4 Syarat. Oh Isteriku, Mudahnya Kau Masuk Syurga.. |
- 4 Syarat. Oh Isteriku, Mudahnya Kau Masuk Syurga..
- 4 Syarat. Oh Isteriku, Mudahnya Kau Msuk Syurga..
- SOP JAIPk: Kilang Roti Kotor, Tulang Babi Dalam Kolam Ikan
- Di Sebalik Tragedi MH17, Tembelang BN Terbongkar?
- Berita Memeranjatkan Dari PAS Terengganu?
- 7 Jenis Makanan, Buat Pemakannya Jadi Bodoh.
- Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu?
- Khalid Samad Betul. Sultan Tiada Kuasa Mutlak -Dr Abdul Aziz Bari.
- Politik 'memberi roti pada tikus' Dalam Pemilihan PKR -Shamsul Iskandar.
- Istana Selangor Pasti Terkejut Dengar Berita Ini..
- Presiden PAS Dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Tahniah!
- 13 ADUN PAS S'gor Enggan Tandatangan Sokong W/Azizah. Mengapa?
4 Syarat. Oh Isteriku, Mudahnya Kau Masuk Syurga.. Posted: 23 Aug 2014 08:49 AM PDT Ibnu Hasyim 4 Syarat. Oh Isteriku, Mudahnya Kau Masuk Syurga.. RASULULLAH SAW bersabda: "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah cukup mudah, melalui empat syarat sahaja. Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan, serta melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah SWT terlebih dahulu. Maka barulah ia layak memasuki Syurga Allah SWT, melainkan ia mendapat anugerah menjdi para syuhada yang syahid di jalan Allah SWT. 4 Syarat tersebut ialah.. Satu: Melakukan solat lima waktu. Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran, yang haq dan yang bathil. Allah s.w.t berfirman: "Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman " (Surah An-Nissa' ayat 103)Diriwayatkan dari Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang mandi di sebatang sungai dalam yang mengalir di hadapan rumahnya, sebanyak lima kali sehari."(Hadis Riwayat Muslim) Dua: Puasa di bulan Ramadhan. Dari Abu Hurairah RA. bersabda Rasulullah SAW: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah SWT (maksudnya):" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Akulah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Hadis Riwayat Muslim )Tiga: Menjaga maruahnya. Wanita solehah menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah SWT. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah. Menjaga pergaulan, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo'a kepada Allah hingga menitiskan air mata. Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."(Hadis Riwayat Muslim) Empat: Mentaati perintah suami. Rasulullah SAW. bersabda: "Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah."(Riwayat Thabrani) Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab. Kekurangan yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW di atas. Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami. Selain itu di antara kelebihan wanita berkahwin akan memiliki pahala besar seperti berikut: Ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah SAW di Syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah SWT Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Maksudnya disini bukanlah menjadi satu masaalah bagi lelaki yang telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita. (berpoligami) Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami. (IH) |
4 Syarat. Oh Isteriku, Mudahnya Kau Msuk Syurga.. Posted: 23 Aug 2014 07:42 AM PDT Ibnu Hasyim 4 Syarat. Oh Isteriku, Mudahnya Kau Msuk Syurga.. RASULULLAH SAW bersabda: "Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)." (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah cukup mudah, melalui empat syarat sahaja. Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan, serta melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah SWT terlebih dahulu. Maka barulah ia layak memasuki Syurga Allah SWT, melainkan ia mendapat anugerah menjdi para syuhada yang syahid di jalan Allah SWT. 4 Syarat tersebut ialah.. Satu: Melakukan solat lima waktu. Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran, yang haq dan yang bathil. Allah s.w.t berfirman: "Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman " (Surah An-Nissa' ayat 103)Diriwayatkan dari Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Perumpamaan solat lima waktu ialah seperti seseorang mandi di sebatang sungai dalam yang mengalir di hadapan rumahnya, sebanyak lima kali sehari."(Hadis Riwayat Muslim) Dua: Puasa di bulan Ramadhan. Dari Abu Hurairah RA. bersabda Rasulullah SAW: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah SWT (maksudnya):" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Akulah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Hadis Riwayat Muslim )Tiga: Menjaga maruahnya. Wanita solehah menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah SWT. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah. Menjaga pergaulan, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo'a kepada Allah hingga menitiskan air mata. Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."(Hadis Riwayat Muslim) Empat: Mentaati perintah suami. Rasulullah SAW. bersabda: "Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah."(Riwayat Thabrani) Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab. Kekurangan yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW di atas. Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami. Selain itu di antara kelebihan wanita berkahwin akan memiliki pahala besar seperti berikut: Ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah SAW di Syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala. Lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yang rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah SWT Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Maksudnya disini bukanlah menjadi satu masaalah bagi lelaki yang telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita. (berpoligami) Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami. (IH) |
SOP JAIPk: Kilang Roti Kotor, Tulang Babi Dalam Kolam Ikan Posted: 23 Aug 2014 05:38 AM PDT Ibnu Hasyim SOP JAIPk: Kilang Roti Kotor, Tulang Babi Dalam Kolam Ikan KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) peka dengan sensitiviti masyarakat terutamanya umat Islam mengenai produk permakanan yang dijamin halal dan bersih. "Kejadian pembatalan status halal terhadap sebuah kilang roti di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh kerana kotor dan pendedahan ujian Deoxyribonucleic acid (DNA) ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah yang telah disahkan tulang babi amat mengejutkan," ujar Pengerusi Penyedar, Asmuni Awi dalam satu kenyataan. Katanya, kedua-dua kejadian tersebut sungguh mencemaskan apabila isu produk makanan halal yang disahkan oleh agensi yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini dipersoalkan. Bagi Penyedar, kata beliau ianya juga secara langsung akan memberikan kesan kepada pengusaha kecil yang lain seperti pengusaha-pengusaha kecil kilang roti dan juga pengusaha-pengusaha kolam ikan patin. Malah, ujar Asmuni ianya turut memberikan kesan juga kepada pemborong dan peniaga-peniaga gerai kecil kerana pengguna telah mulai meraguinya. Menurutnya, isu pertikaian kesahihan produk atau kelulusan halal yang diperolehi kepada pengusaha hanya berlaku setelah terdapat laporan tentang kemusykilan status halal yang diberikan ataupun sebelum kelulusan baru atau kelulusan semula setiap permohonan daripada pengusaha. "Ini memberikan gambaran ketidak cekapan atau tidak bersifat proaktifnya agensi yang diberikan tanggungjawab besar ini kerana ianya amat menitikberatkan isu permakanan halal terutamanya yang beragama Islam," katanya lagi. Justeru, tegasnya Penyedar mendesak agar agensi peringkat negeri terutamanya seperti Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) yang diberikan tanggungjawab dalam urusan ini agar lebih meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengelak keraguan setiap produk permakanan yang telah diberikan status