Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Punca Ustaz Wan Ji Ditangkap Awal Pagi Tadi Tersebar

Punca Ustaz Wan Ji Ditangkap Awal Pagi Tadi Tersebar


Punca Ustaz Wan Ji Ditangkap Awal Pagi Tadi Tersebar

Posted: 09 Sep 2014 07:21 PM PDT


Addin

Punca Ustaz Wan Ji Ditangkap Awal Pagi Tadi Tersebar


Seorang pendakwah Islam ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 awal pagi tadi berikutan kritikan lantangnya terhadap pihak berkuasa agama.

Wan Ji Wan Husin, 32, bekas AJK Dewan Ulama PAS Selangor, ditangkap di Shah Alam kira-kira jam 2 pagi tadi.

Difahamkan dia yang dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 akan didakwa di mahkamah hari ini.Bagaimanapun, tuduhan khusus yang akan dibuat terhadapnya masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu malam tadi, dia menulis posting di laman sosial Facebook mengatakan tidak sempat pulang ke rumah seharian semalam tetapi dimaklumkan mengenai kehadiran polis di luar rumahnya.

Ia diikuti posting dibuat seorang rakan Facebooknya meletakkan gambarnya dikatakan berada di dalam kenderaan polis untuk dibawa ke lokap.

Sementara itu, Pemuda PKR mengutuk tangkapan itu.

"Kami tetap komited menuntut kerajaan mendengar suara rakyat meminta akta ketinggalan zaman dan kejam ini dimansuhkan.

"Pada masa sama, kami akan membantu memberikan khidmat guaman kepada Wan Ji sekiranya dia didakwa di mahkamah," menurut satu kenyataan dikeluarkan ahli majlis pimpinan Pemuda PKR Zafril Eusoff.

Wan Ji sebelum ini pernah bercakap menentang pihak berkuasa agama negara ini dan mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Dia juga mengundang kontroversi apabila membuat komen berkenaan raja-raja Melayu dan pernah disoal polis beberapa kali.

Antara lain, Wan Ji berkata Sultan tidak boleh menjadi ketua agama.

"Apa yang salah tentang Malaysia ialah ketua monarki juga digelar ketua agama. Jika kita gunakan istilah itu, bermakna apa saja yang dilakukan ketua agama menjadi agama itu sendiri.

"Tetapi, sesetengah tindakan Sultan bertentangan dengan agama Islam. Imej Islam semakin rapuh kerana perkara yang mereka lakukan, yang tidak betul di sisi Islam," katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu temubual Februari lalu. ~tmi




Iklan C (ii)







PKR Jawab Surat Amaran Dari Istana Selangor.. Ini Penjelasan SU Agung

Posted: 09 Sep 2014 06:39 PM PDT


Addin

PKR Jawab Surat Amaran Dari Istana Selangor.. Ini Penjelasan SU Agung


PKR enggan mengesahkan menghantar lebih 2 nama calon menteri besar Selangor kepada Sultan, tetapi mengaku menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah menjawab surat amaran daripada istana pada 3 September lalu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata surat itu ditandatangani presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diserahkan semalam.

"Kami hantar surat ke istana semalam tetapi saya tidak tahu isi kandungannya. Apa yang saya tahu hanya, surat dihantar, dan perkara ini dimaklumkan istana," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Katanya, mesyuarat itu tidak secara khususnya membincangkan isu pencalonan lebih 2 nama untuk jawatan menteri besar Selangor seperti titah Sultan.

Pada 3 September, istana Selangor menegur PKR kerana menghantar hanya satu nama calon menteri besar, menyebabkan parti itu mengumumkan yang ia akan mengambil langkah perlu dan wajar dalam masa 48 jam berikutnya. ~tmi



Iklan C (ii)







Luahan hati ibu, anak hampir diculik lelaki van putih

Posted: 09 Sep 2014 06:24 PM PDT


Tengok TV Online

Luahan hati ibu, anak hampir diculik lelaki van putih


Pasir Gudang: Setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.

Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.

Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis 'Majlis Perbandaran Pasir Gudang' (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

"Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.

"Saya cuba menguatkan semangat dan lebih berhati-hati ketika keluar bersama anak" Katanya yang ditemui di rumahnya, semalam. Hmetro


Sinar Baru Buat Pakatan Rakyat.. Baca Artikel Ini

Posted: 09 Sep 2014 05:33 PM PDT


Addin

Sinar Baru Buat Pakatan Rakyat.. Baca Artikel Ini


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengumumkan parti itu memberi laluan kepada calon PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Dr Wan Azizah berkata, keputusan tersebut dibuat atas dasar bertolak ansur dan kesepakatan sesama parti komponen Pakatan Rakyat (PR) walaupun kerusi tersebut ditandingi mereka pada dua pilihan raya lalu.

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding Pilihan Raya Kecil Pengkalan Kubur, mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik Dr Wan Azizah secara terbuka dan mempersoalkan kelayakan beliau sebagai calon menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah menekankan lawan utama mereka ketika ini adalah Umno dan Barisan Nasional (BN), bukannya bercakaran antara satu sama lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Saya percaya kita perlu kembali kepada hasrat rakyat agar Pakatan Rakyat terus menumpukan usaha menggembleng semula tenaga rakyat berhadapan Umno dan BN," katanya.

Beliau berkata, isu semasa yang dihadapi rakyat ketika ini lebih penting, antaranya isu kenaikan harga barang dan penggunaan Akta Hasutan secara besar-besaran terhadap ahli politik PR, ahli akademik dan wartawan.

"Rakyat kini berdepan dengan kenaikan harga minyak yang saya jangka akan diumumkan sebelum Belanjawan 2015, pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjelang April 2015, tangkapan dan pelbagai tindakan undang-undang khususnya di bawah Akta Hasutan selain adu domba perkauman dan keagamaan yang berterusan.

"Untuk berdepan dengan Umno dan BN secara berkesan, keutuhan dan kesepakatan dalam PR perlu dipertahankan agar kita bersatu menentang Umno/BN," katanya.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PKR pada awalnya menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi tersebut, bagaimanapun PAS Kelantan berkeras berkata kerusi tersebut hanya dipinjamkan kepada PKR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 September. ~tmi





Iklan C (ii)







Rompak, Paksa Seks Ora Di K'tanl, Kaji Semula Perundangan Tslam..

Posted: 09 Sep 2014 04:55 PM PDT


Ibnu Hasyim

Rompak, Paksa Seks Ora Di K'tanl, Kaji Semula Perundangan Tslam..

