Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Yayasan Artis 1 Malaysia YA1M di tubuhkan

Yayasan Artis 1 Malaysia YA1M di  tubuhkan. Tujuan utama membela kebajikan artis.
Yayasan Artis 1 Malaysia YA1M di  tubuhkan. Tujuan utama membela kebajikan artis.  kerajaan akan menyalurkan dana sebanyak RM2 juta pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan kepada YA1M yang merupakan sebuah organisasi berasaskan ekonomi dan kebajikan dalam meningkatkan martabat para seniman negara. “Dengan penubuhan YA1M dan sokongan daripada kerajaan, masa depan artis tanah air akan mendapat pembelaan yang lebih baik.

“Tidak ramai yang sedar bahawa artis juga merupakan insan biasa yang mempunyai keadaan pasang surut dalam kehidupan mereka sebagai anak seni.“Masa muda pendapatan mereka mungkin lumayan, tetapi bila dah senja, tekanan hidup akan terasa apabila hanya dipandang sebagai warga emas dalam masyarakat,” kata Najib.

Selain itu, Najib berkata pelaksanaan skim insurans perlindungan terhadap seniman juga akan dilakukan.

“Sepatutnya setiap artis ada perlindungan yang sepatutnya dan kalau jatuh sakit, tak perlulah mereka minta bantuan kepada orang,” katanya.

YA1M akan dikemudikan oleh presidennya, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Datuk DJ Dave, Datuk M.Nasir (Naib Presiden), Datuk Malek Redzuan (Setiausaha Agung) serta beberapa ahli jawatankuasa eksekutif lain.

Pada majlis pelancaran YA1M, lebih 1000 artis pelbagai bangsa hadir dan seramai enam seniman dipilih menerima sumbangan sebanyak RM2000.Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sumber-Mstar Online





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Yayasan Artis 1 Malaysia YA1M di tubuhkan