Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gambar dan Video Puluhan Askar Zionis Laknaktullah Terbunuh Tersebar..






Gambar dan Video Puluhan Askar Zionis Laknaktullah Terbunuh Tersebar..

Gambar dan Video Puluhan Askar Zionis Laknaktullah Terbunuh Tersebar..
Boikot McDonald's Mulai 8 Ogos, Siapa Anjur?
Isu MB S'ngor, Apa Kata Dr Mujahid?
Masalah S'gor Selesai Jika Wakil PAS Jadi MB
PKR Bongkar Tuduhan 'Rundingan Ragu Khalid' -Baru Tuduh..
Pakatan Sedia Hadapi P'raya Negeri, Kata Anwar
DUN Selangor Bakal Dibubarkan Dalam Masa Terdekat.. Ini Buktinya?
DUN Selangor Bakal Dibubarkan Dalam Masa Terdekat.. Ini Buktinya
Lagi Berita Meletup Dari Selangor.. MB Bakal Dipecat?
6 Gambar & Harga Perodua Axia Model Baru 2014 didedahkan
5 Gambar kuku kanak-kanak reput gara-gara pakai Inai Homemade RM10
Ini Gambar Bogel Teluk Bahang, Apa Kata Guan Eng?
Gaza 1,867Terbunuh 9,450 cedera, Israel 64 Tentera Terbunuh 400 Cedera
S'gor Perlu P'raya Baru -Abdul Aziz Bari
Akhirnya Jalan Penyelesaian Terbaik Kemelut Isu MB Selangor Ditemui..
Mujahid Ketuai NGO Ahli Politik PAS/UMNO Gabung Lwn Perkauman?
Sukan "BogeI" pertama di Malaysia diadakan di Penang (Video & 4 Gambar)
Haramjadah Zionis, Di Ambang Kekalahan..
Berita Panas Dari Meja PKR..
Serang Israel! Mereka Takut M'sia. Ini Buktinya.. Allahu Albar!
Saifuddin Nasution Sound PAS Dalam Isu MB Selangor
Pengantin M'sia Kreatif, Mengapa 'popular' Di Israel? Allahu Akbar!
Gambar Kesan Boikot Restoran McD.. Lengang Selengang-Lengangnya


Gambar dan Video Puluhan Askar Zionis Laknaktullah Terbunuh Tersebar..

Posted: 05 Aug 2014 05:50 PM PDT






Addin





Gambar dan Video Puluhan Askar Zionis Laknaktullah Terbunuh Tersebar..












Sebuah video yang tersebar di laman Facebook memaparkan kira-kira satu batalion tentera rejim Zionis Israel mati bergelimpangan selepas diserang Briged Al-Qassam.Menerusi video selama 1 minit 11 saat itu, para anggota tentera Israel yang lain sibuk memberikan rawatan kecemasan kepada rakan mereka yang tercedera.









Pihak tentera Israel dan kerajaan Zionis dikatakan sedang cuba menyembunyikan video berkenaan bagi mengelak daripada terpalit malu apabila pasukan tenteranya diserang sehingga mengakibatkan kematian yang besar.






Kemungkinan pihak Zionis Israel mahukan gencatan senjata selama 72 jam yang baru sahaja dipersetujui selepas tersebarnya video yang memalukan ini.






Lihat gambar dan video di sini.














Iklan C (ii)




























Boikot McDonald's Mulai 8 Ogos, Siapa Anjur?

Posted: 05 Aug 2014 05:33 PM PDT






Ibnu Hasyim





Boikot McDonald's Mulai 8 Ogos, Siapa Anjur?










KUALA LUMPUR: Siri kempen yang dilakukan oleh rakyat negara ini dalam usaha memboikot produk yang dikatakan menyumbang kepada Zionis nampaknya semakin diperhebatkan.




Hari ini, melalui pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan juga melalui aplikasi 'whatsApp' orang ramai diajak untuk membiokot McDonlad's pada jumaat ini bermula 7 pagi hingga 7 pagi esoknya.




Rata-rata pengguna Facebook mula mengongsi maklumat tersebut di laman masing-masing dan hampir keseluruhan mereka menyatakan sokongan untuk memboikot produk syarikat berkanaan pada tarikh tersebut.




"Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McDonald's bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin," tulis pesanan itu.




Bagaimanapun, sehingga kini belum ada maklumat siapakah yang menganjur kempen tersebut.




Dalam pada itu, dalam usaha orang ramai memboikot, McDonald pula dikatakan akan memberi burger dan air percuma pada Jumaat ini.




Beberapa siri gambar suasana legang di rangkaian restoran makanan segera itu turut dikongsi bersama pengguna Facebook malah ada yang bergambar sambil memegag sepanduk memboikot McDonalds di hadapan restoran berkenaan.




Kekejaman Zionis Isreal terhadap rakyat Palestine terhadap kanak-kanak dan wanita-wanita membuatkan seluruh dunia mengecam dan mengutuk perbuatan zalim mereka itu, akhirnya kemarahan mereka itu diluahkan dengan memboikot produk McDonalds. - HARAKAHDAILY 5/8/2014








Isu MB S'ngor, Apa Kata Dr Mujahid?

Posted: 05 Aug 2014 04:36 PM PDT






Ibnu Hasyim





Isu MB S'ngor, Apa Kata Dr Mujahid?












SHAH ALAM: Meskipun kerjasama di antara PAS-PKR-DAP digugat dengan isu jawatan Menteri Besar Selangor, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berharap Pakatan Rakyat (Pakatan) masih terus utuh dan tidak menunjukkan tanda-tanda perpecahan.




Memetik ulasannya, Mujahid menegaskan politik Malaysia selama ini terhindar daripada satu peralihan paradigma politik yang besar, sehinggalah apa yang terjadi kepada Pakatan pada hari ini.




"Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara.


"Pakatan Rakyat telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.


"Pakatan Rakyat telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihan raya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo," kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu.




Lebih lanjut Mujahid mempertahankan kerjasama ketiga-tiga parti itu adalah penyaring kepada ahli-ahli politiknya yang sentiasa diuji dengan arus perubahan semasa.




"Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.


"Saya mengakui Pakatan Rakyat mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar ini yang kadangkala ia tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri.


"Tetapi saya tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika Pakatan Rakyat berpecah dan terus tiada di persada politik tanah air," demikian menurutnya.




Umum kini mengetahui Pakatan Rakyat berdepan dengan pelbagai kemelut, antaranya isu pertukaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.




Hasrat "Langkah Kajang" yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.




Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. PKR pada 22 Julai lalu mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Khalid.




Beberapa hari selepas itu, PKR menyerahkan pencalonan Wan Azizah secara rasmi di Majlis Presiden Pakatan Rakyat. DAP dan PAS dilaporkan akan bermesyuarat dalam masa terdekat sama ada untuk menerima pencalonan Wan Azizah, atau sebaliknya.

