Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Ini Bukti: PKR Cipta Masalah Di Selangor - Abdul Hadi

Ini Bukti: PKR Cipta Masalah Di Selangor - Abdul Hadi


Ini Bukti: PKR Cipta Masalah Di Selangor - Abdul Hadi

Posted: 07 Sep 2014 05:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

Ini Bukti: PKR Cipta Masalah Di Selangor - Abdul Hadi

Abdul Hadi Awang menjelaskan satu persatu isu berkaitan kemelut Menteri Besar Selangor yang menurutnya dicetuskan PKR.

Berikut adalah transkrip Dialog Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila Terengganu seperti yang disiarkan oleh Terengganukini.

KEPADA mereka yang baru mengikuti Pas, merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk hingga ada yangg mabuk laut, yang pening. Saya mengikuti Pas sejak tahun 50an. Yang menyaksikan krisis menjatuhkan kerajaan Terengganu pada tahun 1961. Menyaksiakan krisis yang jatuhkan kerajaan Kelantan pada 1978.

Pas sendiri yang menerima masalah. Masalah dalaman kita sendiri, (tetapi) hingga (mampu) menumbangkan dua kerajaan negeri. Saya juga membaca krisis yang dialami Pas seawal ditubuhkan sebelum merdeka diambang pilihan raya pertama 1955 ketika presiden pertama kluar parti. Tahun 1960an Setiausaha Agung keluar parti. Peristiwa 1978 di Kelantan menyebabkan tujuh lapan orang pimpinan pusat keluar parti. Pas tidak goncang dan tidak jatuh.

Apa yang berlaku sehari dua ini sikit sangat. Kepada mereka yg baru nak belajar politik sudah rasa berat. Masalah yang berlaku di Selangor bukan masalah kita. Masalah yg dibuat oleh rakan kita yang kita terpaksa menolong untuk memikulnya.

Kita telah membuat keputusan untuk serahkan Selangor untuk dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), rakan kita dalam pakatan rakyat. Telah berjaya memerintah satu penggal. Kerajaan yang bersih. Tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam, kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan.

Tiba-tiba dijadikan masalah. Mula-mula dikatakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kedekut, bakhil, payah bagi duit. Saya jumpa beliau. Dia kata duit negeri Selangor bukan duit saya. Itu duit rakyat. Saya tak boleh keluarkan duit itu dengan sewenang-wenang. Mesti mengikut peraturannya.

Pas memilih dan meyokong Tan Sri khalid jadi menteri besar kerana amanahnya. Ini sangat penting dalam kita memerintah kerajaan negeri. Kita berpengalaman di Kelantan, 20 tahun lebih di Kelantan, Tok Guru (Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat) jadi menteri besar.

Ada orang kita dok lupa Pas 20 tahun lebih di Kelantan. Dok memerintah kerajaan yang amanah. Kita lupa peranan pas di Kelantan. Dok ingat DAP yang baru sepenggal, dok ingat Selangor yang baru sepenggal.

Kita memerintah Kelantan dalam kedaan hasil negeri tak ada. Negeri yang miskin. Pendapatanya tak banyak. (Tetapi) boleh perintah 20 tahun lebih. Pulau Pinang hasil banyak, kaya. Selangor hasil banyak, baru sepenggal. Nak masuk dua penggal. Ada orang kita rasa ek (berlagak). Orang Pas rasa ek (berlagak). Mengapa kita tak berasa ek (berlagak) 20 tahun kita perintah Kelantan? Dalam keadaan negeri yang miskin, yang tak ada hasil.

Sepatutnya kita kena sedar diri kita sendiri. Ini kerana kita baru nak belajar politik. Termasuk yang kita latih jadi pemimpin, yang baru nak belajar politik. Ini persoalannya. Kemudian Tan Sri Khalid dituduh dengan tuduhan-tuduhan yang disebut dalam media. Buat dialog dengan ADUN-ADUN, dengan Ahli Parlimen. Setelah dibuat dialog, beliau mnejawab. Ahli Parlimen, ADUN-ADUN kemukakan soalan. Tan Sri Khalid jawab dengan dibantu pegawai-pegwai dan staf jabatan menteri besar dan GLC.

Ramai kalangan ahli politik ini bukan ahli ekonomi. Bukan ahli korporat. Kita tahu, sepatutnya kita jangan bercakap dalam perkara yang kita tak tahu. Kalau kita bercakap perkara yang kita tak tahu, nampak bodoh kita.

Diputuskan supaya Menteri Besar Selangor dihadapkan ke dalam panel Majlis Pakatan Rakyat, Majlis Presiden. Dibuat malam Jumaat. Setiap hari jumaat saya megajar. Kenapa pula buat malam Jumaat? Susah. Hari Jumaat saya megajar. Saya baru balik dari luar negara, saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk jadi ahli panel yang sama. Pas tiga orang, DAP tiga orang, PKR tiga orang.
Jadi wakil untuk berdepan dengan Tan Sri Khalid, Menteri Besar Selangor. Dari Pas ialah Datuk Mustafa Ali, Salehudin Ayub, Naib Presiden dan saya.

(Dari) PKR, (Datuk Seri) Anwar, Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli. Dari DAP, Lim Kit Siang, Tony Pua, Tony Loke. Berdepan dengan Tan Sri Khalid. Dikemukan seolan-soalan, dan beliau jawab soalan ini.

Semua soalan di jawab. Dan beliau lepas jawab. Jawapan beliau lepas. Hingga tak da hujah bagi pihak yang menyoal dia. Semua yang hadir bersetuju. Bersetuju dengan jawapan-jawapan dia. Didapati dia perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah di Selangor. Itu keputusannya.

Kita dikejutkan supaya dikosongkan satu kerusi di Kajang. Kerusi yang sudah kita menang. ADUN diminta letak jawatan, kita diberitahu, tak da mesyuarat pun. Sa sa kita diberitahu. Kita menyatakan kita tak setuju.

Ini bukan cara dia. Pilihan raya dah lepas. Rakyat baru lagi masuk pilhan raya, ni pilihan raya pula. Ini tak betul. Dan dibuat keputusan pilihanraya. Oleh kerana kita sama-sama dalam pakatan rakyat kita kerah anak-anak buah bekerja. Pergilah berkempen, menanglah calon. Dan kita sudah buat satu resolusi, Pas akan ikuti pilihan raya di Kajang, akan bekerja. Masalah siapa menteri besar tidak berbangkit. Ini keputusan. Masalah menteri besar tidak berbangkit.

