Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Butik Artis Malaysia


Kredit Gambar : Roti Kaya

1. House of Doll ( Fazura)

Terletak di Jalan Telawi Bangsar, House of Doll telah dibuka pada tahun 2012. Pernah mendapat pendidikan dalam bidang fesyen, Fazura mendedikasikan butik ini untuk peminat-peminatnya yang sering bertanya tentang fesyen yang digayakannya.

Menawarkan pakaian vintaj, blaus ke pejabat, kaftan dan juga tudung. Selain pakaian formal dan harian, House Of Doll mempunyai pelbagai pakaian yang dirujuk Fazura sebagai "pakaian couture". Ia direka oleh beliau dengan kerjasama pereka Rizman Ruzaini. House of Doll boleh juga dibeli secara online di Fashion Valet



2. Schapoholic ( Scha Alyahya)

Schapoholic boleh didapati di pusat membeli belah The Curve dan cawangan keduanya di Wangsawalk. Selain pakaian casual yang feminin, ringkas dan chic, Schapoholic juga turut menjual pelbagai aksesori menarik pada harga berpatutan.



3. Lawa By Awal ( Awal Ashaari)

Pengacara dan pelakon Awal Ashaari juga membuka kiosk di Ground Floor Fashion Walk ,The Curve, Mutiara Damansara. Lawa menawarkan koleksi pakaian lelaki yang trendy dan funky.



4. Street Fashion KL ( Sazzy Falak)

Penggemar dan pencinta fesyen jalanan atau street fashion seperti pengacara kecil molek ini boleh membeli aneka pakaian menarik secara online.



5. DNA -Dynas Nursing Attire ( Dynas Mokhtar)

Memahami kekurangan baju untuk ibu yang menyusukan anak, Dynas Mokhtar mengambil peluang ini dengan melancarkan koleksi pakaian khusus untuk golongan ini.

Butik fizikal boleh didapati di tingkat 1 ,The Curve dan Setia City Mall dan juga secara dalam talian.



6. Baajookoo ( Atilia Harun, Yasmin Hani dan Daphne Iking)

Dinaungi tiga selebriti, Baajookoo yang banyak mengenengahkan kardigan berkonsep santai dan selesa.Koleksi ini boleh didapati di Fashion Valet.



7. Tudung Padusi ( Ayu Raudhah dan Rozita Che Wan )

Menampilkan koloborasi dua beradik anggun jelita, Ayu Raudhah dan Rozita Che Wan, koleksi Tudung Padusi membawakan gaya tudung yang elegan dan glamour.



8.My Couture ( Rozita Che Wan)

Dalam label ini, Rozita Che Wan menawarkan koleksi jubah, baju kurung dan kaftan. Menariknya, Rozita turut menjual koleksi pakaian dalam di laman ini.



9. Iamjetfuelshop ( Yuna Zarai)

Terletak di SS 15 Subang Jaya, 14NovByYuna.com adalah antara label telah dilancarkan oleh penyanyi yang telah menempa nama di peringkat antarabangsa ini.




Kredit foto : travelistah.blogspot.com

10. Kazami Homme dan Quhji ( Kaer Azmi)

Memulakan pasaran di Indonesia dan di Facebook secara kecil-kecilan ,koleksi pakaian dari Kaer ini boleh didapati di Butik Seethrough Concept Store, Bangsar, Kuala Lumpur.



11. Ning's Fling (Ning Baizura)

Mensasarkan golongan wanita berbadan gempal, koleksi pakaian Ning's Fling boleh didapati di butik FLOW di cawangan 1-Utama, Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, dan Metrojaya Mid Valley Megamall dengan harga daripada RM139 sehingga RM299 serta saizc US 8 hingga 18.



Bokitta Hijab Kuala Lumpur (Neelofa)
Bekas juara Dewi Remaja 2011 ini memilih medium Instagram untuk menjual koleksi hijab nya. Selendang yang tidak perlu dipin dan dijahit ini boleh didapati dalam pelbagai corak menarik. Sebelum ini Lofa juga terkenal dengan rekaan kasut (Neelofa's Heels) dan pernah mereka kasut pengantin untuk penyanyi Ezlyn.


@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Butik Artis Malaysia