Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..
Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..
Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..
4 Sebab Mengapa W/Azizah Tidak Layak DiPilih MB S'gor.
MB Cabar PKR Lapor Isu Integritinya Pada SPRM, Jika Tidak..
3 Kampung Cina Desak Khalid berundur..
Shahul Hamid Sedia Mohon Maaf, Pemuda MIC Sedia Terima Maaf ..
Akhirnya.. Punca Sebenar Khalid Ibrahim Ditolak Semua Peringkat Tersebar?
Waka Flocka Flame, Penyanyi Rap Hairan AS Sokong Israel..
Pakatan Rakyat Johor Bantah Kenaikan Tol Di KIK
Gambar Kekreatifan Penduduk Palestin Mengesas Telefon Bimbit
Kongres PKR ke-10, 22 Ogos ini -S/U PKR
Hentikan Urusan Dagangan Dengan Israel -Dr Syed Azman
Batal konsert Mariah Carey, hormati MH17 -GAMIS
Kontroversi: Masa Depan Pakatan Rakyat. -Dr Mujahid
(2 Gambar) Azlee Senario kini terlantar di Hospital kerana masalah hempedu
Khalid Ibrahim Menurut ZAM
Naomi Wolf, Diberi Amaran Oleh Facebook Kerana Menentang Israel.
7 Gambar Gadis sanggup gadai nyawa dapatkan gambar terbaik #SupportGaza & #MH17
Khalid Terlibat Aktiviti Urus Niaga Jualan Tanah? -S/U PKR
Pemimpin Umno Menggelupur Bila Baca Artikel Ini?
Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..
Posted: 04 Aug 2014 05:36 PM PDT
Addin
Berita Gempar Dari Pejabat Exco Selangor Tersebar..
Dua bahagian tempurung kelapa dipercayai digunakan untuk tujuan ilmu hitam yang tertera nama Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad ditemui di kawasan Kampung Pandan dan Pusat Khidmat Masyarakat Adun berkenaan, semalam.
Tempurung kelapa yang dibelah dua itu dipenuhi nama Iskandar yang ditulis oleh individu tertentu menggunakan pen marker.
Iskandar yang juga Adun Cempaka, Iskandar ketika dihubungi memaklumkan bahawa dua bahagian tempurung kelapa itu ditemui oleh ahli Pas dan juga petugas pusat khidmat masyarakatnya pagi semalam.
Menurutnya dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan berkenaan.
"Saya yakin ada orang cuba menakut-nakutkan dengan cara ini,"katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang kariernya menjadi ahli politik dan pemimpin masyarakat ini kali pertama dia menerima ugutan seperti itu.
"Mungkin ada yang tidak berpuas hati dan mahu menguji saya dengan cara tidak elok seperti ini.
"Setakat ini tiada apa-apa gangguan halus diterima oleh saya mahupun ahli keluarga yang lain, saya hanya berserah dan berlindung hanya kepada ALLAH,"katanya.
Menurutnya, bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku, Pas kawasan Pandan akan mengadakan solat hajat pada malam Jumaat minggu ini.
"Pegawai saya akan buat laporan polis tentang perkara ini untuk tujuan keselamatan kerana tindakan ini seperti cuba mengugut saya,"katanya.
Katanya, dia tidak mahu menuduh mana-mana pihak terbabit dalam perkara berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.
Iklan C (ii)
4 Sebab Mengapa W/Azizah Tidak Layak DiPilih MB S'gor.
Posted: 04 Aug 2014 04:59 PM PDT
Ibnu Hasyim
4 Sebab Mengapa W/Azizah Tidak Layak DiPilih MB S'gor.
Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat MB Selangor
PETALING JAYA: "Hanya wakil rakyat PAS layak diangkat sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tiada seorang pun ADUN PKR di Selangor yang beragama Islam adalah anak jati negeri itu. Berbanding ADUN PAS, tiga daripada empat EXCO mewakili PAS adalah anak Selangor," jelas Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB).
Penaja PASMEB, Mazli Saring, berkata jika PKR berhasrat untuk terus menamakan calon daripada parti berkenaan, sewajarnya hanya calon yang lahir di Selangor saja dibenarkan menduduki jawatan itu.
Dakwanya, langkah meletakkan wakil PAS sebagai Menteri Besar baharu bukan satu isu besar jika Abdul Khalid terus didesak melepaskan jawatan asalkan individu itu adalah daripada kalangan yang amanah dan bertanggungjawab terhadap rakyat.
"Malah titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor tetapi diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor," katanya.
Tiga EXCO PAS yang didakwa layak diberi jawatan Menteri Besar Selangor ialah
ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor; Dr Ahmad Yunus Hairi (ADUN Sijangkang) dan Sallehin Mukhyi (ADUN Sabak). Selain itu beliau turut menyarankan supaya PKR, PAS dan DAP di Selangor menonjolkan 70 peratus calon daripada anak tempatan pada PRU-14 bagi mengelak berulang krisis kepemimpinan. (FMT)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengikut kenyataan di atas, wakil rakyat PAS memng layak diangkat sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas sekurang-kurangnya 4 sebab ini..