Lepas beberapa hari (pilihan raya) timbul masalah menteri besar. Nak tukar menteri besar. Mula tersebar surat-surat tuduhan terhadap menteri besar itu. Kita sebagai sebuah parti Islam mesti tuduhan itu disaksikan, diolah dengan adil. Kalau tak diolah dengan adil, nak hukum begitu sahaja, zalim kita. Kita baca al –Quran. Jangan cenderung kepada orang zalim nanti disambar api neraka. Kita parti Islam kita baca (al Quran).

DAP bukan parti Islam. PKR kita tak tahu lah dia rujuk dak kepada ayat Quran. Ni terpulang pada dia lah. Kita (Pas) kena tengok ayat-ayat Quran ini.

Maka berlakulah krisis. Yang dicalonkan, di mana Majis Syura Ulama buat keputusan tak setuju dengan calon ini kerana bercanggah dengan hukum islam. Syarat hukum Islam mesti seorang yang layak. Yang mampu untuk memikul jawatan ketua kerajaan.

Nabi sebut dalam hadis:
"Barang siapa yang mewakilkan urusan Islam dia melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakan, tetapi kerana kecenderungan dia, kerana sebab-sebab puak dia, bukan kerana kebolehan dia, tuhan tak terima tebusan duit, tebusan apa, hingga diserat ke neraka jahanam."Orang Pas sanggup kah? Kita orang Pas kita parti Islam, kita tak boleh terima. Maka berlakulah pergolakan sehingga hari ini. Kita kena berpegang bahawa Pakatan Rakyat berpihak pada asas-asas yang termaktub dalam perlembagaan.
Pertama mendukung demokrasi. Kedua memegang konsep dan prinsip Islam agama persekutuan dan yang ketiga ialah raja berpelembagaan.Bukan dilihat Islam sahaja, termasuk raja berpelembagaan. Kita tidak boleh jadikan raja macam tunggul kayu. Tidak boleh! Peranan raja ada. Tetapi ada kalangan puak-puak kita ni nak buat raja macam tunggul kayu, Itu tidak boleh. Tak boleh tak izin sekali-kali. Tak boleh letak raja ini, huduh macam mana pun, nak buat dia macam tunggul kayu. Tidak boleh. Mesti ada peranannya. Bukan kerana saya fanatik, taksub. Tidak. Akhlak kena begitu. Terutama akhlak kita orang Melayu sebagai orang Islam.

Ini kena faham. Dengan sebab itu ahli-ahli kita kena faham bila berlaku hak yang macam ini Nabi berkata:
"Kamu laksana berada dalam satu bahtera, ada orang yang duduk di petak di atas, ada orang yang duduk di petak yang bawah, lalu orang yang duduk di petak di bawah ada masalah dengan orang yang duduk di petak di atas, kerana payah nak dapat air sangat. Lalu orang petak bawah ni kata, kalau nak deras dapat air, kita ambik kapak tebuk kapal. Tebuk kapal dapat air cepat, kapal pun tenggelam, habis mampus belaka. Atau pun kita sabar, jangan tebuk kapal itu, kita sabar, semua yang ada selamat. Yang duduk petak atas selamat, yang duduk petak bawah selamat."Kita kena jaga yang ada puak-puak kita bila ada gelombang kuat nak tebuk kapal. Dia kena jaga, jangan ada nak tebuk kapal ini.

(Dialog Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Rusila Terengganu seperti yang disiarkan oleh Terengganukini.)



A/Hadi Dipersoal DAP Kerana T'ganu. Mengapa Tak Persalah Guan Eng Ketika...?

Posted: 07 Sep 2014 04:58 PM PDT


Ibnu Hasyim

A/Hadi Dipersoal DAP Kerana T'ganu. Mengapa Tak Persalah Guan Eng Ketika...?

 
Pemimpin DAP hari ini menyerang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan membangkitkan persoalan rekod kerjanya.

Katanya, selepas hilang dua negeri terhadap BN, beliau kini tiada hak mempersoalkan kemampuan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk menjadi menteri besar Selangor.

Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyifatkannya sebagai "orang yang sebabkan kehilangan besar Terengganu selepas menjadi menteri besar satu satu penggal dan gagal mengganti menteri besar Kedah selepas terlantar di katil hospital berbulan-bulan".

PAS hilang penguasaan di Kedah dalam pilihan raya umum lalu.

Naib Presiden DAP Selangor Teng Chan Khim pula berkata, Hadi mempunyai rekod kerja yang suram selepas PAS hilang penguasaan Kedah dan Terengganu bawah pimpinannya.

"Fakta-fakta itu dapat menjelaskannya secara sendiri.
"Hadi menjadi menteri besar ketika PAS hilang Terengganu dan beliau juga presiden PAS ketika hilang kuasa di Kedah.
"Inilah rekod kemampuannya," katanya. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyin:  Ikut logik DAP, DAP kalah PRK di Telok Intan mengapa tidak salahkan Lim Guan Eng atau Lit Kit Siang? PR menang di Selangor, mengapa masih salahkan Khalid Ibrahim? Berlaku kemelut perebutan kepimpinan dalam PKR mengapa tidak persalah Wan Azizah atau Anwar?


