Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Kenyataan Berasap Dari Ketua Pemuda PAS..

Kenyataan Berasap Dari Ketua Pemuda PAS..


Kenyataan Berasap Dari Ketua Pemuda PAS..

Posted: 06 Sep 2014 04:42 PM PDT


Addin

Kenyataan Berasap Dari Ketua Pemuda PAS..


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ingin meminta penjelasan secara terbuka dan segera oleh PAS Pusat berdasarkan beberapa kenyataan oleh Setiausaha agong PAS dan timbalan presiden yang di lihat seperti ada percanggahan antara satu sama lain.

Kemelut ini sudah sampai masanya untuk di terangkan ke peringkat akar umbi yang sekarang menganggap seolah-olah PAS pusat mempunyai masalah yang besar kerana banyak kenyataan-kenyataan dari presiden hingga ajk PAS pusat yang berlawanan antara satu sama lain.

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka merasakan ahli bawahan berhak mengetahui beberapa perkara:

1) Majlis Syuro membuat keputusan politik dalam isu kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim   

    sebagai Menteri Besar yang sepatutnya di lakukan oleh Jawatan Kuasa Kerja PAS 
    Pusat(JKPP) pada 6.8.2014.


2) Keputusan JKPP pada tarikh 17.8.2014 dan 25.8.2014 yang sudah muktamad dalam 

    meletakan nama Menteri Besar Selangor, tiba-tiba pada 5.9.2014 keputusan sudah 
    berubah dan ramai di kalangan Dewan Harian PAS Pusat sendiri tidak tahu dengan 

    keputusan yang baru ini.

Kami menganggap perkara ini masalah yang besar dalam sistem organisasi PAS di mana keputusan - keputusan tidak di endorsed melalui JKPP dalam menyelesaikan isu politik yang menyebabkan konflik menjadi lebih besar. Di harap pemimpin-pemimpin tertinggi mengikut perlembagaan parti dalam menguruskan setiap keputusan besar.



Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka 
Jauhar bin Muhammad Dawi




Iklan C (ii)







E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

Posted: 06 Sep 2014 04:00 PM PDT

PasMa Dijangka Ganti PAS Dalam Pakatan, Kata Penganalisis

Posted: 06 Sep 2014 02:48 PM PDT


Ibnu Hasyim

PasMa Dijangka Ganti PAS Dalam Pakatan, Kata Penganalisis

Ahli PasMa berkumpul dalam satu majlis pertemuan baru-baru ini. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ahli PasMa berkumpul dalam satu majlis pertemuan baru-baru ini. Gambar fail The Malaysian Insider. Akhir-akhir ini, mula menjadi buah mulut dan perbualan di kalangan ahli dan pemimpin PAS sama ada PasMa, sebuah badan yang dibentuk bulan lepas di Kota Baru, akan menjadi alternatif menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apakah PasMa akan menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat?" tulis seorang penganalisis politik PAS, Dr Kamarul Yusof dalam Facebooknya.

Ini berikutan sebahagian pimpinan PAS kini dilihat bakal mengambil jalan sendiri kerana tidak bersetuju pendekatan konfrontasi yang diambil pucuk pimpinan PAS dengan rakan mereka dalam PR.
Bahkan, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga ditanya mengenai PasMa ketika sesi taklimatnya di kawasan pilihan rayanya pada Khamis iaitu di Rusila, Marang, Terengganu.

"Siapa nak tubuh parti, silakan. Itu hak mereka. Kalau ada nyamuk seekor, susah juga kita nak tidur," kata Hadi kepada soalan yang dikemukakan dalam majlis yang diadakan di sebuah dewan terbuka bersebelahan dengan Masjid Rusila.

Beliau dipercayai menyindir rakan dalam pimpinan PAS yang sering mengkritiknya. Dalam mesyuarat AJK PAS Pusat 25 Ogos lepas, Hadi dikritik hebat beberapa pimpinan PAS berhubung krisis yang berlaku di Selangor.

