Teknik Iklan, Pakai Bra Besar? |
- Teknik Iklan, Pakai Bra Besar?
- Komen Dr Mujahid, Khalid Samad Mengenai Nik Abduh & Syahid Mohd Lotfi
- GST: Harga Minyak Naik Lagi, Hadiah Dari BN.
- Bocor Kertas UPSR Memalukan! Baru Muhyiddin Sedar?
- Pendaratan Tentera AS Simbolik Iktiraf Israel Lagi Mencurigakan.
- Lihat Anak Bulan Zulhijjah 24 September Ini
- Biadap!! Pramugari Pijak Jalur Gemilang?
- MB Kelantan Umum Cuti Pada 25 September Sempena PRK Pengkalan Kubor
- Umno Kecut Perut, Suara Keadilan Di Rampas
- Luahan hati Wartawan Murai terhadap sikap buruk peminat Shila Amzah
- Lagu-lagu Ini Pernah Dilarang Di Indonesia & M'sia. Mengapa?
- Adun Morib (PAS) Cabut Lari Tak Pergi Muktamar Pusat?
- Wajah Suspek Bocor Kertas UPSR Tersebar
- Ada Yang Mahu A/Hadi Awang Disingkirkan... -Presiden PasMa
- Royalti: Muhyiddin, Mustapa Hina Mahkamah
- Guru Besar Antara Yang Ditahan Kes Bocor Kertas UPSR
- Lotfi Ariffin Syahid Di Syria.. Ikuti Pengakuan Nik Abduh
- Anak Nik Aziz Iktiraf Bekas Ahli PAS ‘syahid’ Di Syria
- Siswi Dipenjara Kerana Bantah Undang2 Tonton Bola Tampar Lelaki.
- Ini Dia Pembocor Kertas UPSR
Teknik Iklan, Pakai Bra Besar? Posted: 15 Sep 2014 06:57 PM PDT Ibnu Hasyim Teknik Iklan, Pakai Bra Besar? HALAMAN HIBURAN BERITA ini, satu bentuk publisiti dan iklan filem. Teknik-teknik beginilah yang ditiru oleh artis kita di Malaysia. Wajarkah, terutama bagi artis-artis kita yang mengaku beragama Islam? PELAKON filem Fright Night, Imogen Poots mendedahkan dia diminta untuk menggunakan bra lebih besar agar kelihatan seksi dalam filem tersebut. Bintang filem itu dikatakan tidak mempunyai payudara yang besar bagi memperlihatkannya tampil seksi dan menggoda.Imogen Poots Diminta Pakai Bra Besar "Saya disuruh pakai bra lebih besar supaya kelihatan lebih seksi kerana dalam filem itu saya harus berperanan sebagai wanita penggoda. "Saya mengaku agak malu sehingga wajah bertukar menjadi merah dan saya memberitahu pengarah bahawa saya tidak selesa," ujarnya. (IH) |
Komen Dr Mujahid, Khalid Samad Mengenai Nik Abduh & Syahid Mohd Lotfi Posted: 15 Sep 2014 05:51 PM PDT Ibnu Hasyim Komen Dr Mujahid, Khalid Samad Mengenai Nik Abduh & Syahid Mohd Lotfi "Memburu syahid adalah sesuatu yang suci dan kita tidak boleh menghalang pendapat mereka mengenai perkara ini. "Namun, PAS sebagai sebuah parti mengambil keputusan jelas bahawa sesiapa yang terlibat dalam proses polititk selain rangka kerja parti, di dalam atau luar negara, tidak lagi menjadi tanggungjawab parti ini. "Jika seseorang individu memutuskan untuk memperjuangkan keadilan dan menentang ketidakadilan terhadap golongan ditindas, peluang untuk mati syahid menanti anda, hanya ia tiada kaitan dengan parti," katanya ketika dihubungi The Star Online. Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, individu terbabit perlu memastikan tindakan mereka berada pada landasan yang betul. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abduh Nik Aziz yang memberi penghormatan kepada pejuang jihad warganegara Malaysia di Syria, Mohd Lotfi Ariffin yang menyifatkan beliau sebagai 'syahid'. Lotfi, 45, maut selepas berada dalam koma akibat serangan hendap yang dilancarkan militan pemberontak di timur Hama pada Selasa lalu. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata parti mengambil pendirian untuk menjauhkan diri daripada peperangan yang berterusan di Iraq dan Syria, malah telah memecat semua ahli yang terlibat dengan aktiviti tersebut. "Kami memutuskan untuk tidak terlibat dengan konflik tersebut kerana kami percaya ia adalah perang proksi dan kami tidak menggalakkan ahli parti untuk pergi ke sana," katanya. (mStar) |
GST: Harga Minyak Naik Lagi, Hadiah Dari BN. Posted: 15 Sep 2014 04:52 PM PDT Ibnu Hasyim GST: Harga Minyak Naik Lagi, Hadiah Dari BN. KL: Laporan akhbar Sin Chew Daily yang turut dipetik oleh laman kereta paultan.org mengesahkan bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas petrol dan diesel. Mengikut laporan, pengesahan ini dibuat oleh Ishak Daud, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) minggu lalu. "Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno/Barisan Nasional akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak," ujar Rafizi Ramli dalam satu kenyataan. Katanya, pada kadar GST 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen. Menurutnya, jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 80 liter seminggu bersamaan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini bermakna bil petrol satu isi rumah biasa akan meningkat sebanyak RM50 sebulan. Pada masa yang sama, ujarnya kenaikan harga minyak ini juga akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang lain. Akhirnya, kata beliau bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah dan dianggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan (kenaikan terus harga minyak dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain) bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar. "Saya juga telah menyatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan menghadkannya kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna akan terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan. Beliau dimaklumkan keputusan itu telah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini. Sudah tentu apabila ini juga dilaksanakan, katanya bebanan akibat kenaikan harga minyak itu adalah lebih tinggi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menyusul juga lebih tinggi. Tambahnya, pada ketika pegawai-pegawai Jabatan Kastam dan Eksais telah mula mengesahkan mengenai kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST ini, Najib masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia. Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Najib mengesahkan dengan segera bahawa harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat. Pada masa yang sama, beliau seru seluruh rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman-laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar. Ini lagi hadiah dari Kerajaan BN. (IH) |
