Pendedahan Bekas Peguam Negara Terhadap Ghani Patail |
- Pendedahan Bekas Peguam Negara Terhadap Ghani Patail
- Bogel Depan Biara, Apa Ke Jadahnya?
- Sampit Berdarah: 'Penggal kepala'Dayak?
- Terbongkar! Inilah Punca Sebenar Kenapa 300 Tentera Amerika Berada Di Malaysia
- Pelakon Mustafa Kamal Berfikiran Terbuka. Syabas!
- Kesuburan Lelaki boleh dilihat pada jari-jari tangan - Saintis
- PKR Dedah Tembelang Khalid Ibrahim Dalam Perjanjian Air Putrajaya
- Veto Presiden PAS Dikritik Oleh PasMa dan Lajnahnya Sendiri.
- 4 Sekeluarga M'sia Sertai Militan Di Syria. Mengapa?
- Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Kerana Kertas UPSR Bocor?
- PRK Dun Pengkalan Kubor, PR Ada Harapan Cerah.
- Rupanya Gempak Je Kes Ini.. Tiada Lagi Tangkapan Dibuat
- Mujahidin M'sia Di Syria Cedera Parah Selepas Bertempur.
- Nakhaie Ahmad Menyesal Masuk Umno.. Ikuti Penjelasannya
- Kisah benar pengalaman wanita hampir ditipu sindiket penipuan kad kredit
- Suspek Bocor Kertas UPSR Terbongkar?
- 2 Wanita dedah cerita disebalik sikap jururawat dirogoI pemandu Ambulans
- Panas!! Menteri Umno Terkedu Dengan Soalan Yang Ditanya Dalam Wacana RTM1 (Video Inside)
- Kebiadaban CIA: Cipta Filem Porno Sukarno.. Atau Porno M'sia?
- Bomoh terlampau diberkas lakukan ritual pelik kepada waris pesakit berulang kali
Pendedahan Bekas Peguam Negara Terhadap Ghani Patail Posted: 12 Sep 2014 06:39 PM PDT Addin Pendedahan Bekas Peguam Negara Terhadap Ghani Patail Tekanan sesetengah pihak mungkin menjadi punca Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap pembangkang, bukannya kerana melaksanakan undang-undang secara tegas, kata bekas Peguam Negara. Abu Talib berkata banyak kritikan dibuat terhadap peguam negara apabila Rayer di bawah ke mahkamah, tetapi tidak didakwa.Banyak laporan dibuat. Juga banyak komen negatif terhadapnya," kata Abu Talib yang menjadi peguam negara selama 13 tahun dari 1980 hingga 1993. "Adakah kerana ada pihak yang meminta dia (Gani) untuk bertindak (memfailkan pertuduhan terhadap Rayer)? Saya tidak tahu. Harapnya tidak," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider. Ekoran itu, bukan sahaja Rayer yang didakwa, tetapi ramai wakil rakyat pembangkang dan aktivis juga didakwa."Ini tidak sepatutnya berlaku kerana peguam negara kini yang juga pendakwaraya, patut bertindak berdasarkan undang-undang yang sesuai serta bukti yang kukuh. Abu Talib berkata Perlembagaan Persekutuan memberi pendakwaraya budi bicara yang mutlak sama ada untuk memulakan, menjalankan atau meneruskan kes jenayah, tetapi ia perlu digunakan dengan bijaksana. "Terpulang kepada anda berdasarkan bukti dan undang-undang yang sesuai, bukan mengikut suka hati sendiri atau disuruh pihak lain," katanya.Beliau berkata jawatan peguam negara merupakan kedudukan yang penting bagi kerajaan. "Peguam negara perlulah matang dan berminda adil, bukannya beremosi," kata Talib, menambah mendakwa seseorang berdasarkan pendapat sendiri adalah perkara serius kerana ia mengubah seluruh hidup mereka. "Orang ramai akan memandang serong kepada kita walaupun selepas mengaku tidak bersalah," tambahnya.Pada 27 Ogos, Rayer yang juga seorang peguam didakwa dengan dua dakwaan berasingan di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan kontroversinya "celaka Umno" pada 20 Mei semasa sidang dewan undangan negeri Pulau Pinang. Rayer juga didakwa kerana mengulang kenyataan "celaka" kepada hadirin semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Jalan Delima pada 22 Mei.Ahli Umno mengadakan protes di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di mana mereka menyerbu masuk ke dalam dewan, mencari wakil rakyat itu. Ini diikuti bantahan di luar ibu pejabat DAP di Pudu, Kuala Lumpur dan di pejabat DAP di Kuantan, Pahang.Rayer sepatutnya didakwa pada 19 Jun, tetapi Pejabat Peguam Negara tidak melakukannya. Tiada alasan yang diberikan atas penangguhan tersebut.Turut didakwa menghasut adalah Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran (PKR), ahli Parlimen Shah Alam yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad.Pada 2 September, profesor undang-undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom didakwa dengan hasutan berdasarkan kenyataan dalam artikelnya tentang krisis perlembagaan Perak yang dilaporkan dalam portal berita pada 14 Ogos. Ahli politik Sabah David Orok didakwa di bawah akta yang sama pada 3 September kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad di dalam Facebook dua bulan lalu.Seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein mengaku tidak bersalah pada Rabu kerana membuat kenyataan berbaur hasutan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Facebook November tahun lepas.Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh disaman sehingga RM5,000 atau dipenjarakan maksima tiga tahun, ataupun kedua-duanya. Bagaimanapun, wakil rakyat berisiko kehilangan jawatan mereka jika mahkamah menjatuhkan hukuman RM2,000 atau lebih, ataupun tempoh penjara sekurang-kurangnya setahun.Semalam, peguam hak asasi manusia Edmund Bon berkata dia juga sedang disiasat atas kenyataan yang dibuatnya dalam artikel pada Januari. Ditanya jika patut bagi pendakwaraya mendakwa seseorang lama selepas kesalahan dilakukan, Talib berkata, "Tiada tempoh masa yang mengikat bagi sesuatu jenayah yang dilakukan, tetapi ia tidak digalakkan untuk mendakwa melainkan terdapat bukti yang amat kukuh. "Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadapi dakwaan memfitnah kerana membuat kenyataan menghina tentang Datuk Seri Najib Razak dan pasukan pertahanan negara pada April 2012.Nizar didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh pada 25 Ogos. ~tmi |
