Cerita sebenar Jersi "memalukan" pasukan berbasikal wanita Colombia |
- Cerita sebenar Jersi "memalukan" pasukan berbasikal wanita Colombia
- Individu Bocor Kertas UPSR Terbongkar?
- Senarai nama Syarikat terlibat dengan penipuan Pakej UMRAH
- Tuan Guru Nik Aziz Bagi Sound BN..
- Kejayaan Pertama M'sia, Nurul Atiqah Bertudung Raih Pingat Emas
- Penggal Kepala Tebusan Britain, Bolehkah Ia Menjadi Pengajaran?
- Jangan Over Confident Raih Kemenangan Mudah. -A/Hadi.
- BN Khianat Tak Beri Royalti, Tak Selamat Dunia Akhirat - Nik Aziz
- Luahan hati bapa murid isu soalan UPSR bocor dikongsi 5,000 Pengguna Facebook!
- Anak 5 tahun mengadu sakit tekak dedah perbuatan ayah terlampau!
- Misteri MH370 Terungkai Kembali
- Pembohongan Menteri Akhirnya Di Bongkar.. Saksikanlah
- AMK Dakwa Tuan Guru Haji Hadi Sokong Khalid Ibrahim Lagi.. Ini Penjelasan Beliau
- Ayat Kursi, Pendinding Wanita Dari Dirogol. Ini Buktinya..
- Juruterbang menangis umum pesawat terhempas dalam 6 minit
Cerita sebenar Jersi "memalukan" pasukan berbasikal wanita Colombia Posted: 14 Sep 2014 07:21 PM PDT Tengok TV Online Cerita sebenar Jersi "memalukan" pasukan berbasikal wanita Colombia Sekali pandang, seolah-olah gambar yang tersebar seakan gambar Iucah. Namun bila diperhatikan betul-betul, ia adalah manipulasi warna pada jersi yang dipakai mereka. Berikut merupakan cerita sebenar disebalik pakaian pasukan berbasikal wanita ini: Sebuah pasukan lumba basikal wanita dari Colombia yang mengambil bahagian di dalam sebuah acara perlumbaan basikal di Itali telah membuatkan orang ramai berasa jelik kerana rekaan jersi yang disarungkan oleh pasukan tersebut lapor media Sabtu lalu. Pakaian sukan berkenaan yang telah ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada fabrik yang menyerupai warna kulit di bahagian pinggang dan pinggul... termasuk di bahagian sulit pelumba, yang menunjukkan mereka seolah-olah berbogeI. "Sangat Menyedihkan" laman web perlumbaan di Itali, Tutobiciweb meletakkan perkataan itu sebagai tajuk utama kepada artikel mereka yang merujuk kepada pasukan berkenaan yang dilihat seperti berbogeI. Pendedahan kepada gambar tersebut terus menjadi popular dan viral di media sosial di mana ada yang berpendapat rekabentuk tersebut adalah "sangat salah" dan merupakan sebuah "bencana" kepada pasukan berkenaan dan negara yang diwakili. |
Individu Bocor Kertas UPSR Terbongkar? Posted: 14 Sep 2014 07:18 PM PDT Addin Individu Bocor Kertas UPSR Terbongkar? Dua daripada empat orang guru yang ditahan semalam berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan direman hari ini sekiranya kertas siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam tempoh 24 jam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata dua orang guru lagi telah dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan mereka. "Daripada empat orang yang ditahan, dua orang masih ditahan untuk siasatan lanjut dan sekiranya siasatan tidak dapat dilengkapkan dalam masa 24 jam, mereka akan direman esok (hari ini) di Putrajaya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam. Polis menahan empat guru berusia lingkungan 30 dan 54 tahun dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak petang semalam berhubung kes kebocoran soalan UPSR bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana individu mahupun pegawai kanan yang terlibat dalam kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian UPSR. Beliau berkata polis bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam melakukan siasatan terperinci terhadap kebocoran dua kertas peperiksaan UPSR itu dan kertas siasatan kes itu juga telah dibuka. "Banyak lagi maklumat akan diperoleh polis terutamanya mengenai kaedah dari segi pengedaran kertas soalan bukan saja UPSR, tetapi peperiksaan yang lain. "Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memberikan banyak maklumat dalam usaha membantu siasatan yang dilakukan. "Saya ingin memberi jaminan bahawa polis tak akan melakukan 'cover up' terhadap mana-mana individu atau pegawai kanan atau individu yang terlibat secara tidak langsung dalam pembocoran ini," katanya kepada pemberita selepas perasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Batu Kawan, di Butterworth semalam. Mengulas mengenai perkembangan kes pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Ahmad Zahid berkata polis akan menyerahkan senarai bersih pegawai dan anggota pasukan itu selepas saringan terhadap hampir 10,000 anggota selesai. Beliau berkata anggota PPS yang mempunyai rekod jenayah akan dikenakan tindakan undang-undang. Ditanya sama ada pihaknya meminta kerajaan negeri Pulau Pinang mendaftar pasukan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Ahmad Zahid berkata: "Kami sedang berbincang dengan kerajaan negeri cara terbaik untuk menyerap orang-orang ini dalam pertubuhan sah". Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan ROS. ~mk Iklan C (ii) |