Rompak, paksa lakukan seks oral 
KOTA BHARU - Padah merompak dan memaksa mangsanya melakukan seks oral, seorang penjual sayur dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan rotan oleh mahkamah sesyen, di sini, petang tadi.

Tertuduh, Amran Yunus, 36, dari Kampung Chica, di sini, dihukum selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa pada tuduhan pindaan merompak wanita yang berusia 29 itu dengan mengambil wang tunai RM50, seutas gelang emas; lokat emas dan kunci kereta jenis Suzuki Swift di ladang kelapa sawit di Batu Jong, Kuala Krai, antara jam 7.20 dan 9 pagi, 4 Mei 2014.

Sebelum itu, mangsa behenti di sebuah stesen minyak menyedari salah satu daripada tayar keretanya pancit. Tertuduh kemudian mendekati mangsa dan menawarkan bantuan untuk menunjukkan kedai tayar, namun kedai yang ditunjukkan tutup.

Tertuduh kemudian menawarkan bantuan untuk membaikinya, namun tiba-tiba mangsa ditarik dan diikat pada kerusi belakang kereta. Dia kemudiannya memaksa mangsa melakukan oral seks. Enggan melakukannya, tertuduh bertindak mencurahkan gam ke dalam telinga dan memukul mangsa di mata serta perut. Mangsa ditinggalkan di kawasan itu selepas barangan berharga diambil.

Pada prosiding itu, peguam bela, Mohd Faizal Abdul Rahman merayu hukuman tertuduh diringankan dengan mengambil kira tertuduh yang mempunyai lima anak serta isteri, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat.

"Jenayah yang dilakukan tertuduh sangat serius. Saya mohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh. Mohon juga supaya mahkamah mempertimbangkan trauma yang dialami mangsa seperti mana laporan perubatan daripada pihak hospital," katanya

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sampai masanya sistem perundangan Islam yang jelas berkesan baik dikaji semula untuk dilaksanakan di negara ini sesuai dengan Perlembagaan Persekuruan, 'Islam (Ad-deen atau cara hudup) adalah Agama bagi Persekutuan'.

Mengapa negara umat Islam tidak mahu melaksanakan atau membuang perundangannya sendiri yang 'wajib' (perintah Allah SWT) dilaksanakan, tetapi mengambil undang-undang penjajah Lord Ried 'made in England' itu dipaksakan ke atas rakyat Islamnya sendiri? Membiarkan rakyat Islam sentiasa berdosa tidak dapat melaksanakan agamanya secara menyeluruh!


Iphone 6 & Iphone 6 Plus- Gambar, Harga, dan Spesifikasi

Posted: 09 Sep 2014 04:27 PM PDT


Tengok TV Online

Iphone 6 & Iphone 6 Plus- Gambar, Harga, dan Spesifikasi



Cupertino (Amerika Syarikat): Apple Inc mengejutkan penggemar teknologi seluruh dunia hari ini dengan melancarkan jam tangan pintar yang dikenali sebagai Apple Watch, peranti boleh pakai yang menjadikan produk pertama kategori baru sejak melancarkan iPad pada tahun 2010.

Ia menjadi langkah besar Apple kerana masih ramai mempersoalkan kredibiliti syarikat berkenaan selepas kematian pengasas bersama Steve Jobs pada 2011.

Perlancaran yang dibuat secara langsung itu menunjukkan iPhone 6 dan 6 Plus mempunyai skrin yang lebih besar serta ciri terbaru seperti mod tontonan mendatar yang cukup sesuai dengan saiz skrin yang diperkenalkan Apple.

IPhone 6 mempunyai skrin berukuran 4.7 inci, manakala iPhone 6 Plus 5.5 inci. Dalam pada itu, pembina aplikasi akan dapat mereka bentuk app yang boleh dilihat secara berbeza apabila telefon dipegang secara mendatar.

TIM Cook semasa perlancaran produk Apple. 

Apple juga memperkenalkan sistem baru bagi menggunakan telefon untuk membuat pembayaran kad kredit di kedai-kedai yang terpilih.

Bagi Apple, iPhone yang menjadi sumber utama keuntungan syarikat itu dapat membantu bersaing dengan peranti Android.

Resolusi skrin model 6 Plus jauh lebih tajam daripada iPhone sebelumnya iaitu 401 piksel per inci dan bukannya 326.

Telefon pintar baru ini tidak sebesar telefon terkini keluaran Samsung iaitu 5.1 inci Galaxy S5 dan 5.7 inci Note 4, namun produk terbaru ini dijangka dapat mengimbangi produk-produk Android yang lain.

Apple berkata, iPhone 6 dan 6 Plus lebih pantas dan mempunyai hayat bateri yang lebih baik daripada model sebelumnya.

Telefon pintar ini juga mempunyai sensor baru iaitu barometer, bagi menganggarkan berapa banyak yang anda memanjat tangga, bukan sekadar sejauh mana anda telah berjalan atau berlari.

Apple masih mengekalkan resolusi kamera pada 8 mega piksel, manakala saingan Android dan Windows telefon telah meningkatkan jumlah piksel berbanding iPhone.

Walau bagaimanapun, kiraan mega piksel bukanlah satu faktor dalam mengambil gambar yang baik.

Apple berkata, sensor baru yang direka semula dapat mengambil gambar yang lebih baik berbanding iPhone sebelum ini.

Apple juga meningkatkan ciri video gerak perlahan dengan 240 frame sesaat, dua kali ganda apa yang ada di iPhone 5s tahun lalu.

Telefon baru ini mula dijual di Amerika Syarikat pada 19 September, dengan pesanan awal bermula Jumaat ini.


Berkenaan dengan harga pula, ia sama dengan iPhone sebelum ini iaitu RM640 dengan kontrak dua tahun bagi model iPhone 6 dengan memori dalaman 16gb bagi pasaran Amerika Syarikat.

Manakala untuk memori dalaman 64gb berharga RM960 dan RM1,280 bagi 128gb. iPhone 6 Plus pula ditambah RM320 iaitu RM960 bagi 16gb, RM1,280 bagi 64gb dan RM1,600 bagi 128gb.

Walau bagaimanapun, harga bagi pasaran di Malaysia masih belum diketahui umum.

Suasana tiba-tiba menjadi riuh dengan tepukan penonton selepas Tim Cook mengumumkan peranti boleh pakai iaitu Apple Watch.

Kebanyakan interaksi antara muka dilakukan menerusi butang dail pada jam tangan pintar itu.

Ia dapat digunakan untuk mengezum dekat atau jauh bagi aplikasi peta dan gambar, supaya pemakai tidak terganggu jika mencubit masuk dan keluar untuk zum.