Kerana 3 Exco PAS anak jati Selangor beragama Islam, sedangkan PKR tiada. Dalam titah Sultan Selangor ketika menegur Khalid Samad, mengaitkan latar belakang bukan anak jati Selangor perlu dilihat sebagai satu isyarat bahawa baginda mahukan Menteri Besar daripada kalangan anak Selangor.Memandangkan ADUN PAS (15) melebihi ADUN PKR (14), walaupun ADUN DAP (15) sama dengan PAS.Kerana Selangor sering bermasalah mengenai hal-hal berkaitan agama, dan perlu penyelesaian menurut Islam, maka amat lebih layaklah MB Selangor terdiri dari kalangan parti Islam (PAS) yang ramai tokoh-tokoh Islam di dalamnya. Contohnya masalah isu Biblle, murtad, kilang arak dll.Dalam Islam melantik perempuan sebagai pemimpin termasuk perkara khilafiah [lihat.. Wan Azizah Jadi MB S'gor, Bagaimana Dalam Islam ... (Tazkirah 7)] maka mudahkanlah jangan persulitkan dengan melantik pemimpin lelaki sahaja.Sekian.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
MB Cabar PKR Lapor Isu Integritinya Pada SPRM, Jika Tidak..
Posted: 04 Aug 2014 03:42 PM PDT
Ibnu Hasyim
MB Cabar PKR Lapor Isu Integritinya Pada SPRM, Jika Tidak..
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dakwaan "keraguan integriti" terhadapnya itu benar.
Dalam kenyataannya petang ini, Khalid menafikan tuduhan 'salah laku' yang dilemparkan terhadapnya sekaligus memandang serius dakwaan Saifuddin berhubung isu penyelesaian hutang beliau dengan sebuah bank.
"Sekiranya Datuk Saifuddin yakin beliau juga berada di pihak yang benar, maka beliau dan rakan-rakan dalam KEADILAN sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia selain mendedahkan sekiranya ada bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan salah laku itu," katanya.
Khalid mengulas pendedahan Saifuddin antara lain mendakwa beberapa urusan perniagaan melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju bernilai ratusan juta ringgit yang berlaku selepas penyelesaian hutang itu sehingga kini tidak dijelaskan secara memuaskan oleh Khalid. Selain itu Saifuddin turut mendakwa Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.
Dalam kenyataan yang sama, Khalid turut menegaskan kegagalan kepimpinan PKR memberikan bukti menyokong dakwaan terhadapnya hanya mengundang spekulasi bahawa tuduhan itu "berniat jahat dan bermotifkan politik". Malah, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya.
"Pada masa yang sama, saya akan meneruskan keupayaan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Selangor dengan mentadbir negeri ini secara telus, bertanggungjawab dan pentadbiran yang baik," katanya.(MK)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
3 Kampung Cina Desak Khalid berundur..
Posted: 04 Aug 2014 02:51 PM PDT
Ibnu Hasyim
3 Kampung Cina Desak Khalid berundur..
Pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak membawa aspirasi Pakatan Rakyat yang mahu mendengar pandangan rakyat bawahan. Gambar fail The Malaysian Insider.
Desakan Khalid berundur berterusan, kini di peringkat ketua kampung
Penduduk Kampung Baru Cina kecewa dengan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan masalah rakyat di Selangor dan meminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail segera diangkat sebagai menteri besar baru.
Tiga ketua kampung dalam satu kenyataan hari ini berkata banyak rungutan rakyat tidak diendahkan Khalid sepanjang menjadi menteri besar.
"Gaya kepimpinan Khalid tidak langsung mencerminkan semangat yang digambarkan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi utama dalam pengurusan dan pentadbiran negeri.
"Khalid mempamerkan pimpinan solo yang memaksa rakyat mengikut keputusannya dan tidak mendengar pendapat rakyat bawahan," kata Ketua Kampung Baru Pasir Penambang, Tanjung Karang Lim Eng Wan, Ketua Kampung Baru Sasaran Sungai Buloh Lee Boon Huat dan Ketua Kampung Baru Bagan Sungai Yu, Kuala Selangor Sow Eng Wan.
PKR hari ini menegaskan Khalid perlu ditukar dengan Dr Wan Azizah kerana Adun Pelabuhan Klang itu mempunyai masalah "keraguan integriti" dalam isu penyelesaian hutang dengan sebuah bank. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beberapa urusan perniagaan bernilai ratusan juta ringgit melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju berlaku selepas penyelesaian hutang itu dan penjelasan yang diberikan Khalid tidak memuaskan.
Katanya, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama. Perkara itu antara penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi PR esok bagi menguatkan cadangan pengunduran Khalid sebagai menteri besar.
Ketua kampung berkenaan berkata, antara isu yang masih belum dapat diselesaikan Khalid sejak 2008 adalah isu pemilikan tanah melibatkan 220 keluarga. Mereka berkata, usaha mengadakan pertemuan bersama Khalid sering menemui kegagalan dan tidak mendapat layanan sempurna ketika ditemui di majlis luar.
"Penduduk menuntut janji Khalid sejak Mac 2008 yang menjanjikan hak milik persendirian bagi mereka yang menduduki tanah lebih 15 tahun.
"Hampir keseluruhan 220 keluarga yang tinggal di Kampung Baru menduduki tanah lebih 50 tahun," katanya.
Tiga ketua kampung itu juga menyelar Khalid kerana menaikkan caj perniagaan sehingga 400% yang tidak mampu ditanggung komuniti peniaga di Selangor. Mereka juga melihat tiada apa yang dilakukan Khalid dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar seperti petani, penternak, nelayan, peniaga serta penjaja kecil.
"Kerajaan Selangor langsung tidak mendapatkan pandangan rakyat bila hendak menaikkan caj. Rakyat membuat bantahan keras terhadap kenaikan caj perniagaan namun sedikit pun tidak diendahkan Khalid.
"Khalid tiada kesungguhan langsung membantu golongan berpendapatan kecil dan rendah. Tiada program yang dirancang bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan golongan ini.
"Ramai nelayan pesisir pantai pantai kecewa kerana kehidupan mereka tiada pembelaan sewajarnya," katanya.
Mereka juga membangkitkan masalah jalan dan pengurusan sampah yang tidak memuaskan.
