Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Christina Suzanne semakin 'demand'? ~ KakiGosip! - Gosip Artis ...

Gosip Artis Malaysia | Christina Suzanne semakin &#39;demand&#39;? ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Christina Suzanne semakin &#39;demand&#39;? ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2014 10:23 PM PDT

BINTANG ini pernah mengalahkan nama-nama besar dalam industri termasuk Nora Danish dan Lisa Surihani apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013.

Menerusi filem KIL, bekas pramugari ini berjaya membawa namanya di tahap yang tersendiri walaupun berdepan dengan saingan sengit dalam industri seni.

Pun begitu, dalam melayari suka duka industri sepanjang penglibatan seni sejak 2006, pastinya ada kontroversi yang menghambat diri pemilik nama sebenar, Cristina Suzanne Stockstill, ini.

Selain kontroversi putus tunang, Cristina yang turut menggunakan nama, Kris Cempaka, ini juga turut berdepan dengan kontroversi lain apabila dia dikatakan semakin demand dan sukar memberikan kerjasama kepada media.

Pantas menyangkal dakwaan itu, Cris memberitahu bahawa pendiriannya itu bukanlah kerana demand atau sukar memberikan kerjasama, namun lebih kepada berhati-hati dalam berkongsi cerita.

"Sekiranya tiada perkembangan seni yang ingin dikongsi, saya agak berat untuk bertemu media.

"Saya bukan susah nak beri kerjasama, apatah lagi demand kerana saya sedar, saya bukanlah popular mana. Namun, saya lebih utamakan karier kerana tidak mahu anak cucu saya hanya tahu mengenai kontroversi diri saya sahaja," kata wanita kacukan Melayu-Jerman ini.

Turut tercalon dalam kategori Pelakon Harapan Wanita, di Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26) yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Cris enggan meletakkan harapan tinggi untuk menang.

"Saya akan hadirinya tanpa apa-apa harapan. Menang atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka," katanya yang bakal muncul dalam telefilem terbitan Al Hidayah Production, Mr Istikharah, sempena sambutan Maal Hijrah pada 25 Oktober depan.

Konsert Krisdayanti Di KL Bersama Anak ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2014 02:27 PM PDT

Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti bakal menampilkan anak perempuannya iaitu Aurel, 16,  pada konsertnya iaitu Krisdayanti Live in KL 2014 yang bakal berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 22 November depan.

Krisdayanti, 39, berkata, pada segmen duet itu mereka bakal menyampaikan lagu ciptaan bekas suaminya, Anang Hermansyah yang pernah dipopularkan sebelum ini.

"Insya-Allah Aurel akan bersama-sama saya pada konsert berkenaan dan kami akan mendendangkan lagu-lagu ciptaan Anang khas buat peminat.

"Saya amat teruja dengan persembahan duet itu kerana Aurel mempunyai suara yang cukup bagus," katanya.

Krisdayanti ditemui pada sidang media konsert itu di KLCC di sini pada Rabu.

Konsert itu turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat One Drop Perfumes.

Dalam pada itu, Krisdayanti berkata, Anang memberi kebenaran membawakan lagu-lagu ciptaannya bersama anak mereka pada konsert itu nanti.

Malah kata Krisdayanti, Anang sendiri memilih beberapa lagu sesuai dengan vokal mereka berdua untuk dinyanyikan pada konsert itu.

"Alhamdulillah Anang cukup profesional dan menyokong perancangan untuk kami berduet membawakan lagu-lagu ciptaannya.

"Malah dia sendiri memilih seleksi lagu yang popular di Malaysia untuk dinyanyikan kami nanti," ujarnya.

Sementara itu, Krisdayanti berkata, sebagai ibu dia berbangga melihat bakat yang dimiliki oleh Aurel dan akan memberikan sokongan penuh kepada gadis itu untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

Bagaimanapun kata Krisdayanti sentiasa menasihatkan anaknya supaya bersedia dengan segala dugaan dan rintangan bergelar anak seni.