Bogel Depan Biara, Apa Ke Jadahnya? Posted: 12 Sep 2014 04:39 PM PDT Ibnu Hasyim Bogel Depan Biara, Apa Ke Jadahnya? ©AFP PHOTO Seorang aktivis Femen menjadi tontonan warga semasa mengumumkan berbogel di depan biara Kiev Pechersk Lavra, Ukraine (11/9). Kononnya aksi ini sebagai sikap protes terhadap gereja ortodoks Ukraine dari Patriarchate Moscow yang menyokong pencerobohan Rusia di Ukraine. Aksi aktivis Femen bogel di depan biara hebohkan warga Ukraine Aksi ini merupakan bantahan terhadap gereja dari Patriarchate Moscow yang menyokong pencerobohan Rusia di Ukraine. Info: Femen (ditulis sebagai FEMEN; bahasa Ukraine: Фемен) adalah kumpulan protes ekshibisionis feminis yang ditubuhkan pada tahun Ukraine pada tahun 2008 Kumpulan ini sekarang berpusat di Paris. Pertubuhan ini menjadi terkenal secara antarabangsa untuk menganjurkan hal-hal yang kontroversi protes tanpa penutup dada menentang pelancongan seks, lembaga keagamaan, seksisme dan topik sosial, nasional dan antarabangsa lain. Pada Oktober 2013 FEMEN mempunyai keanggotaan terbesar di Perancis (30 aktivis tempatan pada Januari 2013). Pada Oktober 2012 organisasi ini mendakwa mempunyai kira-kira 40 aktivis di Ukraine, dan 100 lain yang telah bergabung dengan protes mereka di luar negera, serta dua puluh ribu penyokong melalui jejaring sosial Vkontakte. Pertubuhan ini amat bertenangn dengan agama Islam dan beberapa agama-agama lain di dunia. Bahkan dijangka ada yang hampir dengannya di Malaysia. Seorang aktivis Femen disiram darah oleh rakan semasa mengumumkan aksi bogel di depan biara Kiev Pechersk Lavra, Ukraine (11/9). Pastor dan jemaah gereja saat heboh menyaksikan aksi aktivis Femen bugil di depan biara Kiev Pechersk Lavra, Ukraina (11/9) (IH) |
Sampit Berdarah: 'Penggal kepala'Dayak? Posted: 12 Sep 2014 03:42 PM PDT Ibnu Hasyim Sampit Berdarah: 'Penggal kepala'Dayak? Weblog ini telah menerbitkan artikel catatan perjalanan Ibnu Hasyim ke Kalimantan, menceritakan kisah kaum Dayak di Kalimantan, sebanyak 21 siri. Siri ke 10 .. Sampit Berdarah: Pertempuran Dayak dan Madura. siri 10 ..disiarkan pada 7 Mc 2012 mempunyai 209 ulasan setakat ini. Mempunyai pembaca tertinggi berjumlah 135,778 pelawat. Terima kasih kepada pembaca sekalian. Kalau perlu, sila tuan lihat dan beri komen. (IH) Juga.. 'Penggal kepala Dayak': Laporan Polis Dibuat. |
Terbongkar! Inilah Punca Sebenar Kenapa 300 Tentera Amerika Berada Di Malaysia Posted: 12 Sep 2014 10:21 AM PDT Addin Terbongkar! Inilah Punca Sebenar Kenapa 300 Tentera Amerika Berada Di Malaysia Kira-kira 300 anggota tentera Amerika tiba di Terengganu bagi menjalani latihan tentera bersama-sama dengan Angkatan Tentera Darat Malaysia. Mereka tiba dengan sebuah pesawat boeing 777 yang mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu malam Khamis. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Perhubungan Raya Tentera Darat pada Jumaat memaklumkan kehadiran Anggota Tentera United States Army Pacific Command (USARPAC) dari Hawaii adalah untuk melaksanakan eksesais Keris Strike Siri 18/2014. Eksesais ini akan dijalankan mulai 13 hingga 26 September September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan. "Eksesais ini merupakan siri eksesais gabungan yang diadakan setiap tahun melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen. "Pada tahun ini ia dilaksanakan berorentasikan Pengurusan Bencana dan Bantuan Kemanusiaan dalam senario bencana banjir," kata kenyataan itu. Tujuan utama eksesais bilateral ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dalam pengurusan bencana alam, dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Selain itu, eksesais ini juga mampu mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah Negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi medan di antar pemerintah dan staf dalam eksesais gabungan. "Dengan penjelasan ini diharap dapat memberi gambaran sebenar berkaitan salah tafsiran kehadiran tentera US sepertimana yang telah dilaporkan di kebanyakan media sosial tempatan," menurut kenyataan itu lagi. Sebelum ini ketibaan tentera tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan rakyat Terengganu khususnya dan Kelantan amnya. Ini kerana pesawat boeing 777 yang mendarat di Terengganu itu dilihat lengkap dengan alatan perang dari Amerika lapor BNBBC. Iklan C (ii) |
Pelakon Mustafa Kamal Berfikiran Terbuka. Syabas! Posted: 12 Sep 2014 07:45 AM PDT Ibnu Hasyim Pelakon Mustafa Kamal Berfikiran Terbuka. Syabas! KL: "Semua orang tahu, saya cenderung ke sebelah sana," komen ringkas pelakon Mustafa Kamal apabila ditanya mengenai kehadirannya pada majlis anjuran parti pembangkang. Malahan, beliau tidak menganggap tindakannya itu suatu kesalahan kerana baginya masyarakat kini bersikap terbuka dan dapat menerima perbezaan pendapat dari segi politik. Demikian lapor mStar Online hari ini. Keterbukaan pemikirannya dapat digambarkan dalam ucapannya kepada mStar Online, di sini, Jumaat. "Perbezaan pendapat (politik) itu bagus. Kita tidak boleh menghukum orang lain semata-mata kerana orang itu berbeza pendapat dengan kita. Dalam Islam sendiri tidak salah jika berbeza pendapat untuk kebaikan." Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kunjungannya ke Kampung Geting, Pengkalan Kubor, tempat di mana PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, 25 September ini, malam Khamis. Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa, atau nama sebenarnya Mustapha Kamal Mohd Daud, 52, berkata, beliau berada di Kelantan kerana ada urusan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Bagaimanapun, anak kelahiran Kota Bharu ini berkata, urusan yang dimaksudkannya itu tidak mempunyai kaitan dengan PRK Pengkalan Kubor. "Hari ini (Jumaat) sudah hari keempat saya di sini (Pengkalan Kubur) dan saya akan berada di sini beberapa hari lagi. "Kebetulan malam tadi (Khamis) saya perlu ambil dokumen daripada seseorang yang berada di tempat PAS mengumumkan calonnya yang akan bertanding," katanya. Walaupun ia berlaku secara kebetulan, pelakon drama dan filem yang dikenali ramai ini tidak menafikan kehadirannya itu secara tidak langsung telah menonjolkan penglibatan dirinya dalam parti politik pembangkang. Mengenai peluang PAS dan Barisan Nasional untuk menang di Pengkalan Kubor, katanya, beliau tidak begitu mengenali calon untuk kedua-dua parti. "Saya bukan penganalisa dan bukan pengundi di kawasan ini. "Tapi beradasarkan sembang kedai kopi dengan penduduk setempat, mereka kata setakat hari ini peluang 50-50. "Tengoklah dua-tiga hari sebelum mengundi nanti, mungkin kita boleh nampak peluang dengan lebih jelas," katanya yang merupakan pengundi di DUN Chempaka. Sejak kebelakangan ini, Mustafa sering memegang watak bapa, termasuklah dalam drama bersiri popular, Awan Dania. Dalam era 90-an, beliau pernah membintangi banyak filem termasuklah filem Adik, Mira Edora dan Kami The Movie. Katanya, walaupun banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang seni, beliau masih menerima tawaran berlakon. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, daripada BN, akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. Ibnu Hasyim "Pemikiran bebas dan terbuka seperti inilah yang sepatutnya ada dalam pemikiran artis-artis di Malaysia. Jangan hanya terkongkong di bawah tempurung pemerintah." Demikian kenyataan tambahan dari editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim."Tahniah Mustafa!" (IH) |