Dicatat oleh ELBI RISALAHdi 8/04/2014 06:07:00 PTG




Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?










Masalah S'gor Selesai Jika Wakil PAS Jadi MB

Posted: 05 Aug 2014 03:50 PM PDT






Ibnu Hasyim





Masalah S'gor Selesai Jika Wakil PAS Jadi MB










PETALING JAYA: Penyelesaian terbaik bagi mengatasi krisis perebutan jawatan menteri besar di Selangor adalah dengan Pakatan Rakyat mencalonkan tokoh dari pihak PAS untuk menjadi menteri besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.




Menurut Ibrahim, kini PAS mempunyai 15 orang ADUN PAS lelaki dan turut mempunyai calon yang merupakan anak jati Selangor.




"Dari 15 orang ADUN PAS, pasti ada yang berwibawa, berakhlak baik dan mungkin diterima baik oleh baginda Sultan Selangor. Ini memandangkan, pasti sukar untuk PAS menerima seorang wanita untuk menjadi menteri besar," katanya dalam satu kenyataan.




Jelas Ibrahim, dulu di Perak, Pakatan Rakyat menerima calon PAS menjadi menteri besar, jadi tidak ada alasan untuk tidak menerima calon PAS menjadi menteri besar di Selangor.




"Jika benar Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR tidak berjuang untuk kepentingan peribadi, sebagaimana didakwa selama ini, terimalah calon PAS menjadi menteri besar," katanya.




Sewaktu PRK Kajang, Anwar telah menyatakan bahawa isterinya Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail bukan calon menteri besar Selangor tetapi terbukti sebaliknya.




"Jika wakil PAS menjadi calon, nescaya, ia akan membantu ke arah kestabilan politik negeri Selangor.




Selain itu, beliau turut meminta Pakatan Rakyat mencari formula bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul di negeri itu demi kepentingan rakyat. Katanya lagi, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan bukanlah hak mutlak untuk dikuasai oleh PKR, DAP dan PAS, masing-masingnya.

"Bila ada masalah, maka carilah formula penyelesaian demi kepentingan rakyat," katanya lagi. (FMT)




Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?









PKR Bongkar Tuduhan 'Rundingan Ragu Khalid' -Baru Tuduh..

Posted: 05 Aug 2014 03:00 PM PDT






Ibnu Hasyim





PKR Bongkar Tuduhan 'Rundingan Ragu Khalid' -Baru Tuduh..













Isu penyelesaian hutang Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Bank Islam dijadikan alasan utama oleh PKR bagi meyakinkan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk menukar menteri besar Selangor itu. Dalam penjelasan 91 halaman kepada PAS dengan salinan kepada DAP, PKR antaranya memaklumkan terdapat "keraguan munasabah" dalam isu penyelesaian hutang RM59.5 juta itu.

Dokumen itu membangkitkan bagaimana rundingan penyelesaian tuntutan hutang luar mahkamah dipercepat selepas PKR mengumumkan Langkah Kajang pada 28 Januari lalu. Dalam bentuk kronologi, dokumen itu juga memperincikan kes itu bermula keputusan mahkamah dan persoalan integritinya selepas pelupusan hutangnya secara mengejut.

PKR mempertikaikan penyelesaian kes itu walaupun peguam Bank Islam percaya mereka mempunyai hujah kukuh untuk memenangi kes. Dibangkitkan juga persoalan berhubung:


Rundingan Bank Islam-Khalid di luar mahkamah yang menyebabkan saman tuntutan hutang terhadap Khalid digugurkan dibuat tanpa pengetahuan peguam Bank Islam yang maklum di saat-saat akhir pada Februari 2014.

Tindakan Khalid didakwa menggunakan seorang peguam ternama yang rapat dengan Umno dan kemudiannya mendapat kepentingan besar dalam projek harta tanah Selangor.(Nama individu berkaitan dan syarikat itu belum didedahkan Malaysiakini sementara menunggu reaksi daripadanya.)

Keengganan Khalid berterus terang mengenai pelupusan hutangnya secara mengejut walaupun beberapa kali diarahkan parti membuat penjelasan.

PKR berkata Khalid tidak memberikan penjelasan telus dan diterima akal. Ini ekoran penjelasannya bahawa Bank Islam menggugurkan saman selepas beliau berjanji membayar balik menggunakan wang yang dijangka diperoleh melalui saman terhadap Permodalan Nasional Bhd.Berhubung isu penstrukturan semula air negeri, dokumen itu membangkitkan:

Persoalan bagaimana kerajaan pusat berjaya mendapat kelulusan untuk projek loji rawatan air berbilion ringgit Langat 2 ketika sedangkan negeri gagal mengambil alih sepenuhnya konsesi air.

Tawaran akhir pampasan kepada pemegang saham majoriti majoriti kepada Rozali Ismail, yang memegang saham majoriti dalam konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga dinaikkan lebih RM500 juta sedangkan Splash pula diturunkan kira-kira RM2 bilion.

Tuduhan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli mengikat perjanjian sulit untuk mendapatkan komisen RM60 juta daripada seorang pemegang saham utama Splash.Dokumen itu turut membangkitkan sokongan Khalid terhadap pelaksanaan Lebuh Raya Kidex yang dikaitkan dengan tokoh Umno.




PKR bagaimanapun berkata, prestasi kepimpinan Khalid semasa penggal pertamanya baik dan memuaskan.




Khalid sebelum ini mencabar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti" terhadapnya benar.




Khalid menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sekali gus memandang serius dakwaan berhubung isu penyelesaian hutang beliau dengan Bank Islam itu. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baru tuduh.




Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?









Pakatan Sedia Hadapi P'raya Negeri, Kata Anwar

Posted: 05 Aug 2014 02:09 PM PDT






Ibnu Hasyim





Pakatan Sedia Hadapi P'raya Negeri, Kata Anwar

















Pakatan Rakyat sedia menghadapi pengundi jika pilihan raya terpaksa diadakan untuk selesai kemelut isu menteri besar Selangor, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail The Malaysian Insider.

Pakatan Rakyat (PR) sedia menghadapi pengundi bagi mendapatkan mandat baharu memerintah Selangor sekiranya krisis pertukaran menteri besarnya tidak berjaya diselesaikan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Mengulangi kenyataannya yang PR tidak akan berpecah semata-mata kerana isu calon MB itu, Anwar berkata, beliau yakin isu itu akan diselesaikan dengan baik.




"Persefahaman hak lantikan MB Selangor wujud di kalangan pimpinan PR, sepertimana PKR juga bersetuju hak parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri lain. Persefahaman ini wajib dipatuhi.

"Kita yakin isu MB Selangor ini akan diselesaikan dengan baik sesuai dengan semangat PR, sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya mahupun pilihan raya negeri," katanya dalam satu kenyataan.




Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana Barisan Nasional hanya ada 12 kerusi di kalangan 56 kerusi DUN dan PRU-13 hanya diadakan kira-kira 15 bulan lalu.




"Sekiranya pilihan raya negeri terpaksa dilakukan, Pakatan bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong kita," katanya.




Anwar berkata perpecahan di dalam PR hanya boleh dan akan berlaku sekiranya ada parti komponen yang sanggup berkompromi dalam prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan.




"Atas prinsip-prinsip inilah PR dizahirkan sebagai sebuah kerajaan alternatif untuk rakyat. Prinsip-prinsip ini juga dicabuli oleh kerajaan BN ketika ianya berkuasa pada lima dekad yang lalu," kata Anwar.




Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008 menunjukkan dengan jelas perjuangan PR yang berpaksikan atas prinsip tersebut diterima baik oleh rakyat.




"Dalam usaha murni ini, gabungan PR bersama dengan semua yang menyokong usaha ini bersama-sama menggembleng tenaga pada PRU ke-13 dalam menghadapi cabaran amat hebat untuk terus memberikan harapan kepada rakyat Malaysia.

"Usaha kita tidak sia-sia, kerana kita memenangi jiwa dan minda majoriti pengundi Malaysia walaupun kita dihalang daripada membentuk sebuah kerajaan," katanya.

"Perkara penting yang perlu difahami adalah sebuah pakatan pembangkang yang kuat berjaya menekan kerajaan untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan mengekang sebahagian daripada keborosan mereka."




Anwar berkata, kekuatan ini tidak boleh dibina atas dasar keinginan dan impian semata, lebih bahaya lagi sekiraya kekuatan ini dilandaskan dengan perasaan curiga, dendam dan iri hati.




"Justeru, kita perlu menyatukan kekuatan ini untuk terus kekal bersama dan terus menolak sebarang percubaan untuk memecahbelahkan kita.

"Setiap parti di dalam gabungan ini wajib menghormati sebarang keputusan yang dicapai selepas rundingan bersama," katanya.




Beliau berkata, kegagalan untuk menghormati dan menunaikan kewajipan ini bakal memaksa PR membuat beberapa keputusan yang sukar.




"Rakyat perlu diyakinkan bahawa sekiranya beberapa keputusan sukar perlu dibuat, ianya akan dibuat hanya setelah mengambilkira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.

"Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil, kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik," kata Anwar. – 5 Ogos, 2014. (TMI)




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah kenyataan Anwar ini mendapat mandat dari seluruh pemimpin Pakatan termasuk Presiden PAS?

Lihat ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?










DUN Selangor Bakal Dibubarkan Dalam Masa Terdekat.. Ini Buktinya?

Posted: 05 Aug 2014 10:36 AM PDT






Addin





DUN Selangor Bakal Dibubarkan Dalam Masa Terdekat.. Ini Buktinya?












"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."









Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.






Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.






"Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.






"Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.






"Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya.






Jelasnya, pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri.






"Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya. ~malaysia gazette














Iklan C (ii)




























DUN Selangor Bakal Dibubarkan Dalam Masa Terdekat.. Ini Buktinya

Posted: 05 Aug 2014 08:45 AM PDT






Addin





DUN Selangor Bakal Dibubarkan Dalam Masa Terdekat.. Ini Buktinya












"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."









Itulah maklumat terkini yang sampai di meja politik MalaysiaGazette sebentar tadi.






Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.






"Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.






"Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.






"Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya.






Jelasnya, pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri.






"Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya. ~malaysia gazette














Iklan C (ii)




























Lagi Berita Meletup Dari Selangor.. MB Bakal Dipecat?

Posted: 05 Aug 2014 07:42 AM PDT






Addin





Lagi Berita Meletup Dari Selangor.. MB Bakal Dipecat?














SHAH ALAM: PKR hari ini memberikan surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Khalid Ibrahim selepas beliau dikatakan enggan berundur sebagai Menteri Besar Selangor.









Khalid diberikan tempoh sehingga Jumaat ini untuk menjawab tuduhan beliau mengingkari arahan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambilalih jawatan itu.






Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong bagaimanapun tidak menyatakan bentuk tindakan disiplin yang boleh diambil terhadap Khalid.






"Lembaga Disiplin ingin memaklumkan bahawa berdasarkan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bertarikh 15hb Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran Menteri Besar Selangor.






"Mesyuarat Khas MPP pada 21hb Julai 2014 seterusnya telah membuat keputusan sebulat suara bahawa Presiden PKR merangkap ADUN Kajang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru," katanya dalam satu kenyataan media.






Kata Tan, sehari kemudian Khalid membuat kenyataan media menyatakan keengganannya mengikut arahan dan keputusan yang telah dicapai dalam dua mesyuarat tertinggi berkenaan.






"Mesyuarat khas Biro politik pada 3hb Ogos 2014 telah membincangkan perkara ini dan mengarahkan Lembaga Disiplin untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," ujarnya dipetik kenyataan berkenaan.






Krisis Menteri Besar Selangor semakin rumit apabila ramai penganalisis menjangkakan perpecahan antara tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat, dengan PAS dikatakan tidak mahu Azizah menggantikan Khalid, selain menyifatkan Khalid perlu dikekalkan kerana beliau tidak pernah khianat kepada rakyat.






PAS hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menyokong atau tidak Azizah selepas bermesyuarat pada Ahad ini.






Tempoh berbaki lima hari lagi sebelum mesyuarat itu diadakan, dimanfaatkan PKR sebaik mungkin dengan menyenaraikan hujah-hujah 'mengapa Khalid perlu disingkirkan'.






Hujah-hujah itu diselenggara Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.






Hujah itu didedahkan menerusi nota penjelasan yang dikatakan lebih 40 muka surat termasuk dakwaan hutang Khalid sebanyak RM66.67 juta (AS$18 juta) dengan Bank Islam untuk membeli saham syarikat dan penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada EcoWorld dengan harga lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah.






Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyatakan kesediannya disiasat pihak berkuasa. ~antarapos


















Iklan C (ii)




























6 Gambar & Harga Perodua Axia Model Baru 2014 didedahkan

Posted: 05 Aug 2014 07:30 AM PDT






Tengok TV Online





6 Gambar & Harga Perodua Axia Model Baru 2014 didedahkan





Beberapa keping gambar terkini Perodua Axia Model Baru 2014 tersebar di media sosial. Perodua Axia dikatakan model yang akan menggantikan Perodua Viva dan dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada hujung tahun 2014.






Harga permulaan kereta Perodua Axia pula dianggarkan sekitar RM30,000 sehingga RM43,000. Perodua Axia dilihat menyerupai model kereta berasal dari Jepun, Daihatsu Ayla.

