"Terlalu banyak jalan yang sangat sukar dilalui kenderaan biasa, sana sini berlopak dan berlubang.
"Parit dan longkang tidak diselenggara dengan baik hingga hampir semua longkang tidak mengalirkan air dengan sempurna, di sana sini tersumbat dan boleh menyumbang kepada wabak denggi.
"Rungutan kami memang remeh bagi ketua kerajaan negeri seperti Khalid tetapi bagi kami penduduk luar bandar, cukup besar dan menekan kehidupan," kata mereka. – 4 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
Shahul Hamid Sedia Mohon Maaf, Pemuda MIC Sedia Terima Maaf ..
Posted: 04 Aug 2014 02:02 PM PDT
Ibnu Hasyim
Shahul Hamid Sedia Mohon Maaf, Pemuda MIC Sedia Terima Maaf ..
Pemuda MIC hari ini menyatakan kesediaan menerima permohonan maaf penceramah bebas Shahul Hamid Seeni Mohd berhubung kenyataan dalam ceramahnya yang menyinggung perasaan kaum India baru-baru ini.
Ketuanya C Sivarraajh berkata bagaimanapun pihaknya tetap mahu proses undang-undang terhadap Shahul Hamid diteruskan mengikut budi bicara polis bagi memberi pengajaran kepada masyarakat.
"Kami sedia bekerjasama dan berkongsi fikiran dengan polis dalam usaha menangani insiden seumpama itu daripada berulang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini.
Sivarraajh meminta masyarakat supaya tidak sesuka hati mengkritik berkenaan isu sensitif dan kepercayaan agama masyarakat berbilang kaum di negara ini. Shahul Hamid ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 31 Julai lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Penceramah bebas itu kemudian memohon maaf secara terbuka kepada kaum India pada hari yang sama dan berharap semua laporan polis terhadapnya ditarik balik. -Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bermaaf-maafan, Al-hamdulillah!
Akhirnya.. Punca Sebenar Khalid Ibrahim Ditolak Semua Peringkat Tersebar?
Posted: 04 Aug 2014 08:39 AM PDT
Addin
Akhirnya.. Punca Sebenar Khalid Ibrahim Ditolak Semua Peringkat Tersebar?
Penduduk Kampung Baru Cina kecewa dengan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menguruskan masalah rakyat di Selangor dan meminta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail segera diangkat sebagai menteri besar baru.
Tiga ketua kampung dalam satu kenyataan hari ini berkata banyak rungutan rakyat tidak diendahkan Khalid sepanjang menjadi menteri besar."Gaya kepimpinan Khalid tidak langsung mencerminkan semangat yang digambarkan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi utama dalam pengurusan dan pentadbiran negeri.
"Khalid mempamerkan pimpinan solo yang memaksa rakyat mengikut keputusannya dan tidak mendengar pendapat rakyat bawahan," kata Ketua Kampung Baru Pasir Penambang, Tanjung Karang Lim Eng Wan, Ketua Kampung Baru Sasaran Sungai Buloh Lee Boon Huat dan Ketua Kampung Baru Bagan Sungai Yu, Kuala Selangor Sow Eng Wan.
PKR hari ini menegaskan Khalid perlu ditukar dengan Dr Wan Azizah kerana Adun Pelabuhan Klang itu mempunyai masalah "keraguan integriti" dalam isu penyelesaian hutang dengan sebuah bank.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beberapa urusan perniagaan bernilai ratusan juta ringgit melibatkan kerajaan negeri dan sebuah syarikat pemaju berlaku selepas penyelesaian hutang itu dan penjelasan yang diberikan Khalid tidak memuaskan.
Katanya, Khalid turut memberi projek rumah mampu milik Selangor bernilai RM591 juta kepada syarikat sama.Perkara itu antara penjelasan bertulis PKR yang akan diberikan kepada pemimpin tertinggi PR esok bagi menguatkan cadangan pengunduran Khalid sebagai menteri besar.
Ketua kampung berkenaan berkata, antara isu yang masih belum dapat diselesaikan Khalid sejak 2008 adalah isu pemilikan tanah melibatkan 220 keluarga.Mereka berkata, usaha mengadakan pertemuan bersama Khalid sering menemui kegagalan dan tidak mendapat layanan sempurna ketika ditemui di majlis luar.
"Penduduk menuntut janji Khalid sejak Mac 2008 yang menjanjikan hak milik persendirian bagi mereka yang menduduki tanah lebih 15 tahun."Hampir keseluruhan 220 keluarga yang tinggal di Kampung Baru menduduki tanah lebih 50 tahun," katanya.
Tiga ketua kampung itu juga menyelar Khalid kerana menaikkan caj perniagaan sehingga 400% yang tidak mampu ditanggung komuniti peniaga di Selangor.Mereka juga melihat tiada apa yang dilakukan Khalid dalam membantu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar seperti petani, penternak, nelayan, peniaga serta penjaja kecil.
"Kerajaan Selangor langsung tidak mendapatkan pandangan rakyat bila hendak menaikkan caj. Rakyat membuat bantahan keras terhadap kenaikan caj perniagaan namun sedikit pun tidak diendahkan Khalid.
"Khalid tiada kesungguhan langsung membantu golongan berpendapatan kecil dan rendah. Tiada program yang dirancang bagi membantu meningkatkan hasil pendapatan golongan ini.
"Ramai nelayan pesisir pantai pantai kecewa kerana kehidupan mereka tiada pembelaan sewajarnya," katanya.Mereka juga membangkitkan masalah jalan dan pengurusan sampah yang tidak memuaskan."Terlalu banyak jalan yang sangat sukar dilalui kenderaan biasa, sana sini berlopak dan berlubang.
