Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Mungkinkah Najib Bengang Melihat Gambar-Gambar Ini..

Mungkinkah Najib Bengang Melihat Gambar-Gambar Ini..


Mungkinkah Najib Bengang Melihat Gambar-Gambar Ini..

Posted: 13 Sep 2014 09:39 AM PDT


Addin

Mungkinkah Najib Bengang Melihat Gambar-Gambar Ini..


Dalam pertarungan politik memang mereka bermusuh kerana berlainan parti. Tetapi realiti sebenar mereka tetap menghormati Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai ulama.




Tetapi lain pula dengan pentaksub-pentaksub Umno BN, golongan penyokong tegar yang sanggup menghina dan mencerca ulama ini, lebih parah lagi ada yang mengatakan golongan ulama dalam PAS ini sebagai sesat dan nyanyuk. ~hrkh



Iklan C (ii)







Berani Anda Duduk Di Rumah Ini? Rumah Tergantung Tepi Tebing..

Posted: 13 Sep 2014 08:43 AM PDT


Ibnu Hasyim

Berani Anda Duduk Di Rumah Ini? Rumah Tergantung Tepi Tebing..



Kediaman tergantung yang sedang dibina di Australia berhadapan Lautan Hindi yang luas.

JOM KREATIF
CANBERRA: Tidak pernah terbayang akan ada kediaman berkonsep tergantung, lebih-lebih lagi di tebing tinggi berhadapan lautan luas di pinggir Australia. Portal berita melaporkan rekaan yang dihasilkan arkitek negara itu dari Modscape's Ambitious Designs.

Siput laut atau teritip yang melekat dan tergantung di bawah kapal atau perahu memberi ilham kepada pereka firma berkenaan.


"Rekaannya ini sesuai dengan permintaan pelanggan yang inginkan sesuatu yang luar biasa di kawasan pantai di Australia.
"Rumah ini bukan sahaja tergantung di tebing bukit, malah memiliki pemandangan Lautan Hindi yang indah," kata jurucakap firma tersebut.

Kediaman mewah itu memiliki lima tingkat, selain digantung di tebing dengan menggunakan pin keluli kejuruteraan tinggi. Beberapa arkitek dan pakar kejuruteraan daripada firma berkenaan akan bekerjasama membina rumah pasang siap ini.

Berani anda duduk di rumah ini?
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)


Menteri Kabinet Kritik Pentadbiran Najib Yang Drakonian..

Posted: 13 Sep 2014 08:27 AM PDT


Addin

Menteri Kabinet Kritik Pentadbiran Najib Yang Drakonian..


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala menjadi menteri Kabinet pertama yang menyatakan pendirian menentang tuduhan ke atas pensyarah Universiti Malaya, Azmi Sharom mengikut Akta Hasutan.

Idris dalam tulisan di Twitter berkata, tuduhan ke atas Azmi itu tidak sepatutnya berlaku.

"Azmi Sharom tidak sepatutnya dituduh kerana hasutan. Kebebasan akademik diperlukan dalam mencari pengetahuan," tulisnya.

Menteri yang mengetuai Program Transformasi Ekonomi itu menegaskan bahawa Malaysia perlu terus berada di jalan kesederhanaan.

"Kritikan membina dan pertentangan pendapat perlu diberi ruang, selagi ia tidak memberi kerosakan serius ke atas struktur sosial masyarakat kita," katanya dalam satu lagi tulisan.

Idris merupakan menteri dalam kerajaan yang tidak menganggotai mana-mana parti politik.

Beliau dilantik dalam Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 untuk memimpin Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan.

Azmi pada 2 September lalu didakwa mengikut Akta Hasutan atas pandangannya berhubung krisis perlembagaan Perak, 2009, yang menyebabkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tumbangwakil rakyatnya berpaling tadah.

Azmi menyertai senarai panjang ahli politik dan aktivis yang didakwa mengikut undang-undang itu. ~mk





Iklan C (ii)







Tuan Guru Haji Hadi Tetap Mahu Khalid Ibrahim Sebagai MB.. Ikuti Penjelasan Ini

Posted: 13 Sep 2014 07:27 AM PDT


Addin

Tuan Guru Haji Hadi Tetap Mahu Khalid Ibrahim Sebagai MB.. Ikuti Penjelasan Ini


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.

"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan semalam itu.

Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.

Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.

"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.

"Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Khalid kini hanyalah Adun Bebas, tidak berparti," kata beliau.

Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.

Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor, PAS secara terbuka  menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Hadi juga sebelum ini mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB.

Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak  sebagai pengganti Khalid.