E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

Posted: 07 Sep 2014 02:51 PM PDT


Ibnu Hasyim

E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

 
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

Bab 1
KEMASKINI Sultan Cadang Lebih 2 Nama Ganti MB.. Fitnah: M/Insider Diarah Minta Maaf Secara Terbuka...Kemukakan 3 Calon MB S'gor, Satunya Wajar Dari PAS... N/Aziz: Mudah-mudahan Keputusan Sultan Beri Manfaa... W/Azizah: Hanya Satu Nama Dari PKR & DAP. Tapi PAS...PAS Hantar Tak Kurang 2 Nama, Akur Titah Sultan. W/Azizah, Azmin Lahir S'pura Halang Jadi MB  MB S'gor: Kartunis Zunar Sindir Siapa? He He He Berundur Jika Tak Sokong Pakatan.3 Sept Tarikh Akhir Hantar Nama Calon MB Bab 2
Muktamad, Jawatan MB Selangor Milik PKR - SU PAS...Lagi, Zunar & Anwar IbrahimPAS/PKR Siap Hadapi PRK Tumpat. Tak Kemuka Lebih Dari 1 Nama Seperti "memaksa" Ist...  Kemuka 1 Nama, PKR/DAP Beri 'Kata Dua'/Biadap Pada... MB: Pilih Sahaja Calon PAS, Kalau PKR Tolak Dicalo...PAS S'gor Nafi Kemuka Nama Calon MB Ciri-ciri MB Menurut Sultan S'gor. Bukan Boneka. Nasrudin Tantawi Sindir Anwar Pilih Isteri Sendiri... Isu MB: Haluan Sendiri PAS, "strategi" Bukan "pri... Bab 3 
Nepotisme Ke Jawatan MB S'gor -Nasrudin HassanPAS Hilang 10 Kerusi Jika Tinggal Pakatan - Bekas ... Demo Sokong Sultan S'gor. Siapa Mereka Ini?DUP S'gor Lulus Usul Kecam Adun Sokong Wan Azizah Perkembangan Politik PKR/PAS Kini Meng'gusar'kan.....Sokong W/Azizah MB: Kenyataan K/Muslimat PAS Dikel... Kerajaan PAS-Umno S'gor Pancingan Umno -Husam M...  Ulama PAS Akui 2 Adun Gagalkan K'sama Dengan Umno ...KEMASKINI: PKR Terima Surat Istana. SU Buat Kenyat... Pakatan Tanpa PAS, Siapa Rugi? -Subky Latif. Bab 4  
KEMASKINI: MB S'gor. A/Hadi Calon 3 Nama EXCOnya.....PAS Nafi Namakan 3 Exconya Sebagai Calon MB S'gorCalon MB S'gor, PAS Hantar 2 Adun PKR, 1 PAS -Di... Istana Tegur PKR 'tak ikut' Titah Sultan.Ini Adalah MB S'gor Baru Yang Akan Direstui Sultan...A/Hadi Enggan Dedahkan Nama Calon MB S'gor. Isu MB S'gor: Temubual Ringkas Presiden PAS Dengan... Blog Pro Pakatan Rakyat Diingatkan Supaya Berhati-...Benarkah PAS Baru Ditubuhkan, Ir Phahrolrazi Zawaw... Nak Tubuh Parti (Mirip PAS) Baru? -Apa Kata Presi...Bab 5 
Pemimpin PAS Kanan Pertama Kritik Terbuka, Tanda R... 'Kalau Layak Dari Awal Majlis Syura Sokong Azizah'...Lain Mustapha Ali, Mat Sabu-PAS Tolak Jika Ditawar... Bila Pembangkang Dapat Tempat Di Waktu Perdana TV3... Jawatan MB S'gor: PAS Tak Tuntut, Serah Kepada Sul... Boleh Lawan Presiden, Tapi .... -Sallehen Mukhyi Presiden Ada Kuasa Pemutus - Majlis Syura Ulamak Bersambung...

Selamatkah K'jaan PR S'gor? Jom Kerosek Infonya Dari Awal..
E-Buku-E-Buku ini mendedahkan semunnya. 
Bermula dari Adun PKR Kajang letak jawatan hinnga kini..
Ini 5 buah buku-bukunya!


PERCUMA 
Dalam E-Buku Weblog Ibnu Hasyim. Sila layari, klik gambar-gambar buku di bawah ini..

1 . E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?

2. E-Buku IH-83: Setelah Anwar Dihukum Penjara 5 Tahun.


3. E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
4. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?  
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang? 
5. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? 
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
 
Sedang bersambung lagi ke E-Buku ini.. Insya Allah!


Presiden Ada Kuasa Pemutus - Majlis Syura Ulamak

Posted: 07 Sep 2014 12:54 PM PDT


Ibnu Hasyim

Presiden Ada Kuasa Pemutus - Majlis Syura Ulamak


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang hari ini membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka berkata ia merujuk kepada berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Berikut kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak

Dengan merujuk kepada Perlembagan PAS, Fasal 8 (1) (a), yang memberikan kuasa kepada Majlis Syura Ulamak untuk menjelas, menghurai dan menafsirkan Perlembagaan PAS, maka mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada Ahad, 7 September 2014, membuat keputusan bahawa:

1) Presiden mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara yang melibatkan kepentingan parti berdasarkan Fasal 26 (1) (a) yang menyatakan bahawa Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.

Ketua yang dimaksudkan di dalam fasal tersebut mestilah difahami seperti mana disebutkan di dalam Hadis Nabi اسمعو واطيعوا ولو تأمر عليكم عبد حبشي
"Hendaklah kalian dengar dan taat, meskipun yang menjadi ketua di kalangan kalian seorang hamba berbangsa Habsyi."
2) Bahawa menjadi kewajipan Ahli  Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m).

Majlis Syura Ulamak menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam.
- HARAKAHDAILY 7/9/2014


Boleh Lawan Presiden, Tapi .... -Sallehen Mukhyi

Posted: 07 Sep 2014 08:43 AM PDT


Ibnu Hasyim

Boleh Lawan Presiden, Tapi .... -Sallehen Mukhyi


Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata kepimpinan tertinggi seperti presiden boleh dilawan tetapi perlulah secara baik dan berhemah dan bukannya suka-suka.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, Sallehen memberi komen keadaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan tertinggi yang menjadi sasaran kritikan pihak tertentu termasuk daripada dalam PAS sendiri.

Beliau bagaimanapun menegaskan ahli PAS perlu bersabar menurut perancangan kepimpinan sekiranya ia mendatangkan kebaikan.

"Sabarlah jangan gelojoh. Bersabar. Nak kata apa katalah, kesabaran akan jadi kesuburan.
"Kalau presiden dimaki macam mana kita? Kita boleh lawan tapi perlu berakhlak.
"Cuma kita akur arahan parti. Siapa kita kalau tak ikut arahan presiden parti. sekarang baru nampak kebijaksanaan pimpinan kita," kata beliau dalam ucapan perasmian Ijtimak PAS Selangor di Seri Kembangan hari ini.

Keputusan Hadi dalam krisis pentadbiran Selangor mendatangkan pelbagai kritikan dan kontroversi dalam Pakatan Rakyat. Terbaru, Hadi mengkritik dan mendakwa presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon tunggal PKR dan DAP sebagai menteri besar sebagai tidak sesuai menjadi menteri besar.

Hadi turut sebelum itu menghantar nama tiga ADUN PAS termasuk Sallehen sebagai calon sebelum ditarik semula. Senarai kedua pula mempunyai dua ADUN PKR dan seorang ADUN PAS.

Beberapa pimpinan PAS dilaporkan terkejut dengan perbuatan yang bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS sebelum ini yang mahukan Wan Azizah sebagai menteri besar.

