Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Patutlah Wan Rosdi Di Pilih Sebagai Calon PAS PRK Pengkalan Kubor.. Ini Sebabnya

Patutlah Wan Rosdi Di Pilih Sebagai Calon PAS PRK Pengkalan Kubor.. Ini Sebabnya


Patutlah Wan Rosdi Di Pilih Sebagai Calon PAS PRK Pengkalan Kubor.. Ini Sebabnya

Posted: 11 Sep 2014 06:36 PM PDT


Addin

Patutlah Wan Rosdi Di Pilih Sebagai Calon PAS PRK Pengkalan Kubor.. Ini Sebabnya


PAS mengumumkan Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis di Kampung Geting, Pengkalan Kubor malam tadi.

Ahmad berkata pemilihan Wan Rosdi, 56, adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatan menerusi parti, selain menyifatkan beliau seorang yang berwibawa.

Sementara itu, Wan Rosdi, ketika ditemui selepas pengumuman itu, berkata beliau tidak menjangka dan terkejut kerana dipilih sebagai calon berikutan terdapat ramai lagi tokoh PAS di kawasan itu yang mampu menjadi calon.

Wan Rosdi, seorang kontraktor binaan, berkelulusan dari Institut Kemahiran MARA, turut memegang jawatan sebagai Penyelia DUN Pengkalan Kubor dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Kelantan Bhd

Beliau akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Untuk PRK ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada Sabtu ini manakala pilihan raya kecil pada 25 September ini. ~mk





Iklan C (ii)







Akhirnya.. Mahathir Mengakui Beliau Insan Gagal

Posted: 11 Sep 2014 05:19 PM PDT


Addin

Akhirnya.. Mahathir Mengakui Beliau Insan Gagal


Orang Melayu tidak malu jika mereka gagal, baik di dalam peperiksaan mahu pun di dalam kehidupan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri yang memegang rekod paling lama itu berkata, beliau menghabiskan tempoh 22 tahun untuk cuba mengubah orang Melayu dan persepsi mereka, tetapi gagal.

"Saya cuba mengubah mereka, cuba menukar persepsi yang menganggap orang Melayu malas, tapi saya gagal."

Kenyataan itu dibuat selepas Kementerian Pendidikan mendedahkan terdapat kebocoran soalan bagi dua kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini, menyebabkan hampir 500,000 murid Tahun 6 terpaksa menduduki kertas itu pada 30 September.

"Pada masa lalu, apabila seorang Melayu dihukum penjara, pesalah akan tundukkan kepala kerana malu kerana ia bukan sesuatu yang membanggakan.

"Tetapi hari ini, apabila seorang Melayu dihukum penjara, dia akan berjalan sambil mendongakkan kepalanya dengan bangga, senyum seolah-olah dia berjaya mencapai sesuatu."

Mahathir berkata demikian semasa pelancaran buku bertajuk "Wahai Melayu" oleh penulisnya Anas Zubedy di Petaling Jaya.

Beliau memetik Mat Rempit sebagai contoh orang Melayu yang tidak malu walaupun mereka tidak bekerja keras.

"Lihatlah pecahan jantina mahasiswa universiti awam sekarang. Pelajar wanita 70%, pelajar lelaki hanya 30%. Apa jadi?

"Malaysia kurang lelakikah? Bukan. Tetapi, lelaki Melayu bangga jadi Mat Rempit. Mereka tidak malu jika gagal peperiksaan."

Dr Mahathir berkata beliau menghabiskan 22 tahun sebagai perdana menteri cuba menukar minda Melayu dan menyedarkan mereka.

"Saya selalu cakap kepada bukan Melayu, jangan fikir Melayu pemalas. Tapi sekiranya orang bertanya saya hari ini, saya terpaksa cakap, orang Melayu memang pemalas," katanya.

Satu lagi sifat negatif pada orang Melayu ialah kurangnya sifat jujur dan integriti, serta kegagalan mereka menguruskan kewangan dengan baik.

