Masjid Dhirar Ini Mula Dikecam! |
- Masjid Dhirar Ini Mula Dikecam!
- Aktiviti Silang Budaya Bukan Iktiraf Agama -Dr Mujahid
- Ketua Hubungan Luar Hamas, Puji K'jaan M'sia
- Halakan Senjata Kepada Musuh -Tuan Ibrahim Tuan Man
- Buang Yang Keruh, Kata TG Haron Din
- Krisis MB: PKR Nafi Beri Restu Kepada Azmin
- Patutkah Tuan Guru Presiden PAS Berucap Begini?
- 8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian
- 8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian
- Pelahap Jawatan MB, Broker, Barua, Mana Etika Tahaluf Siyasi? -A/Hadi
- 8 Foto panas Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian
- Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan
- Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan
- Wajib Tonton!! Antara Ucapan Terbaik Di Muktamar
- 4 Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan
- 4 Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan
- Mat Sabu Beri Tips Untuk Belasah Beliau Pada Muktamar Tahun Depan
- MB: Anwar Redha Isterinya Tidak Terpilih? 'masa untuk berubah'.
- Beri Ruang Kepada Yang Dituduh -Husam Musa
- Rupanya Ini Rahsia Azmin Ali..
- Petanda Terbaru Azmin Ali Bakal Dilantik MB Selangor
- 5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun
- 5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun
- Hanipa Maidin Kena Boo Dalam Muktamar
- Berhijab: Atlet Bola Keranjang Profesional AS, Diizinkan Akhirnya.
Masjid Dhirar Ini Mula Dikecam! Posted: 20 Sep 2014 05:54 PM PDT Ibnu Hasyim Masjid Dhirar Ini Mula Dikecam! Taj Hargey (kanan) memberikan sambutan semasa pembukaan 'Masjid Dhirar' Open Mosque di Cape Town, Afrika Selatan (19/9). Hargey dan masjid yang didirikannya ini menuai banyak kecaman dari setiap muslim. Sejumlah muslim Cape Town saat berada di luar masjid kaum gay atau masjid dhirar itu. Ekspresi salah seorang muslim setempat saat memprotes peresmian masjid terbuka tersebut. Pendiri masjid dhirar ini, bertopengkan revolusi agama, kononnya. Sila lihat sebelum ini.. Masjid 'Dhirar' Dirasmi Hari IniMasjid Ini Untuk Kaum Gay, Tapi Ada Lambang PAS? |
Aktiviti Silang Budaya Bukan Iktiraf Agama -Dr Mujahid Posted: 20 Sep 2014 03:48 PM PDT Ibnu Hasyim Aktiviti Silang Budaya Bukan Iktiraf Agama -Dr Mujahid BATU PAHAT: Aktiviti silang budaya yang dianjurkan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dibolehkan selagi tidak bercanggah dengan syarak. Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam menuntut untuk meraikan pelbagai budaya dan atas dasar PAS menganjurkan sidang budaya ini. "Antara aktiviti yang kami buat program dialog, makan malam kedamaian dan bertemu serta berdialog dengan ketua-ketua agama," katanya. Malah katanya melalui aktiviti ini mereka di kalangan kaum Cina dan India dapat memahami pandangan PAS. "Tetapi tidak bermakna kita mengiktiraf agama mereka cuma menghormati dan memahami budaya mereka," katanya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden pada Muktamar PAS kali ke-60 hari ini. Sehubungan itu katanya, soal prejudis di antara kaum tidak akan timbul sekiranya telah memahami budaya kaum masing-masing. Menegaskan aktiviti menziarah kematian mereka yang selain beragama Islam, Mujahid berkata ziarah itu tidak lebih atas nama kemanusiaan. Aktiviti Silang Budaya telah dilaksanakan sejal 2008 dan aktiviti ini meliputi ziarah dan dialog antara kaum. "PAS pusat mengalu-alukan kawasan dan negeri untuk terlibat dalam aktiviti Silang Budaya. Antara negeri yang terlibat Kedah, Selangor dan Pulau Pinang," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. - HARAKAHDAILY 20/9/2014 |
Ketua Hubungan Luar Hamas, Puji K'jaan M'sia Posted: 20 Sep 2014 02:48 PM PDT Ibnu Hasyim Ketua Hubungan Luar Hamas, Puji K'jaan M'sia KUALA LUMPUR: Membina dan menyusun semula Gaza yang musnah dalam serangan udara tujuh minggu rejim Israel menjadi keutamaan kepada rakyat Palestin selepas gencatan senjata berkuat kuasa bulan lalu. Ketua Hubungan Luar Hamas, Usamah Hamdan berkata kira-kira 500,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal dalam serangan itu. "Keperluan asas, rumah, sekolah, infrastruktur dan lain-lain lagi perlu dibina semula sebelum musim sejuk dalam tempoh dua bulan lagi," katanya kepada Bernama. Beliau tiba di sini pada Selasa untuk lawatan kerja lima hari. Beliau berkata Gaza hanya mendapat enam jam bekalan elektrik akibat stesen jana utama dirosakkan Israel. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan 2,133 rakyat Palestin terbunuh termasuk 1,489 orang awam. Usamah berkata membina semula Gaza memerlukan perbelanjaan US$5 bilion. Beliau kesal kerana Israel turut menyasarkan kemudahan awam termasuk sumber air. Mesir akan menjadi hos kepada persidangan untuk menyusun semula Semenanjung Gaza pada 12 Okt ini di Kaherah, katanya. Dalam pada itu beliau berkata bahan binaan sukar dibawa masuk ke Semenajung Gaza ekoran sekatan yang dikenakan Israel. Usamah juga berkata selepas perjanjian gencatan senjata, nelayan hanya dibenar tentera Israel membawa bot mereka sejauh enam batu nautika dari kawasan pantai Gaza. "Tetapi kami sepatutnya sampai 12 batu nautika. Oleh itu kami memerlukan pertolongan masyarakat antarabangsa," katanya. Beliau memuji kerajaan Malaysia yang bermurah hati membantu rakyat Palestin. "Kerajaan (Malaysia) memain peranan penting dalam membina semula Gaza dan menyokong kerajaan perpaduan," katanya. - Bernama |
Halakan Senjata Kepada Musuh -Tuan Ibrahim Tuan Man Posted: 20 Sep 2014 12:51 PM PDT Ibnu Hasyim Halakan Senjata Kepada Musuh -Tuan Ibrahim Tuan Man BATU PAHAT: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan menjadi penyebar suara musuh dalam jamaah. Justeru, katanya setiap pendukung parti yang mahu menyebarkan tulisan melalui media baharu supaya mengambil kira adakah tindakan itu mendapat pahala atau dosa. Tambah beliau, penyebar maklumat melalui media sosial juga perlu memikirkan sama ada yang dilakukan itu memberi manfaat atau sebaliknya kepada PAS. "Kalau keliru, jangan sebar. Jadilah penyebar benda-benda yang baik." ujarnya ketika menyampaikan ucapan penggulungan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Salleh Ros di sini, hari ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap ahli-ahli tidak menyalahgunakan media baharu untuk menyebarkan maklumat yang boleh membawa fitnah kepada parti. "Walaupun betul tetapi ia boleh membawa fitnah, jangan sebar," tegasnya lagi. Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli supaya jangan sekali-kali menghalakan senjata kepada kawan sendiri sekalipun tanpa peluru. "Halakan senjata kepada musuh, bukan kepada kawan-kawan," ujarnya Tuan Ibrahim juga mengingatkan para pendukung parti agar tidak memikul beban yang sepatutnya ditanggung oleh orang lain. "Saya jumpa seorang pakcik, dia kata pening dengan isu Menteri Besar Selangor. Saya kata jangan pening, nama pakcik tak ada dalam senarai (calon MB Selangor)," ujarnya dalam nada bersahaja disambut gelak ketawa para hadirin. Begitu juga, katanya jika masalah itu sepatutnya dipikul oleh pemimpin, ahli-ahli tidak usahlah memikul bebanan itu. "Senyumlah kepada masalah nanti masalah senyum kepada kamu," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 20/9/2014 |
Buang Yang Keruh, Kata TG Haron Din Posted: 20 Sep 2014 11:48 AM PDT Ibnu Hasyim Buang Yang Keruh, Kata TG Haron Din BATU PAHAT: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haron Din mahu segala perselisihan dalam parti ditamatkan seiring dengan selesainya Muktamar Tahunan PAS ke-60 petang ini. Menurut beliau, seluruh ahli PAS perlu kembali memperkukuh ikatan ukhwah dan bersatu nenghadapi cabaran mendatang. "Buang yang keruh ambik yang jernih. Bersatu kukuhkan kesatuan hadapi cabaran mendatang. "Bermaaf-maafan, tolong menolong dan berlapang dada terima teguran, hulur kemaafan," kata beliau sewaktu membuat ucapan penangguhan hari ini. Tambahnya, PAS akan sentiasa kukuh selagi ahli di segenap peringkat mematuhi arahan pimpinan. Mengulas isu tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru Harun Din mahu PAS meletakkan sedikit 'reserve' dalam perkara itu dengan mengambil contoh pensyariatan perceraian dalam Islam. Menurut beliau, walaupun talak tidak digalakkan dalam Islam, tetapi ianya dibolehkan. Sekalipun suami enggan melafazkan talak, namun syariat membenarkan isteri menuntut fasakh jika suami melanggar syarat tertentu, katanya. "PAS tak keluar dari Pakatan Rakyat atau PAS dibuang dari Pakatan Rakyat. Kena reserve perkara itu. "Pimpinan PAS pertimbang semua pandangan," katanya sambil menegaskan keputusan PAS setakat ini akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat seperti ditegaskan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa Majlis Syura Ulamak mempunyai kuasa membuat penilaian kelangsungan tahaluf siyasi dengan mengambil kira kesan baik dan buruk dari masa ke masa. - HARAKAH 20/9/2014 |
Krisis MB: PKR Nafi Beri Restu Kepada Azmin Posted: 20 Sep 2014 10:47 AM PDT Ibnu Hasyim Krisis MB: PKR Nafi Beri Restu Kepada Azmin "Saya ingin menegaskan pendirian rasmi PKR dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. Saifuddin turut menegaskan bahawa Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti dengan 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon tungggal bagi jawatan berkenaan. Azmin, juga antara mereka yang turut menandatangani SD berkenaan, dikatakan merupakan salah seorang calon yang akan dilantik sebagai menteri besar. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pendirian parti menetapkan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk memegang jawatan berkenaan dan pendirian tersebut tidak berubah. Beliau berkata semua laporan berita yang memetik sumber, adalah tidak berasas. Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik? |
