Gosip Artis Malaysia | <b>Artis Malaysia</b> Jangan Tiru Cara Ini Kalau Nak Buat Amal | <b>Gosip</b> <b>...</b> |
- <b>Artis Malaysia</b> Jangan Tiru Cara Ini Kalau Nak Buat Amal | <b>Gosip</b> <b>...</b>
- <b>Artis</b> Baharu Perlu Terlibat Program Merdeka - Amy (Search <b>...</b>
- Taylor Swift tetap memukau ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b>
- Yantzen Terima Hakikat Sudah Tidak Popular ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b>
- 'Bohonglah Kamal Tak Tahu Kami Putus' - Intan Ladyana - KakiGosip!
<b>Artis Malaysia</b> Jangan Tiru Cara Ini Kalau Nak Buat Amal | <b>Gosip</b> <b>...</b> Posted: 06 Sep 2014 07:01 PM PDT Cik Siti: Demi wang apa sahaja sanggup dilakukan. Cik Siti harap tak ada artis Malaysia mengikut contoh seperti yang dilakukan oleh artis barat ini. Tapi, Cik Siti tak salahkan mereka, melakukan aksi ciuman untuk mendapatkan dana bagi membantu badan amal adalah salah satu cara juga. Seorang ahli perniagaan kaya di Amerika, Julian Bharti sanggup membelanjakan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan ciuman daripada seorang pelakon wanita Hollywood terkenal iaitu Elizabeth Hurly. Dalam satu majlis amal yang dinajurkan oleh Elton John itu, Julian telah membelanjankan wangnya sebanyak AS$80,000 (RM254,600) untuk disumbangkan kepada beberapa buah badan amal di negara itu. Ketika ditemubual, Elizabeth menyatakan bahawa dirinya tidak kisah melakukan adegan intim tersebut bersama Julian walau mengetahui ahli perniagaan itu adalah suami orang, Elizabeth juga menjelaskan kesanggupanya dicium di depan khalyak ramai adalah bertujuan untuk membantu orang lain. Para tetamu yang hadir dalam majlis amal tersebut turut bertepuk tangan dan bersorak apabila melihat kedua-dua pasangan itu melakukan aksi ciuman yang mengghairahkan. Isteri kepada ahli perniagaan itu, Christy yang turut hadir menyaksikan acara amal tersebut tidak merasa cemburu malah menganggap perbuatan suaminya melakuan aksi ciuman bersama aktres Hollywood berkenaan sebagai sebahagian bagi menjayakan aktiviti amal. |
<b>Artis</b> Baharu Perlu Terlibat Program Merdeka - Amy (Search <b>...</b> Posted: 30 Aug 2014 05:38 PM PDT Penyanyi Amy Search menyarankan agar lebih ramai artis baharu terutama golongan muda melibatkan diri dengan program-program sempena hari kemerdekaan. Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 56, berkata, pengaruh yang ada pada artis boleh memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan untuk menghargai nilai kemerdekaan yang dikecapi selama 57 tahun ini. "Golongan artis muda seperti acuh tak acuh dengan program kemerdekaan sedangkan mereka tidak sedar jika tidak kerana kemerdekaan ini kita tidak berada di sini seperti hari ini. "Sebagai artis sepatutnya kita perlu menjadi contoh dan tarik semula masyarakat terutama golongan muda untuk menanam semangat menyambut bulan kemerdekaan ini," ujarnya ketika ditemui selepas program Ops Gerak Merdeka, di PPR Kampung Baru Air Panas, di sini, Sabtu. Program Ops Gerak Merdeka telah dijalankan selama tiga hari bermula pada Khamis lalu beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Turut menjayakan program tersebut ialah anak sulung penyanyi itu iaitu Nabila Huda, isteri Amy iaitu, Norhasniza Hassan atau Norish dan Nora Danish. Acara yang bermula pada pukul 8 pagi itu menerima sambutan yang mengalakkan apabila penyanyi tersebut menyerahkan pelbagai jenis bendera dan Jalur Gemilang kepada penduduk kawasan tersebut. Dalam pada itu, Amy berkata, program itu dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap semangat kibarkan Jalur Gemilang. Sementara itu, katanya, sebagai seorang rakyat Malaysia yang lahir setahun selepas kemerdekaan, dia turut melalui perjalanan negara ini menjadi sebuah negara yang semakin membangun. "Saya dilahirkan setahun selepas kemerdekaan iaitu 1958, namun saya melalui bagaimana kesusahan ketika awal negara kita merdeka sehingga sekarang. "Saya ingat lagi kehidupan dulu dan sekarang jauh bezanya, dulu saya hanya makan ayam sebulan sekali sahaja, tapi sekarang semua rakyat Malaysia boleh makan ayam setiap hari," ujarnya. Tambahnya, sebagai seorang bapa juga, dia sentiasa mengingatkan anak-anaknya agar menghargai keamanan yang kita kecapi sekarang. Dia juga tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa mengambil tahu tentang kemerdekaan. "Saya selalu ingatkan anak-ana saya tentang susah orang dulu nak dapatkan merdeka dan keamanan yang kita ada sekarang bukan semudah mereka fikirkan," ujarnya. |