Semalam, media melaporkan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan mengubah segala keputusan diambil Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu yang mencalonkan Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai calon pilihan parti untuk dihantar ke istana bagi dilantik menteri besar Selangor.

Menurut laporan itu, Hadi menandatangani satu surat kepada Sultan Selangor yang mencalonkan 2 Adun PKR dan seorang Adun PAS untuk dipilih baginda.

"Adun PKR itu bukan Dr Wan Azizah dan bukan juga Azmin," kata satu sumber PKR. Media difahamkan ketiga-tiga mereka adalah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad (PKR), Adun Kota Anggerik Dr Yaakub Sapari (PKR) dan Adun Cempaka Iskandar Abdul Samad (PAS), yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Sejak disiarkan The Malaysian Insider beberapa hari lepas tentang penubuhan PasMa atau nama penuhnya Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia, ia menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli dan pemimpin PAS khasnya dalam laman sosial Facebook.

"PR adalah satu persefahaman politik yang terbaik setakat ini, dan persediaan perlu dibuat kalau-kalau ada pihak yang mahu merombak persefahaman ini," kata Che Ibrahim Mohamed, ahli jawatankuasa penaja PasMa dalam Facebook.

Kenyataan ini dibuat menjelang program pertama PasMa iaitu sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Isnin ini.
Bagi pihak lain dalam PAS, PasMa dilabelkan sebagai satu parti baharu yang bakal dibentuk hasil serpihan PAS selepas sebahagian pemimpin mereka tidak bersetuju dengan pendekatan pimpinan utama PAS dalam krisis di Selangor sekarang.

Mereka menyenaraikan semua pemimpin PAS yang dilihat tidak bersetuju dengan cara Abdul Hadi dalam badan itu dengan menamakan mereka memegang pelbagai jawatan.
Ahmad Awang, bekas ahli Majlis Syura Ulama dinamakan sebagai mursyidul am, manakala Datuk Husam Musa dinamakan presiden badan ini oleh pihak berkenaan.

"Ini satu perkembangan yang baik kerana pihak tertentu sedang perkenalkan kami," kata Setiausaha Agung PasMa Taib Ahmad seorang aktivis PAS dari Kedah kepada The Malaysian Insider.

Taib berkata, presiden PasMa sebenarnya Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu timbalan pesuruhjaya PAS Kedah. Timbalan beliau Muhamad Husin (bekas ahli Parlimen Pasir Puteh), manakala naib pengerusinya Hisomudin Abu Bakar.

"Kita dalam proses melantik pesuruhjaya dan AJK PasMa bagi setiap negeri," kata Taib.

Che Ibrahim berkata, PasMa adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bebas memanggil siapa saja untuk memberi sebarang penerangan atau taklimat mengenai apa yang berlaku sekarang.

"Kita tidak boleh membiarkan PR hanya didokong PKR dan DAP seperti yang hampir-hampir sedang terjadi di Selangor sekarang," katanya.

Beliau berkata, PR hanyalah satu persefahaman politik tanpa ikatan rasmi.

"Jika mana-mana parti yang ada gagal mencapai konsensus, atau enggan mengambil keputusan bersama, maka persefahaman tersebut boleh dianggap terbatal seperti dalam isu menteri besar Selangor di mana kita bergerak bukan lagi atas semangat PR," kata Che Ibrahim melahirkan kebimbangan dengan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

Pengkaji politik PAS Dr Kamarul Yusof berkata, penubuhan PasMa kelihatan seperti langkah awal penubuhan parti baharu sebagaimana penubuhan Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) pimpinan Tayyib Recep Erdorgan yang kini baru terpilih sebagai presiden Turki.

"Saya tidak ikuti sangat perkembangan di Turki, tetapi sepintas lalu kelihatan seperti yang dikatakan itulah," katanya melalui perbincangan dalam laman Facebook ketika menjawab soalan apakah PasMa akan menurut jejak langkah Erdorgan di Turki.

