandar dipilih, DAP dan PKR berkemungkinan besar akan membantah dan membawa kepada usul tidak percaya dalam sidang dewan undangan negeri November ini.

Ketidakyakinan mengenai Iskandar

Ini mungkin akan mendatangkan malu kepada istana dan menjuruskan Selangor kepada satu lagi masalah politik.

Senario sama turut berlaku sekiranya sultan memilih seseorang yang tiada dalam senarai yang dihantar PKR, DAP dan PAS.

Bagaimnapun beberapa suara mendakwa sekiranya Azmin dipilih, penentangan terhadap keputusan itu adalah minima, sekiranya ada.

Ini kerana beberapa sumber dalaman PKR memberitahu Malaysiakini beberapa kerisauan terhadap Iskandar dan kemampuan beliau menangani golongan pro-kerajaaan perpaduan daripada PAS.

Dalam masa sama, Azmin dilihat sebagai pemimpin yang komited dengan agenda Pakatan dan dibuktikan dengan kenyataan beliau semalam yang menekankan kepentingan perpaduan ketikda berdepan dengan kritikan istana.

Berbanding dengan Iskandar, timbalan presiden PKR dan pengerusi PKR negeri itu lebih dikenali.

Beberapa pasukan dalam PKR mengakui beliau merupakan pilihan lebih baik dari Wan Azizah dalam mengurustadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan kejayaan terbesar pilihan raya oleh PKR dan Pakatan.

Mereka mendakwa dengan pelantikan Azmin, pesaing politik PKR akan kehilangan asas untuk menuduh parti itu mengamalkan nepotisme dan mahu meletakkan menteri besar "boneka".

Malah, Azmin turut dilihat mempunyai hubungan yang agak baik dengan istana, yang membolehkan PKR mentadbir negeri tanpa kekangan dari keluarga diraja.

Bagaimanapun ada yang turut menentang Azmin mengambil alih kepimpinan tertanggi dan antara suara paling kuat dari kem penyokong Wan Azizah sendiri.

Mereka yang tidak menyokong Azmin menggambarkan pemimpin nombor dua PKR itu mempunyai acuan Umno dan mengamalkan politik sama dengan bekas partinya itu.

Ada juga kerisauan Azmin akan menjadi lebih berkuasa sekiranya Anwar dipenjarakan sekiranya gagal dalam keputusan mahkamah persekutuan berhubung kes liwat keduanya.

Beberapa hari akan datang bakal menentukan sama ada Azmin akan menjadi pemenang kemelut yang panjang ini.

Namun jika dilihat keadaan semasa, peluang beliau bersinar cerah. (MK)


PerogoI gadis "Malam Merdeka" berjaya diberkas

Posted: 09 Sep 2014 09:45 PM PDT


Tengok TV Online

PerogoI gadis "Malam Merdeka" berjaya diberkas


Kuala Lumpur: Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan merogoI seorang gadis berusia 15 tahun, pada malam ambang merdeka, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Zulfiqa Zambry, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selama tiga hari berturut-turut bermula dari 30 Ogos jam 11 malam hingga 1 September jam 4 petang di sebuah rumah di Kepong.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes.


Tulisan Terakhir Ustaz Wan Ji Sebelum Beliau Ditahan Dibawah Akta Hasutan

Posted: 09 Sep 2014 09:18 PM PDT


Addin

Tulisan Terakhir Ustaz Wan Ji Sebelum Beliau Ditahan Dibawah Akta Hasutan


Sepertimana yang semua maklum, Ustaz Wan Ji telah ditahan polis pada awal pagi tadi. Alasan penahanan tersebut di bawah Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi kerana didakwa menghina sultan.

Menurut sumber, beliau ditahan di Bandar Baru Sungai Buloh dan akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa.

Beliau dijangka dituduh di mahkamah hari ini. Berikut adalah tulisan terakhir beliau sebelum beliau ditahan..


FIQH TAWAQQU' : SEMINAR FIQH MALAYSIA FIQH TAWAQQU[1]

Oleh :
Wan Ji bin Wan Hussin


1. SEBAB - AKIBAT

Sesuatu yang dibakar, kesannya adalah hangus. Tanpa hangus, sudah pasti tidak ada sifat membakar. Perkara ini diterima semua manusia. Penerimaan ini kerana, sejak manusia dilahirkan, apabila lihat hangus, dalam pemikiran manusia tidak boleh lepas dari mengatakan ia berpunca dari api yang membakar.

Namun, apabila diperhatikan pada al-Quran, dipamerkan kisah Nabi Ibrahim dibakar oleh namrud. Usaha namrud itu hampa, iaitu apabila Allah swt telah memberikan satu firmanNya kepada api agar menjadi sejuk dan selamat kepada Nabi Ibrahim[2]. 

Perbahasan di kalangan mutakallimin, dipamerkan satu perbincangan yang dikenali sebagai "khawariq al-Adat" yang memberi maksud menyalahi kebiasaan. Kebiasaan bagi api, kesannya adalah menghangus, sedangkan dalam kes Nabi Ibrahim ia adalah satu yang tidak berpihak kepada kebiasaan bagi sifat api.

Kalangan ahli Falsafah pula, kes sebegini dilihat dari tajuk yang dikenali sebagai sababiyyah (sebab - akibat). Al-Imam al-Ghazali akui berlaku sebab - akibat, tetapi ia bukan sesuatu yang ilzam dan kenescayaan atau kemestian. Dengan maksud yang lain,  al-Ghazali menganggap segala perkara yang berlaku ini tertakluk kepada kehendak dan perbuatan Allah swt. Namun, berlakunya sebab - akibat itu berfaktorkan kepada al-Adat[3].