Patutkah Tuan Guru Presiden PAS Berucap Begini? Posted: 20 Sep 2014 10:36 AM PDT Addin Patutkah Tuan Guru Presiden PAS Berucap Begini? Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut. "Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf? "Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya. Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti. "Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya? "Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu. Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka. "Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan. "Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya. Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti. "PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama. "Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya. PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor. "PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis. "Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak. "Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri. "Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi. Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing. "Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya. "Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi. Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS. "Jangan tubuh jamaah dalam jamaah lain. Jangan tubuh parti dalam parti." ~malaysian insider Addin: Jikalau ada bukti, elok Tuan Guru Presiden dedahkan sekali. Elok tuduhan besertakan dengan bukti, takut jadi fitnah kerana tuduhan ini amat berat. Iklan C (ii) |
8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian Posted: 20 Sep 2014 09:27 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian - Amboi seronok betul pasangan baru ini iaitu Tiz Zaqyah dan teman lelakinya, Daniel Haziq. Bagus betul Tiz Zaqyah ini. Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara, Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan. Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia. Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Penulis agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Memang cool sangat-sangat. |
8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian Posted: 20 Sep 2014 09:27 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian - Amboi seronok betul pasangan baru ini iaitu Tiz Zaqyah dan teman lelakinya, Daniel Haziq. Bagus betul Tiz Zaqyah ini. Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara, Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan. Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia. Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Penulis agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Memang cool sangat-sangat. |
Pelahap Jawatan MB, Broker, Barua, Mana Etika Tahaluf Siyasi? -A/Hadi Posted: 20 Sep 2014 08:51 AM PDT Ibnu Hasyim Pelahap Jawatan MB, Broker, Barua, Mana Etika Tahaluf Siyasi? -A/Hadi BATU PAHAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak 'pelahap' dengan jawatan Menteri Besar Selangor. Beliau menegaskan demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar PAS Pusat kali ke-60 di Parit Raja, petang ini. Katanya, walaupun PAS memenangi 15 kerusi Dun di Selangor pada PRU13 yang lalu tetapi tidak menuntut jawatan Menteri Besar. "Walaupun undang-undang tubuh negeri Selangor menyatakan Menteri Besar Selangor mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam," katanya. Pada PRU13 lalu, DAP juga mendapat 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14 kerusi. Justeru, beliau mempersoalkan adakah 'membeli' dua Adun merupakan etika dalam tahaluf siyasi. "Jangan jadi broker dan barua!" tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Marang. Ini kerana, katanya setiap wakil rakyat PAS mengadakan baiah (ikrar setia). "Mana lebih besar aku janji dengan baiah?" tanya beliau dengan tegas. - HARAKAHDAILY 20/9/2014 |
