Rupanya Ini Hanya Propaganda Umno.. Ini Buktinya |
- Rupanya Ini Hanya Propaganda Umno.. Ini Buktinya
- Kenyataan AJK PAS Pusat Ini Membuatkan Umno Menggelupur..
- Penculik Van Putih dibelasah, cubaan culik kanak-kanak gagal (5 Gambar)
- Dr Mujahid: Pas, Umno Tidak Akan Bercampur
- Kami Tubuh Pasma Sebab Sayangkan PR -Datuk Pahrolrazi Zawawi
- Pemuda PR Cadang Jumpa 3 Pemimpin Utama
- Bayi 3 bulan maut di Pusat Asuhan
- PasMa/Dalaman Parti: Apa Kata Tok Guru Nik Aziz?
- Cerita benar : Tidak sedar Tuhan pula dipersalahkan!
- Krisis MB: 'Cukup la...' - Teguran SU PAS Selangor Kepada PKR, DAP
- MB S'gor: PKR, DAP Engkar Arahan, Sultan Pilih PAS?
- Terkini!! Berita Mengejutkan Dari Istana Selangor..
- Punca Sebenar Sultan Selangor Murka Dengan PKR Dan DAP Tersebar..
- Internet New Zealand lumpuh angkara rakyatnya gila tengok gambar bogeI
- 3 Exco PAS Dipanggil Mengadap S/Selangor -M/Insider
- Lagi Berita Pening Dari Pejabat Agung PAS
- Maira mimpi ayah 3 kali berturut, pulang dalam keadaan kurus kering!
Rupanya Ini Hanya Propaganda Umno.. Ini Buktinya Posted: 08 Sep 2014 06:42 PM PDT Addin Rupanya Ini Hanya Propaganda Umno.. Ini Buktinya Tindakan PKR dan DAP menghantar 1 nama iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun dimurkai Sultan Selangor, kata Dr Abdul Aziz Bari. Pakar Perlembagaan itu berkata undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan sebagai satu kesalahan jenayah dan ia tidak seperti yang ditetapkan di negara jiran Thailand. "Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia ini yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya. "Tidak seperti di Thailand iaya satu kesalahan. Sesiapa yang dianggap biadap kepada raja boleh dihukum dan sebagainya. Itu undang-undang mereka tetapi di sini tidak ada. "Itu hak 'pihak' berkenaan menderhakakan sesiapa jadi katak atau apa," katanya ketika berucap di forum PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi. Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahan baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pada masa sama, Sultan Selangor juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu. "Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani. Aziz berkata, pihak istana perlu sedar urusan pentadbiran kerajaan negeri digerakkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dan segala urusan pentadbiran berada di bawah tanggungjawab mereka. Katanya, konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dengan kancah politik berbeza seperti negara yang mengamalkan lantikan pemimpinnya secara terus. "Adakah istana sanggup dilibatkan jika kerajaan ini gagal? Jika sistem ekonomi dan prestasinya gagal? Mahu? Jadi macam Brunei atau Saudi. Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung. Jangan komen, jangan kata, jangan kritik. "Demokrasi berparlimen untuk lindungi istana supaya jangan terlibat dengan politik. Itu tujuannya," katanya kepada 400 hadirin yang menghadiri forum berkenaan. Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman semalam yang menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan. Katanya, bukan pemimpin PR yang menderhaka kepada institusi diraja sebaliknya perkara berkenaan terdahulu dilakukan oleh Umno dalam krisis pentadbiran sebelumnya. "Saya dapati setiausaha PAS Selangor agak pelik kerana dia seolah-olah melihat ini satu usaha melawan dengan istana. Tiada siapa yang mahu berlawan dengan istana. Yang menuduh kita melawan istana adalah Umno. "Dalam demokrasi tiada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Dalam Islam pun tidak ada. Kuasa mutlak hanya kepada Allah, raja segala raja," katanya. Khairuddin dalam satu kenyataan semalam berkata kedegilan PKR dan DAP dalam kemelut menteri besar Selangor adalah perkara sia-sia kerana ia menyusahkan rakyat Selangor. "PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini. "Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku, maka lagi susah rakyat kita. "Cukuplah. Mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala," katanya. ~tmi Iklan C (ii) | ||
Kenyataan AJK PAS Pusat Ini Membuatkan Umno Menggelupur.. Posted: 08 Sep 2014 05:39 PM PDT Addin Kenyataan AJK PAS Pusat Ini Membuatkan Umno Menggelupur.. KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan PAS telah memutuskan untuk menolak sebarang jawatan MB sekiranya ditawarkan oleh Sultan Selangor. Mujahid juga ingin memperbetulkan kenyataan daripada media bahawa tidak wujudnya dua jawapan yang bercanggah mengenai penerimaan jawatan MB oleh Sultan Selangor. Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata pihak luar boleh mengandaikan apa-apa sahaja mengenai PAS, namun PAS telah nyatakan pendirian bahawa tidak akan menerima jawatan MB seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Tambah beliau di hadapan 300 orang yang menghadiri program 'PAS campur Umno ke mana halatuju' turut menyatakan pendirian PAS yang tetap tegas tidak akan sesekali bergabung dengan Umno. "PAS tidak ada apa-apa hasrat untuk bersama dengan Umno," katanya di Auditoriam Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur. Penegasan daripada Mujahid ini berikut banyak spelulasi yang mengandaikan yang PAS akan bergabung dengan Umno dalam krisis Menteri Besar di Selangor. ~fmt Iklan C (ii) | ||
Penculik Van Putih dibelasah, cubaan culik kanak-kanak gagal (5 Gambar) Posted: 08 Sep 2014 04:39 PM PDT Tengok TV Online Penculik Van Putih dibelasah, cubaan culik kanak-kanak gagal (5 Gambar) Satu cubaan penculikan kanak-kanak di Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor berjaya dipatahkan oleh Polis dengan bantuan orang awam semalam. Menurut perkongsian gambar-gambar di Facebook, penculik itu merupakan warganegara Malaysia berbangsa cina dan berasal dari Sarawak. Penculik yang menggunakan Van Putih dalam kegiatannya telah melanggar beberapa kereta sebelum diberkas. Penculik itu juga telah ditumbuk orang awam di tempat kejadian. Kredit: Isupanaz | ||
Dr Mujahid: Pas, Umno Tidak Akan Bercampur Posted: 08 Sep 2014 04:00 PM PDT Ibnu Hasyim Dr Mujahid: Pas, Umno Tidak Akan Bercampur KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) sekali lagi menegaskan bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno walaupun terdapat desas-desus mengenai perkara tersebut. Mujahid berkata, pegangan tersebut terus kekal seperti yang diputuskan oleh Pas sebelum ini. "Pas hendak bercampur dengan Umno, tapi hendak saya beritahu, Pas tidak pernah berhasrat untuk bercampur dengan Umno," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini. Sementara itu, mengulas sama ada Pas akan menerima kerusi Menteri Besar Selangor, Mujahid berkata, Pas tidak akan menerima jawatan tersebut selaras dengan keputusan Pas Pusat sebelum ini. "Pas tetap dengan keputusan tidak akan menerima kerusi Menteri Besar tersebut," katanya. Terdahulu isu ini timbul berikutan kenyataan berbeza dua orang pemimpin tertinggi Pas sebelum ini yang memberi kenyataan berbeza dalam satu sidang media baru-baru ini. Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata, Pas akan menolak walaupun istana memilih Adun mereka sebagai MB. Bagaimanapun, dalam sidang media sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas akan bersetuju dengan apa sahaja pilihan istana. Jawapan Mujahid itu tetap menjadi tanda tanya, walau ia sedikit sebanyak menjawab persoalan peserta forum tersebut. Turut hadir dalam forum tersebut adalah Presiden Pasma, Pahrolrazi Zawawi dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Aziz Bari. (SH) | ||
