Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

39 Pelajar Ponteng Sekolah Dicekup, Lagi Dasar Kerajaan Gagal.

39 Pelajar Ponteng Sekolah Dicekup, Lagi Dasar Kerajaan Gagal.


39 Pelajar Ponteng Sekolah Dicekup, Lagi Dasar Kerajaan Gagal.

Posted: 01 Oct 2014 06:57 PM PDT


Ibnu Hasyim

39 Pelajar Ponteng Sekolah Dicekup, Lagi Dasar Kerajaan Gagal.


Mahathir Balun Umno BN Kerana Naikkan Harga Minyak

Posted: 01 Oct 2014 06:21 PM PDT


Addin

Mahathir Balun Umno BN Kerana Naikkan Harga Minyak


MB: Yang Penting, Kaji Semula Kenaikan Elaun..

Posted: 01 Oct 2014 05:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

MB: Yang Penting, Kaji Semula Kenaikan Elaun..


Penceramah Popular Tidak Puas Hati Harga Minyak Naik

Posted: 01 Oct 2014 05:24 PM PDT


Addin

Penceramah Popular Tidak Puas Hati Harga Minyak Naik


MB S'gor Arah Beku Akaun Di Sini, Sila Jawab, Mengapa?

Posted: 01 Oct 2014 04:00 PM PDT


Ibnu Hasyim

MB S'gor Arah Beku Akaun Di Sini, Sila Jawab, Mengapa?


Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.. Selamat Hari Raya Haji, Minyak Naik?

Posted: 01 Oct 2014 02:49 PM PDT


Ibnu Hasyim

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta.. Selamat Hari Raya Haji, Minyak Naik?


Azmin Ali Sudah Tunjuk Belang?

Posted: 01 Oct 2014 09:30 AM PDT


Addin

Azmin Ali Sudah Tunjuk Belang?


Luahan hati Ustaz Kazim Elias RON95 naik 20 sen dapat 20,000 likes!

Posted: 01 Oct 2014 08:39 AM PDT


Tengok TV Online

Luahan hati Ustaz Kazim Elias RON95 naik 20 sen dapat 20,000 likes!


Sebenarnya Harga Minyak Dunia Turun.. Lihat Laporan Ini

Posted: 01 Oct 2014 06:27 AM PDT


Addin

Sebenarnya Harga Minyak Dunia Turun.. Lihat Laporan Ini


Terkini: Harga Minyak Petrol RON95 Naik 20 Sen (Embargo 1 Oktober 2014)

Posted: 01 Oct 2014 04:40 AM PDT


Tengok TV Online

Terkini: Harga Minyak Petrol RON95 Naik 20 Sen (Embargo 1 Oktober 2014)


Luahan sayu Zamri Anuar, bapa bayi meninggal di Taska Permata Bonda

Posted: 01 Oct 2014 04:27 AM PDT


Gosip dan Kontroversi Hiburan

Luahan sayu Zamri Anuar, bapa bayi meninggal di Taska Permata Bonda


Luahan sayu Zamri Anuar, bapa bayi meninggal di Taska Permata Bonda

Posted: 01 Oct 2014 03:42 AM PDT


Gosip dan Kontroversi Hiburan

Luahan sayu Zamri Anuar, bapa bayi meninggal di Taska Permata Bonda


Lari Bogel.. Pusat Hiburan Maksiat. K'jaan BN Gagal Selesaikan..

Posted: 01 Oct 2014 03:36 AM PDT


Ibnu Hasyim

Lari Bogel.. Pusat Hiburan Maksiat. K'jaan BN Gagal Selesaikan..


Pemecatan Iszuree, Mazlan Aliman Bincang Guang Eng..

Posted: 01 Oct 2014 02:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Pemecatan Iszuree, Mazlan Aliman Bincang Guang Eng..


3 Gambar panas Hanez Suraya pamer peha gebu di Pavilion

Posted: 01 Oct 2014 02:33 AM PDT


Gosip dan Kontroversi Hiburan

3 Gambar panas Hanez Suraya pamer peha gebu di Pavilion


3 Gambar panas Hanez Suraya pamer peha gebu di Pavilion

Posted: 01 Oct 2014 02:21 AM PDT


Gosip dan Kontroversi Hiburan

3 Gambar panas Hanez Suraya pamer peha gebu di Pavilion


Azmin: Ini 10 Portfolio Penjenamaan Semula.