Daihatsu Ayla:

















5 Gambar kuku kanak-kanak reput gara-gara pakai Inai Homemade RM10

Posted: 05 Aug 2014 06:45 AM PDT






Tengok TV Online





5 Gambar kuku kanak-kanak reput gara-gara pakai Inai Homemade RM10










Gara-gara menggunakan inai homemade yang dibeli berharga RM10, kuku kepada anak seorang pengguna Facebook, Puan Diela telah rosak, reput dan hampir tercabut. Beliau memuatnaik gambar-gambar bukti kesan kuku anaknya itu di laman Facebook peribadi beliau.




Kakak Ipar Puan Diela yang tidak berpuas hati telah mendapatkan jawapan daripada penjual inai jenama "Seduction Nail" itu. Jawapan yang diberikan amat memeranjatkan apabila bahan-bahan inai homeda tersebut adalah campuran sabun EXION, KAPUR dan Bahan Pewarna.




Ini luahan hati Puan Diela:

Salam semua... jauhi anak2 anda dengan inai mcm ni k... Ank sy pkai menagus xberhenti kesakitan... now kuku jd reput nk tercabut....kakak ipa sy berkeras tnya pd penjual dia ckp perkara biase rse denyut2...ank sy sakit sgt2 bpe jam dia menangis..dah basuh pun still sakit lg... kakak ipa sy tnya n marah penjual tu tnya isi kandungan inai tu,baru penjual bgtahu yg inai ni ade campuran sabun exion,kapur n bahan pewarna... hati2 ye kwn2.... sian ank sy terkena









Semoga para penggemar inai berhati-hati sekiranya membeli inai homemade. Jangan hanya kerana harganya yang murah sanggup mengambil risiko mencuba jenama yang tidak diketahui keberkesanannya.



































Ini Gambar Bogel Teluk Bahang, Apa Kata Guan Eng?

Posted: 05 Aug 2014 02:55 AM PDT






Ibnu Hasyim





Ini Gambar Bogel Teluk Bahang, Apa Kata Guan Eng?










Semua gambar-gambar ini ada kaitan dengan pesta bogel Teluk Bahang Pulau Pinang.




GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memaklumkan kepada pihak polis berhubung rakaman video penganjuran 'pesta sukan bogel' yang didakwa diadakan di pantai Teluk Bahang di sini.




Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran pesta tidak bermoral itu. Kerajaan negeri kata beliau, tidak membenarkan pembinaan kasino di negeri itu, apatah lagi membenarkan aktiviti sukan yang tidak bermoral seperti itu.




"Kita akan memaklumkan kepada pihak polis agar menyiasat perkara ini," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.




Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi berkata pihaknya sudah menerima beberapa laporan berhubung perkara itu dan akan menjalankan siasatan dengan segera. Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan polis juga akan memgesan identiti mereka yang terbabit dalam rakaman itu serta pihak penganjur.




"Setakat ini, kita sudah menerima laporan daripada beberapa individu berhubung isu video terbabit," katanya dipetik Hmetro.








Penang Nude Sports Games is held successfully on the day.







(IH)








Gaza 1,867Terbunuh 9,450 cedera, Israel 64 Tentera Terbunuh 400 Cedera

Posted: 05 Aug 2014 01:45 AM PDT






Ibnu Hasyim





Gaza 1,867Terbunuh 9,450 cedera, Israel 64 Tentera Terbunuh 400 Cedera











GAZA: Kedua-dua pihak Hamas dan Israel masing-masing bersetuju untuk melaksanakan genjatan senjata dalam tempoh 72 jam di Semenanjung Gaza seperti dicadang oleh kerajaan Mesir. Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan berkata, makluman persetujuan itu telah diberitahu kepada Mesir semalam.




"Kami secara rasmi telah memberitahu Mesir bahawa kami bersetuju cadangan gencatan senjata 72 jam bermula pagi ini," kata beliau.




Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera rejim Zionis itu juga berkata kabinet Israel pada hari Isnin menerima cadangan Mesir untuk gencatan senjata itu.




"Jika gencatan senjata itu berlangsung, tidak ada keperluan untuk tentera Israel (IDF) berada berterusan dalam Semenanjung Gaza," kata beliau dipetika oleh akhbar harian Israel, Haaretz.




Semalam, Mesir menggesa Israel dan Hamas untuk menghentikan serangan di Semenanjung Gaza selama 72 jam bermula pada jam 05:00 GMT, 5 Ogos 2014 (Selasa). Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir juga menggesa Israel dan Hamas untuk menghantar delegasi ke Kaherah untuk rundingan bertujuan untuk melaksanakan satu inisiatif Mesir untuk gencatan senjata lebih lama di Semenanjung Gaza.




Tentera rejim mula menyerang Gaza pada 7 Julai lalu dengan serangan udara. Kemudian itu, mereka meningkatkan tekanan dengan serangan darat dan laut. Sekurang-kurangnya 1,867 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, wanita dan kanak-kanak telah terbunuh dan 9,450 cedera.




Tentera Israel juga telah mengesahkan bahawa 64 tentera mereka terbunuh dan 400 yang lain cedera dalam operasi ketenteraan di Gaza yang sedang berjalan. (IH)








S'gor Perlu P'raya Baru -Abdul Aziz Bari

Posted: 05 Aug 2014 12:45 AM PDT






Ibnu Hasyim





S'gor Perlu P'raya Baru -Abdul Aziz Bari













Pakar Perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah mungkin berdepan masalah dalam melantik menteri besar yang baru dari PKR. Beliau menimbulkan pendapat tersebut berdasarkan pandangan bahawa integriti penyandang jawatan itu, Tan Sri Khalid Ibrahim kini dipersoalkan oleh anggota parti itu.

Abdul Aziz berkata, Sultan Selangor mungkin dituduh mengamalkan pilih kasih terhadap pihak tertentu dalam PKR sekiranya baginda menggunakan budi bicaranya untuk melantik seorang menteri besar baru dari parti tersebut. Justeru, cara terbaik untuk merungkai masalah itu ada dengan menjalankan pilihan raya negeri, kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

"Dalam senario ini sukar untuk Sultan melantik MB baru.
"Sukar untuk menentukan siapa yang mempunyai sokongan majoriti dalam dewan negeri.
"Malah PKR sendiri nampaknya berpecah-belah dengan puak Azmin belum memberikan sokongan (kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail).
"Cara lebih baik adalah membiarkan rakyat menentukannya menerusi pilihan raya negeri," katanya dalam satu kenyataan. (MK)




Lihat ini..

E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?










Akhirnya Jalan Penyelesaian Terbaik Kemelut Isu MB Selangor Ditemui..

Posted: 05 Aug 2014 12:42 AM PDT






Addin





Akhirnya Jalan Penyelesaian Terbaik Kemelut Isu MB Selangor Ditemui..












Ramai orang yang mencari perbezaan yang terbaik. Tetapi dari perspektif perlembagaan ia adalah agak mudah: yang terbaik adalah sesuatu yang paling demokratik.Yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.