Kesuburan Lelaki boleh dilihat pada jari-jari tangan - Saintis Posted: 12 Sep 2014 07:33 AM PDT Tengok TV Online Kesuburan Lelaki boleh dilihat pada jari-jari tangan - Saintis Cuba lihat pada jari-jemari anda. Dilihat dari segi jumlah memang nampak sama dengan orang lain, namun ukuran, bentuk dan saiz berbeza-beza. Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa jari-jemari sebenarnya menyimpan banyak 'rahsia' tentang diri yang anda sendiri tidak menduganya lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki. Ini kerana sekumpulan penyelidik baru-baru ini telah mendedahkan satu penemuan menarik iaitu panjang jari telunjuk berbanding jari manis pada tangan kanan seorang lelaki boleh menjadi petunjuk kepada anggaran saiz testikeI (buah zakarr). Kajian juga mendakwa kadar atau nisbah jari boleh digunakan untuk meramal saiz testikeI. Kajian telah dijalankan oleh para penyelidik dari Jabatan Urologi di Gachon University Gil Hospital di Incheon dan Seoul National University Hospital, Korea Selatan. Mereka mendapati bahawa lelaki dewasa dengan jari manis yang lebih panjang berbanding jari telunjuk pada tangan kanan mempunyai, testikeI yang lebih besar. Begitu sebaliknya, iaitu lelaki dengan jari telunjuk yang lebih panjang berbanding jari manis, mereka mempunyai testikeI lebih kecil. Kajian awal tersebut telah mengandaikan bahawa kadar atau nisbah jari kedua dan keempat mempunyai kaitan dengan sistem reproduktif. Ini berasaskan pada penemuan bahawa gen Hox, yang membantu membentuk bentuk badan seseorang, mengawal perkembangan jari dan perkembangan alat sulit ketika peringkat embrio. Kajian terdahulu juga mengandaikan bahawa saiz testikeI ada hubung kait dengan jumlah air mani yang dihasilkan. Kajian dijalankan ke atas sejumlah 172 lelaki Korea berumur antara 20 hingga 69 tahun, yang pernah dirawat kerana pembedahan berkaitan aspek urologi. Pertamanya, para penyelidik mengukur panjang jari kedua dan keempat setiap peserta. Kemudian secara berasingan, ahli urologi berpengalaman mengukur saiz zakarr mereka. Keputusannya menunjukkan bahawa kadar atau nisbah ukuran jari tersebut berkadaran songsang kepada berat testikeI dewasa, membawa maksud jari manis yang lebih panjang mempunyai hubung kait dengan testikeI besar dan sebaliknya. Dalam kajian tersebut penyelidik juga mendapati bahawa umur dan tinggi tidak memberi banyak kesan ke atas saiz testikeI, manakala berat seseorang mempunyai kaitan yang ketara. Apa lagi rahsia pada jari anda Kajian terbaharu mendedahkan bahawa saiz jari telunjuk dan jari manis lelaki dan wanita membawa petunjuk sejauh mana individu tersebut tertarik pada individu berlainan jantina. Mengikut penemuan itu, wanita yang jari telunjuknya lebih panjang berbanding jari manis kemungkinan mempunyai semetri wajah yang lebih sempurna (sama kedua-dua belah) dan lebih menawan. Bagi lelaki, ia berlawanan pula, iaitu sesiapa yang jari manis mereka lebih panjang berbanding jari telunjuk kemungkinan besar lebih menarik di mata wanita. Penemuan ini dibuat oleh Bernhard Fink dari Universiti Vieena, yang mengukur jari 100 wanita dan lelaki serta mengambil gambar muka mereka menggunakan kamera digital. Beliau menggunakan program di dalam komputer untuk mengetahui raut setiap wajah. |
PKR Dedah Tembelang Khalid Ibrahim Dalam Perjanjian Air Putrajaya Posted: 12 Sep 2014 07:18 AM PDT Addin PKR Dedah Tembelang Khalid Ibrahim Dalam Perjanjian Air Putrajaya Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mempertikaikan kos penstrukturan semula industri air bernilai RM7.45 bilion yang ditandatangani melalui perjanjian antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Putrajaya pagi tadi. Beliau berkata, jumlah berkenaan bukan kos sebenar yang akan ditanggung rakyat Selangor kerana ia tidak termasuk kos mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd (Splash). Katanya, ada kemungkinan rakyat Selangor akan menanggung bayaran lebih tinggi jika akhirnya bayaran kepada Splash yang dirunding atau diputuskan oleh mahkamah adalah lebih tinggi daripada tawaran awal. "Tawaran terakhir Khalid kepada Splash ialah sebanyak RM1.851 bilion (tanggungan hutang dan pampasan liabiliti) iaitu hampir sama dengan jumlah RM2 bilion yang kononnya berjaya dikurangkan oleh beliau hasil perjanjian pada hari ini. "Saya beranggapan kos sebenar hanya diketahui selepas pengambilalihan Splash selesai," katanya dalam kenyataan hari ini. Kerajaan Selangor membuat tawaran asal penstrukturan semula industri air melibatkan pengambilalihan empat syarikat konsesi air bernilai RM9.65 bilion. Empat syarikat itu adalah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) dan Splash. Tetapi Khalid mengumumkan perjanjian yang ditandatangani dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) hari ini hanya bernilai RM7.45 bilion melibatkan tiga syarikat konsesi sahaja tanpa Splash. Ahli Parlimen Pandan itu turut meramalkan besar kemungkinan pengambilalihan Splash akan dikendalikan oleh Putrajaya sekiranya Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 digunakan, atau melalui rundingan terus. "Ini bermakna kerajaan Selangor sudah hilang kawalan dalam menentukan kos keseluruhan penstrukturan semula industri air, kerana rundingan dengan Splash akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya. Beliau turut meragui sama ada kerajaan Selangor berkuasa penuh dalam pengurusan syarikat baru pemegang konsesi atau dikawal secara bersama dengan Putrajaya, termasuk aset negeri yang melibatkan tanah dan loji. "Ada 1,001 soalan yang boleh ditanya selagi perjanjian ini sulit dan dirahsiakan," kata Rafizi sambil menasihati Khalid segera mendedahkan perjanjian itu kepada rakyat agar mereka dapat menilainya sendiri. "Tindakan merahsiakan perjanjian dan merundingkannya di belakang wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak ubah sepertimana perjanjian konsesi dengan Syabas dan Puncak Niaga mula-mula dimeterai dahulu," kataya. Tegasnya, selagi perjanjian ini dirahsiakan, rakyat hanya mampu meneka dan tidak boleh membuat sebarang