Beliau bercerita pengalamannya mengendalikan sebuah kedai roti selepas bersara daripada politik.

"Saya buka kedai roti dan beri banyak peluang kepada Melayu untuk memegang jawatan pentadbiran.

"Malangnya, berkali-kali kejujuran dan integriti nampaknya tiada kerana ada pekerja yang kerap kali mencuri.

"Mereka seperti tidak faham yang mengambil barang orang lain itu satu kesalahan. Mereka tidak lihat dari sudut yang lebih besar atau kesan jangka panjang."

Katanya, beliau pernah cuba mengubah minda Melayu dengan memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 kerana amat mengagumi orang Jepun yang menganggap kegagalan sesuatu yang tidak boleh diterima.

Di sebalik kekalahan teruk yang mereka alami, orang Jepun enggan menyerah kalah. Mereka berazam bersungguh-sungguh membina semula negara mereka (selepas Perang Dunia ke-2).

"Lihatlah bagaimana Jepun bangkit semula dari abu. Ekonomi mereka sekarang antara lima teratas di dunia. Ini semua dicapai dengan darah dan titik peluh," katanya.

Dr Mahathir berkata pada zaman dahulu, orang Jepun melakukan 'hara-kiri' atau 'seppuku' (bunuh diri) sekiranya mereka gagal.

"Ini kerana mereka tidak dapat menerima kegagalan," katanya sambil mengingatkan orang Melayu supaya segera melangsaikan hutang mereka supaya tidak dipandang hina.

"Hutang tidak berbayar bukan saja meninggalkan kesan kepada kita sebagai individu, tetapi juga kepada kaum kita. Kita tak mahu orang lain pandang kita dan anggap kita 'bad paymasters' (pembayar hutang yang teruk)." ~tmi


Addin:

Mahathir mengakui gagal mengubah perangai orang Melayu tetapi sebenarnya Melayu gagal kerana Mahathir.. anda setuju?





Iklan C (ii)







Kisah Pilu Gadis Irak Jadi Hamba Seks ISIS.

Posted: 11 Sep 2014 03:42 PM PDT


Ibnu Hasyim

Kisah Pilu Gadis Irak Jadi Hamba Seks ISIS.

Kisah memilukan gadis Irak jadi budak seks ISIS
Minoritas Yazidi mengungsi. ©Reuters

Seorang gadis Iraq berusia 17 tahun mengisahkan bagaimana dia ditangkap dan jadi hamba seks kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Dia dibolehkan berbicara kepada awam melalui akhbar Itali La Republica melalui telefon mudah alih mereka kerana para penangkapnya ingin kisah gadis itu diketahui duniaGadis malang itu merupakan salah satu dari 40 perempuan Yazidi ditangkap ISIS ketika kumpulan militan itu menyerbu bandar tempat tinggal mereka empat minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Selasa (9/9) dan dilaporkan the Daily Telegraph.

Dia mengatakan apa yang dialaminya sangat mengerikan sehingga dia berharap supaya dipukul sampai mati.

"Ada bahagian dari diri saya menyatakan ingin mati saja. Tapi di bahagian lain saya masih berharap dapat memeluk ibu bapa saya sekali lagi," kata dia.

Ibu bapa dia yang berjaya lari dari kem pelarian di Kurdistan memberikan nombor telefon bimbitnya kepada akhbar Itali itu.

"Buat menyakiti kami lebih dalam, mereka menyuruh kami menceritakan butiran kejadian yang mereka lakukan terhadap kami kepada ibu bapa."

Menurut gadis itu, para penangkapnya menganggap mereka orang  yang boleh dikalahkan.

"Kami meminta mereka menembak mati kami tapi kami terlalu berharga buat mereka."