8 Foto panas Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian Posted: 20 Sep 2014 08:46 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 8 Foto panas Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian Foto panas Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian - Amboi seronok betul pasangan baru ini iaitu Tiz Zaqyah dan teman lelakinya, Daniel Haziq. Bagus betul Tiz Zaqyah ini. Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara, Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan. Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia. Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Penulis agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Memang cool sangat-sangat. |
Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan Posted: 20 Sep 2014 06:33 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan - Jika dilihat pada laman Facebook Astro, banyak soalan yang diajukan oleh pengguna kepada admin laman berkenaan. Yang bagusnya, boleh dikatakan setiap post pengguna dibalas oleh admin page berkenaan. Terbaru, salah seorang pelanggan ASTRO telah merungut secara terbuka di page berkenaan mengenai kekerapan Astro mengulangi program televisyennya. Pelanggan tersebut ialah Mohd Ashaari dan beliau menulis seperti berikut: "Astro setiap tahun ulang-ulang saja ceritanya. Astro.. Astro.." Rungutan ini telah dibalas dengan panjang lebar oleh admin page berkenaan. Admin page berkenaan turut menjelaskan Astro sebenarnya mengulangi program TV mereka supaya mereka yang terlepas siaran boleh menontonnya semula siaran tersebut di lain waktu kerana kelainan jadual peribada. Menurutnya juga, syarikat tersebut sememangnya beroperasi berdasarkan prinsip ulangan siaran. Harap dengan penjelasan ini, para pengguna dapat memahami situasi yang sedang dialami pihak ASTRO. Kredit kepada blog siakapkeli dan mymediahubonline. |
Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan Posted: 20 Sep 2014 06:33 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan - Jika dilihat pada laman Facebook Astro, banyak soalan yang diajukan oleh pengguna kepada admin laman berkenaan. Yang bagusnya, boleh dikatakan setiap post pengguna dibalas oleh admin page berkenaan. Terbaru, salah seorang pelanggan ASTRO telah merungut secara terbuka di page berkenaan mengenai kekerapan Astro mengulangi program televisyennya. Pelanggan tersebut ialah Mohd Ashaari dan beliau menulis seperti berikut: "Astro setiap tahun ulang-ulang saja ceritanya. Astro.. Astro.." Rungutan ini telah dibalas dengan panjang lebar oleh admin page berkenaan. Admin page berkenaan turut menjelaskan Astro sebenarnya mengulangi program TV mereka supaya mereka yang terlepas siaran boleh menontonnya semula siaran tersebut di lain waktu kerana kelainan jadual peribada. Menurutnya juga, syarikat tersebut sememangnya beroperasi berdasarkan prinsip ulangan siaran. Harap dengan penjelasan ini, para pengguna dapat memahami situasi yang sedang dialami pihak ASTRO. Kredit kepada blog siakapkeli dan mymediahubonline. |
Wajib Tonton!! Antara Ucapan Terbaik Di Muktamar Posted: 20 Sep 2014 05:33 AM PDT Addin Wajib Tonton!! Antara Ucapan Terbaik Di Muktamar Perwakilan Melaka Yuhaizad Abdullah berkata aspirasi rakyat yang mahukan PAS bersama Pakatan Rakyat sebagai satu-satunya cara untuk keluar daripada "belenggu" Umno dan BN. "PAS meninggalkan Pakatan Rakyat bermaksud meninggal hasrat dan aspirasi rakyat kepada PAS For All menjadi PAS for PAS, Rahmat Untuk Semua akan menjadi Rahmat untuk PAS. "Tajuk tema muktamar kita 'Terus Beristiqamah, kita boleh teruskan, tetapi lebih malang, jika rakyat terus dibelenggu oleh Umno dan BN," katanya. Beliau juga menegur kumpulan ulama dalam PAS dengan melabel ahli PAS dengan label antaranya seperti 'munafik haraki', pengkhianat, akidah tidak sahih, liberal, parasit'. "Mereka yang menyokong Pakatan Rakyat, jangan mudah dituduh sebagai pengkhianat. Mereka yang berjongkang-jongkit di rumah Umno harus ditegur. Kerana setiap ahli kita ada nilai. "Ulama juga jangan muda menghalau ahli keluar daripada PAS. Janganlah mereka yang berpegang kepada keputusan jawatankuasa PAS, itu dipandang serong dan dipersalahkan. "Mempertahankan keputusan jawatankuasa PAS, bererti mempertahankan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seluruh AJK PAS pusat," katanya. ~mk Addin: Addin setuju dengan ucapan dari Sdr. Yuhaizad yang mewakili Melaka. Isu label melabel terlalu parah dalam PAS. Moga selepas muktamar semua golongan didalam PAS dapat merapatkan saf. Iklan C (ii) |
