Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Stacy AF kekasih saya! - Akim AF - Gossip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia | Stacy AF kekasih saya! - Akim AF - <b>Gossip Artis Malaysia</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Stacy AF kekasih saya! - Akim AF - <b>Gossip Artis Malaysia</b>

Posted: 27 Apr 2014 11:00 PM PDT

Akhirnya desas desus siapa kekasih Akim AF terjawab, apabila dia menyatakan yang Stacy adalah kekasihnya kini memetik laporan Kosmo! semalam.

Akim menjawab penuh yakin tanpa was-was mengenai hubungannya dengan Stacy.

"YA. Saya gembira mengakui bahawa Stacy ialah wanita yang bertakhta dalam hati saya sejak lima tahun lalu dan saya serius dengan hubungan cinta kami."

"Saya bukan mahu sangat berahsia atau takut untuk memberitahu umum tetapi bercakap mengenai soal percintaan yang berlainan agama merupakan isu sensitif.

"Saya dan Stacy enggan melihat kedua-dua ibu bapa kami terluka apabila mengetahui perkara ini. Kami perlukan masa yang sesuai untuk mereka memahami perkara yang sebenar supaya tidak salah anggap,"

"Saya tidak kisah kerana Islam sendiri tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin seseorang daripada agama berlainan asalkan pasangan masing-masing memeluk agama Islam terlebih dahulu.

"Namun, jodoh dan pertemuan itu urusan Allah. Dia yang akan menentukan jodoh saya dengan Stacy. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa agar kami akan dipertemukan jodoh dan mendapat restu daripada keluarga,"

"Karakter penyayang yang dimiliki Stacy menyebabkan saya selesa berkawan dengan dia. Dia juga memiliki keperibadian yang baik dan sanggup bersabar sepanjang tempoh perhubungan kami. Itu yang menjadikan dia begitu istimewa di hati saya," -Akim

banner

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Older Post - <b>Gosip Artis Malaysia</b> - Blogger

Posted: 18 Apr 2014 07:44 AM PDT

SELEPAS bebas daripada MIG, Yana kini mahu kembangkan lagi bakatnya dalam bidang lain termasuklah nyanyian.

SEPANJANG 10 tahun menjadi pelakon dan penyanyi, Yana Samsudin telah melalui pelbagai pengalaman dalam bidang yang penuh mencabar itu termasuklah pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon popular.

Pelakon berusia 29 tahun ini antaranya pernah digosipkan mempunyai hubungan intim dengan Pierre Andre dan Farid Kamil disebabkan dia berkawan rapat dan pernah berlakon dalam beberapa buah filem dengan mereka.

Terbaharu, Yana sekali lagi digosipkan bercinta tetapi kali ini dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang mana berita itu mula tersebar luas terutama di Internet sejak beberapa minggu lalu sehingga merimaskan fikirannya.

Menurut pelakon filem Adnan Sempit ini, cerita itu timbul pada suatu sidang akhbar yang dihadirinya baru-baru ini yang mana gosip itu telah diperbesar-besarkan oleh seorang penulis blog tanpa pengetahuannya.

"Saya tidak berkata saya sedang bercinta dengan Fadzil ataupun mengulas lanjut perkara itu. Cuma ada seorang penulis yang telah menokok tambah dan memperbesar-besarkan cerita tentang gosip saya dan Fadzil itu.

"Sedangkan ketika itu ada ramai lagi wartawan dari surat khabar harian dan tabloid yang pada masa sama menemu bual saya. Mereka (media lain) mendengar apa yang saya katakan dan saya tidak kata macam yang penulis blog itu tulis.

"Saya kesal kerana pengakuan saya itu ditokok tambah. Sedangkan wartawan-wartawan akhbar lain tidak menulis pun tentang gosip itu," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, dia berasa kesal kerana hubungan rapatnya dengan Fadzil telah diperbesar-besarkan oleh segelintir penulis yang dilabelkannya kurang beretika dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, ekoran daripada berita yang disiarkan itu ramai anggota keluarga, kawan-kawan dan wartawan-wartawan lain yang telah menghubunginya bagi bertanyakan tentang gosip yang sedang hangat diperkatakan itu.