"Dia masih terlalu muda jadi saya tidak mahu dia hanyut dengan populariti yang bersifat sementara dan menasihatinya agar sentiasa bersikap rendah diri dan akan sentiasa menyokongnya.

"Malah persembahan seperti ini dapat mengeratkan hubungan kami anak beranak kerana dia tidak tinggal bersama saya," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Krisdayanti berkata, pada konsert itu nanti dia akan membawa kelainan dengan mempersembahkan lagu-lagu berbentuk akustik dan broadway.

Konsert itu juga sebagai tanda terima kasih kepada peminatnya di negara ini yang sentiasa memberi sokongan kepada kariernya selama hampir 16 tahun bertapak di Malaysia.

"Sudah hampir tujuh tahun saya tidak mengadakan konsert solo di Malaysia dan Alhamdulillah ada pihak sudi bekerjasama untuk menjayakan persembahan ini.

"Apa yang pasti saya akan memberikan persembahan terbaik kepada semua peminat nanti," katanya.

Tambah Krisdayanti, pihaknya juga akan memberi peluang kepada peminat untuk memilih artis undangan yang bakal bersama-samanya dalam konsert itu.

Jelasnya, undian boleh dilakukan di laman Facebook rasmi Krisdayanti Live in KL 2014.

Tiket untuk menyaksikan persembahan ini dijual pada harga RM98 hingga RM1,088.

Untuk tempahan tiket boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi 03-9222-8111.

Azwan Kombos tumpu pada karier lepas putus cinta ~ KakiGosip <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2014 05:33 PM PDT


Karier lakonan pelakon baru Azwan Kombos tidaklah menyerlah jika dibandingkan dengan kisah cintanya dengan pelakon jelita Nad Zainal yang menjadi kontroversi apabila hubungan mereka kandas di tengah jalan didakwa berpunca daripada muncul orang ketiga. Enggan mengungkit mengenai kisah peribadinya, Azwan berkata dia kini mahu lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya.

Baru-baru ini kami sempat menemubual aktor berasal dari Sabah ketika majlis pratonton filem "Nasi Tangas" sebagai hero buat kali pertama.

Jom ikuti temubual bersama Azwan yang berkongsi mengenai cabaran sepanjang menjayakan penggambaran filem "Nasi Tangas", kisah peribadinya dan juga perkembangan terbarunya.

Assalamualaikum & apa khabar Azwan?
Waalaikumussalam, saya khabar baik sahaja.

Ini merupakan kali pertama Azwan tampil sebagai hero dalam filem "Nasi Tangas", jadi boleh kongsikan sedikit pengalaman Azwan yang membawa watak Hairi ini?
Saya bersyukur apabila diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama. Ini juga peluang saya membuka mata banyak pihak tidak kira di dalam mahupun di luar industri untuk menilai bakat saya. Sebagai pelakon baru, cabaran kali ini ada banyak. Salah satunya saya perlu memainkan watak identiti perubahan karakter. Bermula dari seorang lelaki normal sehinggalah transisi sebelum semasa dan selepas terkena nasi kangkang. Disebabkan terlalu menjiwai, ada ketika ia terbawa-bawa juga diluar set. Selain itu, saya juga perlu melakonkan babak intim dan ada babak yang saya kena makan ulat.

Difahamakan terdapat babak intim di dalam filem ini terpaksa dipotong kerana ia agak keterlaluan. Boleh kongsikan sedikit kesahihan mengenai ini?
Betul, sejujurnya saya berasa sangat tidak selesa melakonkan babak itu. Sebab sepanjang penggambaran, bagi saya babak intim itu memang ekstrem. Tetapi memandangkan ianya kehendak pengarah dan tuntutan skrip, saya bersikap profesional dan sudah cuba memberikan yang terbaik. Babak itu mungkin nampak 'real' apabila ditambah dengan teknik kamera.

