Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Kami belum bercerai, tapi dia memfitnah! - Romie

Sebelum ni kita dengar kata aka komen dari Hanez Suraya mengenai isunya dengan merampas suami orang. Namun kali ini si suami, Romie Razin yang membuka bicara membuat komen mengenai isu yang melanda hubungan dia dengan isterinya, Nur Liyana serta Hanez sendiri.

Siapa benar atau salah, jeng2..
"Sebelum mengenali Hanez, saya sudah cuba memujuk dan beri tempoh selama tiga bulan agar isteri (Nur Liyana Abd. Manan) pulang ke pangkuan saya, tetapi dia terus berdegil untuk meneruskan perceraian,

"Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa, biarlah dia sahaja yang mengaibkan saya. Saya cuma mahu jelas bahawa Hanez Suraya bukan punca keretakan rumah tangga kami. Saya mahu tegaskan, apa yang didedahkan oleh isteri saya sebelum ini adalah fitnah,"

"Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Isteri saya kata Hanez punca keretakan hubungan kami, tapi saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 dalam satu majlis di Shah Alam. Isteri saya memfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan itu merupakan permohonan cerai kali kedua selepas tahun 2011."

"Saya pelik kenapa tuduhan bahawa saya kaki perempuan atau ada pihak ketiga itu hanya disiarkan dalam surat khabar tidak dalam fail tuntutan perceraian. Kenapa?"

"Saya tiada pilihan, jadi saya terpaksa kena cari kebahagiaan yang lain. Sedangkan orang yang sedang bahagia dalam keluarga boleh berkahwin lain.

"Secara lisan, saya sudah pun melamar Hanez untuk dijadikan isteri. Sebab itulah saya tidak menyalahkan Hanez apabila cerita nak kahwin itu tersebar."

"Kalau cakap lebih nanti akan dikatakan riak, kalau ada jodoh kami akan kahwin. Tunggulah kes perceraian saya selesai dulu. Saya seorang lelaki yang berani berdepan kenyataan dalam kehidupan atau perniagaan. Sudah dua kali saya diperlakukan begini (dituntut cerai) oleh isteri. Insya-Allah, saya memang serius dengan Hanez," kata Romie, petikan Kosmo!



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Kami belum bercerai, tapi dia memfitnah! - Romie