Kami Tubuh Pasma Sebab Sayangkan PR -Datuk Pahrolrazi Zawawi Posted: 08 Sep 2014 01:49 PM PDT Ibnu Hasyim Kami Tubuh Pasma Sebab Sayangkan PR -Datuk Pahrolrazi Zawawi Datuk Pahrolrazi Zawawi KUALA LUMPUR - Presiden NGO Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma), Datuk Pahrolrazi Zawawi berkata, penubuhan Pasma adalah kerana NGO tersebut bimbang dengan nasib yang menimpa Pakatan Rakyat sekarang.Pahrolrazi berkata, PR adalah aset yang tidak ternilai kepada Malaysia, oleh sebab itu Pasma ditubuhkan bagi mengelak PR terkubur. "Kita (Pasma) tidak mahu PR runtuh. Kalau PR jatuh kita akan kembali kepada zaman 50-an dan 60-an dahulu di mana rakyat tiada pilihan. "Kalau runtuh PR rakyat Malaysia akan terima bencana," katanya pada Forum Pas Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini. Oleh itu, Pahrolrazi berkata, situasi sekarang menunjukkan PR berada dalam keadaan yang 'tenat' sehingga Pasma terpanggil untuk menyelamatkan keadaan. "Politik sihat adalah rakyat mempunyai pilihan. "(Apa yang) Berlaku di Selangor sudah sampai kemuncak nasib PR terumbang-ambing. "Sudah ada bayangan peristiwa ingin menukar MB, bagaimana ada percaturan daripada Pas, sudah ada perbincangan bahawa kerajaan PR boleh jatuh dan digantikan dengan Khalid Ibrahim yang akan bekerjasaama Umno. "Kalau tidak kerana dua wakil Pas yang memberi sokongan kepada Datuk Seri Wan Azizah, ianya berjaya menyelamatkan keadaan. "Sebab itu melihat situasi sekarang PR dalam keadaan bahaya, jadi kami terpanggil untuk menyelamatkan keadaan," katanya. Turut hadir dalam forum tersebut Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan bekas pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Aziz Bari. (SH) Lihat sebelum ini.. | ||
Pemuda PR Cadang Jumpa 3 Pemimpin Utama Posted: 08 Sep 2014 08:46 AM PDT Ibnu Hasyim Pemuda PR Cadang Jumpa 3 Pemimpin Utama KUALA LUMPUR: Pemuda Pakatan Rakyat mahu mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti dalam usaha mencari penyelesaian terhadap kekeruhan yang berlaku ekoran isu Menteri Besar Selangor. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, satu usaha penyelesaian segera perlu dibuat oleh pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti bagi mengembalikan semula sokongan rakyat khususnya di negeri Selangor. "Hari kelewatan itu akan mengurangkan jumlah sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Pakatan Rakyat di Subang hari ini. Turut serta pada sidang media itu Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Teo Kok Seong. Menurut Suhaizan, Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin ketiga-tiga parti dengan segera bagi tujuan itu. "Kami akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang; Presiden PAS, Dato Sri Anwar Ibrahim; Ketua Umum PKR dan Saudara Lim Kit Siang; Ketua Parlimen DAP dalam waktu terdekat untuk menyampaikan hasrat Pemuda Pakatan Rakyat dan harapan anak muda Malaysia," katanya. Beliau berkata, tindakan mengadakan pertemuan itu sebagai satu inisiatif bagi menyampaikan hasrat dan pandangan anak muda dalam kemelut yang berlaku itu. - HARAKAHDAILY 8/9/2014 | ||
Bayi 3 bulan maut di Pusat Asuhan Posted: 08 Sep 2014 06:39 AM PDT Tengok TV Online Bayi 3 bulan maut di Pusat Asuhan Kuala Lumpur: Seorang bayi perempuan berusia 3 bulan meninggal dunia semasa di bawah jagaan sebuah pusat asuhan di Bandar Utama, kira-kira jam 1.45 petang tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima laporan kematian bayi terbabit daripada pusat asuhan berkenaan pada jam 1.58 petang. Katanya, sepasukan anggota polis forensik dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mayat bayi berkenaan dihantar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Gambar Hiasan "Setakat ini punca kematian masih disiasat dan menurut ahli keluarga mangsa, bayi berkenaan dihantar ke pusat berkenaan setiap hari isnin hingga jumaat sejak kecil. "Mengikut siasatan awal pusat asuhan ini sudah beroperasi sejak lapan tahun lalu dan pemilik pusat ini juga mempunyai pengalaman selama 20 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini. -Hmetro | ||