Selain gadis itu ada gadis lain berusia 13 tahun yang mengalami trauma hingga tidak boleh bicara akibat mengalami penyiksaan dari militan ISIS. Menurut dia, para perempuan ditangkap ISIS itu ditahan di sebuah bangunan yang dijaga para militan di sebuah kampung di selatan Kota Mosul.

Semua kaum perempuan Yazidi itu ditangkap ketika ISIS menyerang Bandar Sinjar pada 3 Ogos lalu. Ribuan warga terpaksa mengungsi ke pergunungan Sinjar buat menyelamatkan diri 

   
Anda boleh percaya berita dan boleh tidak percaya.. (IH)



Berita Mengejutkan Dari Seberang Laut

Posted: 11 Sep 2014 10:42 AM PDT


Addin

Berita Mengejutkan Dari Seberang Laut


Ketua Pengarah FELDA Datuk Faizoull Ahmad mencuri perhatian ramai apabila dilaporkan melawat sebuah kelab bola di Scotland semalam bersama seorang individu yang dikehendaki polis antarabangsa, Interpol.

Tabloid Scotland,Daily Recordmelaporkan Faizoull melawat kelab bola Glasgow Rangers bersama Rafat Rivzi susulan spekulasi bahawa pegawai tertinggi Felda itu dilapor antara individu yang berminat membeli kelab yang berdepan kemerosotan prestasinya.

Bagaimanapun, laporan BBC memetik seorang jurucakap kelab itu sebagai menafikan bahawa Faizoull mahu membeli kelab itu tetapi mengesahkan kehadiran Rafat, tanpa pengetahun mereka, bersama delagasi Malaysia ke kelab itu.

Rivzi, seorang warganegara UK, pada 2010 didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penipuan bernilai jutaan USD tanpa kehadirannya di mahkamah dan dihukum 15 tahun penjara oleh mahkamah di Jakarta.

Indonesia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan UK. Namun akhbar Herald Scotland melaporkan Rafat dikehendaki Interpol kerana "rasuah, penggubahan wang dan jenayah perbankan".Kelibat Faizoull dan Rafat yang dirakam lensa Daily Recorddilapor mencetuskan kegusaran di kalangan peminat Glasgow Rangers. ~mk





Iklan C (ii)







Personaiti Yang Dihadapkan Ke Mahkamah. -Malaysiakini.

Posted: 11 Sep 2014 08:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Personaiti Yang Dihadapkan Ke Mahkamah. -Malaysiakini.




Ada 'Teksi Buku' Pula, Di Teheran.

Posted: 11 Sep 2014 06:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ada 'Teksi Buku' Pula, Di Teheran.


Mehdi (kiri) dan isterinya, Sarvenaz di sebelah teksi buku yang semakin mendapat perhatian ramai.


JOM KTEATIFTEHERAN: Saban hari pasangan suami isteri, Mehdi Yazdany dan Sarvenaz Heraner akan menelusuri jalan-jalan di ibu kota Iran untuk mencari sasaran yang berpotensi. Jika ada seseorang yang dilihat boleh didekati, mereka akan memberhentikan kereta dan menghampiri 'sasaran' itu.

"Anda banyak membaca?" tanya Sarvenaz kepada seorang wanita bertudung hitam yang sedang menunggu teksi di tepi jalan.

Samira Chigani, 26, mengangguk. Dia kemudian diperkenalkan kepada 'bilik baca bergerak' hasil ilham Mehdi dan isterinya itu. Selain dilengkapi banyak bahan bacaan, pengguna juga boleh mendapatkan khidmat pembantu merangkap pustakawan.


Ada bermacam-macam buku di dalam teksi itu.

Daripada "The Metamorphosis" karya Franz Kafka's hingga "Pulp" karangan Charles Bukowski. Tidak ketinggalan, bahan bacaan hasil tulisan seniman Iran sendiri, termasuk Nader Ebrahimi, Zoya Pirzad dan Sohrab Sepehri.

