Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Goaip Artis Malaysia | Dynas Mokhtar Nafi Gosip Sudah Bercerai - Gossip HOT artis ...

Goaip Artis Malaysia | Dynas Mokhtar Nafi <b>Gosip</b> Sudah Bercerai - <b>Gossip</b> HOT <b>artis</b> <b>...</b>


Dynas Mokhtar Nafi <b>Gosip</b> Sudah Bercerai - <b>Gossip</b> HOT <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2014 09:39 PM PDT

Macam bermusim pula bila mana banyak berlaku penceraian di kalangan selebriti tanah air sejak kebelakangan ini.

Siapa yang mahukan penceraian, tetapi kalau dah tertulis memang jodoh si polan A dengan si polan B hanya setakat di situ sahaja, siapalah kita untuk menidakkan perancangan Allah SWT.

Pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar juga tidak terkecuali dikaitkan dengan isu penceraian apabila ramai pihak sudah mula membicarakan mengenai masalah rumah tangganya dengan suami, Hafizy Hafiz kini berantakan.

Dynas Mokhtar Nafi Ambil Borang Cerai

Namun, Dynas menafikan perkara tersebut malah mengatakan hubungan mereka masih lagi baik.

Memetik kenyataannya dalam sebuah akhbar harian, Dynas mengatakan, "saya enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana hal ini melibatkan seluruh keluarga besar kami. Bagaimanapun, apa yagn boleh saya jelaskan di sini ialah hubungan saya dan dia masih lagi dalam keadaan baik. Kami juga masih lagi berhubung antara satu sama lain".

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.

Goaip <b>Artis Malaysia</b> | Keputusan SPM <b>Artis Malaysia</b> ~ <b><b>Gosip</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 08:04 AM PDT


Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat.

Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.

Ini sedikit sebanyak keputusan SPM artis

1. Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006

2. Syura – 3A spm. 2004

3. Siti Nordiana – 5A spm ,2000

4. Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7

5. Diana Danielle -2A 5B

6. Sheila Rusly – Gred 2

7. Fauziah Latif – Gred 3

8. Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.

9. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990

10. Nasha Aziz [result di bawah]
BM = A
BI = A
English 1119 = A
Mat Tambahan = B
Mat Moden = A
Fizik = A
Kimia = A
Biologi = A
Kesusasteraan Melayu = A
Kesusasteraan Inggeris = A

11. Najwa Latif 4 A

12. Aishah Gred 3

13. Christina Suzanne ambil 2 kali, pertama gagal kedua lulus.

Lagu motivasi hadapi dugaan - <b>Gossip</b> HOT <b>artis malaysia</b>

Posted: 17 Apr 2014 08:44 PM PDT


ARTIS dan penerbit berbincang untuk menghasilkan kolaborasi terbaik.

Mereka dari genre muzik berbeza tetapi bukan mustahil untuk bergabung menghasilkan satu karya. Malah, gandingan empat penyanyi muda popular ini - Nomad, Ronnie Hyperact, Encik Mimpi dan Epul Drama Band - sangat unik apabila berkolaborasi menyanyikan lagu Hikmah Atas Segalanya yang turut menyuntik elemen qasidah.

Lebih istimewa, lagu ciptaan Encik Mimpi itu dijadikan lagu khas mengenang tragedi pesawat MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu, MH370. Sehingga kini, usaha mencari MH370 masih diteruskan pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa di Lautan Hindi.

Walaupun ada beberapa pihak menghasilkan lagu khas untuk MH370, mereka juga mahu menyumbangkan sesuatu dalam berkongsi karya sebagai tanda sokongan.

Encik Mimpi, 26, berkata, melodi lagu itu sebenarnya siap pada 2011 dengan lirik berbeza. Malah, versi asal lagu itu yang dimainkan secara akustik dimuat naik ke laman YouTube, tiga minggu lalu.

"Apabila saya perdengarkan kepada pihak pengurusan, Indigital Sdn Bhd, mereka mencadangkan lagu itu dijadikan lagu khas untuk MH370.

"Bagi saya, masih belum terlambat untuk lagu ini disebarkan kepada pendengar, walaupun ada pihak lain menghasilkan lagu dedikasi serupa sejak peristiwa itu berlaku.

"Lirik lagu ini universal dan malar segar. Ia boleh didengar pada bila-bila masa kerana liriknya menjurus ke arah ketuhanan.