Memandangkan Perlembagaan kita bertujuan untuk melaksanakan cita-cita demokrasi yang agak semula jadi.Jika kita mengambil contoh "Langkah Kajang" telah mengakibatkan krisis Menteri Besar Selangor telah berlarutan selama kira-kira enam bulan sehingga sekarang.






Walaupun PKR telah mencalonkan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan penyandang Tan Sri Khalid Ibrahim. Perkara itu nampaknya masih tidak selesai, terutamanya selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mempertahankan Khalid minggu lalu.






Dan perkara itu menjadi lebih rumit apabila Dr Zuhdi Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif untuk pusat penyelidikan Pas, menjangkakan meninggalkan parti Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan Umno-BN.






Ini adalah dengan tujuan untuk membentuk kerajaan negeri akan datang.Ia adalah benar bahawa Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali telah menjarakkan partinya daripada apa yang dipanggil Zuhdi sebagai analisis senario.






Namun pada hakikatnya, bahawa parti itu telah berkata perkara yang sama berulang kali. Dan ini termasuk Abdul Hadi sendiri.Ini menunjukkan imej ketidaksepakatan dalam kepimpinan Pakatan pada MB seterusnya bagi negeri terkaya di negara ini.






Dan dalam PKR sendiri walaupun keputusan sebulat suara dicapai pada mesyuarat biro politik nama lain telah menjadi buah mulut untuk kerusi panas itu: Dr Idris Ahmad, pakar sakit puan yang kini merupakan ADUN untuk Ijok.






Tidak seperti sistem presiden di mana kerajaan dipilih secara langsung oleh pengundi dalam sistem kita kerajaan dilantik oleh ketua negara. Bahawa walau apa pun hasrat pengundi masih tinggi.






Oleh itu keperluan di pihak ketua negara untuk melantik seseorang yang mendapat sokongan majoriti di dalam pilihan raya. Ini menggariskan prinsip bahawa walaupun kuasa untuk melantik kerajaan adalah mengikut budi bicara di pihak ketua negara ia perlu dilaksanakan dengan cara ia mencerminkan kehendak majoriti.






Ini adalah sebab mengapa Perlembagaan kita - seperti dalam demokrasi Westminster yang lain - yang menetapkan peraturan majoriti dalam proses pelantikan.Walaupun Idris mungkin lebih diterima ke istana kerana dia puak Bugis dan dia berasal dari Selangor - tidak seperti Wan Azizah yang berasal dari Kedah dan bukan daripada puak itu - apa yang diambil kira dari sudut pandangan Perlembagaan adalah di mana sokongan majoriti ahli parlimen Pakatan di Dewan Undangan Selangor sebenarnya terletak.






Masih tidak jelas jika Wan Azizah mendapat sokongan daripada majoriti ahli parlimen Pakatan. Sehingga kini dia kelihatan mempunyai majoriti PKR dan DAP tetapi ini mungkin tidak cukup untuk membentuk majoriti mudah di dalam 56-anggota dewan.






Dan ditambah dengan kemunculan Idris dan ditambah pula dengan langkah Pas tidak menentu ia lebih berkemungkinan bahawa kita akan melihat "parlimen tergantung" atau seri dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.






Apa pun meletakkan satu usul tidak percaya di dalam dewan untuk menyingkirkan Khalid nampaknya tidak menjadi pilihan. Selain daripada keadaan yang tidak menentu di dalam dewan itu juga tidak biasa dalam kebanyakan sistem: parti-parti politik lebih suka pergerakan yang tertutup.






Walau bagaimanapun pilihan yang terakhir tidak berguna apabila Khalid telah berikrar untuk menjalankan, langkah terbarunya yang menandatangani perjanjian air dengan kerajaan persekutuan yang diterajui Umno.






Ä·Ia adalah salah satu keputusan yang dibuat olehnya yang telah menimbulkan kemarahan pihak atasan Pakatan.Apa yang kita lihat sekarang di Selangor adalah keadaan di mana tidak ada seorang pun majoriti yang jelas dan ini boleh membawa kepada masalah yang serius.






Ini termasuk keadaan yang genting seperti kegagalan di pihak kerajaan negeri untuk mendapatkan bajet yang diluluskan atau bil yang telah ditolak oleh dewan.Ia juga boleh membawa kepada masalah kesahihan; iaitu kuasa kerajaan negeri untuk menasihati Sultan. Oleh itu ia kini menjadi tanggungjawab Sultan untuk membuat langkah untuk menamatkan ketidaktentuan ini.






Sebagai raja berperlembagaan beliau perlu mempunyai sebuah kerajaan untuk menasihati beliau. Ini, dalam istilah biasa, bermakna negara mesti mempunyai kerajaan untuk menjalankan urusannya.






Dan ia hanya boleh dilakukan oleh ahli-ahli politik yang dipilih boleh dipertanggungjawabkan untuk dewan: istana dan perkhidmatan awam tidak boleh memerintah negeri ini jika yang tidak popular dipilih.Jika terdapat majoriti yang jelas di dalam dewan maka dia boleh melantik mereka untuk memerintah negeri ini.






Tetapi pilihan ini kini tidak kelihatan berhasil dan oleh itu ia adalah untuk beliau sekarang adalah untuk membubarkan dewan. Ini akan membolehkan pilihan raya negeri di mana rakyat boleh memilih kerajaan yang mereka mahu.






Untuk Perlembagaan berkenaan istana mempunyai dua pilihan: untuk mendesak kepada Khalid untuk membuat permintaan untuk pembubaran atau, jika Khalid enggan berbuat demikian, membubarkan dewan itu sendiri. ~mk




















Mujahid Ketuai NGO Ahli Politik PAS/UMNO Gabung Lwn Perkauman?

Posted: 04 Aug 2014 11:48 PM PDT






Ibnu Hasyim





Mujahid Ketuai NGO Ahli Politik PAS/UMNO Gabung Lwn Perkauman?













Ahli Parlimen Parit Buntar akan menjadi pengerusi dibantu bekas Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah sebagai timbalannya akan memulakan gerakan memerangi masalah perkauman di Malaysia. Gambar fail The Malaysian Insider.

Datuk Mujahid Rawa dan Datuk Saifuddin Abdullah, dua ahli politik PAS dan Umno membuat keputusan untuk bergabung memulakan gerakan untuk memerangi masalah perkauman di Malaysia.




Masih belum jelas sama ada parti masing-masing merestui rancangan mereka tetapi Tamrin Ghafar daripada PAS, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba sudah dijemput untuk menyertai mesyuarat pertama badan bukan kerajaan (NGO) itu minggu depan.




"Pada dasarnya kita bersetuju untuk menubuhkan NGO ini dengan Mujahid menjadi pengerusinya manakala Saifuddin menjadi timbalannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider.