PasMa/Dalaman Parti: Apa Kata Tok Guru Nik Aziz? Posted: 08 Sep 2014 04:58 AM PDT Ibnu Hasyim PasMa/Dalaman Parti: Apa Kata Tok Guru Nik Aziz? KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditanya mengenai penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin PAS, katanya, setiap parti baru yang ditubuhkan akan menemui kegagalan. "Waktu saya mula-mula sertai parti PAS dulu ada tiga parti iaitu Hamim, Berjasa dan Bebas Bersatu. Yang pegang jawatan tertinggi parti bukan sebarangan orang, tetapi hasilnya macam mana.." soalnya. Mursyidul Am PAS itu mahu ahli-ahli parti menggunakan peluang Muktamar Tahunan ke-60 di Batu Pahat bagi membincangkan masalah dalaman parti. Oleh itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ahli dan penyokong tidak sewajarnya mengeruhkan suasana politik sekarang dengan kenyataan tidak wajar melalui laman-laman sosial. Kata beliau ahli parti peringkat akar umbi dan pimpinan sewajarnya menerima keputusan pimpinan tertinggi parti demi kebaikan semua pihak. Katanya, setiap mesyuarat mengikut kaedah Islam diberi kuasa kepada pemimpin tertinggi parti membuat keputusan. "Zaman Rasulullah s.a.w. baginda mempengerusikan mesyuarat dengan diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan. "Begitu juga dalam kaedah parti kita sekarang, keputusan mesyuarat ditentukan pengerusi," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini. Beliau juga diminta mengulas isu yang berlaku di Selangor terutamanya cara Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menangani kemelut yang berlaku. Mursyidul Am berkata, ahli parti diingatkan jangan mengeruhkan suasana kerana ada pihak mengambil kesempatan bagi melumpuh gerakan parti. Katanya, apabila ahli parti sendiri mengeruhkan suasana ia memberi ruang pihak lawan menangguk di air keruh. Menyentuh peluang Pakatan di Pengkalan Kubor, kata beliau sebelum ini PAS ada rekod kemenangan di Dun terbabit. - (IH/HARAKAHDAILY) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan? | ||
Cerita benar : Tidak sedar Tuhan pula dipersalahkan! Posted: 08 Sep 2014 03:24 AM PDT Tengok TV Online Cerita benar : Tidak sedar Tuhan pula dipersalahkan! TIDAK SEDAR TUHAN PULA DIPERSALAHKAN Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffe kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dg saya."Tak makan ka?" Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang". Balas saya."Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.."Dia merungut. "Saya rasa kita kena ingat,reseki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagisn orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dg apa yg ada meskipun sekedar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya. Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat rezeki ditangan tuhan. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab tuhan akan jadikan. Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dg apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dg rasa lega dan reda,moga tuhan juga meredai. Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kits,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri. Oleh: Az Li | ||
Krisis MB: 'Cukup la...' - Teguran SU PAS Selangor Kepada PKR, DAP Posted: 08 Sep 2014 02:42 AM PDT Ibnu Hasyim Krisis MB: 'Cukup la...' - Teguran SU PAS Selangor Kepada PKR, DAP Justeru Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyeru kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu supaya akur dengan titah Sultan Selangor yang mahu supaya dikemukakan lebih daripada dua calon untuk dilantik ke jawatan berkenaan. "PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah tuanku sultan kerana kita tidak akan kemana-mana apabila menentang institusi raja. "Cukup la... (berikan sahaja tiga nama) mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang dah lama tergendala," katanya menerusi kenyataan pada Isnin. Menurusi kenyataan media oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin, PAS merupakan satu-satunya parti yang mematuhi titah Sultan Sharafuddin apabila mempersembahkan tiga nama seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu. Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras berharap krisis membabitkan penukaran menteri besar dapat diselesaikan segera demi kepentingan rakyat. "PAS Selangor ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan Baginda Tuanku Sultan Selangor atas kejadian yang berlaku. "Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku.. maka lagi susah rakyat kita," katanya. (MK) | ||