Posted: 01 Oct 2014 01:45 AM PDT


Ibnu Hasyim

Azmin: Ini 10 Portfolio Penjenamaan Semula.


Akhirnya.. Punca Sebenar Iszuree Ibrahim Dipecat Terbongkar

Posted: 01 Oct 2014 01:33 AM PDT


Addin

Akhirnya.. Punca Sebenar Iszuree Ibrahim Dipecat Terbongkar


Rupanya Dalam PAS Ada Samseng.. Ini Buktinya

Posted: 01 Oct 2014 12:34 AM PDT


Addin

Rupanya Dalam PAS Ada Samseng.. Ini Buktinya


Henti Komen Mengenai S'gor Dan Doakan. – TG Nik Aziz

Posted: 30 Sep 2014 11:49 PM PDT


Ibnu Hasyim

Henti Komen Mengenai S'gor Dan Doakan. – TG Nik Aziz


 

KOTA BHARU: "Kita doakan semoga Allah SWT selamatkan Menteri Besar Selangor yang baru serta anggota-anggota Exconya dunia sampai akhirat," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Oleh itu beliau berkata, pemimpin, penyokong dan pendukung Pakatan Rakyat berhenti membuat sebarang ulasan yang berkaitan kerajaan Selangor.

"Melalui cara ini semoga dapat meredakan segala kekusutan yang berlaku sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini ada segelintir pemimpin menyifatkan PAS dibuli DAP dan PKR serta mereka melakukan provokasi bagi menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat secara halus. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam tempoh bertenang ini diharap semua pihak sama ada PAS atau PKR hendaklah berdiam diri daripada membuat sebarang ulasan khususnya berkaitan kerajaan Selangor.

"Ada waktu untuk berbincang dan ada pula waktu untuk membuat keputusan. Buat masa ini beri ruang kepada Menteri Besar serta anggota-anggota Exco yang baru menjalankan tugas dengan baik," ujarnya.

Beliau diminta mengulas pelantikan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru 22 September lalu menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Azmin juga melantik tiga Adun PAS sebagai anggota Exco iaitu berkurangan satu berbanding pada era Khalid. Jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor juga diberi kepada PAS.
- HARAKAHDAILY 1/10/2014


PAS Perlu Ambil Tindakan Terhadap Gangster Dalam Parti.. Ini Buktinya

Posted: 30 Sep 2014 11:39 PM PDT


Addin

PAS Perlu Ambil Tindakan Terhadap Gangster Dalam Parti.. Ini Buktinya


SHAH ALAM: Tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat, telah menyebabkan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang diugut oleh individu misteri. 

Dalam satu kenyataan LENSA kepada FMT, LENSA telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

"Pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut supaya LENSA tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut. 

"Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya," kata Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab.

Dimaklumkan, Safwan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang pada jam 1 tengah hari ini. 

Semalam, LENSA telah menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR. 

Jelas Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan. 

"Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP," katanya. 

Desakan yang dilakukan oleh LENSA turut mendapat perhatian beberapa pemimpin PR, antaranya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang menyeru semua pihak mengambil positif dengan teguran LENSA itu yang juga mewakili suara anak muda. 

Bahkan, desakan LENSA itu pula bertentangan dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi. 

Beliau tidak tidak bersetuju dengan dengan desakan LENSA, dan menurutnya PAS tidak seharusnya keluar dari PR malah harus tetap bersama bagi menguatkan lagi PR. 

"Segala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai," katanya sewaktu di temui di Shah Alam. ~free malaysia today









S'gor: Exco Dikurangi & Tiada Exco Agama, PAS Wilayah Terkilan.

Posted: 30 Sep 2014 10:39 PM PDT


Ibnu Hasyim

S'gor: Exco Dikurangi & Tiada Exco Agama, PAS Wilayah Terkilan.


Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban ...

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad

KUALA LUMPUR: PAS wilayah Persekutuan melahirkan perasaan kecewanya apabila bilangan exco PAS Selangor dikurangkan daripada empat kepada tiga selepas pelantikan MB baru.

Perkara ini dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad, dalam satu kenyataan ringkasnya. Pada masa yang sama PAS Wilayah juga mendesak agar portfolio agama untuk PAS dikekalkan. Keputusan ini dicapai dalam Mesyuarat Lajnah Politiknya yang pada 30 September 2014M bersamaan 5hb Zulhijah 1435H. Antara ketetapan yang telah diambil ialah:

1. Terkilan dengan tindakan mengurangkan jumlah bilangan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dipegang oleh PAS sebelum ini iaitu sebanyak 4 Exco kepada hanya 3 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ia bertentangan dengan semangat pemuafakatan Pakatan Rakyat dan menimbulkan elemen provokasi yang boleh memecahkan Pakatan Rakyat.