Bocor Kertas UPSR Memalukan! Baru Muhyiddin Sedar? Posted: 15 Sep 2014 03:53 PM PDT Ibnu Hasyim Bocor Kertas UPSR Memalukan! Baru Muhyiddin Sedar? Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengatakan insiden kebocoran kertas Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku amat menjejaskan pendidikan negara. Timbalan perdana menteri itu mengakui, ia merupakan perkara yang tidak dapat diterima memandangkan pendidikan di Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia. "Ia satu kejadian yang memalukan, hal ini masih berlaku selepas sekian lama kita mewujudkan kementerian pendidikan yang terbaik di dunia," katanya semasa berucap di Majlis Persidangan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPPK) di Genting Highland, Pahang hari semalam. Baru TPM sedar? (IH) |
Pendaratan Tentera AS Simbolik Iktiraf Israel Lagi Mencurigakan. Posted: 15 Sep 2014 02:34 PM PDT Ibnu Hasyim Pendaratan Tentera AS Simbolik Iktiraf Israel Lagi Mencurigakan. Pendaratan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini dianggap simbolik pengiktirafan Malaysia terhadap keganasan kuasa besar dunia itu dan sekutunya terhadap umat Islam, khususnya di Gaza. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengutuk tindakan kerajaan membenarkan latihan bersama Malaysia-AS di Terengganu dan Kelantan itu. Presidennya Abdul Malik Ab Razak (kiri) berkata, walaupun pendaratan itu dikatakan untuk latihan pengurusan bencana alam dan perlaksanaan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia "sungguh mencurigakan". "Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya," kata Malik. "Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia. Kementerian Pertahanan pada 12 September lalu menjelaskan, sekumpulan tentera AS hadir untuk menjalani Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama Tentera Darat Malaysia. Bernama melaporkan, tentera AS yang terlibat dalam latihan antara 13 September hingga 26 September itu daripada pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii. Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota tentera darat akan menyertai latihan kali ini yang berorentasi pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario banjir. GAMIS juga dalam kenyataannya hari ini kecewa kerana ia berlaku di ambang sambutan Hari Malaysia pada 16 September (esok). "GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara." kata Malik. Gerakan itu, kata Malik lagi, menuntut kerajaan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan AS. (MK) |
Lihat Anak Bulan Zulhijjah 24 September Ini Posted: 15 Sep 2014 01:33 PM PDT Ibnu Hasyim Lihat Anak Bulan Zulhijjah 24 September Ini Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Sebanyak 29 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan iaitu di Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Balai Cerap Selangor dan Sabak Bernam di Selangor. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah. Lokasi lain: Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu di Terengganu. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu di Kelantan; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching, Tanjung Batu, Bintulu, di Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands, Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan di Labuan; Menara Kuala Lumpur di Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis. Pada malam itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Qurban menerusi radio dan televisyen. (IH) |
Biadap!! Pramugari Pijak Jalur Gemilang? Posted: 15 Sep 2014 09:33 AM PDT Addin Biadap!! Pramugari Pijak Jalur Gemilang? PETALING JAYA: Pengguna laman sosial mengecam syarikat penerbangan Firefly yang dikatakan tidak sensitif dengan penyiaran iklan di 'inflight magazine' mereka. Di dalam iklan tersebut dipaparkan bulan sabit dan bintang pecah 14, yakni lambang agama Islam sebagai agama rasmi diletakkan ditapak kaki pramugari yang menjadi model iklan tersebut. Bulan sabit (anak bulan) melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan (Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia). Manakala bintang bucu 14 melambangkan perpaduan yang di antara 13 negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak. Di dalam saat negara sedang berkabung menunjukkan solidariti kepada kemalangan dua pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 dan MH370, tindakan syarikat Firefly itu, memburukkan lagi keadaan sedia ada. Bagi pengguna Facebook Sri Rahayu Ismail beliau menyatakan bahawa "Bahasa dan kedudukan simbol Islam di kaki model yang tidak mempamerkan imej Islam," Manakala bagi Saifulnizam Hamdan menyatakan "lambang jalur gemilang di kaki pramugari…kurang adab disitu". ~fmt Iklan C (ii) |
