Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Gosip Artis Malaysia | Hairan, Melayu Pakai Serban Lawan Perundangan Syariah -N/Aziz ...

Gosip Artis Malaysia | Hairan, <b>Melayu</b> Pakai Serban Lawan Perundangan Syariah -N/Aziz <b>...</b>

Link to gosip artis malaysia - Google Blog Search

Hairan, <b>Melayu</b> Pakai Serban Lawan Perundangan Syariah -N/Aziz <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 04:50 PM PDT

KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biar pun DAP tidak bersetuju terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, namun mereka boleh diajak berbincang.

Sebaliknya kata beliau berbeza dengan MCA dan Gerakan mereka juga menentang tetapi tidak mahu ketika diajak berbincang. Malah, menurutnya PAS dan kerajaan Kelantan menerima kunjungan pelbagai pihak lain termasuk NGO berdialog mengenai perundangan syariah.

"Pada peringkat awal sebelum dibawa ke persidangan Dun enakmen tersebut dibincang dengan pelbagai pihak. Malah saya masih ingat kita juga jemput wartawan-wartawan asing berdialog mengenainya.
"Setelah selesai gubal rang undang-undang itu kita bentangkan kepada umum lagi bagi mendapatkan pelbagai pandangan. Perkara seperti ini tidak pernah dibuat di negara-negara lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Putik petang tadi.

Hadir sama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.  Menurut  Ahli Parlimen Marang itu juga program dialog dengan masyarakat bukan Islam akan diteruskan bagi membolehkan mereka mendapat gambaran yang lebih jelas.

Ditanya masih ramai bukan Islam menyuarakan bantahan, katanya perkara itu menjadi kebiasaan memandangkan mereka belum dapat melihat kesannya kerana ia belum lagi dilaksanakan.

Ketika berucap sebelum itu kata beliau pada peringkat awal ketika pengubalan draf mengenainya semua pihak dijemput menghadiri seminar, perbincangan dan bengkel.

"Mereka yang hadir termasuk orang bukan Islam, NGO dan parti-parti politik kecuali Umno," ujarnya.

Menurutnya juga pakar yang terbabit ketika mengubal rang undang-undang tersebut termasuk Prof Ahmad Ibrahim, Datuk Harun Taib, Tun Salleh Abas dan ramai lagi antaranya sudah ramai meninggal dunia.

"Selain itu kita juga membaca buku pelbagai mazhab mengenai perundangan syariah. Ini jelas menggambarkan kayanya Islam dengan pelbagai bidang ilmu," ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz pula melahirkan rasa hairan kerana pihak yang menentang perundangan syariah sebelum ini ialah orang Melayu yang pakai serban. Katanya, sebelum ini juga tidak pernah timbul orang Cina yang menentang perjuangan dibawa PAS, sebaliknya orang Melayu yang cuba menghalangnya.

"Sebab itulah ada orang Melayu kata agama lain, politik lain. Orang Melayu ketika zaman penjajah tidak ada duit kerana semua hasil ekonomi dikaut Inggeris.
"Kemudian setelah Inggeris pulang datang pula orang Melayu di mana ada yang dilantik menjadi Menteri Besar, Exco dan tauke balak.
"Apabila sudah senang mereka juga tidak menunjukkan minat dengan usaha bagi mendaulatkan perundangan Islam," katanya. - HARAKAHDAILY 24/5/2014

3 Hari, 3 Rusuhan, 3 Tempat, Tiada Tindakan Kpd Samseng UMNO <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 10:42 PM PDT


TIGA hari berturut-turut, Malaysia telah menyaksikan tiga rusuhan ganas yang dipelopori oleh pemuda Umno yang cuba mengganggu-gugat keamanan yang dinikmati masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pada hari pertama, gerombolan perusuh Umno ini merempuh masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dan mencemarkan kemuliaan sebuah institusi yang mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah sistem demokrasi dengan raja berperlembagaan.

Pada hari kedua
, gerombolan Umno juga telah berhimpun dan merusuh di ibu pejabat kebangsaan DAP di Kuala Lumpur. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii telah mengancam untuk membakar bangunan DAP. Papan tanda ibu pejabat parti dirosakkan, manakala petugas parti dan juga anggota polis dikasari. Kumpulan ini turut bertindak membakar patung wakil rakyat DAP.

Tidak berhenti di situ, walaupun telah ditegur oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, gerombolan Umno ini merusuh pula di pejabat DAP di Kuantan.

Pada hari ketiga
, sekali lagi keganasan tercetus dan pintu pejabat ditendang dengan ganas sehingga bengkok manakala bangunan tersebut dihujani telur busuk.

Persoalan yang timbul kini ialah ke mana pula mereka akan bertindak tidak rasional dan ganas selepas ini? Adakah mereka akan merusuh di pejabat DAP Selangor, atau adakah mereka akan merusuh di Dun Selangor pula?

