Kerajaan Naning beri gelaran 'Datuk' untuk artis Malaysia
KUALA LUMPUR: Beberapa pelakon dan penyanyi Malaysia baru-baru ini dilaporkan dianugerahkan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M), dari Kerajaan Naning, yang membawa gelaran 'Datuk'.
Mereka yang kini bergelar Datuk ialah penyanyi Boy Iman dan Nash , serta pelakon komedi Pian Cecupak.
Boy Iman, yang memuatnaikkan beberapa gambar daripada majlis penanugerahan itu di laman Instagram dan Twitternya, mengucapkan terima kasih kepada media yang hadir untuk membuat liputan.
dato_boyiman
2 days ago
Terima kasih kepada media! Esok akan keluar lg berita tentang penerimaan pingat kepada boy dan dua rakan artis, nash dan pian cexupak di surat khabar metro! Alhamdulilah..syukur Ya Allah.
Munurut laporan Sinar Harian, Boy Iman berkata menerima gelaran 'Datuk' adalah bagaikan satu mimpi di dalam hidupnya dan kerja amal yang dilakukannya merupakan antara faktor utama dia dianugerahkan dengan gelaran itu.
Turut menjadikan kerja amal sebagai sebab utama untuk penerimaan gelaran 'Datuk itu ialah Pian Cecupak.
"Sesungguhnya hanya ALLAH SWT tahu apa yang saya buat sehingga mendapat kurniaan dan gelaran Datuk ini," katanya kepada Sinar Harian.
Nash pula dilaporkan berkata walaupun telah dianugerahkan dengan gelaran 'Datuk', dia tetap akan meneruskan kerja-kerja amalnya.
@
Tagged @ Artis Baru
Tagged @ Artis Cantik
Tagged @ ARTIS MALAYSIA
Tagged @ Artis Melayu
Tagged @ artis wanita malaysia 2014
Tagged @ flexia masuk islam
Tagged @ gelaran 'Datuk' untuk artis Malaysia
Tagged @ GOSIP ARTIS
Tagged @ GOSIP ARTIS MALAYSIA
Tagged @ hamil 2014
0 comments:
Post a Comment - Kembali ke Post