2. PAS Wilayah Persekutuan juga turut mendesak supaya Portfolio Agama yang dipegang oleh PAS sebelum ini dikekalkan untuk diwakili oleh Parti Islam SeMalaysia PAS. Sebarang penyerahan kepada pihak lain bakal mengundang pelbagai tafsiran yang mengeruhkan keadaan dan pemuafakatan Pakatan Rakyat. Dalam kenyataannya juga Mohamad Noor membayangkan akan wujud perasaan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran baru.

"Kami percaya ahli PAS bukan sahaja akan kecewa terhadap tindakan merampas portfolio tersebut bahkan ianya akan menghilangkan kepercayaan kepada pentadbiran baru yang dipimpin oleh Menteri Besar sekarang.
"Usahlah membangkitkan provokasi melampau sehingga mencalarkan kewibawaan kami sebagai sebuah parti yang ditubuhkan sejak 1951 ini." Ujar Mohamad Noor.

Selepas PRU13 yang lalu PAS memperoleh empat kerusi exco, DAP tiga dengan seorang Speaker, sementara PKR tiga exco, seorang timbalan speaker, seorang menteri besar. Kedudukan ini berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lalu iaitu PAS dan DAP 15, sementara PKR 14. – HARAKAHDAILY 1/10/2014


Dr. Azmi Sharom Menang Awal Bicara Akta Hasutan

Posted: 30 Sep 2014 10:21 PM PDT


Addin

Dr. Azmi Sharom Menang Awal Bicara Akta Hasutan


Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Tinggi dan menangguhkan kes sehingga ke 7 November.

Hakim Zainol Rashid Hussain bersetuju wujud isu perlembagaan dalam Seksyen 4 Akta Hasutan yang perlu diputuskan Mahkamah Tinggi.

Peguam mewakili Azmi, Gobind Singh Deo, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, ini merupakan kali pertama Mahkamah Tinggi meneliti Akta Hasutan mengikut perlembagaan atas alasan undang-undang itu tidak digubal dalam Parlimen.

"Hakim setuju dengan permohonan kami dan Mahkamah Tinggi akan menentukan sama ada ia mengikut perlembagaan sebelum diputuskan," katanya.

Azmi pada 17 September lalu memfailkan permohonan menyemak semula Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang menurutnya tidak mengikut Perlembagaan dan mencabuli Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Gobind mempertikaikan Artikel 10 (2) yang menyatakan hanya Parlimen boleh melaksanakan sekatan ke atas hak mengikut Artikel 10.

Katanya, Ordinan Hasutan digubal pada 1948 sebelum tarikh kemerdekaan dan tidak diluluskan dalam Parlimen.

Pada 2 September, Azmi didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) kerana kenyataannya melalui laporan sebuah portal berita.

Jika didapati bersalah mengikut mana-mana satu pertuduhan, dia boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. ~malaysian insider





Iklan C (ii)









Tembelang Umno BN Terbongkar Lagi..

Posted: 30 Sep 2014 09:21 PM PDT


Addin

Tembelang Umno BN Terbongkar Lagi..


Badan bukan kerajaan (NGO) pemantau rasuah, Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) hari ini mendesak ketelusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas hutang 1MDB mencecah RM38 bilion dalam tempoh 5 tahun beroperasi.

"Rakyat Malaysia berhak untuk mendesak kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti pengurusan serta operasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana yang digunakannya," kata Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membangkitkan isu melibatkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

Cynthia berkata jumlah hutang yang besar dialami 1MDB serta dakwaan salah urus tadbir dan penyalahgunaan dana awam adalah membimbangkan.

C4 juga mempertikaikan langkah 1MDB yang menyimpan dana mereka di sebuah kepulauan Carribean, Pulau Cayman, berjumlah kira-kira RM18 bilion.
Berdasarkan laporan akaun 2013, dilaporkan 1MDB menerima sejumlah US$200 juta daripada pelaburan dana di Pulau Cayman, termasuk sejumlah pembayaran dividen bernilai US13 juta, dengan pulangan sebanyak 5.76% setahun.