Lebih 40 judul dimuatkan dalam kereta itu dan semuanya disusun rapi pada rak di bahagian belakang kenderaan berkenaan. Disebabkan ruang terhad, Mehdi dan Sarvenaz, 41, memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada dalam kereta mereka.

Dapat dilihat pada papan pemuka, bonet dan poket pada pintu kereta, sejumlah buku juga disusun untuk dipilih pelanggan.



"Jika anda menaiki teksi kami, anda boleh membeli buku yang anda gemari," kata Sarvenaz.

Mehdi, 35, tersenyum lebar ketika ditanya jika teksinya dilengkapi penyaman udara yang mencukupi. Penumpang juga boleh menikmati alunan irama klasik, seperti Mozart serta gabungan lagu timur atau barat. Kata Mehdi, penumpang dapat melupakan seketika kesesakan lalu-lintas di Teheran ketika berada di dalam teksinya.

Samira adalah seorang daripada ribuan penumpang yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi unik Mehdi sejak dia memperkenalkan kenderaan unik itu lima tahun lalu.


Kata Mehdi, projek itu bermula secara kebetulan.

"Ada dua penumpang menaiki teksinya pada suatu hari hujan.
"Untuk menghabiskan masa, mereka berbincang mengenai buku yang kebetulan ada dalam teksi saya, selain memuji muzik Mozart yang saya pasang," katanya.

Menurut Mehdi, isterinya penggemar buku kerana bekerja sebagai guru bahasa Inggeris, manakala dia pula tenang apabila mendengar lagu klasik. Apabila tiba di tempat yang dituju di pinggir Tehran, kedua-dua penumpang itu enggan turun. Ketika itu juga, kata Mehdi, dia tahu ada sesuatu yang boleh dilakukan pada teksinya.

Tehran didiami kira-kira 9 juta penduduk dan pada kebanyakan masa, trafiknya sesak. Warganya juga ramai tertekan dengan keadaan semasa, termasuk ekonomi yang kurang menyenangkan akibat sekatan antarabangsa. Kata Mehdi, dia dan Sarvenaz terfikir untuk memberikan sedikit kelegaaan kepada penduduk Tehran itu sepanjang tempoh berada dalam teksi mereka.

"Kami juga mahu generasi muda sedar bahawa apa saja yang kita impikan, boleh dicapai," katanya.  (mStar)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)


Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat FELDA..

Posted: 11 Sep 2014 03:45 AM PDT


Addin

Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat FELDA..


Ketua Pengarah FELDA Datuk Faizoull Ahmad mencuri perhatian ramai apabila dilaporkan melawat sebuah kelab bola di Scotland semalam bersama seorang individu yang dikehendaki polis antarabangsa, Interpol.

Tabloid Scotland,Daily Recordmelaporkan Faizoull melawat kelab bola Glasgow Rangers bersama Rafat Rivzi susulan spekulasi bahawa pegawai tertinggi Felda itu dilapor antara individu yang berminat membeli kelab yang berdepan kemerosotan prestasinya.

Bagaimanapun, laporan BBC memetik seorang jurucakap kelab itu sebagai menafikan bahawa Faizoull mahu membeli kelab itu tetapi mengesahkan kehadiran Rafat, tanpa pengetahun mereka, bersama delagasi Malaysia ke kelab itu.

Rivzi, seorang warganegara UK, pada 2010 didapati bersalah kerana terlibat dalam kes penipuan bernilai jutaan USD tanpa kehadirannya di mahkamah dan dihukum 15 tahun penjara oleh mahkamah di Jakarta.