AKP ditubuhkan apabila kumpulan reformis dalam Virtue Party di Turki meninggalkan parti itu dan bergabung dengan pelbagai pihak membentuk AKP.

Pemimpin asal Virtue Party kini menubuhkan Saadet Party yang menjadi saingan AKP dalam politik Turki namun tidak mendapat tempat di hati rakyat.
AKP mula memerintah Turki selepas pertama kali menyertai pilihan raya sehinggalah sekarang di mana presiden dan perdana menteri Turki kini adalah daripada parti itu. – 6 September, 2014. (TMI)


Sah!! Pakatan Rakyat Bakal Berpecah.. Ini Buktinya?

Posted: 06 Sep 2014 08:39 AM PDT


Addin

Sah!! Pakatan Rakyat Bakal Berpecah.. Ini Buktinya?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

"Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. ~tmi




Iklan C (ii)







Pemimpin PAS Kanan Pertama Kritik Terbuka, Tanda Retak?

Posted: 06 Sep 2014 08:33 AM PDT


Ibnu Hasyim

Pemimpin PAS Kanan Pertama Kritik Terbuka, Tanda Retak?




Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor. Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.

"Saya merasa terkilan dan amat bersimpati kepada AJK PAS pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan MB Selangor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada penglibatan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam usaha golongan tertentu dalam PAS untuk menyerahkan dua nama ADUN PKR dan satu nama ADUN PAS untuk jawatan itu.

Malaysiakini sebelum ini dimaklumkan bahawa nama Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali tiada dalam senarai itu. Tindakan itu bertentangan dengan keputusan AJK PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang memutuskan untuk mencalonkan nama Wan Azizah dan Azmin sahaja.

Majlis Syura PAS mengaku bertanggungjawab dalam memutuskan nama calon PAS sahaja untuk pertimbangan istana. Adly memberi amaran bahawa langkah itu akan menjejaskan sokongan rakyat kepada PAS.

"PAS Melaka merasakan tindakan itu menghilangkan kepercayaan umum rakyat kepada PAS.
"Imej PAS sebagai gerakan siasah yang memperjuangkan Islam juga akan tercalar," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi mengelak daripada mengulas kenyataan Adly.

"Keputusan terakhir (siapa menjadi MB) PAS serahkan kepada budi bicara Tuanku.
"Saya fikir siapa pun nama yang akan naik itu adalah pilihan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Shah Alam pagi ini.

Tegas Sallehen, sesiapa sahaja yang dipilih nanti perlu mendapat persetujuan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan. Beliau juga menolak spekulasi bahawa krisis ini akan memecah-belahkan Pakatan Rakyat. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata-lata ini, 'Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari menyelar tindakan partinya yang membelakangkan keputusan anggota Jawatankuasa PAS Pusat dalam pencalonan menteri besar Selangor. Beliau menjadi pemimpin PAS kanan pertama yang membuat kritikan secara terbuka dalam hal itu.' boleh dipandang berat...

Apakah ini tanda-tanda awal keretakan bangunan PAS yang dari luar nampak tersergam indah itu, bahayakah kalau salah tangani?

Lain-lain mengenai parti baru...
Benarkah PAS Baru Ditubuhkan, Ir Phahrolrazi Zawaw...Nak Tubuh Parti (Mirip PAS) Baru? -Apa Kata Presi...PASMA: Sudah Wujud, Tapi AJKnya Belum Jelas.. Ke Mana Arah PASMa? -Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi


Mamat Ni Buat Onar?

Posted: 06 Sep 2014 07:22 AM PDT


Addin

Mamat Ni Buat Onar?


Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa hanya orang Melayu yang ikhlas berjuang mendapatkan kemerdekaan demi membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah.

Ia berbeza dengan sikap orang orang bukan Melayu yang hanya terlibat menuntut kemerdekaan apabila menyedari kepentingan mereka perlu dijaga apabila negara merdeka, katanya.

"Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila melihat ia bakal menjadi kenyataan, demi menjaga kepentingan mereka.