penilaian mengenai baik atau buruk perjanjian itu. "Ketidaktelusan inilah yang menimbulkan keraguan terhadap Khalid selama ini," katanya. Beliau mendedahkan, Khalid sejak awal tidak pernah memaklumkan sebarang isi kandungan rundingan atau perjanjian walaupun Majlis Presiden Pakatan memberi mandat kepada tiga wakil setiap parti, iaitu Tony Pua (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS) dan dirinya untuk meneliti isi kandungan dokumen. Malah katanya, Majlis Presiden Pakatan pada 6 Mac lalu, yang dihadiri pemimpin atasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang, juga memutuskan Khalid tidak boleh memeterai sebarang perjanjian tanpa persetujuan tiga wakil itu. "Arahan itu telah diingkari berkali-kali. Oleh sebab itu, perjanjian yang dimeterai pada hari ini dibuat tanpa sebarang maklumat yang disampaikan kepada saya atau pun menerima sebarang maklum balas dari wakil Pakatan," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Veto Presiden PAS Dikritik Oleh PasMa dan Lajnahnya Sendiri. Posted: 12 Sep 2014 06:45 AM PDT Ibnu Hasyim Veto Presiden PAS Dikritik Oleh PasMa dan Lajnahnya Sendiri. Menjelang forum kedua anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Ahad ini di Kangar, Perlis, badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat itu kini mempunyai rakan baru iaitu Lujnah (Biro) Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham). Luham mengkritik kuasa pemutus atau veto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama yang membuat tafsiran sedemikian. Setiausaha PasMa Taib Ahmad berkata kenyataan Luham tentang kuasa presiden dalam kenyataan mereka baru-baru ini perlu diperhalusi kerana ia bertentangan dengan kenyataan Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS dan berhak menafsir perlembagaan PAS. "Kita sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan Luham tentang kuasa presiden sebenarnya dan sedang menyusun pertemuan secepat mungkin," katanya. Kenyataan Luham sangat ketara bertentangan dengan kepimpinan ulama tidak disiarkan dalam media rasmi PAS iaitu Harakahdaily tetapi sebaliknya media PAS itu menyiarkan kenyataan Kluster Undang-undang Ilmuan, sebuah badan yang berpusat di Bangi yang banyak memberi nasihat kepada presiden PAS dalam tindakannya. Setiausaha Luham Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataannya semalam mempertikaikan presiden PAS mempunyai kuasa penuh sebagaimana ditafsirkan Majlis Syura. Katanya, presiden PAS didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Kardee berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat". Katanya, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dulu mengenai apa saja perkara. Beliau berkata, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi presiden, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung dan sebagainya perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan. Ini berikutan tindakan Hadi menamakan tiga exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS sebagai calon untuk dipilih Sultan Selangor sedangkan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 Ogos memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali. Namun pada 3 September dalam satu surat yang lain, Hadi menamakan 2 Adun PKR dan 1 Adun PAS sebagai calon menteri besar. Ia dibuat selepas satu mesyuarat 5 anggota paling kanan Majlis Syura di Kota Baru diadakan. Majlis Syura pula dalam kenyataannya selepas mesyuarat 7 September berkata, presiden mempunyai kuasa pemutus dan semua AJK PAS Pusat perlu mematuhinya. Mengulas tentang kenyataan itu, Kardee berkata, mesyuarat Luham memutuskan MSU bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan menteri besar Selangor. Katanya, kenyataan MSU itu membawa makna presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat AJK PAS Pusat, sekali gus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan. "MSU silap menyatakan kuasa presiden mengikut Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa bersifat mutlak atau veto," katanya. Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata PasMa adalah NGO yang akan berusaha untuk memperkukuhkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ketika bercakap dalam forum pertama anjuran PasMa di Dewan Perhimpunan Cina, 8 September lalu, Phahrol berkata walaupun PAS Pusat menegaskan tiada usaha kerjasama antara PAS dan Umno, tetapi sesetengah tindakan pimpinan PAS dilihat ke arah itu. Dalam forum itu, AJK PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan menegaskan apa yang berlaku sekarang adalah tindakan Umno untuk cuba memecahkan Pakatan Rakyat secara halus. Antara tindakan Umno adalah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar ketika presiden PAS dan juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar. Sementara itu, PasMa dalam kenyataannya berkata, mereka akan meneruskan program ke seluruh negara dengan Kangar, Perlis menjadi lokasi seterusnya diikuti Kedah dan Pulau Pinang (15 September), Wilayah Persekutuan (17 September) manakala di Temerloh, Pahang (27 September). "Semua program kita adalah untuk memperkasakan PAS dengan Pakatan Rakyat," kata Taib. – 12 September, 2014. (TMI) Lihat sebelum ini..E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan? |
4 Sekeluarga M'sia Sertai Militan Di Syria. Mengapa? Posted: 12 Sep 2014 04:36 AM PDT Ibnu Hasyim 4 Sekeluarga M'sia Sertai Militan Di Syria. Mengapa? Wanita berkenaan serta anak perempuan dan lelakinya itu adalah warganegara Singapura, manakala lelaki berkenaan dilahirkan di Pulau Pinang. Sumber berkata, keluarga berkenaan ke Syria pada November lalu, bagaimanapun tidak menetap di lokasi yang sama. "Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra, manakala anak tiri lelakinya pula bergiat dalam kumpulan militan Negara Islam (IS). "Isterinya pula bekerja sebagai tukang masak, sementara anak perempuannya mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak pejuang lain di Syria," kata sumber itu. Antara lokasi yang mungkin didiami keempat-empat ahli keluarga berkenaan secara berasingan itu adalah timur Hama, dimana kumpulan militan dipercayai menempatkan pangkalan operasi mereka. Difahamkan, pihak berkuasa sedang memantau rapi pergerakan keluarga terlibat bagi mengetahui bagaimana mereka boleh terpengaruh untuk ke Syria. Dipercayai bekas suami wanita terbabit juga berperanan dalam memastikan keluarga berkenaan ke negara bergolak itu, kata sumber itu lagi. Sebelum ini, The Star melaporkan lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah antara rakyat negara ini yang menyertai IS. Mereka termasuk bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, yang cedera dalam pertempuran yang meragut nyawa militan rakyat Malaysia paling muda, Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21 pada Selasa. (mStar) Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu diselidiki mengapa boleh jadi begitu? Adakah kerana di Malaysia umat Islam tidak dapat melaksanakan syariat dan perundangan Islam sepunuhnya sebagai yang dikehendaki Allah SWT? |
Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Kerana Kertas UPSR Bocor? Posted: 12 Sep 2014 04:18 AM PDT Addin Muhyiddin Yassin Letak Jawatan Kerana Kertas UPSR Bocor? Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuatkuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh. Muhyiddin yang juga menteri pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu. "Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegasnya. Muhyiddin bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di Vientiane hari ini. Timbalan perdana menteri berkata keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu. Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan. Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baru 30 September. Muhyiddin berkata siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan. ~mk Addin: Sepatutnya Muhyiddin dan timbalannya letak jawatan kerana bertanggungjawab diatas kebocoran kertas UPSR. Jikalau diluar negara menteri berkaitan sudah letak jawatan. Bukannya mengarahkan pengarah lembaga peperiksaan dan timbalannya digantung tugas. Diharapkan mereka ini tidak dikambing hitamkan. Iklan C (ii) |
PRK Dun Pengkalan Kubor, PR Ada Harapan Cerah. Posted: 12 Sep 2014 03:40 AM PDT Ibnu Hasyim PRK Dun Pengkalan Kubor, PR Ada Harapan Cerah. KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menyifatkan pencalonan Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan kubor adalah pilihan yang tepat. Beliau (gambar) berkata, pengalaman selama 20 tahun di dalam PAS dan bergelumang dengan penduduk setempat, calon PAS itu tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN). "Beliau merupakan seorang pekerja parti di peringkat kawasan dan Dun, hampir 20 tahun beliau berkhidmat untuk rakyat setempat. "Dengan sikap dan sifat yang beliau miliki selain dikenali penduduk setempat, saya yakin kita tidak tidak mempunyai masalah untuk mengambil balik kerusi Dun Pengkalan Kubor dari BN," katanya kepada Harakahdaily. Kamarudin yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut berpendapat pengalaman yang dimiliki calon PAS lebih jauh mengatasi calon BN. "Beliau telah lama berdamping dengan penduduk setempat. Memadai jika kita tanya nama beliau, orang kampung akan mengenali dia. "Saya yakin peluang untuk PAS dan Pakatan Rakyat menang pada PRK kali ini amat besar," sambung beliau. Tambah beliau lagi, pergolakan dalaman Umno Pengkalan Kubor yang tidak berpuas hati dengan pencalonan calon BN turut membantu PAS dalam usaha mengambil semula kerusi tersebut. - HARAKAHDAILY 12/9/2014 |
Rupanya Gempak Je Kes Ini.. Tiada Lagi Tangkapan Dibuat Posted: 12 Sep 2014 03:24 AM PDT Addin Rupanya Gempak Je Kes Ini.. Tiada Lagi Tangkapan Dibuat Tiga individu sudah disoal polis dan kenyataan mereka direkodkan berkaitan kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur Gan Kong Meng berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini. "Tiga laporan polis dibuat berkaitan kebocoran kertas soalan UPSR subjek English dan Sains," katanya dalam satu mesej WhatsApp hari ini. Dua laporan di Putrajaya oleh wakil kanan Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan," katanya. Satu lagi laporan dibuat di Johor. ~mk Iklan C (ii) |
Mujahidin M'sia Di Syria Cedera Parah Selepas Bertempur. Posted: 12 Sep 2014 01:52 AM PDT Ibnu Hasyim Mujahidin M'sia Di Syria Cedera Parah Selepas Bertempur. Pejuang Syria dari Malaysia Lotfi Ariffin kini cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu pertempuran di negara bergolak itu, tetapi kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, mengesahkan perkara itu dan berkata keadaan adiknya semakin pulih daripada koma selepas cedera dalam serangan hendap tentera Bashar al-Assad Selasa lalu, lapor Sinar Harian. Zainon berkata, beliau dimaklumkan mengenai keadaan adiknya itu oleh rakan melalui laman Facebook. Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang gambar atau bukti yang diberikan kepadanya tentang keadaan adiknya itu dan sehingga kini beliau masih gagal menghubungi Lofti sejak beberapa hari lalu. "Saya dimaklumkan rakan di laman Facebook Lotfi sudah stabil. Saya tidak pasti bagaimana situasi stabil yang dimaksudkan. "Sehingga kini, saya belum terima gambar atau bukti lain yang boleh mengesahkan perkara itu, tetapi besar harapan saya beliau kembali stabil dan dapat meneruskan perjuangan," katanya yang dipetik daripada Sinar Harian Online. Lofti dikatakan koma selepas kumpulan Malaysia itu diserang hendap tentera Bashar as-Assad di Syria. Akibat serangan itu bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu tidak sedarkan diri dan cedera di bahagian kaki, tangan serta muka. Menurut maklumat yang dipetik daripada laman Facebook milik Abu Talhah II yang turut berada di Syria, pasukan itu dikatakan sedang bersedih kerana kehilangan seorang rakan, manakala 2 lagi cedera parah. Lofti mencetuskan kontroversi Jun lalu apabila secara terbukannya mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di Syria di laman sosial. Ia menyebabkan PAS bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang secara gerakan bersenjata. Seorang lagi militan Malaysia, adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay. Beliau dikatakan dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertainya ke Syria. Sinar Harian melaporkan, Lotfi bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu adalah antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria. Zainon berkata, perkara itu disampaikannya seminggu sebelum adiknya itu pergi meninggalkan tanah air. "Dia pergi tanpa pengetahuan sesiapa. Jika dilabel bekas pejuang Mujahidin di Afghanistan, itu saya boleh terima. Tetapi tuduhan itu berniat untuk jejaskan nama baik dia," katanya. Lotfi dalam satu kiriman Facebook sebelum ini mendakwa sudah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April sebelum dipecat parti itu. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Lotfi dipecat daripada PAS pada 11 Mei lalu. Zainon berkata, Lotfi membuat kajian yang mendalam selama 3 tahun sebelum berangkat ke Syria dan tidak pernah berkempen mengajak saudara atau sahabat menyertai perjuangannya. Katanya, pemecatan daripada PAS tidak menjadi isu kerana kepentingan Lotfi kini adalah perjuangannya di Syria. "Sebenarnya Lotfi tidak lagi pentingkan soal keahlian dalam parti kerana fokusnya kini adalah berjihad. Dia tidak akan kembali ke Malaysia," katanya. – 12 September, 2014. (TMI)) |