Indonesia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan UK. Namun akhbar Herald Scotland melaporkan Rafat dikehendaki Interpol kerana "rasuah, penggubahan wang dan jenayah perbankan".Kelibat Faizoull dan Rafat yang dirakam lensa Daily Recorddilapor mencetuskan kegusaran di kalangan peminat Glasgow Rangers. ~mk





Iklan C (ii)







Persembahan meraikan tentera yang terlampau tersebar (Video)

Posted: 11 Sep 2014 02:39 AM PDT


Tengok TV Online

Persembahan meraikan tentera yang terlampau tersebar (Video)


Tentera Udara Diraja Thailand akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang didapati terbabit dengan persembahan wanita bogeI dalam satu persembahan di kelab tentera.

Menurut laporan Bangkok Post, Jurucakap Tentera Udara, Marsyal Monthol Satchukorn mengesahkan lelaki yang berpakaian seragam tentera dalam klip video yang dimuat naik di internet dikenal pasti anggotanya.

Klip video yang bertajuk `Penyanyi bogeI meraikan tentera' mula tersebar di internet pada minggu lalu dan telah mendapat kritikan hebat daripada pelayar media sosial.

Dalam pada itu, Monthol berkata para pegawai yang terbabit dalam klip video itu telah melanggar peraturan mengenai penggunaan kemudahan premis kerajaan.

Bagi menyiasat perkara berkenaan satu jawatankuasa khas turut ditubuhkan.

Jelasnya, anggota yang terbabit perlu dihukum kerana telah melanggar disiplin tentera kerana berbuat demikian dengan berpakaian seragam tentera. -TheRakyatpost

Video:



Ketua Pemuda PAS Label Husam Musa Sebagai Pondan

Posted: 11 Sep 2014 02:33 AM PDT


Addin

Ketua Pemuda PAS Label Husam Musa Sebagai Pondan


PETALING JAYA : Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Mohd. Ithnin menganggap Naib Presiden parti itu, Dato' Husam Musa sebagai 'pondan' yang dilihat tidak sehaluan dengan Presiden parti dalam isu perlantikan Menteri Besar (MB) Selangor. 

Husam dan rakan-rakanya berpandangan bahawa PAS perlu meletakkan satu nama sahaja iaitu nama yang telah dipersetujui oleh PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Hanya Husam dan rakan-rakannya sahaja masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik," katanya. 

Shazni berkata, keadaan sebegini amatlah tidak sihat untuk organisasi. Jika beliau (Husam) merasakan Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang sudah tidak layak memimpin parti, beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya kepada Presiden parti. 

Ujarnya lagi, jika merasakan sokongan tidak cukup untuk menukar Presiden parti, Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai 'signal' menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul. 

"Mungkin ramai juga ahli-ahli PAS yang akan mengalu-alukan tindakan Husam meletak jawatan," ulasnya. Tambahnya lagi, PAS perlu suasana organisasi yang baru. Jika Husam dan rakan-rakanya percaya mereka jauh lebih baik daripada Presiden ketika ini, mereka perlu buktikan apa yang mereka percaya. 

"Sekadar berkias-kias, berlapik-lapik tanda tidak setuju, itu perbuatan 'pondan'. Apatah lagi jika beliau dan rakan-rakan ada mencuba-cuba untuk mempengaruhi ahli-ahli lain secara senyap untuk menolak Presiden. 

Tindakan seperti itu lagilah tidak bermaruah," jelas Shazni yang juga mantan Timbalan Presiden GAMIS. Katanya lagi, Presiden parti sedang melakukan jelajah terbuka untuk menjelaskan pendirian beliau. 

"Jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan secara jantan; usul undikan tidak percaya atau meletak jawatan. "Sekiranya kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang 'makan senyap-senyap', lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan Presiden parti kerana PAS ialah parti untuk orang yang berani dan tiada tempat untuk pemimpin yang 'pondan'!" katanya. ~fmt


Addin :

Betul ke artikel FMT ni.. jikalau anda semua tengok artikel di Malaysiakini tiada pun perkataan pondan di ucapkan.. (lihat sini)




Iklan C (ii)







(Advertorial) Ketahui Cara Mudah Jana Income RM2,700 Sehari

Posted: 11 Sep 2014 01:27 AM PDT


Addin

(Advertorial) Ketahui Cara Mudah Jana Income RM2,700 Sehari


PELUANG HEBAT

PALING BARU, PALING HEBAT!!!!