Senarai nama Syarikat terlibat dengan penipuan Pakej UMRAH Posted: 14 Sep 2014 06:39 PM PDT Tengok TV Online Senarai nama Syarikat terlibat dengan penipuan Pakej UMRAH Saban tahun, kita pasti mendengar keluhan ramai mangsa penipuan pakej UMRAH yang terkandas di Lapangan Terbang. Ini berikutan ramai yang tidak menyemak terlebih dahulu latarbelakang syarikat yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Mereka hanya terpesona dengan tawaran pakej dengan harga yang murah. Melalui laman rasmi Kementerian Pelancongan Malaysia, berikut merupakan senarai nama syarikat yang telah dibatalkan kerana terlibat dengan penipuan UMRAH: |
Tuan Guru Nik Aziz Bagi Sound BN.. Posted: 14 Sep 2014 05:45 PM PDT Addin Tuan Guru Nik Aziz Bagi Sound BN.. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Bekas menteri besar Kelantan itu berkata, tindakan kerajaan persekutuan itu jelas satu perbuatan khianat, jahat dan merupakan dosa kepada rakyat di negeri itu. "Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. Saya tak izin. "Fikirlah. Kita manusia ini ada otak. Lembu tak ada otak. Yang ada otak ini manusia. Manusia bertanggungjawab dunia dan akhirat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap di Surau Lama Kampung Geting, Pengakalan Kubor, Kelantan. Muhyiddin semalam mencabar kepimpinan PAS agar menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat kewajaran royalti minyak diberikan kepada Kelantan. Katanya, jawatankuasa itu boleh menyiasat daripada aspek perundangan atau akaun Petronas sendiri sama ada syarikat petroleum negara itu memiliki RM12 bilion peruntukan kepada Kelantan. Nik Aziz berkata, kerajaan persekutuan menunjukkan sikap tidak adil apabila Sabah dan Sarawak diberikan royalti minyak tetapi tidak kepada Kelantan. Katanya, wang ihsan bukanlah royalti kerana tidak diberikan terus kepada kerajaan negeri. "Royalti hak Kelantan. Negeri lain boleh, Sarawak boleh royalti, Sabah boleh royalti, Terengganu boleh royalti. Kenapa Kelantan tak boleh? "Mereka kata, mereka tak tipu. Kata dah beri wang ihsan pada Kelantan. Beri pada siapa? Beri pada orang lain," katanya. Mursyidul Am PAS itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang menyalurkan wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Katanya, wang tersebut bukanlah diberikan kepada menteri besar sebaliknya kepada setiausaha kerajaan negeri. "Kelantan ni ada JPP. Terengganu, Sarawak tak ada JPP. Dia beri terus. Ini jahat Umno. Dia fikir dia ada harta dia selamat dunia akhirat. Mengarut ni. "Kenapa Kelantan ada JPP? Dia tak percaya dengan pegawai kerajaan ke? Duit bukan beri pada saya. Beri pada setiausaha kerajaan, pegawai kewangan kerajaan. Mereka ini semua duduk di universiti. Diiktiraf oleh semua," katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
Kejayaan Pertama M'sia, Nurul Atiqah Bertudung Raih Pingat Emas Posted: 14 Sep 2014 05:02 PM PDT Ibnu Hasyim Kejayaan Pertama M'sia, Nurul Atiqah Bertudung Raih Pingat Emas KUALA LUMPUR: Atlet muda, Nurul Atiqah Abu Talib mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 'shooting' pada Kejohanan Petanque Piala Konfederasi Wanita Dunia di Arena PPWPKL Pudu di Ulu Cheras, di sini Ahad. Nurul Atiqah, 19 meraih kejuaraan itu selepas menewaskan lawan daripada Perancis, Audrey Bandiera 37-21 pada aksi final. Kemenangan itu merupakan kejayaan pertama Malaysia pada peringkat tertinggi. "Saya mendapat keyakinan maksimum selepas menang pada perlawanan swengit separuh akhir. Kejayaan ini menambahkan keyakinan saya untuk menghadiahkan pingat emas kepada negara di Sukan SEA 2015 di Singapura nanti," katanya. Tahniah! (IH) |