"Ia turut disuntik elemen qasidah dan doa sebagai memberi roh kepada lagu ini dan harap ia mampu menyentuh jiwa pendengar," katanya.

Bagi Ronnie, 37, yang juga vokalis Hyperact, walaupun antara mereka membawa lagu elemen rock, ia bukan bermakna artis genre itu tidak layak menyampaikan mesej keagamaan. Katanya, yang penting keikhlasan yang datang dari hati.

"Ia satu usaha dari kami, tidak kisah sama ada berunsur ketuhanan atau tidak, sebab muzik itu bersifat universal. Bagi saya, tidak ada kesalahan untuk saya menyanyikan lagu genre ketuhanan.

"Contohnya lagu terbaru Hyperact, Ku Tiba Lagi bercerita mengenai ketuhanan tapi segala-galanya bergantung kepada pemahaman pendengar," katanya.

Ronnie yang baru tiba dari Johor Bahru, Johor ketika rakaman dijalankan Ahad lalu, mengakui tatkala mendapat tawaran berkolaborasi bersama Encik Mimpi, Nomad dan Epul, dia terus memberi persetujuan dan komitmen kerana melihat usaha ini satu langkah murni.

Katanya, dia juga pernah terfikir untuk melakukan usaha itu sebelum ini tetapi tidak ada kemampuan, terutama dari segi masa.

"Hyperact tidak menolak kemungkinan menghasilkan album bergenre ketuhanan tapi masih menggunakan konsep kami satu hari nanti," katanya.

Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd Alieef Ayub, 25, akui turut tertarik untuk bekerjasama kerana melihat ia usaha positif untuk golongan muda sepertinya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu itu berkata, dia terpanggil menyumbangkan suara kerana melihat ia satu usaha positif untuk menunjukkan sokongan artis muda sepertinya melakukan sesuatu atas tragedi yang berlaku.

"Saya usaha dengan cara saya dan pada masa sama menyuarakan isi hati terhadap situasi yang melanda negara. Kami mungkin tidak dapat cari pesawat itu kerana limitasi yang ada, tapi kami ada bakat untuk berkongsi rasa dan keprihatinan.

"Sebelum ini, saya terbaca mengenai sikap masyarakat luar yang menghentam dan mengutuk usaha kita menjalankan pelbagai usaha menyelamat. Malah, ada masyarakat bukan Islam dari luar negara menuduh masyarakat Islam dengan pelbagai tohmahan.

"Menariknya, rakyat negara kita yang membabitkan pelbagai bangsa dan agama terus berdiri menyokong usaha kita dan menempelak mereka yang mengutuk negara kita," katanya yang bangga mempunyai rakyat prihatin.

Dalam pada itu, Epul atau Noor Syaiful Md Zalaludin (Epul), 24, berkata, apa yang boleh dilakukan mereka hanya muzik.

"Memang orang akan melihat lagu ini sebagai tribute kepada MH370 tapi lagu ini boleh dikaitkan dengan apa saja musibah yang melanda kehidupan seharian.

"Kami mahu memotivasi semua pendengar supaya terus kuat berdepan ujian dan dugaan. Saya bangga dapat sama-sama menyumbang suara menghasilkan lagu ini.

"Ia kolaborasi pertama saya bersama penyanyi tempatan dan harap mendapat perhatian peminat," katanya.

Walaupun Epul dan Ronnie tidak membabitkan anggota kumpulan masing-masing, mereka melihat ini sebagai usaha semua kerana tetap membawa nama band bersama-
sama.

Selain merakam single, rakaman video klip dilakukan sebagai melengkapkan usaha mereka. Video klip ringkas itu diarah Pojie Samad.

Sementara itu, Pengarah Indigital, Nana Mohamad Rom berkata, kerjasama antara Indigital dan Encik Mimpi Productions ini disifatkan sangat cepat dan mudah kerana hanya mengambil masa singkat walaupun menggabungkan empat artisnya.

Katanya, pihaknya tertarik dengan lagu dinyanyikan Encik Mimpi secara solo yang dimuat naik ke laman YouTube sebagai tributenya kepada MH370.

"Timbul idea untuk rakam lagu itu dengan menggabungkan artis Indigital dan segala-galanya berlaku dengan pantas tanpa ada masalah.

"Mereka berempat segera memberi persetujuan tanpa banyak persoalan dan memberi komitmen yang sangat membanggakan.