BARU BERMULA, BELUM LAUNCHING SECARA RASMI LAGI PLAN POWER BIZ AMAT LUAR BIASA

JOM PAKAT-PAKAT PILIH

#PASIF PUN UNTUNG BESAR


#AKTIF LUMAYAN WEB PROMOSI GROUP DI : www.tripleseven2u.com 


WEB COMPANY DI: http://wealthplanlife.us/ 






Husam Diseru Letak Jawatan? Jangan Seperti Anai-anai...

Posted: 11 Sep 2014 12:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Husam Diseru Letak Jawatan? Jangan Seperti Anai-anai...

 
Pergolakan dalam PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin (kanan) mendakwa bahawa umummengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu.

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.
"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik.

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap".

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti.

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, tegas Shazni LAGI, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul.

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan.

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang 'makan senyap-senyap', lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi.(MK)


Rupanya Perjanjian Air Putrajaya Tidak Sah.. Ini Buktinya?

Posted: 10 Sep 2014 11:42 PM PDT


Addin

Rupanya Perjanjian Air Putrajaya Tidak Sah.. Ini Buktinya?


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail perlu menasihatkan Putrajaya perjanjian air dengan Selangor yang dijadual dimuktamadkan esok mungkin tidak sah, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago daripada DAP yang pernah membangkitkan perkara serupa sebelum ini.

Charles mengulangi kenyataannya Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada waktu ini berstatus 'caretaker,' oleh itu beliau tidak sepatutnya menandatangani kontrak air atau sebarang kontrak dengan mana-mana aset negara.

"Mana-mana pihak ketiga yang memasuki kontrak sebegitu harus sedar yang kerajaan negeri baharu yang akan ditubuhkan mungkin akan mengambil pendirian kontrak itu tidak tidak ada ikatan undang-undang. 

Memandangkan ini isu serius, peguam negara harus menasihati kerajaan persekutuan yang perjanjian akhir penstrukturan semula industri air yang dijadualkan ditandatangani esok, mungkin tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. ~tmi







Iklan C (ii)







Kronologi Kes Pemandu rogoI Jururawat dalam Ambulans

Posted: 10 Sep 2014 11:36 PM PDT


Tengok TV Online

Kronologi Kes Pemandu rogoI Jururawat dalam Ambulans


Kes pemandu ambulans rogol jururawat Hospital Mersing. Sumber DTR Crew:

Mersing Rpt: 4222/14. (Amaran: Bacaan Dewasa Sahaja)

Pada 04/09/14 jam lebih kurang 0045 hrs semasa pengadu bertolak dari Hospital Sultan Ismail dan berada dlm perjalanan pulang ke Hospital Mersing, pengadu duduk bahagian tempat duduk belakang dan seorang lagi pembantu bernama Hamizan duduk di tempat duduk hadapan bersama pemandu ambulans bernama Zailani.

Sampai sahaja di Hospital Mersing, Hamizan pun terus masuk ke dalam wad kecemasan manakala pengadu pula mengemaskan barang utk di bawa turun dari ambulans.

Sudah menjadi prosedur di mana pemandu ambulans akan meminta pengadu utk tandatangan buku penggunaan ambulans. Zailani menyuruh pengadu duduk di depan utk tandatangan buku penggunaan ambulans. Pengadu kata sekejap lagi kerana pengadu nak kemas brg lagi. Pengadu kemudian tandatangan dan mengemas semula brg tetapi Zailani suruh pengadu biarkan sahaja dan Zailani menawarkan utk menghantar pengadu ke wad 4. Pengadu tolak pelawaan Zailani dan meneruskan mengemas barang. Kerana terlalu penat,pengadu terlelap dalam ambulans dan apabila terjaga pengadu dapati ambulans telah berada di belakang asrama hospital.