Selain daripada babak intim, babak apa lagi yang Azwan rasa sangat mencabar?
Babak makan ulat juga mencabar. Kena buat banyak kali take. Bayangkan saya terpaksa makan ulat itu betul-betul dan babak itu juga dapat dijayakan dengan teknik kamera. Geli tu memang geli tapi pengarah terlebih dahulu yakinkan saya dengan memegang ulat itu terlebih dahulu, jadi saya pun buatlah.

Bercerita mengenai kisah peribadi Azwan. Selepas hubungan Azwan dengan Nad Zainal putus, adakah Azwan sudah menemui pengganti?
Sekarang ini saya masih lagi solo dan bagi saya selagi belum berkahwin, saya belum mendapat kebahagian sepenuhnya. Tapi saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Saya tiada masalah nak bercinta dengan sesiapa pun sama ada dikalangan artis atau pun bukan. Jodoh itu ketentuan Allah, saya terima dengan terbuka. Tapi buat masa ini saya tidak mencari kerana saya mahu tumpu perhatian kepada kerjaya lakonan saya sahaja.

Boleh Azwan komen sedikit mengenai hubungan Nad Zainal dengan Hefny Saat yang sudah pun putus baru-baru ini?
Saya tak mahu ulas lanjut, tapi saya tahu dia ada masalah tapi saya tak campurlah hal dia. Saya hanya dengar saja. Saya juga tak benci dia. Rasa sayang pada dia masih ada cuma rasa cinta tu sudah tidak ada lagi. Itu roda-roda kehidupan. Biasalah, orang bercinta ada yang putus. Cuma dia ambil masa dalam sekejap.

Boleh kongsikan perkembagan terbaru Azwan atau projek terbaru?
Sekarang ini saya tengah terlibat dengan penggambaran drama "Bila Hati Berbicara".

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual!
Sama-sama, jumpa lagi!

Tiru tudung?: Neelofa diminta beri penjelasan ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2014 10:24 PM PDT

MINGGU ini dunia seni agak panas dengan tercetusnya pelbagai kontroversi dalam kalangan selebriti tempatan.

Selain isu penyanyi remaja Shila Amzah,24 yang gagal menjernihkan hubungan dengan pihak media Melayu, timbul pula isu pengacara jelita, Neelofa yang dituduh meniru rekaan tudung seorang designer.

Perkara itu tercetus apabila pemilik nama  Noor Neelofa Mohd Noor ini memuat naik video tutorial tudung yang menunjukkan cara menggayakan tudung rekaan syarikatnya di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, selepas tutorial tudung di bawah label Neelofar Hijab itu dimuat naik, seorang individu telah menulis komen mendakwa rekaan tudung tersebut adalah miliknya.

Lebih memburukkan keadaan, selepas komen tersebut ditinggalkan, juara Dewi Remaja 2009/10 ini dikatakan telah menyekat akaun Instagram pemilik rekaan tudung tersebut daripada menjadi pengikutnya.

Rentetan isu ini, pemilik rekaan tersebut tampil membuat kenyataan di sebuah portal berita tempatan dan meminta Neelofa membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Malah usaha Kakigosip untuk mendapatkan kenyataan Neelofa ketika majlis tayangan perdana filem Dollah Superstar baru-baru ini gagal, apabila pengacara Meletop ini  bertindak pulang awal tanpa bertemu media.

Mungkin teraju utama filem Lemak Kampung Santan ini ada alasan tersendiri, apa pun, Kakigosip turut mengharapkan agar Neelofa tidak terus berdiam diri.

Kongsi2 Cerita Online: <b>Artis Malaysia</b> Terkantoi Tanpa Seurat Benang

Posted: 10 Sep 2014 03:11 AM PDT


Masihkah korang ingat siapakah antara artis-artis di Malaysia ini yang pernah kantoi tanpa seurat benang??? Tak ingat? Ok, marilah kami recall nama-nama artis Malaysia yang pernah kantoi tanpa seurat benang. Sekadar berkongsi cerita lama dan jadikan teladan berjaga-jaga jangan dijadikan mangsa atau mangsa skodeng atau mangsa penipu.

ZARINA ZAINUDIN
Di awal tahun 90an dahulu, Zarina Zainudin telah buat satu Malaya terkejut dengan aksi-aksi berani beliau tanpa seurat benang di dalam sebuah rumah (mungkin rumah Zarina sendiri). Dikatakan sebanyak 300 keping gambar tanpa seurat benang Zarina dengan pelbagai aksi telah ditangkap (zaman tu, kamera pakai Kodak filem, takde yang auto).

Cerita gosipnya, Zarina ketika itu telah ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mengambil gambar Zarina dalam keadaan telanjang dan gambar tersebut tidak akan dihebahkan ke Malaysia. Disebabkan desakan duit dan terpesona dengan wang yang ditawarkan, Zarina akur untuk beraksi telanjang di depan kamera.

Ada juga sumber lain, menurut sumber tu, Zarina dikatakan telah diberi pil khayal oleh seseorang (jurufoto). Dalam keadaan stone, Zarina tidak sedar perbuatan yang dilakukannya. Ye laaaaa… dah stone!!! Mana nak sedar. Yang mana satu yang benar, ntah laaaa..

NASHA AZIZ
Hampir 10 tahun selepas kes Zarina Zainudin, belum ada lagi kes artis kantoi tanpa seurat benang. Hinggalah pada pertengahan tahun 2002, satu kes skodeng telah berlaku ke atas seorang model dan juga pelakon hot dan cun meletup iaitu Nasha Aziz.

Laporan kes ini ialah mengenai Nasha Aziz yang telah diintai oleh anak tuan punya rumah yang disewa oleh Nasha Aziz. Sebuah kamera video telah disembunyikan di dalam air cond di ruang tamu rumah Nasha Aziz. Khabarnya, segala perilaku Nasha telah diperhatikan oleh si anak tuan punya umah ni lebih dari 6 bulan. …Mak aiii!!!

Lepas je keluar isu tentang Nasha Aziz tanpa seurat benang ni, ramai benar kaum kerabat kami yang singgah ke Petaling Street nak beli cd skodeng Nasha ni. Sanggup wooo keluar RM20 semata-mata nak beli vcd skodeng Nasha ni. Last-last hampeh….. Kena tipu dengan tauke VCD tu. Owhhh…. Time 2002, internet tidak begitu digunakan secara berleluasa, time tu juga DVD belum wujud. Harga VCD cetak rompak ketika tu, dalam sekitar RM8 ke RM10. hehe..

Kemudian cerita Nasha Aziz senyap. ...

WAN NORAZLIN
Pada tahun 2003 atau 2004, satu lagi kes artis kantoi tanpa seurat benang. Kali ni, video lucah Wan Norazlin pula.

Wan Norazlin dan suaminya (ketika video tu direkod, mereka belum status bersuami isteri) telah merakamkan adengan seks mereka di dalam rumah Wan Norazlin sendiri dan juga di rumah pasangan lelakinya juga.

Bukan setakat adengan ranjang saja yang dirakam, adengan di dalam bilik mandi pun turut dirakam. Sekali lagi yang menjadi kaya ialah taukeh kedai VCD cetak rompak. Kerana time tu, internet belum digunakan secara berleluasa seperti sekarang. Adengan ranjang ini dikhabarkan telah sampai ke pihak ketiga apabila Wan Norazlin dan pasangannnya telah mengupah seseorang untuk mengedit video rakaman mereka. (eh ye ker??? Takkan laaaa!!!!! Takkan nak kasi kat orang aksi ghairah kita senang2 mcm tu ye tak?)…

Tamat isu Wan Norazlin.....