"Perhatikan bahawa tujuan orang Melayu menuntut kemerdekaan dan tujuan orang bukan Melayu menyertai gerakan itu berbeza.

"Orang Melayu menuntut kemerdekaan untuk membebaskan tanah airnya.

"Orang bukan Melayu menyertai gerakan kemerdekaan untuk menjaga kepentingan mereka, selepas merdeka," katanya dalam syarahan sempena Seminar Kebangsaan Islam dan Tajdid 2014, di Unisel Shah Alam.

Beliau memberi contoh parti India terbesar di Malaysia, MIC, yang pada asalnya ditubuhkan untuk menuntut kemerdekaan negara India dari British, katanya.

"MIC pada asalnya ditubuh untuk menghantar sukarelawan ke India bagi menuntut kmeerdekaan India dari British.

"Ramai orang tak tahu tapi ini fakta," katanya.

Melayu diperalat 'minoriti'

Menurutnya lagi, orang Melayu kemudiannya bermurah hati berkongsi kuasa dengan orang bukan Melayu walaupun Tanah Melayu sepatutnya menjadi kepunyaan mereka sepenuhnya.

"Logiknya Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah British daripada orang Melayu dipulangkan balik kepada orang Melayu.

"Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserahkan balik oleh penjajah British.

"Pada masa itu pun orang Melayu diminta mengorbankan hak mereka untuk menjaga perpaduan.

"Orang Melayu bersetuju," katanya lagi.

Pada masa sama tegasnya, orang Cina sejak dahulu lagi majoritinya menyokong pembangkang kerana sentiasa "mahu lebih" daripada negara ini.

"Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walaupun lebih banyak orang Cina sentiasa menyebelahi pembangkang.

"Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya," katanya.

Namun, orang Melayu kini berpecah-pecah sehingga mereka mudah diperalatkan "golongan minoriti" tanpa disedari mereka, dakwanya lagi.

"Kumpulan minoriti memperalatkan pengundi Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar," katanya tanpa menamakan golongan minoriti yang dimaksudkan itu.

Beliau berkata demikian dalam syarahannya yang bertajuk "Hubungan Harmoni antara Kaum Melalui Rang Undang-undang Harmoni". ~mk



Iklan C (ii)







Ke Mana Arah PASMa? -Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi

Posted: 06 Sep 2014 04:58 AM PDT


Ibnu Hasyim

Ke Mana Arah PASMa? -Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi


Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Phahrolrazi Mohd Zawawi (gambar) berkata NGO pro-Pakatan Rakyat itu tidak merancang untuk diperkembang menjadi parti politik untuk menggantikan PAS.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa PasMa mungkin menjadi platform bagi menubuhkan parti serpihan PAS. ADUN Pengkalan Kundor itu berkata, PsMa ditubuhkan oleh anggota PAS untuk mengukuhkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat dengan menganjurkan dialog dan wacana.

"Dengan kata lain, peranan utama kami adalah untuk menyelamatkan Pakatan dari berpecah belah," katanya kepada Malaysiakini.
"Bagaimanapun, politik adalah seni kemungkinan. Kumpulan dan pemimpin yang menyertai forum kami mungkin menimbulkan idea untuk menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS apabila melihat perkembangan baru, contohnya PAS cuba keluar dari Pakatan," katanya.

PasMa mula mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu sejak timbulnya spekulasi bahawa satu kumpulan dalam PAS merancang menubuhkan parti baru untuk menggantikan PAS. Laporan yang timbul setakat ini menyebut, PKR dan DAP merancang untuk menukar NGO tersebut menjadi satu parti baru.

Phahrolrazi berkata, NGO berkenaan juga tidak berniat untuk menggulingkan kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan golongan ulama.

"Rangka kerja dalam parti tidak membenarkan kami untuk membincangkan isu sensiti, kami perlu merujuk kepada proses parti jika ingin menjemput sesiapa untuk berbincang.
"Jadi kami lakukan ini di luar rangka kerja parti," katanya.
(MK)


Ucapan Tuan Guru Haji Hadi Ini Amat Memedihkan..