Tamrin berkata, beliau yakin dengan sokongan akar umbi yang kuat dalam PAS dan Umno terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan, inisiatif itu akan membawa satu dimensi baharu kepada perpaduan antara kaum dalam negara, di mana Bumiputera membentuk 60% daripada populasi 30 juta dengan kaum minoriti Cina dan India membentuk jumlah ketara.




"Kita akan gabungkan semua pihak dalam gerakan ini termasuk PAS, Umno, MCA dan lain-lain. Kita sudah berjaya mendapat persetujuan beberapa tokoh lagi, daripada kaum Cina dan India, namun belum masanya untuk kita umumkan lagi," katanya.




NGO ini muncul kurang dua bulan selepas penubuhan Negara-ku, sebuah gabungan lebih 70 NGO yang ditubuhkan untuk memulihdan mengembalikan harapan kepada Malaysia dalam menangani ancaman kepada keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama.




Negara-ku yang diketuai Zaid Kamaruddin dengan Datuk Ambiga Sreenevasan dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said sebagai penaungnya menyasarkan rakyat Malaysia kembali kepada asas Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia dan Rukunegara.




Mengulas penubuhan NGO itu, Mujahid memberitahu The Malaysian Insider gerakan itu akan memberikan kesan besar untuk mengenepikan masalah perkauman di negara ini.




"Kami akan berusaha bekerjasama dengan badan lain yang mempunyai perjuangan sama termasuk NGO yang baru ditubuhkan Negara-Ku," katanya.




Ketika ditanya kenapa pihaknya tidak bergabung saja dengan Negara-ku, Mujahid berkata, matlamat mereka mungkin berbeza dan yakin pihaknya boleh mendapat sokongan lebih besar untuk memperjuangkan perkara ini berdasarkan "track record".




Mujahid dikenali dengan usahanya mempromosikan dialog antara agama dengan penganut Kristian dan mengadakan siri dialog di gereja di seluruh negara. Sementara bekas Ahli Parlimen Temerloh Saifuddin kini mengetuai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – juga dikenali dengan pendirian sederhananya, berbeza dengan pemimpin Umno lain.




Kedua-duanya Mujahid dan Saifuddin juga terlibat dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) ditubuhkan Putrajaya. NGO ini ditubuhkan pada ketika Malaysia berdepan dengan ujian hubungan antara kaum dengan banyak masalah berkaitan agama timbul. Ini termasuk larangan penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan isu hak penjagaan anak bagi pasangan yang menukar agama kepada Islam.




Memburukkan lagi keadaan, penghinaan antara kaum dan agama kini mula dilakukan melalui media sosial sehingga menimbulkan kemarahan sesetengah kaum dan agama. – 5 Ogos, 2014.


Penganut Buddha berdoa sempena hari pertama pembukaan Perayaan Hantu Lapar, di Bangsar. Penganut Buddha dan Taoist di negara Asia meraikan festival itu. Antara aktiviti sepanjang bulan perayaan itu ialah upacara menyediakan makanan secara ritual, bakar colok dan barangan daripada kertas berbentuk pakaian atau emas untuk roh nenek moyang yang datang. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 Ogos, 2014. (TMI)








Sukan "BogeI" pertama di Malaysia diadakan di Penang (Video & 4 Gambar)

Posted: 04 Aug 2014 11:48 PM PDT






Tengok TV Online





Sukan "BogeI" pertama di Malaysia diadakan di Penang (Video & 4 Gambar)













Sungguh memalukan apabila sebuah video dengan tajuk "Malaysia N*de Sports Games 2014" yang tersebar di media sosial sememangnya berlaku di negara ini.




Seorang pengguna laman perkongsian video VIMEO.COM memuatnaik video bersama ulasan aktiviti yang dilakukan oleh peserta bogeI seramai 18 orang lelaki dan perempuan di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya di Negeri Pulau Pinang.




Amat memeranjatkan sekiranya sukan seperti ini mendapat kelulusan oleh Kerajaan Negeri. Pihak bertanggungjawab seperti JAKIM perlu menyiasat perkara ini kerana ia adalah satu perkara menjijikkan berlaku di sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam.




Sudah tiba masanya kita muhasabah diri dengan bencana yang semakin banyak menimpa negara seperti insiden MH17 dan M370.




Setiap rakyat Malaysia mesti utuh memegang prinsip Rukun Negara. Usah didengar suara sumbang anasir luar bertopengkan NGO-NGO yang mahukan kebebasan bersuara, kesamarataan dan hak asasi bawaan negara Barat.




VIDEO MEMALUKAN:








Baca ulasan Pesta Sukan BogeI tersebut:

Penang N*de Sports Games is held successfully on the day.




There are 18 nud ists came to yhis beautiful beach for games and n*de body painting.

Thanks to Ms.Chew for the organising and thanks to naturists for coming and made it a history in Malaysia.

A brief review by the member, Justin as below:-




-Here is my review & report for the Malaysia-International N*de Sports Games 2014 Extravaganza.




On that day, we all assembled at the Teluk Bahang Jetty in Penang. Many of us arrived early and went to the nearest Malay food restaurant to grab our lunch which is only located just outside of the jetty's main entrance. It was such a lovely sunny afternoon and we are all excited about this event.




Later as the time reaches 2.30pm, we walked to the jetty and met up with the others who have also just arrived. One of our nudist friend CWeston, was not able to attend the event because he was on a family trip in Penang but he showed up anyway at the jetty just to watch us go off into our boats and wished us all the best for our event.




As we waited for the boatmen to get ready, the skies was already starting to look gloomy and the waves start to get a little rough. We split into 2 boats and thus begin our journey to the secret beach that is located around the back of the Penang island.




As we're traveling through the seas, it was a bumpy ride as the boat sways up & down through the rough waves. It was thrilling yet fun. We were all laughing and smiling to each other. We also took several selfie photos too =)




Then we finally arrived to our destination. It was a very quiet beach. The atmosphere was so calm and peaceful. The view of the beach and sea was spectacular. We were the only visitors there. We unload our things from the boat and ms Chew went to approach a ranger whom is in charge of that place & also who was apparently on duty alone by himself on that fine day.




After verifying with the ranger about our v event, we moved to a hut nearby and start stripping. We begin our first activity with n*de body painting. Everyone actively took part in this. We took turns by painting someone's else body and later get painted in return. There were many interesting and nice body drawings. Some of us had flowers, trees, abstract and even cartoon character drawings on our bodies.




Then we took many photos of each other. We also moved to the beach and took several group photos of our body paintings. Later that, we proceed to our next activity which was the sports games where we played pass-the-baton running, swim-over-body challenge and the group crab walk. There were so much of laughter everywhere and by the time we entered the 3rd game, many of us were already exhausted.