"Sampaikan Fadzil sendiri telah menghubungi saya apabila timbulnya gosip itu. Bapa saya juga telah menghubungi saya selepas mendapat tahu tentang berita itu. Mereka mahukan kepastian tentang cerita itu ataupun gosip sahaja.

"Malah, ada seorang wartawan dari surat khabar tabloid harian yang menghubungi saya selepas itu. Katanya, dia telah dimarahi oleh penyuntingnya gara-gara tidak mendapat berita eksklusif tentang hubungan saya dengan Fadzil seperti yang diperoleh penulis blog berkenaan.

"Saya kesal dengan penulis yang menulis sesuka hati. Mungkin mereka belum ada akta atau undang-undang macam Akta Mesin Cetak dan Elektronik yang boleh menjadikan mereka beretika sedikit," ujarnya.

Bagaimanapun Yana tidak menafikan telah lama berkenalan dengan Fazdil iaitu sewaktu dia masih belajar dan mula menjadi pengarah filem Remp-It terbitan MIG yang mana ketika itu Fadzil merupakan pembantu peribadi Farid Kamil yang menjadi pengarah filem tersebut.

Bebas selepas 10 tahun

Tanpa disedari pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini sudah sedekad menjadi pelakon dan kini sedang mengorak langkah untuk mengembangkan bakat nyanyiannya pula.

Namun, tarikh 26 Februari lalu paling meninggalkan nostalgia buat Yana kerana tarikh itu adalah genap sedekad dia menjadi pelakon filem dan drama yang kebanyakannya diterbitkan oleh syarikat produksi MIG.

Malah, tarikh itu juga amat penting bagi Yana kerana itu adalah penanda aras untuknya berdikari selepas dia tidak mahu menyambung lagi kontraknya bersama syarikat milik penerbit terkenal David Teo tersebut.

"Cukuplah setakat itu sahaja saya bersama MIG. Sekarang adalah masanya untuk saya berdikari. Sejak habis kontrak itu saya uruskan diri sendiri. Saya juga telah menubuhkan syarikat sendiri iaitu Yana Super Friend Talent pada Mac lepas.

"Saya gunakan nama itu daripada nama kelab peminat saya di Facebook, Twitter dan Instagram yang berjumlah hampir 30,000 orang. Selepas bebas tanpa kontrak saya perlu lebih bekerja keras dalam bidang lakonan dan nyanyian.

"Cara ini membolehkan saya bebas buat kerja-kerja lain termasuklah menceburi bidang nyanyian secara lebih serius lagi," katanya yang pernah merakamkan album solo bertajuk Yana Ceria beberapa tahun lalu.

Terbaharu Yana telah selesai merakamkan sebuah lagu duet dengan Tomok berjudul Cinta Tak Pergi yang mana lagu dalam konsep irama pop itu telah pun mula disiarkan di banyak saluran radio tempatan sejak akhir-akhir ini.

Malah, dia juga baru sahaja menjalani penggambaran untuk klip video lagu Cinta Tak Pergi untuk disiarkan di televisyen itu bersama Tomok selama beberapa hari di pulau peranginan Bali, Indonesia baru-baru ini.

"Saya juga semakin sibuk dengan bidang lakonan termasuklah sedang menjalani penggambaran drama Kalau Hati Ini Rama-Rama. Penggambaran drama ini akan disambung di Sarajevo, Bosnia Herzegovia pada pertengahan bulan ini.

"Penggambaran di sana mungkin mengambil masa hampir dua minggu. Saya rasa teruja kerana ini kali pertama saya akan ke Sarajevo yang mana ramai orang kata pemandangan di sana sangat cantik sekali," jelasnya lagi.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Stacy AF kekasih saya! - Akim AF - <b>Gossip Artis Malaysia</b>