LINDA RAFAR & EDRIE KRU
Pada masa yang sama juga, isu gambar Linda Rafar dan Edrie Kru turut dipersoalkan apabila gambar tanpa seurat benang mereka dihebahkan di dalam internet. Ketika itu, ramai rakyat Malaysia sudah mengenali internet.

Gambar-gambar Edrie dan Linda ini dikatakan fake oleh anggota kumpulan KRU iaitu, Norman, Yusry dan Edrie sendiri.

Mereka menyatakan gambar ini adalah fake kerana ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan nama KRU serta Linda Rafar (yang ketika itu adalah anggota kumpulan Elite). Entah benar atau tidak, mereka berdua saja yang tau tentang gambar tanpa seurat benang tersebut.

IDA NERINA
Lama menyepi tentang isu tanpa seurat benang dalam industri ni… Tup tupppp!!!! Isu Ida Nerina pula dikatakan beraksi ranjang bersama pasangan. Tapi, bagi kami yang dah tengok video tu, sah memang sah, tu bukan Ida Nerina.

Walaupun ada proof yang menyatakan itu adalah Ida Nerina seperti tindik di pusat Ida Nerina, subang telinga dan rantai yang dipakai Ida Nerina, tetap kami nyatakan yang dalam video itu bukanlah Ida Nerina. Sebabnya Ida Nerina tak sebuncit seperti minah dalam video tu…

ZARINA ANN JULIE
Paling terbaru aksi panas dan gambar tanpa seurat benang Zarina Ann Julie bersama teman lelaki dalam keadaan beromen. Haiiihhhh…. Pelakon drama Anak Pontianak ini dikatakan terlalu bermasalah dengan imej dan akhlak.

Selain daripada itu, Zarina Ann Julie juga telah dicekup oleh polis di sebuah pusat hiburan malam kerana mengambil dadah. Bila dah ambil dadah, otak pun mereng. Segala tindak tanduk time tu, takkan sedar punya. Sedar-sedar esok hari, gambar tanpa seurat benang, gambar berasmara dah berada kat internet. Haaaa, ni la bahananya!!!

Pengorbanan Liyana Jasmay ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 27 Sep 2014 10:22 PM PDT

SEJAK berusia 9 tahun lagi, pelakon berbakat besar ini mula mencipta nama dalam industri seni tanah air. Penglibatannya menerusi filem Castello pada 2006 sedikit sebanyak membuka ruang buat dirinya terus serius meniti karier lakonan biarpun pada masa yang sama terlibat dalam bidang nyanyian.

Sehinggalah aktres yang dikenali sebagai Liyana Jasmay ini membuat keputusan melangkah ke alam rumah tangga bersama Mohd Fathuddin, 30 dan kini dikurniakan puteri sulung, Sofia Arissa yang banyak merubah dirinya.

Akui bidang lakonan bukan lagi keutamaan, Liyana yakin keputusan yang diambil itu berbaloi untuknya.

"Semua perubahan yang berlaku pada diri saya sekarang bergantung pada masa. Jika dahulu semuanya hanya berkaitan diri saya sahaja, tapi kini saya perlu ambil kira soal suami dan anak.

"Memang ada masa saya agak tertekan kerana perjalanan dan aktiviti hidup tidak sama seperti sebelum ini, tapi itulah di namakan pengorbanan seorang isteri dan ibu.

"Saya amat menyayangi kedua mereka jadi saya mahu buat yang terbaik walaupun ia bukanlah perkara yang mudah. Apa yang penting suami dan anak buat hidup saya benar-benar bahagia," ujarnya sambil tersenyum.

Bahagia di samping keluarga, plantun lagu 'Cinta Bersatu' ini mendedahkan dirinya terpaksa mengurangkan aktiviti lakonan memandangkan tawaran yang diterima tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Baginya, tanggungjawab memegang kedua status itu bukanlah mudah tambahan pula banyak hati yang perlu dijaga.