Penggal Kepala Tebusan Britain, Bolehkah Ia Menjadi Pengajaran? Posted: 14 Sep 2014 02:51 PM PDT Ibnu Hasyim Penggal Kepala Tebusan Britain, Bolehkah Ia Menjadi Pengajaran? Pembunuhan ini susulan dua wartawan Amerika Syarikat yang turut dipenggal beberapa minggu lepas. Kumpulan itu menyiarkan sebuah video, yang boleh didapati di laman web kumpulan pemantau terorisme SITE, yang menunjukkan seorang militan bertopeng memenggal kepala Haines. Video berdurasi 2 minit 27 saat dan berjudul "Pesanan kepada rakan sekutu Amerika" itu menyalahkan Cameron ekoran serangan udara bersama Amerika Syarikat ke atas para militan di Iraq. Tony Blair: "Kamu secara sukarela campur tangan dengan Amerika Syarikat menentang IS seperti ketua terdahulu Tony Blair, berikutan menjadi trend di kalangan perdana menteri Britain yang tidak berani berkata 'tidak kepada Amerika', " "Kamu secara sukarela campur tangan dengan Amerika Syarikat menentang IS seperti ketua terdahulu Tony Blair, berikutan menjadi trend di kalangan perdana menteri Britain yang tidak berani berkata 'tidak kepada Amerika', " jelas militan dalam rakaman video itu. Militan itu, mungkin orang yang sama dalam video terdahulu, memberi amaran kepada Britain bahawa kerjasama ketenteraan itu hanya akan mempercepatkan kemusnahan dan mengheret rakyat negara itu ke dalam "satu lagi perang berdarah dan tidak mungkin dimenangi." Dia juga mengancam akan membunuh seorang lagi tebusan warga British. Haines, 44, yang dilahirkan di Scotland, dijadikan tebusan di Syria pada Mac 2013. Beliau bertugas dengan Agensi Kerjasama dan Pembangunan Teknikal (ACTED) dan pernah terlibat dengan aktiviti kemanusiaan di wilayan Balkan, sebahagian Afrika dan di Timur Tengah. Terdahulu, dua wartawan Amerika Syarikat Steven Sotloff dan James Foley juga telah diculik di Syria. IS kemudian mengeluarkan video yang mendakwa pembunuhan Foley pada 19 Ogos, dan Sotloff dua minggu kemudian pada 2 September. Penggal kepala tebusan, bolekah ia menjadi pengajaran kepada negara-negara barat? (IH) |
Jangan Over Confident Raih Kemenangan Mudah. -A/Hadi. Posted: 14 Sep 2014 01:55 PM PDT Ibnu Hasyim Jangan Over Confident Raih Kemenangan Mudah. -A/Hadi. TUMPAT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan pengundi di Dun Pengkalan Kubor sebagai orang yang rugi sekiranya menolak calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim pada 25 September ini. Katanya, Wan Rosdi bukan sahaja seorang calon yang setia kepada parti, sebaliknya telah menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sejak dua penggal lalu iaitu selepas Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU13. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui di Markas Besar PAS Pengkalan Kubor, di sini hari ini. Menurutnya, calon Pakatan Rakyat itu juga seorang yang setia kepada parti yang sering mengikut keputusan parti. "Ketika tidak dicalonkan sebagai calon PRU, beliau tidak bersungut dan menjalankan kerja-kerjanya sebagaimana biasa. "Bila calon PKR kalah pada PRU12 dan 13, beliau menerima pula jawatan Penyelia Dun dan menjalankan kerja-kerja wakil rakyat sebagaimana biasa," ujarnya. Katanya, calon yang paling layak untuk dipilih oleh pengundi di Dun Pengkalan Kubor sememangnya Wan Rosdi, seorang yang bersifat sederhana dan berlatarbelakangkan pendidikan agama. Menyentuh tentang peringkat awal Wan Rosdi menolak apabila namanya dicalonkan, beliau berkata Islam menggalakkan memilih orang sedemikian. Menurut beliau lagi, orang yang tidak meminta jawatan itu sebenarnya yang lebih layak berbanding mereka yang meminta untuk mendapatkan jawatan. "Nabi s.a.w. sendiri berpesan supaya memilih mereka yang tidak meminta jawatan kerana mereka itulah yang sebenarnya lebih layak berbanding daripada orang yang meminta-minta jawatan. "Yang terbaik ialah calon kitalah, Pakatan Rakyat kerana Pengkalan Kubor dari segi sejarahnya PAS telah menguasi Dun tersebut sejak tahun 1959," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. Menurutnya lagi, mengikut keputusan PRU13 lalu, peringkat parlimen calon Pakatan Rakyat Datuk Kamarudin Jaffar menang, namun di Dun sahaja tewas. Beliau bagaimanapun mengingatkan anggota parti seluruhnya agar tidak over confident untuk meraih kemenangan dengan mudah. Ini, ujarnya kerana PAS bukan sahaja melawan parti Umno dan BN, sebaliknya turut berlawan dengan agensi kerajaan Pusat yang datang dari pelbagai arah dengan tidak malu-malu lagi. "Demokrasi di tempat kita berat sebelah dan kita bertanding tidak di padang yang sama rata," ujatnya lagi. - HARAKAHDAILY 14/9/2014 |