4 Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan Posted: 20 Sep 2014 03:36 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 4 Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan - Pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui dia menjadi kuat makan sejak mengetahui dirinya hamil anak ketiga, beberapa bulan lalu. Malah, dia juga kini lebih kerap makan nasi pada waktu siang dan malam selain tekaknya lebih menggemari makanan masin dan masam. Memetik kenyataan dalam Harian Metro, Che Ta berkata, "yang saya perasan, bila mengandung, saya lebih gemar makanan masin atau masam. Manakala makanan manis berat untuk saya telan". Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendedahkan suaminya, Zain Saidin turut menjadi kuat makan berikutan sering menemani dirinya ketika menjamu selera. Ini merupakan kehamilan kali ketiga Che Ta, sebelum ini hasil perkahwinan terdahulu, aktres tersebut dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16. |
4 Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan Posted: 20 Sep 2014 03:30 AM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 4 Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan Gambar perubahan mendadak bentuk badan Rozita Che Wan - Pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui dia menjadi kuat makan sejak mengetahui dirinya hamil anak ketiga, beberapa bulan lalu. Malah, dia juga kini lebih kerap makan nasi pada waktu siang dan malam selain tekaknya lebih menggemari makanan masin dan masam. Memetik kenyataan dalam Harian Metro, Che Ta berkata, "yang saya perasan, bila mengandung, saya lebih gemar makanan masin atau masam. Manakala makanan manis berat untuk saya telan". Pelakon berusia 41 tahun ini juga mendedahkan suaminya, Zain Saidin turut menjadi kuat makan berikutan sering menemani dirinya ketika menjamu selera. Ini merupakan kehamilan kali ketiga Che Ta, sebelum ini hasil perkahwinan terdahulu, aktres tersebut dikurniakan dua anak lelaki, Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16. |
Mat Sabu Beri Tips Untuk Belasah Beliau Pada Muktamar Tahun Depan Posted: 20 Sep 2014 02:45 AM PDT Addin Mat Sabu Beri Tips Untuk Belasah Beliau Pada Muktamar Tahun Depan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu hari ini menyindir perwakilan Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin yang membacakan doa dalam ucapan untuk mengecam beliau dan dua ADUN Selangor semalam. Mat Sabu menyifatkan tindakan berdoa itu sebagai satu "taktik baru" yang tidak pernah digunakan sebelum ini. "Walaupun ada perkara baru yang dipersembahkan. Baru kali pertama saya tengok ucapan dalam bentuk doa. "Dulu kita guna doa, bila nak ceramah tak boleh, FRU suruh bersurai, akhirnya kita berdoa," katanya. Perwakilan itu pula menggunakan taktik tersebut untuk menghadapi larangan pengerusi tetap, kata Mat Sabu dalam ucapan penggulungannnya di Muktamar PAS Ke-60, petang ini. "Tambah lagi sewaktu Ustaz Abu Bakar Cik berdoa, panjang. Macam tu juga dengan Ustaz Fadzil Nor. "Macam semalam, kalau berdoa panjang, Pengerusi tetap nak suruh berhenti, doa. "Ooo... rupanya ini taktik baru. Lepas ini kita baca talkin pula. Lepas ini kita baca talkin dalam bahasa Melayu (sewaktu berbahas)," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa perwakilan. ~malaysiakini Iklan C (ii) |
MB: Anwar Redha Isterinya Tidak Terpilih? 'masa untuk berubah'. Posted: 20 Sep 2014 02:37 AM PDT Ibnu Hasyim MB: Anwar Redha Isterinya Tidak Terpilih? 'masa untuk berubah'. PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar dikatakan menerima berita Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor dengan positif . Beliau juga bersetuju dengan "masa untuk berubah', yang bertentangan dengan dakwaan bahawa PKR dan DAP akan meminta pilihan raya negeri diadakan jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah tidak dipilih. Lapor mStar hari ini. Menurut mStar, dua calon PAS adalah antara tiga nama yang diberikan kepada istana bagi mematuhi permintaan Sultan supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencalonkan tiga individu untuk dilantik sebagai menteri besar. Pihak istana kemudiannya berkata, Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang. Seterusnya, tiga calon berpotensi bagi mengisi jawatan menteri besar menghadap Sultan Selangor untuk dinilai kesesuaian sebelum diumum sebagai individu yang akan mengangkat sumpah pada Selasa ini. Tiga calon tersebut ialah pemimpin tertinggi PAS dan Parti Keadilan rakyat (PKR) negeri iaitu Iskandar Samad (Ahli Dewan Undangan (Adun) Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Adun Sijangkang) dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (Adun Bukit Antarabangsa). Majlis menangkat sumpah bagi jawatan ini disahkan akan berlangsung pada Selasa dan kad jemputan sudah diedarkan. Menurut sumber, ketiga-tiga nama ini telah diminta untuk menghadap Sultan bagi membolehkan 'temuduga' dibuat sebelum calon paling layak dari segi personaliti dan kebolehan dilantik ke jawatan berkenaan. Dimaklumkan dua nama lain