Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Zed Zaidi mohon maaf, hina MH370

Pastinya ramai yang masih berkabung, bersedih dan menantikan berita terkini mengenai pesawat yang hilang MH370 MAS kan.

Namun tidak kurang 'orang bijak pandai' menganalisisnya dengan sendiri, ada yang dibuat bahan jenaka, ada yang kaitkan soal politik dan ada juga dijadikan bahan hinaan.

Manusia seperti ini, bila kena satu hari nanti, baru la dia tahu tinggi langit dan bumi kan. Golongan selebriti seperti Zed Zaidi yang dikatakan mempersendakan berita MH370 baru-baru ini mengemparkan kaki-kaki laman sosial.

Namun kenyataannya yang lebih kepada sifat gurauan itu akhirnya ditarik balik akibat desakan dan hentaman ramai pihak, dan Zed sudah mengemukakan permohonan maaf rasminya berdasarkan apa yang dia lakukan.
"Saya mohon maaf atas kenyataan mengenaik kapal terbang MAS yang hilang di Twitter dan Facebook sebentar tadi. Saya tidak berniat untuk memburukkan lagi keadaan.

"Saya harap orang ramai menghentikan spekulasi terhadap berita ini kerana ia mengelirukan. Kita berdoa semoga semua anak kapal dan penumpang MAS yang hilang berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah," -Zed zaidi, petikan portal mStar



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Zed Zaidi mohon maaf, hina MH370