Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

“Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Gossip panas ...” plus 1 more | Blog Celebrity Malaysia

“Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Gossip panas <b>...</b>” plus 1 more | Blog Celebrity Malaysia


Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Gossip panas <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 05:49 AM PDT

Sekadar Cerita Kosongku ^-^


Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah


Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios dan pengarah filem KIL, Jeremy Little disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah awal pagi tadi.

Pemergian insan seni yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana itu mengejutkan industri muzik tempatan termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuatnaik status mengenai kematian Jeremy di laman facebook miliknya.

"Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah ketika mengerjakan umrah."

"Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun."


Menurut laporan Berita Harian hari ini, kematian Jeremy difahamkan berpunca daripada penyakit kanser yang dihidapinya sejak sekian lama. Kata-kata terakhir pemuda berusia 31 tahun itu sebelum menghembuskan nafas adalah berbunyi "Beautiful Technology in a magical place.. SubhanAllah."

Diucapkan takziah kepada keluarga beliau. Satu lagi kehilangan besar buat industri hiburan tempatan yang tidak disangka-sangka. Untuk info, Allahyarham juga merupakan salah seorang DJ popular yang aktif membuat promosi indie band tempatan.



Aplikasi Blogging &#39;Dayre&#39; Dapat Sambutan Dari <b>Artis Malaysia</b> <b>...</b>

Posted: 24 Feb 2014 10:53 PM PST

noradanish

Dayre (sebutannya adalah diary) ialah salah satu applikasi sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook. Apa yang membezakan Dayre ialah kesemua status, gambar dan kata-kata anda pada hari ini akan dimuatkan dalami  satu hari seperti anda menulis diari. Menariknya, selebriti-selebriti tempatan seperti Nora Danish, Zizan, Farid Kamil dan Tiz Zaqyah sudah pun mempunyai akaun Dayre mereka sendiri.

tizzaqyahdayre

Jumlah pengikut akaun Dayre Nora Danish sudah pun mencecah 5,600. Cepat sungguh. Kalau tak silap, baru semalam Nora Danish buat akaun ini. Akaun Dayre Tiz Zaqyah juga makin banyak pengikutnya. Nampak gayanya selepas ini akan lebih banyak pengguna Dayre untuk mengikuti perkembangan selebriti-selebriti kegemaran mereka.

Untuk memuat turun applikasi ini, anda boleh ke laman web www.dayre.me. Applikasi Dayre boleh digunakan oleh pengguna Android dan iPhone.

Source: BeautifulNara




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

“Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Gossip panas <b>...</b>” plus 1 more | Blog Celebrity Malaysia