"Tajuk asalnya Doa Untuk Mereka tetapi ditukar kepada Hikmah Atas Segalanya untuk sedikit kelainan," katanya.

Video Didie Alias mengandung/hamil - <b>Gossip Artis Malaysia</b>

Posted: 09 Apr 2014 09:30 PM PDT

Didie Alias yang kini sudah hamil dengan usia kehamilannya dalam 6 bulan. Dalam beberapa minggu lagi untuk bersalin, Didie sempat dipanggil pihak MediaHiburan untuk sesi photoshoot untuk edisi majalah mereka akan datang. Turut bersama adalah suaminya, Norisham Ismail.
banner

Tag : , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Aiman dan Fathia Saling Memuji - <b>Gossip</b> HOT <b>artis malaysia</b>

Posted: 13 Apr 2014 05:58 PM PDT


ANTARA gelagat mesra Fathia dan Aiman.

BAIK Aiman Hakim Ridza Abdoh dan Nur Fathia Latiff, mereka tidak menyangka hubungan cinta yang dipupuk sejak 31 Mac tahun lalu semakin subur dan cukup membahagiakan.

Sementelah mendapat restu daripada keluarga masing-masing, pasangan pelakon itu juga semakin serasi apabila dugaan yang menggoyahkan hubungan mereka dapat diatasi.

Soal salah faham yang lazimnya menjadi dilema dalam kalangan pasangan bercinta juga dapat diselesaikan dengan baik menerusi budi bicara masing-masing.

Tambahan pula terlibat dalam industri yang sama menjadikan mereka memahami rutin kerja sebagai anak wayang yang menuntut persefahaman tinggi.

"Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar. Merajuk sikit-sikit itu ada tapi semuanya okey," kata Aiman membuka lembaran kisah cintanya dengan kekasih hati, Fathia.

Menurut kata hati yang jelas mengatakan Fathia adalah wanita idamannya kata pelakon berusia 25 tahun ini, dia terpikat dengan kekasihnya itu kerana sikap kewanitaannya yang cukup menyenangkan.

Malah kata Aiman, sepanjang tempoh menjalinkan hubungan dia mendapati Fathia memang hebat dalam bab memujuk hatinya yang kadangkala diselubungi perasaan gundah gelana.

"Renungan mata dia cukup mencairkan hati saya. Dia juga pandai menyuntik kata-kata semangat tidak kira apa juga kerja yang sedang saya lakukan.

"Selain itu, dia juga pandai mengambil hati orang tua saya," katanya yang menolak secara baik untuk berkongsi kebaikan Fathia secara berlebih-lebihan.

Sementara itu ketika ditanya kepada Fathia tentang Aiman, wanita berusia 27 tahun ini mengakui Aiman menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

Mengkagumi seorang lelaki yang lebih mengutamakan keluarga pada setiap urusan kata Fathia, dia juga terpesona dengan sikap bertanggungjawab aktor itu.

Biarpun latar belakang keluarga Aiman boleh dikatakan mewah namun kata Fathia, Aiman tidak pernah mengambil kesempatan bahkan dia lebih suka berdikari mencari punca rezeki sendiri.

"Sepanjang perkenalan kami, Aiman lebih gemar bersederhana. Dia merahsiakan identiti keluarganya sehinggalah dia membawa saya berjumpa orang tuanya. Masa itu baru saya tahu bahawa Aiman anak 'seseorang'.

"Apabila ditanya kenapa Aiman merahsiakan perkara itu, dia kata yang kaya raya itu keluarganya, bukan dia. Nanti satu hari nanti, dia akan jadi macam mereka.

"Pengakuan dibuat Aiman itu membuatkan saya berfikir sebenarnya dia juga menyimpan cita-cita untuk berjaya seperti orang tuanya," kata Fathia tanpa berselindung.

Mengulas tentang pertemuan pertama mereka Aiman memberitahu, dia jatuh cinta dengan Fathia sewaktu mereka sama-sama berlakon dalam drama Mahabah kira-kira dua tahun lalu.

Kata Aiman, perasaan tersebut semakin kuat sementelah berlakon bersama-sama sebagai pasangan kekasih dalam drama Diandra tahun lalu.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Goaip Artis Malaysia | Dynas Mokhtar Nafi <b>Gosip</b> Sudah Bercerai - <b>Gossip</b> HOT <b>artis</b> <b>...</b>