BN Khianat Tak Beri Royalti, Tak Selamat Dunia Akhirat - Nik Aziz Posted: 14 Sep 2014 11:40 AM PDT Ibnu Hasyim BN Khianat Tak Beri Royalti, Tak Selamat Dunia Akhirat - Nik Aziz Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) yang tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Bekas menteri besar Kelantan itu berkata, tindakan kerajaan persekutuan itu jelas satu perbuatan khianat, jahat dan merupakan dosa kepada rakyat di negeri itu. "Kenapa tak beri (wang royalti)? (Ini perbuatan) khianat. Jahat. Tak selamat. Berdosa dunia akhirat. Saya tak izin satu sen pun. Saya tak izin sebagai ketua kerajaan. Saya tak izin. "Fikirlah. Kita manusia ini ada otak. Lembu tak ada otak. Yang ada otak ini manusia. Manusia bertanggungjawab dunia dan akhirat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berucap di Surau Lama Kampung Geting, Pengakalan Kubor, Kelantan. Muhyiddin semalam mencabar kepimpinan PAS agar menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat kewajaran royalti minyak diberikan kepada Kelantan. Katanya, jawatankuasa itu boleh menyiasat daripada aspek perundangan atau akaun Petronas sendiri sama ada syarikat petroleum negara itu memiliki RM12 bilion peruntukan kepada Kelantan. Nik Aziz berkata, kerajaan persekutuan menunjukkan sikap tidak adil apabila Sabah dan Sarawak diberikan royalti minyak tetapi tidak kepada Kelantan. Katanya, wang ihsan bukanlah royalti kerana tidak diberikan terus kepada kerajaan negeri. "Royalti hak Kelantan. Negeri lain boleh, Sarawak boleh royalti, Sabah boleh royalti, Terengganu boleh royalti. Kenapa Kelantan tak boleh? "Mereka kata, mereka tak tipu. Kata dah beri wang ihsan pada Kelantan. Beri pada siapa? Beri pada orang lain," katanya. Mursyidul Am PAS itu turut mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang menyalurkan wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Katanya, wang tersebut bukanlah diberikan kepada menteri besar sebaliknya kepada setiausaha kerajaan negeri. "Kelantan ni ada JPP. Terengganu, Sarawak tak ada JPP. Dia beri terus. Ini jahat Umno. Dia fikir dia ada harta dia selamat dunia akhirat. Mengarut ni. "Kenapa Kelantan ada JPP? Dia tak percaya dengan pegawai kerajaan ke? Duit bukan beri pada saya. Beri pada setiausaha kerajaan, pegawai kewangan kerajaan. Mereka ini semua duduk di universiti. Diiktiraf oleh semua," katanya. – 14 September, 2014. (TMI) |
Luahan hati bapa murid isu soalan UPSR bocor dikongsi 5,000 Pengguna Facebook! Posted: 14 Sep 2014 07:42 AM PDT Tengok TV Online Luahan hati bapa murid isu soalan UPSR bocor dikongsi 5,000 Pengguna Facebook! Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca "command" atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai. Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM telah acap kali bocor. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini. Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak, jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak. Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya. Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau "straight A". A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi. Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan "straight A". Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara "natural" seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila mendudki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang. Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah mendudki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tuisyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tuisyen dan tiada paksaan. Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki. Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri. Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya. Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Ababila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini. Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ. Agak lama juga saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasaa ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini. Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan. |
Anak 5 tahun mengadu sakit tekak dedah perbuatan ayah terlampau! Posted: 14 Sep 2014 04:27 AM PDT Tengok TV Online Anak 5 tahun mengadu sakit tekak dedah perbuatan ayah terlampau! MELAKA: Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak. Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan s#ks oraI oleh bapanya. Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari. Kanak-kanak itu tidak boleh menelan makanannya. Apabila kanak-kanak itu memberitahu mengenai kelakuan bapanya itu ketika berada di hospital, ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Bemban pada Jumaat, 10 pagi. Bapa mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan di Asahan oleh sepasukan polis dari ibupejabat negeri pada pukul 3 petang hari yang sama. |