Melihat kepada trend serangan-serangan yang tidak diambil tindakan undang-undang ini, kita melihat kemungkinan bahawa kumpulan ini nampaknya mendapat lesen besar untuk mencetuskan kekecohan tanpa kemungkinan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Dengan 'lesen' besar ini, di manakah sasaran seterusnya untuk pemuda Umno untuk bertindak melakukan rusuhan ganas lagi?

Adakah pemimpin Umno, terutamanya presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Razak telah sama sekali gagal mengawal ahli-ahlinya? Atau adakah pimpinan Umno sememangnya mahu dan suka ahlinya bertindak seperti samseng?

Rakyat Malaysia resah dengan tindak-tanduk kumpulan yang merupakan anggota pelapis parti pemerintah. Kita pastinya tidak rela masa depan mereka ditadbir dan dikuasai sekumpulan samseng yang tidak rasional mahupun berakal waras.

Tidak ada tempat untuk keganasan di negara yang tercinta ini. Setelah tiga hari, tiga rusuhan, di tiga tempat berlainan; dengan tiada tindakan Perdana Menteri mesti campur tangan dan mengawal ahli-ahli partinya. Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan ini mesti segera dihadapkan ke muka pengadilan, sebelum gerombolan ini bertindak menyerang sasaran mereka yang seterusnya.
Penulis ialah Ahli Parlimen Segambut.

Punca Sebenar PRK Bukit Gelugor Tenang, Terkawal Dan Aman <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 09:30 PM PDT

Punca Sebenar PRK Bukit Gelugor Tenang, Terkawal Dan Aman Akhirnya Terbongkar..

BUKIT GELUGOR: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi hari ini menyifatkan proses kempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor sebagai yang paling selesa dan cukup terkawal bagi dirinya.

"Kempen dalam tempoh 12 hari ini dalam keadaan cukup terkawal... ini lah pilihan raya kecil yang cukup terkawal dan paling selesa bagi diri saya," katanya kepada ketika ditemui di pusat membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Mohd Nor Ahmad.

Bagaimanapun beliau menjangkakan akan berlaku kesesakan lalu lintas dari jam 11.00 pagi hingga petang kerana menurutnya jumlah pengundi di Bukit Gelugor agak ramai.

Justeru, beliau menasihatkan para pengundi dan pengguna jalan raya agar mematuhi segala arahan trafik polis untuk memastikan perjalanan lebih lancar.

Dari segi persiapan, Abdul Rahim memaklumkan, pihaknya telah pun membuat persiapan awal dan berada di lokasi kawalan sejak 6.00 pagi lagi.

"Saya dapati dalam persiapan, polis telah pun dapat kawal dengan baik... dan polis akan pastikan semua dalam tahap keselamatan yang baik," katanya. ~awani

Addin:

Punca sebenar prk bukit gelugor berada tenang, terkawal dan aman kerana bn tak bertanding. Buktinya di prk teluk intan, bermacam-macam provokasi dilakukan oleh mereka.

Iklan C (ii)

Sayu - <b>Gossip</b> panas <b>artis malaysia</b> - Blogger

Posted: 26 May 2014 06:37 PM PDT

Bagan Serai: "Dia begitu teruja menanti kenduri kahwin kami Ahad ini dengan semua barang hantaran sudah disiapkan."

Demikian kata Norfaizah Mohd Rejab, 22, tunang kepada Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, yang terbunuh ketika bertugas selepas motosikalnya dirempuh penjenayah di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, jam 1.15 petang semalam.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku hanya selepas kira-kira dua jam mangsa menghubungi Norfaizah dan selepas dua hari arwah menyambut hari jadinya.

Semalam adalah hari terakhir Mohd Azuan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, bekerja sebelum bercuti panjang untuk berkahwin.

"Saya hampir pitam mendengar berita kematiannya kerana lebih kurang jam 11 pagi (semalam), dia mengirimkan SMS meminta saya makan ubat jika berasa kurang sihat.

"Saya tidak menyangka perkenalan sejak kira-kira empat tahun lalu berakhir dengan cara begini," katanya.

Norfaizah bagaimanapun reda dengan pemergian arwah dan berharap pengorbanannya ketika berkhidmat kepada masyarakat mendapat ganjaran sewajarnya.

"Sekarang semuanya ibarat 'nasi sudah menjadi bubur' dengan majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung di Alor Setar, Kedah, hujung minggu ini, bertukar menjadi kenduri arwah," katanya ketika ditemui semalam.

Mohd Azuan dan dua rakan masing-masing menaiki motosikal Kawasaki Ninja Unit Ronda Bermotosikal (URB) mengejar sebuah kereta Toyota Wish dinaiki tiga penjenayah yang dipercayai terbabit dalam rompakan van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu, dekat situ.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata motosikal mangsa dipercayai dirempuh sebuah kereta Honda Civic dinaiki rakan penjenayah itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala, dada dan beberapa bahagian badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya tidak cedera.