"Parit dan longkang tidak diselenggara dengan baik hingga hampir semua longkang tidak mengalirkan air dengan sempurna, di sana sini tersumbat dan boleh menyumbang kepada wabak denggi.
"Rungutan kami memang remeh bagi ketua kerajaan negeri seperti Khalid tetapi bagi kami penduduk luar bandar, cukup besar dan menekan kehidupan," kata mereka. ~tmi
Iklan C (ii)
Waka Flocka Flame, Penyanyi Rap Hairan AS Sokong Israel..
Posted: 04 Aug 2014 08:01 AM PDT
Ibnu Hasyim
Waka Flocka Flame, Penyanyi Rap Hairan AS Sokong Israel..
Status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.
HALAMAN HIBURAN
SELEBRITI rap Hollywood, Waka Flocka Flame menyuarakan kehairanan ke atas kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang membiarkan Israel membedil Palestin. Kutukan ke atas kerajaannya sendiri itu disuarakan melalui akaun Twitternya yang mempunyai hampir 49 ribu pengikut.
"#FreePalestine.
"Bagaimana negara ini (AS) boleh membiarkan #Palestin menderita? Semoga Tuhan memberikan kekuatan ke atas negara tersebut," katanya menerusi status yang dimuat naik ke Twitter pada 12 Julai lalu.
Dia kemudiannya terpaksa berhadapan dengan kritikan dari sesetengah peminatnya yang menentang sokongan terhadap negara Palestin.
"Saya mendapat mesej dari sesetengah pihak yang mengatakan saya memilih dan menyokong Palestin. Mesj tersebut juga melarang saya daripada berbuat demikian," katanya lagi menerusi paparan status melalui akaun Twitternya pada 14 Julai lepas.
Pun begitu, Flame tidak menarik balik kenyataannya malah dia turut memaparkan status terbaru pada hari yang sama dengan mengatakan bahawa dia tidak memilih mana-mana pihak dan hanya mahukan keamanan.
"#Wrongside..#Rightside...tolong hentikan dan jangan biarkan kanak-kanak ini menderita.
"#IchosePeace #HELPTHEHELPLESS," katanya lagi. (SH)
Pakatan Rakyat Johor Bantah Kenaikan Tol Di KIK
Posted: 04 Aug 2014 06:50 AM PDT
Ibnu Hasyim
Pakatan Rakyat Johor Bantah Kenaikan Tol Di KIK
Pakatan Rakyat (PR) Johor membantah kenaikan bayaran tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru walaupun kenaikannya telah berkuatkuasa bermula dari 1 Ogos, 2014. Bantahan ini adalah berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
1) Pertindihan Antara Konsesi Malaysian Resources Corporation (MRCB) Dalam Pembinaan Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) Dan Konsesi Plus Malaysia Berhad (Plus) Yang Mengutip Tol Di Kik Sultan Iskandar
PR Johor mendesak supaya kerajaan Persekutuan mendedahkan kepada rakyat kedua-dua perjanjian konsesi ini kerana PLUS telah mengutip tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar sejak lebih 20 tahun lalu tanpa membina sebarang lebuh raya di antara KIK Bangunan Sultan Iskandar dengan Lebuh Raya Utara Selatan. PLUS dianggarkan telah mengutip antara RM867 juta hingga RM1.5 bilion dalam tempoh tersebut. Jumlah ini adalah melebihi daripada kos pembinaan EDL oleh MRCB iaitu RM 977 juta termasuk pengambilan tanah kira-kira RM250 juta.
Sepatutnya pembinaan dan penyenggaraan EDL dilaksanakan oleh PLUS dengan menggunakan kutipan Tol daripada pengguna selama ini tetapi sebaliknya pembinaan EDL di laksanakan melalui konsesi penswastaan selama 34 tahun kepada MRCB Southern Link Bhd iaitu anak syarikat MRCB. Kerajaan Persekutuan kemudiannya pada tahun 2012 telah mengambilalih EDL dengan bayaran pampasan kepada MRCB sebanyak RM68 juta bagi tempoh April- Disember 2012 dan bayaran RM11 juta sebulan selama tempoh perjanjian konsesi penswastaan.
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat telah membuat 2 kali bayaran bagi projek yang sama iaitu melalui:
a) Bayaran tol kepada PLUS selama lebih 20 tahun tanpa dibekalkan dengan lebuhraya yang menghubungkan lebuhraya Utara Selatan dengan KIK Bangunan Sultan Iskandar.
b) Bayaran pampasan RM68 juta dan RM11 sebulan sepanjang tempoh konsesi penswastaan selama 34 tahun kepada MRCB bagi kerajaan mengambilalih EDL. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memegang 40% saham dalam MRCB manakan Lembaga Tabung Haji (LTH) memegang 20% saham dalam MRCB.
Kerajaan juga hendaklah mendedahkan kepada umum bagaimanakah jumlah pampasan pengambilalihan EDL iaitu RM68 juta dan RM11 juta sebulan selama tempoh konsesi penswastaan ditentukan kerana ianya melibatkan wang rakyat melalui KWSP dan LTH.
2) Kenaikan Tol Adalah Untuk Membiayai Bayaran Pampasan Pengambilalihan EDL?
Bayaran Tol yang dikenakan kepada kenderaan Kelas 1 dari Malaysia ke Singapura adalah RM6.80 dibayar kepada MRCB manakala bayaran Tol bagi kenderaan dari Singapura ke Malaysia adalah RM6.80 + RM2.90 = RM 9.70 dimana RM6.80 dibayar kepada MRCB dan RM2.90 dibayar kepada PLUS. Ini menunjukkan bagi perjalanan dua hala ke Singapura pengguna terpaksa membayar tol sebanyak RM16.50 berbanding sebelum ini hanyalah RM2.90. Ini merupakan kenaikan hampir 470%. Daripada bayaran tol RM16.50, RM13.60 @ 82.42% dibayar kepada MRCB mana RM2.90 dibayar kepada PLUS.