Nakhaie Ahmad Menyesal Masuk Umno.. Ikuti Penjelasannya Posted: 12 Sep 2014 01:39 AM PDT Addin Nakhaie Ahmad Menyesal Masuk Umno.. Ikuti Penjelasannya Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti nasionalis Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja. Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989. "Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa. "Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa. "Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, "Saya bukan Umno lagi" dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak. "Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara. "Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu. PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu. Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina. Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan. Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS. Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno. Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa. Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim. Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu. "Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie. Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara. "Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban. "Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya. Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu. Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno. "Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama, bangsa dan negara itu dengan penuh yakin. "Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka. "Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya. Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi. Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua. "Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar," katanya. Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang. "Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam. "Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya. Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap. ~tmi Iklan C (ii) |
Kisah benar pengalaman wanita hampir ditipu sindiket penipuan kad kredit Posted: 12 Sep 2014 12:33 AM PDT Tengok TV Online Kisah benar pengalaman wanita hampir ditipu sindiket penipuan kad kredit Berlaku pada kawan. Forward untuk peringatan... Assalammualaikum, just to share what I have been thru 3 hours ago..this is the real story..Alhamdulillah tergerak hati utk tak buat spt apa yg disuruh... Harap dapat baca sepenuhnya..kerana ini pengalaman saya sebentar tadi..dan bukannya copy paste dr mana2 group.. Ok..this is how it happened 9.30 - terima call dr RHB auto answering machine 03-92852233..mengatakan saya ada buat transaksi rm3200 dan diberi 3 pilihan- confirmkan,batalkan atau bercakap dgn operator, saya pilih utk bercakap dgn operator dan disambungkan ke RHB CUSTOMER SERVICE. Pegawai RHB yang bernama 'Danny' bertanyakan isu dan minta saya berikan nama dan no.ic. Saya sampaikan maklumat tersebut dan maklumkan kepada mrk yg saya tak oernah ada sebarang akaun dgn RHB.Mula2 saya agak sceptical nak reveal nama dan ic, tp setelah diberitau utk disemak akan status dgn kecurian maklumat peribadi pada bank negara, saya pun beri nama dan no.ic. Kemudian, pegawai tersebut memaklumkan kepada saya yg kad kredit RHB VISA GOLD CARD telah dimohon atas nama saya di RHB Bukit Bintang pada 1/7/2014. Tunggakan sebanyak RM6320 dan maklumat ttg bil telah dihantar ke alamat berikut : No.20, Jalan PU 7/2, Pusat Bandar Puchong Utama. (Saya baru check selepas kejadian dan ini alamat company CleanPro Sdn Bhd). Saya mula panik dan saya minta dia batalkan kredit kad tersebut memandangkan memang sah bukan milik saya. Katanya transaksi telah dibuat di KLIA pagi dan ia akan dibatalkan.Kad kredit tersebut akan dibekukan tetapi perlu mendapat pengesahan daripada Bank Negara atas laporan maklumat peribadi saya telah dicuri. Kemudian, pegawai tersebut menyambungkan saya kepada rangkaian Bank Negara bahagian siasatan utk tindakan seterusnya.Tetapi sebelum itu, pegawai tersebut telah dapatkan semua maklumat tentang perihal banking saya (berapa kad kredit yang masih aktif, akaun apa yg aktif, asb, akaun anak2, company acct dan sebagainya).Katanya data tersebut diperlukan untuk lodge report pada bank negara. Atas sebab saya mahu kes ink diselesaikan dengan segera, saya telah beri maklumat bank apa dan jumlah anggaran di dalam akaun tersebut tetapi bukannya no.akaun dan no.pin. Semua perbualan tersebut katanya telah dirakam untuk bukti mahkamah kelak dalam membantu kes siasatan kecurian maklumat peribadi saya ini. Setelah selesai, saya diberikan satu no. kes PKP100221B. Saya juga telah ditanya -ada sesiapa yang disyaki dan tolong jangan sebarkan perkara ini kepada pihak ketiga untuk tidak menjejaskan siasatan. Saya juga dinasihatkan agar beri maklumat yang sahih dan jangan terlibat dalam pemalsuan apa2 data kerana hukumannya sangat berat mengikut akta yang disebutkan. Setelah selesai, saya diberitahu, seorang pegawai siasatan bank negara akan hubungi saya dan minta saya beri no.kes.Saya kemudian tamatkan perbualan saya dengan pegawai RHB bank tersebut. Selang 5 minit, saya terima panggilan dari seorang pegawai kononnya dr bank negara bernama felix untuk siasat kes saya. No.tel 0321760366. Saya telah diminta untuk beri no.kes. Kemudian, dia memberitahu saya siasatan penuh akan dijalankan dalam masa 3 hari dan saya tidak boleh membuat apa2 transaksi perbankan sepanjang tempoh tersebut untuk tidak menganggu siasatan. Semua maklumat perbankan saya juga katanya akan dilindungi oleh satu