MB Kelantan Umum Cuti Pada 25 September Sempena PRK Pengkalan Kubor Posted: 15 Sep 2014 08:42 AM PDT Addin MB Kelantan Umum Cuti Pada 25 September Sempena PRK Pengkalan Kubor TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob mengumumkan cuti peristiwa pada 25 September ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor. Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memudahkan penduduk kawasan itu menunaikan tanggungjawab kerana hari mengundi pada hari Khamis merupakan hari bekerja di negeri itu. "Pembuangan undi pada hari bekerja sememangnya menyulitkan pergerakan pengundi, melihat kepada kesukaran yang bakal dilalui, kerajaan negeri telah memperhalusi dan mempertimbangkan permasalahan tersebut dan mengisytiharkan cuti pada hari tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. ~bernama Iklan C (ii) |
Umno Kecut Perut, Suara Keadilan Di Rampas Posted: 15 Sep 2014 07:45 AM PDT Addin Umno Kecut Perut, Suara Keadilan Di Rampas PKR hari ini mengutuk insiden rampasan sebanyak 300 naskhah akhbar milik mereka Suara Keadilan pada Rabu lalu dan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, tindakan merampas akhbar rasmi parti itu sama seperti mengekang kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. "Walaupun akta tersebut dipinda pada 2012, namun pindaan tersebut tidak mencukupi dan akta itu masih bersifat kuku besi dan tidak demokratik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata, Najib perlu memansuhkan akta tersebut dengan segera bagi membuktikan kesungguhan politik seperti mana imej perdana menteri yang mahu dilihat sebagai demokrat moderat. Selain itu PKR juga menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjelaskan status permohonan permit akhbar itu yang dihantar sejak tahun lalu. PKR juga turut mengutuk tindakan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bukan sahaja merampas akhbar itu malah turut memberi amaran untuk tidak meneruskan penjualan surat khabar itu. "Saya difahamkan bahawa para peniaga yang menjual Suara Keadilan diberi amaran. "Jika mereka terus menjual akhbar tersebut maka kedai-kedai mereka akan ditutup. Sekiranya benar, perkara ini amat mendukacitakan dan cukup zalim. "Pihak KDN perlu mengesahkan sama ada perkara ini benar-benar berlaku, dan jika ya amalan ini wajib dihentikan," katanya. Media melaporkan KDN merampas lebih 300 naskhah akhbar itu bagi keluaran bilangan 189 pada Rabu lepas. Rampasan akhbar itu melibatkan kawasan sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas. Akhbar itu dirampas dipercayai kerana mengetengahkan isu sekitar krisis menteri besar Selangor dengan laporan muka depan berjudul "Kekal satu nama, tidak berubah". ~tmi KEDAH 15 SEPT: Lebih 300 naskah akhbar Suara Keadilan Bil 189 dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kedah petang 10 September baru-baru ini. Antara lokasi rampasan KDN adalah sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas. Malah rampasan turut dilakukan terhadap naskah Suara Keadilan Bil 188 di sekitar Kepala Batas dan Jitra. Menurut Setiausaha Pengelola KEADILAN Cabang Alor Setar, Peter Jeyabalan yang turut membantu mengedarkan akhbar tersebut, serbuan dilakukan secara berkumpulan. "Tindakan mereka ini membuktikan kerajaan takut dengan perkembangan semasa yang berlaku sehingga cuba untuk menyekat maklumat sampai kepada rakyat. "Usaha mereka ini adalah satu perbuatan sia-sia kerana maklumat akan tetap sampai kepada rakyat, walaupun rampasan demi rampasan yang mereka lakukan, " jelasnya lagi. Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Syed Azman Ismail ketika mengulas kejadian rampasan ini berkata, tindakan KDN semakin terkebelakang dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. "Jelas terbukti BN semakin takut dengan situasi politik yang dilihat mencabar kedudukan mereka sebagai pemerintah yang penuh dengan korup dan penyelewengan kuasa dan kepimpinan. "Tindakan mereka merampas akhbar ini membuktikan ketakutan yang ketara apabila rakyat dapat mengetahui kedudukan sebenar pembohongan yang menjadi amalan kerajaan kini. "Rampasan ini juga menyebabkan rakyat ingin mendapat maklumat sebenar dengan mengggunakan aplikasi lain sebagai akses kepada tindakan KDN, dan ia akan menguntungkan PR, " katanya lagi. Tambahnya lagi, kebebasan akhbar tidak boleh disekat oleh KDN kerana rakyat ingin tahu kedudukan sebenar situasi perkembangan politik dalam negara yang tidak mampu disalurkan oleh kerajaan pimpinan Umno-BN secara adil walaupun telah 57 tahun mencapai kemerdekaan. ~keadilandaily Iklan C (ii) |
Luahan hati Wartawan Murai terhadap sikap buruk peminat Shila Amzah Posted: 15 Sep 2014 07:39 AM PDT Tengok TV Online Luahan hati Wartawan Murai terhadap sikap buruk peminat Shila Amzah Tindakan Shila Amzah berkongsi semula gambar keratan artikel liputan konsert sulungnya di Malaysia dengan caption yang kontroversi menimbulkan pendebatan yang hebat dikalangan peminatnya di Instagram. Ramai Shilalas menyalahkan media melayu yang kononnya tidak membuat liputan kepada kejayaan Shila Amzah dan didakwa hanya berminat pada gosip hiburan sahaja. Caption kontroversi Walaubagaimanapun, seorang wartawan dari Murai.com.my menjawab tuduhan liar itu dengan meluahkan apa yang terbuku dihati para rakan-rakan wartawan yang lain. Tulisan: Ellyna Ali ( Editor In-Chief for murai.com.my & astrogempak.com.my) Jangan kurang ajar. Itu nasihat aku pada peminat Shila Amzah yang tidak menggunakan akal fikiran dan tahu nak menembak wartawan hiburan secara membabi buta. Sejak dari pagi tadi aku berdiam diri. Tak mahu berkata-kata sebab aku malas nak layan statement-statement cap ayam - bak kata Dato' Ramli MS. Tapi, akhirnya aku terpaksa voice out. Now listen here to those yang fanatics towards Shila Amzah. Before i continue further, lemme tell u something, yang saya sangat-sangat adore Shila Amzah. But, in this case, i have to put aside my adoration towards her. Why? Becoz saya tak boleh terima kenyataan yang mengatakan