Gosip Artis | Artis Malaysia | Gossip Artis Malaysia | Cerita Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Malaysia Artist | Artis kontroversi

Misha Omar Kahwin pada bulan....

Sudah lama kalau tidak silap ikatan pertunangan diantara penyanyi, Misha Omar dengan Firos Ezzwan iaitu pada 21 Februari 201 yang lalu, dah 2 tahun!.

Namun semalam memetik portal mStar, Misha mendapat nasihat ibunya, agar perkahwinannya dipercepatkan yakni tahun ini. Dan dalam perancangan untuk berkahwin pada bula Mei 2014 di Kota Bahru, Kelantan.
"Saya menghormati keputusan ibu yang tidak mahu kami tangguhkan lagi perkahwinan ini, namun begitu biarlah ibu dia tamat tempoh edah iaitu sehingga April depan.

"Kalau ikutkan, saya masih lagi bersedih dan belum kuat untuk berumah tangga buat masa ini tapi ibu tidak mahu timbul sebarang fitnah kalau ia ditangguhkan lagi,

"Majlis akan diadakan hanya satu hari sahaja dalam skala yang kecil untuk keluarga terdekat sahaja, ini juga adalah permintaan ibu.

"Majlis di Kuala Lumpur untuk pihak lelaki akan diadakan juga namun masih belum ditetapkan tarikh sebenar,

"Saya tidak terfikir tentang tajaan kerana majlis saya dibuat secara sederhana sahaja. Buat masa ini hanya kawan-kawan terdekat yang menghulurkan bantuan mereka seperti tajaan busana daripada Syaiful Baharim," -Misha.



@



0 comments:

Post a Comment - Kembali ke Post

Misha Omar Kahwin pada bulan....