3) Perbezaan Antara Tol Dan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP)
Terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengalihkan isu pokok kenaikan tol di KIK Bangunan Sultan Iskandar dengan kenaikan bayaran VEP yang dikenakan oleh Singapura kepada kenderaan dari Malaysia yang memasuki Singapura baru-baru ini dari SGD20 kepada SGD35.
Tol adalah bayaran yang dikenakan kepada semua kenderaan samada kenderaan Malaysia dan juga kenderaan negara asing manakala VEP adalah bayaran dikenakan kepada kenderaan asing yang masuk ke Singapura bagi tujuan mengurangkan jumlah kenderaan yang memasuki Singapura.
Dengan kata lain kenaikan tol akan membebankan terutamanya rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura kerana hampir 70,000 kenderaan daripada Malaysia memasuki Singapura setiap hari.
Setakat ini Singapura masih mengenakan bayaran tol sebanyak SGD1.20 (RM2.90) dan Malaysia dan Singapura mempunyai perjanjian pakej tol dimana bayaran tol di Singapura adalah sama dengan bayaran tol yang dikenakan oleh Malaysia. Ini bermakna tol yang dikenakan oleh Singapura juga akan dinaikan dalam masa terdekat bersesuaian dengan kenaikan tol yang dikenakan oleh Malaysia. Ini bermakna akhirnya pemandu kereta akan menanggung tol sebanyak RM33 bagi perjalanan dua hala di KIK Bangunan Sultan Iskandar dan Woodlands CIQ.
4) Perundingan Dua Hala Dengan Singapura Berkaitan Isu-Isu Kepentingan Bersama
PR Johor mencadangkan supaya satu delegasi yang diketuai oleh Menteri Luar Negeri berunding dengan Singapura bagi mengadakan perundingan isu-isu berkepentingan bersama seperti isu kenaikan tol, isu kenaikan VEP, isu penambakan laut berhampiran sempadan Malaysia-Singapura. Kerajaan hendaklah memberikan justifikasi kepada kenaikan tol dan dalam masa yang sama kerajaan Singapura hendaklah memberikan justifikasi kenaikan VEP yang dikenakan baru-baru ini. Dengan adanya perundingan dua hala yang berkala ini akan dapat menyelesaikan banyak isu-isu berkepentingan bersama untuk kebaikan kepada kerajaan dan rakyat dikedua-dua negara.
PR Johor berharap dengan adanya perundingan dua hala ini isu kenaikan tol termasuk isu kenaikan VEP akan dapat diselesaikan dengan cara yang lebih munasabah dalam semangat kejiranan yang tinggi.
5) Implikasi Kenaikan Tol Dan Ekonomi Johor
PR Johor melahirkan kebimbangan kesan terhadap ekonomi Johor kesan daripada kenaikan tol di KIK bangunan Sultan Iskandar. Selama ini terutama apabila Dollar Singapura semakin mengukuh berbanding Ringgit Malaysia ramai rakyat Singapura datang ke Johor Bahru bagi mendapatkan barangan keperluan harian. Secara tidak langsung peniaga dan penjaja dipasar awam seperti Pasar awam Larkin dan Pasaraya termasuk kedai runcit akan mendapat keuntungan daripada kehadiran rakyat Singapura ini. Dengan kenaikan bayaran Tol bagi dua hala perjalanan RM33 maka PR Johor bimbang jumlah rakyat Singapura yang akan berbelanja di Johor Bahru akan berkurangan dan sudah tentu ianya akan menjejaskan pendapatan peniaga-peniga di Johor Bahru.
Kesimpulan
PR Johor mendesak supaya kerajaan menangguhkan segera perlaksanaan kadar tol yang baru sehingga perkara (1) dan (2) yang dibangkitkan diatas dijawab dan diselesaikan oleh kerajaan Persekutuan terlebih dahulu. PR Johor juga mendesak supaya kerajaan hendaklah sentiasa mendapatkan pandangan orang ramai serta mengadakan sessi penerangan sebelum melaksanakan sebarang polisi yang melibatkan kepentingan orang ramai.
YB Aminolhuda Hassan (PAS)
YB Liew Chin Tong (DAP)
YB Jimmy Puah (PKR)
Gambar Kekreatifan Penduduk Palestin Mengesas Telefon Bimbit
Posted: 04 Aug 2014 06:48 AM PDT
Tengok TV Online
Gambar Kekreatifan Penduduk Palestin Mengesas Telefon Bimbit
Sememangnya berada dalam keadaan serba kekurangan amat menguji kehidupan penduduk Palestin di Gaza. Air dan Elektrik yang merupakan keperluan asas sudah lama terputus akibat serangan tidak berperikemanusian Rejim Zionis.
Namun, semua itu tidak membatasi kekreatifan penduduk Palestin. Gambar dibawah adalah satu contoh dimana hanya berbekalkan bateri kereta, mereka mengecas telefon bimbit untuk mendapatkan dan menyalurkan berita-berita terkini keganasan rejim Zionis kepada dunia.
Sumber: FB Occupied Palestine (IH)
Kongres PKR ke-10, 22 Ogos ini -S/U PKR
Posted: 04 Aug 2014 05:58 AM PDT
Ibnu Hasyim
Kongres PKR ke-10, 22 Ogos ini -S/U PKR
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menganjurkan Kongres tahunan mereka pada 22 hingga 24 Ogos ini bertempat di di Stadium Malawati Shah Alam.