Misteri MH370 Terungkai Kembali Posted: 14 Sep 2014 03:18 AM PDT Addin Misteri MH370 Terungkai Kembali Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan laporan media Indonesia bahawa pihaknya mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang menjadi misteri kepada dunia sejak ia hilang 8 Mac lalu. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak mempunyai maklumat tersebut dan terkejut dengan laporan media itu."Saya nak tahu akhbar apa dan bila berita itu disiarkan. Saya akan tanya rakan saya Kapolri (Ketua Polis Republik Indonesia) sama ada beliau ada berkata begitu. Saya tidak dimaklumkan tentang perkara ini," katanya hari ini.Laporan berita Indonesia, Tempo.co, semalam memetik ketua polis republik tersebut, Jeneral Sutarman sebagai mendakwa kononnya pihaknya dan polis Malaysia mengetahui punca pesawat itu hilang tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya. Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal. Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran dilakukan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. ~bernama Iklan C (ii) |
Pembohongan Menteri Akhirnya Di Bongkar.. Saksikanlah Posted: 13 Sep 2014 09:24 PM PDT Addin Pembohongan Menteri Akhirnya Di Bongkar.. Saksikanlah Ia mungkin kedengaran hebat purata pendapatan bulanan isi rumah bulanan rakyat Malaysia meningkat sebanyak 18% kepada RM5,900 pada 2014 berbanding dua tahun lalu, tetapi ahli ekonomi mengatakan purata tidak benar-benar membuktikan sama ada rakyat Malaysia lebih baik daripada sebelumnya. Melihat lebih dekat angka ini, yang diumumkan Putrajaya pada 8 September, dan bagaimana ia dikira, mendedahkan ia boleh mengelirukan, kata ahli ekonomi kepada The Malaysian Insider. Statistik ini tidak menggambarkan sama ada rakyat Malaysia memperoleh pendapatan lebih, kata mereka. Ia juga tidak menunjukkan berapa banyak barangan dan perkhidmatan yang boleh mereka beli. Paling teruk, terlalu obsesi dengan purata statistik boleh menjadi topeng ketidaksamaan antara segmen dalam masyarakat dan jurang yang semakin besar antara golongan minoriti kaya dan majoriti miskin. Tidak semua pendapatan diperoleh Pendapatan isi rumah bermakna pendapatan yang dibawa oleh semua ahli isi rumah, kata ahli ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajuddin. "Ia adalah ukuran pendapatan yang menggabungkan semua bentuk seperti gaji, upah, keuntungan daripada pelaburan, pemindahan wang tunai seperti BR1M dan pendapatan persaraan seperti pencen." Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengumumkan angka RM5,900, mengatakan ia termasuk pulangan pelaburan seperti unit amanah. Beliau juga mengakui angka tidak menggambarkan dengan tepat pendapatan isi rumah di Malaysia dan boleh menjurus kepada mereka yang berpendapatan tinggi. Menurut laman sesawang Jabatan Perangkaan, kaji selidik pendapatan isi rumah dilakukan sekali setiap empat tahun. Purata pendapatan isi rumah ialah jumlah pendapatan isi rumah di Malaysia dibahagikan dengan bilangan isi rumah. Jumlah bilangan isi rumah pada 2014 berjumlah 7 juta, kata Wahid yang juga menteri menguruskan hal ehwal ekonomi. Satu isi rumah secara purata terdiri daripada 4.3 ahli pada 2010 mengikut data daripada Persekutuan Majikan Malaysia. Seorang pakar ekonomi yang memiliki blog Ekonomi Malaysia berhujah, terdapat juga elemen pendapatan perniagaan untuk dikira. Pendapatan perniagaan ini termasuk segala-galanya, sama ada daripada gerai nasi lemak kepada perniagaan berjuta, rakan kongsi firma guaman dan perakaunan, kata ahli ekonomi yang hanya mahu dikenali sebagai Hisham. Dalam tulisan di blognya pada 11 September, beliau mempertikaikan kira-kira dua pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia mendapat gaji. "Mereka yang lain sama ada menjalankan perniagaan berdaftar (kira-kira setengah juta orang atau lebih), atau dalam sektor tidak formal yang tidak dapat dikesan." Kemudian ada sesuatu yang dinamakan "sewa imput". Hisham mendakwa ini satu nilai yang dimasukkan ke dalam pengiraan pendapatan isi rumah di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Konsepnya adalah jika sumber pendapatan tinggal di rumah sendiri, dia mendapat "sewa imput". Memandangkan semua individu dalam masyarakat memerlukan perlindungan dan membayar "perkhidmatan perumahan", pemilik rumah dianggap memiliki perkhidmatan itu. Oleh itu, dia memperoleh pendapatan yang dipanggil sewa imput walaupun tiada wang sebenarnya diperolehi. Tetapi ia masih dikira dalam pengiraan pendapatan isi rumah kerajaan, kata Hisham, dan boleh menjadikan tambahan sehingga kira-kira 10% ke 15% daripada purata pendapatan kasar. Pendapatan lebih tinggi tetapi bukan gaji lebih tinggi Ini membawa kepada soalan kritikal: Jika