Nik Nazmi bagaimanapun menggesa supaya kekusutan dalam krisis MB Selangor diselesaikan dalam kerangka bersama Pakatan. ~tmi




Iklan C (ii)







Pasma: Ulasan Subky Latif. "Saya tidak fikir Husam Musa...

Posted: 13 Sep 2014 07:00 AM PDT


Ibnu Hasyim

Pasma: Ulasan Subky Latif. "Saya tidak fikir Husam Musa...



Oleh SUBKY LATIF
Husam Musa

SEPATUTNYA saya tidak perlu ulas. Justeru penubuhan Pasma sudah disebut-sesbut sebagai serpihan PAS bagi menggantikannya dalam Pakatan Rakyat, elok juga diulas, moga-moga meredakan mereka yang keliru dengan politik.
   
Ia dikatakan usaha segelintir orang PAS dan beberapa orang PAS telah disebut dimasukkan dalam penajanya. Saya tidak fikir Husam Musa yang dinamakan sebagai Presidennya sedia mengorbankan potensi masa depannya yang cerah dalam PAS dan dalam penguasaan Putrajaya selepas PRU14 sedia serta dalam remeh politik itu.
  
Saya kurang arif dengan sikap Ustaz Ahmad Awang yang sudah berundur daripada politik yang aktif yang dicadangkan menjadi Mursyidul Amnya. Jika dia setuju, saya tidak nampak bisanya. Yang tambah merendahkan anggapan saya ia bukan idea yang serius apabila Setiausaha penajanya Taib Ahmad, ahli PAS lama dari Kubang Pasu yang amat kurang pengaruhnya dalam parti.
 
Saya kenal dia. Dengan dia jadi penggerak utamanya, dia boleh daftar parti seperti Ustaz Wahab Yunus, orang PAS Dungun zaman Datuk Asri dulu. Dia simpan pendaftaran parti dan dikatakan pendaftaran dibeli oleh golongan reformasi  sebagai tapak pembentukan PKR. Itu yang saya dengar.
   
Jika ada pemimpin PAS yang hendak ikut, ia satu jalan keluar baginya setelah putus asa dalam PAS. Jika ada yang ikut, ia seperti gantung diri dalam politik. Untuk menyaingi PAS tak mungkin. Bagi mengambil alih tempat PAS dalam Pakatan Rakyat, jika berjaya, akan menjadikan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP serta pemimpin-pemimpinnya bahan lawak jenaka terlucu.
  
Yang saya ulas ura-ura keinginan penubuhan itu kemungkinan ia diusahakan oleh sekutu PAS bagi memalukan PAS setelah ia tidak jadi tukang angguk dalam krisis politik Selangor sekarang. Setelah PAS dimalukan dengan dua ADUN disambar, maka mungkin diadakan pak sanggup bagi menggantikan tempat PAS dalam sekutu itu.
  
Tidaklah kita bersangka buruk, tetapi politik dunia ini begitu dan tidak boleh dipandang remah. Jika dari situ puncanya, habis Anwar dan Kit Siang jadi barang geli yang mengeringkan gusi.
   
Saya harap ia tidak begitu, kerana Anwar bukan setaraf pemimpin Umno yang menaja pembentukan Berjasa dan Hamim 30 tahun lalu. Jika Datuk Asri yang diketahui pintar tidak dapat menggugat PAS, maka tidak nampak Ahmad Taib boleh menjadi Erdogan bagi memandu politik baru di Malaysia.
   
Erdogan sudah dilihat lama sebagai orang Parti Refah yang menonjol lebih berdaya saing dari pimpinan Erbakan. Dia boleh kalahkan Erbakan daripada parti itu jika dia mahu. Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul mengkagumkan semua parti politik Turki.
  
Belum ada daripada kalangan pimpinan PAS yang boleh menyamai Erdogan bagi pencabar pimpinan yang ada. Jika ada yang jadi macam Erdogan, Erdogan itu hanya ada seorang saja di dunia iaitu di Turki.
 
Jika ada orang yang hendak menjadikan Ahmad Taib dan Ustaz Ahmad Awang sebagai Erdogan PAS, ia adalah tidak lebih daripada pengarah wayang kulit yang tidak kreatif dan skrip pun tak ada.
 
Mereka boleh tidak puas hati dengan pimpinan dan pentadbiran PAS. Mereka berhak untuk mengadakan perubahan. Tetapi keutamaannya ialah menggantikan pimpinan yang lebih baik yang mereka fikirkan supaya boleh membawanya lebih ke depan terserlah. Bukan sekadar hendak menggantikan PAS sebagai sekutu Pakatan Rakyat baru.
   
Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Noor, TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi pernah berada dalam PAS yang pimpinan ketika itu perlu digantikan. Mereka tidak tinggalkan parti atau tubuh parti lain. Mereka kekal dan melalukan perubahan dari dalam.
   
Rancangan itu bukan satu tindakan politik pintar, apa lagi daripada orang yang berpuluh tahun dalam PAS. – HARAKAHDAILY 11/9/2014

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?


4 Gambar ngeri kemalangan di Kota Tinggi Johor

Posted: 13 Sep 2014 06:30 AM PDT


Tengok TV Online

4 Gambar ngeri kemalangan di Kota Tinggi Johor


Kemalangan 2 buah kereta di Jalan Puteri Jaya, Kota Tinggi Johor pada pukul 9.33 pagi tadi. Mangsa 2 orang lelaki yang cedera parah telah dibawa oleh orang awam ke Hospital. Anggota Bomba bertindak membersihkan kawasan kemalangan. Operasi dilakukan oleh Zon Kota Tinggi.






Sumber: FB Page Bomba Malaysia



Hudud & MCA Dalam PRK P/Kubur..

Posted: 13 Sep 2014 02:45 AM PDT


Ibnu Hasyim

Hudud & MCA Dalam PRK P/Kubur..

Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, MCA menggesa kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya melupakan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ahli Jawatankuasa MCA pusat,  Lua Choon Hann berkata adalah baik jika PAS boleh membuat pengumuman penting itu di depan mana-mana wat Buddha di kawasan pilihan raya itu, untuk menunjukkan keikhlasan dan rasa hormatnya kepada agama bukan Islam dan orang bukan Islam, khususnya masyarakat Cina dan Thai.

Katanya, PAS telah sekian lama menggunakan kewujudan patung duduk Buddha yang terbesar di Asia Tenggara di Pengkalan Kubor dan patung Buddha yang lain di Kelantan sebagai testimoni sikap keterbukaannya terhadap agama-agama lain.

Oleh itu, mereka perlu menghentikan usaha untuk melaksanakan undang-undang yang kontroversi itu, kata Lua dalam satu kenyataan hari ini.


Muhyiddin bersalaman dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebaik tiba di pusat penamaan calon PRK DUN Pengkalan Kubor di Tumpat, Sabtu.

Begitu juga, kata Lua, dengan DAP dan PKR, sebagai rakan gabungan PAS, supaya mengambil peluang itu untuk memaksa PAS melupakan undang-undang hudud demi keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. [Baca berita penuh]

Sementera itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Ahli Parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, MCA perlu menggesa Umno berikrar, di hadapan Buddha, berhubung pengumumannya bahawa parti itu akan bekerjasama dengan PAS mengenai pelaksanaan hudud.

Kamaruddin (kiri) berkata ini berikutan penubuhan jawatankuasa teknikal bersama yang dibentuk antara PAS dan Umno untuk pelaksanaan hudud di Kelantan.

"MCA perlu menggesa Umno berbuat demikian, kerana Umno telah mengisytiharkan bahawa ia akan bekerjasama dengan PAS berhubung isu hudud," Kamaruddin kepada Malaysiakini. [Baca berita asal]. 

(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?
E-Buku IH-88: Hudud, Perspektif Baru Atau Goncang PR?


Patutlah DAP Tak Hadir Penamaan Calon PRK Pengkalan Kubor.. Ini Punca Sebenar

Posted: 13 Sep 2014 02:23 AM PDT


Addin

Patutlah DAP Tak Hadir Penamaan Calon PRK Pengkalan Kubor.. Ini Punca Sebenar


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, isu dalaman Pakatan Rakyat dan kemelut yang berlaku di Selangor tidak akan menggugat kempen dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Malah, ketiadaan pemimpin utama termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari penamaan calon pagi ini juga bukan bermakna parti itu kini bermasalah.

"Tak jadi isu. Tak jadi masalah. Presiden akan datang, petang ini. Kami pun sekarang sibuk dengan muktamar yang akan berlangsung di Johor," katanya ringkas.

Katanya, PAS juga tiada masalah dengan tindakan pemimpin DAP yang tidak muncul memberi sokongan kepada calon mereka hari ini.

Mohamad berkata, tidak ramai pengundi di kawasan tersebut terdiri daripada kaum Cina.

Bagaimanapun, katanya, wakil daripada DAP akan hadir semasa tempoh berkempen nanti.

"Dari PKR ramai yang datang. Di sini orang bukan Melayu tak ramai. Jadi mereka (DAP) tak datang. Mungkin akan datang pada kempen hari yang lain," katanya lagi.

Beliau ditemui pemberita mengiringi calon PAS,  Wan Rosdi Wan Ibrahim ke pusat penamaan calon DUN Pengkalan Kubor di pejabat tanah dan jajahan Tumpat.