yang turut serta dalam pertemuan untuk 'menemuduga' calon terbabit ialah Setiausaha Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan dua lagi ahli Majlis Diraja Selangor. Menurut sumber lagi, setiap calon dipanggil menghadap selama lebih satu jam untuk ditemuduga dalam keadaan baik dan mesra. Ketiga-tiga wakil rakyat ini diberitahu agar bersedia untuk dimaklumkan mengenai perkara tersebut. Ini bermakna nama calon menteri besar akan diketahui selewat-lewatnya pada Isnin. Menurut sumber lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit'. Kerana itu Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah'. Sultan akan melaksanakan hak untuk memilih menteri besar seterusnya dari senarai yang dihantar PAS atau calon yang tidak dicadang. Dari sumber mStar. (IH) |
Beri Ruang Kepada Yang Dituduh -Husam Musa Posted: 20 Sep 2014 01:45 AM PDT Ibnu Hasyim Beri Ruang Kepada Yang Dituduh -Husam Musa BATU PAHAT: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengingatkan seluruh pimpinan dan ahli di semua peringkat PAS agar 'tabyyun' (menyelidik) segala maklumat yang sampai kepada mereka sebelum menerima dan menyebarkannya. Katanya, konsep tabayyun sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan berhadapan dengan isu-isu besar kerana dikhuatiri maklumat yang tidak tepat itu boleh mengundang perpecahan dalaman parti akibat prasangka salah yang wujud. Adalah lebih baik katanya, segala persoalan serta kemusykilan diselesaikan secara pertemuan dalam suasana ukhuwah. "Kita bukan nak berdebat, tetapi kita nak bertaaruf. Apa salahnya PAS Pusat buat pertemuan dengan Ulamak PAS Pahang. "Ulamak Perak apa salahnya jemput saya untuk bertemu," katanya sewaktu sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60 hari ini. Ucapan penggulungan beberapa pimpinan hari ini banyak menjurus kepada isu yang berkait isu hubungan ulama-profesional yang dilihat semakin regang. Ianya dipanaskan dengan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang bahru yang dilihat menajamkan lagi perselisihan kedua-dua jalur ini. Mengulas isu tuduh-menuduh terhadap individu dan pemimpin tertentu pula, Husam berkata, PAS sebagai sebuah parti Islam harus memberi ruang kepada yang dituduh. Ianya adalah satu konsep dalam mencari keadilan dalam Islam agar segala kuputusan yang dibuat, adil dan tidak menzalimi orang lain. "Dalam keadaan ini, cuba tuan-tuan letak diri pada orang yang dituduh itu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 20/9/2014 |
Rupanya Ini Rahsia Azmin Ali.. Posted: 20 Sep 2014 12:40 AM PDT Addin Rupanya Ini Rahsia Azmin Ali.. Perdebatan hangat kini berlaku dalam PKR berikutan khabar angin Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru pada Selasa. "Ada yang cadangkan supaya Azmin didesak menolak jika dilantik untuk memastikan istana hanya melantik Kak Wan," kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Sumber berkata, cadangan desakan itu bertujuan menguji kesetiaan Azmin kepada parti, yang hanya menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon jawatan tertinggi di Selangor itu. Terdapat juga pandangan ekstrem mencadangkan agar Azmin dipecat jika beliau menerima jawatan menteri besar. "Kalau Tan Sri Khalid boleh dipecat kerana tidak memberikan laluan kepada Kak Wan, kenapa Azmin Ali tidak boleh dipecat kerana menyekat Kak Wan daripada dilantik?" kata sumber itu, merujuk kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Istana Selangor sudah menetapkan hari Selasa untuk upacara mengangkat sumpah menteri besar baru di Istana Alam Shah, Klang. Bagaimanapun mereka tidak memberitahu siapakah yang akan dilantik. Sehingga kini, semua pihak masih berteka-teki siapakah menteri besar Selangor yang terpilih. Sumber pejabat menteri besar Selangor juga tidak mengetahui siapa yang bakal dilantik menggantikan Khalid. "Nampaknya orang yang paling sibuk melobi para penasihat Sultan adalah Azmin. Boleh jadi dia, mungkin," kata sumber itu. Kebanyakan media arus perdana meletakkan nama Azmin Ali atau Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebagai calon popular. Dewan Diraja Selangor dikatakan akan bermesyuarat pada Ahad, 21 September ini untuk membuat keputusan akhir berkenaan calon menteri besar. Mereka merupakan badan yang menasihatkan Sultan Selangor. Khamis lepas, selepas berita keluar tentang majlis mengangkat sumpah pada Selasa tersebar, PKR mengatakan "janggal" jika Azmin dilantik sebagai menteri besar kerana namanya tidak dicalonkan. PKR dan DAP tetap teguh dengan Dr Wan Azizah untuk jawatan itu disokong 30 Adun yang menandatangani akuan bersumpah menyokongnya. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menghantar tiga nama untuk dipilih Istana Selangor, iaitu dua Adun PKR dan satu Adun PAS. Ketiga-tiga mereka dikatakan adalah Dr Idris Ahmad (PKR - Ijok), Yaakob Sapari (PKR - Kota Anggerik) dan Iskandar (PAS - Chempaka). Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 7 September lalu memutuskan akan menolak kerusi itu jika ia diberikan kepada Adun mereka. Namun, Muktamar Tahunan PAS ke-60 yang berlangsung di Batu Pahat, Johor panas dengan perbahasan mengenainya. Sebahagian besar perwakilan tidak mahu menolaknya manakala golongan yang setia dengan semangat setiakawan Pakatan Rakyat (PR) mahu ia ditolak. ~malaysian insider Iklan C (ii) |