media Melayu tidak support Shila Amzah. That is bullshit!! Big time bullshit okay. Sejak dia masuk Asian Wave sampai lah sekarang ini, MURAI sering membawakan kisah-kisah Shila Amzah dari China. Bila cerita dia panas, baru media mainstream (akhbar-akhbar) pulak ikuti sama siarkan. So where THE HELL yang datangnya pihak media MELAYU, dikatakan TIDAK SUPPORT Shila Amzah.Secondly, korang tanya kenapa perlu media diundang ke konsert baru nak datang? Seriously korang tanya soalan nih? Kata wartawan hiburan nih tak bijak, rupanya ada jugak soalan yang dungu macam nih yg datang daripada korang sendiri. Okey dengar sini. Konsert kalau nak datang bukan sesuka hati MAK NENEK ya. Kena ada undangan. Sbb ia melibatkan seat. Kalau wartawan hiburan datang redah dan tak boleh masuk, korang jugak yang label kitaorang sebagai wartawan hiburan yang TAK RESPECT artis dan respect organizer. Lepas tu korang hencap pulak, dah orang tak jemput, terhegeh2 nak datangkan. lepas tuduh kitaorang tak tahu malu, tak faham bahasa. So, korang nampak tak dilema kitaorang yang korang pandang hina sangat nih. Korang nampak tak? korang tahu susah payah kitaorang? korang tahu dugaan dan cabaran yang kitaorang kena lalui? Korang tahu kepayahan kitaorang dalam bekerja? U guys know that? Macam nilah untuk orang luar yang pandai sangat tu. Why not korang yang jadik wartawan hiburan. Aku sanggup kasi korang try jadi reporter kat MURAI ni. Aku nak tengok cerdik mana korang nih. Jangan pandai cakap saja. Jangan pandai tuduh saja dan jangan pandai sembur saja. If u guys dont know how we do our work, lebih baik DIAM. Just let us do our WORK. Or else cuba BELAJAR cara kami bekerja. Then u guys will know kenapa kita react certains ways. Why kita bekerja cara macam ni dan bukan cara macam tu. U guys are all bijak pandai. So, kenapa nak jadi orang dungu, jump into conclusion and terus buat andaian. Korang bijakkan... amik sehari 2 and try to spent ur time with us. Baru korang akan tahu susah senang. Baru korang akan tahu tinggi langit dengan bumi. For the first time ever, aku terpaksa BACK UP my other fellow journalists. Bukan sebab aku sayang diaorang. Tapi, sebab korang terlalu kurang ajar and cakap guna lutut di kaki dan bukan otak di kepala. Listen ya... not all Malay entertainment journalist are stupid and some of us still have etiquette while working. Facebook Ellyna Ali Lagi kecaman diterima Konsert Shila Amzah 13 September baru-baru ini |
Lagu-lagu Ini Pernah Dilarang Di Indonesia & M'sia. Mengapa? Posted: 15 Sep 2014 03:54 AM PDT Ibnu Hasyim Lagu-lagu Ini Pernah Dilarang Di Indonesia & M'sia. Mengapa? HALAMAN HIBURAN Indonesia sejak dulu tentu banyak mempunyai pemuzik handal. Bahkan tak sedikit dari mereka berprestasi hingga ke luar negeri. Karya-karya dari pemuzik Indonesia juga unik dan berbeza-beza. Dari komposisinya yang tak kalah dengan pemuzik luar, hingga liriknya yang lucu bahkan seronok sekalipun. Nah, lirik yang seronok ini pun akhirnya sering bermasalah. Beberapa pemuzik akhirnya pernah dissembur Kerajaan dan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI) kerana video klip atau lirik lagunya dianggap terlalu kesat dan dirasa tidak pantas diperdengarkan oleh awam. Berikut beberapa pemuzik yang karyanya pernah disekat seperti dirangkum merdeka.com, Isnin (15/9) pagi: Satu: Slank Pada tahun 2008 kumpulan band Slank sempat akan digugat oleh DPR (Dewan Perwakilaan Rakyat) yang tersinggung dengan lagu yang berjudul Gossip Jalanan. Lagu ini disenaraikan dalam album PLUR yang CD-nya diberikan kepada Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) sebagai bentuk sokongan kepada institusi pembasmian rasuah itu. DPR merasa kebakaran janggut ketika mendengar lagu ini dan menuduh bahawa ini penghinaan kepada institusi negara. Sokongan terhadap Slank pun berdatangan baik dari KPK. Slank mengatakan jika DPR tidak seperti yang mereka nyanyikan lagu ini, maka tidak perlu menuntut. Kes ini pun selesai dengan sendirinya, namun kesulitan Slank tak berhenti di situ. Setiap mereka membuat konsert besar dipersulit perizinannya oleh polis kerana penglibatan mereka dengan KPK. Berikut lirik lagu Gossip Jalanan yang didakwa menyinggung para anggota DPR yang berpangkalan di Senayan, Jakarta Selatan: Apa bener ada mafia pemilu Entah gaptek apa manipulasi data Ujungnya beli suara rakyat Mau tau gak mafia di Senayan Kerjanya tukang buat peraturan Bikin UUD, ujung-ujungnya duit Dua: Iwan Fals Penyanyi yang dikenali sebagai Bob Dylan-nya Indonesia ini mungkin sudah kenyang dengan penindasan dan sekatan yang diberikan oleh pemerintah orde lama saat itu. Namun tak ada rasa kapok bagi pemilik nama asli Virgiawan Listianto ini untuk menyuarakan keadilan, protes dan hal sosial lain. Kemuncaknya adalah saat dia mendirikan SWAMI bersama pemuzik lain seperti Sawung Jabo. Karya yang terkenal adalah Bongkar dan Bento yang memang ditujukan untuk pemerintahan orde baru kala itu. Selain lagu Bento dan Bongkar, lagunya yang berjudul 'Sketsa yang bisu' juga dikhabarkan sempat menghilang dari peredaran pada era 2000 silam. Lagu itu mengandungi lirik kritikan kepada pemerintah yang dianjurkan menghalalkan dadah saja daripada tidak mampu membanterasnya. Berikut liriknya: Transaksi narkoba ada dimanamana Di perkampungan, di perumahan, di pesantren, di sekolahan Di tempat hiburan, di kejaksaan bahkan di dalam penjara sekalipun Bagai wabah buktinya pun bercecaran di manamana Operasi narkoba apakah benarbenar bisa menyelesaikan persoalan Atau bahkan bukan malah menjadi bagian dari promosi Narkoba adalah gaya hidup, narkoba adalah