Difahamkan, Hadi akan turut menyampaikan ceramah di markas PAS di Simpangan, Pengkalan Kubor pada malam ini bersama Mohamad dan juga ketua penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Anwar, Wan Azizah datang kemudian

Sementara itu, Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, ketidakhadiran ketua umum PKR dan presiden semasa penamaan calon sudah menjadi kebiasaan.

Katanya, pemimpin yang bertanggungjawab untuk hadir setiap kali penamaan calon ialah Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun, beliau dan Tian Chua hadir sebagai wakil PKR pada pagi ini.

Shamsul Iskandar juga memberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan hadir semasa tempoh berkempen pilihan raya kecil itu.

"Biasanya timbalan yang akan hadir. Oleh sebab sekarang baru lepas pemilihan maka belum lagi ada penstrukturan untuk siapa yang akan jadi pengarah pilihan raya.

Sebab itu kami buat keputusan saya dan Tian Chua turun hari ini mewakili kepimpinan. (Masa) kempen nanti  kita akan bawa presiden dan Datuk Seri Anwar, paling tidak pun sehari," katanya. ~mk



Yang Dilakukan Di Dunia Berkait Akhirat Termasuk P' raya.- TG Nik Aziz

Posted: 13 Sep 2014 02:09 AM PDT


Ibnu Hasyim

Yang Dilakukan Di Dunia Berkait Akhirat Termasuk P' raya.- TG Nik Aziz



TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor berjalan baik mengikut amalan demokrasi.

Katanya, tidak perlu melakukan perkara yang bertentangan demokrasi kerana pengundi telah akil baligh. Beliau berkata demikian kepada media di tempat penamaan calon, di sini hari ini. Katanya lagi, setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan berkait dengan akhirat, termasuk pilihan raya.

"Hanya ajaran Islam sahaja yang akan mengingatkan umat manusia pada hal akhirat dan bukannya ajaran sekular.
"Setiap pembalasan akan berlaku di akhirat kelak sama ada yang baik atau yang buruk," ujarnya.

Walaupun tidak mengenal secara peribadi, namun apabila kepimpinan PAS kawasan memilih calon, sudah tentu ia cukup baik untuk mewakili Pakatan Rakyat.
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjabat tangan dengan Datuk Nik Aziz semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 September, 2014.

"Insya Allah, hasil kerjasama kita semua pihak, sokongan padu rakan Pakatan Rakyat, calon kita akan dipilih rakyat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/9/2014


Kantoi!! Akhbar Luar Negara Dedah Tembelang Menteri Pertahanan

Posted: 13 Sep 2014 02:09 AM PDT


Addin

Kantoi!! Akhbar Luar Negara Dedah Tembelang Menteri Pertahanan


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan laporan berita Malaysia menawarkan kepada Amerika Syarikat menggunakan salah satu pangkalannnya untuk menjadi pusat mendarat pesawat pengintipan maritimnya.

"Tidak benar," katanya ringkas apabila soalan itu dibangkitkan di sidang akhbar di Tumpat hari ini. Beliau enggan mengulas lanjut, hanya mengatakan laporan agensi berita antarabangsa Reuters itu palsu."

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menolak soalan itu, meminta pemberita merujuk perkara itu kepada Hishammuddin."Anda perlu tanya menteri pertahanan," katanya. ~tmi





Iklan C (ii)







Calon UPSR buat Laporan Polis kerana tertekan!

Posted: 13 Sep 2014 02:09 AM PDT


Tengok TV Online

Calon UPSR buat Laporan Polis kerana tertekan!


Johor Bahru: Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diwakili bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Dato' Onn, Tebrau, di sini, berikutan tertekan dengan penangguhan peperiksaan berkenaan.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cahaya Masai, Nur Syazwana Batrisya diwakili bapanya, Abdul Aziz MK Makkai Kutty, 36.

Hadir sama menemani kedua-dua beranak itu ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Maju Jaya, Md Johan Jamian dan Pengerusi Biro Pelajaran dan Agama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Roszaidi Ramlee.

Abdul Aziz berkata, dia juga mewakili ibu bapa yang tertekan akibat penangguhan berkenaan.

"Anak saya hilang semangat dan tidak mahu menduduki UPSR selepas kejadian berkenaan. Saya dan isteri terpaksa memujuknya," katanya.

Laporan polis berkenaan juga bertujuan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pihak yang mendalangi perbuatan tidak bertanggungjawab supaya ia tidak berulang. -Hmetro





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Mungkinkah Najib Bengang Melihat Gambar-Gambar Ini..