Difahamkan, jam tangan pintar ini akan hadir dalam pelbagai gaya dan tali dengan pilihan dua saiz.



Walaupun banyak perhatian tertumpu kepada peranti terbaru, sistem operasi yang bakal menjana iPhone baru ini juga dikemas kini kepada iOS8 dan pengguna iPhone 5 ke atas akan dapat memuat turun pada 17 September ini.

Apple Inc mula meperkenalkan iPhone generasi pertama pada 29 Jun 2007 yang hanya menggunakan rangkaian 2G dan sistem operasi iPhone OS 1.0.

Semenjak kemunculan produk ini, mendiang Steve Jobs yang juga CEO Apple pada ketika itu membuat revolusi terhadap produk telefon pintar sekaligus memberi impak yang besar kepada pengguna.

Saban tahun, Apple memperkenalkan iPhone 3G pada Jun 2008 diikuti iPhone 3Gs pada Jun 2009, iPhone 4 pada Jun 2010, iPhone 4s pada Oktober 2011, iPhone 5 pada September 2012 dan dua iPhone iaitu iPhone 5s dan 5c pada September 2013.

Sekalipun legasi Apple bertukar tangan kepada Tim Cook sebagai CEO yang baru selepas kematian Steve Jobs, rata-rata penggemar teknologi tetap berpuas hati dengan produk yang dihasilkan syarikat berkenaan.




'Terkinja-kinja Dengan Umno', Tektik Pecahbelahkan PAS. -Dr Mujahid.

Posted: 09 Sep 2014 03:39 PM PDT


Ibnu Hasyim

'Terkinja-kinja Dengan Umno', Tektik Pecahbelahkan PAS. -Dr Mujahid.


 
Ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai niat atau hasrat untuk "terkinja-kinja" bersama dengan Umno sepertimana andaian pelbagai pihak.

Mengakui wujud usaha memecahkan PAS dari dalam, Dr Mujahid menegaskan berdasarkan pengalaman dan sejarah, ahli yang menjadi agen Umno dalam parti "akan mengakhiri karier" politik mereka dalam parti itu jika berbuat demikian.

"Saya tidak menafikan bahawa hari ini Umno menggunakan taktik untuk memecahbelahkan PAS. Saya menyatakan PAS berdiri teguh menentang usaha untuk merosakkan PAS dari dalam.
"Pengalaman dan sejarah PAS, siapa yang merosakkan PAS atau menjadi agen yang terkinja-kinja (untuk) bersama Umno, mereka akan mengakhiri karier (politik) dalam PAS," katanya dalam satu forum malam tadi.

Bercakap atas pendirian PAS, Dr Mujahid yang juga MP Parit Buntar memberi jaminan PAS tidak akan bersama dengan Umno sekalipun pelbagai andaian dibuat mengenainya dan beliau tidak mampu menyekat persepsi itu.

"Saya nak beritahu, PAS tidak ada apa-apa hasrat atau niat untuk bersama dengan Umno," katanya sambil menegaskan sekali lagi pendirian PAS akan menolak jawatan menteri besar Selangor jika istana menawarkan kepada parti itu.

Anak lelaki bekas presiden PAS Yusof Rawa itu menjawab soalan berhubung tanggapan bahawa PAS akan bekerjasama dengan Umno susulan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang baru, dalam forum 'PAS campur Umno: Ke mana Hala tuju?' di ibu negara.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor membangkitkan cadangan bekerjasama dengan Umno jika Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan beberapa wakil rakyat sedia memberi sokongan.

Membangkitkan contoh tekanan Umno kepada Kelantan dan Terengganu yang majoriti rakyat kaum Melayu mengenai hak dan royalti, Dr Mujahid menempelak Umno yang didakwanya "tidak pernah mengambil peduli ketuanan Melayu dan Islam."

"Ini cukup terang dan jelas. Kalau parti ini dengan sama bangsa dia pun, dia injak-injak, adakah kita akan percaya Umno betul-betul boleh memperjuangkan semua bangsa di negara ini.
"Kami tidak sebodoh itu. Sebab itu tuan-tuan kena ingat, Umno (itu) tarikh luputnya sudah lama dah. Sebab itu kita sakit perut sekarang ini," katanya yang diiringi gelak ketawa kira-kira 500 hadirin yang membanjiri Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

Turut menjadi panelis dalam forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) ialah Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi dan pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

'Sokongan majoriti'

Sementara itu, Dr Abdul Aziz pula berpendapat bahawa pihak Istana wajib melantik Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang jelas mendapat sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat di Selangor.

Beliau juga berpendapatan kemelut yang berlaku termasuk meminta nama calon lain untuk dipertimbang menjadi MB "adalah satu penyimpangan daripada undang-undang, amalan dan adat politik yang konsisten" yang diamalkan di negara ini sejak merdeka.

"Maknanya, parti politik majoriti, (ataupun) parti pemerintah berhak untuk menukar kerajaan mengikut kehendak mereka. Jadi soal wajar ataupun tidak, itu bukan soal istana, itu soal orang politik.

"Rakyat yang akan menentukan sama ada terima ataupun tidak. Kerana dalam sistem kita kerajaan bertangungjawab kepada dewan dilantik secara formal oleh istana, baik Sultan, Yang di-Pertuan Agong atau Yang di-Pertuan Negeri.
"Tetapi kalau ditolak, saya katakan ia pelanggaran. Ia tidak ada remedi. Itupun sebenarnya dari segi perlembagaan dan deklarasi 1992 pun betul, supaya Istana jangan campur, sebab kalau campur, kita nak remedi, nak saman tak boleh," katanya. (MK)


MB: Tawaran Azmin, Kerana PKR Sanggup Mencuri ADUN PAS -Khalid Samad

Posted: 09 Sep 2014 02:39 PM PDT


Ibnu Hasyim

MB: Tawaran Azmin, Kerana PKR Sanggup Mencuri ADUN PAS -Khalid Samad



Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata, presiden parti itu membuat tawaran kepada Azmin Ali untuk menyertai PAS kerana bimbang PKR akan melakukan "pengkhianatan lebih besar" kepada parti Islam tersebut. Jelasnya, Hadi bimbang PKR akan membentuk kerajaan baru di Selangor tanpa penyertaan PAS.

Katanya, menurut kaca mata Hadi, keadaan itu mungkin berlaku apabila presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah membentuk kerajaan baru melalui sokongan majoriti 30 ADUN, termasuk dua wakil rakyat PAS. Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini, Khalid berkata jika keadaan itu berlaku, ia bakal mengundang kemarahan orang Melayu apabila terbentuk "kerajaan Melayu minoriti" di Selangor.