Sallehen sementara itu menegaskan PAS tidak mahu berlaku pembubaran DUN Selangor yang dianggap beliau sebagai membazir dan tidak mendatangkan makna kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau ia merupakan antara sebab yang paling utama kesemua empat exco PAS di Selangor tidak meletakkan jawatan untuk menjaga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor

"Selagi tak buat pembubaran, DUN boleh berjalan sehingga November. (Pada) 17 November sesi DUN seterusnya.
"Nak buat pilihan raya bukan sikit belanja. Pilihan raya tak ada maknanya. apa yang berlaku sekarang ini adalah kerja kerajaan tidak terganggu. kita nak tunjuk dalam banyak hal-hal politik, kerja kerajaan tetap berjalan," kata beliau. (MK)


Nora Danish terima ancaman rogoI!

Posted: 07 Sep 2014 07:24 AM PDT


Tengok TV Online

Nora Danish terima ancaman rogoI!


PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau Iucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk mer0gol pelakon itu secara beramai-ramai.

"R0gol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.

Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:

"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."


Nora menerima komen berbau Iucah di Instagram miliknya.

Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.

Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen Iucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk mer0gol pelakon itu beramai-ramai.

Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.

Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.

Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.

mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi. -mStar


Ahli PAS Dilarang Sertai PasMa, Kata Tuan Ibrahim

Posted: 07 Sep 2014 06:48 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ahli PAS Dilarang Sertai PasMa, Kata Tuan Ibrahim

















Naib Presiden PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini berkata anggota PAS tidak dibenarkan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sekiranya ia merupakan sebuah pertubuhan parti politik.

Beliau juga berkata, PAS tidak menggalakkan sekiranya ahli PAS ingin menyertai pertubuhan itu jika ianya sebuah pertubuhan kebajikan kerana dalam parti Islam itu sendiri sudah mempunyai lajnah kebajikan.

"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.
"Tapi tidak ada keperluan ahli PAS untuk sertai PasMa kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya kepada pemberita selepas program Ijtimak PAS Selangor 2014 di Serdang Selangor hari ini. – 7 September, 2014. (TMI)


Ngeri - Tangan koyak dakwa terkena bom buatan sendiri di Klang (7 Gambar)

Posted: 07 Sep 2014 06:18 AM PDT


Tengok TV Online

Ngeri - Tangan koyak dakwa terkena bom buatan sendiri di Klang (7 Gambar)


Tangan seorang lelaki warga cina hampir putus dakwa terkena bom buatan sendiri yang dibaling oleh penunggang motorsikal ke dalam kereta yang dinaikinya bersama rakan-rakan.

Menurut info yang dikongsi dalam sebuah facebook, kejadian itu berlaku ketika dalam perjalan balik selepa minum malam di Bukit Tinggi.

Ketika mereka berada berdekatan dengan Stesen Shell Klang GH, secara tiba-tiba penunggang motorsikal membaling sebiji bola ke arah kereta mereka. Pada ketika itu lah Anson Ho cuba menahan bola itu dan terus meletup mengenai dirinya.


Adik kepada Anson Ho, Andre Ho turut mengesahkan kejadin ini di akaun Facebook beliau. Sejak beberapa tahun ini, Daerah Klang kerap kali digemparkan dengan berita-berita kejadian jenayah ngeri seperti ini. Lagi gambar:










Jawatan MB S'gor: PAS Tak Tuntut, Serah Kepada Sultan

Posted: 07 Sep 2014 05:57 AM PDT


Ibnu Hasyim

Jawatan MB S'gor: PAS Tak Tuntut, Serah Kepada Sultan


KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.

Setiausaha Agung PAS,  Datuk Mustafa Ali berkata juga berkata, pada peringkat ini PAS memutuskan untuk menyerahkan isu perlantikan itu kepada budi bicara Sultan Selangor.

"PAS pusat kekalkan keputusan yang pernah kita (PAS) buat sebelum ini iaitu tidak menuntut jawatan menteri besar selangor.
"PAS bersetuju bahawa jawatan Menteri Besar selangor adalah ialah untuk PKR," katanya ketika sidang media selepas mesyuarat bulanan Jawatankuasa PAS Pusat, di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

Mengulas isu calon PAS yang dikemukakan parti itu, beliau berkata PAS hanya menyerahkan nama cadangan dan ia bukan satu isu. Sebelum ini beliau memaklumkan PAS telah menyerahkan tiga nama calon iaitu dua dari PKR dan satu dari PAS.
- HARAKAHDAILY 7/9/2014


Akhirnya.. Berita Ini Menggembirakan Hati Penyokong PAS

Posted: 07 Sep 2014 05:42 AM PDT


Addin

Akhirnya.. Berita Ini Menggembirakan Hati Penyokong PAS


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini memutuskan untuk kekal dengan pendirian mereka sebelum ini iaitu tidak menuntut kerusi menteri besar Selangor, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata PAS juga memutuskan untuk menyerahkan kepada budi bicara Sultan Selangor bagi memutuskan nama menteri besar Selangor yang baharu.Perkara ini dinyatakan beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut selepas mesyuarat itu hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ketika tersebar berita presiden PAS menghantar tiga nama untuk calon MB Selangor termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Exco daripada PAS, Iskandar Samad.

Ketika ditanya, apakah akan dilakukan oleh PAS jika istana menawarkan PAS jawatan itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Kita tolaklah.

"Ketika mengulas tindakan PAS meletakkan nama Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad, Mustafa pula berkata, ia tidak akan menjadi isu."Nama tak apa...Tuanku cuma minta cadangan. 

Nama tak jadi persoalan," kata Mustafa bagi mengulas kedudukan pencalonan Adun PAS itu.Mustafa juga berkata, mesyuarat ini juga mengesahkan jawatan MB Selangor adalah hak PKR.

"PAS bersetuju jawatan menteri besar Selangor adalah ialah untuk PKR," kata Mustafa dalam sidang media yang dibuat selepas mesyuarat berlangsung lebih lima jam.Ia bermula sejak jam 10 pagi tadi dan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Mustafa juga memaklumkan, keputusan itu dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beliau bersetuju dengannya.Pada 2 September, PAS menghantar tiga nama yang terdiri daripada exco PAS Selangor untuk dipilih sebagai MB Selangor.

Namun pada 3 September, iaitu hari akhir yang ditetapkan Istana Selangor, sekali lagi surat dihantar oleh PAS. Kali ini dua Adun PKR dan satu Adun PAS dinamakan oleh PAS.

Surat itu dikatakan dihantar sendiri oleh Hadi ke Istana Selangor.Ekoran terdedahnya berita ini, PKR dan DAP memberikan reaksi negatif kerana sebelum ini PAS sudah menegaskan beberapa kali hanya akan menghantar calon daripada PKR. ~tmi





Bila Pembangkang Dapat Tempat Di Waktu Perdana TV3..

Posted: 07 Sep 2014 04:49 AM PDT


Ibnu Hasyim

Bila Pembangkang Dapat Tempat Di Waktu Perdana TV3..