We then took a n*de walk along the beach which stretches about 2km long. There were also some of us went to skinny dip in the sea. One of the person among us was our videographer and he recorded every moments of our event without missing a single one. The beach is so clean and the sands are so fine. Along the way, you can also find seashells laying around the beach.




As we walked further up til the far end of the beach, we came across some very nice looking rocks that are great for taking pictures and we did plenty of photo sessions there. Our videographer also went to interview a few of us about the joys and perspective of naturism for our event video.




We literally had the whole beach to ourselves. It really felt like a n*de beach because everyone that are present there are all n*de. There were no disturbance from the outside world. For once we really get to enjoy the natural environment and atmosphere just as how nature intended it to be.




After all the fun, we walked back to our hut. As we reached the hut, suddenly a boat appeared from the sea and arrived at our beach. We quickly dress up just in time and later found out that the men in the boat actually brought our meals for dinner.




We had asam laksa, nasi lemak, mihun goreng, chicken satay, fish barbeque, keropok lekor and Sarsi syrup. We had a wonderful dinner. There were so much of food to eat until eventually there were a few leftovers and extra packets of food left. Then we decided to save some for supper.




After dinner, we had our shower and went to set up our sleeping bags. We even set up a tent in the hut specially catered for those who gets bitten by mosquitoes alot. We also went to set up a camp fire just outside of the hut.




We used the natural resources we can find within our reach such as branches, dry leaves and etc to start the fire. We even got some assistance from the ranger where he splashed some kerosene to get the flames bigger. After the fire is stable, some of us strip and stand around the fire while enjoying the beauty of it burning in the dark.

Lagi Gambar:























Haramjadah Zionis, Di Ambang Kekalahan..

Posted: 04 Aug 2014 10:49 PM PDT






Ibnu Hasyim





Haramjadah Zionis, Di Ambang Kekalahan..





















SHAH ALAM - Peperangan yang dicetuskan oleh negara haram Israel terhadap Palestin nampaknya memakan diri sendiri. Ini kerana, Israel terpaksa menanggung banyak kerugian akibat daripada peperangan tersebut, sehinggakan hal itu terpaksa dibawa ke Parlimen Israel untuk dibincangkan.




Memetik sumber daripada Perunding Aman Palestin, Dr Zainur Rashid Zainuddin, memaklumkan bahawa Israel telah mengalami banyak kerugian dek kerana ciptaan 'permainan' kotor mereka ini dan kerugian yang dialami oleh mereka terdiri daripada pelbagai sudut.




"Kerugian yang besar tersebut adalah daripada sudut operasi ketenteraan udara dan darat, perekonomian, industri pelancongan, industri penerbangan, penempatan komuniti Israel dan sebagainya.

"Bahkan jumlah kematian di kalangan tentera Israel Defence Forces (IDF) dan polis jauh melebihi jumlah anggota al Qassam yang terkorban syahid," katanya.




Perkembangan terbaru menyaksikan tentera IDF yang terbunuh adalah seramai 497 orang, manakala polis Israel yang terbunuh pula ialah seramai 113 orang, sementara tentera Israel yang cedera parah dan sederhana pula seramai 879 dan polis Israel yang cedera pula seramai 362 orang.




Jumlah ini jelas jauh lebih tinggi (10 kali ganda menurut sumber al-Qassam) jika dibandingkan dengan jumlah anggota al-Qassam yang terkorban syahid. Sementara majoriti yang terkorban di Gaza adalah di kalangan kanak-kanak, wanita dan orang awam.




Israel tidak punya banyak pilihan melainkan terpaksa mencipta alasan sebelum mengundurkan tenteranya daripada sempadan Gaza dan akan menggunakan apa jua cara agar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat dunia terus memberikan imej yang buruk kepada Hamas.




Oleh itu, ayuh rakyat Malaysia bangkit bantu Palestin, masanya sudah tiba untuk menyaksikan kejatuhan rejim Zionis. Sementara itu, Menteri Pelancongan zionis, Uzi Landau mengakui kegagalan militernya merealisasikan tujuan pencerobohan. Ia menyatakan, kami mengalami kerugian besar, dan kekalahan strategi menghadapi pihak perlawanan di Gaza.




Seperti dikeluarkan harian Yediot Aharonot zionis, Ahad (3/8) Landau menyatakan, tentera Israel secara dramatik tak berdaya, selama 26 hari melakukan gempuran udara, darat dan laut tak mampu mengalahkan Hamas.



Ia menambah, Israel ragu dan menganggap enteng Hamas, hal ini membawa kesan buruk bagi kekuatan tentera Israel, kerana itu Presiden Amerika Barak Obama, perlu menilai hasil ini, dan tidak boleh memberikan peluang untuk berunding dengan pengganas, ungkapnya. (IH)








Berita Panas Dari Meja PKR..

Posted: 04 Aug 2014 10:40 PM PDT






Addin





Berita Panas Dari Meja PKR..












KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail didesak lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan.









Desakan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menerusi laman mikro twitternya petang tadi berhubung kenyataan yang dibuat Saifuddin dalam sidang media hari ini.






"@saifnasution tolong lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan. Wajar rujuk saya terlebih dahulu." tulis Azmin.






@saifnasution tolong lebih bertanggungjawab dan cermat dalam membuat kenyataan. Wajar rujuk saya terlebih dahulu. #fb


— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) August 4, 2014










Namun Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Bukit Antarabangsa) itu tidak menyatakan kenyataan Saifuddin yang mana dirujuk beliau.






Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan lanjut dari Timbalan Presiden PKR itu gagal.






Namun sumber dalaman PKR memberitahu, Azmin mungkin merujuk kenyataan mesyuarat biro politik PKR malam tadi yang bersetuju hanya nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.






"Kemungkinan Azmin merujuk kenyataan Saifuddin yang mengatakan mesyuarat biro politik PKR malam tadi yang dihadiri presiden dan timbalan telah bersetuju bahawa Wan Azizah satu-satunya nama yang dicalonkan.






"Kenyataan Saifuddin itu tidak cermat, sebagai Setiausaha Agung beliau membuat kenyataan seolah-olah tidak faham antara mesyuarat Biro Politik Khas dan mesyuarat Biro Politik Mingguan.






"Sebagai Setiausaha Agung, sepatutnya Saifuddin faham malam tadi (Isnin malam) adalah mesyuarat Biro Pilitik Khas iaitu mesyuarat yang membincangkan satu agenda sahaja dan agenda yang dibincangkan ialah dari segi perundangannya bagaimana mahu memastikan Tan Sri Khalid mengosongkan kerusi menteri besar.






"Kalau mesyuarat Biro Politik Mingguan dibuat setiap Selasa dan banyak agenda tapi malam tadi hanya satu agenda, tidak dibincangkan tentang nama calon," kata sumber PKR itu kepada Astro AWANI.






Kata sumber itu lagi, Azmin mungkin kecewa dengan sikap Saifuddin yang tiba-tiba mengheret beliau dalam isu nama pengganti Abdul Khalid.