ajang bisnis Untuk sebagian orang, narkoba adalah jalan keluar Dari hidup yang kian hari bertambah sumpek Bagi para pecandu, narkobalah tuhannya Bagi para bandar, narkoba adalah bisnis yang menggiurkan Bagi para penegak hukum, narkoba adalah ceperan yang vital Bagi para produser, apa sih maksudnya? Narkoba harus ditata, agar bisa jadi devisa Devisa jasmani, devisa rohani, devisa Negara Indonesia Narkoba harus bersuara, punya saluran yang resmi Agar semuanya bisa menjadi lebih jernih Dan tidak menjadi setan membisu Lagu ini lagu bekas pecandu Semoga bisa menjadi solusi Narkoba perlu pemecahan yang bermutu Agar tidak menjadi perang abadi. Ratu. Meski terkenal dengan lagunya yang pop abis dan jauh dari kritikan sosial, namun duo Ratu sempat disekat oleh kerajaan Malaysia. Lagu Lelaki Buaya Darat yang dinyanyikan oleh Maia dan Mulan Kwok pada 2006 silam itu disekat untuk beredar di Malaysia lantaran dianggap berkonotasi negatif Ratu sempat menukar tajuk lagu tersebut, namun tidak berjaya. Pun begitu beberapa radio di Malaysia masih memainkan lagu ini secara sembunyi-sembunyi. Berikut sedikit cuplikan liriknya: Lihatlah Pada diriku Aku cantik dan menarik Dan kau mulai dekati aku Ku beri segalanya Cinta harta dan jiwaku Tapi kau malah menghilang Bagai hantu tak tau malu Lelaki buaya darat Busyet aku tertipu lagi Mulutnya manis sekali Tapi hati bagai serigala Ku tertipu lagi oh Ku tertipu lagi oh Julia Perez Empat: Julia Perez Artis seksi luar biasa ini memang tak pernah berhenti kontroversinya. Julia Perez yang sempat mengeluarkan single berjudul 'Belah Duren' harus berurusan dengan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Lagu Belah Duren dianggap KPI keterlaluan liriknya kerana terlalu kesat menjurus ke masalah seks. Single dangdut yang dikeluarkan pada 2012 silam itu kemudian menjadi bahan perbincangan awam, meski sebenarnya komposisi muziknya simpel dan bergaya untuk saiz genre dangdut moden. Berikut lirik lagu Belah Duren: Makan duren di malam hari Paling enak dengan kekasih Dibelah bang dibelah Enak bang silakan dibelah Jangan lupa mengunci pintu Nanti ada orang yang tahu Pelan-pelan dibelah Enak bang silakan dibelah Semua orang pasti suka belah duren Apalagi malam pengantin Sampai pagi pun yo wis ben Yang satu ini durennya luar biasa Bisa bikin bang gak tahan Sampai-sampai ketagihan Lagu Melinda ini sempat ledakan pada tahun 2012 silam. Single yang berjudul 'Cinta Satu Malam' itu ditegur keras oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). KPI menilai lagu dangdut bergenre house muzik itu terlalu kesat liriknya. Sebab, liriknya menggambarkan bahawa hubungan seks itu sah-sah saja jika hanya dilakukan semalam, apalagi bergonta-ganti pasangan. Berikut liriknya: Walau cinta kita sementara Aku merasa bahagia Kalau kau kecup mesra di keningku Ku rasa bagai di Surga Cinta satu malam Oh indahnya Cinta satu malam Buatku melayang Walau satu malam Akan selalu ku kenang Dalam hidupku Cinta satu malam Oh indahnya Cinta satu malam Buatku melayang Walau satu malam Akan selalu ku kenang Selama-lamanya Sentuhanmu membuatku terlena Aku telah terbuai mesra Yang ku rasa hangat indahnya cinta Hasratku kian membara Enam: Zaskia Gotik Biduan dangdut moden yang terkenal dengan goyang itiknya ini juga tersandung masalah yang sama seperti Julia Perez dan Melinda. Single perdananya yang bertajuk 'Satu Jam Saja' juga mendapat bantahan dari Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI). Lagu dangdut bergenre house music yang dikeluarkan 2012 silam itu juga liriknya dianggap terlalu kesat menggambarkan hubungan intim lelaki wanita yang hanya dilakukan dalam masa satu jam. Namun hal itu tak berlangsung lama dan pencekalannya berakhir 2012 lalu. Berikut liriknya: Aku sayang jantungku deg-degan Waktu kamu peluk diriku Aku sayang badanku gemetaran Waktu kamu kecup keningku Satu jam saja bercumbu denganmu Satu jam saja ku dimanjakanmu Satu jam saja ku bercumbu rayu Satu jam saja bercinta denganmu Aku disentuhnya, aku dibuainya Aku diciumnya, aku dipeluknya Aku dicumbunya, aku dirayunya Satu jam saja oh mesranya Indonesia adalah negara umat Islam terbesar di dunia, Malaysia juga negara umat Islam, tidak sepatutnya membiarkan lagu-lagu lucah, porno dan tidak bermoral menghiasi hiburan rakyatnya terutama yang beragama Islam. (IH) |
Adun Morib (PAS) Cabut Lari Tak Pergi Muktamar Pusat? Posted: 15 Sep 2014 03:33 AM PDT Addin Adun Morib (PAS) Cabut Lari Tak Pergi Muktamar Pusat? SHAH ALAM: ADUN Morib, Hasnul Baharuddin berkata kehadirannya ke Muktamar PAS ke-60 yang akan berlangsung esok bergantung kepada keadaan dan kesesuaian masa. Hasnul dalam pada itu mengesahkan beliau bukan lagi perwakilan parti Islam itu bagi kawasannya."Saya sudah tidak menjadi perwakilan mana-mana kawasan. "Lihat keadaanlah bagaimana (kalau hadir) sebagai pemerhati," katanya kepada Antarapos hari ini. Hasnul dan ADUN Hulu Klang, Saari Sungib sebelum ini menyertai sidang media bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR itu sebagai menteri besar baharu Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Susulan tindakan kedua-dua ADUN itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin. Malah pada akhir bulan lalu, Dewan Ulama PAS Negeri Selangor meluluskan usul mengutuk dan mengecam kedua-dua wakil rakyat itu yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Azizah. Hasnul ketika mengulas lanjut hal berkenaan memberitahu bersedia menghadap sebarang reaksi daripada perwakilan parti bersabit usul kutuk dan kecam itu. "Saya bersedia, insya-Allah. Tiada masalah," katanya. Sementara itu tindakan lanjut terhadap Saari dan Hasnul akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat mengikut Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011. ~antarapos Iklan C (ii) |