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.  
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi, menimbulkan persoalan tentang bagaimana dan mengapa ia berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 September, 2014.   

Oleh  THE MALAYSIAN INSIDER
Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia. Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.

Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama. Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.

Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong. Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?

Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN. Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.
Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.

Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.
Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.

Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.
Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.

Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam  politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).

Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.
Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. – 7 September, 2014. (TMI)


22 Gambar menjelaskan kenapa lelaki orang terakhir perlu menjadi peneman anda Shopping!

Posted: 07 Sep 2014 04:36 AM PDT


Tengok TV Online

22 Gambar menjelaskan kenapa lelaki orang terakhir perlu menjadi peneman anda Shopping!

Perempuan dan shopping sememangnya tidak dapat dipisahkan.  Bila masuk shopping mall pada mulanya hanya mahu lihat-lihat kemudian bertukar kepada jeling-jeling dan setelah penat berulang alik ke tempat yang sama, akhirnya barulah keputusan dibuat untuk membeli barang tersebut. Begitulah yang berlaku bagi setiap jenis pakaian yang diinginkan.

Pembaziran yang berlaku disini bukanlah wang ringgit, tapi adalah pembaziran masa yang cukup besar. Selalunya yang akan menjadi mangsa sudah tentulah lelaki yang menjadi peneman pasangan masing-masing. Namun bila si suami tidak dapat lagi menahan menunggu si isteri berjam-jam lamanya, akhirnya mulalah mereka membuat muka bosan. Dibawah adalah koleksi wajah lelaki apabila menemankan si isteri membeli belah:






















Kredit Gambar: TheVocket



Lain Mustapha Ali, Mat Sabu-PAS Tolak Jika Ditawar MB S'gor.

Posted: 07 Sep 2014 01:45 AM PDT


Ibnu Hasyim

Lain Mustapha Ali, Mat Sabu-PAS Tolak Jika Ditawar MB S'gor.

 
PAS tidak akan menuntut kerusi menteri besar walaupun menghantar nama calonnya sendiri untuk dipertimbangkan sebagai ke jawatan oleh kepada pihak istana.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, jawatankuasa pusat PAS hari ini memutuskan tidak akan menuntutnya dan menyerahkan kepada sultan Selangor untuk membuat keputusan. Beliau menegaskan tindakan mereka turut mencalonkan anggota sendiri untuk jawatan itu bukan satu isu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak tawaran itu jika istana memilih anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita tolaklah," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu. (MK)


Hamas Tolak Lucut Senjata, Akan Perang Semula?

Posted: 07 Sep 2014 12:42 AM PDT


Ibnu Hasyim

Hamas Tolak Lucut Senjata, Akan Perang Semula?

Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam digeruni tentera rejim Zionis. 
Sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam digeruni tentera rejim Zionis

RAMALLAH - PALESTIN. Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh menolak tuntutan pelucutan senjata yang dikenakan oleh Israel sebagai syarat untuk menamatkan sekatan haram di Genting Gaza dan membuka semula lapangan terbang serta pelabuhan di wilayah itu.

Haniyeh menegaskan Hamas tidak akan tunduk dengan gesaan mana-mana pihak yang menuntut supaya mereka berbuat demikian.

"Kami tidak melancarkan perang, namun jika musuh mahu berperang, kami tidak teragak-agak untuk membuat serangan balas," jelasnya dalam  perhimpunan di bandar Gaza.

Kenyataan tegas itu dikeluarkan selepas Tel Aviv sebelum ini pernah menyuarakan rancangan mereka untuk mendesak Hamas menerima syarat pelucutan senjata tersebut dalam rundingan susulan yang akan diadakan di Kaherah dalam masa terdekat.

Sementara itu, seorang pegawai kanan risikan Israel mendakwa mereka tersilap percaturan kerana memandang rendah terhadap keupayaan Hamas sepanjang perang 50 hari yang berakhir pada 26 Ogos lalu.

"Kekuatan pejuang Gaza sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Mereka bijak mengatur strategi untuk menangkis serangan rejim Zionis," katanya.

Dalam perkembangan lain, Israel didakwa sekali lagi membuat tindakan provokasi dengan mengeluarkan tender untuk kira-kira 300 kediaman baharu di penempatan haram di Tebing Barat. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Tel Aviv mengumumkan rancangan mereka untuk merampas kira-kira 400 hektar tanah milik penduduk Palestin di kawasan antara bandar Baitulaham dan Hebron.

Menurut Lembaga Tanah Israel projek perluasan penempatan Elkana di barat laut Tebing Barat itu kononnya telah diluluskan sejak Januari lalu dalam laporan Press TV. (SH)


'Kalau Layak Dari Awal Majlis Syura Sokong Azizah'

Posted: 06 Sep 2014 11:45 PM PDT


Ibnu Hasyim

'Kalau Layak Dari Awal Majlis Syura Sokong Azizah'

 Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron DinTimbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din

BANGI - Majlis Syura Ulama Pas tidak mempunyai halangan menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggalas jawatan Menteri Besar Selangor jika beliau mempunyai kelayakan dan berpengalaman yang cukup bagi memikul amanah itu.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din bagaimanapun berkata, Presiden PKR itu tidak memiliki kriteria tersebut sekaligus beliau tidak layak bagi jawatan penting itu di Selangor.

"Itulah penilaian atau pandangan, kalau dia cukup kelayakan, sudah tentulah Majlis Syura Ulama Pas dari awal menyokongnya, dengan tiada sebarang masalah.
"Memang kita hendakkan yang lebih mampu dan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perdana bertajuk: Kebangkitan Islam, Di Manakah Peranan Kita? di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat yang mengkritik prestasi Wan Azizah di Parlimen dan Dun Selangor kerana beliau gagal menjawab soalan dan tidak berupaya berdebat dengan wakil rakyat BN.

Dalam pada itu, katanya lagi, Majlis Syura Ulama Pas juga membuat penilaian itu tanpa cenderung kepada faktor gender.

"Dalam Islam juga bukan jantina menjadi halangan, tetapi kemampuan untuk memikul amanah.
"Jadi Islam lihat pada amanah...amanah ini secara fizikalnya lebih mampu, pengalaman lebih dan latar belakangnya.
"Maka apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan dipikul oleh sebahagian besar daripada pimpinan parti melihatkan ada orang lain yang lebih baik daripada Wan Azizah," ujarnya.

Beliau berkata disebabkan faktor itulah sehingga sekarang Abdul Hadi menyerahkan isu pemilihan Menteri Besar itu kepada Sultan Selangor untuk dimuktamadkan.

