Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Goaip Artis Malaysia | Relevankah Kebanyakan Artis Malaysia Menerima Gelaran Datuk

Goaip Artis Malaysia | Relevankah Kebanyakan <b>Artis Malaysia</b> Menerima Gelaran Datuk


Relevankah Kebanyakan <b>Artis Malaysia</b> Menerima Gelaran Datuk

Posted: 21 Mar 2014 11:14 PM PDT

Oleh: Cheah ITH
Kategori: Pendapat Pandangan
Emel: sehahcheahyellowind@yahoo.com
Assalamualaikum readers..
Antara artis Malaysia yang telah menerima gelaran Datuk.
Kalau nak ditaip satu persatu, sampai petang karang mungkin baru sudah menaip nama artis kita yang telah mendapat gelaran Datuk seperti yang tertera di atas. Bukan Datuk yang sudah mempunyai cucu yang aku ingin perkatakan. Aku ingin perkatakan mengenai gelaran anugerah yang dikurniakan oleh orang-orang tertinggi seperti YDPA atau kerajaan negeri di Malaysia.
Jika difikirkan, malah jika dikaji dalam-dalam, sumbangan artis lebih berfokus dalam industri seni sahaja. Ada juga yang berniaga cuma aku terfikir apakah mereka benar-benar layak mendapat gelaran tersebut. Aku seperti telah malabelkan gelaran Datuk sekarang ini sudah tidak punya nilai. Di mana kualitinya? Jika dulu handak mendapatkan gelaran ini, akademik menjadi keutamaan. Golongan cerdik pandai mendapatkannya. Kewajaran ada di situ. Tetapi kini? Orang yang mempunyai timbunan wang sahaja sudah mampu memperolehnya.
Aku bukan nak mempertikaikan mereka menerima gelaran ini. Contohnya, Datuk Siti Nurhaliza yang mengharumkan nama negara di Royal Albert Hall, London satu ketika dulu membuktikan kemampuan beliau menawan arena peminat nyanyian dunia. Beliau layak menerima gelaran tersebut. Aku juga suka dengar suara merdu beliau. Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Kualiti drama yang beliau hasilkan memang sangat berkualiti. Lakonan beliau juga bermutu. Beliau merupakan aset negara dalam bidang seni yang perlu diwarisi.
Bukan mahu mempertikaikan kredibiliti artis Malaysia namun, sebagai figura awam, mereka perlu membuktikan dahulu kemampuan. Masyarakat kian peka. Kian bijak menilai. Jika hasil kerja bermutu, latar belakang yang baik, contoh peribadi yang boleh dijadikan teladan, pasti tiada yang mempertikaikan.
Kepada golongan artis Malaysia yang semakin bertambah jumlahnya, buktikan kemampuan anda. Biar masyarakat menilai segala mutu kerja anda berkualiti. Timba pengalaman, baiki kelemahan dan jika ditakdirkan anda memperoleh gelaran Datuk, sememangnya rezeki buat anda telah tertulis dalam bidang ini. Jangan terlalu alpa apabila mendapat gelaran tersebut. Terus buktikan kemampuan anda!
Terima kasih :)

Keputusan SPM Artis Malaysia ~ <b>Gosip Artis Malaysia</b>

Posted: 03 Apr 2014 08:26 PM PDT


Jom kita lihat keputusan para artis yang berjaya dikorek. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan, tahun 90an, SPM menggunakan aggregate untuk menilai. Dan aggregate yang dikumpul akan menentukan gred atau pangkat.

Semakin sikit aggregate semakin bagus la keputusan tersebut. Gred 1 pula adalah adalah lebih bagus dari gred 2 dan gred 3.

Ini sedikit sebanyak keputusan SPM artis

1. Neelofa – 10A (7A1 + 3A2), 2006

2. Syura – 3A spm. 2004

3. Siti Nordiana – 5A spm ,2000

4. Dato Fazley –Gred 1 Agregat 7

5. Diana Danielle -2A 5B

6. Sheila Rusly – Gred 2

7. Fauziah Latif – Gred 3

8. Dato Siti Nurhaliza – Gred 2, Dikatakan mendapat tawaran Uitm Arau tetapi tidak lapor diri.

9. Syafinaz Selamat – Gred 1, Aggregate 8. SPM 1990

10. Nasha Aziz [result di bawah]
BM = A
BI = A
English 1119 = A
Mat Tambahan = B
Mat Moden = A
Fizik = A
Kimia = A
Biologi = A
Kesusasteraan Melayu = A
Kesusasteraan Inggeris = A

11. Najwa Latif 4 A

12. Aishah Gred 3

13. Christina Suzanne ambil 2 kali, pertama gagal kedua lulus.

[ Inspirasi <b>Artis Malaysia</b> ] 4 Fesyen Pilihan Izzue Islam | Wanista

Posted: 15 Mar 2014 11:41 PM PDT

Pelakon dan penyanyi kumpulan Forteen, Izzue Islam sering bergaya ringkas tetapi menarik. Oleh itu, Wanista berminat untuk berkongsi inspirasi fesyen jalanan yang dikenakan Izzue Islam. Boleh dikatakan fesyen Izzue Islam simple dan tidak terlalu over. Sering mengenakan loafer dan t shirt ringkas.

1. Izzue mengenakan rona pastel dari fedora hat sehingga loafer, nampak ringkas dan bergaya sekali.
Gambar:Instagram Izzue Islam

Gambar:Instagram Izzue Islam

Screen Shot 2014-03-11 at 4.14.13 PM

2. Hanya simple dengan jeans dipadankan dengan loafer, pada wanita boleh cuba loafer rona terang supaya menaikkan lagi penampilan. Boleh juga cuba printed loafer seperti floral ataupun leapord. 

Gambar:Instagram Izzue Islam

Gambar:Instagram Izzue Islam

Screen Shot 2014-03-11 at 4.10.24 PM
3. Wanista sukakan padanan military t shirt bersama jeans dan loafer yang dikenakan Izzue. Ringkas dan bergaya!
Gambar:Instagram Izzue Islam

Gambar:Instagram Izzue Islam

Screen Shot 2014-03-11 at 4.07.38 PM4. Kali ini Izzue mengenakan kemeja t kotak dengan jeans dan boots dari Timberland.
Gambar:Instagram Izzue Islam

Gambar:Instagram Izzue Islam

Screen Shot 2014-03-11 at 3.25.40 PM



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Goaip Artis Malaysia | Relevankah Kebanyakan <b>Artis Malaysia</b> Menerima Gelaran Datuk