Wajah Suspek Bocor Kertas UPSR Tersebar Posted: 15 Sep 2014 02:42 AM PDT Addin Wajah Suspek Bocor Kertas UPSR Tersebar Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur. Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini. Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. Tan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan kandungan kertas berkenaan kepada orang lain. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Assistant Commissioner Gan Kong Meng berkata, 12 individu ditahan untuk membantu siasatan. Kertas soalan matapelajaran Sains dengan kod 018, 028 dan 038, yang dijadualkan pada Khamis ditunda berikutan kebocoran berkenaan. Pada Khamis, kertas soalan mata pelajaran English dengan kod 014/1 dan 014/2 juga didapati bocor sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai. Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh juga mengeluarkan permohonan maaf disebabkan kebocoran itu. Muhyiddin pada Jumaat juga mengarahkan penggantungan serta-merta Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan timbalannya Dr Wan Ilias Wan Salleh. Kebocoran itu mengakibatkan 473,175 pelajar Darjah 6 di seluruh negara mengambil semula kertas soalan tersebut pada 30 September. ~tmi Putrajaya: Seorang guru besar, dua cikgu dan seorang ejen insurans ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Dahlia Azmi di sini, hari ini ke atas guru besar dan dua guru berusia 30 hingga 54 tahun dari Pulau Pinang serta ejen insurans berumur 31 tahun dari Kuala Lumpur. Keempat-empat suspek yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 10.20 pagi dengan berpakaian lokap itu, disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, keempat-empat tahanan reman itu adalah antara enam individu termasuk lima guru yang ditahan polis semalam, bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Science dan Bahasa Inggeris UPSR. EMPAT individu yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan UPSR 2014 dibawa ke kamar Mahkamah Majistret Putrajaya. Beliau berkata, daripada enam tangkapan itu, tiga guru ditahan di Pulau Pinang dan masing-masing seorang guru di Parit Buntar, Perak serta Kuala Ketil, Kedah. Manakala seorang agen insurans berusia 31 tahun ditangkap di Sentul, Kuala Lumpur. Gan berkata, dua daripada guru terbabit sudah dibebaskan dengan jaminan polis, malam tadi. Menurutnya, sehingga kini polis juga sudah merakam percakapan 12 indiviu membabitkan enam pegawai Lembaga Peperiksaan (LPM), lima guru dan seorang wartawan selain merampas gajet komunikasi untuk siasatan lanjut. Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan. LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. ~hmetro Iklan C (ii) |
Ada Yang Mahu A/Hadi Awang Disingkirkan... -Presiden PasMa Posted: 15 Sep 2014 02:36 AM PDT Ibnu Hasyim Ada Yang Mahu A/Hadi Awang Disingkirkan... -Presiden PasMa Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Phahrolrazi Mat Zawawi mengakui terdapat suara yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disingkirkan dalam pertemuan NGO itu pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu. Bagaimanapun, katanya, ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PasMa. "Saya tak menafikan yang disampaikan oleh peserta-peserta. Apabila mereka bangun berucap, macam-macam cadangan dan kritikan keluar sebab memang PasMa menjadi satu wacana untuk penyokong Pakatan Rakyat memberi pendapat, kritikan dan sebagainya. "Tapi kita bukan nak menentukan satu ketetapan. Kita beri pandangan, sama ada mereka setuju tak setuju dengan sesiapa pimpinan Pakatan, itu terpulang kepada mereka," katanya. Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi. Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden. Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Phahrolrazi juga berkata, tidak timbul soal tuduhan itu kerana naik turun seseorang pemimpin ditentukan oleh perwakilan parti dalam persidangan tahunannya. Sementara itu, ditanya sama PasMa menerima kritikan pada Hadi, beliau berkata, mereka hanya menyediakan wacana sahaja dan menegaskan ia pandangan penyokong Pakatan dalam berdepan kemelut sedia ada. "Kita dengarlah pandangan itu dan pimpinan parti ini (PAS) patut dengar dan hadir sebenarnya program PasMa ini, (tetapi) mereka tak nak hadir," katanya yang mengecualikan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS. 'PAS Terengganu yang rugi' Sementara itu, ditanya tentang larangan PAS Terengganu supaya anggotanya tidak menyertai NGO itu, Phahrolrazi berkata mereka tiada masalah dengan perkembangan itu. "Tapi PAS Terengganu rugilah, sebab mereka tak ambil kesempatan dengan peranan PasMa ini untuk mendekati penyokong-penyokong," katanya. (MK) Lihat sebelum ini... E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan? |