Taylor Swift tetap memukau ~ KakiGosip! - <b>Gosip Artis Malaysia</b> <b>...</b> Posted: 29 Aug 2014 10:03 PM PDT DARIPADA seorang gadis yang sering diperlekehkan, Taylor Swift kini menjadi ikon remaja di tempat lahirnya. Berbekalkan suara hebat dan wajah comel, pemilik nama penuh Taylor Alison Swift ini berjaya mencipta nama dalam tempoh 10 tahun. Menjadi antara individu yang disisihkan, Swift menjadikan lagu-lagu ciptaannya sebagai modal untuk berkongsi perasaan amarahnya. Bakatnya dalam bidang muzik diwarisi daripada neneknya yang juga penyanyi opera selain dipengaruhi oleh penyanyi country, LeAnn Rimes. Sehubungan itu, tidak hairanlah pada usia 10 tahun, penyanyi lagu Tim McGraw itu mula tampil di depan umum dan menulis lirik lagu. Swift kemudiannya mulai aktif dalam bidang seni suara sejak 2006 dengan membawakan genre muzik country pop, pop dan pop rock yang menjadi kegilaan anak muda zaman sekarang. Bermula dari situ, terlahirlah album pertamanya, Taylor Swift pada 2006, diikuti Fearless (2008), Speak Now (2010) dan Red (2012). Demi mendekatkan dirinya kepada peminat yang menyokongnya selama ini, pelantun lagu The Lucky One itu menjelajah ke 86 lokasi untuk menjayakan konsert jelajahnya ke seluruh dunia. Konsert jelajahnya itu dinamakan Red Tour, dan Malaysia menjadi lokasi kedua terakhir sebelum dia menamatkan Red Tour di Singapura setelah hampir setahun setengah mengelilingi dunia. Malah, kata pelantun lagu Love Story itu, dia akan kembali memasuki studio untuk album kelima. Usaha gigih penyanyi Girl at Home itu berbayar apabila dia menjadi individu termuda dan artis solo wanita pertama memenangi anugerah Country Music Association (CMA) bagi kategori penghibur sepanjang tahun. "Saya tidak akan melupakan detik ini, kerana ketika ini semua yang saya inginkan telah berlaku," katanya. Tidak cukup setakat itu, dia juga mendominasi Anugerah Muzik Billboard 2013 apabila memenangi kategori Artis Terbaik, Artis Wanita Terbaik, Artis Billboard 200 Terbaik dan Album Billboard 200 Terbaik menerusi album Red. Dia juga menang bagi anugerah Artis Lagu Digital Terbaik, Artis Country Terbaik, Album Country Terbaik dan Lagu Country Terbaik menerusi We Are Never Ever Getting Back Together. Sebelum ini, pelantun lagu State of Grace ini pernah membintangi filem Valentine`s Day dan memegang watak sampingan menerusi siri drama TV New Girl, namun itu belum cukup membuktikan dia seorang yang hebat berlakon. "Saya memang ingin menjadi bintang filem, dan saya ingin membuktikan saya juga boleh berlakon dengan baik sebaris dengan pelakon Hollywood yang lain," katanya kepada Radar Online. Sehingga kini, penyanyi berusia 24 tahun itu akan terus berusaha dalam bidang yang dia impikan sekali gus tidak mengganggu kariernya sebagai penyanyi. Bahkan, Swift juga ditawarkan untuk membintangi Filem Cereka Konsert seperti Justin Bieber dan Katy Pery bernilai USD10 juta (RM30 Juta), namun pihak pengurusannya masih lagi dalam proses perbincangan sama ada mahu menerima atau pun tidak. Dalam filem itu, penyanyi I Knew You Were Trouble bergandingan dengan Jeff Bridges, Brenton Thwaites, Meryl Streep, Odeya Rush, Katie Holmes dan Alexander Skarsgard. Salah seorang pelakon filem berkenaan, Bridges memuji lakonan Swift. "Dia sangat hebat. Kami akhirnya menjadi pencinta muzik," katanya. Tidak setakat itu, Holmes yang juga menjadi salah satu bintang dalam filem berkenaan turut memuji lakonan Swift. "Dia begitu indah. Dia begitu baik, berbakat, dan sangat luar biasa berbakat," katanya. The Giver mengisahkan seorang lelaki muda yang terpilih diberi peluang untuk mempelajari kegagalan dan nikmat sebenar kehidupan di dunia ini dalam keadaan masyarakat sekeliling yang sempurna tanpa sebarang peperangan, kesakitan, penderitaan, perbezaan dan pilihan. Nantikannya di pawagam mulai 4 September ini. |