halal selama ini. Katanya, diakui penglibatan agensi kerajaan lain yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bahagian kesihatan dan Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu berkerjasama dengan lebih erat dan bertindak dengan lebih pantas lagi. "Perlu diambil perhatian kelemahan dan ketidakcekapan dalam bertindak adalah menjadi faktor isu berbangkit tentang status produk halal yang berada di pasaran," katanya. Beliau menambah, kurangnya pemantauan dan keboleh percayaan terhadap status halal sesuatu produk kadang-kadang berlaku kerana penetapan 'standard' dan kelayakan uji kaji yang telah dilakukan oleh agensi yang sepatutnya diberikan kuasa untuk mengkaji sesuatu permakanan tersebut. Ini, ujarnya kerana bidang kuasa yang terdapat antara agensi tersebut terdapat kelemahan atau tidak memenuhi sesuatu keperluan semasa. Bagi Penyedar, ujar beliau perkara yang boleh dilakukan oleh JAIPk sebagai contoh perlu menyenaraikan produk-produk halal yang telah diberikan statusnya dan usaha penambahan kakitangan bagi tujuan siasatan, penguatkuasaan serta pemantauan perlu diberikan perhatian dengan segera. "JAIPk perlu mengembalikan kepercayaan pengguna terutamanya masyarakat beragama Islam akan status permakanan halal yang telah diberikan kelulusan selama ini. "Ianya amat perlu bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat selama ini atas produk halal yang digunakan oleh mereka di luar sana," katanya. - HARAKAHDAILY 23/8/2014 |
Di Sebalik Tragedi MH17, Tembelang BN Terbongkar? Posted: 23 Aug 2014 05:38 AM PDT Addin Di Sebalik Tragedi MH17, Tembelang BN Terbongkar? SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu. Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu."Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi. "Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini. Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.Ia mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di Semporna.Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas MH17. "Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri penjelasan," ujarnya.Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai muslihat tersendiri. "Peristiwa serangan di Sabah sudah berlaku sejak 1986, 1991, 1990 tetapi tidak ada tindakan sivil yang diambil oleh pihak kerajaan"Tetapi pada tahun 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat. "Oleh kerana kita lihat ia berlaku tiga bulan sebelum pilihan raya apabila berlaku pada bulan Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk bulan Mac," katanya. Pada Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu. Jelasnya, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti. ~awani Iklan C (ii) |
Berita Memeranjatkan Dari PAS Terengganu? Posted: 23 Aug 2014 03:21 AM PDT Addin Berita Memeranjatkan Dari PAS Terengganu? Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu menyatakan perkara yang haq, perkara yang benar dan perkara yang nyata jelas pada penglihatan mahupun pendengaran.Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan sebagai ANJING. "Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa 'Bagai melepaskan anjing tersepit", demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS. Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut. Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu. Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi."Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya 'telanjangkan' Tok Guru kita… memang ANJING!" TTIMES memetik komen tersebut.Inilah gambar yang diedar di facebook sekarang. Kesahihannya belum disahkan. Aku benar-benar berharap berita ini adalah palsu. Jika kata-kata ini benar-benar keluar dari mulut Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu bermakna manusia ini memalukan PAS. Beratus pemimpin PAS yang aku ikuti perkembangannya. Tidak seorangpun mengeluarkan kenyataan menyifatkan seseorang seperti anjing. Mereka sedar mereka mewakil PAS, sebuah parti yang memperjuangkan agama. Mereka sedar jika Buruk tingkah laku mereka atau perkataan mereka akan memalukan Islam dan PAS.Tidak pernah juga aku mendengar atau membaca berita pemimpin umno yang sangat membenci Anwar Ibrahim menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai anjing.Jika berita ini benar, aku pertikai apa maksud budak ni. ~gendang perang Iklan C (ii) |
