Tujuh Artis Malaysia Guna Bodyguard
Artis Malaysia Guna Bodyguard
1)Hanez Suraya
Hanez Suraya mula mengambil pengawl peribadi disebabkan kontroversi dia yang bercinta dengan lelaki orang. Semenjak mendapat kontroversi ini wanita berusia 29 tahun ini menerima banyak ugutan di laman sosial.
"Sebenarnya, saya bukan mahu riak atau pun berlagak. Saya sendiri tidak mahu ada pengawal peribadi. Saya ini santai orangnya dan saya rasa tidak selesa. Namun begitu, keluarga saya amat bimbangkan keadaan saya kerana risau dengan keselamatan diri ini, jadi saya perlu akur dengan kehendak mereka. Ini akibat ugutan yang saya terima begitu banyak di laman sosial,"- Hanez Suraya
2)Fizz Fairuz
Fizz Fairuz yang terkenal dengan lakonan Drama Nur Kasih ini pernah mengupahkan seramai 4 orang bodyguard untuk jaga dirinya.
"Saya menggunakan khidmat pengawal peribadi bukan untuk menunjuk-nunjuk terapi kerana saya menerima ancaman atau ugutan daripada pelbagai orang termasuk artis dan orang awam"- Fizz Fairuz
"Bagi saya penggunaan pengawal peribadi sangat sesuai untuk artis Malaysia sebagai langkah keselamatan untuk kami. Dengan adanya pengawal peribadi, ia dapat mengelak kami daripada gangguan serta perkara yang tak diingini. Contohnya seperti pergi ke majlis besar yang melibatkan ramai orang. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku kerana macam-macam perkara orang boleh buat.
Mungkin kita akan diraba atau ditarik baju, jadi dengan adanya pengawal peribadi, ia dapat membantu dari segi keselamatan. Saya sendiri memang menggunakan dua orang pengawal peribadi dan menganggap mereka sebagai peneman." - Fizz Fairuz
3) Aaron Aziz
Aaron Aziz yang mempunyai badan tubuh sasa juga menggunakan khidmat bodyguard kerana takut kepada ancaman keselamatan. Menurut Aaron Aziz dia hanya bawa bodyguarad bila ke majlis rasmi sahaja.
"Sebelum ini saya tidak mempunyai pembantu peribadi yang tetap, jadi pihak Astro ada pasangkan pengawal peribadi kepada saya. Pihak saya hanya akan pasang pengawal peribadi untuk majlis yang melibatkan ramai orang dan juga majlis yang berlangsung di luar Kuala Lumpur sahaja.
Kadang-kadang saya ada juga bawa anak-anak saya yang masih kecil ke sesetengah majlis, jadi khidmat bodyguard ini lebih untuk menguruskan serta mengaturkan keadaan keselamatan kami pada waktu itu. Alhamdulillah, tak pernah pula saya gunakan khidmat bodyguard sebab rasa terancam atau sebagainya, tapi lebih kepada faktor keselamatan." - Aaron Aziz
Selain tiga selebriti di atas yang mengaku pakai bodyguard, artis Malaysia yang turut pernah menggunakan khidmat 'bodyguard' tetapi enggan mengulas ialah
4) Dato' Siti Nurhaliza
5) Datuk Jamal Abdillah
6) Diana Danielle
7) Fasha Sandha
sumber : Yahoo Entertainment
@
Tagged @ Aaron Aziz
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ Artis Cantik
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ artis wanita malaysia 2014
Tagged @ Fizz Fairuz
Tagged @ flexia masuk islam
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ hamil 2014
Tagged @ Hanez Suraya
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post