Yantzen Terima Hakikat Sudah Tidak Popular ~ KakiGosip! - <b>Gosip</b> <b>...</b> Posted: 01 Sep 2014 02:19 PM PDT Penyanyi kelahiran Singapura, Yantzen tidak terkilan jika namanya semakin dilupakan kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai seorang artis. Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 56, berkata, dia menerima hakikat zaman kegemilangannya sudah lama berlalu tambahan pula kehadiran penyanyi-penyanyi baharu yang mewarnai industri hiburan ketika ini yang tidak langsung melenyapkan penyanyi-penyanyi lama. "Saya tak kisah pun sudah tidak popular kerana zaman kegemilangan itu saya sudah rasai dan kini ia digantikan pula dengan wajah-wajah baharu. Tiada apa yang perlu disedihkan kerana sekurang-kurangnya masih ada orang yang ingat pada lagu-lagu nyanyian saya malah undangan membuat persembahan masih banyak biarpun ia tidak mendapat liputan media," katanya. Yantzen sebelum ini adalah vokalis kumpulan Rusty Blade akhir 1980 sebelum menyertai kumpulan May pada tahun 1992 dan selepas itu bergerak secara solo. Dalam pada itu, Yantzen berkata, selain memenuhi undangan nyanyian dia kini banyak meluangkan masa dengan melakukan aktiviti amal dalam membantu golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim. Jelas Yantzen, dia juga turut menubuhkan sebuah pertubuhan bagi tujuan tersebut dan mengajak golongan belia untuk sama-sama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Penglibatan golongan belia terutamanya remaja dalam pertubuhan ini bukan sahaja dapat mendidik mereka tentang keperluan membantu sesama manusia tetapi salah satu kaedah supaya mereka menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Alhamdulillah lawatan yang kami lakukan di beberapa lokasi mendapat sambutan baik daripada golongan ini malah mereka juga turut menghulurkan bantuan kewangan biarpun jumlahnya tidak besar tetapi ia menunjukkan semangat mereka untuk membantu," jelasnya. Sementara itu, Yantzen berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan album terbaharu kerana sedar dengan masalah kejatuhan penjualan album yang dihadapi oleh industri muzik tempatan. Kos menjadi faktor utama dan dengan pasaran sekarang bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album dan saya sangat realistik terhadap perkara itu," katanya. |
'Bohonglah Kamal Tak Tahu Kami Putus' - Intan Ladyana - KakiGosip! Posted: 01 Sep 2014 02:16 PM PDT Pelakon Intan Ladyana menganggap dakwaan kononya Kamal Adli, 29, terkejut dan tidak tahu tentang status hubungan mereka putus ketika Intan mengumumkan perkara itu adalah tidak benar. Intan, 32, berkata, keputusan tersebut dilakukan setelah mereka berbincang dan memutuskan perkara tersebut terpaksa dilakukan sebagai jalan terbaik terhadap hubungan yang dibina hampir enam tahun itu. "Bohonglah kalau dia kata tidak tahu dan terkejut dengan kenyataan saya bahawa hubungan kami sudah putus itu. Ini kerana tidak mungkin saya buat keputusan ini sendiri atau sengaja berlalu pergi begitu sahaja tanpa berbincang dahulu. "Saya dah malas nak besar-besarkan cerita ini lagi dan saya harap kami masing-masing boleh mulakan hidup baru," katanya. Intan berkata demikian apabila Kamal dipercayai terkejut dengan berita yang diumumkan Intan itu. Malah Kamal dikatakan meminta sedikit masa untuk berbincang tentang perkara tersebut dengan Intan terlebih dahulu sebelum dia mengeluarkan kenyataan. Menurut Intan, dia tidak lagi berhubung dengan Kamal sejak pendedahan itu dibuat dalam satu majlis pada 25 Ogos lalu. "Buat apa saya jumpa dia untuk berbincang sebab hubungan kami memang sudah berakhir dan tiada apa nak dibincangkan lagi," ujarnya. Sementara itu, ketika ditanya tentang gambar mereka berdua yang dimuat naik oleh Kamal beberapa hari lalu melalui akaun Instagram miliknya, Intan berkata dia tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Dia juga sudah tidak mengikuti laman Instagram Kamal dan begitu juga sebaliknya. "Saya tidak tahu dia muat naik gambar apa kerana saya sudah tidak follow laman sosial dia, dan dia juga tidak follow saya. "Bagi saya itu hak dia untuk memuat naik apa juga gambar yang diinginkan," ujarnya. Intan turut berharap peminat yang masih berharap hubungan mereka kembali agar terus menyokong kerjaya masing-masing secara individu. Kamal pada Khamis lalu memuat naik gambar percutian mereka tanpa sebarang kapsyen. Sehingga Isnin, gambar tersebut mendapat sebanyak 5,982 likes dan 191 komen yang kebanyakannya berharap kedua-dua artis ini kembali bersatu. Sementara itu, Kamal yang sebelum ini tidak bersedia memberikan sebarang komen tentang status hubungan mereka ini tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat. |
You are subscribed to email updates from gosip artis malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post