Posted: 06 Sep 2014 02:39 AM PDT


Addin

Ucapan Tuan Guru Haji Hadi Ini Amat Memedihkan..


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar golongan yang berselisih pendapat dalam PAS agar keluar parti untuk menubuhkan gerakan sendiri.Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily hari ini.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketia dalam satu program dialog di Rusila, Terengganu semalam.Menurut laporan Harakahdaily semalam, Hadi turut ditanya mengenai ura-ura penubuhan parti baru dengan nama Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Hadi bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.  ~mk





Iklan C (ii)







PASMA: Sudah Wujud, Tapi AJKnya Belum Jelas..

Posted: 06 Sep 2014 02:33 AM PDT


Ibnu Hasyim

PASMA: Sudah Wujud, Tapi AJKnya Belum Jelas..


Thumb dabd

  Ir Phahrolrazi Zawawi KL: Cakap-cakap mengenai kemungkinan PKR dan DAP menarik masuk sebuah parti baharu alternatif kepada PAS berikutan kemunculan sebuah organisasi baharu dikenali sebagai PasMA (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia) yang ditubuhkan pada 11 Ogos lalu, mulai tersebar.

PKR, DAP dan beberapa pemimpin PAS kecewa dengan tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menamakan tiga ahli exco daripada PAS untuk jawatan kerusi panas itu.
Dan mereka mungkin berusaha mengubah haluan PasMA yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan, bulan lalu ke dalam parti politik.

Dan dalam tinjauan Weblog Ibnu Hasyim, berita ini menunjukkan jelas PASMA sudah wujud.

Pada Khamis, muka depan The Star melaporkan PAS menghantar senarai nama kepada Sultan Selangor dengan menamakan ahli exco PAS untuk mengisi jawatan tertinggi itu. Senarai nama pemegang jawatan PasMA yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kalangan PAS, tersebar melalui media sosial.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki berkata, PasMA ditubuhkan oleh sekumpulan invidivu yang terlibat dalam usaha mempengaruhi kepimpinan PAS sejak 1990. Dr Zuhdi, yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, berkata kumpulan tersebut cuba untuk menentukan siapa yang patut memegang portfolio penting dalam parti, termasuk kedudukan ketua-ketua sayap dan jawatan tertinggi dalam parti.

"Tetapi kali ini, kita melihat satu langkah terdesak untuk mencabar Presiden PAS.
"Sekiranya mereka gagal untuk memaksa perubahan, saya tidak terkejut jika PasMA ditransformasikan sebagai sebuah parti politik," katanya.

Dr Zuhdi merupakan pemimpin PAS pertama menyerang Anwar berhubung agenda Langkah Kajang.
Presiden PasMA, Datuk Phahrol­razi Mohd Zawawi terkejut apabila mengetahui senarai nama pemegang jawatan dalam NGO itu yang berbeza, tersebar di media sosial.

"Saya tidak tahu jika ada sesiapa merampas pertubuhan kami. PasMA adalah sebuah NGO yang berdaftar dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan).
"Mungkin terdapat entiti lain yang menggunakan nama yang sama tetapi berfungsi sebagai parti politik tanpa saya sedari," katanya.

Phahrolrazi, yang juga bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah berkata, beliau merupakan Presiden PasMA dan Timbalannya adalah Ahmad Husin (Kelantan), manakala Taib Ahmad (Kedah) adalah setiausaha agung dan bendahari dipegang oleh Ismail Abdul Rahman.

"Kami ada kira-kira enam ahli jawatankuasa dan wakil dari setiap negeri," katanya.
Namun, di media sosial, nama pemegang jawatan yang tersebar berbeza dengan nama yang dinyatakan Phahrolrazi.
Dalam senarai tersebut, Ahmad Awang (Perak) dinamakan sebagai Mursyidul Am PasMa, Muhammad Husin (Kelantan) timbalan, manakala Datuk Husam Musa sebagai presiden, Timbalan Presiden Dr Hatta Ramli, Naib Presiden Dr Dzulkifli Ahmad, Khalid Samad dan Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ketua Pemuda adalah Sheikh Omar, Ustaz Mohamad Nor sebagai ketua ulama dan ketua muslimat adalah Aiman Athirah.
Antara, ahli Jawatankuasa PasMA adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin.
Phahrolrazi berkata semasa Dr Hatta membantu penubuhan NGO itu, Husam tidak terlibat secara aktif.