MB S'gor: PKR, DAP Engkar Arahan, Sultan Pilih PAS? Posted: 07 Sep 2014 11:39 PM PDT Ibnu Hasyim MB S'gor: PKR, DAP Engkar Arahan, Sultan Pilih PAS? KUALA LUMPUR: Istana Selangor hari ini menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan satu nama berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu sebagai 'engkar' kepada arahan Sultan. Dalam satu kenyataan, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan kedua-dua pati itu yang menghantar hanya satu nama sama menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan perbuatan derhaka kepada baginda. "DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014. "Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya. Namun demikian, katanya hanya parti PAS yang akur dengan titath DYMM Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor. PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama iaitu masing-masing dua Adun PKR dan seorang Adun PAS. PKR dan DAP pula mengemukakan nama tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Teliti nama lain Kenyataan itu juga menyebut, dengan penerimaan senarai calon itu, baginda akan menelitinya dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum membuat sebarang keputusan. "Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor maka baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya. - HARAKAHDAILY 8/9/2014 | ||
Terkini!! Berita Mengejutkan Dari Istana Selangor.. Posted: 07 Sep 2014 11:24 PM PDT Addin Terkini!! Berita Mengejutkan Dari Istana Selangor.. Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu. Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu. Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS. Difahamkan, nama calon dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar. Semalam Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti Islam itu akan menolak sekiranya Sultan Selangor melantik seseorang daripada Adun mereka untuk menjadi menteri besar. Ketika mengulas tindakan menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata, ia tidak akan menjadi isu. "Nama tak apa...Tuanku cuma minta cadangan. Nama tak jadi persoalan," kata Mustafa ketika mengulas kedudukan pencalonan Adun PAS itu. Mustafa berkata, mesyuarat semalam juga mengesahkan jawatan menteri besar Selangor adalah hak PKR. "PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor adalah untuk PKR," kata Mustafa pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat berlangsung lebih 5 jam. ~tmi Iklan C (ii) | ||
Punca Sebenar Sultan Selangor Murka Dengan PKR Dan DAP Tersebar.. Posted: 07 Sep 2014 10:45 PM PDT Addin Punca Sebenar Sultan Selangor Murka Dengan PKR Dan DAP Tersebar.. Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai "engkar" kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB. Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai "menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja" dan "merupakan perbuatan derhaka" kepada baginda. Dukacita dengan tindakan kedua-dua parti itu, beliau berkata PAS pula akur dengan permintaan baginda sultan seperti dalam surat bertarikh 27 Ogos lalu. "Manakala parti-parti DAP dan Keadilan telah masing-masing mengemukakan hanya satu nama yang sama iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor. "DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014. "Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini. ~mk Addin: Siapa Dato' Munir ini? Adakah dia ini benar-benar jurucakap Sultan atau... Iklan C (ii) | ||