7 Jenis Makanan, Buat Pemakannya Jadi Bodoh. Posted: 23 Aug 2014 02:46 AM PDT Ibnu Hasyim 7 Jenis Makanan, Buat Pemakannya Jadi Bodoh. KESIHATAN Percaya atau tidak? Ini, 7 jenis makanan, buat pemakannya boleh jadi bodoh. Ringkasnya.. 1.Makanan segera Kajian di Eropah sekitar 4000 anak - anak yang secara teratur makan makanan segera dari usia 3 tahun hingga sekolah menengah mengalami penurunan tahap IQ secara signifikan. Nah bagi anda orang tua yang sayang terhadap anak anda sebaiknya elakkan makanan ini jika dimakan terlalu kerap (bukanya tidak boleh langsung) maka berbahaya bagi perkembangan kesihatan dan otak anak anda . 2.Goreng-goreng. Makanan gorengan juga boleh menghancurkan sel - sel saraf yang sihat di otak anda sehingga boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan otak . Mungkin sukar pada awalnya untuk menyingkirkan makanan ini . Tetapi usaha anda akan terbayar apabila anda boleh merasakan kekuatan memori otak dan sistem imun bertambah baik selepas melakukan pola makan yang sihat. 3. Gula-gula getah Membincangkan gula-gula getah ada baiknya anda tidak meniru gaya lupus , kerana gula-gula getah ini boleh membahayakan kesihatan tubuh anda, salah satunya gangguan pencernaan selain itu. Dalam sebuah kajian oleh penyelidik Inggeris , orang-orang yang suka mengunyah gula-gula getah sebelum dan selama menghafal pelajaran menderita gangguan memori jangka pendek . 4. Makanan manis-manisan Beberapa makanan mengandung manis - manisan ternyata boleh membahayakan kesihatan. Selain boleh berisiko obesiti , makanan manis juga mempengaruhi fungsi otak.Para penyelidik dari University of California , Los Angeles ( UCLA ) melakukan percubaan pada tikus yang disuplementasi dengan fruktosa . Hasilnya , dan haiwan - haiwan yang diberi makan manis sukar keluar dari labirin . Penyelidik beranggapan , fruktosa boleh menyebabkan penurunan memori dan kemampuan belajar . Terlalu banyak gula juga menyebabkan aktiviti otak kurang bekerja dan insulin tidak lagi mampu membantu sel - sel otak anda untuk memproses emosi dan fikiran secara berkesan . 5 . Makanan Olahan Makanan olahan sepertinya sukar dielakkan kerana hampir seluruh makanan saat ini sudah tersedia secara praktikal dan belum tentu mengetahui maksud dari Ingridient atau bahan - bahan yang digunakan. Para penyelidik mendapati bahawa seseorang yang sering mengambil makanan yang diproses atau makanan siap saji , cenderung mengalami gangguan memori sehingga sukar belajar dan fokus. Para saintis dari University of Bristol juga pernah membuktikan kesan negatif antara makanan olahan dengan tahap IQ anak . Ia mencari , makanan olahan boleh membuat sistem kekebalan tubuh yang menurun dan kelemahan terhadap jangkitan . Padahal anak - anak perlu pemakanan baik dan apabila anak - anak mempunyai masalah pertumbuhan , biasanya ini akibat kalori kosong dan bahan kimia buruk yang dijumpai dalam makanan kemasan . 6 . Mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Tufts mendedahkan bahawa wanita yang sedang diet dan mengurangkan jenis makanan karbohidrat.mempunyai nilai memori yang lebih buruk jika dibandingkan orang yang melakukan diet secara seimbang. Tes ini meliputi wanita antara 22 dan 55 tahun yang menjalankan diet rendah karbohidrat dan ternyata mengalami penurunan kemahiran kognitif . Oleh kerana itu , penyelidik menilai tidak ada salahnya untuk tetap makan makanan sihat seperti beras merah dan biji - bijian . (Jadi intinya buat anda yang sedang diet tidak perlu over dalam mengurangkan jenis pengambilan untuk tubuh , lakukanlah dengan senang dan mengambil makanan yang seimbang tidak berlebihan.) 