"Husam mengadakan jamuan makan malam untuk kami apabila kami mengadakan forum di Kelantan pada minggu lalu. Tetapi Husam tidak menghadiri forum tersebut," katanya.

Phahrolrazi berkata, mereka merancang untuk mengadakan forum di Lembah Klang pada minggu lalu untuk membincangkan mengenai PAS dan Umno. Katanya, antara penceramah jemputan untuk forum tersebut termasuk Ahmad Awang, Husam dan Dr Mujahid.
"PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan," katanya.
(Sumber mStar dan interbiau dengan beberapa ondividu)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "PasMA ditubuhkan bagi menyediakan platform untuk perbincangan,". Ertinya masih ada jalan selesai lagi..


Derita Rakyat Gaza, Krisis Air Bersih Pasca-Perang. Malaysia Pasca Apa?

Posted: 06 Sep 2014 12:33 AM PDT


Ibnu Hasyim

Derita Rakyat Gaza, Krisis Air Bersih Pasca-Perang. Malaysia Pasca Apa?

Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa. Seorang anak tengah beratur untuk mendapatkan air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9). Krisis air bersih yang melanda Jalur Gaza ini semakin parah akibat peperangan 50 hari antara Hamas dan Israel.  
Derita warga Gaza krisis air bersih pasca-perang lawan Israel
 
Peperangan antara Hamas dan Israel yang memusnahkan banyak bangunan itu akan memburukkan lagi krisis air bersih di Jalur Gasa.
Malaysia yang tidak mengelami perang pun mengalami krisis air seperti di Gaza.. Contohnya seperti Selangor dan Negeri Sembilan sekarang. Ini pasca apa?
 Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.
Seorang anak saat mengisi air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9).
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa. 
Sebahagian hanya mencuci muka serta membasuh tangan dan kakinya saja untuk menjimatkan bekalan air yang kian menipis
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.











Seorang anak membawa sejumlah jeriken kosong saat hendak beratur air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9). 
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.

Di sela-sela menunggu diaturkan, beberapa anak tampak meminum air bersih untuk melepaskan rasa dahaga.
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.

Seorang anak tengah mengantre air bersih di sebuah stasiun pengisian di Kota Gaza, Jalur Gaza, Palestina, Kamis (4/9).
Peperangan antara Hamas dan Israel yang menghancurkan banyak bangunan itu memperparah krisis air bersih di Jalur Gasa.
Sejumlah anak saat beratur air bersih di sebuah stesen pengisian di Bandar Gaza, Semenanjung Gaza, Palestin, Khamis (4/9).
 (IH)


Nak Tubuh Parti (Mirip PAS) Baru? -Apa Kata Presiden PAS..

Posted: 05 Sep 2014 09:45 PM PDT


Ibnu Hasyim

Nak Tubuh Parti (Mirip PAS) Baru? -Apa Kata Presiden PAS..





MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.  (Foto bawah oleh Buletin Online) - HARAKAHDAILY 6/9/2014



Berita Ni Tidak Pernah Berlaku Di Mana-Mana Kecuali Malaysia?

Posted: 05 Sep 2014 08:45 PM PDT


Addin

Berita Ni Tidak Pernah Berlaku Di Mana-Mana Kecuali Malaysia?


Bekas presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Muhammad Abas hairan dengan tindakan syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad memberhentikan kakitangan yang menyertai piket.

Beliau yang juga bekas presiden Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja KTMB (RUM) berkata, kakitangan yang menyertai piket pimpinannya sebelum ini tidak pernah dikenakan tindakan seperti itu.