"Jika sultan masih melihat Wan Azizah boleh dan sesuai menteri besar, saya rasa tuanku akan lantik beliau.
"Kalau tuanku pun tidak nampak demikian (kelayakan), tuanku akan memilih orang lain," katanya lagi. (SH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?


PAS Hilang Atau Tak Pernah Dapat Undi Melayu? -Khalid Samad

Posted: 06 Sep 2014 10:56 PM PDT


Ibnu Hasyim

PAS Hilang Atau Tak Pernah Dapat Undi Melayu? -Khalid Samad


Pemimpin lantang PAS Khalid Samad menyelar golongan konservatif dalam parti Islam itu yang mendakwa mereka hilang teras sokongan Melayu-Muslim setelah bergabung bersama Pakatan Rakyat.

"Kita tidak pernah pun mendapat sokongan (monopoli) Melayu – bagaimana kamu kata kita hilang sokongan Melayu?
"Kamu tidak boleh bandingkan (hari ini) dengan pilihan raya umum 2008 dan 20013...," kata anggota parlimen Shah Alam itu.

Katanya, pada 2008 Umno "separuh tidur" tetapi pada 2013 mereka bersedia sepenuhnya daripada serangan Pakatan dan berjaya mendapat kembali 1 atau 2 peratus undi Melayu.

"Pada 20118, mereka tidak ada bantuan kewangan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia).
"Umno juga terlalu leka apabila (bekas menteri besar Selangor) Khir Toyo mengatakan akan 'sifar pembangkang' (di Selangor)

Terdapat suara-suara konservatif PAS yang berulang kali mahukan parti itu keluar Pakatan, dengan mengatakan kerjasama dengan DAP dan PKR itu menyebabkan mereka hilang undang Melayu dalam pilihan raya umum lalu.

Dalam pilihan raya lalu, PAS hilang sedikit undi Melayu tetapi mempertingkatkan undi bukan Melayu, terutamanya di kawasan bandar dan separa bandar. Khalid berkata, sesiapa yang mahukan PAS keluar Pakatan itu harus sedar, dengan usaha terbaik Umno dan BN pada 2013, mereka hanya berjaya mendapat balik sedikit sahaja undi Melayu.

Anggota jawatankuasa pusat PAS itu berkata, sejak Pakatan memenangi Selangor enam tahun lalu, mereka bekerja secara senyap di peringkat bawah. (MK)


Punca Sebenar Tuan Guru Presiden PAS Keluar Media Arus Perdana Tersebar

Posted: 06 Sep 2014 10:27 PM PDT


Addin

Punca Sebenar Tuan Guru Presiden PAS Keluar Media Arus Perdana Tersebar


Sangat jarang pemimpin pembangkang dapat muncul dalam berita televisyen di waktu perdana di Malaysia. Ini kerana RTM terikat sebagai agen penyiaran kerajaan yang lurus bendul dan sempit manakala stesen televisyen swasta TV3 dimiliki oleh syarikat Umno iaitu Media Prima Bhd.

Ahli politik pembangkang yang dialu-alukan oleh akhbar arus perdana juga amat sedikit kerana sebab yang sama.

Jika mana-mana ahli politik pembangkang mendapat 15 minit waktu utama itu, biasanya selepas mereka berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) atau pandangan mereka merosakkan pakatan mereka sendiri.

Senarai mereka yang mendapat masa perdana dan di halaman utama akhbar sebelum ini adalah bekas ahli politik PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan Wee Choo Keong.

Jadi apa yang membuatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat 15 minit waktu perdana di Buletin Utama TV3 malam tadi?

Adakah akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyokong pendirian beliau mengenai kebuntuan menteri besar Selangor dalam edisi Ahad hari ini? Mesti ada sebab mengapa Hadi menjadi kesayangan media BN.

Lagipun inilah ahli politik yang dicerca di waktu perdana sebelum ini kerana Amanat Haji Hadi yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun yang lalu.

Beliau diserang habis-habisan kerana berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam hudud.

Tetapi sekarang, Hadi mendapat ruang masa perdana untuk menjelaskan pendirian beliau mengenai kebuntuan pelantikan menteri besar Selangor.

Dan Utusan Malaysia membuat keputusan pandangan beliau adalah betul: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan calon yang sesuai untuk jawatan tertinggi itu.

Sudah tentu Hadi harus mengambil peluang untuk menjelaskan sikapnya. Ini sebuah negara demokrasi.

Tetapi beliau perlu ingat semua yang disahkan oleh Utusan atau mendapat tempat di waktu perdana berita televisyen biasanya berakhir dengan tentangan daripada rakan mereka sendiri.

Media pro-kerajaan hanya mengambil pendapat anda jika ia menyokong agenda mereka. Dan anda akan digugurkan bak kentang panas apabila anda mengatakan sesuatu yang sukar bagi perjuangan mereka.

Tetapi Hadi sedar semua ini. Beliau bukan budak baru dalam politik. Melainkan jika beliau fikir boleh mainkan media pro-kerajaan seperti yang dilakukan sekutunya di Selangor, beliau perlu tahu beliau bekerja dengan sekutunya daripada Pakatan Rakyat (PR).

Itu tidak wajar untuk sekutu anda sendiri. Bukan sesuatu yang kita jangka daripada pemimpin parti Islam yang keputusannya berdasarkan kepada tradisi suci Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad.

Lagipun, Hadi hanya seorang ahli politik dan seperti kebanyakan mereka, jika tidak semua ahli politik pun, beliau percaya kepentingan yang kekal, bukan kawan yang kekal. ~tmi







Iklan C (ii)







Cerita sebenar Biskut Baby "Plastik" mudah terbakar didedahkan (4 Gambar)

Posted: 06 Sep 2014 09:39 PM PDT


Tengok TV Online

Cerita sebenar Biskut Baby "Plastik" mudah terbakar didedahkan (4 Gambar)



Seorang pengguna Facebook menjawab pendedahan viral yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang lain, Puan Eira yang memuatnaik gambar biskut kesukaan kanak-kanak, Baby Bites yang didakwa mudah terbakar dan berbau plastik. Baca jawapan daripada Puan Rabihah ini pula:



Alhamdulillah..

Thanks kak Julia Romeli..
Tlg bagi explaination more details pasal biskut baby tu..

Yes..
I directly go to her right after my sister Ridwah Hanis tag me to a post said about baby biscuit that i gave to my kids is not safe..

Actually i dah tau pasal benda ni lama dah..
Pasal biskut bin bin tu..
Tapi lama dah..
N i tau x de salah pun biskut tu..
So tu pasal i just relaks je bila few people tag me about this biscuit..