purata pendapatan isi rumah termasuk semua elemen ini, berapa banyak terdiri daripada gaji kita? Dan jika purata pendapatan isi rumah meningkat, adakah ini bermakna gaji kita juga akan naik? Statistik MEF yang diperoleh daripada Kementerian Sumber Manusia menunjukkan gaji naik secara purata sebanyak 6% setiap tahun daripada 2009-2013. Setiausaha MEF Datuk Shamsudin Bardan berkata, pada 2014 gaji dianggarkan berkembang pada kadar purata 33% bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM900 sebulan. Ini disebabkan dasar gaji minimum yang berkuatkuasa pada Januari tahun lepas. Daripada 6.5 juta pekerja dalam sektor swasta formal, beliau berkata 75% adalah dalam kategori bukan eksekutif yang berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan. Pada 2012 dan 2013, gaji untuk bukan eksekutif meningkat 5.83% dan 6.78%. Selebihnya diklasifikasikan sebagai pengurusan dan menjana pendapatan sehingga RM30,000 sebulan. Pada 2012 dan 2013, gaji mereka meningkat 6.29% dan 6.31%. "Jadi, jika anda lihat kepada pertumbuhan purata pendapatan, ia lebih perlahan daripada purata pendapatan isi rumah," kata Azrul Azwar, yang bekerja untuk pejabat Menteri Besar Selangor. Menurut data kerajaan, purata pendapatan isi rumah purata meningkat 18% dari 2012 (RM 5,000) hingga 2014 (RM5,900). Hujah Azrul adalah: Katakan dari 2012-2013 (dua tahun), pertumbuhan purata pendapatan isi rumah adalah 9% setahun. "Ini bermakna pertumbuhan pendapatan isi rumah setahun adalah 9%, lebih tinggi daripada pertumbuhan gaji iaitu 6%. Jadi, ada sejumlah besar pendapatan bukan upah yang mempengaruhi jumlah pendapatan isi rumah." Ia boleh termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), katanya. Pada 2012 dan 2013, isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 menerima pemberian BR1M sekali sahaja sebanyak RM500. Pendapatan isi rumah juga boleh termasuk keuntungan tinggi daripada stok dan saham isi rumah terkaya di Malaysia peroleh dan dikira dalam purata isi rumah negara, kata Azrul. Hisham dalam Ekonomi Malaysia memberikan anggaran kasar sendiri berkenaan apa yang dikatakan gaji purata: "Keluarkan 10% -15% daripada pendapatan kasar untuk sewa imput, keluarkan 20% -25% lagi bagi modal dan pendapatan campuran, kemudian bahagikan dengan 1.8 (anggaran purata bilangan berpendapatan bagi setiap isi rumah). "Bagi tahap purata pendapatan isi rumah RM5,900, ia untuk mereka yang bergaji purata antara RM2,350 dan RM2,100." "Saya tidak fikir itu terlalu jauh daripada kebanyakan orang fikir berkenaan gaji rakyat Malaysia sebenarnya." Menurut kaji selidik gaji Jabatan Perangkaan, purata gaji bulanan kira-kira 9 juta pekerja dalam kaji selidik di Malaysia pada 2012 dan 2013 adalah RM1,916 dan RM2,052. Adakah ia mencukupi? Mungkin aspek paling penting dalam perdebatan ini adalah mengenai pendapatan isi rumah ialah pendapatan bagi kuasa membeli, kata pensyarah kanan Universiti Malaya Dr Lee Hwok Aun. "Ia lebih penting daripada tahap pendapatan. Kita sentiasa mendengar kisah-kisah individu dan keluarga bergelut untuk hidup, di saat laporan kenaikan pendapatan isi rumah ini." Menurut Jabatan Perangkaan, kadar inflasi seperti yang diukur oleh indeks harga pengguna (IHP) adalah 3.3% sehingga Jun. Ia kemungkinan perkhidmatan dan barangan yang diperlukan rakyat untuk membeli dan membayar kini berubah dengan cara yang tidak dimasukkan dalam IHP, kata Lee. "Sebagai komponen terbesar, makanan menyumbang 30% daripada bajet, perumahan dan kemudahan awam 23%, dan pengangkutan 15%. Sementara pendidikan (1.4%) dan kesihatan (1.3%) adalah perkara kecil yang penting," kata Lee dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. "Bagi sesetengah keluarga, pendidikan dan kesihatan bukan perbelanjaan kecil dan kos pendidikan dan kesihatan mungkin meningkat lebih cepat. "Kombinasi faktor ini boleh mengisi maklum balas berterusan yang kos sara hidup semakin meningkat, dan meluas pada kadar inflasi yang rendah." Seperti yang ditunjukkan dalam perbezaan antara pertumbuhan gaji purata dan pertumbuhan pendapatan isi rumah, ia tidak mencerminkan kesusahan majoriti yang benar-benar dirasai rakyat, kata Azrul. Oleh kerana pendapatan isi rumah adalah purata bagi semua isi rumah, kaya dan miskin, ia mungkin golongan berpendapatan tinggi yang membantu menaikkan purata supaya menampakkan golongan berpendapatan rendah berada pada tahap lebih baik, katanya. ~tmi Iklan C (ii) |