"Dulu pernah berlangsung piket selama 23 hari, tiada langsung pekerja yang diberhentikan tetapi ini baru tiga hari dah ada yang kena berhenti," katanya.Muhammad turut menekankan bahawa segala aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan pekerja tidak boleh dicampuri sama sekali oleh pihak majikan.

Katanya, RUM harus mengemukakan perkara ini kepada perdana menteri kerana ia melibatkan imej negara di peringkat antarabangsa."Sebagai mantan presiden RUM, saya menyeru supaya KTMB mengambil semula pekerja yang telah diberhentikan kerana tindakan memberhentikan pekerja ini tidak relevan," katanya.

Beliau mengulas tindakan KTMB menyingkirkan pemimpin RUM dan juga anggota kesatuan tersebut atas pembabitan dalam satu piket pada 9 Mei lalu.

Piket yang disertai ratusan anggota RUM itu bagi mendesak presiden KTMB Datuk Elias Kadir melepaskan jawatan kerana didakwa menunjukkan prestasi yang kurang cemerlang sepanjang perkhidmatannya. ~mk



Iklan C (ii)







Dedah kaitan Pekida (3 Line) Dengan Umno -Pengkaji Perancis..

Posted: 05 Sep 2014 08:36 PM PDT


Ibnu Hasyim

Dedah kaitan Pekida (3 Line) Dengan Umno -Pengkaji Perancis..


Buku terbaru ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan seperti Pekida wujud untuk membantu Umno terus berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider. Buku terbaru ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan seperti Pekida wujud untuk membantu Umno terus berkuasa. Gambar fail The Malaysian Insider.




Buku terbaru yang ditulis pengkaji Perancis mendedahkan kumpulan berasaskan kaum seperti Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiyah SeMalaysia (Pekida) wujud untuk memberi bantuan kepada parti pemerintah Umno supaya terus berkuasa.

Dalam buku berjudul "Misplaced Democracy: Malaysian Politics and People", pengkaji politik Sophie Lemiere menulis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pekida khususnya adalah 'militan sukarela' di mana tindakan dan arah tuju mereka demi kepentingan parti pemerintah.

Lemiere menjelaskan militan sukarela ini ialah percaturan rahsia politik di mana watak politik - sama ada parti politik, kerajaan atau ahli politik - menugaskan individu atau kumpulan mengambil sesuatu tindakan demi kepentingan mereka sendiri.

Tindakan tersebut boleh jadi sah atau tidak sah, berbentuk sokongan, atau demonstrasi atau mungkin juga menggunakan kekerasan. Buku tersebut, kompilasi karangan pelbagai penulis dan Lemiere berperanan sebagai penyuntingnya, mengandungi satu bab yang ditulisnya sendiri iaitu bertajuk "Gangsta and Politics in Malaysia".

Dia menulis yang Umno mempunyai hubungan lebih kuat dengan kumpulan berasaskan kaum ini berbanding parti lain. Hal ini disebabkan parti pemerintah sudah mencipta keperluannya dan mengekalkan suasana yang sesuai menyokong pertumbuhannya.

Dalam konteks Malaysia, katanya, militan sukarela ini adalah seperti "nadi" dan "angka" yang diperlukan watak politik rasmi untuk berdepan pihak lawan, sama ada semasa pilihan raya, aktiviti berkempen, demonstrasi atau kontroversi.

Lemiere memiliki PhD dan Sarjana dalam Perbandingan Politik daripada Institut Pengajian Politik Paris (atau dikenali juga sebagai Sciences-Po) di Perancis. Beliau berkata kumpulan NGO tersebut mula berkembang ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri dari 2003 hingga 2009.

Katanya, kumpulan ini menggunakan retorik berasaskan agama dan identiti yang sebelum ini tidak diketahui atau tidak pernah wujud.