Kongres PKR kali ke-10 ini, akan melibatkan seramai 3,740 perwakilan daripada 220 cabang PKR di seluruh negara.
Menurut Setiausaha Agungnya Datuk Saifuddin Nasution, kongres ini juga akan melibatkan mesyuarat tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita (PKR).
Tambahnya, sehingga kini ibu pejabat PKR telah menerima 1,100 permohonan untuk menjadi pemerhati daripada beberapa cabang.
"220 cabang pun sudah selesai menjalankan mesyuarat tahunan masing-masing dan mereka layak menghantar perwakilan mereka pada kongres kali ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Selain itu, PKR juga akan membuat jemputan khas kepada kira-kira 200 perwakilan dan pemerhati khas pada kongres itu.
"Jemputan khas itu melibatkan wakil daripada kedutaan asing di Malaysia, NGO, Ahli Parlimen dan Adun," katanya.
Dalam pada itu, pada hari terakhir kongres itu juga, katanya PKR akan menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri secara sederhana. HARAKAHDAILY 4/8/2014
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
Hentikan Urusan Dagangan Dengan Israel -Dr Syed Azman
Posted: 04 Aug 2014 04:00 AM PDT
Ibnu Hasyim
Hentikan Urusan Dagangan Dengan Israel -Dr Syed Azman
KUALA LUMPUR: PAS akan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza yang menderita akibat kekejaman rejim zionis Israel.
Lajnah Hubungan Antarabangsa Pengerusi PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi memberitahu, selain bantuan kewangan, PAS akan terus membantu dalam apa jua bentuk bantuan bagi memastikan penduduk Gaza mendapat keadilan sewajarnya.
Beliau yang ketika ditemui Harakahdaily turut meminta agar Kerajaan Malaysia dan antarabangsa menghentikan urusan dagangan dengan Israel sebagai tanda kecaman atas tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
"Setakat ini hampir dua ribu telah terkorban dan beratus-ratus mengalami kecedaraan akibat kezaliman yang dilakukan Israel secara berterusan.
"PAS hari ini menggesa semua pihak sama ada di negara ini ataupun peringkat antarabangsa menghentikan segera hubungan dagang dan mengheret Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menghukum negara itu," katanya.
Beliau yang turut kesal, walaupun Israel telah membedil dan menghancurkan tempat perlindungan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun badan dunia itu gagal memberikan apa-apa tekanan dan bertindak.
"PBB sepatutnya menggunakan peranan mereka terhadap apa yang berlaku, badan dunia itu tidak sepatutnya berdiam diri dan tindakan tegas perlu diambil segera.
"Dalam pada itu PAS turut kesal dengan negera-negara Islam yang lain terutamanya yang berada di Tanah Arab yang berdiam diri tanpa memberikan sebarang bantuan kemanusian kepada penduduk Gaza.
"Saya turut menggesa agar Mesir membuka pintu sempadan Rafah bagi memberi kemudahan kepada penduduk Gaza mendapat bantuan perubatan serta menyelamatkan diri, tindakan Mesir yang menutup pintu sempadan itu menyebabkan bantuan kemanusian gagal diberikan," sambung beliau lagi.
Beliau yang turut menekankan PAS di bawah kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul HAdi Awang akan terus berusaha bagi memastikan Palestin khususnya penduduk Gaza akan bebas daripada cengkaman zalim zionis Israel. – HARAKAHDAILY 4/8/2014
Batal konsert Mariah Carey, hormati MH17 -GAMIS
Posted: 04 Aug 2014 02:47 AM PDT
Ibnu Hasyim
Batal konsert Mariah Carey, hormati MH17 -GAMIS
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) amat kesal dengan penganjuran konsert Mariah Carey yang akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 22 Oktober depan dan mendesak konsert itu dibatalkan di saat negara sedang bersedih di atas tragedi MH17.
Presidennya, Abdul Malik Ab Razak (gambar) berkata, kedatangan penyanyi asal Amerika Syarikat itu ke negara ini bagi meneruskan siri jelajah ke Asia dan melancarkan album terbarunya tidak sesuai dengan budaya masyarakat tempatan.
"GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa Islam memandang serius penganjuran konsert liar yang saban tahun diadakan.
"Di saat rakyat dalam kesedihan berikutan kes pesawat MH17 ditembak jatuh dan serangan Israel ke atas Gaza masih belum tamat, GAMIS sangat kesal dengan pihak penganjur yang tidak menghormati keadaan masyarakat dengan beraninya membawa masuk artis seksi itu ke negara ini," ujar Abdul Malik.
Tambah beliau, ketika umat Islam di Gaza dibunuh oleh Israel dengan bantuan Amerika Syarikat adalah sesuatu yang memalukan bagi negara membenarkan konsert liar seorang artis asal Amerika Syarikat.
"Kerajaan seharusnya mengambil tindakan tegas, bersesuaian dengan cadangan Perdana Menteri yang mengumumkan hari berkabung untuk MH17 agar membatalkan segala program hiburan liar dari diteruskan.
"Kerajaan boleh mengambil langkah alternatif dengan mendidik rakyat melalui elemen pembangunan modal insan yang positif. Program-program kerohanian dan pembangunan minda dirancakkan sebagai tanda keinsafan atas musibah yang melanda negara," tegas beliau.
Menurut Abdul Malik, selain faktor teknikal kerajaan harus sedar bahawa musibah yang menimpa adalah ujian Allah supaya kerajaan dan rakyat kembali menghidupkan nilai-nilai Islam dan membanteras budaya tidak sihat dalam kalangan masyarakat.