Why kak julia?
Because she is a mom who is a phd student in chemical at UTP (or dah grad..sorry kak..i x sure psl dah grad ke blom..but someone call u doc, so i blur..hahah..n if i not mistaken laa about ur course)..

After she explained, i boleh ckp u all yg share pasal biskut tu boleh lah buang segala mak nenek makanan korang..hahaha..especially yg ada ingredients by potato starch tu..korang takut sngt kan bila bakar bau plastik..hahaha

Tu hah..siap dia buat test lagi kat biskut biasa yg korang dok makan tu..hahaha..
Sila refer gmbr k..

Yela..
Takut sangat kan..
Btw i akan continue bagi my kids biskut tu..
Takut?
Napa nak takut..
Xde salah pun biskut tu..
Hahah..

Kalau nak tau details, sila baca all the komen yg ada dlm post ni..
semua i dah share ye..

I pun a mom jugak,
Biha


***update 1 : sila baca my post n all komen..jangan baca kat gmbr..gambar x menerangkan isu sebenar..gmbr hanya bagus utk andaian sendiri..baca komen dr awal..kat hujung2 tu penuh ngan pm pls je..kalau baca dr awal komen2 tu..u akan tau kenapa i ckp biskut ni ok..pls rajin2 kan diri anda..jgn jd tipical malaysia sangat yg pemalas nak baca komen2..tq

***update 2 : info ni ada berkaitan dengan silibus biologi form 4..maaf ye..saya x belajar biologi masa form 4..sebab tu sy refer kat org yg saya rasa layak utk explain kpd saya..x kira lah dia tu sapa tp i mintak pandangan yg lebih pakar..not simply share pasal biskut baby yg terbakar bila dibakar..




** *******

since ramai sangat bising bahasa i rojak sangat, ni kesimpulan utk komen2 yg korang malas nak browse tu..xpe..niat sy nak share apa yg betul je..

1. Biskut dlm gambar tu biskut ping pong yang ditest bakar oleh kwn saya tu..just nak tunjuk yg apa2 makanan dicucuh api mmg akan terbakar.

2. Biskut baby yg byk viral smlm tu adalah brand baby bytes yg dikatakan ada kandungan plastik dlm nya. Saya rujuk kat kawan saya berkenaan isu ni sebab ramai ahli keluarga sendiri tag saya kat post2 yg viral tu.

3. Kawan saya tu (k julia), dah share kenapa bakar biskut or any food boleh terbakar bila dicucuh api. Dalam kes biskut baby bytes tu, berkemungkinan besar kandungan kanjinya sangat tinggi sebab menggunakan beras tepung dan kanji kentang (potato starch).

4. Kanji yang tinggi ni juga boleh sebabkan biskut ni menyerupai plastik sebab kanji dlm tepung adalah polimer yang brittle pada suhu2 tertentu.

5. Kanji kentang juga ada digunakan dalam penghasilan plastik mesra alam. Sebab tu bila bakar bau mcm plastik.

6. Adakah ia selamat dimakan? Yup..ia selamat dimakan.

**** sekian, rasa kalau nak tegakkan isu homemade, isu bahasa, isu halal haram, bukan disini utk ajar saya..saya hanya nak terangkan benda betul shj. Tq ****




Perpecahan Paling Buruk Dalam Sejarah PAS -Awang Selamat (Utusan)

Posted: 06 Sep 2014 09:37 PM PDT


Ibnu Hasyim

Perpecahan Paling Buruk Dalam Sejarah PAS -Awang Selamat (Utusan)



Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak akur dengan PKR dan DAP dalam krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail, 7 September, 2014.  
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak akur dengan PKR dan DAP dalam krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail, 7 September, 2014. 

 Penulis kolum Utusan Malaysia, Awang Selamat memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulamanya kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP dalam krisis Selangor.

"Apa pun Awang tabik Presiden PAS, Hadi Awang dan barisan ulama kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP.
"Walaupun Hadi menghadapi tentangan hebat daripada kelompok Anwarinas atau Anwariuun (memetik rujukan Uztaz Ismail Mina), majoriti ahli akar umbi masih bersama beliau," tulisnya dalam kolum Mingguan Malaysia hari ini.

Semalam katanya Hadi bersuara sekali lagi menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkannya tidak berkebolehan. Begitu juga amaran beliau kepada pemimpin PAS supaya keluar parti jika tidak lagi sehaluan dengan PAS.

"Awang percaya itu baru permulaan. Silap bagi Anwar mengambil mudah Hadi. Kita lihat nanti," tulis kolumnis akhbar Umno itu.

Kolum itu juga memuji ketegasan Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua nama calon MB.
Biarpun menghadapi tekanan dan adakalanya ugutan dan penghinaan daripada para pemimpin PKR dan DAP, baginda tidak goyah apalagi untuk tunduk, tulis akhbar itu.

"Awang ingin menzahirkan kesyukuran dan penghargaan yang tidak terhingga atas ketegasan Sultan Selangor," tulisnya.

Awang juga teruja apabila PAS menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar yang baru. Lebih banyak pilihan, lebih baik.

"Apa salahnya jika calon PAS menjadi menteri besar," tulisnya.

Beri pula peluang kepada parti itu yang mempunyai hak dan merit dalam konteks politik Selangor, katanya.

"Lagipun Awang lebih percaya pemimpin PAS untuk mengurus rizab RM5 bilion berbanding calon boneka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Namun begitu, kolumnis itu menulis, mereka terganggu dengan perbalahan terbuka sesama pemimpin PAS.

"Kelompok Anwarinas bertindak balas terhadap golongan ulama, termasuk menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)," katanya.

Pendirian Hadi tidak diikuti sebaliknya diperlekehkan, katanya merujuk kepada ura-ura PasMa akan menjadi ganti PAS dalam Pakatan Rakyat jika PAS mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula mempersoalkan keputusan Majlis Syura Ulama yang mencadangkan Adun PAS sebagai calon menteri besar, tulis Awang lagi.

"Inilah perpecahan paling buruk dalam sejarah PAS dan pujian harus diberi kepada Anwar atas kejayaannya itu," katanya.

DAP menjadi komponen pakatan paling untung dan puas, tambah penulis itu lagi. – 7 September, 2014.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata-kats 'batu api' dari lidah UMNO..


PasMa: Antara Yang Terkejut, Ahmad Awang, Dr Hatta, Mohd Nasir...

Posted: 06 Sep 2014 08:39 PM PDT


Ibnu Hasyim

PasMa: Antara Yang Terkejut, Ahmad Awang, Dr Hatta, Mohd Nasir...


Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang

IPOH – Bekas Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terkejut apabila nama beliau disenarai sebagai 'Mursyidul Am' Pasma.

Malah menurutnya, dia memang tidak tahu mengenai pertubuhan berkenaan yang kini menjadi 'viral' di laman-laman sosial.

"Sebenarnya saya dijemput untuk menghadiri satu forum di Shah Alam esok (8 September) bersama ahli panel, (Datuk) Husam Musa dan Dr Mujahid (Yusof Rawa). Tetapi lokasi forum berkenaan difahamkan telah berubah ke Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli menafikan penglibatan beliau dalam penubuhan Pasma.

"Terima kasihlah lantik saya. Besar jawatan tu, timbalan presiden lagi.  Kalau nak letak sangat letaklah mursyidul am terus," katanya secara berseloroh.

Ditanya adakah beliau sudah mengetahui akan penubuhan itu sebelum ini kerana namanya disebut antara orang yang membantu membentuk NGO itu, Ahli Parlimen Kuala Krai itu berkata, beliau mengetahui penubuhan Pasma melalui penyebaran sijil daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang diterima melalui aplikasi WhatApps.

"Saya tiada kaitan. Isu ini tidak jejaskan saya dan saya yakin orang tidak percaya," katanya.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria pula kesal apabila namanya dikaitkan dengan Pasma. Mohd Nasir berkata sehingga semalam, beliau tidak menerima surat tawaran menganggotai mana-mana pertubuhan seperti didakwa.

"Saya juga tidak tahu siapa presiden Pasma termasuk AJK, malah saya juga tidak tahu matlamat penubuhan atau dasar perjuangannya," katanya.(SH)


Berita Pelik Dari Pejabat Utusan Meloya.. Saksikanlah

Posted: 06 Sep 2014 08:30 PM PDT


Addin

Berita Pelik Dari Pejabat Utusan Meloya.. Saksikanlah


Penulis kolum Utusan Malaysia, Awang Selamat memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulamanya kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP dalam krisis Selangor.

"Apa pun Awang tabik Presiden PAS, Hadi Awang dan barisan ulama kerana tidak tunduk kepada PKR dan DAP.

"Walaupun Hadi menghadapi tentangan hebat daripada kelompok Anwarinas atau Anwariuun (memetik rujukan Uztaz Ismail Mina), majoriti ahli akar umbi masih bersama beliau," tulisnya dalam kolum Mingguan Malaysia hari ini.

Semalam katanya Hadi bersuara sekali lagi menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang disifatkannya tidak berkebolehan.

Begitu juga amaran beliau kepada pemimpin PAS supaya keluar parti jika tidak lagi sehaluan dengan PAS.

"Awang percaya itu baru permulaan. Silap bagi Anwar mengambil mudah Hadi. Kita lihat nanti," tulis kolumnis akhbar Umno itu.

Kolum itu juga memuji ketegasan Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua nama calon MB.

Biarpun menghadapi tekanan dan adakalanya ugutan dan penghinaan daripada para pemimpin PKR dan DAP, baginda tidak goyah apalagi untuk tunduk, tulis akhbar itu.

"Awang ingin menzahirkan kesyukuran dan penghargaan yang tidak terhingga atas ketegasan Sultan Selangor," tulisnya.

Awang juga teruja apabila PAS menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar yang baru. Lebih banyak pilihan, lebih baik.

"Apa salahnya jika calon PAS menjadi menteri besar," tulisnya.

Beri pula peluang kepada parti itu yang mempunyai hak dan merit dalam konteks politik Selangor, katanya.

"Lagipun Awang lebih percaya pemimpin PAS untuk mengurus rizab RM5 bilion berbanding calon boneka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Namun begitu, kolumnis itu menulis, mereka terganggu dengan perbalahan terbuka sesama pemimpin PAS.

"Kelompok Anwarinas bertindak balas terhadap golongan ulama, termasuk menubuhkan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa)," katanya.

Pendirian Hadi tidak diikuti sebaliknya diperlekehkan, katanya merujuk kepada ura-ura PasMa akan menjadi ganti PAS dalam Pakatan Rakyat jika PAS mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pula mempersoalkan keputusan Majlis Syura Ulama yang mencadangkan Adun PAS sebagai calon menteri besar, tulis Awang lagi.

"Inilah perpecahan paling buruk dalam sejarah PAS dan pujian harus diberi kepada Anwar atas kejayaannya itu," katanya.

DAP menjadi komponen pakatan paling untung dan puas, tambah penulis itu lagi. ~tmi




Iklan C (ii)







Luahan hati gadis kerap dibelasah ibu tiri sejak kecil

Posted: 06 Sep 2014 07:42 PM PDT


Tengok TV Online

Luahan hati gadis kerap dibelasah ibu tiri sejak kecil

Kuala Lumpur: "Saya dilempang ibu tiri seawal minggu pertama perkahwinan ayah dengan wanita itu hanya kerana tidak membasuh pinggan selepas makan malam," kata Ina, 19, mengimbau kenangan pahitnya didera ibu tiri sejak kanak-kanak.

Menurutnya, dia mendapat 'ibu baru' ketika usianya baru mencecah lapan tahun selepas ibu kandungnya bercerai dengan ayahnya, dua tahun sebelum itu.

"Ketika kejadian itu ayah tiada di rumah kerana bekerja di Singapura. Saya dilempang berkali-kali dan dimaki hamun dengan perkataan kesat, selain dituduh menyusahkan hidupnya.

"Saya juga diberi amaran supaya tidak mengadu kepada ayah atau diugut akan dipukul dengan lebih teruk. Sebab itu selepas membasuh pinggan, saya terus ke bilik tidur," katanya.

PADA 2012 sejumlah 285 kes dera kanak-kanak dicatatkan meningkat 295 kes pada 2013.

Selepas kejadian itu, Ina mendakwa kerap dibelasah ibu tirinya yang ketika itu berusia awal 20-an dan perkara itu berlarutan beberapa tahun, namun tidak diketahui bapanya kerana wanita itu 'berlakon' baik setiap kali bertemu jika bapanya pulang.

Katanya, ibu tirinya kerap membebel kerana mendakwa diri terbeban dengan tanggungjawab mengelola rumah dan melepaskan marah dengan menjadikannya sebagai mangsa.

"Saya dipukul menggunakan penyangkut baju dan kayu, menyebabkan luka di beberapa bahagian badan. Saya hanya mampu mendiamkan diri dan mengelak bertemu bapa kerana takut masalah ini terbongkar.





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Ini Bukti: PKR Cipta Masalah Di Selangor - Abdul Hadi