Petanda Terbaru Azmin Ali Bakal Dilantik MB Selangor Posted: 19 Sep 2014 11:39 PM PDT Addin Petanda Terbaru Azmin Ali Bakal Dilantik MB Selangor Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dipercayai akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baru selepas kata sepakat dicapai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber memberitahu, Anwar menelefon Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail agar memasukkan nama Azmin Ali dalam calon menteri besar Selangor yang dikemukakan PKR. "Anwar menelefon setiausaha agung dari Turki bagi memaklumkan keputusan itu," kata sumber PKR kepada The Malaysian Insider. Difahamkan, antara syarat yang dipersetujui antara Anwar dan Azmin adalah berhubung pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) dan juga pegawai di pejabat menteri besar Selangor perlulah mendapat persetujuan bersama. Sumber PAS pula berkata, besar kemungkinan Azmin Ali juga terpilih sebagai menteri besar Selangor kerana sukar bagi calon parti Islam itu mendapat sokongan majoriti Adun Selangor. "Azmin akan mendapat sokongan PKR dan DAP. Adun PAS juga saya percaya akan menyokong beliau dalam keadaan sekarang. Lagipun mesyuarat PAS Pusat sudah memutuskan dua calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin," kata seorang pemimpin kanan PAS. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, sekiranya calon partinya yang terpilih, kerajaan yang dibentuk tidak akan kekal lama. Mohamad berkata pelantikan itu tentu tidak akan dipersetujui DAP dan PKR. Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, PAS juga akan komited mempertahankan kerusi menteri besar itu sebagai milik PKR. "Jika DAP dan PKR tidak setuju PAS (sebagai menteri besar), Selangor akan jadi kerajaan sementara," kata Mohamad yang ditemui pemberita di Batu Pahat, Johor selepas Muktamar Tahunan PAS ke-60 semalam. Kenyataan beliau turut disokong Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. "Keputusan dibuat, kerusi itu milik PKR," katanya ketika ditemui wartawan dalam muktamar itu. Istana Selangor mula menghantar surat jemputan bagi menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar baru Selangor mulai Khamis. Majlis itu akan diadakan Selasa, 23 September ini di Istana Alam Shah, Klang. Dewan Diraja Selangor pula dikatakan akan bermesyuarat esok bagi mempersiapkan majlis pelantikan menteri besar yang baru di samping mengesahkan calonnya. ~malaysian insider Iklan C (ii) |
5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun Posted: 19 Sep 2014 11:39 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun - Mari layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi atau nama penuhnya Samihah Sheikh Ali. Usia isterinya masih muda iaitu 27 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh pelawak dan pengacara terkenal Salleh Yaakob, tak gitu? |
5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun Posted: 19 Sep 2014 11:30 PM PDT Gosip dan Kontroversi Hiburan 5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun - Mari layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi atau nama penuhnya Samihah Sheikh Ali. Usia isterinya masih muda iaitu 27 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh pelawak dan pengacara terkenal Salleh Yaakob, tak gitu? |
Hanipa Maidin Kena Boo Dalam Muktamar Posted: 19 Sep 2014 10:30 PM PDT Addin Hanipa Maidin Kena Boo Dalam Muktamar Seorang lagi pemimpin utama PAS disorak ketika persidangan Muktamar PAS ke-60, kali ini kerana mempersoalkan kewajaran mengemukakan nama calon dari parti berkenaan untuk jawatan menteri besar Selangor. Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin diberi layanan seperti itu oleh sekumpulan pemerhati ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, pagi ini. Dalam ucapannya, Mohamed Hanipa berkata parti itu perlu membuat pertimbangan "rasional dan munasabah" sekiranya ADUN parti tersebut ditawar menjadi menteri besar Selangor. Katanya, PAS perlu mempertimbangkan sejauh mana kerajaan negeri itu dapat menjamin kestabilan jika jawatan tersebut diisi oleh wakil parti berkenaan. "Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji. Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada masalah, silakan ambil, "Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong kita. Teriaklah sekuat-kuatnya "Kerusi ini untuk PKR, kita tidak akan disokong oleh PR dan DAP. Bagaimana kita nak jadi MB yang kuat," katanya. Kumpulan pemerhati parti Islam itu yang tidak bersetuju dengan ucapan berkenaan seterusnya mengebu Mohamed Hanipa, namun ia tidak menjejaskan pendirian peguam tersebut. "Kamu boleh 'boo' dan teriak sekuat-kuatnya," kata Hanipa Maidin kepada sebahagian pemerhati yang memaksa timbalan pengerusi tetap Hussein Ismail menenangkan keadaan. "Ketiga, kerajaan ini (bawah PAS) akan tercabar apabila nkepimpinan PAS akan menghadapi masalah dan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Ini pandangan saya. "Sekarang kamu jerit sekuat-kuatnya," katanya yang mengakhiri ucapannya. Tindakan pemerhati dalam persidangan tersebut menunjukkan penentangan yang jelas dari kumpulan dalam PAS ke atas kelompok pro-Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan usaha melantik ADUN dari parti tersebut ke jawatan MB Selangor. Majlis angkat sumpah MB Selangor bakal diadakan Selasa ini. PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama calon kepada sultan Selangor untuk pertimbangan baginda – dua calon PKR dan seorang dari PAS. ~malaysiakini Addin: Panitia muktamar lain kali perlu tegas kepada golongan suka menganggu perwakilan ketika berucap. Sebagai ahli PAS dan muslim yang sentiasa di tarbiah, perlakuan seperti ini memang tidak boleh diterima sama sekali. Iklan C (ii) |
Berhijab: Atlet Bola Keranjang Profesional AS, Diizinkan Akhirnya. Posted: 19 Sep 2014 09:56 PM PDT Ibnu Hasyim Berhijab: Atlet Bola Keranjang Profesional AS, Diizinkan Akhirnya. Atlet Basket Profesional Akhirnya Diizinkan Berhijab SUKAN PEMAIN bola keranjang kini boleh mengenakan penutup kepala yang menjadi simbol agama, seperti hijab dan turban. Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) mengumumkan peraturan itu pada Selasa kelmarin. Laman Al Arabiya, Khamis 18 September 2014, memberitakan, aturan itu akan diujicubakan selama dua tahun dalam kompetisi bola basket. Selama uji cuba, para pemain diizinkan mengenakan hijab mahupun turban. Sebelumnya, FIBA hanya membolehkan pemain mengenakan ikat kepala selebar lima sentimeter untuk mengikat rambut dan menyerap keringat. Aturan tersebut dinilai diskriminatif bagi pemain Muslim mahupun pengikut Sikh, yang mengenakan hijab mahupun turban sebagai kewajiban agama. "Kami menyambut baik perubahan kebijasanaan yang diambil oleh FIBA sebab mereka membolehkan Muslim, Sikh, dan lainnya mengenakan penutup kepala sesuai ajaran agama masinf-masing untuk bersukan dan tetap memelihara keyakinan mereka," kata Ibrahim Hooper, Direktur Komunikasi Nasional Badan Hubungan Islam-Amerika. "FIBA perlu diberi ucapan selamat kerana telah merespons positif semua ini, yang mencari alasan rasional untuk mengakomodasi atlet dari semua keyakinan," tambah Ibrahim. Indira Kaljo, Muslim keturunan Amerika-Bosnia yang bermain di Tulane, mengaku gembira saat mendengar berita ini. Dia mengatakan kebijaksanaan itu merupakan, "langkah pertama yang menakjubkan." Kaljo mengaku selama ini terpaksa tidak mengenakan hijab di sekolah atau saat bermain basket secara profesonal di Ireland. Tapi dia kemudian memutuskan untuk taat pada agama dengan memilih tetap mengenakan hijab daripda bersukan bola keranjang. Konsekuensinya menyebabkan, dia tidak dapat tampil di peringkat internasonal. Dia bermain dengan hijab di kepala pada liga musim panas Amerika dan menyatakan tidak ingin kembali ke Eropah jika tidak diperkenankan memakainya. "Saya akan sangat senang kembali bermain di Bosnia sekarang atau di beberapa negara lainnya," kata dia. Selama dua tahun ujian, persekutuan basket nasional itupun mengajukan pemberitahuan kepada FIBA mengizinkan pemain mengenakan penutup kepala. Ketika di setujui, persekutuan tersebut dikenakan memberikan laporan dua kali dalam setahun. FIBA juga menyatakan akan mengizinkan pemain untuk mengenakan penutup kepala dalam kompetisi 3 on 3. FIBA akan melakukan evaluasi kebijaksanaan ini pada 2015 dan menentukan apakah uji cuba di tingkat paling rendah akan dimulai pada musim panas mendatang. Kajian menyeluruh akan dilakukan pada 2016 untuk menentukan apakah perubahan kebijaksanaan ini akan dilaksanakan secara permanen setelah Olimpiade 2016 atau tidak.. (IH/SU) |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post