"Mengapa sebahagian hasil kutipan daripada terbitan hutang 1MDB terpaksa dipindahkan ke Pulau Cayman, kepulauan syurga cukai Carribbean yang membolehkan 1MDB mengelak daripada ketelusan, akauntabiliti dan integriti walaupun pelaburan dana yang dipilih dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan yang dikatakan "liberal" seperti di Pulau Cayman dan dan Switzerland?" kata Cynthia.

C4 juga membangkitkan penangguhan pelancaran tawaran awam permulaan (IPO) untuk meraih RM10 bilion.

Selain itu, ia menyuarakan kebimbangan selepas pelabur antarabangsa seperti  Qatar Investment Authority (Qatar), Aabar Investments PJS (Abu Dhabi, UAE), Prudential (UK) dan perancangan Mega Islamic Bank (Kuwait) dilaporkan mungkin menarik diri daripada meneruskan pelaburan mereka di Malaysia ekoran tiada keyakinan.

Ketelusan dan integriti 1MDB juga dibangkitkan C4 dalam urusan pembelian 234 ekar tanah di Air Hitam, Pulau Pinang yang menelan belanja RM1.38 bilion pada September 2013.

C4 mendesak supaya Putrajaya mendedahkan maklumat terkini membabitkan pelaburan mereka.

"C4 gesa 1MDB dedah jumlah dana yang diletakkan di luar negara yang sudah dihantar kembali ke Malaysia untuk dilaburkan semula dalam aset tenaga dan hartanah, memenuhi tanggungjawab kewangan dan juga diletakkan di dalam negara untuk pengurusan tunai, rizab dan projek-projek yang akan datang.

"Unjuran kadar pulangan yang ditempatkan di dalam dan luar negara setahun, kadar kos kewangan setahun dan jumlah pinjaman serta bon 1MDB yang menikmati jaminan Kerajaan," kata kenyataan itu.

C4 juga mendesak supaya Putrajaya membentangkan status terkini kedudukan kewangan 1MDB ke Parlimen pada Oktober ini disamping menggesa supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengambil tindakan segera mengadakan inkuiri ke atas 1MDB.

"Pelihara wang negara! Dan jangan heret kami ke lembah perangkap hutang!" kata Cynthia. ~malaysian insider




Iklan C (ii)









Berita Ini Disorok oleh Utusan Dan Berita?

Posted: 30 Sep 2014 07:21 PM PDT


Addin

Berita Ini Disorok oleh Utusan Dan Berita?


Heboh kini diperkatakan di Sabah betapa seorang pemimpin UMNO Sabah bertaraf Ketua Bahagian merangkap bekas Pengerusi salah satu syarikat GLC Negeri, telah kena cekup oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .

Kejadian berlaku Khamis lalu kerana disyaki terlibat dalam kes jenayah pecah amanah selaku kakitangan awam yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM300 juta.


Ketua Umno Pensiangan Akui Beri Keterangan Kepada SPRM KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Sabah, Datuk Abdul Ghani Mohd Yasin mengaku beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lepas untuk memberi keterangan berhubung satu kes. Namun beliau, yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai kes itu dan atas sebab apa beliau dipanggil memberi keterangan. "Saya mendapat panggilan telefon daripada SPRM pada pagi Rabu lepas, namun ketika itu saya sedang berada di Kuala Lumpur bersama anak saya. Dan saya mendapat satu lagi panggilan telefon pada petang hari yang sama bertanyakan bila saya boleh hadir. "Dan pada hari Jumaat, saya secara sukarela pergi berjumpa dengan mereka (pegawai SPRM) di Kota Kinabalu (untuk memberi keterangan)," katanya. Pada Selasa, Daily Express di Sabah melaporkan seorang Ketua Umno bahagian di negeri itu ditangkap SPRM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Khamis lepas berhubung kes pecah amanah (CBT) melibatkan wang berjumlah RM300 juta. Namun Abdul Ghani menafikan beliau ditangkap, sebaliknya beliau menekankan bahawa keterangan diberi secara sukarela dan kerjasama penuh diberikan kepada pegawai SPRM. Mengulas lanjut, beliau berkata, kes ini masih di peringkat awal, dan meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi liar kerana dikhuatiri mengganggu kelancaran siasatan. ~mStar



Iklan C (ii)












@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

39 Pelajar Ponteng Sekolah Dicekup, Lagi Dasar Kerajaan Gagal.