"Kalau dia (ADUN PAS) sanggup mengkhianati atau PKR sanggup mencuri ahli PAS (ADUN) untuk nak cukup 30 ahli, maka beliau khuatir pengkhianatan yang lebih besar berlaku...
"...iaitu PAS diketepikan (atau) ditendang keluar dan kerajaan dibentuk dengan 30 ADUN itu. Dalam keadaan itu, ia akan merupakan kerajaan Melayu minoriti. Dalam keadaan itu, orang Melayu akan marah kepada PAS.

Bimbang PAS jadi sasaran

"Jadi dalam konteks itu, dalam keadaan PAS dikhianati oleh PKR, maka tindak balas beliau (dengan) fikir bagaimana nak selamatkan keadaan, supaya tak timbul suasana orang Melayu tak marah kepada PAS," katanya.

Khalid berkata Abdul Hadi bimbang PAS dipersalahkan apabila isu perkauman ditimbulkan jika terbentuk kerajaan yang majoritinya dikuasai DAP. Maka, Abdul Hadi memikirkan satu tindak balas iaitu "dia curi orang kita, kita pun curi balik orang dia", kata MP tersebut.

"Jadi saya faham dalam konteks itu. Bukan dalam konteks kita merancang (bahawa) kita nak bentuk kerajaan dengan Umno dengan membawa orang daripada PKR. Tetapi sebagai tindak balas sekiranya kita dikhianati," katanya.

MP Shah Alam itu dtanya mengenai kandungan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat pada 25 Ogos lalu. Dalam mesyuarat itu, Hadi didakwa menimbulkan saranan agar Azmin dan beberapa ADUN PKR menyertai PAS untuk bekerjasama dengan Umno di negeri itu.

Bukan dirancang

Isu berkenaan mengejutkan banyak pihak dan mencetuskan persoalan dan membangkitkan kemarahan ramai pemimpin dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Khalid berkata cadangan tindakan balas oleh Hadi bukan sesuatu perkara yang dirancang atau PAS, dan parti itu juga tidak berniat untuk membuat rancangan seperti itu. Sebaliknya ia hanya senario yang dibangkitkan sekiranya PAS dikhianati oleh PKR, katanya.

"Apa yang berlaku, menurut apa yang dijelaskan, Azmin datang jumpa dia dan ucapkan terima kasih.
"Dalam keadaan kegusaran memikirkan 30 SD (pengakuan berkanun) dah cukup bentuk kerajaan dan PAS akan dikhianati, maka ditanya kepada Azmin (tentang cadangan itu).
"Dalam keadaan itu, mungkin kita kena bertindak balas, memanggil orang PKR termasuk Azmin (bersama PAS)," katanya.

Perlu diperhalusi

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan cadangan Hadi itu, Khalid yang juga anggota Biro Politik PAS berkata ia "satu kemungkinan yang perlu difikirkan."

"Sebab kita dikhianati. Kami sepatutnya membentuk kerajaan Pakatan Rakyat tapi kami ditendang keluar," katanya yang juga MP Shah Alam.

Ditanya sama ada PAS sedia bekerjasama dengan Umno selepas dikhianati PKR dan menjadi pembangkang bersama dalam DUN Selangor, Khalid berkata:

"Jika PAS dikhianati sehingga ke tahap PAS ditendang keluar (daripada Pakatan Rakyat), adakah ini salah untuk bertindak sedemikian rupa?" soal Khalid. (MK)



Cerita Sebenar Gambar wanita bertudung pegang anjing tersebar!

Posted: 09 Sep 2014 09:39 AM PDT


Tengok TV Online

Cerita Sebenar Gambar wanita bertudung pegang anjing tersebar!



Gara-gara gambar wanita bertudung memegang anjing tersebar di media sosial, ramai yang tampil mengecam dengan pelbagai bentuk kata-kata nasihat dan teguran. Namun, seorang pengguna Facebook mendedahkan cerita sebenar di sebalik gambar viral itu tersebut seperti dibawah

"Sebab ramai orang kita ni PEMALAS selidik dan baca komen dulu sy post lagi sekali untuk para pemalas nahh.

Akak kenapa tak ambik caption saya sekali? Kat caption saya dah terang-terang ada perkataan DONEVISIT. Maksudnya saya pergi melawat anjing ni selepas saya resque dia di tengah jalan raya berdarah-darah yang tak ada siapa peduli langsung dengan haiwan.

Yah, orang kita anggap jijik ni. Mungkin dah mati kalau takde siapa ambil dia. Ini office seorang indian guy yang ambil bela anjing tu.

Isu saya pegang anjing ni tolong bagi dalil kat saya pegang anjing tu berdosa. Kalau saya sertu badan saya, saya dah bersih 100%. Jangan tanya yakin ke bersih sebab was-was tu hasutan syaitan. Was-was tu orang empunya diri yang rasa. Kalau saya was-was lagi biasanya saya basuh lagi sekali sampai hilang was-was.

Korang mengata tanpa usul periksa selagi tak minta maaf boleh bersih tak dosa tu? Kenapa nak pegang kalau dah tau kena sertu bagai? Saya tak minta ada rasa kesian yang melampau kat haiwan. Saya tahu yang saya sentuh anjing tak berdosa. Jadi apa yang saya nak takut? Dalam gambar ni, saya rasa saya bertudung lengkap baju lengan panjang. Satu-satunya orang anggap gambar ini berdosa sebab ada anjing dalam tu.

Kenapa upload? Ramai yang nak tahu perkembangan anjing tu. Ramai yang dah derma untuk kos pembedahan dia. Jadi saya upload untuk kawan-kawan saya. Ada yang saya tak dapat di approve. Jadi follower saya je. Jadi saya publickan. Biar yang mana follow saya dan dah derma untuk anjing ni dapat tahu perkembangan dia sekali.

Banyak cara lagi nak buat baik? Ini pilihan saya. Saya tak rasa baik pun buat benda ni semua. Tapi atas rasa tanggungjawab sesama makhluk bernyawa, buang kayu tajam tengah jalan pun dah kira buat baik. So terpulang pada individu nak berbuat baik cara mana pun selagi tidak melampaui batas.

Yang cakap pasal jaga kebajikan mak ayah dan orang tu, saya nurse, b0nt0t mak ayah orang lain pun saya cuci. Insha Allah mak ayah saya takkan saya abaikan. Terima kasih atas teguran. Last but not least, kat Malaysia je pegang anjing orang anggap riak. Tq. 
Mungkin sebab itulah kita diseru sebagai seorang pengguna media sosial yang bijak perlulah sentiasa menyelidik terlebih dahulu maklumat yang diperolehi agar tidak terjadi seperti perkara ini.

