<b>Artis</b> Nina Iskandar: Dia Dapat Hikmah Hudud.. ~ Gossip panas <b>artis</b> <b>...</b> |
<b>Artis</b> Nina Iskandar: Dia Dapat Hikmah Hudud.. ~ Gossip panas <b>artis</b> <b>...</b> Posted: 26 May 2014 08:39 PM PDT Artis Nina Iskandar: Dia Dapat Hikmah Hudud.. Nina memberitahu perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya tetapi ia ikhlas daripada hatinya. Foto Ihsan ROTIKAYA. HALAMAN HIBURAN PETALING JAYA: Pelakon baharu, Nina Iskandar mengakui antara sebab dia mula menutup aurat dan mengenakan tudung adalah kerana menghormati undang-undang terbaharu negara asalnya, Brunei Darussalam yang secara rasmi melaksanakan hukum hudud. Nina, 23, bagaimanapun berkata, perubahannya itu bukanlah semata-mata kerana pelaksanaan hudud di negaranya, tetapi ia ikhlas daripada hatinya dan memang berhasrat untuk memakai tudung sebelum ini lagi. "Brunei telah melaksanakan undang-undang syariah dan hudud, jadi sebagai rakyat dan wanita beragama Islam saya mahu membawa imej negara saya atas rasa hormat yang mendalam. "Bagaimanapun perubahan saya ini bukan semata-mata kerana undang-undang baharu itu tetapi ia ikhlas dan datang daripada hati sendiri," jelasnya. Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada awal Mei mengumumkan baginda akan meneruskan pelaksanaan hukum hudud biarpun mendapat kritikan di negara itu dan peringkat antarabangsa. Fasa permulaan undang-undang itu berkuat kuasa secara rasmi dengan fasa kedua termasuk hukuman lebih ketat, termasuk potong tangan bagi kesalahan kecurian dan rompakan, yang akan dimulakan lewat tahun ini. Sementara kesalahan termasuk liwat dan zina akan dikenakan hukuman direjam sampai mati pada fasa ketiga. Dalam pada itu, Nina berkata, perubahannya itu tidak dirancang, sebaliknya perasaan untuk menutup aurat datang secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu. Jelas Nina lagi, sebelum itu dia sering mencuba mengenakan hijab sekiranya keluar bersama rakan-rakan dan berasa selesa dengan imej berkenaan. "Sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba sama ada saya selesa atau pun tidak dan baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang. "Perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?," ujarnya. Sementara itu, Nina berkata, pihak pengurusannya di Malaysia iaitu Metrowealth International Group (MIG) juga tiada halangan untuk dia mengenakan tudung dan gembira dengan perubahannya itu. Dalam perkembangan lain, Nina yang mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan mereka kerana masih terlalu awal. Malah kata Nina, mereka juga belum menetapkan sebarang tarikh perkahwinan untuk hari bahagia itu nanti. (mStar) Sila lihat.. E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan. |
You are subscribed to email updates from Artis Malaysia - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ Artis Cantik
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ artis wanita malaysia 2014
Tagged @ flexia masuk islam
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ hamil 2014
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post