"Sekarang nampaknya Saifuddin cuba heret Azmin tapi sebelum ini ketepikan Azmin," kata sumber itu lagi.






Dalam sidang media awal hari ini, Saifuddin berkata PKR tidak ada calon lain menggantikan Abdul Khalid kecuali presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.






"Khabar angin itu lemah, keputusan yang kita capai masih mengekalkan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR.






"Mesyuarat semalam dihadiri presiden dan timbalan. Semuanya sudah dipersetujui. Keputusan yang dicapai adalah kekal seperti yang diputuskan pada mesyuarat lalu," Saifuddin dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insider. ~awani














Iklan C (ii)




























Serang Israel! Mereka Takut M'sia. Ini Buktinya.. Allahu Albar!

Posted: 04 Aug 2014 09:54 PM PDT






Ibnu Hasyim





Serang Israel! Mereka Takut M'sia. Ini Buktinya.. Allahu Albar!












Serang Israel!!




SHAH ALAM - 'Serangan' bertali arus rakyat Malaysia terhadap laman rasmi Facebook Israel Defense Forces (IDF) menyebabkan 'fanpage' tersebut mengaku kalah. Tindakan berani rakyat Malaysia menyebabkan 'fanpage' IDF menghalang akaun dari Malaysia untuk mengakses ke laman tersebut.




Menurut sumber Facebook Aman Palestin, IDF mula gusar dengan tindakan tersebut hinggakan terpaksa menyekat rakyat Malaysia daripada berbuat demikian.




"Ini satu kejayaan rakyat Malaysia yang telah menyerang akaun ini dengan penuh berani," tulis laman Facebook NGO itu.




Memetik kenyataan itu lagi, kejayaan tersebut telah menyerlahkan sikap penakut Israel terhadap Malaysia.




"Siapakah di kalangan anda yang telah menyerang mereka? Penakut rupanya mereka dengan orang Malaysia.Tahniah Malaysia".(SH)








Saifuddin Nasution Sound PAS Dalam Isu MB Selangor

Posted: 04 Aug 2014 09:21 PM PDT






Addin





Saifuddin Nasution Sound PAS Dalam Isu MB Selangor












PKR meminta PAS menghormati hak mereka untuk menentukan calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.









Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 21 Julai sudah menetapkan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.






"Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 23 Julai lalu yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS bersetuju untuk menghormati hak PKR untuk menentukan calon MB Selangor.






"Jadi tidak timbul mana-mana pemimpin PKR yang dimahukan PAS sebagai calon kompromi sebagai MB Selangor," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.






Akhbar berbahasa Cina baru-baru ini melaporkan pemimpin PAS sudah menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon kompromi untuk memecah kebuntuan berhubung calon menteri besar Selangor.






Memetik sumber PKR, Sin Chew melaporkan parti itu akan menamakan doktor perubatan itu sebagai calon kompromi untuk mengakhiri krisis tersebut yang mungkin memecahkan Pakatan Rakyat (PR).






"Apabila pemimpin tertinggi PAS sudah bersetuju, PKR berhak menentukan siapa calon menteri besar Selangor, tidak timbul isu ketua cawangan PAS Selangor atau PAS Selangor setuju atau tidak.






"Sehingga hari ini, PKR hanya ada satu nama sebagai pengganti Khalid iaitu Dr Wan Azizah," kata Saifuddin.






Menurut laporan Sin Chew, Khalid tidak mempunyai bantahan sekiranya Dr Idris dijadikan menteri besar dan Istana Selangor dijangka tidak akan membantah sekiranya Adun Ijok itu dinamakan.






Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok sebelum ini dipegang oleh Khalid sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).






Dr Idris yang mempunyai klinik di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dilihat sebagai pemimpin tanpa kontroversi dan dihormati pemimpin PKR dan menyertai politik semasa gerakan reformasi dulu.






Pemimpin PAS juga mengharapkan pemilihan Idris yang berasal dari Selangor akan melembutkan kedegilan Khalid untuk terus kekal berkuasa.






Sin Chew melaporkan, pemilihan Dr Idris akan melembutkan golongan konservatif PAS yang tidak boleh menerima wanita sebagai pemimpin negeri terkaya Malaysia itu.






Laporan tersebut mengatakan, kebimbangan utama PKR untuk menjadikan Dr Idris sebagai calon adalah tentangan daripada penyokong Timbalan Presiden PRK Mohamed Azmin Ali.






Pada Sabtu, The Malaysian Insider memetik sumber mengatakan terdapat usaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah untuk jawatan tertinggi Selangor itu.






Seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.






Sumber itu turut memberitahu The Malaysian Insider, nama Azmin turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.






"Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata sumber dan menambah, rekod pencapaian yang baik juga diambil kira.






Krisis menteri besar Selangor menimbulkan pergolakan dalam PR selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong secara terbuka agar Khalid kekal sebagai menteri besar sebelum parti itu berbincang pada 10 Ogos sama ada mahu menyokong Dr Wan Azizah atau tidak.






Krisis bertambah buruk apabila perbincangan mesej kumpulan WhatsApp Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.






Perbincangan WhatsApp itu mendedahkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan kemungkinan PAS bekerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dan pada masa yang sama mengekalkan Khalid sebagai menteri besar.






PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan kerana Anwar adalah suaminya. ~tmi














Iklan C (ii)




























Pengantin M'sia Kreatif, Mengapa 'popular' Di Israel? Allahu Akbar!

Posted: 04 Aug 2014 08:55 PM PDT






Ibnu Hasyim





Pengantin M'sia Kreatif, Mengapa 'popular' Di Israel? Allahu Akbar!











JOM KREATIF

SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.




Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul "Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ". Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.




Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat 'bala bencana' dek kerana perbuatan itu. Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".




Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.




Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka. Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.




Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, selamat pengantin baru. Allahu Akbar!




Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)










Gambar Kesan Boikot Restoran McD.. Lengang Selengang-Lengangnya

Posted: 04 Aug 2014 07:39 PM PDT






Addin





Gambar Kesan Boikot Restoran McD.. Lengang Selengang-Lengangnya












LOKASI: - Restoran McD Mega Mall Kuantan, Pahang






TARIKH/WAKTU:- 3hb Ogos 2014 jam lebih kurang 1.00 tengah hari.






Jika semua rakyat malaysia bersatu hati menentang kezaliman Israel Laknatullah menyerang Gaza maka tidak hairan rangkaian restoran McD dinegara ini bakal terjejas teruk.






Masalah besar perangai kekal abadi rakyat kita ialah boikot ala-ala hangat-hangat tahi ayam.






Marahnya kejap sejuknya lama.























~omakkau






















You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia

To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.

Email delivery powered by Google


Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610


@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gambar dan Video Puluhan Askar Zionis Laknaktullah Terbunuh Tersebar..