polisi perlindungan daripada Bank Negara selama 3 hari siasatan tanpa apa2 bayaran tambahan.Polisi tersebut diperlukan untuk membayar ganti rugi sekiranya berlaku apa2 kerugian di pihak saya dalam tempoh siasatan dijalankan. Tetapi untuk mengaktifkan polisi tersebut, saya diminta untuk memindahkan semua wang di dalam akaun2 saya yang lain ke dalam satu akaun simpanan saya. Hanya perlu tinggalkan RM50 bagi setiap akaun yang lain.Selebihnya perlu di letakkan ke dalam akaun simpanan saya yang kebetulan di Maybank. Saya di minta untuk berbuat segera bagi mempercepatkan siasatan. Saya panik dan terus bergegas pulang ke rumah dan ambil segala buku simpanan yang melibatkan akaun simpanan asb dan asw anak2 saya. Talian telefon tidak dimatikan kerana katanya sgt urgent, so pegawai tersebut akan tunggu di talian sehingga saya pindahkan kesemuanya ke dalam satu akaun. Selepas dptkan buku2 akaun tersebut, saya bergegas semula ke Maybank berhampiran, saya diminta untuk mengambil no.dan memberitahu kepada pegawai bank negara tersebut berapa no lagi di depan, kaunter berapa dan pegawai yg bertugas. Setelah isi borang, saya ambil no dan tunggu di kaunter sementara pegawai bank negara tersebut menunggu di talian. Sewaktu itu, saya no 2056 dan ada 4 no di dpn saya. Tetapi saya tergerak hati dan timbul keraguan bila pegawai tersebut memaklumkan kepada saya , sekiranya pegawai bank tanya kenapa semuanya perlu dipindahkan, jangan beritahu apa2 dan hanya cakap ianya kes kecemasan. Saya juga ada bertanya, boleh kah saya simpan semua sebagai cash dan tidak memasukkan ke dalam akaum simpanan tersebut, tetapi dia kata tak boleh kerana nanti tak dapat nak aktifkan polisi tersebut.Ada tinggal satu no saja lagi di depan, saya tergerak hati untuk check website bank negara. Pada awalnya, saya dah start ragu kerana memang no.telefon berbeza dan memang apa yang disebutkan dalam unauthorised debit and credit card adalah sama modus operandinya dgn apa yang saya sedang hadapi. Saya tak sedap hati dan terus keluar dari bank dan menamatkan panggilan. Pegawai tersebut cuba call saya berkali2 tetapi saya tidak angkat. Saya hubungi no. telefon bantuan/aduan bank negara 1300885465 dan menanyakan tentanga apa yang telah saya hadapi, pegawai tersebut terus menanyakan saya-adakah saya telah buat apa2 transaksi?bila saya katakan belum, dia pun bunyi sangat lega dan katanya itu adalah modus operandi scam masa kini dan dah ramai yang terkena.tetapi selalunya selepas buat transaksi, baru nak hubungi bank negara untuk tanya kesahihan. Oleh kerana saya tak beritau apa2 maklumat tentang no akaun dan tidak buat apa2 transaksi lagi, katanya masih terselamat tetapi disyorkan untuk buat laporan polis dan tolong sebarkan hal ini kepada umum sebagai peringatan. JADI SAYA HARAP ANDA SEMUA DAPAT BANTU SAYA UNTUK SEBARKAN CERITA DARI.. PENGALAMAN SEBENAR SAYA INI..KEPADA AHLI KELUARGA, RAKAN TERDEKAT DAN SESIAPA SAHAJA..Agar kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungannya. Terima kasih. Syukur Ya Allah, Syukur Alhamdulilillah.. |
Suspek Bocor Kertas UPSR Terbongkar? Posted: 11 Sep 2014 09:25 PM PDT Addin Suspek Bocor Kertas UPSR Terbongkar? Kementerian Pendidikan mengenalpasati beberapa individu yang disyaki bertanggungjawab ke atas kebocoran kertas ujian Science dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata pasukannya mengenalpasti individu tersebut, namun enggan mendedahkan lokasi yang menjadi tumpuan siasatan kerana bimbang akan menjejaskan tindakannya. Katanya, kementerian itu kini bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM. "Kami diberitahu bahawa mereka sudah mengenalpasti beberapa individu yang mungkin bertanggungjawab," katanya dalam satu sidang media pagi ini. ~mk Iklan C (ii) |
2 Wanita dedah cerita disebalik sikap jururawat dirogoI pemandu Ambulans Posted: 11 Sep 2014 09:18 PM PDT Tengok TV Online 2 Wanita dedah cerita disebalik sikap jururawat dirogoI pemandu Ambulans Berikutan penyebaran laporan mengenai seorang jururawat di Hospital Mersing dirogoI oleh pemandu Ambulan, ramai yang merasakan kejadian yang diceritakan itu seakan tidak logik dan seperti ada yang tidak kena. (Baca Laporan disini) Ramai yang berkongsikan laporan itu dan tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai topik bualan hangat. Melalui laman forum terkenal Malaysia iaitu mforum.cari.com.my, seorang ahli forumer memuatnaik perkongsian yang diperolehinya melalui whatsapp mengenai cerita disebalik sikap jururawat tersebut. Baca perkongsian beliau: Sekadar perkongsian,betul atau tak tak tau.. [10:17PM, 10/09/2014] Kak Azlina: Saya baru dapat pengesahan dpd rakan di Mersing perkara ni memang benar terjadi dan dalam siasatan. Makluman awal yg kita dapat tepuk sebelah tangan tidak berbunyi berdasarkan statemen meragukan dan jururawat berkenaan memang ada nafsu yg tidak terkawal dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh pakar perubatan HSI benar atau tidak ianya diklasifikasikan rogoI atau telah lebih dpd seorg melakukan hubungan seks. [10:18PM, 10/09/2014] Kak Azlina: [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni pon bukan terus report lepas kena rogoI..semalam masih happy lagi pki uniform kerja..tu dah kena tu..org klu dirogoI tentu trauma [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kes ni kalau tau background sn tu semua akan kesian kan driver tu.. [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Pg tadi sn ni dah di hadapkan ke matron foo.. [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Sn ni mmg dah pernah sekali dok lokap 1 mlm kes pojek ngan guard dlm wad [4:17PM, 9/10/2014] Kak Suyu Lr: Kitaorg just tunggu dan lihat je lah..pakwe sn ni pon ppk suami org tp dah bercerai talak 3 dik sn ni punya hal..tp tak kawin kawin jgk.. Copy paste dr kwn (SN= Staff Nurse, PPK = Pembantu Perawatan Kesihatan aka Atendan Hospital) |
Panas!! Menteri Umno Terkedu Dengan Soalan Yang Ditanya Dalam Wacana RTM1 (Video Inside) Posted: 11 Sep 2014 08:45 PM PDT Addin Panas!! Menteri Umno Terkedu Dengan Soalan Yang Ditanya Dalam Wacana RTM1 (Video Inside) Cer tengok muka menteri bila diaju soalan cepu emas kepada beliau. Terkedu dibuatnya.. inilah perangai pemimpin Umno. Sehinggakan di tanya soalan macam tu pun nak marah.. Iklan C (ii) |