"Menurut seorang pemimpin Pekida di Subang Jaya, 'era pemerintahan Abdullah adalah zaman keemasan Pekida, dia seperti ayah angkat kami'.
"Semasa awal pentadbirannya, Abdullah memerlukan sokongan yang kuat dan untuk memastikan pengaruh partinya, Abdullah menggunakan rangkaian pertubuhan tersebut di mana beliau diangkat sebagai penaung," tulis Lemiere.

Lemiere berkata, semasa krisis di Perak pada 2009 apabila tiga ahli Pakatan Rakyat (PR) keluar dan menyertai Barisan Nasional (BN), terjadi beberapa insiden keganasan dan demonstrasi menentang pemimpin PR yang menyokong pembubaran dewan selepas itu.

"Pada ketika itulah ahli Pekida muncul, mengibarkan secara terbuka bendera tiga warna pertubuhan mereka (kuning, merah, hijau) dan memakai lilitan kuning di kepala bertulis Daulat Tuanku.
"Walaupun mereka lakukan keganasan, tiada ahli militan Pekida yang ditangkap," tulisnya.

Sebaik selepas kejadian itu, beberapa pemimpin dan ahli Pekida yang ditemubual di Perak, kubu kuat kumpulan itu, bercakap tentang rampasan kuasa BN di Perak itu dengan nada bangga dan mengakui 'orang mereka' terlibat dalam keganasan itu, malah sedia membantu Umno jika mereka memerlukan lebih pertolongan.

Lemiere berkata, percaturan ini yang menyebabkan Pekida mudah bergiat aktif secara sah dan berdaftar sebagai NGO yang sah disisi undang-undang.

Katanya, dia tidak dapat mengganggarkan jumlah sebenar ahli Pekida seluruh negara kerana rangkaiannya yang agak terselindung.
Kajian beliau mendapati ahli Pekida wujud merata Semenanjung Malaysia, dalam segenap lapisan masyarakat, di kota dan di desa, dan di setiap institusi sama ada negeri, politik, sosial atau ekonomi.

"Beberapa invididu terkenal didakwa atau terbukti ahli Pekida. Mereka tidak mengambil bahagian dalam aktiviti politik, tetapi lebih banyak mengguna rangkaian mereka untuk menjalankan perniagaan serta sebagai perlindungan: anak ahli politik, penyanyi hip hop dan pop, ahli politik, ahli perniagaan, penjawat awam atau askar.
"Jadi, ahli Pekida terdiri daripada penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah hinggalah ke masyarakat elit bandar. Dan rangkaiannya, walaupun kebanyakannya Melayu, ia sebenarnya inklusif. Pekida mungkin salah satu contoh konsep 1Malaysia yang disukai Najib," tulis Lemiere.

Selain itu, katanya, kebanyakan ahli Pekida percaya aktiviti politik dan 'kabel' mereka membolehkan mereka lepas daripada tindakan undang-undang. Oleh itu, mereka juga tidak takut dengan pihak berkuasa polis.
Salah satu saluran yang digunakan untuk merekrut ahli Pekida adalah menerusi kumpulan persilatan dan banyak kumpulan silat adalah rangkaian Pekida. Lemiere melihat perkara ini sebagai "langkah semulajadi" kepada militan politik.

Ahli Pekida juga mengaku bertanggungjawab dalam beberapa aktiviti keganasan melibatkan pertelingkahan agama dan kaum, tulis Lemiere.
Lemiere juga mendedahkan Pekida sering dikenali sebagai Tiga Line, merujuk kepada simbol tiga warna bendera rasmi kumpulan tersebut - kuning, merah, hijau.

Pada Ogos tahun lepas, kumpulan Tiga Line termasuk antara senarai pertubuhan haram yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha membanteras kegiatan kongsi gelap.
Presiden Pekida, Jamaludin Yusof pada Oktober lepas menafikan sebarang kaitan pertubuhan tersebut dengan Tiga Line.
Buku tersebut diterbitkan Strategic Information and Research Development Centre Malaysia. – 6 September, 2014. (TMI)





@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Kenyataan Berasap Dari Ketua Pemuda PAS..