7 . Makanan yang mengandungi mentega dan lemak tepu Mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti mentega dapat menghambat fungsi otak anda . Hal ini berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh Harvard University. Penyelidik yang melakukan ujian pada sekumpulan besar wanita yang mempunyai kebiasaan mengambil makanan tinggi lemak tepu dalam jangka masa 4 tahun , nilai pelajarannya jauh lebih rendah daripada rakannya yang tidak mengambil lemak tepu . Demikian info kesihatan mengenai 7 jenis makanan yang boleh membuat bodoh, semoga bermanfaat untuk anda yang membaca. Sila bantu sebarkan artikel ini untuk kepetingan bersama agar mereka yang belum mengetahuinya menjadi tahu. Terima kasih atas kunjungan anda . Written by fery darmawan Lihat sebelum ini... Pil Baik Unt Botak, Tapi Ubah Lelaki Jadi Wanita.... |
Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu? Posted: 23 Aug 2014 01:24 AM PDT Addin Berita Mengejutkan Dari PAS Terengganu? Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu menyatakan perkara yang haq, perkara yang benar dan perkara yang nyata jelas pada penglihatan mahupun pendengaran.Anwar Ibrahim bolehlah diibaratkan sebagai ANJING. "Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa 'Bagai melepaskan anjing tersepit", demikian luahan kemarahan Ketua Pemuda Pas Kuala Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas di dalam satu kenyataan di media sosial mengulas tentang tindakan Anwar yang dilihat membelakangkan ulamak-ulamak PAS. Faizul melahirkan rasa kesalnya kerana beliau berpendapat PAS amat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan di antara kedua-dua parti tersebut. Beliau mendakwa, sebaliknya yang berlaku adalah PAS sering menjadi mangsa di kalangan rakan pakatan rakyat yang menyerang dan menyalahkan PAS apabila timbulnya sesuatu isu. Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi."Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya 'telanjangkan' Tok Guru kita… memang ANJING!" TTIMES memetik komen tersebut.Inilah gambar yang diedar di facebook sekarang. Kesahihannya belum disahkan. Aku benar-benar berharap berita ini adalah palsu. Jika kata-kata ini benar-benar keluar dari mulut Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu bermakna manusia ini memalukan PAS. Beratus pemimpin PAS yang aku ikuti perkembangannya. Tidak seorangpun mengeluarkan kenyataan menyifatkan seseorang seperti anjing. Mereka sedar mereka mewakil PAS, sebuah parti yang memperjuangkan agama. Mereka sedar jika Buruk tingkah laku mereka atau perkataan mereka akan memalukan Islam dan PAS.Tidak pernah juga aku mendengar atau membaca berita pemimpin umno yang sangat membenci Anwar Ibrahim menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai anjing.Jika berita ini benar, aku pertikai apa maksud budak ni. ~gendang perang |
Khalid Samad Betul. Sultan Tiada Kuasa Mutlak -Dr Abdul Aziz Bari. Posted: 23 Aug 2014 12:53 AM PDT Ibnu Hasyim Khalid Samad Betul. Sultan Tiada Kuasa Mutlak -Dr Abdul Aziz Bari. Tiada keperluan bagi pihak istana meminta nama selain dari Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu memiliki sokongan majoriti DUN, kata Dr Abdul Aziz Bari. Pakar Perlembagaan itu berkata, dengan berlakunya hal sedemikian, ia memperlihatkan pihak istana cuba mencampuri hal ehwal politik negeri yang sebelum ini menjadi urusan kerajaan negeri dan rakyat. "Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) selepas PAS mesyuarat 17 hari bulan sebulat suara mahukan Dr Wan Azizah sebagai MB, tiada nama kedua. Kenapa nama kedua? Ini bukan kerja Sultan. Saya tidak nampak kenapa mesti dua nama? "Jika kita beri dua nama, kuasa itu (terletak) pada Sultan. Di Selangor, saya tidak nampak mengapa Mohamed Azmin Ali diletakkan sebagai pilihan kedua? PAS sendiri sudah berkata tidak tuntut jawatan MB, tetapi mengapa letak nama Azmin? "Pada pandangan saya, Sultan ada sebab untuk masuk campur. PAS menjemput Sultan untuk masuk dalam perkara ini," katanya kepada kira-kira 50 hadirin dalam forum Krisis Selangor di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur malam tadi. Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka kembali ke Malaysia dari luar negara hari ini selepas diyakinkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa menteri besar Selangor itu masih mendapat sokongan majoriti Adun Selangor. Khalid juga sempat mendapat perkenan Sultan Selangor bagi memecat Exco PKR dan DAP selepas kenyataan Exco itu yang dilihat enggan memberikan kerjasama kepada kerajaan pimpinannya. Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berjaya membuktikan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti apabila 30 Adun PR Selangor termasuk dua dari PAS menyatakan akuan bersumpah hilang kepercayaan kepada Khalid dan menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar. Aziz berkata pihak istana sewajarnya memudahkan proses peralihan kuasa menteri besar sebagaimana yang berlaku dalam kelaziman negara Komanwel. Katanya, kerumitan dalam proses peralihan menteri besar tidak berlaku di negeri yang dikuasai Barisan Nasional (BN) dan ini terbukti semasa pengunduran Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu. "Khalid Samad betul apabila kata Sultan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam hal ini. "Apa yang Sultan perlu lakukan adalah menyerahkan surat pelantikan. Semudah itu. Dengan itu, kerajaan boleh menjalankan tugas mereka," katanya. Aziz berkata jika Sultan Selangor berpandangan kerajaan negeri sudah tidak dapat diselamatkan, maka baginda boleh memanggil satu sidang tergempar DUN bagi melihat sokongan Adun. Katanya, pertemuan awal Khalid untuk meyakinkan Sultan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Adun tidak didukung dengan bukti kukuh. "Jika baginda berasa kerajaan tidak dapat diselamatkan, biarkan kerajaan buktikan dalam Dewan. Beliau (Khalid) memberikan Sultan yang bukan kepunyaan baginda. "Saya tidak faham mengapa Sultan mengambil masa lama kerana pada saya ia hal mudah. Tugas Sultan adalah memastikan kerajaan berfungsi sepanjang masa," katanya dalam forum yang dipengerusikan bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. Ambiga berkata terdapat perbezaan apa yang berlaku dalam krisis perlembagaan Perak dengan krisis yang sedang berlaku di Selangor sekarang. Katanya, krisis di Perak mewajarkan bekas menteri besarnya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk mencadangkan kepada Sultan membubarkan DUN. "Di Perak kita mesti ingat, 3 Adun melompat parti dan majoritinya kecil. Kedua, (senarionya) kelmarin rakyat undi PR, tetapi esok jadi kerajaan BN. "Apabila berlaku perkara ini, betul jika Nizar minta pembubaran kerana biar rakyat pilih kerajaan mereka," katanya. Beliau berkata kini jelas Khalid tidak berhak mencadangkan kepada Sultan untuk membubarkan DUN kerana jelas semua Adun PR Selangor akan memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah. Katanya, jika Sultan bersetuju untuk membubarkan DUN maka ia tidak memberikan keadilan kepada rakyat yang memberikan mandat kepada PR untuk mentadbir Selangor. "Di Selangor, kerajaan tidak berubah. Mereka masih kerajaan PR dan Sultan hanya perlu tentukan majoriti. Ia bukan 29 lagi tetapi 43 Adun. "Bilangannya mesti ditentukan melalui proses dan mungkin baik diadakan sidang tergempar untuk mengundi di Dewan," katanya. – 23 Ogos, 2014. (TMI) |