Alasan penolakan sebab - akibat sebagai sesuatu yang ilzam oleh al-Ghazali adalah kerana sikap al-Ghazali yang agak skeptis terhadap perkara mahsusat (inderawi). Beliau pernah menulis;

"Lihatlah bintang-bintang (kawakib) yang kita lihat sama besarnya dengan logam wang dinar. Namun, ternyata ia lebih besar daripada bumi[4]"

Dalam ungkapan yang lain, beliau menyatakan;

"Apa yang kita yakini benar tanpa ragu-ragu atas berbagai perkara mimpi, namun setelah terbangun dari tidur, kita baru menyedari bahawa semua itu hanyalah khayalan abkstrak[5]"

Pendapat al-Ghazali ini ditolak oleh Ibn Rushd menerusi tahafut al-Tahafut. Pada Ibn RushdRushd, penolakan terhadap prinsip sebab - akibat hanyalah permainan kaum sofistaiyyah[6].[7]


Baca selanjutnya di sini.




Iklan C (ii)







Rompak, Paksa Seks Oral Di K'tan, Kaji Semula Perundangan Islam..

Posted: 09 Sep 2014 08:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

Rompak, Paksa Seks Oral Di K'tan, Kaji Semula Perundangan Islam..

Rompak, paksa lakukan seks oral 
KOTA BHARU - Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi.

Tertuduh, Amran Yunus, 36, dari Kampung Chica, di sini, dihukum selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan merompak wanita yang berusia 29 itu dengan mengambil wang tunai RM50, seutas gelang emas; lokat emas dan kunci kereta jenis Suzuki Swift di ladang kelapa sawit di Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 dan 9 pagi, 4 Mei 2014.

Sebelum itu, mangsa behenti di sebuah stesen minyak menyedari salah satu daripada tayar keretanya pancit. Tertuduh kemudian mendekati mangsa dan menawarkan bantuan untuk menunjukkan kedai tayar, namun kedai yang ditunjukkan tutup.

Tertuduh kemudian menawarkan bantuan untuk membaikinya, namun tiba-tiba mangsa ditarik dan diikat pada kerusi belakang kereta. Dia kemudiannya memaksa mangsa melakukan oral seks. Enggan melakukannya, tertuduh bertindak mencurahkan gam ke dalam telinga dan memukul mangsa di mata serta perut. Mangsa ditinggalkan di kawasan itu selepas barangan berharga diambil.

Pada prosiding itu, peguam bela, Mohd Faizal Abdul Rahman merayu hukuman tertuduh diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang mempunyai lima anak serta isteri, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat.

"Jenayah yang dilakukan tertuduh sangat serius. Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Mohon juga supaya mahkamah mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa seperti mana laporan perubatan daripada pihak hospital," katanya

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sampai masanya sistem perundangan Islam yang jelas berkesan baik dikaji semula untuk dilaksanakan di negara ini sesuai dengan Perlembagaan Persekuruan, 'Islam (Ad-deen atau cara hudup) adalah Agama bagi Persekutuan'.

Mengapa negara umat Islam tidak mahu melaksanakan atau membuang perundangannya sendiri yang 'wajib' (perintah Allah SWT) dilaksanakan, tetapi mengambil undang-undang penjajah Lord Ried 'made in England' itu dipaksakan ke atas rakyat Islamnya sendiri? Membiarkan rakyat Islam sentiasa berdosa tidak dapat melaksanakan agamanya secara menyeluruh!


Macai-Macai Sudah Tentu Gembira Dengan Berita Ini..

Posted: 09 Sep 2014 08:39 PM PDT


Addin

Macai-Macai Sudah Tentu Gembira Dengan Berita Ini..


Dua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang dan seorang aktivis mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini atas tuduhan bergaduh di tempat awam pada 17 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Kesiksaan.

Ahli PPS Lee Yew Kuen, 66, dan Lee Chan Kwong, 35, serta ahli perniagaan dan aktivis sosial Ong Eu Soon, 51, dituduh melakukan kesalahan itu pada majlis makan malam sempena Perayaan Hungry Ghost berhampiran sebuah pasar di Bandar Baru Air Itam pada jam 10.45 malam.

Kedua-dua Lee yang tiada kaitan kekeluargaan itu diwakili peguam RSN Rayer sementara Ong tidak diwakili peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani mohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM2,500 seorang bagi setiap tertuduh. ~tmi




Iklan C (ii)







Lagi wanita gunting "anu" suami curang

Posted: 09 Sep 2014 08:33 PM PDT


Tengok TV Online

Lagi wanita gunting "anu" suami curang


FUZHOU: Ia berlaku lagi. Seorang wanita di sini dilapor memotong kemaIuan suaminya yang berusia 35 tahun sebelum membuangnya ke dalam tandas, semalam.

Wanita berkenaan bertindak demikian kerana mengesyaki mangsa menjalinkan hubungan suIit dengan wanita lain.

Suaminya terselamat dalam kejadian itu dan dibawa ke hospital untuk dirawat, lapor akhbar Sina News.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila si suami pulang dalam keadaan mabuk kira-kira jam 3 pagi.

Gambar Hiasan

"Selepas buka pintu, si isteri mengambil gunting lalu menggunting kemaIuan suaminya dan membuangnya ke dalam tandas," katanya.

Menurut sumber, si isteri mengesyaki mangsa berf0ya-foya dengan wanita lain.

Sebaik bapa lelaki berkenaan mengetahui, dia menelefon polis.

Apabila mangsa tiba di hospital, doktor mendapati tidak ada langsung kemaIuannya yang tinggal.

Mereka memberitahu bapa mangsa, jika ditemui dan disambung semula sekalipun, ia tidak akan berfungsi dengan baik.-Agensi





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Belum Pun Apa-Apa.. Umno Dah Meracau Di Pengkalan Kubor