Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

“N/Islam M'sia - Gossip panas artis malaysia - Blogger” plus 1 more | Gosip Artis Malaysia

“N/Islam M&#39;sia - Gossip panas <b>artis malaysia</b> - Blogger” plus 1 more | Gosip Artis Malaysia


N/Islam M&#39;sia - Gossip panas <b>artis malaysia</b> - Blogger

Posted: 04 May 2014 05:54 PM PDT

N/Islam M'sia (?) Jadi Tumpuan Pelacur Negara Bekas Soviet Pula..

Foto

KL: Negara Islam (?) atau yang sebenarnya 'negara umat Islam' Malaysia jadi tumpuan pelacur negara bekas Soviet Union pula.. Anggapan begini muncul apabila myMetro melaporkan..

"Jika dulu sukar mendapatkan wanita dari negara bekas Soviet Union sebagai pelacur, namun sejak setahun lalu kemasukan ramai wanita dari rantau berkenaan untuk tujuan melancong memungkinkan mereka dieksploitasi sindiket pelacuran bagi memenuhi permintaan lelaki tempatan."

"Kebanyakan wanita berkenaan adalah dari Uzbekistan, Tajikistan, Russia, Kyrgyzstan dan Ukraine.
 "Metro Ahad difahamkan, pembabitan warga negara berkenaan dalam aktiviti pelacuran mula meningkat selepas pelanggan dikesan menukar 'selera' mereka.
Foto

"Namun, sukar mendapatkan khidmat wanita terbabit kerana dikawal ahli sindiket pelacuran dan dikhaskan kepada pelanggan yang 'berpoket tebal'.
"Difahamkan, caj antara RM500 hingga RM1,000 dikenakan sindiket terbabit kepada pelanggan untuk sekali perkhidmatan. " Demikian lapor myMetro lagi.

"Apakah rakyat Malaysia tidak merasa jijik dan malu dengan perbuatan tidak bertamadun ini? Siapakah yang bertanggung jawab, kalau bukan pemimpin-pemimpin Malaysia sendiri terutamanya yang beragama Islam, terhadap perlakuan najis zina ini?" Tanya weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Berteduh Di Kontena Terbuang Sejak 2008, Di Bawah K&#39;jaan UMNO <b>...</b>

Posted: 04 May 2014 04:45 PM PDT

Berteduh Di Kontena Terbuang Sejak 2008, Di Bawah K'jaan UMNO/BN..

Foto 
Berteduh di kontena terbuang

"Walaupun tinggal di dalam kontena, tetapi kami tetap bersyukur kerana masih memiliki tempat berteduh.
"Kami perlu bersabar dan berusaha mengubah hidup bagi mengubah nasib berbanding insan seagama di Palestin dan Rohingya yang lebih menderita," kata Nur Atiqah Zaimah Zainudin, 19.

Dia menjadikan sebuah kontena di Kampung Pachitan, Chuah, di sini sebagai tempat berteduh bersama adiknya, Muhammad Shaffiq, 17, sejak kematian ibu mereka dan ditinggalkan bapa pada 2008.

Menceritakan kisah hidupnya, Nur Atiqah berkata, sebelum tinggal dalam kontena terbabit, dia dan keluarga menetap di Pasir Panjang, di sini. Nur Atiqah berkata, ibunya meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 2008 dan kesedihan itu bertambah seminggu selepas itu apabila bapa pula menghilangkan diri tanpa khabar berita.

"Sejak itulah, saya dan adik (Muhammad Shaffiq) terpaksa menumpang di rumah ibu saudara di kampung ini dan bersekolah di kawasan ini," katanya.

Menurutnya, akibat kesusahan hidup, adiknya terpaksa berhenti sekolah pada 2010 dan bekerja di kampung itu bagi mencari sumber pendapatan. Nut Atiqah berkata, nasib malang menimpa dia dan adiknya kerana pada 2012 terpaksa keluar dari rumah ibu saudara akibat masalah keluarga.

"Saya dan adik menemui kontena terbuang di kampung ini dan meminta izin penduduk untuk tinggal di sini," katanya yang sempat menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2012.
Katanya, hanya dua bulan tinggal dalam kontena itu, dia diterima bekerja di sebuah hotel di Nilai dan tinggal di asrama pekerja manakala adik masih menginap dalam kontena berkenaan.
"Tetapi, nasib masih tidak menyebelahi saya apabila pada awal tahun ini, saya diserang gastrik dan menjalani pembedahan pada 6 April lalu di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) .
"Doktor menasihatkan saya tidak melakukan kerja berat menyebabkan saya berhenti bekerja dan kembali menetap di kontena berkenaan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, kesusahan dialami Nuq Atiqah dan adiknya mendapat perhatian isteri Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang Bibi Sharliza Khalid yang mengunjungi dua beradik itu bersama jentera Puteri dan Wanita UMNO. Kehadiran berkenaan dibuat sejurus penduduk membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam UMNO Bahagian Telok Kemang.

Bibi Sharliza berkata, beliau sedih selepas mengetahui kisah hidup dialami Nur Atiqah dan adiknya.

Katanya, pihaknya akan membantu kedua-dua beradik itu mendapatkan kediaman lebih selesa, pekerjaan dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Sementara itu, Pergerakan Puteri dan Wanita UMNO Telok Kemong turut menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada dua beradik terbabit. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  6 Tahun, hidup menderita di bawah kerajaan UMNO/BN, baru sekarang ada yang ambil tahu? Bertanggung jawabkah pemimpin Malaysia hari ini?

Lihat sebelum ini..
26 Sekeluarga, Tinggal Sesak Di Sebuah Rumah.




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

“N/Islam M'sia - Gossip panas <b>artis malaysia</b> - Blogger” plus 1 more | Gosip Artis Malaysia