Politik 'memberi roti pada tikus' Dalam Pemilihan PKR -Shamsul Iskandar. Posted: 22 Aug 2014 11:01 PM PDT Ibnu Hasyim Politik 'memberi roti pada tikus' Dalam Pemilihan PKR -Shamsul Iskandar. Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa terdapat kes politik wang berlaku dalam pemilihan parti yang berlarutan sejak Mei lalu. Oleh yang demikian, sistem pemilihan parti perlu diperbaiki kerana ia memberi ruang pada amalan seperti itu, yang disifatkannya sebagai "memberi roti pada tikus". "Saya ada dengar (wujud) bibit politik wang di mana pada permilihan pertama, kumpulan ini menang, tetapi selepas itu satu kumpulan lain pula menang. Ada elemen beri roti kepada tikus. Perkara ini yang perlu dibanteras dalam parti kita," kata MP Bukit Katil itu ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres AMK. Shamsul ketika ditemui Malaysiakini selepas itu menjelaskan bahawa beliau masih tidak mempunyai bukti kukuh berhubung perkara itu kerana ia masih tidak dilaporkan setakat ini. Beliau yang memandang serius dakwaan tersebut berkata, beliau sekadar mendengar cakap-cakap bahawa keraguan seperti itu timbul dalam pemilihan di cabang Pensiangan, Sabah. Tiada bukti "Misalnya di cabang Pensiangan, kalau sebelum pemilihan yang pertama itu, sokongannya padu kepada Azmin, saya dan pasukan lain. "Untuk pemilihan yang kedua, mengalih kepada Tan Sri Khalid dan pasukan Khalid. Jadi nampaknya ada sesuatu meragukan," katanya tanpa mengemukakan apa-apa bukti. Dalam ucapannya terdahulu, Shamsul turut menyeru agar tiga kumpulan yang bersaing dalam pemilihan untuk kembali merapatkan barisan dalam parti. Beliau turut mencadangkan agar dua calon ketua AMK yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini, Amiruddin Shari dan Nazri Yunus, diberi kedudukan penting dalam struktur tersebut. "Kita tidak mahu (pergaduhan). Jadi banyak cabarannya. Musuh kita yang jelas adalah Umno dan BN untuk ditumpaskan dalam pilihan raya umum akan datang. "Mood perwakilan yang jelas tidak mahu Pakatan Rakyat hancur. Kita mahu tadbir negara Malaysia ini," katanya sambil menyatakan penghargaan ke atas perwakilan yang menyokong supaya Pakatan Rakyat diperkukuhkan. Beliau turut mencadangkan agar anggota AMK membuat kajian kepada pesaing mereka – Pemuda Umno, MCA, MIC dan PAS – dalam usaha menarik golongan muda bagi mengelak kekalahan kerusi dengan undi yang tipis berulang sekali lagi seperti di Machap, Melaka. "Tengok dan teliti pesaing kita, strategi apa yang dapat diambil," katanya. (MK) |
Istana Selangor Pasti Terkejut Dengar Berita Ini.. Posted: 22 Aug 2014 10:42 PM PDT Addin Istana Selangor Pasti Terkejut Dengar Berita Ini.. BANGI: Pengundi di Selangor cenderung mengekalkan sokongan kepada Pakatan Rakyat sekiranya pilihan raya negeri diadakan sekarang sebagai penyelesaian kepada krisis Menteri Besar negeri itu, kata satu kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion and Research. Hasil kaji selidik itu mendapati 57 peratus pengundi di Selangor sedia "memberi peluang" kepada Pakatan Rakyat untuk kembali memerintah. Hanya 29 peratus mengatakan mereka tidak akan memilih Pakatan Rakyat manakala 15 peratus tidak pasti. "Pada pandangan kami, biarpun perkembangan politik di Selangor meredakan angin pengundi Selangor terhadap Pakatan Rakyat, tinjauan mendapati sentimen menolak Barisan Nasional masih kuat. "Ini bermakna Barisan Nasional masih akan berdepan dengan cabaran besar biarpun Pakatan mengalami krisis keyakinan dan prestij di kalangan pengundi di Selangor sekiranya pilihan raya diadakan sekarang," kata badan penyelidik itu dalam satu kenyataan. Majoriti responden juga iaitu 46 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih baik berbanding semasa Selangor di bawah pentadbiran BN. Pada masa sama, 36 peratus menyatakan keadaan sama saja dan 15 peratus menyatakan keadaan sekarang lebih buruk. Kaji selidik ini melibatkan 808 pengundi berdaftar di Selangor yang terdiri daripada 50 peratus responden Melayu, 34 peratus Cina dan 16 peratus India - angka yang mencerminkan pecahan pengundi di negeri itu. Ia dijalankan antara 11 hingga 17 Ogos lalu hasil temubual melalui telefon. Krisis kedudukan Menteri Besar Selangor sampai ke jalan buntu apabila Tan Sri Khalid Ibrahim enggan berundur biarpun selepas tidak lagi mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat. Beliau