Pengadu cuba buka pintu ambulans tetapi pintu dlm keadaan berkunci. Keadaan yg gelap menyukarkan pengadu mencari sesuatu utk membuka pintu ambulans. Tanpa pengadu sedari Zailani telah berada di belakang pengadu dan Zailani terus memeIuk pengadu dan menc#um mulut pengadu.

Zailani terus baringkan pengadu dan menyelak baju pengadu dan mengh#sap buah d#da pengadu. Zailani cuba membuka seluar pengadu dan berlaku pergelutan dan akhirnya Zailani berjaya membuka seluar pengadu dan menj#lat kemaIuan pengadu.

Zailani kemudian membuka seluar dan memasukkan kemaIuannya ke dalam kemaIuan pengadu. Lebih kurang 2 kali Zailani hen.jut, Zailani memanc#tkan air man# di atas perut pengadu.

Butir-butir rampasan:

1. Barang: 1 helai Seluar panjang kerja warna coklat.
Tempat dijumpai: dalam bilik rumah No. 18 Berek Hospital Mersing.

2. Barang: 1 helai seluar dalam warna maroon jenama Alain Delon.

3. Barang: 1 helai jaket warna hitam tertera nama "Zailani"
Tempat dijumpai: dlm bilik pemandu ambulans Hospital Mersing.

4. Barang: 1 helai baju t-shirt berwarna kuning.
Tempat dijumpai: dlm bilik pemandu Hospital Mersing.



Tujuan Sebenar PasMa Ditubuhkan Terbongkar..

Posted: 10 Sep 2014 08:21 PM PDT


Addin

Tujuan Sebenar PasMa Ditubuhkan Terbongkar..


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Mohammad Razin Abdullah mengesahkan bahawa Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) disahkan hanya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Pihak kami tidak menerima sebarang permohonan supaya PasMa didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah selaras Akta Pertubuhan 1966," kata beliau.

Terdahulu, PasMa disebut-sebut akan menjadi sebuah parti politik baharu yang bakal menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

PasMa diketuai oleh Mohamad Faiz Mohd Taib dan timbalannya, Muhamad Hisomudin Bakar.

Selain itu jawatankuasa PasMa turut dianggotai Mohd Taib Ahmad (setiausaha), Mohd Iqbal Mohd Shariff (penolong setiausaha) dan Mohd Rosli Abu Bakar sebagai bendahari.

Akan tetapi, Isnin lalu, PasMa tampil buat pertama kali secara terbuka dan memperkenalkan barisan kepimpinannya yang diketuai Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan media ROS, nama Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Pangkalan Kundor tiada dalam senarai pendaftaran.

Persoalannya sekarang apakah tujuan penubuhan PasMa dan kenapa Phahrolrazi mengakui beliau adalah Presiden PasMa. ~fmt





Iklan C (ii)







Jet Siapa Dengan Bendera Jalur Gemilang Dikesan Berada Di Israel?

Posted: 10 Sep 2014 07:45 PM PDT


Addin

Jet Siapa Dengan Bendera Jalur Gemilang Dikesan Berada Di Israel?

Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.


Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team di Israel.




Pemeriksaan lanjut Mynewshub.my mendapati di ekor pesawat berkenaan memang tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.


Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang penumpang.


Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.


Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling kerap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.



Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.

Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.


Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010. ~mynewshub





Iklan C (ii)







Luahan hati wanita gambar "selfie" bersama suami dihina dan diejek

Posted: 10 Sep 2014 07:36 PM PDT


Tengok TV Online

Luahan hati wanita gambar "selfie" bersama suami dihina dan diejek

Berikutan tersebarnya gambar mesra seorang wanita cantik dengan lelaki yang merupakan suaminya di media sosial semalam, wanita itu tampil meluahkan perasaannya apabila ramai yang memberikan komen negatif dan mengejek serta menghina gambar mereka berdua.