Kredit -Friends of BN, Mymediahub







Punca Sebenar kes buli pelatih PLKN di Kem Cenderawasih Cador

Posted: 09 Sep 2014 07:43 AM PDT


Tengok TV Online

Punca Sebenar kes buli pelatih PLKN di Kem Cenderawasih Cador


Satu rakaman video menunjukkan sekumpulan pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) memukul seorang rakan mereka yang mula tersebar di laman sosial Facebook hari ini disahkan sebagai video lama membabitkan insiden pergaduhan yang berlaku di Kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang, Terengganu, tahun lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan JLKN sebentar tadi, bagaimanapun pihak JLKN katanya, sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani insiden terbabit.

Abdul Hadi berkata, kes berkenaan sudah pun diambil tindakan mengikut standard prosedur operasi (SOP) JLKN dan satu laporan polis juga sudah dibuat pada hari sama.

Menurut perkongsian video di Youtube yang dimuatnaik pada 6 Mac 2014 mendedahkan bahawa pelatih PLKN yang dibuli didakwa telah mencuri duit rakan pelatih yang lain di asrama mereka.

Walaupun telah lama, penyebaran video itu pasti membimbangkan para ibu bapa pelatih yang sedang mengikuti latihan PLKN di kem seluruh negara.

Lihat Video:



Berita Tergempar Dari Pejabat Agung PAS..

Posted: 09 Sep 2014 05:31 AM PDT


Addin

Berita Tergempar Dari Pejabat Agung PAS..


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Setiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".

Kardee berkata, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dahulu mengenai apa sahaja perkara. Katanya, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya, perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.

"Justeru, adalah aneh sekali apabila presiden secara tiba-tiba boleh bertindak seorang diri melangkaui kuasa Dewan Harian mahupun kuasa Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang menurunkan kuasa kepadanya.

"Lebih-lebih lagi, keputusan mengenai mencalonkan menteri besar di kalangan ahli Dewan Undangan PAS juga dibuat tanpa memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli Dewan Harian yang lain.

"Luham berpendapat sebarang tafsiran yang membenarkan presiden bertindak hingga ke tahap yang dinyatakan tersebut adalah bercanggah dengan roh, matan dan niat Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan hari ini. ~tmi






Iklan C (ii)







Doktrin Perempuan Jadi Pelacur Ditahan Di Israel..

Posted: 09 Sep 2014 12:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Doktrin Perempuan Jadi Pelacur Ditahan Di Israel..

Ilustrasi Prostitusi.

Polis Israel berkata mereka telah menahan rangkaian pelacuran atas nama agama yang mendoktrin perempuan Yahudi melacur pada lelaki non-Yahudi, demi misi keyakinan.

Pejabat berita AFP melaporkan, Selasa (9/9), suspek utama merupakan lelaki usia 60 tahunan asal Bandar Kiryat Arba. Ini penempatan garis keras di sempadan dengan Tebing Barat, Palestin bahagian selatan.

Petugas juga menyiarkan, mereka menangkap lapan ahli menamakan diri 'penyelamat' terdiri daripada lelaki dan perempuan. Target mereka yakni perempuan terdedah mental dan boleh dilacurkan di bawah pengaruh dadah serta alkohol.

Mereka mengatakan berhubungan seks secara khusus dengan orang-orang non-Yahudi boleh menyelamatkan agama ini serta menebus dosa-dosa kaumnya.


Inspektor Polis Arik Mordechai mengatakan tengah menyiasat kes ini. Dia bilang sekitar 15 perempyan sudah direkrut dan beberapa di antaranya masih di bawah umur.  

"Biasanya yang menggunakan perkhidmatan pelacur ini warga Tebing Barat dan pekerja asing di Ibu Kota Tel Aviv," ujar Mordechai. (IH)


Pelakon wanita bunuh suami selepas dipaksa berlakon dalam filem Iucah

Posted: 09 Sep 2014 12:42 AM PDT


Tengok TV Online

Pelakon wanita bunuh suami selepas dipaksa berlakon dalam filem Iucah


SEORANG aktres naik berang sehingga membunuh suaminya yang memaksa dia untuk berlakon dalam filem Iucah bagi menjelaskan hutang perniagaan, lapor Makkal Osai.

Aktres Shruti Chandralekha,22, dari Bangalore ditahan kerana membunuh suaminya, Peter Prinzo,35.

Menurut akhbar tersebut, selain Chandralekha yang merupakan pelakon beberapa filem Tamil dan Kannada, polis turut menahan dua orang disyaki bersubahat dengan kes pembunuhan ini pada Januari lalu. 

Mereka menanam mayat itu di Palayamkottai di daerah Tirunelveli.

Dilaporkan bahawa Prinzo telah meminjam wang dengan kawannya untuk memulakan perniagaan secara online.

Bagaimana pun perniagaannya itu gagal dan dia berada dalam tekanan seterusnya memaksa Chandralekha berlakon dalam filem Iucah.


Pihak polis membuat tangkapan sejurus abang mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya.


PKR Buat Kejutan Lagi..

Posted: 09 Sep 2014 12:38 AM PDT


Addin

PKR Buat Kejutan Lagi..


PKR memberi laluan kepada PAS bertanding dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor yang sebelum ini ditandingi PKR.

"PKR memutuskan untuk memberi laluan kepada calon PAS bertanding dalam PRK Pengkalan Kubor.

"Ini mengambil kira perlunya sesama kita ini bertolak ansur, saling memahami dan berjiwa besar," kata Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan.

Menurut Azizah, keputusan itu dibuat untuk "berhadapan dengan Umno BN secara berkesan, utuh dan sepakat".

Pengumuman ini dibuat sehari sebelum BN dijangka mengumumkan calon mereka di Tumpat, esok.

Wakil rakyat sebelum ini, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN mati akibat kanser hati, 20 Ogos lalu.

Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada 13 September manakala pilihan raya kecil pada 25 September. ~mk





Iklan C (ii)







Forum PasMa 1: Mujahid Dilihat Terlalu Pertahankan A/Hadi.

Posted: 09 Sep 2014 12:01 AM PDT


Ibnu Hasyim

Forum PasMa 1: Mujahid Dilihat Terlalu Pertahankan A/Hadi.

AJK PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada hadiri di forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 9 September, 2014.

AJK PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada hadiri di forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia di Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 9 September, 2014.Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) malam tadi yang mensasarkan untuk menghalang sebarang kerjasama di antara PAS dan Umno menyaksikan hadirin meluahkan kemarahan terhadap parti Islam itu dan presidennya berhubung peranan mereka dalam krisis menteri besar Selangor.

