Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Relevankah Kebanyakan Artis Malaysia Menerima Gelaran Datuk ... - Blog Celebrity Malaysia


Relevankah Kebanyakan <b>Artis Malaysia</b> Menerima Gelaran Datuk <b>...</b> - Blog Celebrity Malaysia


Relevankah Kebanyakan <b>Artis Malaysia</b> Menerima Gelaran Datuk <b>...</b>
Posted: 17 Mar 2014 06:24 AM PDT
Oleh: Cheah ITH
Kategori: Pendapat Pandangan
Emel: sehahcheahyellowind@yahoo.com
Assalamualaikum readers..
Antara artis Malaysia yang telah menerima gelaran Datuk.
Kalau nak ditaip satu persatu, sampai petang karang mungkin baru sudah menaip nama artis kita yang telah mendapat gelaran Datuk seperti yang tertera di atas. Bukan Datuk yang sudah mempunyai cucu yang aku ingin perkatakan. Aku ingin perkatakan mengenai gelaran anugerah yang dikurniakan oleh orang-orang tertinggi seperti YDPA atau kerajaan negeri di Malaysia.
Jika difikirkan, malah jika dikaji dalam-dalam, sumbangan artis lebih berfokus dalam industri seni sahaja. Ada juga yang berniaga cuma aku terfikir apakah mereka benar-benar layak mendapat gelaran tersebut. Aku seperti telah malabelkan gelaran Datuk sekarang ini sudah tidak punya nilai. Di mana kualitinya? Jika dulu handak mendapatkan gelaran ini, akademik menjadi keutamaan. Golongan cerdik pandai mendapatkannya. Kewajaran ada di situ. Tetapi kini? Orang yang mempunyai timbunan wang sahaja sudah mampu memperolehnya.
Aku bukan nak mempertikaikan mereka menerima gelaran ini. Contohnya, Datuk Siti Nurhaliza yang mengharumkan nama negara di Royal Albert Hall, London satu ketika dulu membuktikan kemampuan beliau menawan arena peminat nyanyian dunia. Beliau layak menerima gelaran tersebut. Aku juga suka dengar suara merdu beliau. Begitu juga dengan Datuk Rosyam Nor. Kualiti drama yang beliau hasilkan memang sangat berkualiti. Lakonan beliau juga bermutu. Beliau merupakan aset negara dalam bidang seni yang perlu diwarisi.
Bukan mahu mempertikaikan kredibiliti artis Malaysia namun, sebagai figura awam, mereka perlu membuktikan dahulu kemampuan. Masyarakat kian peka. Kian bijak menilai. Jika hasil kerja bermutu, latar belakang yang baik, contoh peribadi yang boleh dijadikan teladan, pasti tiada yang mempertikaikan.
Kepada golongan artis Malaysia yang semakin bertambah jumlahnya, buktikan kemampuan anda. Biar masyarakat menilai segala mutu kerja anda berkualiti. Timba pengalaman, baiki kelemahan dan jika ditakdirkan anda memperoleh gelaran Datuk, sememangnya rezeki buat anda telah tertulis dalam bidang ini. Jangan terlalu alpa apabila mendapat gelaran tersebut. Terus buktikan kemampuan anda!
Terima kasih :)



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Relevankah Kebanyakan <b>Artis Malaysia</b> Menerima Gelaran Datuk <b>...</b> - Blog Celebrity Malaysia