AMK Dakwa Tuan Guru Haji Hadi Sokong Khalid Ibrahim Lagi.. Ini Penjelasan Beliau Posted: 13 Sep 2014 08:36 PM PDT Addin AMK Dakwa Tuan Guru Haji Hadi Sokong Khalid Ibrahim Lagi.. Ini Penjelasan Beliau Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menangkis dakwaan yang mengatakan beliau masih mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. Abdul Hadi sebaliknya berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada sultan Selangor bagi memilih calon menteri besar. Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita berhubung pertemuannya bersama ketua-ketua Pemuda dalam Pakatan Rakyat Jumaat lalu, Abdul Hadi hanya berkata beliau bertemu dengan ramai orang pada hari tersebut. "Saya tak baca surat khabar hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam. Dan hak tentukan Khalid (sebagai menteri besar) bukan saya. Tapi kuasa sultan. "Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya. Macam-macam orang jumpa saya. Cuma tentang menteri besar Selangor kita serah pada sultan. "Saya tak ada hak nak tentukan menteri besar Selangor. Sultan Selangor yang boleh tentukan siapa," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi ceramah di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Kelantan. Turut hadir ialah calon DUN Pengkalan Kubor Wan Rosdi Wan Ibrahim. Selain itu, ketika ditanya sekali lagi sekiranya Abdul Hadi ada bertemu dengan Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Ahmad pada Jumaat, beliau hanya berkata: "Ramai (bertemu orang). Mungkin Nik Nazmi ada." Dalam satu kenyataan media hari ini, Nik Nazmi berkata, beliau bimbang kerana PAS masih mahu mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor. ADUN Seri Setia itu berkata, hasrat itu bercanggah dengan sokongan majoriti ADUN Pakatan Rakyat Selangor yang mahu presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Malah, beliau juga berkata, Abdul Hadi turut berhasrat untuk memantau sendiri prestasi Khalid sebagai menteri besar. ~mk Iklan C (ii) |
Ayat Kursi, Pendinding Wanita Dari Dirogol. Ini Buktinya.. Posted: 13 Sep 2014 07:58 PM PDT Ibnu Hasyim Ayat Kursi, Pendinding Wanita Dari Dirogol. Ini Buktinya.. INI kisah nyata dari Amerika Syarikat (AS) sekitar tahun 2006. Pengalaman nyata seorang muslimah asal Asia yang pakai hijab. Suatu hari wanita ini berjalan pulang dari bekerja dan agak kemalaman. Suasana jalan setapak sepi. Ia melewati jalan pintas. Di hujung jalan pintas itu, dia melihat ada sosok lelaki Kaukasian. Ia menyangka lelaki itu seorang warga Amerika. Tapi perasaan wanita ini agak was-was kerana sekilas raut lelaki itu agak mencurigakan seolah ingin mengganggunya. Dia berusaha tetap tenang dan membaca kalimah Allah. Kemudian dia teruskan dengan terus membaca Ayat Kursi berulang-ulang seraya sungguh-sungguh memohon perlindungan Allah swt. Meski tidak mempercepat langkahnya, ketika ia melintas di depan lelaki berkulit putih itu, ia tetap berdoa. Sekilas ia melirik ke arah lelaki itu. Orang itu asyik dengan rokoknya, dan seolah tidak mempedulikannya. Keesokan harinya, wanita itu melihat berita jenayah, seorang wanita melintas di jalan yang sama dengan jalan yang ia lintasi semalam. Dan wanita itu melaporkan gangguan seksual yang dialaminya di lorong gelap itu. Kerana begitu ketakutan, ia tidak melihat jelas pelaku yang katanya sudah berada di lorong itu ketika perempuan korban ini melintas jalan pintas tersebut. Hati muslimah ini pun tergerak kerana wanita tadi melintas jalan pintas itu hanya beberapa minit selepas ia melintas di sana. Dalam berita itu dikhabarkan wanita itu tidak boleh mengenalpasti pelaku dari kotak kaca, dari beberapa orang yang disyaki polis. Muslimah ini pun memberanikan diri datang ke pejabat polis, dan memberitahu bahawa rasanya ia boleh mengenali sosok pelaku gangguan kepada wanita tersebut, kerana ia menggunakan jalan yang sama sesaat sebelum wanita tadi melintas. Melalui kamera rahsia, akhirnya muslimah ini pun boleh menunjuk salah seorang yang diduga sebagai pelaku. Ia yakin bahawa pelakunya adalah lelaki yang ada di lorong itu tidak mengendanya sambil terus merokok. Melalui soal siasat polis akhirnya orang yang diyakini oleh muslimah tadi mengakui perbuatannyaa. Tergerak oleh rasa ingin tahu, muslimah ini menemui pelaku tadi dan didampingi oleh polis. Tanya muslimah itu: "Apa anda melihat saya? Saya juga melewati jalan itu beberapa minit sebelum wanita yang kau rogol itu? Mengapa anda hanya menggangunya tapi tidak mengganggu saya? Mengapa anda tidak berbuat apa-apa padahal waktu itu saya sendirian? " Jawab penjahat itu: "Sudah tentu saya melihatmu malam tadi. Anda berada di sana malam tadi beberapa minit sebelum wanita itu. Saya