Persoalan sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dikenakan tindakan kerana menentang keputusan parti dalam isu menteri besar Selangor termasuk masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) diajukan kepada ahli panel Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat PKR kerana enggan menurut keputusan parti, apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Hadi kerana menentang keputusan parti dalam isu MB Selangor?" soal seorang hadirin disambut tepukan gemuruh di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi.

Terdapat hadirin yang merungut bagaimana rosaknya imej PAS dalam menguruskan krisis ini sehingga seorang daripada hadirin mempersoalkan Mujahid mengapa beliau dan pemimpin seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Khalid Samad perlu memberikan penjelasan kepada orang ramai berhubung masalah dilakukan pemimpin lain.

Mujahid yang berhati-hati memberikan penjelasan kepada kira-kira  500 hadirin berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan Hadi tidak dianggap maksum oleh parti Islam itu.

"PAS nak bersama dengan Umno, anda boleh mengandaikan apa yang anda ingin andaikan. Saya tidak boleh menyekat anda mengandai demikian.
"Saya mahu beritahu pada malam ini di depan kamera dan wartawan. Jangan misquote saya. PAS tidak ada apa-apa hasrat atau pun niat untuk bersama dengan Umno," katanya disambut dengan tepukan hadirin pelbagai kaum di forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju itu.

Mujahid berkata, tiada perjuangan dalam parti atau gerakan Islam yang mensucikan pemimpin tertentu dan mereka juga boleh ditegur kerana tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
AJK PAS Pusat itu berkata, ketaatan kepada pemimpin bukanlah bersifat mutlak kerana kepatuhan sepenuhnya hanya diberikan kepada perintah Allah dan Nabi Muhammad.

"Kami orang PAS dididik dengan satu hadis Nabi Muhammad, 'ketaatan manusia sesama manusia adalah ketaatan yang tidak mutlak manakala ketaatan kepada Allah dan rasul itu adalah mutlak'," katanya.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata tindakan PAS akhir-akhir ini tidak menunjukkan mereka mahu terus bersama PR.

"Kadang-kala kita melihat penegasan yang dibuat PAS kita akan sentiasa bersama Pakatan tetapi dalam tindakan kita rasa tidak berapa jelas.
"Memang kita tidak boleh nafikan dalam konteks persaingan mesti ada agenda Umno untuk melemahkan PR. Kita tidak boleh nafi. Ini persaingan dalam politik. Mesti ada jarum yang masuk ke dalam PAS dan mungkin sudah ada orang dalam PAS yang sudah mula terpengaruh.
"Kita sudah dilihat ada pimpinan PAS macam Ustaz Nasharuddin sudah sangat intim mengikut perdana menteri ke sana sini tetapi saya rasa dia belum dipecat. Phahrolrazi berkata, jika PAS mahu keluar daripada gabungan itu dan bersendirian, ia akan menguntungkan Umno kerana rakyat sudah tiada lagi gabungan alternatif untuk disokong.

"Kita tidak mahu PR runtuh akhirnya kita kembali kepada zaman 1950-an, 1960-an, 1970-an di mana hanya satu parti saja menguasai dan rakyat tidak ada pilihan. Adakah kita bersedia untuk kembali ke zaman itu?
"Politik yang sihat adalah politik di mana rakyat berpeluang membuat pilihan dan mereka yang diberi kuasa hendaklah bersedia dan ingat rakyat akan membuat pilihan dan menukar kerajaan," katanya.

Rayuan presiden PasMa agar PAS kekal dalam PR disambut dengan sorakan hadirin yang setia menanti forum selama 3 jam itu. PasMa, ditubuhkan ahli PAS yang mahu parti itu kekal dalam PR dan dilancarkan di Kota Baru pada 31 Ogos.

Bagaimanapun Mujahid enggan terheret sama dengan kekecewaan hadirin dengan peranan Hadi dalam krisis menteri besar Selangor dan dilihat masih membelanya. Aziz bagaimanapun kurang bersetuju dengan kenyataan Mujahid yang dilihat terlalu mempertahankan Hadi. Katanya, PAS tidak perlu membeza-bezakan ahlinya dalam mengambil tindakan kerana segalanya perlu diadili secara saksama.

"Saya kurang bersetuju dengan Mujahid. Kenapa tidak katakan dalam parti semua sama? Siapa saja boleh dikenakan tunjuk sebab.
"Kenapa mesti pertahankan presiden secara tidak langsung? Hendak buat apa? Semua orang tahu.
"Boleh terangkan dalam parti semuanya sama. Jangan ingat satu golongan manusia maksum, satu golongan tidak boleh tegur," katanya.

Mujahid dalam menegakkan hujahnya berkata, apa yang dikatakannya adalah prosedur dalam parti dan terpulang bagaimana pihak tertentu menafsirkannya.

"Saya tidak kata begitu. Saya hanya katakan dalam disiplin ada prosesnya. Itu saja. Dia hendak tafsir saya mempertahankan, itu masalah dia," katanya kepada Aziz. – 9 September, 2014. (TMI)


Bukti Pesuruhjaya PAS Selangor Bakal Menjadi MB Jumaat Ini Tersebar?

Posted: 08 Sep 2014 11:39 PM PDT


Addin

Bukti Pesuruhjaya PAS Selangor Bakal Menjadi MB Jumaat Ini Tersebar?


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad tidak tahu beliau bakal megangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka itu turut menafikan dipanggil untuk mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti dilaporkan media semalam.

"Saya tidak tahu pun yang saya kononnya akan angkat sumpah Jumaat ini," katanya yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor itu melalui akaun Facebooknya.

Semalam beberapa portal berita dan blog melaporkan Iskandar akan mengangkat sumpah sebagai menteri besar Jumaat ini.

Beliau juga dilaporkan dipanggil mengadap Sultan di samping 2 lagi exco PAS Selangor iaitu Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Iskandar berkata, beliau kini memberikan tumpuan kepada anaknya Ismail yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar nama 2 Adun PKR dan seorang Adun PAS untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Nama Adun PAS itu kemudiannya dikatakan Iskandar manakala dua Adun PKR adalah Dr Idris Ahmad (Ijok) dan Dr Yaakub Sapari (Kota Anggerik).

Semalam Sultan Selangor murka dengan tindakan PKR dan DAP yang enggan mematuhi perintah baginda agar menghantar lebih 2 nama ke istana.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Adun lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani, semalam. ~tmi





Akhirnya.. DAP Tarik Hand Break..