Internet New Zealand lumpuh angkara rakyatnya gila tengok gambar bogeI Posted: 07 Sep 2014 10:39 PM PDT Tengok TV Online Internet New Zealand lumpuh angkara rakyatnya gila tengok gambar bogeI Wellington: Rangkaian perkhidmatan Internet New Zealand semalam lumpuh selepas warga negara itu berlumba-lumba untuk melihat gambar bogeI selebriti melalui pautan yang tersebar tanpa mengetahui ia adalah palsu. Percaya mereka berpeluang berkongsi melihat gambar Iucah selebriti yang dicuri penggodam sebelum ini, tanpa disedari memuat turun perisian hasad (malware) yang menyerang serta melumpuhkan Internet. Kejadian itu menyebabkan syarikat telekomunikasi gergasi New Zealand mengambil masa hingga semalaman untuk pulih. Mereka menganggap kejadian itu itu sebagai "serangan siber dinamik dan menjejaskan sehingga 600,000 pengguna. Minggu lalu orang ramai gempar apabila berita penggodam berjaya mencuri imej intim ramai selebriti tersebar selepas mereka menceroboh akaun peribadi tokoh terkenal itu. Antara selebriti didakwa menjadi mangsa penggodam itu ialah Jennifer Lawrence, Avril Lavigne dan Rihanna. Syarikat telekomunikasi Spark menulis di Twitter untuk menerangkan apa yang berlaku di New Zealand: "Jika pengguna Internet menekan pautan diberi, secara tidak disedari anda memuat turun malware dan meningkatkan aliran trafik melampau." Pakar keselamatan komputer Trend Micro mengeluarkan amaran sejurus sebelum serangan bermula dan menegah pengguna untuk tidak membuka sebarang pautan tertera berkaitan gambar sulit selebriti. "Atas alasan kukuh, menekan pautan gambar selebriti bogeI atau membuka e-mel akan memburukkan keadaan. "Melalui pemerhatian kami, skim palsu ini disasarkan kepada pengguna yang mahu melihat gambar hasil penggodaman berkenaan. "Ancaman pertama yang kami temui bermula di Twitter mengandungi nama Jennifer Lawrance," katanya. Trend Micro berkata pengguna pada awalnya ditawarkan klip video bogeI artis dan mereka diminta menekan pautan diberi. Setakat ini pihak berkuasa New Zealand belum mengetahui siapa dalang di sebalik serangan terbabit yang dilancarkan dari luar New Zealand. - AFP | ||
3 Exco PAS Dipanggil Mengadap S/Selangor -M/Insider Posted: 07 Sep 2014 08:48 PM PDT Ibnu Hasyim 3 Exco PAS Dipanggil Mengadap S/Selangor -M/Insider Tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, bermula dengan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini, kata sumber. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu. Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ketiga-tiga exco dari PAS itu dinamakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon menteri besar Selangor dalam surat pertamanya kepada istana yang dihantar pada 2 September lalu. Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor pada 3 September dan menamakan 2 Adun PKR dan seorang daripada PAS. Difahamkan, nama calon dihantar Hadi dalam surat keduanya adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Yaakob Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar. – 8 September, 2014. | ||
Lagi Berita Pening Dari Pejabat Agung PAS Posted: 07 Sep 2014 08:42 PM PDT Addin Lagi Berita Pening Dari Pejabat Agung PAS Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini membuat keputusan presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti, lapor Harakahdaily. Dalam satu kenyataan hari ini, mereka berkata ia merujuk kepada Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS yang menyatakan presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Majlis Syura Ulama juga memutuskan adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m) itu. Berikutan arahan ini, badan tertinggi dalam PAS itu menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam, kata kenyataan itu. Kenyataan majlis syura ini dibuat ketika pucuk pimpinan PAS bercanggah pendapat dalam isu perlantikan menteri besar Selangor selepas PKR memutuskan untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Dalam sidang media hari ini, kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilihat bercanggah antara satu sama lain. Ketika Mustafa berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk tidak menuntut kerusi MB Selangor dan menyerahkan kepada Sultan untuk memilih menteri besar, Mohamad pula berkata, jika sultan memutuskan PAS, "kita kena tolak". Pada 3 September lepas, Hadi menghantar surat kepada Istana Selangor mencalonkan tiga nama untuk dipertimbangkan oleh baginda bagi dilantik sebagai menteri besar Selangor. Dua darinya adalah Adun PKR manakala seorang lagi Adun PAS. Setiausaha Agung PAS berkata, keputusan menamakan ketiga-tiga mereka dibuat oleh Majlis Syura Ulama dalam mesyuarat mereka di Kota Baru. Ekoran itu, Mohamad Sabu membuat kenyataan pihaknya tidak tahu menanhu dengan keputusan itu dan masih berpegang dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu yang memilih Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali. Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari juga membuat kenyataan sedih dengan keputusan itu. Ekoran kenyataan-kenyataan ini, pelbagai tafsiran dibuat terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PAS sekarang sedang menghadapi pergolakan dalaman. ~tmi Iklan C (ii) | ||
Maira mimpi ayah 3 kali berturut, pulang dalam keadaan kurus kering! Posted: 07 Sep 2014 07:43 PM PDT Tengok TV Online Maira mimpi ayah 3 kali berturut, pulang dalam keadaan kurus kering! KUALA LUMPUR: Setengah tahun berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang di dalamnya. Seramai 239 orang tersebut merupakan ayah, ibu, abang, kakak, suami, isteri, kawan dan kepada seseorang dan hanya menyebut nama mereka sahaja boleh membawa memori yang indah kepada mereka. Walau bagaimanapun, enam bulan sejak kehilangan MH370, hanya air mata yang berlinangan dan kekecewaan yang dirasai oleh keluarga penumpang yang ingin mempercayai bahawa orang kesayangan mereka akan pulang satu hari nanti. "Beberapa hari lepas, saya berdoa kepada Tuhan sekiranya ayah saya masih hidup, berilah petunjuk kepada saya melalui mimpi, dan tiga hari berturut-turut, saya bermimpi tentang ayah saya." Inilah kata-kata sayu yang disuarakan Maira Elizabeth Nari, anak kepada Ketua Pramugara MH370, Andrew Nari, yang memberi gambaran bahawa walaupun sudah setengah tahun ayahnya tidak pulang, harapan bahawa ayahnya akan kembali tidak pernah pudar. Menurut Maira, mimpi itu meningkatkan lagi harapannya bahawa ayahnya akan kembali dan ia adalah satu petunjuk baginya. "Mimpi pertama adalah satu `kolaj gambar' di mana terdapat satu gambar hutan, satu gambar ayah saya sedang melihat saya dan satu gambar ayah saya sedang terbaring. "Mimpi kedua adalah ayah saya pulang untuk meraikan satu parti barbeku di rumah makcik saya. Parti seperti ini memang satu kebiasaan dalam keluarga kami. Tetapi dalam mimpi ini, ayah saya mempunyai rambut panjang. "Mimpi ketiga adalah sama seperti mimpi kedua, tetapi ayah saya nampak kurus kering dan tiada rambut," jelas Maira. Seperti Maira, ramai lagi keluarga mangsa tragedi MH370 masih mengharapkan kepulangan orang yang tersayang. MH370, dengan 239 penumpang yang kebanyakannya warganegara China, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing. Lebih 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat Boeing 777 itu melalui udara, laut dan dasar laut. Namun selepas enam bulan, tiada sebarang petunjuk dapat dikesan. Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan. Walaupun terdapat banyak teori konspirasi tentang kejadian itu antaranya rampasan dan sabotaj, baru-baru ini, pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia merumuskan bahawa kemungkinan besar penumpang pesawat itu meninggal dunia akibat sesak nafas selepas pesawat itu terbang ke arah Lautan Hindi di selatan secara autopilot. - Astro Awani |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post