Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Artis Malaysia ; Positif Dadah, Pelakon Terkenal Di Tahan | AZMY ...” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia

“<b>Artis Malaysia</b> ; Positif Dadah, Pelakon Terkenal Di Tahan | AZMY <b>...</b>” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia


<b>Artis Malaysia</b> ; Positif Dadah, Pelakon Terkenal Di Tahan | AZMY <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2014 07:24 PM PDT



Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki terkenal antara 41 individu yang ditahan dalam Ops Cantas Khas, Polis Daerah Dang Wangi, di dua premis hiburan di Jalan P Ramlee, awal pagi semalam.

Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.
Ujian positif ganja

Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.
"Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Dalam serbuan di kedua-dua premis ini, kita menahan wanita Vietnam dan Filipina yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan di hadapan serta di dalam kelab berkenaan," katanya ketika dihubungi semalam.

Zainuddin berkata, pihaknya turut menahan tiga deejay warga tempatan kerana menggunakan cakera padat cetak rompak.

"Operasi seperti ini akan dijalankan setiap masa bagi memastikan kawasan utama pusat bandar raya Kuala Lumpur (Dang Wangi), bebas jenayah," katanya.

-Berita Harian

foto hiasan

<b>Artis Malaysia</b> Paling Cun dan Seksa Dilihat! (18 Gambar) | Klik Aje !

Posted: 21 Apr 2014 10:19 AM PDT

type='html'>
Hidup sebagai artis ini memang la sangat sukar dan terseksa, lagi-lagi artis perempuan...asal baru je nak naik skit dah kena gosip..kepada mereka yang baru2 nak berjinak untuk menjadi artis ni, bawak2 lah berhati-hati, cuba ingat kembali ada tak gambar-gambar 18sx yang anda simpan??

kalau ade cari semua...buang dulu...gambar berasmara ke gambar pelok-pelok ke...gambar berpakaian...semua kena jaga..itu pesanan je,,tak ikot pun tak pe....tapi kali ini..jum kita tengok artis mana yang paling cantik dan seksa kita tgk...( seksa tu terliur lah jawapannya ok)...

Fasha Sanda

Rozita Che Wan


3 Gadis Himalaya

Nasha Aziz


Nora Danish



Lisa Surihani


Miera Leyana


Fazura


Jasmini Hamid


Maya Karin

View the original article here

Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Gossip panas <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 05:49 AM PDT

Sekadar Cerita Kosongku ^-^


Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah


Punca kematian Jeremy Little di Tanah Suci Makkah - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios dan pengarah filem KIL, Jeremy Little disahkan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah awal pagi tadi.

Pemergian insan seni yang pernah menganggotai kumpulan rap, rock dan reggae, Prana itu mengejutkan industri muzik tempatan termasuk ulama terkenal, Mufti Ismail Menk, yang memuatnaik status mengenai kematian Jeremy di laman facebook miliknya.

"Seorang rakan karib dan saudara saya, Jeremy Little, dari Malaysia baru saja meninggal di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah ketika mengerjakan umrah."

"Ia sebuah tempat yang cukup dirahmati untuk kembali ke pangkuan Ilahi buat pemuda yang mencetak dan mengedarkan ribuan CD saya secara percuma, setiap tahun."


Menurut laporan Berita Harian hari ini, kematian Jeremy difahamkan berpunca daripada penyakit kanser yang dihidapinya sejak sekian lama. Kata-kata terakhir pemuda berusia 31 tahun itu sebelum menghembuskan nafas adalah berbunyi "Beautiful Technology in a magical place.. SubhanAllah."

Diucapkan takziah kepada keluarga beliau. Satu lagi kehilangan besar buat industri hiburan tempatan yang tidak disangka-sangka. Untuk info, Allahyarham juga merupakan salah seorang DJ popular yang aktif membuat promosi indie band tempatan.






@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

“<b>Artis Malaysia</b> ; Positif Dadah, Pelakon Terkenal Di Tahan | AZMY <b>...</b>” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia