Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Artis Malaysia Ber'Romen' Dalam Panggung Wayang | Sensasi ...

<b>Artis Malaysia</b> Ber&#39;Romen&#39; Dalam Panggung Wayang | Sensasi <b>...</b>


<b>Artis Malaysia</b> Ber&#39;Romen&#39; Dalam Panggung Wayang | Sensasi <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2014 03:35 PM PDT

Artis Malaysia Ber'Romen' Dalam Panggung Wayang  |  Khabarnya artis ini akan berkahwin tahun depan dan hubungan dengan kekasihnya itu pun bukan rahsia lagi. Seantero Malaya dah tahu siapa calon isterinya, malah pada Syawal lalu, mereka kelihatan meraikan hari mulia itu bersama-sama.

Baru-baru ini sewaktu rakan SS pergi menonton wayang dengan sekumpulan rakannya, mereka ternampak artis itu pun menonton wayang yang sama dengan mereka. Apabila dah duduk dalam panggung sama, rakan SS pun bukan main sibuk nak tahu artis itu datang dengan siapa sementelah pula kedudukan kerusi mereka taklah jauh sangat dan lampu dalam panggung itu masih terpasang.

Dari pemerhatian rakan SS, artis berkenaan datang berdua dengan seorang wanita yang cantik jelita, berambut panjang paras bahu. Mula-mula rakan SS buat tak tahu sajalah kerana dia ingatkan artis itu ditemani teman wanitanya. Lagi pun apa nak dihairankan sangat, bukannya perkara luar biasa jika artis itu membawa buah hatinya menonton wayang.

 Artis Malaysia BerRomen Dalam Panggung Wayang

Pun begitu, ketika rakan SS terserempak dengan wanita itu di tandas sebelum filem ditayangkan, wanita terbabit bukanlah teman wanita artis itu kerana wajahnya tidak mirip langsung dengan wanita yang bakal dikahwininya. Lain benar susuk tubuh dan wajahnya. Rakan SS ini pula bukannya rabun sehingga dia tak dapat membezakan yang mana kucing dan arnab.

Hai! takkan artis itu sudah mula berubah hati sedangkan mereka baru meraikan Aidilfitri bersama-sama atau artis itu hanya melayan peminatnya menonton wayang. Tetapi, menurut pandangan SS, jika benar wanita itu peminatnya, tak perlulah sampai menonton wayang berdua kerana dalam suasana yang gelap gelita itu, apa-apa pun boleh berlaku.

Apa kata, jika keluar panggung nanti artis itu terserempak dengan kawan-kawan kekasihnya, mahu tercetus perang dunia ketiga kerana belum apa-apa lagi artis itu sudah cuba berlaku curang. SS tak nafikan artis itu menjadi pujaan ramai wanita, tetapi kalau dah berhasrat nak berkahwin, buanglah mana-mana perangai buruk itu dan belajar jadi lelaki yang setia pada seorang wanita saja.

Kalau benar jodoh mereka panjang, kita tunggu saja kad jemputan daripada mereka dan jika sebaliknya, SS harap teman wanita artis itu bersabar sajalah. Itulah harga yang perlu dibayar apabila bercinta dengan orang-orang popular yang selalu menjadi rebutan.

SS@Hmetro




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

<b>Artis Malaysia</b> Ber'Romen' Dalam Panggung Wayang | Sensasi <b>...</b>