kini menunggu perkenan untuk mengadap Sultan Selangor yang dijadual akan berangkat pulang ke tanahair pada 27 Ogos ini. "Krisis yang berpanjangan itu telah menjejaskan pandangan umum (apabila) tinjauan mendapati hanya 46 peratus responden merasakan negeri berada pada landasan yang betul," kata kenyataan itu lagi. Angka tersebut adalah satu penurunan yang ketara berbanding 64 peratus berdasarkan kaji selidik pada Mac 2014, tambah badan itu. Mengenai tahap keyakinan kepada dua pakatan politik itu untuk memerintah Selangor, 43 peratus responden meletakkan keyakinan kepada Pakatan Rakyat berbanding 29 peratus yang menyatakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, 13 peratus daripada responden tidak peduli pakatan politik mana pun yang jadi kerajaan negeri manakala 12 peratus tidak pasti. Selain kemelut kedudukan menteri besar, isu bekalan air turut menjadi perhatian pengundi di Selangor. ~awani |
Presiden PAS Dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Tahniah! Posted: 22 Aug 2014 09:48 PM PDT Ibnu Hasyim Presiden PAS Dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia. Tahniah! KL: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, semalam. Perlantikan itu dibuat pengerusi kesatuan itu Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut. Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultanan Oman. Perlantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam. Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu. - HARAKAHDAILY 23/8/2014 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kami merasa bangga dan berbahagia dengan perlantikan 2 wakil dari Malaysia menduduki Kesatuan Ulama Sedunia: Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu.Tahniah! |
13 ADUN PAS S'gor Enggan Tandatangan Sokong W/Azizah. Mengapa? Posted: 22 Aug 2014 07:57 PM PDT Ibnu Hasyim 13 ADUN PAS S'gor Enggan Tandatangan Sokong W/Azizah. Mengapa? 13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu. Malaysiakini dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam. Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan. Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan secara bertulis kepada PKR untuk menyokong Wan Azizah. Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini." Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan "dalam masa terdekat" bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya. Malaysiakini difahamkan, perakuan bertulis itu akan dipersembahkan ketika menghadap sultan Selangor bagi membuktikan sokongan majoriti dewan kepada Wan Azizah yang juga ADUN Kajang. Wan Azizah dalam sidang medianya sebelum ini mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan 30 dari 56 ADUN Selangor termasuk dua dari PAS. Sementara itu satu sumber rapat dengan PAS Selangor mengesahkan 13 ADUN PAS termasuk empat Exconya tidak muncul untuk menyokong Wan Azizah. Menurut sumber tersebut, para wakil rakyat tersebut berbuat demikian kerana "tidak mendapat arahan" dari pimpinan PAS Pusat untuk menandatangani sebarang sokongan atau perakuan untuk menyokong Wan Azizah. Setakat ini, hanya dua orang ADUN PAS yang menandatangani dokumen tersebut, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat sedikit bergolak kerana parti Islam itu tidak menyatakan sokongan secara terbuka ke atas keputusan memecat menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, 9 Ogos lalu. PAS juga tidak menyatakan sokongan bulat ke atas usaha PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai menteri besar baru. Sikap yang ditunjukkan PAS itu merumitkan PKR, lebih-lebih lagi apabila parti Islam itu turut mencadangkan Azmin Ali sebagai calon alternatif, walau timbalan presiden PKR itu sendiri menolak cadangan tersebut. (MK) Lihat sebelum ini.. E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor? |
You are subscribed to email updates from Gossip panas artis malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post