Royalti: Muhyiddin, Mustapa Hina Mahkamah Posted: 15 Sep 2014 01:52 AM PDT Ibnu Hasyim Royalti: Muhyiddin, Mustapa Hina Mahkamah TUMPAT: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah. Timbalan Presiden Pertubuhan Royalti, Abdul Shakur Sharrie berkata, penafian dibuat pemimpin Umno terbabit berdasar kepada pentafsiran Kelantan tidak layak mendapat royalti. "Menafsirkan berdasar kepada 3 batu nautika dan undang-undang berkaitannya adalah subjudis kerana isu itu dalam perbicaraan di mahkamah. "Dan ia juga termaktub sebagai pre-emptive decision dan penghinaan kepada mahkamah. Ini kerana Petronas adalah milik kerajaan," katanya di sini. Sehubungan itu beliau sebagai mewakili R membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Umno Kelantan di Balai Polis Tumpat jam 12.30 pagi tadi. Muhyiddin dalam kenyataan media di sini kelmarin mencabaran kerajaan PAS menyiasat jumlah royalti yang belum dijelaskan kerajaan pusat. Manakala Mustapa ketika berceramah di Kampung Tebing malam semalam turut mencabar kerajaan Kelantan mengemukakan bukti berhubung tuntutan royalti petroleum. Menurut anggota parlimen Jeli itu fakta yang dikemukakan PAS adalah fitnah semata-mata dan tuntutan yang dibuat tidak berlandaskan undang-undang. Pada Ogos 2010 kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas) di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur berhubung dakwaan melanggar kontrak. Dalam tuntutan itu kerajaan negeri menjelaskan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan. Sementara itu Presiden R, Nazri Deraman berkata, kenyataan dibuat kedua-dua pemimpin Umno terbabit bertentangan sama sekali dengan amanat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 November 1974: "Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,". Tun Abdul Razak merupakan antara individu merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani kesemua negeri di Malaysia. Nazri berkata, tuntutan royalti berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Surat Cara yang ditandatangani Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir pada 9 Mei 1975. "Perjanjian itu melampirkan surat penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum negeri Kelantan, kerajaan Persekutuan dan Petronas yang jelas menyebut pembayaran tunai 5 peratus daripada pengeluaran. "Semua negeri di Malaysia menandatangani perjanjian yang sama kerana semuanya merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya. Beliau berkata, mengapa pemimpin Umno terbabit yang melaungkan 1Malaysia tetapi memberi layanan yang berbeza terhadap negeri. Ia jelas amalan pecah amanah. - HARAKAHDAILY 15/9/2014 |
Guru Besar Antara Yang Ditahan Kes Bocor Kertas UPSR Posted: 15 Sep 2014 01:21 AM PDT Addin Guru Besar Antara Yang Ditahan Kes Bocor Kertas UPSR Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur. Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini. Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari. Tan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan kandungan kertas berkenaan kepada orang lain. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Assistant Commissioner Gan Kong Meng berkata, 12 individu ditahan untuk membantu siasatan. Kertas soalan matapelajaran Sains dengan kod 018, 028 dan 038, yang dijadualkan pada Khamis ditunda berikutan kebocoran berkenaan. Pada Khamis, kertas soalan mata pelajaran English dengan kod 014/1 dan 014/2 juga didapati bocor sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai. Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh juga mengeluarkan permohonan maaf disebabkan kebocoran itu. Muhyiddin pada Jumaat juga mengarahkan penggantungan serta-merta Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan timbalannya Dr Wan Ilias Wan Salleh. Kebocoran itu mengakibatkan 473,175 pelajar Darjah 6 di seluruh negara mengambil semula kertas soalan tersebut pada 30 September. ~tmi Iklan C (ii) |
Lotfi Ariffin Syahid Di Syria.. Ikuti Pengakuan Nik Abduh Posted: 15 Sep 2014 12:45 AM PDT Addin Lotfi Ariffin Syahid Di Syria.. Ikuti Pengakuan Nik Abduh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengiktiraf Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin sebagai "syahid" apabila terkorban ketika berperang di Syria menentang tentera pemerintah Bashar Al-Assad. Kenyataan itu dikeluarkan ahli Parlimen Pasir Mas itu di laman Facebooknya dengan memetik kenyataan Lotfi dan memuat naik anekdot perbualan terakhir Lotfi dengan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik. Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu memetik kata-kata Lotfi: "Seandainya seseorang itu tidak bertanggungjawab terhadap akhiratnya sendiri maka selayaknya dia tidak akan bertanggungjawab terhadap dunia orang lain. "Dari itu apakah anda akan menyerahkan dunia anda kepada mereka yang tidak beramanah dengan akhiratnya sendiri," kata petikan dari Lotfi itu. Nik Abduh memuat naik petikan kata berkenaan dan melabelnya sebagai "kata nasihat yang baik". Laporan berkenaan kematian Lotfi dilaporkan melalui akaun Facebook, Abu Talhah II semalam, salah seorang lagi rakyat Malaysia yang turut berperang di Syria. "Assalamualaikum, perginya seorang sahabat buat diriku, ulama dan mujahid buat ummah ini. Pemergiannya sangat dirasai kepada kami di sini, beliau tempat kami menadah ilmu dan membuat rujukan dalam permasalah ulama," tulis Abu Talhah di Facebook. Gambar kenangan pemilik akaun tersebut bersama Lotfi juga diletak bersama-sama status untuk memberitahu tentang kematian seorang lagi rakyat Malaysia itu. Lotfi sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu pertempuran di negara bergolak itu, dipercayai akibat diserang hendap tentera Al-Assad di Syria. Perkara itu disahkan abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, dan berkata keadaan adiknya semakin pulih daripada koma selepas cedera dalam serangan hendap tentera Al-Assad Selasa lalu, lapor Sinar Harian. Zainon berkata dia dimaklumkan mengenai keadaan adiknya oleh rakan melalui laman Facebook. Mokhtar dalam kenyataannya yang dikeluarkan Nik Abduh berkata Lotfi menemuinya dan meminta penjelasan berkenaan mimpi yang dialaminya, hujung tahun lalu. "Itulah pertemuan terakhir dengan as syahid teman setahanan ana di Kamunting selama 3 tahun lebih. Moga Allah membeli dagangan as syahid," kata Mohtar, dalam kenyataan itu dipetik dari akaun Facebook Nik Abduh. Lofti mencetuskan kontroversi Jun lalu apabila secara terbukanya mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di Syria di laman sosial. Ia menyebabkan PAS bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang dalam gerakan bersenjata. Seorang lagi militan Malaysia adalah bekas anggota kumpulan rock Melayu, Ali Ukay. Beliau dikatakan dipengaruhi Lotfi dan menyertainya dalam perang saudara di Syria. Lotfi dikatakan bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria. ~tmi Iklan C (ii) |