"Kami turut berpendirian bahawa konsert yang menelan kos sebanyak USD1 juta (RM3.2 juta) adalah satu pembaziran yang tiada nilai pelaburan untuk pembangunan sebuah tamadun.
"Justeru itu, GAMIS dengan penuh harapan memohon semua pihak dari kerajaan, parti politik, NGO-NGO dan mahasiswa untuk menginsafi musibah yang melanda dengan bekerjasama membanteras program-program hiburan liar," ujar beliau. - HARAKAHDAILY, 4/8/2014
Lihat..
Konsert Penyanyi Bogel Sini..Negara Islam M'sia (?...
Kontroversi: Masa Depan Pakatan Rakyat. -Dr Mujahid
Posted: 04 Aug 2014 02:15 AM PDT
Ibnu Hasyim
Kontroversi: Masa Depan Pakatan Rakyat. -Dr Mujahid
Ramai yang berbincang tentang masa depan Pakatan Rakyat dan pelbagai kontroversi yang menyelubungi keberlangsungan PR.
Sebagai orang kuat mempertahankan perlunya Pakatan Rakyat terus kukuh, saya ingin menegaskan beberapa perkara:
Politik Malaysia tidak pernah menyaksikan satu peralihan paradigma politik yang besar berlaku melainkan dengan Pakatan Rakyat apabila politik merentasi kaum benar-benar diterjemahkan dalam peti-peti undi. Pengundi tidak lagi mengecam calon atas jalur perkauman tetapi atas perkongsian manifesto yang hebat.Tembok perkauman berjaya diruntuhkan dengan semua kaum melihat kepentingan negara dan masa depannya lebih utama dari politik rasuah dan rasis yang menjadi barah pada negara.Pakatan Rakyat telah berjaya melahirkan generasi pemimpin yang membuka minda baru kepada makna berpolitik dan rasional berhujah atas advokasi dasar dan bukan sentimen.Pakatan Rakyat telah menyegarkan proses kematangan demokrasi dan memperjuangkan pilihan raya bersih serta membawa wahana media alternatif kepada satu tahap membungkah apa yang selama ini dianggap taboo.Pakatan Rakyat adalah penyaring kepada ahli politik yang jatidirinya teruji kerana terpaksa menongkah arus demi perubahan. Ada yang gugur dan ada yang tetap konsisten.Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik setakat ini untuk meneruskan proses kematangan politik yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia demi perubahan kepada politik baru.
Saya mengakui Pakatan Rakyat mempunyai sedikit masalah kerana ia membawa cita-cita besar ini yang kadangkala ia tidak difahami oleh pemimpinnya sendiri.
Tetapi saya tidak dapat memikirkan apa akan terjadi kepada aspirasi politik baru jika Pakatan Rakyat berpecah dan terus tiada di persada politik tanah air.
Saya juga ingin menyeru agar seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat agar menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat ini dengan terus membela rakyat dan bukannya bercakaran antara satu sama lain.
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya." (Ar-Ra'ad: 11)
Pakatan Rakyat Harapan Rakyat. Sekian. (MK)
DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA ahli parlimen Parit Buntar dan anggota jawatankuasa PAS Pusat.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
(2 Gambar) Azlee Senario kini terlantar di Hospital kerana masalah hempedu
Posted: 04 Aug 2014 01:33 AM PDT
Tengok TV Online
(2 Gambar) Azlee Senario kini terlantar di Hospital kerana masalah hempedu
Siapa yang tidak kenal dengan ahli-ahli kumpulan lawak Senario yang boleh dianggap otai satu masa dahulu.
Namun kini seorang anggota kumpulan tersebut, Azlee Jaafar kini dilaporkan terlantar di sebuah Hospital di Damansara kerana masalah hempedu.
Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau agar segera sembuh dari penyakit yang dialami. Aminnn.
Khalid Ibrahim Menurut ZAM
Posted: 04 Aug 2014 12:39 AM PDT
Ibnu Hasyim
Khalid Ibrahim Menurut ZAM
DAP menyokong pertukaran menteri besar Selangor kerana tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu melibatkan hal ehwal Islam menyerlahkan jiwanya sebagai "nasionalisme Umno", kata Tan Sri Zainuddin Maidin.
Zainuddin berkata, Khalid berhati-hati dalam perkara menyentuh kesucian dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, sultan sebagai ketua agama dan kuasa majlis dan institusi agama negeri.
"Hal ini terserlah dalam masalah bible, hudud dan lain-lain. Jiwa Khalid masih nasionalisme Umno," kata bekas menteri penerangan itu yang lebih dikenali sebagai Zam.
Menulis dalam blognya, bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu juga mengaitkan kemarahan DAP terhadap Khalid dengan dakwaan budaya rasuah masyarakat Cina.
"Jawapannya mudah sahaja dan tidak perlu analisis mendalam. Pemberi rasuah yang paling besar di negara ini ialah orang Cina.
"Budaya mereka baik dalam MCA atau DAP dan pada umumnya sama sahaja. Orang Melayu tidak banyak wang untuk merasuah dan malu untuk melakukan sesama sebangsa," katanya.
Menurut Zainuddin lagi, terdapat pihak yang mengharapkan "kemudahan" yang dinikmati selama ini oleh kroni Umno, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN akan juga dirasakan mereka.
Bagaimanapun, tambahnya, Khalid ternyata seorang profesional yang sukar dirasuah dan dipergunakan dan ia amat mengecewakan mereka. (MK)
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
Naomi Wolf, Diberi Amaran Oleh Facebook Kerana Menentang Israel.
Posted: 03 Aug 2014 11:51 PM PDT
Ibnu Hasyim
Naomi Wolf, Diberi Amaran Oleh Facebook Kerana Menentang Israel.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf (gambar), mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.
Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.
"Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.
Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.
Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu 'The Beauty Myth'.
Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi. (IH)
7 Gambar Gadis sanggup gadai nyawa dapatkan gambar terbaik #SupportGaza & #MH17
Posted: 03 Aug 2014 11:46 PM PDT
Tengok TV Online
7 Gambar Gadis sanggup gadai nyawa dapatkan gambar terbaik #SupportGaza & #MH17
Tanpa sebarang perasaan takut, seorang gadis melayu sanggup membahayakan nyawa sendiri semata-mata hendak menyampaikan mesej sokongan terhadap Gaza, Palestin & keadilan untuk MH17.
Berada di satu bangunan tinggi di sekitar Kuala Lumpur, gadis ini sanggup mengadai nyawanya semata-mata untuk mendapatkan photoshoot yang superb menarik dan ditambah 'enak' dengan mesej sokongan padu terhadap umat Islam di Gaza dan MH17 yang ditembak jatuh bulan lepas.
Entah bagaimana mereka mendapat keizinan untuk berada di tempat bahaya itu. Sudahlah tidak dilengkapi dengan alat keselamatan, jika tersilap langkah, pasti maut yang menanti di bawah.
Bukan begini caranya nak menyatakan sokongan terhadap Gaza mahupun menuntut keadilan untuk MH17. Perbuatan sebegini sebenarnya nampak terdesak mahukan perhatian orang ramai yang akhirnya dilabelkan sebagai satu tindakan yang tidak cerdik.
Remaja sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru untuk mendapat perhatian dan pujian orang ramai.
Orang ramai dinasihatkan, jangan perjudikan nyawa semata-mata untuk mendapatkan gambar sudut yang terbaik seperti yang dilakukan oleh gadis dalam gambar ini. Mohon pihak berkenaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
Sumber
Khalid Terlibat Aktiviti Urus Niaga Jualan Tanah? -S/U PKR
Posted: 03 Aug 2014 10:49 PM PDT
Ibnu Hasyim
Khalid Terlibat Aktiviti Urus Niaga Jualan Tanah? -S/U PKR
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa terbabit aktiviti meragukan membabitkan urusniaga tanah, kata Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.
PKR hari ini mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.
"Dalam tempoh sebulan selepas penyelesaian itu, kita dapati terdapat beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta yang beri keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Manaf sebagai pengerusi dan pemegang saham utama," kata Saifuddin di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. – 4 Ogos, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-91: Langkah Kajang Langkah Sumbang?
Pemimpin Umno Menggelupur Bila Baca Artikel Ini?
Posted: 03 Aug 2014 08:36 PM PDT
Addin
Pemimpin Umno Menggelupur Bila Baca Artikel Ini?
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak menjadi masalah untuk melantik wanita sebagai menteri besar di sesebuah negeri, bagaimanapun kredibiliti dan kebolehan individu tersebut menggalas tugas perlu dipertimbangkan.
Bekas mufti Perlis itu berkata, dalam konteks Islam bidang kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah terdahulu yang menguruskan secara langsung ketenteraan, peperangan dan sebagainya.
"Pandangan ini tidak bererti saya bersetuju jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor, tetapi apabila kita katakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar, kita kena beri alasan kenapa agama tidak membenarkan," katanya kepada Sinar Harian Online.
"Secara umumnya ada perbahasan serius di dalam kitab fiqah berhubung perkara ini dan majoriti para sarjana Islam tidak bersetuju wanita jadi khalifah dan mereka syaratkan lelaki. Tetapi kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah," katanya.
Beliau berkata, wanita dilantik sebagai pemimpin kini sudah menjadi perkara biasa asalkan mempunyai keupayaan mentadbir kumpulan, organisasi mahupun negeri.
Asri berkata, kebiasaan lelaki sebagai ketua atau pemimpin adalah tabiat manusia yang mahukan ia berlaku.
"Seperti contoh, calon presiden Amerika Syarikat melantik lelaki walaupun mereka membincangkan hak wanita tetapi mereka tidak pernah melantik wanita pun jadi presiden, menunjukkan memang untuk jadi pemimpin mesti lelaki.
"Tabiat wanita sendiri pun meletakkan lelaki sebagai pemimpin mereka dalam rumah tangga dan sebagainya.
"Tetapi apabila bercakap mengenai pengurusan, wanita juga mampu urus banyak perkara dan terbukti ada wanita yang menjadi guru besar, ketua pejabat, menteri dan isu ini sepatutnya tidak timbul," katanya.
Sementara itu, beliau turut menyentuh isu wanita tidak sesuai menjadi menteri besar di Selangor kerana tidak boleh mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menunaikan solat Jumaat adalah sesuatu yang tidak wajar disensasikan.
"Ikut Sultan solat Jumaat bukan tugas hakiki menteri besar. Yang menjadi persoalan adalah, adakah Wan Azizah layak? Ia tiada kaitan dengan gender tetapi kemampuan beliau menjaga negeri," katanya.
PKR pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusatnya pada 22 Julai lalu mencapai keputusan untuk meletakkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan menteri besar Selangor.
Anwar berkata, Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor selain bertujuan menyelesaikan isu di negeri itu yang semakin meruncing.
Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongannya agar Khalid dikekalkan kerana menurutnya semua hujah dan pandangan majoriti akar umbi PAS sudah didengar dan kebanyakan bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya.
Hadi disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mempertahankan Khalid kerana tidak melihat ada kesalahan yang dilakukan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk digugurkan daripada kerusi menteri besar.
Nik Aziz berkata, tidak ada sebab Khalid perlu digugurkan selepas sepenggal memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. ~sinar
Iklan C (ii)
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia
To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post