Kebiadaban CIA: Cipta Filem Porno Sukarno.. Atau Porno M'sia? Posted: 11 Sep 2014 07:36 PM PDT Ibnu Hasyim Kebiadaban CIA: Cipta Filem Porno Sukarno.. Atau Porno M'sia? Pemimpin pembangkang ini pernah difitnahkan dengan filem porno.. CIA rajin cuba segala cara untuk menumbangkan Presiden Soekarno. Tempoh 1953 hingga 1965, aneka operasi diumumkan untuk menjatuhkan Soekarno. Termasuk menyebar propaganda hitam soal proklamator ini. William Blum, seorang sejarawan dan pemerhati politik luar negeri AS menuliskan CIA kerap menggunakan propaganda seks dan pornografi untuk menjatuhkan lawan politik. Termasuk pada Soekarno yang dicap mereka bersahabat dengan komunis. Agen-agen CIA mencium Soekarno seorang playboy dan sangat mengagumi wanita cantik. Mereka membuat kempen hitam Soekarno berhubungan intim dengan pramugari cantik asal Rusia. Disebutkan pramugari itu sebenarnya adalah ejen rahsia Rusia. Soekarno tak berdaya dirayu wanita berambut perang yang seksi tersebut. Isu ini cukup berjaya membuat masyarakat antarabangsa percaya Soekarno tukang maksiat dan dikendalikan ejen rahsia Rusia. "Kejayaan itu memberi inspirasi kepada para pegawai CIA membuat langkah lebih jauh lagi. Mereka berniat menghasilkan filem porno Soekarno dengan seorang wanita berambut perang yang dibuat seolah-olah pramugari Rusia itu," tulis Blum mengutip pengakuan bekas agen CIA Joseph Burkholder Smith yang menulis buku Portrait of a Cold warrior. Maka carilah pemain bintang porno yang mirip Soekarno. Ketua Polis Los Angeles sampai turun tangan mencari lelaki berkulit gelap yang sedikit botak dan wanita berambut perang yang cantik. Namun rupanya tak ada yang mirip Soekarno. Pihak CIA sampai membuat topeng khusus yang mirip Soekarno kemudian dihantar ke Los Angeles. Bintang porno disuruh memakai topeng Soekarno selama beradegan jahat. CIA merakam dan mengambil foto-foto adegan biru tersebut. Namun foto-foto itu akhirnya tak jadi disebarluaskan. Banyak versi kenapa CIA batal menyebarkan adegan jahat itu. Sebahagian penyelidik menilai kempen hitam seperti itu tak mempan untuk menjatuhkan Soekarno. Apalagi ada mitos yang percaya jika seorang lelaki gagah dan berkuasa, sah-sah saja berkaitan dengan banyak wanita. Toh raja-raja di nusantara pun dulu mempunyai banyak isteri dan gundik. Tak jelas kini apakah CIA masih menyimpan adegan porno yang dibuat tahun 1958 itu di ibu pejabat mereka. Apakah pembuatan filem-filem porno ke atas pemimpin-pemimpin politik di Malaysia ada kaitan dengan CIA AS atau CIA di Malaysia? (IH) |
Bomoh terlampau diberkas lakukan ritual pelik kepada waris pesakit berulang kali Posted: 11 Sep 2014 07:36 PM PDT Tengok TV Online Bomoh terlampau diberkas lakukan ritual pelik kepada waris pesakit berulang kali Segamat: Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan, kelmarin, bagi membantu siasatan berikutan dua laporan mengenai ritual pelik yang dilakukannya ketika proses rawatan, termasuk meminta waris lelaki pesakit berbogeI dan dia melakukan 0nani terhadap mereka. Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di pusat rawatannya di taman perumahan di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam kelmarin, susulan dua laporan polis yang dibuat terhadapnya beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai ritual pelik dilakukannya yang bukan saja bertentangan dengan ajaran Islam, malah turut melakukan pencabulan seks terhadap waris lelaki pesakit dirawatnya. Menurutnya, seorang remaja lelaki berusia 18 tahun membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa cabul suspek ketika menemani ibunya yang berusia 54 tahun mendapatkan rawatan membuang saka kira-kira jam 9.30 malam, 7 September lalu. "Remaja lelaki berkenaan dijadikan pengantara dalam proses rawatan itu dan dia diarah berbogeI sebelum suspek melakukan 0nani terhadap mangsa beberapa kali sehingga tamat upacara pada jam enam pagi. "Semua proses rawatan dilakukan dalam bilik yang hanya diterangi lampu kecil kononnya bagi mengelak dikesan saka yang mengganggu ibu mangsa," katanya. Mohd Kamil berkata, seorang lagi lelaki berusia 21 tahun mendakwa turut menjadi mangsa pengamal perubatan tradisional itu dalam kejadian jam 9.30 malam, 6 September lalu, di tempat sama. Katanya, mangsa mendakwa turut melalui upacara yang sama ketika menemani ibunya yang berusia 50-an untuk membuang saka sehingga menyebabkan dia trauma apabila diperlakukan demikian oleh lelaki berkenaan. "Berdasarkan keterangan mangsa, lelaki yang sudah berkahwin itu tidak mengenakan bayaran. "Suspek kini direman sehingga 13 September depan bagi membantu siasatan kerana disyaki mencabul. "Polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak senonoh lelaki itu turut tampil menyalurkan maklumat," katanya. -Hmetro Gadis mati dibelasah gara-gara tuduh rakan sekerja skodeng ketika mandi Tidak cukup membelasah seorang gadis yang juga rakan sekerjanya dengan batang besi sehingga maut, seorang lelaki turut menanggalkan semua pakaian dan merakam foto mangsa dalam keadaan bogeI dalam kejadian di sebuah kilang di Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Sandakan di sini, kelmarin. Punca kejadian dipercayai apabila si gadis menuduh lelaki yang merupakan rakan sekerjanya itu mengintai ketika dia sedang mandiDalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Rizma Johan, 20, yang ketika itu masih bernyawa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama empat rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum suspek meluru dari belakang dan terus menarik rambut gadis berkenaan. Pada masa sama, suspek memukul kepala mangsa menggunakan batang besi beberapa kali sehingga beberapa rakan sekerjanya cuba membantu dengan menahan suspek daripada terus membelasah gadis terbabit. Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkannya malah turut memukul seorang rakan mangsa menggunakan batang besi sama. Sebaik mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit menanggaIkan semua pakaian mangsa sebelum merakam gambar bogeI mangsa sebelum beredar. Majikan mangsa yang tiba beberapa minit kemudian membawa mangsa ke HDOK untuk rawatan. Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. "Suspek berusia 30 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sandakan, jam 8.30 malam hari sama," katanya. "Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemui sebatang besi dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," katanya. Zabidi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post