tidak berani mengganggu anda. Saya lihat ada dua orang besar di belakang anda pada waktu itu. Satu di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan anda. " Muslimah itu tidak boleh meneruskan kata-katanya. Hatinya penuh syukur dan terus mengucap syukur. Dengkulnya bergetar mendengar penjelasan pelaku kejahatan itu, ia langsung menyudahi interview itu dan minta dihantar keluar dari bilik itu oleh polis. Kerana Apa? Kerana Ini.. Semua surat dalam al-Qur'an adalah surat yang agung dan mulia. Demikian juga seluruh ayat yang dikandungnya. Namun, Allah Subhanahu wa ta'ala dengan kehendak dan kebijaksanaanNya menjadikan sebahagian surat dan ayat dengan kelebihan terdenfiri. Syaikh Umar Sulaiman Al Asyqar berkata.. "Yang paling baik digunakan untuk melawan jin yang masuk ke dalam tubuh manusia adalah dzikrullah (dzikir kepada Allah) dan bacaan Al Quran. Dan yang paling besar dari itu ialah bacaan ayat kursi, kerana sesungguhnya orang yang membacanya akan selalu dijaga oleh penjaga dari Allah, dan ia tidak akan didekati oleh syaitan hingga Subuh, sebagaimana telah diterangkan sahih hadis tentang itu.Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwudhuk dan mengerjakan solat Subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari Qiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia." Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, adakah perlu dibaca setiap hari?" Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat." Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila selepas mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul SAW kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman. Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ayat Kursi Bacaan ayat kursi; ALLAAHU LAA ILAAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUMU. LAA TA'KHUDZUHUU SINATUW WA LAA NAUUM. LAHUU MAA FISSAMAAWAATI WA MAA FIL ARDHI. MAN DZAL LADZII YASFA'U 'INDAHUU ILLAA BI IDZNIHI. YA'LAMU MAA BAINA AIDIIHIM WA MAA KHALFAHUM. WA LAA YUHITHUUNA BI SYAI-IN MIN 'ILMIHII ILLAA BI MAASYAA-A. WASI'A KURSIYYUHUSSAMAAWAATI WAL ARDHA. WA LAA YA-UUDUHUU HIFZHUHUMAA WAHUWAL 'ALIYYUL AZHIIM. Ertinya : Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Hidup lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at (pertolongan) di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255) Ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Kursi juga bermaksud pemerintahan dan kekuasaan. Ayat Kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini ialah ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah. Meskipun membaca dan mengamalkan ayat kursi mempunyai banyak khasiat, namun bagi hamba, membaca dan memahami ayat kursi adalah semata-mata untuk mencari keredhaannya dan bagi membetulkan pegangan dan menguatkan tauhid kita kepada Allah Taala. Bukan ada niat yang lain. Terserahlah kepada Allah Taala untuk memberikan apa-apa ganjaran kepada kita ataupun tidak atau untuk memberikan apa-apa manfaat dan khasiat kepada kita ataupun tidak. kerana kita adalah hambanya (IH) |
Juruterbang menangis umum pesawat terhempas dalam 6 minit Posted: 13 Sep 2014 07:45 PM PDT Tengok TV Online Juruterbang menangis umum pesawat terhempas dalam 6 minit Kapten pesawat memaklumkan bahawa mereka akan terhempas di lautan Adriatic dalam 6 minit dan dia memberi amaran bahawa kemungkinan akan berlaku letupan adalah amat tinggi. Ini menyebabkan penumpang turut menangis dan meraung dalam keadaan yang sungguh menyeramkan, menurut seorang saksi yang turut mengatakan krew pesawat langsung tidak dapat menenangkan semua penumpang di pesawat itu. Para penumpang diarahkan memakaikan jaket keselamatan untuk pendaratan cemas pesawat itu yang mungkin berakhir di atas air. Menurut Benjamin Girad yang merupakan penumpang bersama isteri dan dua anaknya mengatakan penumpang di belakang memberitahu bahawa 1 enjin pesawat telah berhenti dan disahkan oleh juruterbang. Tambahnya lagi. "Suasana pada ketika itu dipenuhi tangisan dan teriakan . Semua takut , bahkan kru kabin pucat dan panik. Walaubagaimanapun, di sebalik keadaan yang kelam kabut di atas udara, Juruterbang berjaya mendaratkan kapal itu dalam keadaan selamat di Lapangan Terbang Marco Polo , di Venice . Berdekatan pantai dan pendaratan itu tanpa ada sebarang kecederaan. Walaubagaimanapun, Europe Airpost cuba mengurangkan kekecohan kejadian itu dengan mengatakan penumpang tidak pernah dalam keadaan bahaya. |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ Artis Seksi
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post