"Bukan senang mahu bergelar ibu, isteri dan pada masa yang sama sebagai pelakon. Banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan supaya tidak akan ada yang tersinggung.

"Lagi pun sebagai isteri saya tidak boleh lagi lakonkan babak-babak intim atau berpegangan kerana saya perlu jaga batas," katanya.

Tambah Liyana, buat masa sekarang dirinya lebih selesa bekerja sendiri demi kepuasan dirinya.

"Sebab itu saya pilih buat semuanya sendiri sebab ia lebih mudah untuk saya mengawal semuanya. Kalau saya mahu berlakon, saya boleh buat skrip sendiri dan tetapkan pendirian tidak perlu berpegang-pegang jadi ia tidak akan menyusahkan diri saya sendiri.

"Kalau berlakon dengan orang lain, ada babak yang tidak sepatutnya dan itu mungkin akan rumitkan keadaan saya. Saya sayang suami dan keluarga jadi saya mahu buat kerja yang diberkati," tegasnya.

Walaupun sudah mengurangkan aktiviti lakonan, itu tidak bermakna pelakon 'Cik Paris Diva Kampung' ini bakal meninggalkan dunia seninya malah lebih aktif menceburi bidang belakang tabir menerusi produksi miliknya, Mermaid Studios.

Berkongsi pengalaman itu, Liyana yang akui seronok bergelar penerbit dan bidang itu telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

"Saya sangat seronok menjalani bidang ini dan pada masa yang sama tidak perlu lagi berlakon. Lagi pun sudah lama saya berlakon jadi sudah tiba masanya saya menyumbang untuk industri seni.

"Banyak pengalaman yang saya dapat dan saya suka berurusan dengan orang-orang berseni.

"Saya sekarang selesa dan bidang penerbitan ini sudah menjadi sebahagian daripada saya," katanya.

Selaku penerbit, Liyana juga masih tetap dengan pendiriannya untuk lebih memahami pelakon-pelakon yang sama status dengannya.

"Sebenarnya, cerita cinta tidak semestinya memerlukan babak berpegangan atau berpelukan.

"Kadang-kadang perkara ini juga bergantung pada pelakon itu sendiri kerana mereka ada pilihan sama ada mahu atau tidak lakukannya.

"Selain itu, pada saya pengarah juga perlu ada sifat tanggungjawab. Memang sebagai pelakon kita perlu akur tapi pengarah juga perlu ada sensitiviti terhadap perkara seperti ini," ujarnya tegas.

Dalam perkembangan terbaharu, sebuah telefilem terbitan Mermaid Studio berjudul 'Hatiku Di Krabi' bakal ditayangkan di TV9 pada 29 September ini.

Selain sibuk dengan syarikat produksinya, Liyana kini mula berjinak-jinak dalam perniagaan fesyen.

Terbaharu, aktres ini menjalinkan kolaborasi perniagaan bersama sebuah jenama fesyen Muslimah, Bella Ammara dengan menghasilkan rekaan jubah Bella Liyana Collection01.

"Sebenarnya projek ini baru berjalan sejak dua minggu lalu. Semuanya terjadi secara kebetulan.

"Saya memang minat bidang fesyen dari dulu lagi tapi disebabkan tidak ada pengalaman, saya tidak berani menjalankannya seorang diri.

"Sehinggalah baru-baru ini pihak Bella Ammara sendiri pelawa saya untuk berkolaborasi dengan mereka, jadi saya anggap ini satu peluang untuk saya lebih mendalami bidang perniagaan ini," tuturnya teruja.

Menariknya, koleksi jubah berkonsepkan classic and luxe ini mempunyai 10 warna kegemaran dan diberi nafas baru menggunakan gabungan tweed lace disempurnakan lagi dengan elemen beadswork Swarovski yang cukup minima tapi mewah.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Christina Suzanne semakin 'demand'? ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis</b> <b>...</b>