Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

“Isu cerai artis Malaysia kian menular | SARAWAKIANA” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia

“Isu cerai <b>artis Malaysia</b> kian menular | SARAWAKIANA” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia


Isu cerai <b>artis Malaysia</b> kian menular | SARAWAKIANA

Posted: 29 May 2014 12:46 AM PDT

Tahukah anda bahawa di Malaysia, kes-kes perceraian dikalangan selebriti Malaysia semakin meningkat setiap tahun? Bilangan kes perceraian membabitkan selebriti di Malaysia agak tinggi. 

Timbul persoalan adakah kahwin dan cerai sudah menjadi gaya hidup masa kini? Mendirikan rumahtangga belum sampai setahun, sudah bercerai. Peliknya, yang sudah kahwin berpuluh-puluh tahun dan mempunyai cucu pun bercerai juga. 

Seorang demi seorang artis dan personaliti hiburan tanah air mengalami keretakan rumah tangga yang akhirnya tidak dapat diselamatkan. Antara selebriti Malaysia yang kini sudah bergelar janda atau duda yang menjadi perbualan hangat di laman sosial ialah Eraa Fazira, Adam AF dan pasangannya Fiza Elite, Izreen Asminda dan yang baru-baru ini menggegar industri tanah air isu penceraian Abby Abadi dan pasangannya.

Apakah perceraian dan usia perkahwinan yang tidak panjang merupakan fenomena di kalangan warga industri hiburan semata-mata? Mungkin apa yang akan disampaikan sini berbunyi agak 'kontroversi'. Tapi inilah hakikat dan realiti yang perlu kita terima dalam kehidupan alam perkahwinan yang penuh dengan cabaran, onak dan duri. 

Biarpun tiada siapa yang mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akan terlerai akhirnya, namun siapalah kita untuk melawan suratan.

Punca Sebenar budak 2 tahun dipenggal kepala sampai putus (7 <b>...</b>

Posted: 30 May 2014 07:45 PM PDT

Pada 29.5.14 jam lebih kurang 2100 hrs, telah terima maklumat brkenaan telah terjumpa satu mayat di kawasan tepi sungai Klang dipercayai seorang kanak-kanak.

2. Siasatan Awal

Pihak polis telah menjalankan siasatan awal dan mendapati satu mayat dipercayai perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dgn pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Sandal hitam (dipercayai milik saspek) Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih Tali pengikat rambut Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa) 

3. Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY.

Menurut SALMY, dia lepak bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY kemudiannya telah pergi ke tandas dan meminta kawan-kawannya jagakan anaknya sebentar.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mreka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah pnemuan mayat kanak-kanak ini

Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya. (didapati bersamaan dengan mangsa).

Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.


Keterangan Saksi

Saksi dua orang Sabahan mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup.

Kemudian, saksi nampak saspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, saspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus.

Suspek



Sumber turut memberitahu Polis sudah mengenalpasti suspek yang juga bekas banduan baru dibebaskan dari penjara Kajang pada 26 Mei lalu atas kesalah dadah.

"Suspek berusia 27 tahun berasal dari Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu sudah beberapa kali dipenjarakan atas pelbagai kesalahan sejak tahun 2000 antaranya curi kereta dan dadah" -Sumber /Kredit:Berita Harian

Lagi Gambar:



Lokasi penemuan, Tebing Sungai Klang

Erin Malek: Ramai Lagi <b>Artis</b> Bergambar &#39;Lebih Teruk&#39; Dari Ini <b>...</b>

Posted: 28 May 2014 07:03 AM PDT

HALAMAN HIBURAN

NAMA pelakon Erin Malek sekali lagi terpalit dengan kontroversi apabila gambar terbarunya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya dua hari lalu menerima kritikan pelbagai pihak baru-baru ini.

Difahamkan, walaupun gambar tersebut adalah untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid. Erin menulis kapsyen gambar sebagai, "selamat malam untuk saya dan selamat pagi untuk semua @walidwahid."

Erin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, "gambar itu saya tujukan untuk semua.

"Tetapi tidak pasal-pasal dikatakan itu adalah untuk teman lelaki saya.


"Kalau dilihatkan gambar-gambar saya sebelum ini, memang saya selalu 'mention' nama teman lelaki saya tetapi berlainan apabila gambar ini dijadikan isu pula," katanya.

Erin yang mula dikenali ramai menerusi lakonannya dalam filem Tentang Bulan turut berkata kenapa isu itu dibangkitkan sedangkan ramai lagi selebriti yang pernah memuat naik gambar yang lebih teruk daripadanya.

"Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa 'its not fair'.


"Bagi saya benda ini 'its nothing', bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun," katanya lagi.

Demikian disunting dari Sinar Harian hari ini. 

Memang, gambar dimuat naik Erin Malek melalui Instagramnya ini seperti di atas adalah suatu cara iklan dan publisiti. Tetapi perbuatan tersebut melibatkan suatu carafikir salah dan bertentangan akhlak Islam dan keperibadian kemanusiaan sejagat. Ianya perlu dijaga, kerana ada orang yang mulanya mengenal pohon dari buahnya.

Disitulah bermula pertemuan yang memungkin pemanduan perjalanan arah seterusnya. (IH)

Lihat lagi..



E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis 



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

“Isu cerai <b>artis Malaysia</b> kian menular | SARAWAKIANA” plus 2 more | Gosip Artis Malaysia