Baca luahan hati di bawah:

Ya Allah. Tak habis lagi! Habis mengucap dah aku ni! Salah apa aku sampai mcm ni teruk nya. Dah kawin salah. Tak kawin lagi lah salah! Kau siapa nak menghina dia? Lantak lah dia muka mcm mana pun. Bila aku terima dia, aku terima segala kekurangan dia. Aku tak kesah sikit pun korg nak anggap aku apa. Tp jgn him. Aku tak suka. Aku kat sini rasa sakit sgt!

Cuba fikir dgn cara yang waras, Untung apa korg bash org? Dapat duit ke? Aku rasa tak. Dpt dosa ada lah. Nak suruh aku sabar, Yes aku sabar. Mmg aku sabar. Tapi bila org hina org aku sayang, and paling penting suami aku sendiri. Takkan aku nak diam wat dunno? Kemom lah.

Siapa yg ada dekat tempat aku pun nak rasa benda yg sama. Maybe dah menangis melalak mcm org gila. Tp aku rasa takde untung pape pun kalau aku menangis bagai nak rak. Takde sbb aku nak menangis bagai.

Semua orang mampu hina org jee. And satu lagi. Ikut suka hati aku lah nak selfie mcm mana pun. Korang takde 'HAK' nak melekehkan kita org. Camera, IG, semua kite org punya bkn beli guna duit uolls pun so tak perlu nak menghina org seteruk tu!.

Seteruk teruk dia. Dia cukup imam untuk membimbing aku ke arah kebaikan. Cukup lah! Kalau setakat muka handsome duit tarak, iman tarak, buat apa? Kau ingt nak bayar apa apa guna handsome & cantik? Kau ingt di padang mahsyar nanti nak guna muka handsome tu?

Zaman bila tu? Tu zaman bdk bdk boleh lah bro. Bawak mengucap bebayak ya. Aku berterima kasih sgt yg menghina kite org tu, nanti di padang mahsyar jgn cari kite org tauu. Hehehehe askum.
Dunia perkongsian pada zaman ini sememangnya kejam dan semakin menjadi-jadi sehinggakan ramai yang menjadi mangsa cyberbully. 



Kisah sayu Muallaf gelandangan "terima bantuan RM50 setahun" tersebar


Seorang pengguna Facebook memuatnaik 2 keping gambar mengenai seorang muallaf yang baru sahaja 4 tahun memeluk Islam dalam keadaan serba kekurangan dan hidup dalam gelandangan (Homeless).

Ketika ditanya samaada pakcik muallaf itu ada menerima sebarang bantuan daripada baitulmal, jawapan yang diberikan amat mengejutkan sekali iaitu beliau hanya menerima "RM50 setahun".


Berikutan itu, status dan gambar yang dimuatnaik tersebar dan menimbulkan rasa kurang senang pengguna media sosial terhadap Jabatan Bautilmal yang bertanggungjawab.

Namun, melalui ruangan komen beberapa individu tampil memberikan penjelasan bahawa bantuan RM50 yang diberikan itu hanyalah berbentuk bantuan sementara/kecemasan sahaja sebelum mereka memohon bantuan bulanan yang sebenar.


Kenyataan itu turut disokong oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sendiri dalam komennya yang telahpun selesai menjalankan siasatan awal mengenai kes itu. Pihak MAIWP juga mengatakan telah menggerakkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP untuk mencari dan mendapatkan info lanjut daripada muallaf itu.


Semoga perkara ini dapat diselesaikan segera supaya tidak berlanjutan kerana banyak komen-komen dilihat berbentuk sinis yang boleh jatuh kepada fitnah ditulis oleh para pengguna media sosial. TengokTVonline








@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Patutlah Wan Rosdi Di Pilih Sebagai Calon PAS PRK Pengkalan Kubor.. Ini Sebabnya