Anak Nik Aziz Iktiraf Bekas Ahli PAS ‘syahid’ Di Syria Posted: 15 Sep 2014 12:33 AM PDT Ibnu Hasyim Anak Nik Aziz Iktiraf Bekas Ahli PAS 'syahid' Di Syria Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengiktiraf Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin sebagai "syahid" apabila terkorban ketika berperang di Syria menentang tentera pemerintah Bashar Al-Assad. Kenyataan itu dikeluarkan ahli Parlimen Pasir Mas itu di laman Facebooknya dengan memetik kenyataan Lotfi dan memuat naik anekdot perbualan terakhir Lotfi dengan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik. Anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu memetik kata-kata Lotfi: "Seandainya seseorang itu tidak bertanggungjawab terhadap akhiratnya sendiri maka selayaknya dia tidak akan bertanggungjawab terhadap dunia orang lain. "Dari itu apakah anda akan menyerahkan dunia anda kepada mereka yang tidak beramanah dengan akhiratnya sendiri," kata petikan dari Lotfi itu. Nik Abduh memuat naik petikan kata berkenaan dan melabelnya sebagai "kata nasihat yang baik". Laporan berkenaan kematian Lotfi dilaporkan melalui akaun Facebook, Abu Talhah II semalam, salah seorang lagi rakyat Malaysia yang turut berperang di Syria. "Assalamualaikum, perginya seorang sahabat buat diriku, ulama dan mujahid buat ummah ini. Pemergiannya sangat dirasai kepada kami di sini, beliau tempat kami menadah ilmu dan membuat rujukan dalam permasalah ulama," tulis Abu Talhah di Facebook. Gambar kenangan pemilik akaun tersebut bersama Lotfi juga diletak bersama-sama status untuk memberitahu tentang kematian seorang lagi rakyat Malaysia itu. Lotfi sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu pertempuran di negara bergolak itu, dipercayai akibat diserang hendap tentera Al-Assad di Syria. Perkara itu disahkan abang sulungnya, Mohd Zainon Ariffin, 53, dan berkata keadaan adiknya semakin pulih daripada koma selepas cedera dalam serangan hendap tentera Al-Assad Selasa lalu, lapor Sinar Harian. Zainon berkata dia dimaklumkan mengenai keadaan adiknya oleh rakan melalui laman Facebook. Mokhtar dalam kenyataannya yang dikeluarkan Nik Abduh berkata Lotfi menemuinya dan meminta penjelasan berkenaan mimpi yang dialaminya, hujung tahun lalu. "Itulah pertemuan terakhir dengan as syahid teman setahanan ana di Kamunting selama 3 tahun lebih. Moga Allah membeli dagangan as syahid," kata Mohtar, dalam kenyataan itu dipetik dari akaun Facebook Nik Abduh. Lofti mencetuskan kontroversi Jun lalu apabila secara terbukanya mendedahkan kegiatannya di Syria dengan memuat naik gambar dan klip video di Syria di laman sosial. Ia menyebabkan PAS bertindak memecatnya dengan menegaskan parti itu tidak pernah mengiktiraf ahlinya untuk berjuang dalam gerakan bersenjata. Seorang lagi militan Malaysia adalah bekas anggota kumpulan rock Melayu, Ali Ukay. Beliau dikatakan dipengaruhi Lotfi dan menyertainya dalam perang saudara di Syria. Lotfi dikatakan bertekad untuk tidak lagi kembali ke Malaysia dan itu antara pesanannya sebelum berlepas ke Syria. – 15 September, 2014. (TMI) |
Siswi Dipenjara Kerana Bantah Undang2 Tonton Bola Tampar Lelaki. Posted: 14 Sep 2014 08:45 PM PDT Ibnu Hasyim Siswi Dipenjara Kerana Bantah Undang2 Tonton Bola Tampar Lelaki. LONDON: Seorang bekas siswi Sekolah Kajian Timur dan Afrika (SOAS) di Universiti London dipenjara kerana menghadiri pertandingan bola tampar lelaki di Teheran, Iran. Ghoncheh Ghavami, 25, menyertai protes bersama sekumpulan aktivis lain bagi membantah undang-undang Iran yang melarang wanita menghadiri sukan untuk lelaki. Sumber berkata, wanita itu ditahan dan dipenjara di Evin sebelum dibebaskan. Bagaimanapun, kata sumber itu, Ghavami ditangkap semula apabila dia kembali ke Penjara Evin untuk mengambil barangan peribadinya. "Difahamkan Ghoncheh (Ghavami) ditempatkan dalam kurungan bersendirian selama lebih 40 hari," katanya. Menurut akaun Facebook Persatuan SOAS Iran, Ghavami mungkin dipenjara dua bulan lagi sementara menunggu perbicaraan. Soalnya, mengapa undang-undang Iran melarang wanita menghadiri sukan untuk lelaki? Adakah ia ada hubungan dengan wanita menonton aurat lelaki yang dilarang oleh Islam? (IH) |
Posted: 14 Sep 2014 08:45 PM PDT Addin Ini Dia Pembocor Kertas UPSR Polis menahan agen insurans dan seorang guru malam tadi berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata penahanan itu dibuat di Sentul dan Kuala Ketil, Kedah. Agen insurans, 31, dan guru, 37, merupakan suspek kelima dan keenam yang ditahan polis setakat ini selepas empat guru sebelum ini ditahan di Pulau Pinang dan Perak. Gan berkata sejumlah 12 orang sudah memberikan keterangan setakat ini, enam merupakan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, lima guru dan seorang wartawan. Awal pagi ini, Gan memberitahu empat guru ditahan dan dua dibebaskan dengan jaminan polis. ~tmi Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post