Posted: 08 Sep 2014 10:43 PM PDT


Addin

Akhirnya.. DAP Tarik Hand Break..


Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Satu kenyataan Lim hari ini menyebut, beliau memohon ampun kerana tindakan tersebut menyebabkan sultan berasa dukacita.

Jelasnya, keputusan untuk mengemukakan nama calon tunggal itu dibuat selepas rundingan dengan ketua umum PKR, yang juga suami kepada Wan Azizah, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"...Ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya.

Tambahnya, keputusan itu juga berdasarkan sokongan bertulis daripada majoriti 30 daripada 56 ADUN Selangor kepada Wan Azizah.

Ia juga berdasarkan sepakat di antara parti Pakatan Rakyat bahawa calon MB baru itu dari parti PKR, katanya lagi. ~mk




Iklan C (ii)







4 Gambar ngeri pergaduhan kumpulan Melayu angkara Peraduan Gores & Menang

Posted: 08 Sep 2014 10:42 PM PDT


Tengok TV Online

4 Gambar ngeri pergaduhan kumpulan Melayu angkara Peraduan Gores & Menang



Melalui perkongsian gambar-gambar di laman Facebook Daily Traffic Report, melaporkan kejadian pergaduhan di antara dua kumpulan Melayu (Pekida) pada 8 September 2014 lebih kurang 5 petang di Tingkat 1, World One SP Enterprise, Legenda Heights di Sg Petani, Kedah. Punca pergaduhan angkara Penipuan Syarikat Peraduan Gores dan Menang didakwa dimiliki oleh seorang lelaki Cina.

Laporan kejadian:
Kumpulan lelaki Melayu yg diketuai oleh mangsa Zulkarnain b. Ibrahim bertindak sbg pelindung kpd Syarikat Gores & Menang telah datang ke alamat diatas selepas dihubungi oleh lelaki Cina. Pada masa itu sekumpulan lelaki Melayu lebih kurang 10 orang yang diketuai oleh Kasturi b. Abd Majid datang mendakwa seorang kawannya ditipu oleh syarikat tersebut. Semasa perbincangan tiba2 pergaduhan berlaku & 2 lelaki Melayu serta seorang lelaki Cina telah ditetak oleh kumpulan lelaki Melayu.

Mangsa (2)(L)(M) dihantar ke HSAH & (1)(L)(C) dihantar ke Hsptl Pantai terima rawatan di zon merah.

(2)(L)(M) Kecederaan kesan tikaman/hirisan dibhg dada & (1)(L)(C) cedera dibhg kepala. Semua mangsa ditahan diwad utk pemeriksaan lanjut.

Saspek nama Kasturi Abd Majid & kumpulan sedang dikesan untuk dibuat tangkapan.

Mangsa dari Kumpulan Pekida Jitra yang menyerang Pekida dari Gurun.

Motif kejadian adalah penipuan syarikat Gores & Menang. Kumpulan Pekida dari Jitra bersekongkol dengan lelaki Cina menjalankan perniagaan Gores & Menang di Sg Petani. Manakala group Pekida Gurun mewakili mangsa seorg lelaki Melayu yang ditipu oleh syarikat tersebut datang utk menuntut kembali wang yang ditipu.




PAS, Sejarah Peralihan 80an Akan Berulang? -Malaysiakini

Posted: 08 Sep 2014 09:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

PAS, Sejarah Peralihan 80an Akan Berulang? -Malaysiakini

 
Cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar Selangor jika dapat menarik beberapa lagi anggota PKR bekerjasama dengan Umno, menimbulkan keresahan anggota jawatankuasa (AJK) PAS.

Sekalipun pegawai kanan Hadi dan pemimpin PAS menafikan keras, ia tetap mengundang resah dan "penolakan dari dalam" kumpulan Erdogan, malah segelintir kumpulan pro-ulama yang "berang berbaur terkejut" dengan perkara itu.

Sumber-sumber PAS memberitahu Malaysiakini, mesyuarat AJK pusat Isnin lalu, ada pemimpin yang sudah malas 'bergaduh' dengan Hadi.

Malah ada juga yang 'bersingsing lengan' dengan presiden PAS itu dan ada juga yang mempertahankan keputusan 17 Ogos itu yang memilih Azmin di samping Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Ekoran itu, pemimpin PAS dilihat dalam dilema - diluah mati emak, ditelan mati bapa - ekoran pendirian terbaru Hadi yang tidak selari dengan keputusan sebulat suara AJK Pusat PAS Ahad dua minggu lalu. Ia sekaligus menambahkan parah krisis menteri besar Selangor.

Bagaimanapun penolakan itu, sumber-sumber parti memberitahu, tidak sampai ke tahap penolakan mutlak terhadapnya, termasuk dalam Muktamar PAS 2014 di Johor pada 18-20 September depan.

"PAS berada dalam keadaan dilema tetapi tidak sampai menolak Abdul Hadi (di muktamar). (Malah) ada pemimpin kanan PAS yang tak dipercayai oleh Abdul Hadi (ekoran penolakan itu).
"Mereka terkejut dan tidak setuju dengan dua perkara, bergabung dengan Umno dan mengajar parti rakan khianat (kepada Pakatan Rakyat)," kata sumber kepada dihubungi Malaysiakini semalam.

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
Sejarah 80-an berulang?

Mengimbau sejarah PAS lebih tiga dekad lalu, sumber-sumber berkata isyarat penolakan Hadi itu boleh berlaku sepertimana ketika Yang Dipertua PAS Datuk Asri Muda disingkirkan pada 1982 dan digantikan Yusof Rawa. Sementara pada 1986 pula, Yusof pula diasak apabila idea penubuhan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC), sebuah badan bagi mempromosikan dasar PAS kepada bukan Islam, ditolak walaupun menjadi sebahagian daripada ucapan dasar yang dipertuanya.

"(Dengan kata lain, perwakilan ketika itu) menolak usul yang menjadi sebahagian daripada ucapan dasar, (dan ia) dianggap sebagai menolak presiden," katanya.

Sumber-sumber lain yang dekat dengan PAS pula mempersoal perubahan sikap Hadi yang dikatakan tiba-tiba menjadi negatif dan kelihatan terlalu marahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada Isnin lalu.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan untuk menolak Hadi termasuk mencabarnya sebagai presiden pada pemilihan PAS tahun depan. Antara alasan yang digunakan ekoran ekoran pendekatan "one man show" (bergerak sendiri) beliau dalam membuat keputusan politik. Malah, kedua-dua kelompok dalam PAS – kumpulan Erdogan dan pro-ulama – kini dikatakan sama-sama cuba "membersihkan" satu sama lain.