Katanya, berdasarkan jarak pelanggaran dan kedudukan motosikal ditemui, polis percaya kejadian itu disengajakan dan dirancang.

"Polis masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga berlaku kematian.

"Saya juga terkilan tidak sempat bertemu arwah atas kesibukan kerja, sedangkan dia beberapa kali menyatakan hasrat bertemu saya bagi menyerahkan kad jemputan perkahwinan," katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat malam tadi sebelum di hantar ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 27, Kulaijaya, Johor untuk dikebumikan.

Baru 19.95% Mengundi Di Bukit Gelugor - <b>Gossip</b> panas <b>artis</b> <b>...</b>

Posted: 24 May 2014 09:55 PM PDT

GALERI FOTO

Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.

Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima.

Terdapat tiga pusat mengundi di DUN Paya Terubong, lapan pusat di DUN Air Itam dan enam di DUN Seri Delima.

Antara pusat mengundi itu ialah Sekoleh Jenis Kebangsaan Kong Min (Cawangan 2) Jalan Paya Terubong, Sekolah Kebangsaan Air Itam, Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid Khan dan SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri Pinang di George Town.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Bagaimanapun kesemua calon tidak mengundi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Azizal Ahmad dilapor menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor hari ini sekitar 78 peratus.

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal pukul 8 malam ini. - Bernama

Laporan langsung

12pm: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi sangat rendah, 19.95 peratus sahaja.

11:10am Flet Kg Melayu – Sekumpulan penduduk wanita Kg Melayu mengibarkan kain rentang dan bendera Parti Cinta Malaysia (PCM) di kawasan majoriti Melayu di sini mengajak pengundi mengundi parti itu dan bukannya DAP.

Jarak mereka yang hanya dipisahkan jalan selorong menyebabkan berlakunya 'perang jeritan dan sorakan.'

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mak cik Mah berkata DAP tidak mengendahkan nasib Melayu di kampung Melayu.

Secara sinis ia dibalas dengan sorakan 'Dyana Sofya' oleh seorang penyokong DAP.

10:50am: Kg Melayu – ADUN Ayer Itam melawat pusat pengundian SK Ayer Itam dan SK Sri Aman.

Beliau berkata, peratusan keluar mengundi setakat ini masih terlalu rendah, terutamanya di Kg Melayu.

"Ramai orang Cina (sudah keluar mengundi) tetapi jumlah orang Melayu yang turun mengundi masih sedikit," katanya kepada pemberita.

10:00am Pegawai kempen Ramkarpal, Ng Wei Aik, mengadu kepada pengurus pilihan raya bahawa calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam SJK Kong Min.

10am: Peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi, 8.62 peratus atau 7,112  pengundi.

9.45am: SMK Air Itam - Ramkarpal tiba bersama ibunya Gurmit Kaur dengan keadaan yakin.

9.30am: SMK Air Itam – ADUN Paya Terubong Yeoh Soon Hin, selesai membuang undi di pusat pengundian terbesar itu dengan 18,929 pengundi.


9:15am Kg Melayu – Calon bebas Mohamed Nabu Bux Mohd Abdul Sathar tiba bersama dua penyokongnya dan melawat saluran 1 di pusat pengundian Sek Keb Sri Aman.

Beliau meluangkan kira-kira 10 minit bersalam dengan pengundi kawasan berkenaan dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan.

Nabi Bux kelihatan ceria dan yakin bakal menyaingi calon DAP dan Parti Cinta Malaysia.


9:00am: Kg Melayu - Pengundi sekitar kawasan mula hadir ke dua pusat pengundian yang terletak bersebelahan iaitu Sek Keb Ayer Itam dan Sek Keb Sri Aman di sini.

Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar berkata akan hadir ke Sek Keb Ayer Itam untuk lawatan pertamanya hari ini.

8.45am: SMK Air Itam – Exco Phee Boon Poh mengadu pemilih keliru dengan tanda arah yang disediakan SPR di kawasan sekolah.

Beliau tidak dibenarkan masuk membincangkan perkara itu dengan SPR dan polis atas kebimbangan cuba memancing undi, yang dinafikannya.

"Orang ramai sudah pun buat pilihan mereka," katanya.

Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi singgah kira-kira 7.45 pagi tadi di sekolah sama untuk meninjau keadaan.


8.30am: DAP bersedia dengan 37 kenderaan untuk mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi. Ramkarpal dijangka membuat lawatan pertama di SMK Air Itam pada jam 9 pagi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengundi di Sekolah Menengah Chung Hwa  pada jam 3 petang.

Kali ini, tiada pondok panas pihak bertanding didirikan.

7.50am: SK Seri Relau – Jalan raya masih tenang. Bagaimanapun, terdapat pemilih yang sudah berdaftar untuk menunaikan tanggungjawabnya.  (MK)




@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Gosip Artis Malaysia | Hairan, <b>Melayu</b> Pakai Serban Lawan Perundangan Syariah -N/Aziz <b>...</b>