"Presiden akan dicabar," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sementara itu, mengakui PAS berdepan dengan "situasi berkecamuk" berhubung kemelut ini, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengakui "PAS pernah mengalami situasi penolakan" terhadap ketuanya sebelum ini.


Salahuddin: Ribut mana tak berhenti

"(Tetapi) biarlah masa menentukan. Untuk berlaku adil terhadap presiden (Hadi), beliau boleh berhujah, memberi pandangan, menjawab persoalan secara terbuka sebagai ketua parti. Maka berlaku interaksi dua hala.
"Perwakilan (juga) akan memberikan penilaian yang jujur dan muktamar terbuka untuk bercakap. Muktamar satu lagi medan untuk perwakilan berucap mengenai harapan, sindiran atau kritikan," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada cadangan bekerjasama dengan Umno yang dikemukakan Hadi itu boleh mencetuskan tanggapan buruk terhadap pemimpin nombor satu PAS itu, sekaligus menyebabkan beliau ditolak. Salahuddin, bekas MP Kubang Kerian itu berkata, sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi, PAS tidak mengongkong semua pihak dalam parti itu memberikan pandangan.

"Akhirnya satu keputusan dapat dicapai. Biarkan ia (krisis MB ) bergelora dan akhirnya berakhir dengan satu kematangan. Politik baru ini tidak boleh dielak. Ini yang anak muda mahu.
"Biarkan gelora itu berhenti (dengan sendirinya). Ribut mana yang tidak mahu berhenti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. (MK)


Calon MB: Hantar 1 Nama Bukan Kesalahan Jenayah -Dr Abdul Aziz Bari.

Posted: 08 Sep 2014 08:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

Calon MB: Hantar 1 Nama Bukan Kesalahan Jenayah -Dr Abdul Aziz Bari.


(Dari kiri) Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari sebagai ahli panel dalam forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju anjuran PasMa malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 9 September, 2014. (Dari kiri) Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari sebagai ahli panel dalam forum bertajuk PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju anjuran PasMa malam tadi. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 9 September, 2014.

Tindakan PKR dan DAP menghantar 1 nama iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar tidak melakukan sebarang kesalahan walaupun dimurkai Sultan Selangor, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar Perlembagaan itu berkata undang-undang di Malaysia tidak menyifatkan derhaka kepada Sultan sebagai satu kesalahan jenayah dan ia tidak seperti yang ditetapkan di negara jiran Thailand.

"Setahu saya tidak ada undang-undang di Malaysia ini yang menjenayahkan apa yang dikatakan derhaka. Derhaka bukan satu kesalahan sebenarnya.
"Tidak seperti di Thailand ianya satu kesalahan. Sesiapa yang dianggap biadap kepada raja boleh dihukum dan sebagainya. Itu undang-undang mereka tetapi di sini tidak ada.
"Itu hak 'pihak' berkenaan menderhakakan sesiapa jadi katak atau apa," katanya ketika berucap di forum PAS Campur Umno: Ke Mana Hala Tuju di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahan baginda supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, Sultan Selangor juga tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," titah Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.

Aziz berkata, pihak istana perlu sedar urusan pentadbiran kerajaan negeri digerakkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dan segala urusan pentadbiran berada di bawah tanggungjawab mereka.
Katanya, konsep demokrasi berparlimen jelas melindungi istana daripada terlibat dengan kancah politik berbeza seperti negara yang mengamalkan lantikan pemimpinnya secara terus.

"Adakah istana sanggup dilibatkan jika kerajaan ini gagal? Jika sistem ekonomi dan prestasinya gagal? Mahu? Jadi macam Brunei atau Saudi. Kerajaan itu lantikan peribadi raja. Apa-apa hal raja tanggung. Jangan komen, jangan kata, jangan kritik.
"Demokrasi berparlimen untuk lindungi istana supaya jangan terlibat dengan politik. Itu tujuannya," katanya kepada 400 hadirin yang menghadiri forum berkenaan.

Beliau turut membidas kenyataan Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman semalam yang menggesa rakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya akur kepada titah Sultan Selangor dalam kemelut melibatkan nama calon menteri besar yang masih berlarutan.

Katanya, bukan pemimpin PR yang menderhaka kepada institusi diraja sebaliknya perkara berkenaan terdahulu dilakukan oleh Umno dalam krisis pentadbiran sebelumnya.

"Saya dapati setiausaha PAS Selangor agak pelik kerana dia seolah-olah melihat ini satu usaha melawan dengan istana. Tiada siapa yang mahu berlawan dengan istana. Yang menuduh kita melawan istana adalah Umno.
"Dalam demokrasi tiada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Dalam Islam pun tidak ada. Kuasa mutlak hanya kepada Allah, raja segala raja," katanya.

Khairuddin dalam satu kenyataan semalam berkata kedegilan PKR dan DAP dalam kemelut menteri besar Selangor adalah perkara sia-sia kerana ia menyusahkan rakyat Selangor.

"PAS Selangor mohon rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi raja ini.
"Kita yakin kemelut ini boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera. Lagi lama kemelut ini berlaku, maka lagi susah rakyat kita.
"Cukuplah. Mari kita fikir pula masalah kebajikan rakyat yang sudah lama tergendala," katanya. – 9 September, 2014. (TMI)


Lelaki berak di khalayak ramai

Posted: 08 Sep 2014 07:42 PM PDT


Tengok TV Online

Lelaki berak di khalayak ramai



KEJADIAN 'melepas hajat' di tempat awam di negara jiran kita, Singapura semakin menjadi-jadi kebelakangan ni. Seorang wanita, Issha terkejut apabila melihat seorang lelaki yang melakukan 'urusannya' di sebelah perhentian bas yang sesak berhampiran Jurong East Block 302.

Memetik laporan portal, stomp.com.msg, kejadian itu dirakan kira-kira jam 9.45 pagi semalam. Beberapa orang yang sedang menunggu bas di perhentian itu menyaksikan 'perbuatan' lelaki itu. Menurut Issha, lelaki itu seolah-olah tidak mempedulikan tentang orang di perhentian bas dan yang lalu lalang di kawasan tersebut. 

Ini adalah kejadian ke empat yang berlaku sejak bulan lalu. Ada yang mendakwa kelakuan memalukan itu adalah perangai rakyat China di negara itu ataupun pesakit mental. Mungkin kerajaan Singapura kena bina lebih banyak tandas awam untuk rakyatnya. -Carigold





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Punca Ustaz Wan Ji Ditangkap Awal Pagi Tadi Tersebar